Mayang – Perjanjian Baharu

Sambungan dari cerita Mayang. Perlu diingatkan sekali lagi cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak berkenaan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Bacalah menggunakan hati, bukan emosi. Terima kasih FS jika cerita ini berpeluang kembali tertera di page FS. Maaf andai tersilap ejaan mahu suku kata… Hanya berkongsi kepada pembaca. #Zuri.

Catatan 8 :
28 Aug 2017 @ 9:45p.m.
Kini rumah aku riuh bila adanya bunyi TV. Sesekali aku melihat telatah anak dan isteriku. Lagi-lagi isteriku, melihat dia ber-selfie bersama TV. Selepas ini barang yang lain pula aku perlu beli bagi melengkapkan keperluan dalam rumahku. Itu nantilah aku fikirkan. Kepala aku menerawang memikirkan Mayang. Aku takut apa pula lepas ni yang akan berlaku. Leka mereka melihat TV, anakku paling teruja melihat kartun di TV. Tak ada yang lebih bahagia selain melihat mereka gembira. Aku sanggup buat apa sahaja demi mereka. Walau nyawa aku dipertaruhkan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Hampir semua keperluan sudah aku lengkapkan. Hubungan aku dengan Mayang tiada lagi tegang. Sebab aku masih menetap dirumah ini dan masih bersahabat dengan dia. Aku tepati janji. Di satu pagi di kedai makan tempat selalu aku bersarapan bersama Ishaq.

“Ri, aku nak tanya la Ri dekat kau ni, tengok sekarang kau bukan senang lagi, kau ade bisness tepi ke ? share la nak join gak !”.

“Oh kau perasan ke ?”.

“Apelak aku tak boleh perasan, dulu enset kayu screen retak, sekarang da ipong edisi terkini. Ni market dalam 3k lebih oi !”.

“Tak ade pape la Haq, bisness bini aku maju, untung banyak..aku paw la enset ipong ni..”. Aku auta.

“Bisnes ape bini kau sampi begini maju ?. Qu itam, Qu itam baru la hitammmmmmm ke ?”.
“Ha ah.. Bini aku buat bisness online. Kau harini bawak kereta nak balik opis ke Haq?”. Aku tukar topic.

“Yup ! Ade barang aku kena ambik dan hantar ke site. Kalau bawak motor tak muat la”.

“Aku kene pergi site dulu la ni ?”.

“Ofkossssss my frennnn”. Ishaq bangun tanda perbualan kami perlu ditamatkan.

“Hurmmmmmmmmm……..”. Aku masih berat nak bercerita pasal Mayang dengan Ishaq. Terus aku memandang ke kereta Ishaq diluar kedai. Tersergam indah Peloton Persona berwarna kelabu berspotrim keemasan 17inci. Macam style Negro.

Hidup aku semakin senang, apa yang dihajat, dapat ! Kini timbul rasa tamak dalam diri. Aku mahu lagi dan lagi !! Yer….orang berkereta, aku pun mahu ! Aku perlu berjumpa dengan Mayang dengan hasrat aku ini. Kalau bergaji RM3k sebulan mana mampu nak berkereta sukan ! Aku perlu berjumpa dengan dia malam ni di bilik mandi !! Sesudahnya pulang dari bekerja, aku lihat bini aku sedang sibuk berSelfie dengan mesin basuh baru. Anak aku pula menari di depan TV dengan Lagu DODI and FREN. Mereka sekarang da jarang menyambut ku pulang di depan pintu. Lebih kepada bersuara sahaja. Ah abaikanlah, asal mereka bahagia. Tanpa membuka baju terus aku masuk kedalam bilik air yang sememangnya didalam bilik kami. Bilik air luar sememangnya tidak digunakan disebabkan tiada lampu dan air disitu. Sudah aku jadikan stor menyimpan penyapu dan mop lantai. Aku menutup pintu, aku duduk di mangkuk tandas. Aku menyeru Mayang. Mayang datang menembusi pintu dan tegak berdiri didepan aku.

“Ada apa Zuri kau panggil aku kemari ? Suarakanla”.

“Aik ? bukan selalu kau tahu niatku Mayang ?”.

“Sengaja aku mahu kau merayu kepadaku. Hemhemhemehem”.

“Begini Mayang, aku mahukankan kereta bagi aku senang bergerak kesana-kesini bersama keluargaku, dengan gaji sekarang aku tidak mampu. Jadi, kau tolong lah tambahkan lagi pendapatan aku untuk membeli kereta idaman aku. Tolong lah !”.

“Tidak cukup lagikah dengan duit tu ? Kau mampu membeli kereta kecil bukan ?”.

“Alang-alang membeli, baik beli terus kereta yang aku idamkan !”.

“Kau mahu kereta Sport bukan ?”. Mayang menyebut tepat !.

“Yer..itulah kereta yang aku idam-idam kan Mayang ! Biar aku lebih dari orang lain !”.

“Boleh, tapi perjanjian harus ditukar, perjanjian yang baru dengan syarat yang baru”.

“Apa dia ?”.

“Aku akan terus menetap didalam rumah ini, dan kau akan menjadi Tuan baru ku, Tuan yang asal akan aku putuskan perjanjiannya. Dia tidak lagi menjadi tuan aku sebelum ini, dan kau, kau lah yang memberi aku makan selepas ini. Kau bersetuju ?”.

“Bagi aku masa dulu Mayang, berat syarat kali ini. Nanti aku fikirkan. Sudah sampai masa kite berjumpa lagi.”.

“Apa yang nak difirkankan lagi Zuri, aku mampu berikan kau segalanya, kau hanya perlu menjadi tuan aku sahaja. Senang bukan ?”.

“Kau yang senang, tapi aku yang tanggung azab lebih !!”. Aku bangun merapati Mayang. Lalu berjalan menembusi tubuh Mayang kepintu bilik air. Aku menoleh kebelakang semula.

“Ingat ni Mayang, aku belum bersetuju ! Tunggu panggilan dari aku”. Lalu aku keluar bilik air dan menutup pintu. Aku berbaring di katil, mengeluh lagi.. Perjanjian baru pula yang dipinta. Terasa berat aku nak bersetuju. Lalu aku membuka google, aku menaip “HONDA FD typeR”. Aku membelek satu persatu gambar kereta idaman hati. “Perghhh..kalau dapat pakai ni, jalan berkepak aku nanti ! Tapi sanggup ke aku terima tawaran dari Mayang ?? tapi kalau ni habuannya aku sanggup !!”. Aku terperasan bayang dibelakang telefone ku ! Sebabkan aku sedang berbaring aku alihkan telefone dari muka, terserlah muka Mayang di atas muka aku, die muncul di birai katil sambil menunduk dan berkata.

“Kau setuju ?”.

“Woi !!!”. Lantas aku terduduk terperanjat !

“Apehal lak tu bang ??”. Laung isteriku diruang tamu.

“Tak ade ape Yang, main game ni ! Susah nau nk menang !”. Aku berbohong.

“Kau boleh tak jangan nak menonjol mcm ni Mayang ? sakit dade aku taw tak !!”.

“Bagaimana Zuri ? sudah kau fikirkan perjanjian kite tadi ?”.

“Mayang, kau ni pun beragak la,baru tadi aku cakap bagi aku masa, nanti sudah tiba mase nye aku panggil lah kau !”.

“Jangan ditunggu lagi Zuri, kesenangan berlipat kali ganda menanti mu jika kau bersetuju”.

“Sabarlah Mayang, akan aku fikirkan. Pergi la kau, tapi tolong jangan muncul macam tu lagi.”

“Maafkn lah aku Zuri, aku sengaja mahu menyakat kamu..eiihiihihihihihihihih..”. Mayang menghilang.

Sakat kepala bana dia kalau macam tu cara bergurau !. Lemah semangat aku. Aku berbaring semula, Kemudian isteriku masuk kedalam bilik pula.

“Eh Bang ! Bersenang lenang gayanye, da sembahyang belum tu ?. Ayang tengok sekarang da kurang sembahyang..”. Bernada perli.

“Penat la Yang, kang Abang sembahyang la yer. Mika mane ?”.

“Ade kat ruang tamu tgk TV”.”

“Pergila la tengok, kang tah ape lagi tu kang die buat..”. Aku sengaja menyuruh dia keluar dari bilik. Aku terasa dengan ayat isteriku pasal sembahyang. Yer sejak aku kenal dengan Mayang aku da jarang sembahyang, aku rasa tak boleh. Tiap kali aku sembahyang, fikiran kau melayang, jiwa aku tidak tenteram, perasan meracau. Emosi aku terganggu. Tidak khusyuk walau sekejap. Ahh, syaitan sudah menopoli akal fikiran aku. Supaya aku meninggalkan solat, agar benteng iman aku runtuh tidak lagi teguh. Syaitan menyerang dalaman dahulu, HATI !. Bila hati kau sudah pun gelap, tiada lagi cahaya keimanan tersimpan, maka terhasut la kau segala godaan dan hawa nafsu. Begitu liciknya permainan mereka.

Catatan 9 :
31 Aug 2017 @1:20p.m

Semasa berkerja otakku melayang memikirkan syarat baru dari Mayang. Sudah pun 2 hari aku belum memberi kata putus kepada Mayang pasal perjanjian baru. Aku masih berat nak bersetuju bila mana dia menyebut aku akan menjadi tuan barunya. Gila kau bila membela jin ni bukan perkara yang mudah. Bukannya perkara yang normal bagi tiap manusia yang mempunyai belaan jin ni. Buntu aku memikirkannya. Tapi bila aku kenangkan anak dan isteriku, aku lemah, tak pernah sekalipun aku membawa mereka keluar berjalan ke kota atau pun tempat-tempat peranginan mahupun melancong kemana-mana. Jika kau hanya ada motor, kemana je kau mahu pergi jauh ? Balik ke Puchong pun da garu punggung. Kalau balik ke Melaka memang naik bas la jawabnya. Jika aku berkereta bukankah mudah bagiku untuk semua ini nanti ? Berkereta import kesana kemari, orang tidak lagi memandang rendah keatas kau, malah memuji, ada juga yang cemburu ?. Kawan-kawan kau akan tunduk hormat kepada kau, kerja diluar pulang dengan kejayaan ?. Aku mula memikirkan kembali pasal habuan jika aku bersetuju dengan perjanjian Mayang. “Kalau ini dapat menyenangkan aku, kenapa pula aku mahu menolak ?”. Bisik hatiku. Aku mula tenggelam dengan hasutan nafsu sendiri. Yer…aku mahu bersetuju dengan perjanjian Mayang !. Aku harus berjumpa dia. HARUS !!
Selepas bekerja aku pulang kerumah, anak isteriku sedang ralit didepan TV, drama Fattah Amin dikaca TV, tiada sambutan mahupun ayat dari mereka seperti sebelum ni ? Hilang semua tu bila adanya hiburan dirumah. Ah lantak lah, asalkan mereka gembira. Terus aku menuju ke bilik dan menutup pintu, sekali ku sebut “MAYANG”. Mayang sudah pun muncul keluar dari bilik air. Berkebaya merah seperti sebelum ini. Lalu datang berdiri rapat dihadapan aku yang sedang duduk. Sambil tersenyum memulakan bicara.

“Sudahkah kau memikirkan perjanjian yang baru Zuri ?”.

“Yer..aku sudah memikirkan, jadi sebelum aku memberi kata putus, aku mahu tahu syarat perjanjian ini terlebih dahulu”.

“Senang Zuri, cukup senang… Aku menjadi tuan mu, rumah ini tempatku, kau memberikan aku makan, dan aku memberikan kau segala-galanya. Mudah bukan ?”.

“Tentang rumah ini aku nak kau duduk di bilik air luar aku tak kesah, aku menjadi tuan mu pun aku tak kesah, tapi yang satu ni aku masih kabur, makanan kau, ape yang harus aku sediakan ?”.

“Setiap bulan, dalam 2 kali Jumaat, kau harus sediakan aku darah, darah ayam hitam santapan aku, kemudian kau letakkan di dalam bilik air diluar, aku akan duduk disitu. Tapi ingat, setiap jam 12malam kau lakukan”.

“Mana aku nak dapatkan ayam tu Mayang, bukan senang nak cari ayam hitam”.

“Cukup mudah, kau carilah dipasar-pasar yang kau nampak ayam hitam kau sembelih dan darahnya kau isikan didalam mangkuk yang berkaca, kemudian kau letak sahaja didalam bilik mandi diluar itu. Mudah bukan ?”.

“Baiklah, kalau begitu aku bersetuju dengan syarat kau, kita akan ikat perjanjian yang baru. Asalkan ape yang aku hajati kau makbulkan”.

“Hahahhahahahahahahhahahahahahahahahahah…hahahahahahahahahahahha…baiklah sahabatku, dengan ini maka terikatlah perjanjian kau denganku wahai manusia, kau menjadi tuanku, dan aku menjadi milik mu. Jadi ingat, sekali kau melanggar syaratku, maka berdepan lah kau dengan segala yang kau takuti”. Mayang ketawa panjang lalu berpusing dan menghilang. Barulah terdetik dihatiku, Ya Allah, apa yang aku dah lakukan, akhirnya aku berjanji dengan syaitan, malah membela pula. Aku tak sangka sampai jauh ni aku mampu pergi. Allah… Aku menukup muka menyesali perbuatan sendiri. Langsung aku tertidur bila aku memikirkan kejadian bersejarah tadi.

Keesokkan paginya aku bangun, bersiap seperti selalu, ternampak lah aku satu kertas petak kecil diatas meja. Aku membukanya perlahan, tertera 4 angka susunan nombor tidak mngikut turutan. 7**4. Aku pelik, bingung memikirkan prihal ini. Aku pandang cermin, melihat muka sendiri kepelikkan. Huduh pulak. Disebalik badan aku, Mayang timbul perlahan di belakang, dia membisikkan sesuatu.

“Kau tikam nombor ini !”.

“Weh Mayang, tak tergamak aku nak masuk kedai judi menikam nombor !”.

“Inilah caranya wahai sahabatku. Kau perlukan duit untuk membeli kereta baru”.

“Tak ade care lain ke Mayang ?”.

“Tiada, tapi percayalah, dengan nombor ini kau mampu mendapat hasil yang lumayan. Tapi dengan syarat, mesti hari ini juga kau pergi tikam nombor ini, tidak boleh hari yang lain. INGAT !!”. Mayang kemudian perlahan turun dan menghilang. Aku toleh kebelakang, Mayang tiada. Aku menarik nafas panjang. “Ahhh…kereta punya pasal, slumber aje la masuk kedai judi !”. Terus aku keluar rumah, ternampak aku rumah dihadapan aku, tak kan sini pulak aku nak menikam, kantoi dengan isteri tak ke haru ? Aku perlu ke kedai tikam nombor yang lain bagi menutupi kegiatan haramku. Sampai di kedai makan pagi tu tidak lain tidak bukan aku berjumpa Ishaq.

“Haq, kau taw tak kat mane lagi ade kedai tikam nombor yang ade gambar kuda berlari tu ?”.

“Eh pelik lak soalan kau pagi ni Ri, apesal ? Kau jangan macam-macam Ri, kan haram tu nak menikam nombor ni”. Ishaq leka scroll telefonenya.

“Bukan lah..saje je la aku tanye kau, kot-kot ade lagi tempat judi area ni takdela aku nak pindah situ lagi, aku ingat nak cari rumah lain la Haq”. Aku putar ayat.

“Bagus la macam tu Ri, elok lah kau pindah, bahaya lah kau duduk situ dengan anak bini. So sekarang macam mane kau dengan bini kau duduk situ ? Ade kene kacau ke ?”.

“Kacau tu buat mase sekarang ni tak ade lagi, bini aku pun tak complain ape-ape pasal rumah judi tu, memula tu je die risau, lepastu die da biase da. Weh mane lagi kedai judi area ni weh ?”.

“Beringat sebelum terkena Ri, kang da kena menyesal kemudian da tak gune. Kalau kau nak tahu area sane ade 1 kedai judi, kau akan nampak 1 signbord putih ade gambo kude lari tu”.

“Okeh, situ ade 1 kedai judi yer, ngamm…jadi tak adelah aku nak cari rumah sewa kedai lagi dekat-dekat dengan kedai judi”.

“Oi Ri, asal tak nak cari rumah teres je ? Flat pun ade ape area sini”.

“Bukan tak nak, senang Haq kalau dekat dengan kedai, bini aku kau taw la, nak kelua beli barang mane ade transport nak kelua, elok die jalan kaki turun bawah je beli barang dapor.. Kan mudah itu..”.

“Yela Ri oi…tapi sebelum kau menyewa kau tengok2 dulu tempat kau nk duduk, takut tersilap lagi”.

“Tue la, betol gak cakap kau Haq”. Aku meletakkan rokok Winston putih diatas meja sambil dicucuh sebatang. Kami berborak panjang sebelum berangkat ke lokasi tempat bekerja seperti selalu. Waktu kerja belum tamat, tapi aku memberi alasan kepada Ishaq yang aku perlu pulang awal atas alasan yang tertentu. Tapi Ishaq belum tahu lagi niat aku untuk pergi menikam nombor, aku kena pulang awal sebab takut kedai tutup. Sampai je kekedai judi aku terus parking motor betol-betol dihadapan kedai. Tidak ada da perasan malu sebab aku tengok didalam ada sahaja melayu yang berjudi, rata-rata semua sudah berumur, geleng kepala aku melihat kelakuan diorang. Lantak lah ! hal masing-masing. Aku masuk berhelmet, sebab cuba bersembunyi dengan kegiatan haram aku, tapi aku lupa yang Allah maha melihat segala perbuatan makhluknya. Sesudah selesai urusan dengan pantas aku keluar pulang ke rumah. Sampai di bawah aku melihat seorang tua memandang aku tajam. Dia berdiri di tangga laluan aku naik ke rumah. Berbadan kurus, kulit hitam sawo matang, pakaian agak kemas, lebih kepada gaya orang seberang. Aku tersipu malu, aku senyum kepadanya, harapan senyuman aku terbalas kembali, namun hampa, lelaki tersebut terus menerus memandang aku tepat dan begitu berdendam dari riak mukanya.
Apa salah aku kali ini. Aku gagahkan juga langkah kaki aku lalu disebelah dia, sebaik berselisih bahu terus dia berdehem sekali kuat dan bersuara.

“Kau da ambik hak aku kawan. Aku nak kau pulangkan ! SEKARANG !!”. Terbeliak biji matanya menandakan begitu marahnya dia.

“Hak ape pulak ni bang ?. Saye tak ambik pape pun dari Abang ! Abang pun saye tak kenal”. Terus aku berlari anak menaiki tangga menuju kerumah lalu membuka pintu. Terperanjat isteriku dengan kemunculan aku yang berada dirumah yang belum habis waktu bekerja.

“Abang da kenape ni ? Balik awal ? ular ke ha ? tu yang muke bebor sangat tu da kenape ?”.

“Tak ade ape Yang, Abang tak sihat sangat ni, kepala ade pusing sikit.”. Aku menipu.

“Da, Abang rehat la dulu, jap lagi Ayang masak”. Isteriku terus berlalu ke dapur.

Kesan dari pandangan orang tua tu tadi betul-betul membuatkan aku takut. Apa barang yang aku ambil dari dia ?. Mungkin dia tersilap orang ?. Setahu aku aku tak pernah membuat apa-apa urusan dengan orang sekitar sini. Lantas aku berbaring dibilik, aku jarang sekali berehat diruang tamu disebabkan kaum hawa sudah pun menopoli area itu dengan TV mereka. Mayang muncul berbaring disebelah aku. Aku tidak menoleh, aku terus menatap kipas di ceiling. Mayang mengiring.

“Apa yang buat kau gelisah Zuri ?”.

“Tadi, aku bertemu seorang tua di bawah, die merenung aku tajam, die memberitahu aku yang aku mengambil hak dia”.

“Hemhemhemhemhem…Orang tua itu adalah tuan lama aku Zuri, aku sudah putuskan perjanjian dengan dia, kau kini tuanku Zuri. Aku milikmu”.

“Jadi kenape die marah pade aku Mayang !! Aku tak selesa begini”.

“Bila kesenangan kau ditarik kau marah tak ?”.

“Mestilah aku marah !”.

“Samalah juga dengan orang tua itu, aku tidak lagi memberi dia kesenangan lagi, kini dia perlu berjalan sendiri, aku tidak lagi perlu melindungi dia”.

“Sudah la Mayang, pergi kau dari sini, aku mahu berehat”. Aku memberi alasan supaya dia tidak lama berbaring disebelah aku.

“Zuri, sudah kau gunakan nombor yang aku beri ?”.

“Sudah, baru tadi aku pergi menikamnya”.

“Kau tunggu esok Zuri, dengan duit itu, kau gunakanlah untuk membeli impianmu…”. Mayang lalu tenggelam dari permukaan katil dan menghilang. Aku memejamkan mata, tak sabar pula aku mahu menunggu esok. Demi kesenangan benda yang sebelum ini aku tidak pernah lakukan, sudah pun berlaku. Harini dalam sejarah aku menjejakkan kaki ke kedai judi nombor.

BUKK !! BUKK !! BUKKK !!

“Abanggggg……keluar makan !”.

“Yelaaa…..”. Aku mennjawab meleret.

Wah terasa senang dengan semua ini. Barang kelengkapan semuanya lengkap. Kini bini aku sudah tidak membeli nasi bungkus lagi. Sekarang bini aku lagi suka memasak dirumah. Rasa bahagia suami isteri dapat aku rasakan. Belum sempat nasi ditangan disua ke mulut, mata aku melirik ke pintu tandas yang tidak digunakan lagi itu, pintu terbuka sedikit. Dapat aku melihat dalam gelap itu ade senyuman yang menyeramkan. Mayang. Kini Mayang bersekedudukan dengan aku.

Catatan 10 :
5 Sept 2017 @10:12p.m.

Bermula hari baru. Harini berteriak tak sabar aku mahu melihat hasil dari judi semalam, tidak lama lagi berkereta lah aku. Aku menhantar WhatsApp ke Ishaq yang hari ini aku tidak datang bekerja, EMERGENCY. Aku membuka Apps ditelefone, aku mencari web judi nombor, mahu melihat nombor sendiri hari ini. Aku menunggu pusingan buffering terhenti, selepas tamat maka terbuka la web dengan nombor yang tertera ! 7**4 1st prize : RM70 000 !! Terbeliak mata aku dengan jumlah sebegitu banyak ! tak dapat aku bayang boleh sebegini banyak jumlah dari hasil nombor judi semalam ! Kemain suka lagi aku harini, tak terkata-kata oleh kata-kata. Macam mana tu ? Entah, aku pun tak boleh nak paham ayat tu. Tapi sekejap, RM70k mana cukup nak beli kereta Honda idaman hati. Aku perlu memanggil Mayang.

“Mayang !!!!”.

“Kenapa ?”. Mayang muncul dipenjuru bilik.

“Kau janji dengan aku macam mane ha ? RM70k kau ingat cukup ke nak beli kereta tu ?”.

“Sabar Zuri, dengan duit tu kau buatkan duit sebagai duit muka kereta, maka bulanan kau akan rendah, maka cukuplah dengan gaji kau sekarang ni. Ape lagi ?”.

“Tengok ! Kau da mula nak mainkan aku ni Mayang ! Tetap jugak aku kene tanggung semua ni ! Ape ni ha ?”.

“Bersederhanalah dahulu Zuri, jika kau terus melonjak naik dengan kemewahan, bukankah itu satu perkara pelik dimata teman-teman mu ?”.

“Hurmmmm”. Aku terdiam seketika, ada betol jugak kata Mayang. Jika aku melonjak naik dengan kemewahan, sudah tentu Ishaq akan syak sesuatu.

“OK !! aku ikut cakap kau. Tapi ingat yer, sekali lagi kau main-mainkan aku, kau taw la nasib kau Mayang !”.

“Jangan kau risaukan aku Zuri, kau yang patut risaukan diri sendiri, ingat, aku tidak menerima arahan dari mu”.

“Sudah aku berjanji dengan kau yang aku tetap dengan janji ini. Da, pergi kau !”.

“Baiklah Zuri”. Mayang terus menghilang.

Aku menarik nafas panjang. Aku perlu ke kedai judi semalam bagi mengambil hasil judi aku. Sampai disana aku uruskan semua hal kemasukan duit kedalam bank. Terus aku mencari kedai menjual kereta. Aku memilih kereta secondhand sebagai kereta permulaan. Aku tak nak membeli kereta baru, lagi menanggung seksa dengan bayaran bulanan. Maka ternampak la aku sebuah kereta Honda civic 1.8cc. Masih cantik dan elok. Berbincang lah aku dengan taukey pasal harga dan urusan. Dapat la aku kereta Honda secondhand, tapi aku bayar cash !. Lagi 3 hari mungkin selesai semua urusan jual beli dan pindah hak milik. Maka kereta ini akan mengikutku pulang. Semasa diatas motor terkumat kamit aku memaki Mayang. Last-last kereta secondhand jugak yang dia mampu bagi aku. Haram betul !.
Sepulangnya aku dirumah aku merahsiakan urusan jual beli kereta dengan isteriku. Sekali lagi aku mahu buat kejutan kepadanya. Harapan aku agar mereka berteriak keriangan bila melihat kereta Honda yang aku akan bawa pulang nanti. Sesudahnya 3 hari aku meminta tolong Ishaq agar menghantar aku ke kedai kereta. Segala urusan sudah pun selesai, hanya menunggu membawa pulang bersama. Kebetulan hari cuti.

“Perghhhhhhhhhhhh Honda siakkkkkkkkk….”. Ishaq berkata sambil mengelilingi keretaku.

“Kau ingat aku cap ayam ke ha ? Hahahahaha”. Aku berkata bongkak.

“Weh mane dowh kau dapat duit banyak nak bayar bulan2 ni weh ?.”

“Aku letak duit muke tinggi jadi tak ade lah banyak aku nak bayar bulan2”. Aku menipu Ishaq, aku tidak memberitahu dia yang kereta ini aku membayarnya dengan tunai.

“Banyak duit kau yer Ri”.

“Hasil menabung suami isteri…hahahaha. Da, aku nak balik ni nak tunjuk kat bini aku pulak !”. Lalu aku masuk kedalam kereta dan mahu memandu pulang kerumah. Lagi lama duduk dengan Ishaq ni nanti takut aku tak mampu nak kona lagi. Sampai dirumah, aku memanggil isteri dan anak aku turun, aku berdiri diluar kereta menunggu mereka turun. Ala-ala Brian O’conner dalam Fast Furious lagaknya. Isteriku datang kepadaku, lalu bertanya.

“Abang ni yang duduk meyandar kat kete orang calar nanti Bang”. Kata isteriku sambil mengdukung Mika.

“Yang ! Ape pulakkk…ni kereta Abang okeyy, da jom masuk kite pusing town !”.

“Agak la bang ! kalau Perodua Kanciul yer la Ayang percaya, ni Honda Bang ! bukan sikit duit ni ! Abang cakap betol2 Bang, mane Abang dapat duit banyak ni !”. Tegas isteriku berkata.

“Eh2.. banyak pulak bunyi….Abang menyimpan la nak beli kereta ni, bukan Abang ambik kereta baru, kan kereta secondhand ni, murah la sikit”. Aku cuba menyakinkan isteriku.

“Betul nieeee……?”. Muka isteriku resah.

“Betullahhh, tak kan Abang nak menipu kot, cepat la masok ! kite pusing town !”.

Isteriku dengan pantas masuk ke dalam kereta bersama Mika, bukan main seronok lagi mereka, telatah isteriku yang yang membuat aku ketawa. Berasa senang bila melihat mereka begitu, bini aku sekejap kedepan sekejap kebelakang. Suka benar dia masa ni. Belum sempat pun aku masuk kedalam kereta, aku tertoleh ke tangga rumahku. Aku dapat melihat Mayang berdiri kaku dengan jubah putihnya. Dia memandang aku tajam. Muka dia berubah, muka yang paling aku takutkan sebelum ini. Cecepat aku masuk kedalam kereta. Terus aku bergerak ke kota. Mati aku malam ni ! Confirm bersemuka dengan dia lagi dengan muka huduh dia. Sesudahnya aku berpusing bersama keluarga aku pun pulang kerumah. Aku mencari parking, selepas itu aku keluar dari kereta terus aku nampak pakcik tua tempoh hari berdiri lagi dilokasi yang sama. Aku berjalan dengan isteriku, selepas melepasi orang tua tersebut terus aku memberitahu isteriku supaya naik dahulu. Aku mahu berjumpa si tua ni bagi menyelesaikan masalah ni.

“Assalamualaikum Bang”. Aku memulakan bicara.

“Aku mahu kau pulangkan balik hak aku, sebelum kau mendapat susah kawan !”. Salam ku tidak dijawab.

“Begini bang, kan lagi elok kita duduk berbincang, marilah ke kedai disane, kite berbual panjang”. Lalu kami berdua kekedai berjalan kaki dan duduk semeja”.

“Yang tadi tu isteri dan anak kau bukan ?”.

“Yer, kenape pulak Bang ?”. Aku da mula rasa panas dalam badan. Aku pantang kalau orang menyebut pasal anak bini aku.

“Jaga anak bini kau, barang yang kau ambil pulang kan lah kembali, sebelum anak bini kau dalam bahaya”.

“Maksud Abang ape sebenarnya ? Apa hak Abang, jangan berkias, terus terang kan senang !”. Aku mula meninggi suara.

“Sabar anak muda. Begini, aku tahu kau sudah menjadi tuan baru kepada Mayang, dulu Mayang aku yang menjaga dia, dulu aku ade anak bini, selepas Mayang berdamping dengan aku, semua benda aku tinggalkan termasuk anak bini aku, aku cerai kan bini aku sebab Mayang tidak mahu kami bersatu. Dia mahu hanya kami berdua sahaja selalu. Adalah lebih baik aku bercerai dengan bini aku dari Mayang terus menerus membahayakan mereka. Jadi aku membawa diri, aku merantau dari seberang sampailah kesini. Mayang lah yang menolong aku mendapatkan rumah. Kemudian aku tukarkan ke kedai judi disebabkan aku mahukan keuntungan berlipat kali ganda dari terus meminta dengan Mayang. Bila kau terus meminta darinya, kau akan diikat dengan janji yang baru, sampaikan kau tidak mampu lagi mengotakankan janji, disitu lah nyawa akan ditukar ganti”.

“Nyawa ditukar ganti ?”. Aku menyoal lagi ingin tahu.

“Yer anak muda, aku sudah saksikan sendiri kejadian ini depan mata aku, Mayang ini datang dari ayahku, ayah aku yang asal membela jin ini, kemudian hidup kami porak peranda, tidak lagi bahagia walaupun hidup kami mewah. Di satu hari bapa aku ditimpa celaka, dia lumpuh seluruh tubuh, badan dia menjadi hitam dari hari ke hari, sungguh terseksa aku melihat sendiri ayahku begitu. Mana yang datang melawat semuanya bercakap yang ayahku sudah tiada lagi, yang ada ini cuma jin belaan ayahku. Jadi dia perlukan pewaris bagi melepaskan seksaan agar senang dia mati”.

“Pewaris ?”. Kataku.

“Yer pewaris untuk jin belaan ayahku sendiri. Dan pada hari itu, sedang aku tidur, ayah aku datang kepada aku, terkejut aku bukan kepalang, ayahku lumpuh masakan boleh berjalan ? kemudian dia mengambil tanganku dan kemudian berkata kepadaku suruh aku mewarisi jin ini dan kemudian menjanjikan hidup aku senang nanti. Dan dia juga menjanjikan akan melepaskan ayah aku pergi. Jadi aku terus bersetuju sebab aku tak nak tengok ayahku terseksa lagi. Maka aku sudahpun berdamping dengan jin belaan ayahku sendiri bilamana keesokkan hari aku mendapat tahu yang ayahku sudah pun mati. Ayah aku masih muda masa itu. Bila mana dia tak dapat kotakan janji ketika dia sakit lumpuh, Mayang tidak diberi makan lalu Mayang bersarang didalam tubuh ayahku, kemudian sikit demi sedikit hari demi hari dia memakan bahagian dalam tubuh tuannya sendiri sehingga mati. Dan tuannya seperti kelihatan mayat yang hidup, tetapi itulah Mayang yang masih bersarang didalam badan tuannya sendiri”.

“Betul ke semua ni Bang ?”. Aku menelan air liur selepas mendengar kata-kata dari orang tua ini.

“Aku bukan nak menipu kamu, jika kau gagal kotakan janji, dia akan mula menunjukkan rupa sebenarnya, disitu barulah kau tahu yang Mayang bukan jin yang biasa, dia cukup kuat. Dia akan menyerang orang disekeliling kamu dahulu, dia akan menjadikan mereka sebagai alat menundukkan kau jika kau cuba melawan. Itu sebab aku menceraikan bini aku dahulu sebab aku tak nak anak bini aku menjadi mangsa atas kesilapan aku sendiri. Aku nak kau pulangkan balik Mayang kepadaku semula sebelum kau menerima nasib yang sama dengan aku”.

“Nanti dulu bang, sekarang aku sudah berjanji dengan Mayang, aku sekarang tuan baru dia, bukankah itu kebebasan bagi Abang sendiri tidak lagi menjadi tuan kepada Mayang ?”. Sengaja aku bagikan soalan pancing.

“Anak muda, usahlah kau menjadi tamak dengan setiap pemberian dari Mayang, itulah hanyalah sementara, sikit demi sedikit dia akan menarik kau kedalam jurang yang paling dalam, kau tidak mampu lagi berpatah balik. Percayalah cakap aku ni kawan. Biarlah aku sendiri yang menanggung semua ini. Aku yang membawa Mayang kemari, Jadi aku rasa bersalah bila dia sudah bertemu tuan yang baru. Aku tak nak ada yang mati lagi dengan perjanjian dari Mayang”.

“Ahhhhh…..ni semua karut, aku tahu kau ingin kembali Mayang untuk kesenangan nafsu kau bukan ?”. Terus aku mencelah. Aku tak mahu memberikan Mayang kembali kepada orang tua ini. Kesenangan sekarang tak kan pula aku nak lepaskan !.

“Percayalah orang muda kata2 aku ! Sebelum terlambat dan aku masih ada disini dan bernyawa”.

“Sudah la, aku tahu niat kau orang tua, pasal Mayang usah kau risaukan, tahu la aku menjaganya !”. Lalu aku bangun terus meninggalkan orang tua itu seorang diri. Air yang sudah dimeja sikit pun aku tidak usik. Aku pasti, orang itu cuba merampas kesenangan aku bila bersama dengan Mayang !. Sampainya dirumah, terus aku kebilik, aku meghempaskan badanku dikatil, aku melihat Mayang melekat di ceiling. Berderau darah aku bila dia berkedaan begitu. Mukanya huduh seperti sebelum ini, tapi kali ini matanya merah menyala berakar, keliling matanya hitam legam, marah sungguh dia kali ini. Sikit demi sedikit dia terapung turun merapatkan mukanya ke muka aku. Buat pertama kali aku terbau sesuatu yang amatlah busuk. Meloyakan.

“Zuri…..kau membuat aku marah ! Kau melebihkan isteri kau dari aku !!”.

“Weh, tolong jarak sikit boleh tak muka kau ni ? Sini aku pulak nak bercakap !”. Sebetulnya aku memang betul-betul takut dengan penampilan Mayang begini. Amat lah huduh.

“Mayang !!, Ape salahnya aku mahu membahagiakan anak bini aku ? Bukan kau tak tahu sebelum ini memang tujuan aku membahagiakan mereka ?”.

“Aku tahu Zuri, tapi ini perjanjian yang baru, setiap pemberian aku usah kau berkongsi dengan sesiapa sahaja, Cuma kau dan aku..”.

“Maaf la yer, dalam perjanjian tidak ada semua ini, sebelum kau aku kembalikan kau ke tuan asal kau, baik kau ikut perjanjian asal kita”. Sengaja aku mengugut Mayang.

“Kau sudah berani Zuri, kau berani mengugut aku”.

“Aku tuanmu, aku yang akan memberikan kau makan”. Aku permainkan Mayang semula.

“Baiklah, jika kau tidak mengotakan janji kau kepada ku, bersedialah !”. Mayang kembali terapung ke ceiling lalu hilang. Aku kembali bangun untuk membersihkan diri di bilik mandi. Aku sedikit berani disebabkan ugutan itu mampu melawan Mayang. Setibanya di bilik mandi, seperti biasa aku mencuci tangan dahulu, kemudian aku menundukkan membersihkan muka, sebaik sahaja aku bagun melihat di cermin, Pocong sudah berdiri tegak dibelakangku, mukanya yang hitam terbakar, tersusun gigi yang rosak tidak berbibir dan mata tidak berkelopak memandang aku ! Terus aku menumbuk cermin atas tindakan refleksi terkejut aku. Maka pecah berderai cermin dihadapanku jatuh berterabur di lantai. Aku mengucap terkejut bukan kepalang lagi !

“Bang……….ape lagi tu bangggg”. Isteriku di dapur bersuara.

“Tak ade ape Yang. Lipas ni !”. Aku menipu.

Tercungap-cungap aku akibat terkejut tadi, degupan jantung aku laju. Aku terduduk di mangkuk jamban. Aku memandang ke pintu, separuh badan Mayang menembusi pintu. Tersenyum dengan mata yang merah !

“Itu baru sedikit Zuri, kau belum tahu kemampuan aku..Ingat janji kau kepada ku..jangan kau lupa..”. Mayang kebelakang lalu hilang dibalik pintu. Pertama kali aku melihat pocong ! aku mengigil ketakutan. Aku memeluk tubuh aku sendiri. Belum pernah aku setakut ini. Sejuk aku rasakan seluruh tubuh. Tak tahu nak gambarkan dengan skala takut aku ditahap yang keberapa. Sumpah aku takut. Aku melihat tangan aku terluka, tapi tidak parah. Isteriku mengetuk pintu bilik air. Aku membukanya.

“Ya Allah Bangggg….apesal muka pucat sangat ni Bang ? Kalau yer takut lipas tak kan sampai macam ni..”.

“AA….AAA…….Abang rase nak demam”. Gagap !.

“Laaaa…kate hero Hindustan..nampak lipas je da gagap ?. Sudah Bang bangun !. Ayang nak kemas dulu kaca cermin ni”.

Aku bisu. Lalu aku bangun mengambil tempat dikatil dan berbaring, aku memandang isteriku yang mengcangkung mengutip kaca. Menitis air mata jantan aku malam ni. Tersentuh hati aku melihat isteriku pula yang mengemas kaca atas perbuatan aku sendiri. “AYANG, ABANG BERJANJI, WALAU TERBELAH BUMI SEKALIPUN, ABANG SENTIASA ADA MENJAGA AYANG !”.

Catatan 11 :
6 Sept 2017 @9:43p.m.

Aku demam 5 hari, tak mampu aku bangun selepas peristiwa keramat tempoh hari. Perlu ke aku berjumpa semula dengan orang tua tu ? Da aku makikan dia haritu, tak kan dia masih mahu berjumpa dengan aku ? mesti aku kena sindir dengan orng tua tu ! Ahhhh…pasal la, aku sendiri yang akan tanggung risiko ni ! Ego aku tegak berdiri teguh ! Tak mahu kalah !. Hari ini aku perlu mencari darah ayam hitam, nak ku hidangkan untuk si Mayang, sebelum dia menjadi lagi malapetaka ada lebih baik aku tunaikan dulu janji dia yang satu ni. Aku cuma turun ke kedai barang basah di bawah, aku mencari ayam hitam, lalu aku minta tuan kedai menyembelih ayam itu dan aku tadahkan darahnya di dalam plastik, aku tak magambil ayamnya walau aku membayar 2 kali ganda, sebab aku nak tuan kedai ni tutup mulut atas kegiatan aku. Mana ada orang datang kedai nak tadah darah ayam ? Gila ke ? Yer aku yang dah gila buat kerja haram ni !. Asal aku senang sudah !. Mayang pun tak kacau aku, cukup !. Bila tiba dirumah aku salinkan semula kedalam botol kosong yang lain darah ayam itu. Bila tiba malam tepat jam 12 aku meletakkah mangkuk kaca kedalam bilik air yang tak gunakan tu. Mayang sentiasa ada, dia melekap di bucu atas bilik air sambil menyisir rambutnya. Semua kegiatan ini aku rahsiakan dari isteriku.

“Nah Mayang, janji aku da ku tunaikan, santap lah !”.

“Bagus Zuri, aku tahu kau bagus, kau tepati janji kau”. Mayang turun merangkak ibarat labah-labah.

“Weh Mayang, asal kau begini ? mana imej GRO kau sebelum ni ? berpakaian seksi, menggoda ? mana ?”.

“Itu semua khayalan kau sahaja Zuri, aku berupa begitu agar kau selalu teringatkan aku hahahahahahahahahahahaha”. Mayang mengilai.

“Licik mainan kau Mayang ! mengaburi mata manusia. Jadi inilah wajah sebenar kau ?”.

“Bukan, malah lebih teruk dari apa yang kau bayangkan..kau mahu lihat ?”.

“Tak payah !!”. Terus aku menutup pintu bilik air dan berlalu ke bilik tidur.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, hidup aku semakin mewah, sifat tamak aku makin menebal. Tak pernah cukup walau sudah melebihi dari orang lain. Rumah orang tua ku langsung tak ku jejak oleh kerana kesibukkan dengan kerja. Aku dinaikkan pangkat, gaji aku bertambah, kini aku tidak mengikut Ishaq lagi, aku da setaraf Ishaq, aku juga seorang engineer dan sudah ada budak bawahan aku sendiri. Hubungan aku dengan Ishaq semakin merenggang. Aku tidak sehaluan lagi kerja bersama Ishaq, kami berlainan lokasi tidak lagi sama daerah. Nak dijadikan cerita. Kejadian yang sudah melampui batas antara aku dan Mayang.

“Abang…..Abang sibuk tak ? balik kejap Bang ! Ade benda tak kena dengan rumah ni”. Isteriku menelefone aku yang masih di tempat kerja.

“Ape dia Yang ? Abang sibuk ni”.

“Banggg..tolong la Bang, Ayang dalam bilik, ade benda lain dalam bilik air depan ni…tolong la Bang..”. Menangis.

“Ha ??? Ayang duduk dulu dalam bilik ! Jangan keluar ! Jap lagi Abang balik !!”. Aku tamatkan panggilan. Ini da melampau ! Mayang da mula cari pasal. Segera aku berpesan pada budak bawahanku Remy yang aku perlu pulang kerumah sekarang.

“Remy, aku kene balik sekarang jugak ! Emergency. Kau boleh buat semua kerja ni kan ?”.

“Bereh jahh, tak dok hal la bohh, kije senang jahh..Boh balik la dulu, ambo takdok masaloh ekpong”. Longhat Terengganu.

“Kalau macam tu aku tinggal kau eh, pape kang call aku !”. Aku terus keluar dari site dan terus menuju ke motor. Sekarang gua da pakai Yamaha R250 derrrr. SerupaBike ! Barulah level engineer !

Dengan pantas aku pulag kerumah. Terus aku membuka pintu, aku ketuk pintu bilik tidur dimana isteriku berada. Terus isteriku membukanya memeluk aku sambil menangis. Mengigil badan isteriku dapat aku rasakan. Anak aku aku tengok dalam keadaan biasa. Masih bermain dengan mainannya. Cuma isteriku yang aku perlu tahu ceritanya.

“Yang, apehal nangis teruk sangat ni !”.

“Bang…..jom pindah la bang…ade bende dalam bilik air depan tuu…tadii Ayang nampakk…”. Isteriku terus terdiam ! Terbeliak biji matanya memandang di belakang aku. Kejang ! Aku menoleh.

“Allah !!!”. Terus aku menyepak pintu bagi menutup bilik kami ! BANGGGG !!! terhempas kuat !. Anak aku terperanjat terus menangis ! Isteriku pitam jatuh melutut didepan aku, sempat aku pegang lengannya menyokong separuh badan dari terus menyembah lantai. Aku turunkan perlahan isteriku. Mika aku dukung kemudian aku tenangkan. Ketakutan mula menerjah dalam diri. Mayang !! Kenapa dia…. Aku kena keluar jugak dari bilik ni. Aku nak bertemu dengan Mayang. Aku baringkan anak aku, aku dukung isteriku kemudian aku baringkan dia disebelah anakku. Melampau da ni. Terus aku menuju ke pintu dan membukanya. Aku tutup kembali. Mayang tiada. Terus aku membuka pintu bilik air depan.

“Mayang !!!!!!”. Kuat aku memanggil !. Geram !.

“Yer Zuri….”. Mayang muncul dibelakang pintu yang aku buka separuh, ke dalam.

“Kau da melampau ni !! Berani kau munculkan diri depan isteri aku !! Dan kenapa kau sekarang ? Tak cukup lagi ke apa yang aku da bagi ha ?”.

“Hemhemhemehemehemem….Aku nak isteri kau tahu adanya aku didalam rumah ini, dan aku nak dia tahu yang kau sekarang milikku Zuri..”;

“Tak boleh !! aku kate tak boleh kan dulu ?? Anak isteri aku jangan sekali kau usik !!”.

“Hahahahahahahaha….bukankah ini rumah aku juga Zuri…ape salahnya aku berkenalan dengan isteri kau..hahahahahahaha”.

“Lagi sekali kau buat perangai macam ni Mayang, kau taw la azab kau !”.

“Apa yang kau mampu Zuri nk melawan aku ? Kau tak mampuuu…hahahahahahahahahah”.

Terus aku menghempas pintu menutup bilik air didepan. Aku perlu sedarkan isteriku kembali. Terus aku menadah air dan menyapunya ke muka isteriku. Dia sedar kembali.

“Bang…Ayang takut…”. Menangis.

“Sudah Yang, Abang da halau hantu tu. Ayang rehat dulu, Abang ade kt sini tak pergi mana2 da”.

“Banggg….jom pindah Bang, Ayang tak sedap hati la Baang..”.

“Takpe…Ayang rehat dulu..kang kita bincang”.

Isteriku terus tertidur bersama anaknya. Aku tidak lagi keluar dari rumah. Aku terduduk ditepi birai katil, mula la aku memikirkan pasal kejadian tadi, sekarang dia mula berani muncul depan isteri aku. Esok lusa bagaimana pula ? Perlu ke aku jumpa orang tua tu pasal ni ? Sebelum keadaan menjadi parah aku perlu jumpa orang tua tu ! Yerrr….Aku perlu pulangkan balik Mayang kepadanya. Aku sudah mewah dengan hidupku sekarang. Aku tak perlu lagi bergantung dengan Mayang. Malam menjelma. Isteriku bangun dari tidurnya.

“Bang…”. Mengiring menghadap aku yang terlentang.

“Yer Yang, bangun da ? ok tak ni ? Kenapa tadi ??”.

“Bang, tadi tengah hari Ayang kat dapur, nak mula masak, Mika kat depan tengok TV, Bila Ayang pergi ke peti ais, Ayang ternampak la pintu bilik air tu terbukak, lepas tu tertutup, terbuka balik, lepastu tertutup, Ayang perhatila pintu tu, Ayang nampk ada tangan pegang tombol pintu dari dalam main pintu tu, Ayang tenung lagi sebab dalam tu kan gelap sikit, bila Ayang jalan dekat dengan pintu baru nampak Bang ada langsuir dalam tu tengah berdiri pandang Ayang ! Ayang terkejut sampai kebelakang ! Terus Ayang lari ambik Mika masuk dalam bilik”. Isteriku aku mula menagis lagi.

“Ayang ingat lagi tak rupa dia”.

“Ingat….Rambut dia mengerbang panjang sampai ke lantai, pakai jubah putih ade kuning2 sikit, muka dia putih sangat, keliling mata dia hitam legam, dia senyum Bang….serupa macam sundal Bolong dalam cerita Indonesia tu Bang ! Seram sangat ! Tadi masa Abang masuk bilik ni, Ayang nampak dia berdiri dekat pintu bilik ni Bang ! Tu yang Ayang terus pitam.”.

“Sudah la Yang, Abang tadi da bace2 sikit halau hantu tu, da tak ade lagi da”. Aku yakinkan isteriku. Apa yang isteriku bagitahu memang sama dengan rupa Mayang sekarang. Makin lama Mayang berubah sikit demi sedikit. Aku agak dia mula berubah ke bentuk asal. Rupa sebenar Mayang !.

“Bang, senanya bukan sekali ni je Bang Ayang kena, sebelum ni memang sesuatu sangat bilik air depan tu, tapi harini teruk sikit sebab dia muncul, sebelum ni Ayang memang tutup pintu bilik air tu, kadang die terbukak sendiri, kadang dengar macam orang ketuk jari dekat pintu, tapi tak lama. Dalam sejam ke dua jam, mesti bunyik tu datang balik, tak banyak dalam 3 kali ketuk. Ayang ingat kan cicak. Ayang buat tak kisah je la… Bang, jom la pindah Bang…tak sanggup nak tengok lagi hantu tu Bang..”.

“Ayang jangan risau..kan Abang da cakap tadi, hantu tu Abang da halau…Jangan pikirkan sangat, tu yang buat Ayang takut nanti..”.

“Hurmmmm…kalau ade lagi macam mane Bang ? Kite terus pindah yer Bang ? Ayang takut sebab rumah ni Ayang dengan Mika je duduk, Abang da keluar kerja. Apa2 jadi kan susah tu Bang..”.

“Yelaaa…yelaaaa…kalau dia muncul lagi kita pindah yer.. Dah tidurlah, Abang ade kat sini”.
Kesian isteriku, terkejut dia tengok si Mayang, bagaimana nanti kalau dia tahu yang Mayang belaan aku ? Allah, tak mampu aku nak bayangkan situasi tu, aku rasa lagi dasyat dari semua perkara yang pernah terjadi. Aku harap aku dapat selesaikan semua benda ni sebelum isteriku dapat tahu. Aku perlu jumpa orang tua tu, aku sedia memberi Mayang semula.
Esoknya aku pergi ke tempat kerja, tak bermaya aku semalaman tak tidur menjaga anak isteriku, aku takut Mayang muncul lagi menganggu mereka. Lemah rasanya pagi ini dan Remy menyedari tingkah laku aku.

“Doh kenape pagi ni macam dok rok nak mari kije ? Guane semalam ? bereh ork ?”.

“Ork…ork mung !!! Aku tak dapat tidur la semalam, tu yang lemau je pagi ni”.

“Pulok dahhh… Boh ! mu ade masaloh ke ? cube royak sepatoh ke ambe, mane tahu ambe leh tolong”.

“Tak ade ape la Mi, biaselah masalah rumah tangga…hahahahaha”. Aku cube menyembunyikan hal sebenar.

“Ambe rase, ni bukan masaloh rumah tangga ni boh, tengok dari air muke tahu dah boh ade masaloh besaaaa”.

“Kalau kau pandai lagi bijak, cuba kau bagitahu aku, dari muka aku ni, ape masalah yang kau nampak Mi ?”. Aku bercakap sambil jari telunjuk tunjuk tepat ke muka aku.

“Jangan la maraaa boh….gini deh, dari riok muke la, tak dok da seri, semangat pun tak dok da ni, bawah mata tu nampak jatuh dah tu ! Mari mula kije lagi ambe tengok boh memang muke ade masaloh..”.

“…………” Terdiam aku dengan kata-kata Remy sekejap.

“Mi…..memang aku ade masalah Mi, tapi tak ade sorang pun boleh tolong aku Mi, aku da fedap la hidup bergelumang dengan dosa, makan dengan rezeki yang tak halal ni. Aku nak jadi macam dulu Mi, dulu hidup aku susah, tapi aku masih lagi happy dengan family aku, sekarang da hidup senang, tapi tak pernah cukup, hidup tak tenteram”. Terkeluar juga dari mulut aku menceritakan masalah kepada orang lain. Sebelum aku berat nak bercerita.

“Gitu….gini la boh, tak dok masalah atas dunia yang tok leh selesai, semua atas tuhan belaka, yang penting dalam hati ni boh ! IMAN….hok ni la kene kuat sekali, tak dok ni, sampai kesudah masaloh tak selesai.. Carilah tuhan boh, mintok ke Dia, kalau duduk gini dok jadi…”. Pendek ayat dari Remy, tapi cukup buat aku lemah seluruh tubuh. Allahu akbhar… Jauh aku terpesong dari jalan yang Kau beri. YA ALLAH……

“Mi, aku da jauh terpesong da ni Mi, kau boleh tolong aku tak Mi ?”.

“Gapo dio ? Kalau boleh tolong ambe tolong..”.

“Aku sebenarnya…………”. Berat mulut aku. Bagai tersekat.

“Aku………”. Susahnya aku nak meluahkan. Lalu Remy menepuk bahu aku. Dan dia bercakap perlahan.

“Takpe deh, usah royak lagi, ambe tahu, mu berat nak cakak yang mu membela hantu kan?”. Terbangun aku dari tempat duduk ! tajam aku melihat Remy. Berkerut dahi aku. Macam mane budak ni boleh tahu !.

“Mana kau tahu hah ??”.

“Orang membela ni aura die lain sikit boh ! Ambe dapat rase dari dulu da. Ambe ni bukan la hebat mane, tapi kire bulih la rasekan sesuatu yang orang tak bulih nok rase”.

“Betul ni kau dapat rase Mi ?. Jadi kau boleh tolong aku ?”.

“Boleh, tapi kene scan dulu masaloh boh sekarang, nak kene tahu gak tu. Sebab kalau berat sangat ambe kene panggil sorang lagi kawan tolong ambe. Takut ambe dok mampu ngadap sorang”.

“Kalau macam tu tak pe Mi, aku nak mintak kau scan dulu macam mane nak buat nanti, lepas tu kite bincang kemudian”. Tetiba aku mendapat harapan dari Remy.

“Jangan lah berharap sangat boh, tu semua atas tuhan belaka, kite mampu usehe dan tawakal kepada Nya”.

“Ok Remy, bile kau senang kite pergi ke rumah aku. Harini boleh ?”. Aku mendesak Remy.

“Lepas kerja ni, kite gerok umah boh, ambe tengok hok mane yang bulih”.

“Ngam Mi, petang ni jugak aku bawak kau balik rumah aku”.

“Berehhhhh bohhhhhhhhhhhhhhh”. Kami terus melakukan kerja yang tergendala dengan pantas. Muka aku kembali berubah ceria sedikit. Betulkah ini harapan baru untuk aku menghalau Mayang dari rumah aku ? Kalau ini jalannya, aku sanggup lakukan apa sahaja !

JAGALAH KAU MAYANG !!

Catatan bersambung di next entry. Saya mintak maaf sekali lagi terpaksa melakukan demikian. Bukan nak buat readers tertunggu-tunggu. Tapi mohon masa idea yang baru kembali bagi meneruskan cerita ini. -Terima kasih semua !

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

54 thoughts on “Mayang – Perjanjian Baharu”

  1. Betul kata pkeje bawah dia… Semuanya akn balik pd dr sdri jugak…
    Kalo iman x kuat, jatuh tduduk tlentang tertiarap ler kita… haa apa lg.. Huhuu ??

    Cite ni best… Banyak pngajaran bole ambik…
    Sambung lg writer…??

    Reply
  2. Dari part 1 aku takde nak komen pape. Hahahahahaha okay so yang ni aku taknak komen gak ah. Ok gurau je.

    Bila manusia di kaburi dengan harta dunia, begini lah jadi nya. Hati menjadi gelap, lupa akan suruhanNya, menjadi tamak haloba. Semuanya godaan syaitan. Hm. Semoga kita di jauhkan dengan perangai sebegini.

    Eh. TERceramah lah pulak. Maklumlah dah masuk waktu maghrib kan. Hehe. ?

    Reply
  3. sumpah angkat kaki dua2 kak mami ketagih cite ni.. bestt gilee walaupon memula kak mami tacing pasal laki nak jadi raja arah bini.. cepat sambung.. kalau tak kak mami hempas henfon ni..

    Reply
  4. da submit bahagian akhir semalam. tenang skit da siap job ni. baru leh catchup balik bace FS. da byk slot aku lepas weh.

    Reply
  5. Cerita ni bagus, banyak yang boleh kita pelajari darinya dan tidak mustahil dalam dunia nyata ada yang membela semata-mata untuk kesenangan. Sesiapa yang membaca cerita ini harus diingatkan supaya kuatkan iman kerana tidak mustahil juga ada antara yang membaca ini sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan cara kesenangan nie.

    Reply

Leave a Comment