#Maya: Puaka Si Tua

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera buat para pembaca setia FS, yang muda baik pun yang tua, yang beragama islam mahupun yang bukan, semoga kehidupan anda semua sentiasa dirahmati dan mendapat redha Allah SWT. Terima kasih diatas positive response dari anda semua di atas entry aku yang keempat iaitu berkenaan Misteri Diana. Sudah diingatkan pada siri yang lalu, supaya anda yang mengikuti coretan Maya ini supaya basahkan bibir dengan kalimah teragung Ayatul Kursi supaya anda tidak diganggu kerana terdapat beberapa pembaca yang turut terkena tempias gangguan selepas membaca coretan ini, Waallahualam.

Kali ini aku terpanggil untuk menyampaikan sebuah pengalaman yang jarang-jarang dihadapi oleh seseorang yang bergelar insan di dunia ini. Dua tahun yang lepas aku berkenalan dengan seorang pemuda dari Kelantan, hasil pertemuan di tempat kerja. Ramli berkerja sebagai Purchasing Manager di tempat aku bekerja, manakala aku menggalas tugas di dalam bahagian pemasaran. Dia seorang yang berfikiran terbuka, jujur dan agak pemalu dalam pergaulan harian. Coretan kali ini adalah 100% cerita asal dari pengalaman Ramli sendiri yang sudah menjangkau usia 35 tahun. Dalam pada masa yang sama, aku kini sedar yang bukan aku seorang sahaja insan yang mengalami pengalaman mistik sejak dari zaman kanak-kanak lagi, tetapi apa yang bakal aku ceritakan ini sedikit sebanyak membuka minda kepada para pembaca tentang pemahaman lebih luas tentang dunia alam ghaib.

Sebagai seorang yang beragama islam, kita juga dituntut untuk mempercayai kewujudan alam ghaib, akan tetapi janganlah sesekali kita terpesong dan membuat cubaan untuk menyekutukan Allah yang maha esa. Segala penceritaan semula ini akan aku sampaikan di dalam dialek Bahasa melayu biasa, supaya anda semua faham kerana penceritaan ini diceritakan kepada aku dalam dialek Pantai timur. Ramli merupakan anak kedua dari enam adik beradik yang berasal dari Kalai, Jeli Kelantan. Beliau merupakan anak jati kampung berdarah kacukan siam. Ayahnya, Pak Isam, bomoh terkenal di kawasan daerahnya, berkahwin dengan perempuan siam iaitu mak kepada Ramli yang diberi nama, Mak Dang. Lewat 1980 an, kehidupan keluarganya aman dan damai, dikelilingi oleh enam orang anak, si ibu menjual kuih akok bagi membantu pendapatan sang suami, yang rezeki suaminya hanyalah datang mengikut musim. Kadang-kadang tak menang tangan nak uruskan orang kampung yang datang berubat, kadang-kadang seminggu belum tentu ada orang datang.

Pak Isam merupakan seorang yang alim dalam bab-bab agama dan merawat pesakitnya hanya dengan rukyah dan berlandaskan Al-Quran. Kos kehidupan harian yang semakin meningkat, sedikit sebanyak keluarganya merasakan sedikit bebanan ditambah pula dengan anak yang ramai. Pada suatu hari, ‘Assalamualaikum Pak Isam..’, suara lantang dari luar rumah. ‘Waalaikumsalam, masuklah’, ujar Pak Isam. ‘Masam je muka Pak Isam, kenapanya?’, ujar Aki. ‘Peninglah aku, dah semakin kurang orang datang ke rumahku ni, semakin hari kuih akok yang si Dang buat pon dah semakin kurang permintaan, semuanya bagai serba tak kena’, balas Pak Isam.

‘Itulah Pak Isam, saya dah pernah kata sebelum ni, Pak Isam kena tambahkan lagi ilmu batin Pak Isam, jika Pak Isam nak belajar, saya ada tempatnya’, ujar Aki. ‘Malaslah aku, kau ni tak habis-habis nak ajak aku berkawan dengan syaitan, ada pendampinglah, boleh jadi kebal lah, boleh ubatkan penyakit batin orang lah, itu semua berlawan dengan agama kita Ki’, tegas Pak Isam. ‘Ikut Pak Isam lah, jalan macam ni lah boleh buat duit, tuu tengok anak-anak Pak Isam makin lama makin besar, perlukan duit semua tu, ni nak makan hari-hari pon susah, beginilah jika Pak Isam berubah fikiran, datang cari saya, Assalamualaikum’, Aki berlalu pergi.

Panggilan ‘Pak’ Isam itu diberikan oleh orang kampung kerana mukanya yang garang dan memiliki misai yang tebal, sedangkan umur Pak Isam ketika itu baru menjangkau usia 38 tahun. Klinik kerajaan mula bercambah disekitar daerah itu, semakin berkurangan orang kampung yang ingin menggunakan khidmat Pak Isam. ‘Bukkk..’, bunyi sesuatu di dapur, bergegas Pak Isam ke dapur. Alangkah terkejutnya dia melihat Ita, anak nombor empatnya terbaring di atas lantai dapur. Ita pengsan, apabila Ita bangun, dia terus menceritakan sesuatu kepada ahli keluarganya, ‘Tadi Ita nak basuh tangan, tiba-tiba ada sesuatu tepuk bahu Ita, Ita paling muka tengok ada seorang perempuan berbaju putih, mata merah terkeluar, memegang sesuatu di tangannya, terus Ita pengsan’, ujar Ita. ‘Mungkin benda tu nak menyakat Ita je kot, nah minum air penawar’, ujar Pak Isam. Jauh di sudut hati Pak Isam dia runsing akan apa yang terjadi, ‘Kalaulah aku ada ilmu batin yang kuat, dah lama aku kerjakan hantu tu’, ujar Pak Isam dalam hati.

Keadaan yang menimpa Ita semakin menjadi-jadi, dia sering meracau dan selalu membuat percubaan membunuh diri. Dalam masa yang sama, Aki datang ke rumah, dialah yang menolong Pak Isam mengubati Ita, dengan menggunakan perkakas seakan pawang, dengan telur ayam dan tanah, mampu membuatkan Ita bertenang, ‘Itulah aku dah cakap, kalau kau belajar ilmu ni, nescaya tak jadi macam ni, penyakit pon tak berani nak hinggap, kau tahu tak, ada orang benci dengan kau, sebab itulah dia hantar belaan dia untuk menggangu engkau’, ujar Aki dengan tegas. ‘Aki, aku nak belajar tapi aku tak nak berlebih-lebih sampai terpesong jauh’, ujar Pak Isam perlahan. ‘Malam jumaat nanti kau datang ke rumah aku, kita pergi berguru di balik bukit sana’, ujar Aki.

Hari yang ditunggu sudah tiba, Pak Isam melangkah kaki pergi ke rumah Aki yang terletak agak di pendalaman. ‘Mari kita pergi’, ujar Aki. Mereka menuju ke kaki bukit dan hilang ditelan kegelapan malam. Cerita yang aku coretkan ini adalah penceritaan semula Mak Dang, oleh itu apa yang jadi antara Pak Isam dan Aki semasa menuntut ilmu batin, tak dapat diceritakan disini. Satu bulan lamanya, akhirnya Pak Isam kembali pulang ke kampung halaman. Sudah lebih seminggu, tiada apa pon yang pelik berlaku kepada Pak Isam, cumanya semakin hari semakin laris khidmatnya digunakan oleh penduduk kampung dan ada juga yang datang merupakan pesakit dari kampung sebelah yang turut ingin menggunakan khidmatnya. Terdapat beberapa perkara pelik yang Pak Isam watakkan, seperti, malam jumaat Pak Isam akan mengurung dirinya di dalam bilik, dan gemar membiarkan asap kemenyan menyelubungi ruang tamu rumah setiap malam.

Suatu malam, sedang keluarganya menikmati makan malam, ‘Tukk, tukk, tukk’, pintu rumah berbunyi. ‘Oh ayah dah balik, ayah dari mana, seharian tak nampak? Siang tadi ada beberapa orang mencari ayah’, ujar Ramli. ‘Ada je, tak ke mana-mana’, ujar Pak Isam, beliau terus meluru masuk ke bilik. Mak Dang menghampiri Pak Isam yang terlena di katil, ‘Abangg, abangg bangun, barang dapur kita dah habis la bang, Dang nak duit sedikit, nak buat beli barang dapur’, ujar Mak Dang. ‘Eh, apa lagi yang tak cukup? Cuba awak tengok baik-baik, beras, ikan, gandum semua aku dah suruh orang belikan’, ujar Pak Isam. ‘Eh, siapa yang abang suruh? Mana ada bang, semua dah habis’, balas Mak Dang. ‘Cuba kau pergi tengok, sebelum aku mengamuk’, tegas Pak Isam. Mak Dang ke dapur, sedikit terkilan dengan perangai suaminya. Terkejut beruk Mak Dang, apabila melihat plastik yang dipenuhi ikan di atas meja, terus Mak Dang membuka bekas beras, beras juga turut penuh, Mak Dang semakin tertanya-tanya, bagaimana ini semua boleh berlaku.

Perkara pelik yang dilakukan oleh Pak Isam tidak berhenti setakat itu sahaja, setiap malam jumaat, mereka sekeluarga dihantui oleh bunyi cakaran di atas atap dan pintu belakang rumah, bunyi berdengus kuat di luar rumah, dan kadang-kadang ayam belaan juga hilang entah ke mana. ‘Abang pergi belajar ilmu hitam ya ikut Aki? Dang tengok abang dah tak solat, pergi surau memang Dang tak nampak, abang dah tak sayang kami ke?’, tegas Dang. ‘Korang tak tahu bersyukur kan, aku buat ini semua untuk menjaga kamu anak beranak, kamu nak orang yang hati busuk buat apa-apa dekat anak kita lagi? Jadi engkau jangan banyak soal dengan aku, tentang solat, nantilah aku buat’, ujar Pak Isam dengan muka yang bengis. ‘Dang tak hingin dilindungi oleh syaitan, cukuplah bang, taubat lah bang’, ujar Mak Dang sambil menangis. ‘Panggg!’, satu sepakan kuat di muka Mak Dang, terus terduduk. ‘Ini amaran, kalau kau persoalkan lagi pasal ni, lagi teruk aku kerjakan’, ujar Pak Isam dan terus berlalu pergi.

Suatu malam yang hening, ‘Aduhh, sakitnya perut ni, Long tolong temankan Li pergi tandas’, ujar Ramli. Semuanya tak bangun sedap diulit mimpi, Ramli bersendirian pergi ke tandas di luar rumah, seraya mengambil lampu suluh di dapur. ‘Prapppp’, bunyi sesuatu. ‘Fuh terkejut Li, ingatkan siapa tadi, kenapa ayah makan dalam gelap?’, ujar Ramli. Pak Isam mencangkung dan meratah makanan di atas meja, dan memandang tepat ke Ramli tanpa bercakap apa-apa. Ramli bergegas ke luar rumah setelah mengambil lampu suluh dan membiarkan ayahnya yang dirasakan pelik itu. ‘Alamak, ibu selalu cakap nak keluar rumah jaga-jaga, benda belaan ayah ada berkeliaran disekitar rumah’, getus hatinya.

‘Ahhh, lantaklah, janji aku lega’, terus Ramli menuju ke jamban rumahnya. Tengah layan memerut tiba-tiba bunyi berdehem di belakangnya, Ramli menoleh, dia melihat kelibat seseorang yang sedang turut cangkung dibelakangnya, tetapi Ramli tidak melatah, dengan selamba dia meneruskan projek memerutnya itu. ‘Tikk, tikk’, bunyi air menitis atas bahu Ramli. ‘Ish awat berlekit ni, dah la jamban ni tak ada lampu, cahaya bulan terang samar-samar je menerangi ruang jamban ni’, ujar Ramli dalam hati. Ramli mendongak, terus tergamam, tak sampai seinci benda yang mencangkung di belakang Ramli tadi sudah bergayut di atas kepala Ramli, dengan slow and steady, basuh apa yang patut dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Kali ni Ramli nampak ayahnya tegak berdiri di tengah ruang tamu. ‘Yahh, kenapa tak masuk tidur?’, ujar Ramli termengah-mengah. Pintu bilik ibu terbuka, keluar ‘Ayah’, ‘Pergi kau dari sini, aku perintahkan kau keluar!’, ujar Pak Isam. Perlahan-lahan, jasad ayah yang tadinya di ruang tamu, semakin kabur dan hilang.

‘Abang tengok sekarang, saya anak beranak jadi takut nak duduk rumah ni, ada je hari-hari benda nak mengacau, penat saya tiap-tiap hari nak kemas dapur, bersepah macam ada orang masuk mencuri, ini semua sebab syaitan abang tu’, tegas Mak Dang. Pak Isam terus berlalu masuk ke dalam bilik kembali tanpa menghiraukan Mak Dang. Keesokan harinya, ‘Hari ini aku nak turunkan ilmu aku dekat korang semua, itu sebab belaan aku kacau korang, sebab dia rasa tak serasi dengan korang semua’, ujar Pak Itam. ‘Eh, kami tak nak, jangan kau pandai-pandai nak suruh anak-anak aku terpesong macam kau jugak, sedarlah abang, walaupun dulu hidup kita serba-serbi tak cukup, tapi kita bahagia, tapi sekarang, cuba abang tengok, hidup kami tak pernah aman walaupun makan serba cukup, mungkin datang bukan dari rezeki yang halal’, pintas Mak Dang.

‘Engkau cakap macam manusia tak punya otak ya Dang, aku bagi korang pakai minum cukup, aku cuma minta engkau ikut cakap aku sahaja, itupon susah ke?’, tegas Pak Isam. ‘Kami bukannya tak bersyukur, tapi hati kami anak-beranak sentiasa tak tenteram, terasa macam ada sesuatu tak kena, lauk pauk yang abang beli pon pelik, Dang tak pernah nampak abang ke pasar, tapi asal Dang bangun pagi je, Dang tengok dah ada atas meja, bertaubatlah bang, masih belum terlambat’, keluh Mak Dang.

Niat Pak Isam untuk menurunkan ilmu kepada ahli keluarga tidak terhenti setakat itu sahaja. Dia cuba untuk turunkan ilmunya dalam senyap-senyap tanpa pengetahuan Dang. Kami adik beradik dipaksa untuk minum darah kambing yang dah dicampur dengan limau nipis dan sebelum tidur kami dipaksa untuk mengamalkan sekeping mantera. Manakala adik-adik kami yang perempuan pula, Pak Isam menyuruh untuk menyimpan darah period, untuk dijamu kepada belaanya.

Hasilnya kami menjadi semakin derhaka kepada Mak, kadang-kadang sampai meninggikan suara kepadanya, solat pula entah ke mana, ada sahaja yang tak kena. Hantu raya belaannya pula dah berani tonjolkan rupa sebenar, berbaju lusuh, muka gelap menggerutu, matanya sedikit terkeluar dan sifatnya suka memandang tepat dimata. Kasihan kepada Mak Dang, setiap hari merintih dan berdoa supaya suami dan anak-anak dia berubah dan mengikut jalan Allah, malangnya Mak Dang menjadi tempat untuk melepaskan amarah sang suami, serta tiada rasa hormat yang ditunjukkan oleh anak-anaknya.

Penampakan hantu dah menjadi kebiasaan bagi Ramli dan adik beradiknya. Ada yang menjelma sebagai si cantik dan ada juga menjadi si hodoh. Ramli menjadi taksub menggunakan belaan keluarganya itu untuk membalas dendam terhadap rakan-rakannya yang membulinya di sekolah, membantunya untuk memikat hati si dara, sehinggakan semakin ramai penduduk kampung mulai takut dengan keluarga Pak Isam. Sudah menjadi bualan harian penduduk kampung mengenai Pak Isam dan belaannya, akan tetapi masih ramai yang menggunakan khidmat Pak Isam sebagai dukun di kampung tersebut.

Di manakah Aki? Kenapa Aki tidak menjadi dukun seperti Pak Isam sedangkan beliau juga mempunyai ilmu yang sama seperti Pak Isam. Rupa-rupanya ada perjanjian di antara Pak Isam, Aki dan syaitan dimana Aki hanya menjadi penyakit dan Pak Isam menjadi penawarnya. Banyak penduduk kampung yang terkena buatan orang, menjadi separa gila, rupa-rupanya angkara Aki, dan mereka akan merujuk pada Pak Isam untuk merawat, akan tetapi Pak Isam mengenakan pengeras yang tinggi dan dikongsi berdua bersama Aki. Kasihan kepada penduduk kampung yang miskin yang tak mampu untuk berubat, ada yang menjadi gila dan juga meninggal dunia.

Tahun 1995, umur Ramli menjangkau 15 tahun, bersekolah tingkatan 3, dan abangnya yang sulung menduduki SPM pada tahun itu. Ada seorang ustaz yang menjadi cikgu Agama Islam yang mengajar di kelas abangnya, sering mendekati abangnya, Naim. Ustaz tersebut seolah-olahnya tahu Naim mempunyai pendampingnya sendiri. Pada suatu hari, ‘Naim saya nak tanya sedikit boleh?’, ujar Ustaz. ‘Ya, ada apa ustaz?’, ujar Naim. ‘Naim pernah tak buat perkara yang Naim sedar ianya tak elok, tapi Naim masih buat jugak?’, Ustaz bertanya.

Naim tunduk, ‘Kenapa ustaz tanya saya macam tu, macam saya ada buat silap besar je?’, ujar Naim. ‘Sudah masuk 3 bulan saya mengajar awak, saya perhatikan muka awak kusam dan tak bermaya, seakan tiada aura atau nur di wajah, saya juga sering perhatikan Naim seakan tiada kawan-kawan, suka menyendiri, dan suka bercakap seorang diri, Naim ada masalah ke? Kalau ada boleh berkongsi dengan ustaz, mungkin ustaz boleh bantu Naim?’, ujar Ustaz panjang lebar memancing Naim bercerita. ‘Saya nak bercerita, tapi bukan di sini, nanti lepas solat Asar, saya jumpa ustaz di dalam surau ya?’, ujar Naim. Ustaz mengangguk tanda setuju.

Semua pelajar diwajibkan solat berjemaah di surau, maka Naim yang hakikatnya di rumah tidak solat, terpaksa solat juga di sekolah. Seusai solat Asar, Naim pergi berjumpa ustaz. ‘Ustaz, sebenarnya keluarga saya ada membela hantu raya, kami sekeluarga juga ada khadam masing-masing, atas kehendak dari ayah saya, saya tahu tindakan ayah ini salah, tapi kami adik beradik tak berani nak membantah, kami akan dipukul ayah’, ujar Naim. ‘Dari awal saya dah dapat agak, sebab saya pernah nampak khadam kamu sering muncul di dalam kelas, saya pernah nampak kamu bercakap sorang-sorang, kamu tengah bercakap dengan khadam kamu kan?’, ujar ustaz.

‘Iya ustaz, saya hormat pada ustaz, sebab khadam saya sering mengadu, kalau dalam kelas ustaz, dia tak berani nak masuk, jika dia tak masuk, saya rasa sangat tenteram, rasa macam hilang beban dikepala, tolong saya ustaz, tapi macam mana saya nak ajak ayah bertaubat, sedangkan mak saya sendiri sering diherdik dan dipukul oleh ayah’, ujar Naim penuh sedih. ‘Beginilah Naim, nanti saya cuba fikirkan cara bagaimana nak bantu awak sekeluarga, saya berbincang dengan kawan-kawan saya dahulu, buat masa sekarang, jangan letak tekanan dekat diri awak, SPM tahun ni, awak kena fokus belajar, abaikan apa orang keliling nak kata, apa-apa boleh cerita dengan saya’, ujar Ustaz panjang lebar.

Ada suatu hari, ustaz dan dua orang rakannya datang ke rumah kami. Pak Isam seakan tidak selesa dengan kehadiran mereka bertiga tetapi dijemputnya juga mereka masuk. ‘Encik ada apa hajat ke mari?’, ujar Pak Isam. ‘Begini pakcik, Naim anak pakcik merupakan pelajar saya, saya tengok dia pelajar yang baik dan ada potensi untuk berjaya, tetapi maafkan saya jika menyinggung perasaan pakcik, saya nampak Naim ada pendampingnya sendiri, khadam dia tu membuatkan Naim tak selesa nak belajar’, ujar Ustaz. ‘Eh encik jangan nak memandailah, khadam bersifat untuk melindungi, bukan untuk menyiksa anak saya, apa yang encik nak sebenarnya’, balas Pak Isam.

‘Maaf pakcik, kalau boleh saya cakap, sebenarnya tidak elok kita berkawan dengan syaitan, ini semua bercanggah dengan ajaran agama kita, iaitu agama islam, Allah melaknat barangsiapa yang menyekutukan Allah, saya rasa baik pakcik buang khadam yang mendampingi Naim, yang akan melindunginya Allah, bukannya syaitan’, ujar Ustaz dengan tenang. ‘Ahhh! Kalau encik datang sini nak nasihat saya, saya tak makan nasihat, khadam yang saya letak dekat Naim antara khadam yang terkuat, jika encik berani sekali lagi menyibuk urusan keluarga saya, kehidupan encik tidak akan tenang’, ujar Pak Isam dengan bengis. Pak Isam terus masuk ke dalam bilik, ustaz memandang keliling dan membaca sesuatu, suhu di dalam rumah semakin meningkat dan panas, ustaz menggelengkan kepala dan terus berlalu pergi.

‘Kita kena cari cara untuk pisahkan khadam tu dari Naim, aku dapat rasakan bukan satu je belaan orang tua tu, ada banyak, mungkin setiap ahli keluarga ada khadamnya sendiri’, ujar Ustaz kepada kawan-kawannya. Ustaz merancang sesuatu untuk menyelamatkan keluarga Naim, ustaz membuat satu program di sekolah yang memerlukan pelajar tingkatan 5, untuk bermalam di sekolah. Pada malam tersebut, ustaz mengerahkan semua pelajar tidur di dalam surau termasuklah Naim. Naim dikelilingi oleh ustaz dalam cubaan untuk memisahkan Naim dari khadamnya. Ustaz memulakan dengan bacaan Yassin dan beberapa ayat lazim. Naim mula kepanasan, menggulupur ditengah-tengah ruang surau. Bunyi hilaian perempuan ketawa di luar surau, diselangi dengan bunyi bising di bahagian wudhuk.

Tiba-tiba ‘Paapp’, blackout, ustaz mengerahkan rakannya untuk melihat kotak suis utama. ‘Paap’ tiba-tiba elektrik ada kembali, semua terkejut melihat Pak Isam di sebelah Naim. ‘Kau buat apa ni??’, ujar Pak Isam. ‘Saya sudah meminta Pak Isam buang khadamnya Naim dengan cara yang baik, tetapi Pak Isam bertegas degil, saya ambil inisiatif sendiri untuk bantu Naim, sedarlah Pak Isam, benda ni tidak membawa apa-apa kebaikan pada Naim’, Ustaz membalas. ‘Ahhh! Aku tak nak dengar ceramah dari kau, jika kau bertegas juga nak pisahkan Naim dengan kawannya, kau Langkah mayat aku dulu’, tegas Pak Isam.

Ustaz terkumat kamit membaca sesuatu, lalu dilibasnya Pak Isam dengan tasbih, seakan menahan rasa sakit Pak Isam. Pak Isam cuba untuk mengheret Naim keluar dari surau, tetapi dihalang oleh ustaz-ustaz yang lain. ‘Naim, engkau pilih yang mana, antara aku atau cikgu bodoh kau ni, jika kau pilih dia, aku haramkan engkau pulang ke rumah, dan aku akan pastikan kehidupan engkau selepas ini tidak akan tenteram sama sekali’, ujar Pak Isam kepada Naim. ‘Ayah, tolonglah Naim, tolonglah dengar kali ini sahaja, tolong lepaskan Naim dan adik-adik dari hantu belaan ayah, Naim hormat ayah, Naim sayang keluarga kita, tapi Naim tak nak khadam ni’, ujar Naim merayu.

‘Panggg!’, disepaknya muka Naim. ‘Dasar anak tak sedar dek untung, dari kecik aku belai, aku bagi makan siang malam, sikit pon kau tak geti kenang budi yaa? Mulai hari ini aku tidak ada anak yang bernama Naim, jangan sampai aku nampak kau sekalipun, kalau tidak nahas aku kerjakan, lagi satu, jangan berjumpa dengan ibu dan adik-adik kau, kau dasar anak derhaka’, ujar Pak Isam dengan penuh marah. Naim menangis dan melutut di kaki ayahnya. ‘Ayah, kembalilah ke pangkal jalan, bukan Naim tak bersyukur, tapi ini bukan caranya, biarlah Naim berlapar, asalkan Naim tak mensyirikkan Allah, tolong dengar keluhan ibu dan kami adik beradik, bertaubatlah ayah selagi masih ada masa’, rayu Naim.

Pak Isam terus berlalu keluar dari surau. ‘Ustaz, kali ini ustaz selamat, ustaz dah sentuh anak belang, tunggu masa sahaja, pak belang akan meratah segala isi badan Ustaz! Kau sayangkan dia, jagalah dia, satu hari nanti aku pasti dia akan melutut kembali pada aku, atas apa yang dia dah buat, sekarang dengan rela hati, aku perintahkan khadam Naim untuk pergi dari hidup dia, sebab ini adalah perjanjian antara aku dan khadamnya’, tegas Pak Isam dan terus berlalu pergi dalam kegelapan malam. ‘Ustaz, macam mana dengan hidup saya lepas ini ustaz? Saya ada satu-satunya keluarga, sekarang saya jadi piatu disebabkan hal ini, tolong saya ustaz’, Naim merayu di kaki ustaz. ‘Bangunlah Naim, jadi manusia yang bijak, bukan salah Naim untuk jadi derhaka, kita doa banyak-banyak supaya ayah Naim sedar apa yang dia buat ini salah, jangan risau, Naim boleh tinggal bersama ustaz buat sementara, nanti ustaz ikhtiar bagaimana untuk selamatkan adik beradik Naim pula’, ujar Ustaz dengan lembut. Pelajar yang lain masing-masing masih terkedu dengan apa yang jadi.

Hampir setiap hari Mak Dang menangis merindui Naim, hajat hati nak jumpa, tetapi Pak Isam seakan-akan tahu je ke mana sahaja Mak Dang pergi, mesti ada yang menganggu. Ramli rasakan tugasnya sedikit berat setelah menjadi abang menggantikan Naim. Tipulah kalau hati tidak rindu, tetapi dalam masa yang sama dia kena menjaga hati ayahnya. Adik perempuannya sudah semakin meningkat usia, sudah boleh membezakan antara yang betul atau pon tidak, kami sekeluarga rasa tertekan kerana mungkin hati sudah semakin jauh dengan jalan Allah. Jangankan pula nak solat, memang ayah mengamuk, nak mengaji pon menyorok-nyorok, itupun selalu kantoi dengan ayah, mungkin belaan kami buat report kot.

Setahun sudah berlalu, baru sekali kami berjumpa Naim dalam senyap-senyap sebelum Naim menjalani ujian SPM, katanya untuk minta restu dari ibu, itupun kantoi dengan ayah, kami anak beranak terpaksa tadah dilibas dengan batang paip di badan, asalkan terubat rindu dekat abang kami yang sulung. Tetapi kini Naim tak dapat dikesan, tak tahu ke mana, ustaz yang mengajar Naim turut berpindah sekolah. ‘Ramli, ini ada surat dari Naim sebelum dia berpindah, Naim cakap simpan surat ni baik-baik, jangan sampai ayah tahu’, ujar Ustaz Roslan, iaitu rakan kepada Ustaz Haikal yang menjaga Naim.

Ramli mencari satu sudut untuk dia membaca isi surat itu, surat itu berbunyi:
‘Kehadapan adikku Ramli, maafkan along kerana tidak dapat berjumpa sebelum pemergian along ke Kuala Lumpur. Tolong kirimkan sayang rindu along kepada ibu tercinta dan adik-adik perempuan along yang along sayang sangat-sangat. Along terpaksa pergi untuk kebaikan along dan kamu semua, along janji satu hari nanti kita pasti berjumpa lagi. Along berharap sangat adik-adik along belajar sungguh-sungguh dan dapat belajar jauh dari kampung halaman, bukannya along tak sayangkan ayah, cuma mungkin ini caranya buatkan ayah rindu pada kita, dan mungkin lama-lama ayah akan sedar akan kesilapan dia. Along akan cari cara untuk bawa ibu bersama-sama. Nasihatkan ibu supaya tidak risaukan along, dan sentiasa jaga kesihatan. Along akan kerap kirim surat melalui Ustaz Roslan, biarlah syaitan tu nak laporkan kepada ayah, biar ayah tahu, air dicincang tidak akan putus, salam sayang Naim.’

Mengalir air mata Ramli, dilipatnya surat itu dan disorokkan di celah stokin. ‘Naim, kau bagi surat yang abang tak guna kau tu bagi kat kau’, tegas Pak Isam. ‘Surat apa yah? Mana ada along kirim surat apa-apa’, ujarku gugup. Mak Dang memerhatikan aku ditirai dapur. ‘Kau degil ya! Meh sini kau’, ditonggeng, digeledahnya beg sekolah Ramli untuk mencari. Pak Isam mengeluarkan sebilah parang, ‘Kalau kau tak bagi aku tetak kepala kau’, tegas Pak Isam. Menangis Ramli melihat perangai binatang ayahnya itu, ‘Sampai hati kan ayah sampai nak tetak Li, tak sangka sebab sepucuk surat sampai nak bunuh Li, Nah! Amik lah surat ni, baca dan hayati betul-betul luahan hati along tu, janganlah jadi manusia yang pentingkan diri sendiri’, Ramli terus masuk ke dapur.

Melihat ayahnya terus berlalu keluar, Ramli cepat-cepat himpunkan ibu dan adik-beradiknya. ‘Ibu tadi along ada kirim surat, tapi dah diambil oleh ayah, tak apa, Li ingat semuanya’, ujar Ramli dan terus menceritakan isi surat itu kepada mereka. Ibu menangis teresak-esak, yang lain mengalirkan air mata. ‘Ingat pesan along, belajar rajin-rajin, insyaAllah, selagi kita ingat pada Allah, Allah akan memudahkan jalan kita, ye long, ibu akan jaga kesihatan, nanti ambil ibu ya long’, rintihan ibu. Kami anak beranak saling berpelukan, dalam masa yang sama kami pasang azam baru, untuk mengubah derita yang kami alami hari ini.

Tak kiralah dimarahi atau dipukul ayah, kami tetap curi-curi solat. Ujar Ustaz Roslan, ‘Kalau adik dekatkan diri dengan Allah, nescaya benda tu pon semakin lemah, bila dia semakin lemah, dia semakin kurang tenaga nak ganggu kehidupan harian adik, lagi satu, sifat syaitan ni pon lebih kurang je dengan manusia, sebab kita kan makhluk Allah, ada kelemahan, jika dia lemah, dia pon akan jadi buntu nak menyesatkan adik, masa tu lah kita tunggu-tunggu untuk merancang strategi’. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Ustaz Roslan, semakin hari semakin kuat aku mengenal ajaran islam.

Alhamdulillah semangat kerohanian Ramli sudah semakin kuat, rasa hormat kepada ibunya turut semakin bercambah, solat lima waktu juga dah dijaga dengan sempurna. Walaupun ayah sering memukul mereka, tapi ia buatkan mereka semakin bersemangat untuk terus pergi lebih jauh. Keputusan SPM yang diluar jangkaan melayakkan Ramli untuk belajar ke Universiti, dan Universiti yang dipilihnya ialah di UUM. Ayahnya 100% membantah niat Ramli untuk sambung belajar, tetapi terpaksa akur juga setelah dipujuk untuk terus mengamalkan ajarannya, hakikatnya Ramli terpaksa menipu untuk mencari alasan keluar dari kemelut kehidupannya.

‘Ramli jika kau tipu aku, kau tahulah apa akibatnya kan?’, ujar Pak Isam. Ramli mengganguk lemah tanda setuju, dibisikkan ke telinga ibu dan adik-adiknya. ‘Ibu, Ramli pergi dulu, jaga kesihatan baik-baik, jangan risau, Ramli akan cari jalan untuk bawak kita keluar dari kemelut syaitan ni, kamu semua adik-adik abang, tolong jaga ibu, dan belajar sungguh-sungguh, ingat solat jangan tinggal’, pesan Ramli. Ramli daftar masuk ke Universiti dengan berdikari sendiri, tanpa ada ahli keluarga disisi, nombor telefon ustaz roslan juga turut disimpan oleh Ramli.

Ramli ditempatkan di Kolej Petronas UUM. Roommatenya merupakan seorang anak jati Bota Kanan, Perak, bernama Fauzi. ‘Weh Ramli kau tak pernah cerita pasal keluarga kau dekat aku, kau anak nombor berapa? Ayah kau kerja apa?’, ujar Fauzi. ‘Hehe, aku bukan tak nak cerita, dah kau tak tanya…aku anak nombor dua dari enam adik beradik, ayah aku, hmm’, Ramli terkedu bercerita. ‘Wei, ayah kau dah tak ada ke? Sorry aku tanya bukan-bukan, mak kau pulak?’, tanya Fauzi. ‘Erm, bukanlah, ayah aku ada lagi, tapi lain kali lah ya aku ceritakan pasal dia, ibu aku suri rumah, dia pandai buat kuih akok, nanti kalau aku balik, aku bawak untuk kau ya’, ujar Ramli tenang. Ramli gemar membuat pekerjaan part-time, kalau ada masa free dia akan tolong mengambil upah menjual nasi lemak di sekitar kolej kediaman, dapatlah dia untung dalam 20sen sebungkus.

Pada suatu hari, Ramli datang idea nak jual maggi dalam baldi, haha, korang zaman belajar dulu lebih-lebih laki, tipulah kalau tak pernah buat. Tengah-tengah hujan lebat dekat luar, perut budak-budak dah berkeroncong, masa nilah ambil peluang. Dimasaknya air guna 3 biji heater, lantas mengeluarkan berbungkus-bungkus magi dan dimasukkan ke dalam baldi. Dituangkan rencah dan air ke dalam baldi dan berjalanlah Ramli disekitar blok, ‘Magii, magiii, tuang satu bekas seringgit!’, keliling kolej kediaman. Laku sungguh magi Ramli, sampailah di satu bilik ni, diketuk Ramli berkali-kali, ‘Magiii magiii!’. Keluar seorang pelajar yang mukanya pucat, nampak urat di muka, badan kurus kering, ‘Nak magi?’, ujar Ramli. ‘Bagi saya semua, berapa harga’, ujar budak tersebut. ‘Erm, tinggal suku baldi je ni, aku nak jual berapa yaa, em tiga ringgit jela, anggaplah sedekah’, ujar Ramli dalam hati. Tiba-tiba budak tu hulu tiga ringgit, ‘Aik macam mana dia boleh tahu aku nak jual tiga ringgit ni’, ujar Ramli dalam hati. ‘Nanti dah habis makan, malam nanti saya datang ambil baldi ya’, ujar Ramli dan terus berlalu pergi.

‘Wei Fauzi, kejap lagi teman aku pergi bilik hujung sekali dekat hujung blok ni boleh tak? Lepas tu kita terus pergi makan malam’, ujar Ramli. ‘Wei, 3 bilik hujung tu mana ada oranglah, kau biar betul’, balas Fauzi. ‘Eh kau biar betul, ada student lah situ, dia siap beli sebaldi maggi aku petang tadi, tengok duit pon dia…’, Ramli terkedu. Dia meraba dalam koceknya, terdapat serpihan daun kering, ‘Eh aku rasa collection aku siang tadi 25 hengget, kenapa tinggal 22 hengget je nih?’, ngomel Ramli sendirian. ‘Dah Fauzi, tak kira lah dia hantu ke apa ke, aku bukan orang kaya nak beli baldi baru, jom ikut aku ke sana, ambil balik baldi aku, kurang ajar punya hantu’, seloroh Ramli.

Sesampainya Ramli di depan bilik itu, pintu bilik terus diketuk, ‘Assalamualaikummm, eh kunci pulak’, ujar Ramli. ‘Eeett..’, tiba-tiba pintu terkuak perlahan-lahan, keluar pelajar tadi. ‘Wei Zi, aku dah kata ada orang lah, kau ni macam-macam, wei aku nak baldi aku balik, nanti-nanti aku jual maggi lagi dekat kau’, seloroh Ramli. Budak tu hulurkan baldi tu, ‘Bang, ayah abang sampaikan pesan, kenapa dah lama abang tak jamu saya makan?’ ujar budak itu. Terlepas baldi dekat kaki aku, aku amati muka dia, dah pandai menjelma jadi student pulak kau ya. ‘Dik, maaflah abang tak bagi makan, kau bukan bini abang, aku nak tanggung makan minum kau, kau pergi dekat ayah aku, mintak makanan dari dia, cukuplah aku bagi maggi petang tadi’, ujar Ramli bersahaja. Fauzi diam terpaku. ‘Abang jangan sampai tak senang duduk’, ujar budak itu lalu dihempasnya pintu, nasib tak kena hidung.

Di café, ‘Wei, kenapa budak tu cakap macam tu dekat kau? Kau kenal dia ke?’, ujar Fauzi ingin tahu. ‘Itu syaitan lah Zi, datang menyerupai manusia untuk menagih simpati, dia cuba nak gertak aku tu, jangan dilayan, kalau aku nak cerita dekat kau, sampai esok Subuh tak habis, aku dah biasa dari kecik lagi hadap benda-benda macamni, ada yang hodoh, ada yang cun, ada yang berbalut macam kain kafan, ada yang mencangkung macam jerangkung, ada yang peluk batu nisan, ada yang tak berbadan, semua aku dah jumpa, tapi aku buat selamba je’, ujar Ramli.

‘Perghh, beraninya kau ni, kau ada ilmu ke?’, balas Fauzi. ‘Macamni lah Zi, aku nak kau anggap aku normal je, ya aku boleh melihat makhluk Allah yang lain, pendek kata hijab aku dah terbuka disebabkan ayah aku nak aku membela khadam aku sendiri, yang kau jumpa tadi tu pendamping aku, tapi jangan kau silap, dia bukan saka tau, kiranya aku tak pernah buat perjanjian dengan dia, segala perjanjian antara ayah aku dan makhluk tu sahaja, itu sebab aku jadi berani, sebab dia tak boleh sewenangnya nak kacau aku, sebab dia bukan belaan aku, aku bukan nak memburukkan ayah aku depan kau, tapi aku tengah cari jalan untuk pulihkan keadaan, aku harap kau boleh jadi pendengar setia aku’, ujar Ramli panjang lebar.

Tiba-tiba Fauzi gelak, ‘Li, dari awal sebenarnya aku dah tahu kau siapa, sebenarnya aku turut ada masalah macam kau, tapi ianya saka keturunan aku, sebenarnya aku perasan dalam bilik budak tu tadi, saka aku pon ada sekali, itu pasal aku gelak, kita dah lah roommate, hantu-hantu kita pon duduk sebilik, apa jadahnya, hahaha’, balas Fauzi. Mereka ketawa berdekah-dekah selepas menceritakan latar belakang masing-masing, ‘Atok aku dah meninggal Li, masa aku kecik, dia banyak kali suruh aku berkawan dengan kawan dia, dia kata kawan dia akan lindung aku. Aku masa tu lebih kurang umur 12 tahun, tak matang, aku terima apa yang dia nak bagi dekat aku, masa awal-awal aku terima mak ayah aku semua maki aku, sebab aku tak pernah cerita, macam kau jugak, dah terdedah dengan macam-macam rupa hantu, same goes to me, kau bayangkan dalam banyak-banyak hantu, aku paling takut dengan Pontianak, ada jenis pontinak ni, suka berdepan dengan muka kau tiba-tiba, lebih-lebih lagi waktu kau tersedar dari tidur pukul 3 pagi ke, terpacul depan muka, kau rasa? Nak pelepuk, nama pon hantu kan, haha’, panjang lebar Fauzi bercerita. Malam tu kami lepak di café sampailah pukul 11.

Malam tersebut, ‘Wei Zi, aku nak stay-up buat assignment lah, aku bukak lampu meja je yer, kau tidurlah’, ujar Ramli, Fauzi mengiyakan sahaja. Lebih kurang pukul 3 pagi, ‘tukk tukk tukk’, bunyi pintu bilik diketuk. ‘Eh, ada benda nak kacau lah ni’, ujarku dalam hati. ‘Bangg nak beli magi’, suara budak tadi. ‘Maggi habis woi, nak maggi esok-esoklah datang balik’, selorohku. Dari suara yang lembut tadi bertukar menjadi garau, ‘Bukak pintu ni, aku nak makanan akuu, bagi aku darah kauu, aku dah lama lapar!’, ujarnya. ‘Kau nak darah? Pergi sedut darah ayah aku tu, dia yang janji dengan kau, bukan aku, aku tak akan bagi setitis pon darah aku dekat engkau lagi wahai syaitan!’, balas Ramli dengan geram. Seakan sunyi seketika, tiba-tiba Ramli jatuh dan kepalanya terkena dibucu meja. ‘Ramli bangun, kenapa dengan kau nih, dahi kau warna unggu wei, bengkak’, ujar Fauzi. Ramli melihat di cermin, ‘Cilaka punya hantu, dia tolak aku dekat bucu meja untuk lukakan aku, jadi unggu sebab dia sedut darah aku, main kotor dah dia nih, jaga kau’, ujar Ramli dengan nada marah. Ramli terus berlalu turun ke café bawah dan pergi ke pondok telefon. Dicapainya duit syiling dan terus mendail nombor Ustaz Roslan.

‘Assalamualaikum ustaz, apa khabar? Boleh saya dapatkan nombor Ustaz Haikal atau lebih baik nombor telefon abang saya Naim?’, ujar Ramli. ‘Boleh tiada masalah, salin ya’, ujar Ustaz Roslan. Ramli terus mendail nombor telefon Naim, ‘Assalamualaikum long, ni Ramli ni’, ujar Ramli. ‘Waalaikumsalam Li, lama menghilang, along ternanti-nanti jugak Li telefon along, ada apa-apa masalah ke Li?’, ujar Naim yang kini belajar di Uitm Shah Alam. ‘Long, kita kena exit plan nih, khadam Li dah datang balik, kacau hidup Li dekat sini, lagipun Li dengan along kan dah berjanji dekat ibu nak tolong ikhtiar jalan keluar dari kemelut hidup kita ni, macam mana Long?, Ramli bertanya. ‘Okay macamni, along ada juga bercerita masalah along dekat ustaz-ustaz di sini, diorang ada rekemen kan beberapa nama ustaz yang boleh bantu kita, hujung bulan ni, along akan bawak mereka ke tempat Ramli, kita buang pendamping Li, lepastu terus kita balik kampung’.

‘Untuk selesaikan masalah ni, maafkan along Li, along bukan tak sayang ayah, tapi kalau ayah tetap berdegil, along nak paksa jugak ibu berpisah dengan ayah, apa kata Li pula?, balas Naim. ‘Hurm, Li pon sayangkan ayah, tapi ini dah semakin melampau, mungkin kita kene heret Aki sekali untuk selesaikan hal ni, sebab dia punca utama, kalau tak boleh selesaikan jugak, ibu dan ayah kena berpisah!’, ujar Ramli. ‘Okay, ibu dengan adik-adik boleh tinggal dengan along, along ada rumah sewa di Shah Alam ni, adik boleh tukar sekolah dekat sini, tapi ini hanyalah alternative sahaja, jika ayah masih bertegas, insyaAllah, mudah-mudahan tiada masalah, kita jumpa hujung bulan ye Li, Assalamualaikum’, ujar Naim.

Dalam penantian untuk menunggu hujung bulan, bermacam masalah timbul. Kelihatannya pendamping Ramli sudah berani untuk bertindak lebih ganas, dengan menyerupai Ramli dan mengganggu para pelajar yang lain, yang terkena tempiasnya semestinya Ramli, ramai yang memulaukannya, nasib Fauzi masih setia sebagai seorang kawan. ‘Zi, kau tak nak ke buang saka kau tu?’, ujar Ramli. ‘Hurm, aku nak buang Li, tapi ada bomoh cakap, kita kena cari waris lain dulu baru boleh buang’, balasnya. ‘Eh mengarutlah, tu lah kau percaya sangat dek bomoh ni, bapak aku bomoh, aku tahulah Zi, apa yang dicakapnya 1/10 sahaja boleh percaya, yang selebihnya ada kepentingan dia sendiri, jom, minggu depan aku kenalkan kau pada ustaz, dia boleh tolong’, ujar Ramli.

‘Boleh tiada masalah, thanks Li’, ujarnya ringkas. Hari yang dinanti sudah tiba, Ramli dirawat oleh ustaz di dalam bilik, Ustaz Ismail mengetuai rawatan yang dimulakan dengan rukyah dan bacaan ayat al-quran. Secara automatik badan Ramli jadi kaku seakan tidak boleh berbuat apa-apa, ustaz menggolekkan sebiji limau kasturi dari hujung kepala sampailah ke hujung kaki. Ramli mulai meronta-ronta, ‘Kenapa kau kacau hidup akuuu!!’, gertak Ramli. ‘Katakan kepada tuanmu, aku akan datang’, balas ustaz pendek. ‘Allahuakhbarr!’, lalu merentap ibu jari Ramli, terus Ramli termuntah-muntah, keluar beberapa helai rambut kusut beserta jarum halus, Ustaz menyuruh Ramli minum air limau. ‘Okay, adik boleh berehat dulu’, ujar ustaz, kamu ustaz akan uruskan selepas setel masalah adik-beradik ni ya’, ustaz merujuk pada Fauzi.

Ramli menaiki kereta yang berlainan dari Naim, konvoi 3 kereta tersebut meluncur pergi dari kampus UUM ke Jeli. Setibanya kereta di kawasan jalan Baling-Gerik, tiba-tiba kereta yang dihadapan sekali, iaitu kereta yang dinaiki oleh Naim enjin berasap, kami park kereta di bahu jalan sementara melihat apa masalah yang berlaku. ‘Ustaz, head radiator pecah, air dalam radiator kering lah ustaz, macam mana ni?, ujar Kamil, iaitu pemandu kereta di depan. Ada hamba Allah berhenti untuk membantu, ‘Tak apa bang, saya boleh tolong, kawan saya pomen sekitar sini, mungkin boleh datang bantu’, ujarnya. Kami menunggu lebih kurang 45 minit datang kawan yang dimaksudkan tersebut, ‘Bang, mungkin lama sedikit, sebab lepas ni saya kena lari balik ke bengkel semula, cap radiator tak ngam lah’, ujar pomen tersebut. ‘Tak mengapalah dik, adik buat sebaik mungkin, kami boleh berteduh di tepi sini dulu’, ujar Ustaz Ismail.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang, ‘Bang, dah selesai dah, upahnya RM530’, ujarnya. ‘Mahalnya dik, memang harganya macam tu ke?’, ujar Kamil. ‘Tak mengapalah Mil, kira bersyukur ada hamba Allah sudi nak bantu kita ni, cepat, masing-masing keluar duit bantu Kamil, moga Allah senangkan urusan kita semua, ni nanti dah semakin lewat malam nanti payah pulak kita’, ujar Ustaz Ismail. Maka, mereka meneruskan perjalanan dan berhenti di Hentian Sungai Lebey untuk mengerjakan solat Maghrib. ‘Ustaz, kenapa terasa jauh je perjalanan kita ya, saya dah biasa lalu Gerik ni, selalunya dalam 2 ke 3 jam dah sampai dah ke tasik banding’, ujar Meor, pemandu kereta belakang. ‘Biasalah, kita nak pergi atas urusan syaitan, ni semua kerja dia nak melambatkan kita, tak apa, asalkan kita selamat sampai, korang yang drive, berzikirlah sambil memandu ya’, ujar ustaz sambil makan dulu sebelum meneruskan perjalanan.

Mereka meneruskan perjalanan, kira-kira sejam perjalanan tiba-tiba kereta dihadapan berhenti. Kelihatan dua ekor gajah di tengah-tengah jalan dan ada seekor anak gajah disisi. Tiba-tiba sepantas kilat, kelihatan pak belang menerkam anak gajah tersebut, gajah dewasa mengacah-acah pak belang untuk menghalaunya, kelihatan lebih dari 5 ekor pak belang mengelilingi gajah tersebut. Ustaz Ismail kelihatannya membaca sesuatu, dan menghembuskan di depan, segala gajah dan harimau tersebut, hilang bagaikan bayang-bayang. ‘Dia saja nak kacau perjalanan kita ni’, hon kereta depan suruh jalan’, ujar Ustaz Ismail. Kami meneruskan perjalanan ke Kalai, Jeli. Kami sampai di perkarangan rumah pukul 11 malam.

‘Assalamualaikum, ibuu, inaa, izahh, acikk, itaaa’, ucap Ramli dalam terketar-ketar. Keluar Pak Isam dari muka pintu, disisinya ada anjing hitam yang mulutnya berlumuran darah. ‘Kau nak apa anak bangsat tak sedar diri?? Kau cari ibu kau? Adik kau? Berapa lama korang keluar dari rumah ni, langsung tak jenguk kami, mereka semua dah mati!’, ujar Pak Isam. ‘Ayah tipuuu!’, ujar Naim. ‘Begini saudara, kami datang dengan elok, dan kami harap semuanya berjalan dengan elok, apa yang saudara buat dari awal lagi adalah perkara yang salah di sisi agama, dan ia boleh mengundang laknat Allah’, ujar Ustaz Ismail yang sudah bergerak ke hadapan. ‘Kau tak payah nak ceramah aku lah ustaz, aku tak makan dek ceramah ni, kalau kau kuat, mari kita beradu, kita tengok siapa yang tumbang dahulu’, ujar Pak Isam membongkak. ‘Mari semua ustaz berkumpul, yang tidak berkenaan, duduk dalam kereta, dan kunci’, ujar Ustaz Ismail. Ramli hanya memerhati gelagat para ustaz dan Pak Isam yang lagaknya sedang berlawan ilmu batin. Tiba-tiba anjing hitam tadi datang menyerang ustaz, belum sempat anjing itu datang mengigit tiba-tiba ia terbakar, rupanya suatu ilusi.

Ustaz memanggil Naim dan Ramli keluar dari kereta. ‘Kamu sayangkan ayah kamu, jika terjadi apa-apa pada dia, kamu okay? Ujar Ustaz Ismail. ‘Ustaz, dah tak ada jalan lain ke?’, ujar Naim. ‘Saya nak matikan ilmu dia bila-bila masa sahaja boleh, tetapi kalau dia berkeras jugak, boleh membawa kepada kematian dia’, ujar Ustaz Ismail. ‘Ustaz, ada seorang lagi kawan dia, namanya Aki, saya rasa kita kena matikan ilmu si Aki ni dulu, baru ayah saya jadi lemah’, ujar Ramli. Kelihatan Pak Isam sudah terduduk menahan sakit. ‘Kamu tak nak panggil kawan kamu seorang lagi bantu kamu?’, ujar Ustaz ke Pak Isam. ‘Tak payah nak panggil aku, aku dari tadi ada dekat sini, engkau ingat engkau hebat sangat ke orang tua?’, ujar Aki yang datang tiba-tiba dari belakang rumah.

Berjalan sambil tangan di belakang mendabik dada. ‘Sayang lah kau Isam, benda sekecil ini pon kau tak boleh nak hadapi, kekuatan kau dah semakin lemah sebab kau rindu keluarga kau yang dulu kan?, ujar Aki. Pak Isam tunduk, menangis. ‘Ki, ya aku rindu anak-anak aku, tapi aku tak boleh nak berpatah balik sebab perjanjian antara kau dan aku, tolong aku Ki, aku sakit’, ujar Pak Isam. ‘Kau dah terikat dengan aku dah Isam, kau jangan lupa pada janji, kau nak kaya, kau dah dapat, apa lagi yang kurang?’, ujar Aki. ‘Aku hilang keluarga Ki, ak jadi baran, anak bini aku benci aku Ki, kau punca Ki’, balas Pak Isam. ‘Aku uruskan dulu orang tua ni, lepas ni kau pula!’, ujar Aki keras. Tiba-tiba Ustaz Ismail, melutut, terbatuk-batuk, keluar darah hitam. ‘Allahuakhbar!’, Ustaz Ismail mengurut-urut dadanya. Ustaz-ustaz yang lain laungkan azan di perkarangan rumah.

Ustaz menggengam pasir, dan membaca-baca sesuatu, dan terus dilemparkan kepada Aki, pasir yang dilempar bagaikan hilang begitu sahaja. ‘Hahaha, kau bukan tandingan aku lah ustaz, kau tahu ada berapa ratus ribu syaitan ada dekat badan aku ni? Kalau setakat engkau seorang yang berilmu, nak keluarkan satu demi satu, baik kau bantutkan sahaja hajat engkau, aku kebal, tiada siapa yang boleh lawan aku!’, ujar Aki bongkak. ‘Allah akan hancurkan kamu wahai manusia bertopengkan syaitan!’, ujar Ustaz Ismail amarahnya. ‘Hahaha, cubalah, tiada kuasa alam maya ni boleh hancurkan aku…..ZASSS!’, belum sempat Aki meneruskan ayatnya, dia dipanah petir, dan dia terus rebah ke bumi. ‘Alllah Allah Allah, maafkan aku Allah, aku taubat, aku banyak buat salah’, jerit Pak Isam berkali-kali. Kami mengelilingi mayat Aki yang rentung, wajahnya hitam berkudis, perlahan-lahan nanah keluar dari muka, hidung, dan kulit-kulitnya, bau yang keluar amat dasyat sekali.

‘Inilah kuasa Allah, jangan sesekali bongkak dengan apa yang kita ada’, ujar Ustaz ismail masih menekan-nekan dadanya. ‘Ustaz, mari duduk berehat dahulu, sementara menunggu ambulance datang, Naim..Ramli..maafkan ayah sebab ayah ego, ayah rindukan kamu, mari dekat ayah’, ujar Pak Isam. Naim dan Ramli seakan-akan kekok nak berdamping dengan ayahnya. ‘Mana ibu? Mana adik-adik kami?’, ujar Naim dengan muka yang agak serius. Pak Isam tunduk, ‘Ayah kurung diorang dekat reban belakang’, Pak Isam menangis. ‘Sampai hati ayah buat macam ni, menangkan jela syaitan tu, elok ayah mati ikut sekali Aki’, spontan dari mulut Naim dan terus meluru bersama Ramli ke belakang rumah.

Ramli memecahkan kunci reban, dan terus memeluk ibu dan adik-adiknya yang kelihatan sangat kurus. ‘Maaf ambil masa lama nak tunaikan janji kami dekat ibu dan adik-adik, mulai hari ini kita terlepas dari malapetaka ini, Aki pon dah mati, ayah pula macam dah insaf, tapi ibu nak lagi ke dekat ayah, rasa benci lagi tebal dari sayang’, ujar Naim geram. ‘Nakk, ibu sabar menunggu saat ini, alhamdulillah kalau ayah kamu sudah sedar, apa-apa yang jadi mungkin diluar kawalan dia, apa-apa pon dialah ayah kandung kamu, ibu dah pertahankan rumahtangga ini dekat 20 tahun, satu kali pon ibu tidak pernah minta cerai, maafkanlah dia ya wahai anak ibu yang soleh’, ujar Mak Dang. ‘Bagi kami masa ya bu’, ujar Ramli. Ustaz Ismail, ayah, ibu dan adik-adik dimasukkan ke dalam ambulance dan dibawa ke hospital. Mayat Aki dibungkus dan dibawa ke hospital untuk disempurnakan.

Di saat aku ceritakan coretan Puaka Si Tua ini, aku menangis sendirian. Sesempurna mana pon iman seseorang akan goyang juga dengan bisikan syaitan jika kita tiada pendirian hidup. Kadang-kadang ujian susah ini sering menguji kehidupan kita sebagai seorang insan. Ramli turut mengenalkan aku dengan Mak Dang, sungguh! Memang sedap kuih akok yang dibuat oleh Mak Dang. Ayahnya pula Pak Isam sudah meninggal dunia 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah segala kegiatan syiriknya sudah lama ditinggalkan, malah Mak Dang dan anak-anak sudah boleh terimanya kembali. Khadam Ramli pon sudah tiada lagi cuma hijab Ramli dan adik beradik masih terbuka dan ada kebolehan untuk merawat orang lain yang mengalami masalah mistik.

Ramli pernah cakap dekat aku, ‘Rin, yang ikut kau ni, ada 3 jenis, kuat-kuat pula tu, cuma dia tak menggangu kau sangat, cuma perhatikan kau dari jauh, aku rasa dari tuan yang sama, dia buat report je, macam khadam aku dulu, kalau kau ada sakiti hati siapa-siapa, cepat-cepat cari siapa dan minta maaf’, ujarnya. Aku hanya tersenyum sambil meneka siapa punya angkara, sudah banyak nama yang aku bongkarkan, tetapi masih lagi menjadi tanda tanya. Ustaz Ismail pula suda berjumpa penciptanya 5 tahun yang lepas.

Aku harap coretan aku kali ini buat korang rasa aura positif. Aku bukan tak nak cerita banyak-banyak pasal kes Maya, semakin aku cerita semakin banyak datang mengganggu, kalau korang boleh lihat di komen, banyak orang yang terkena gangguan sekali, mungkin mesej yang dihantar itu betul. Oklah, kita ada mata jaga, ada telinga dengar, ada mulut cakap baik-baik, ada akal kita berfikir, mana yang baik atau mana yang buruk, jangan menjerumus diri dalam lembah hitam ya, salam sayang dari aku, Rin.

25 comments

  1. Fauzi macam mana ? okay kaa ? nk sambungan please . aku minat si penulis nie first dia buat cerita aku rindukan maya dulu , maaf kalau salah .

  2. Dear Admin Web (FS),
    Tolong wujudkan butang like please…Kalau da de t…ofkos citer awak saya like dulu,penulis.

    Dear Penulis,
    Saya suka sangat cerita awak.

  3. Mohon penulis Maya ni buat sambungan jugak pasal Misteri Diana, saya nak tau kesudahan cerita penulis ni macam mana, yang mana lemah semangat penakut tapi degil nak baca lebih baik baca ayat pendinding diri tau. Btw, cerita penulis memang terbaik, senang nk fhm, tak mcm segelintir penulis cerita lain, pening abis nk baca, kadang ada part perbualan tak nyatakan siapa punya cakap, siapa punya jawab. Saya bagi 10 bintang untuk cerita ni ! Huhuhu

  4. Maaf penulis..aku masih meragui kesahihan cerita2 kau sejak tajuk aku rindukan maya lagi..walaupun kau berani claim cerita yang kau sampaikan ni kisah benar..apa2 pun aku kagum usaha kau untuk membuatkan jalan cerita tu seperti betul2 pernah terjadi..teruskan penulisan..

  5. Mungkin betul lepas baca cerita kau akan ada yang mengganggu. Tapi aku tamau percaya sgat , maybe kebetulan. Kadang ada bayang bayang yang menghantui. Cuma baru ni, kelibat kak ponti lalu depan kereta. Allahu , jauhilah. Semoga kita semua berada dilandasan yang betul dan sentiasa ingat Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *