#MEK – Sapaan Malam Raya

FS – #MEK – SAPAAN DI MALAM RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FS.
Selama ini, Mek hanyalah ‘silent reader’ di page ini sejak setahun yang lalu. Hanya sekarang ini hati Mek tergerak untuk berkongsi secebis kisah mistik yang pernah Mek lalui sepanjang hidup Mek. Itupun setelah didesak bertalu-talu oleh bff Mek. You know who you are!

Untuk intro, Mek ni bukanlah terbuka hijab. Bukan juga self-confessed ada gift berubat ke, apa. Mungkin juga disebabkan sejak dari kecil sampai umur Mek sekarang dah 30-an, tidur malam Mek sering dihiasi mimpi perkara-perkara mistik atau seram yang kadang-kala Mek boleh relate dengan kehidupan sebenar Mek. Disebabkan hal ini, Mek kena selalu beringat dan tidak lalai, mengamalkan doa-doa untuk melindungi diri Mek dan orang-orang yang Mek sayang. Mek bukanlah seorang yang berani di alam nyata, tapi Mek boleh jadi heroin dalam mimpi Mek sendiri.
Sebagai permulaan, Mek nak cerita kisah yang terbaru; berlaku semasa bulan Syawal yang lalu.

‘Aku’ dalam kisah ini adalah Mek. Karakter dan jalan cerita telah diubahsuai untuk menambahkan kesan dramatik.

Tahun ini aku menyambut hari raya pertama bersama keluarga suami dahulu. Begitulah ‘deal’ kami sebelum berumahtangga lagi, setiap tahun bergilir-gilir menyambut hari raya di rumah keluarga satu sama lain. Apatah lagi aku dan suami berlainan negeri, seorang dari Selangor seorang di Pantai Timur,jadi perancangan haruslah diatur dengan teliti agar tidak mengundang konflik di antara kami.

Pagi hari raya ke-2, kami berkonvoi 3 buah kereta ke Pahang untuk beraya di kampung ayah mertua. FYI, MIL orang Selangor. Jadi kami pulang beraya ke Pahang melawat adik-beradik dan sanak saudara sebelah FIL. Semuanya lancar, daripada aliran trafik sehinggalah kepada aktiviti kunjung-mengunjung sesama kita. Usai beraya, kami check-in di hotel yang terletak di pekan. Seingatku, kami sampai di hotel sekitar jam 5 petang.

Penat, mengantuk dan anak-anak pun dah mula ‘crancky’. Kami diletakkan di bilik bersebelahan antara satu sama lain, 3 bilik berderet; iaitu bilik family aku, MIL+SIL dan FIL+BIL. Bilik-bilik kami di tingkat 1, dan setentang dengan sungai Semantan. Buka pintu bilik, boleh dengar air sungai menderu. Kebetulan pula masa tu cuaca sentiasa hujan dan paras air sungai naik, memang boleh nampai aliran air keruh di sebalik belukar di tebing sungai.
Tujuan aku describe kedudukan bilik-bilik ini adalah bagi memudahkan readers untuk gambarkan situasi yang aku alami selepas ini.

Selepas ambil kunci, kami memunggah beg-beg menuju ke bilik. Dahlah lif takde, jenuhlah kami suami isteri ni memanjat tangga sambil heret beg dan pimpin anak-anak.
Namun, bukan itu yang aku concern sangat, kerana bukanlah kali pertama kami menginap di sini. Sudah beberapa kali kami ke sini, setiap kali balik kampung FIL, akan stay kat sini. Kiranya aku stay sini setiap 2 tahun sekali la. Heheheheeee..
Suasana hotel dan ‘ambience’ rasa sedikit ‘off’ dan suram. Macam not welcoming. Bila nak masuk bilik, aku rasa macam sedikit meremang, dan aku rasa ada ‘sesuatu’ yang lain berdekatan situ. Tidak mahu terlalu memikirkannya sangat, aku melangkah masuk dengan kaki kanan, bagi salam ‘Assalamu’alaina wa’alaa ‘ibadillahis soolihinn’. Letak beg dan baca al-Fatihah dan ayat Kursi serta selawat. Keadaan bilik agak kurang memuaskan, macam bilik yang under maintenance. Table lamp rosak, phone rosak, cerek elektrik tak ada, pintu wardrobe stuck susah nak buka macam tak bagi simpan baju je gayanya. Bila kami complain kat receptionist, katanya tak boleh buat apa sebab staf maintenance pun cuti raya. Nasib baik juga ada staf datang hantar cerek, bolehlah kami mengopi malam nanti.

Rancangannya nak keluar dinner lepas solat Maghrib, tapi hujan lebat beserta guruh dan kilat sabung-menyabung sekitar jam 7 malam membantutkan rancangan. Jadi hanya SIL+BIL (adik-beradik) yang keluar cari gerai makan untuk tapaw dinner kami. Jadi, lepas Maghrib kakak iparku datang ketuk bilik bertanyakan apa yang kami nak makan. Jawapanku simple je, mana yang senang order. Janji malam ni tak lapar. Dah la kitchen hotel tutup. Kebulur kami dari petang lagi.
Fast forward, lepas dah makan sekitar jam 9 lebih aku ajak suami tidur sebab esok pagi awal-awal lagi kami nak bertolak pulang ke kampung aku nun jauh di utara pantai timur. Hujan masih turun walaupun tidak selebat senja tadi. Sesekali guruh kedengaran dengan pancaran cahaya kilat dapat dilihat di sebalik langsir tebal bilik. Anak sulungku, Elsa yang berumur 6 tahun tidur bersama nenek dan makciknya di bilik sebelah, hanya kami suami isteri dan si adik, Thaf 5 tahun tidur bersama.

Aku terjaga dari lena apabila terdengar Thaf menangis. Kuagak mesti si hero ni mengigau, tetapi jangkaanku meleset. Kulihat tubuhnya dipenuhi tompok-tompok merah yang besar seperti terkena bisa ulat bulu. Badannya menggigil dan matanya terkatup rapat sambil mulutnya meracau tapi sebutannya tidak jelas. Mulanya aku panik, tapi segera aku tenangkan diri dan merasakan ini adalah suatu usikan iblis yang sangat tidak kelakar!
Doa ibu tiada hijab. Itu yang mampu aku fikirkan ketika itu. Aku mulakan bacaan dengan ‘Au’zubillahissami ‘ill ‘alimiminassyaitoonirrojimm’, al-Fatihah dan ayat Kursi sebanyak tiga kali. Walaupun bacaanku tersekat-sekat, kugagahi untuk menghabiskan bacaan sebaiknya dengan tertib. Aku niatkan bacaanku dan berdoa untuk memulihkan Thaf. Tarik nafas dan kuhembuskan ke tubuh Thaf tersayang. Beransur-ansur bengkak merah di badannya berkurang dan akhirnya hilang. Tidurnya lena tidak terganggu. Sedikit takut, tapi rasa teramat marah kerana mengusik anakku yang tidak berdosa. Dalam masa yang sama, kutititipkan doa perlindungan untuk si Elsa yang tidur di bilik sebelah. Usai berdoa, ada ketukan bertalu-talu di pintu bilik.
Tanpa berfikir panjang, aku melangkah ke pintu lalu membuka kunci. Mungkin room service agakku. Namun, apa yang sedikit menghairankan suasana di luar agak cerah seperti waktu siang yang mendung selepas hujan. Ada seorang lelaki di depan pintu tersenyum kepadaku lalu berkata; “Anak kamu dah elok dah tu. Tapi ada ‘benda’ di hujung sana tu tak pergi lagi”. Sambil telunjuknya menuding ke arah hujung koridor. “Benda?”, fikirku. Tanpa berlengah aku menoleh ke arah yang dimaksudkan dan kelihatan di hujung koridor ada sebuah telefon awam (yang public phone booth Telekom yang warna biru tu).
Jarak antara aku yang berdiri di depan pintu dan phone booth kurang 100 meter sahaja. Di situ aku lihat sesosok batang tubuh yang kurus duduk mengerekot di ruang sempit antara telefon dan dinding booth tersebut. Anda boleh bayangkan betapa kurusnya entity tersebut sehingga mampu duduk terselit di celah telefon tu!
Seperti mengetahui aku sedang memerhatikannya, entiti tersebut menjulur kakinya lalu bangun berdiri menghadapku. Dapat dilihat dengan jelas sosok badan seorang perempuan yang langsing dan tinggi (imagine Nasha Aziz), kepalanya menunduk, rambut separas bawah bahu, kulitnya cerah, kelabu pucat kebiruan, berbaju kurung putih lusuh gaya lama paras atas lutut dan berkain batik. Kalau dia fotogenik, boleh jadi model runway pakai baju Rizalman. Huhuuuu.

Ketika itu, lelaki yang mengetuk pintu tadi tidakku ketahui ke mana perginya. Sepertinya dia datang hanya untuk menyampaikan pesanan. Beberapa saat selepas perempuan itu berdiri, dia menghampiriku dengan sangat pantas dalam gerakan zig-zag. Alih-alih saja dah berdiri hampir sekaki dariku dengan mukanya yang kelihatan marah dihadapkan ke mukaku, mulutnya sedikit terbuka menampakkan sepasang taring halus yang hampir menghentikan degupan jantungku ketika itu. Serentak dengan itu, aku menghidu bauan orang mati. (Nota: bauan yang kuhidu itu seperti yang pernah aku bau semasa mencium jenazah allahyarhamah moyangku selepas sehari dia meninggal. Kuciumnya dengan penuh kasih jadi aku tiada rasa takut ketika itu).
Lidahku kelu, tidak mampu menyebut sebarang kalimah suci Al-Quran walaupun untuk menyebut nama Allah. Dalam ketakutan yang teramat, aku kuatkan semangat menyebut “Allah Allah Allah” di dalam hati berulang-ulang dengan mengharapkan pertolongan dan perlindungan-Nya. Semasa aku berusaha menjerit ‘Allah” sekuat hati, aku terpandang cahaya yang terang. Dan aku dapat mengucapkan kalimah “Allah” dengan kuat dan jelas, dan mendapati aku masih berbaring di atas katil.

Kulihat anakku tidur lena, begitu juga suamiku. Namun perasaan takut yang kualami tadi masih lagi terasa hingga saat itu. Rupanya cahaya terang kulihat tadi adalah daripada lampu koridor di hadapan bilik air di bilikku. Aku masih terbaring kaku, sambil tanganku mengusap-usap anakku dan kemudian menggenggam lengan suami dengan kemas. Mulutku terkumat-kamit berselawat, istighfar, baca ayat lazim, namun kurasakan semua ayat yang kubaca tunggang-langgang disebabkan rasa cuak yang teramat sangat. Kurasakan entiti itu masih berada berdekatan aku, lebih tepat lagi di belakangku!
Aku tidur mengiring ke kiri kerana di belakangku terletaknya penyaman udara. Sepatutnya angin sejuk dirasai di seluruh badan tetapi aku cuma rasa sejuk semacam di bahagian belakang tengkuk sahaja. Part lain rasa macam panas sikit walaupun tak berpeluh.
Aku tidak mahu mengambil risiko ‘disergah’ lagi sekiranya aku menoleh ke belakang. Aku goncang badan suami sampai dia terbangun. Terpisat-pisat cik abangku membuka mata dan tanya kenapa kejut dia. Jawapanku hanya “Takut!”.
Aku terus berbaring membatukan diri, sementara suamiku bangun meninjau sekeliling bilik dan menghidupkan lampu. Siap check dalam toilet dan buka pintu depan! Tak ada apa-apa katanya. Namun dia mengazankan bilik dan baca ayat Kursi. Suami suruh aku baca surah-surah yang lazim dan sambung tidur. Sempat aku bertanyakan suami jam pukul berapa. Jawapannya, “2.30 pagi”. Disebabkan tidurnya terbantut, dia pun bangun bancuh air dan main game di telefon. Oh, sungguh kesian suamiku!

Keesokannya kami bertolak sedikit lewat untuk pulang ke kampungku kerana suamiku qada tidur selepas Subuh. Walaupun aku bersungguh-sungguh nak tolong pandu kereta dulu sementara dia tidur dalam kereta, tetapi suami bertegas ingin memandu. Suami berpesan untuk tidak menceritakan perkara malam tadi kepada ahli keluarganya yang lain. Kerana ibu ayahnya sering menginap di hotel ini setiap kali mereka berdua pulang ke kampung pada hujung minggu. Risau pulak nanti MIL tak nak balik kampung. Aku iyakan sahaja. Aku juga ada bertanya kepada Elsa, ada mimpi monster tak malam tadi. Nasib baiklah Elsa tak mimpi apa-apa.
Dalam perjalanan, aku bertanya kepada suami, tidakkah dia merasa apa-apa yang ‘lain’ semasa kami tiba di hotel semalam. Rupa-rupanya dia terlebih dahulu ‘bersapaan’ dengan hotel ‘guests’ yang lain. Sungguhlah hampeh suamiku tidak menyampaikan perkhabaran itu kepadaku awal-awal lagi. Ceritanya, sesampai kami di depan pintu bilik, ada ‘seorang’ budak lelaki lebih kurang baya Thaf mencangkung di depan pintu. Rupanya takde la serabai, berseluar pendak tidak berbaju. Lalu suamiku berselawat dan baca-baca sedikit dan suruh budak tu pergi. Budak tu berlari dan terus menghilang di dalam bilik janitor bersebelahan bilik kami. Lepas tu, suami terpandang pula di hujung koridor, terdapat tangga kecemasan untuk ke swimming pool di wing sebelah. Di situ, dia nampak ada ‘makhluk’ tinggi dengan kaki dan tangan yang panjang sedang bergayut/berjuntai di pokok besar di hujung blok hotel tu. (FYI, realitinya, tiada phone booth Telekom kat hujung koridor tu. Hanya ada tangga yang dimaksudkan tu sahaja.) Katanya makhluk-makhluk tu memang tinggal di sekitar tempat itu dan tidak memudaratkan. Cuma yang datang dalam mimpi aku mungkin yang ‘clan’ lain sikit. Ada clan-clan jugak ye spesis iblis ni.

Suami menasihatkan aku agar tidak terlalu memikirkan hal tu terlalu mendalam. Ingatkan aku agar sentiasa istighfar dan menjaga tertib walau ke mana sahaja aku pergi. Kena always bear in mind, yang menciptakan makhluk ini adalah Allah SWT. Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi gangguan yang sangat extreme yang kami hadapi. Tetapi sudah cukup hardcore bagi aku yang tidak berapa berani sangat ni. Akan aku ceritakan lagi kisah-kisah mistik yang pernah aku, suami dan ahli keluargaku alami sekiranya diberikan kelapangan.
Terima kasih kerana membaca kisahku!

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

23 thoughts on “#MEK – Sapaan Malam Raya”

    • good sir..u can ask singkong & keju bout any part of this post that u don’t understand..
      singkong & keju will happily ever after helping you copy & paste via google translate..

      Reply
  1. cerita seram.
    tapi saya kurang berminat kalau keseraman itu datang hanya dari mimpi..
    banyak intro/bunga-bunga yang tak perlu.
    Tak perlu didetailkan sangat fil,mil,bil,sil, nak makan apa nak tido gaya apa.

    Just straight forward ke cerita would be nice.

    Markah: 6/10

    Reply
    • Tujuan aku describe kedudukan bilik-bilik ini adalah bagi memudahkan readers untuk gambarkan situasi yang aku alami selepas ini. -byk writer yg terang kn structure dlm rumah atau tmpt..tp smpai ending mmg xkn bsgkut paut pn dgn cerite die..

      Reply
  2. takde kaitan kedudukan bilik2 walaupun gegeh nak bgtau..

    ak ingtakna dia dikacau teruk pahtu keluarlah mil fil segala bagai dari bilik2 tu so blh l aimagine deols datang dari mana.

    ni xde kaitan pun deols si fil, mil, bil etc ape benda lagi tu ngn kisah seram dialami??????

    Reply

Leave a Comment