Memancing Diwaktu Malam

Memancing Di Waktu Malam

Asslamualaikum kepada semua peminat tegar Kisah Seram, Cerita aku ni tak adalah seseram mana cerita korang semua. Cuma sekadar pengajaran dan pengalaman masing-masing.
Bermula cerita yang berlaku pada keluargaku, abah aku seorang pemancing tegar bila dia dah mula pegang joran dia memang susah nak berhenti. Sudah jadi kebiasaan abah aku bila dia nk pergi mancing mesti selepas solat magrib. Solat magrib kan pendek waktu nya, takkan aku nank ajar korang..

Abah aku ni mancing balik rumah sudah tentu lewat malam dah tentu 12 ke atas, mak aku mesti telefon laki dia. Siapa tak sayang laki dik oii..hahaha..ok!! Jangan melalut sangat, bermula kisah seram tentang abah aku. Abah aku ni memang berani orang nya dia suka mancing sorang-sorang, aku pun pelik dia tak nak pulak ajak kawan dia. Katanya nanti dia tak dapat rezeki untuk anak isteri dia, betul juga kata abah aku tu.

Pada Suatu malam seperti kebiasaan abah aku akan pergi mancing selepas solat magrib jam dah pukul 1 pagi, aku risau abah aku tak balik-balik lagi. Aku tanya mak aku “mak dah pukul berapa ni?? Tak sayang laki ker?? Gurau aku dengan mak aku, terus mak nya telefon si suami yang tak balik-balik lagi. Telefon Berkali-kali tak dijawab nya. Selang 5 minit kedengaran motor abah aku. Pong..pong..pong..

Aku buka pintu rumah, aku tengok abah aku sakit-sakit badan, aku tanya lah”abah ok tak?? Nak along bawa ke klinik ke??”tak yah laaa. Sikit jew ni. Esok abah pergi jumpa kawan abah minta dia pulihkan abah ni”. Sakit-sakit badan pon Alhamdulillah rezeki malam tu banyak sangat, seminggu tak yah beli ikan…

Pada Keesokan nya aku tanya lah abah aku kenapa abah sakit-sakit semalam, abah aku pon cerita la apa yang terjadi padanya. Kebiasaan bila memancing peneman abah aku adalah anjing-anjing belaan tauke rumah ayam tujuan taknak bagi biawak makan telur ayam. Rumah ayam tu betul-betrul berdekatan sungai, dekat sungai tu pulak ada satu pokok besar, tak salah aku pokok kekabu. Pada malam tu ikan hasil tangkapan abah aku banyak betul!!! sampai satu tahap tu, tiba-tiba sunyi .
Sampai laaaaa satu masa abah aku dengar anjing dah mula menyalak tak henti-henti.

Tiba-tiba angin malam mula meniup kedengaran bunyi mengilai. Abah aku perasan kehadiran (KaK P), abah aku buat tak heran jew lah sampai lah dia naik rimas,dia kemas barang-barang terus dia balik mana taknya sorang mancing yang had tu dok ngilai bagai mana boleh tahan meremang bulu tengkuk. Ingat sampai situ jew lah kne kacau.

Rupa nya Kak P ikut balik “terkejut kau aku masa tu, gila dia ikut balik. Aku tanya lah abah aku,”abah..masa along tanya abah macam sakit tu Kak P ker dengan abah”? Selamba je orang tua aku jawab”ada jew ..masa tu dia kat pokok Mangga. Mengucap panjang aku!!! Tapi abah beritahu kawan dia dah suruh benda tu balik tempat asal, kawan abah aku beritahu pada (kak P) abah aku nak mancing bagi anak isteri makan bukan nak kacau tempat kau.

Untuk pengetahuan korang semua tempat abah aku mancing tu. Seberangnya ada loji air sebelah loji ada tanah perkuburan orang asli memang ngam sangat laaa kena kacau malam tu. Walaupun abah kena tegur dengan (Kak P) ingat tak nak mancing dah, makin sakan adalah. Tiap-tiap malam pergi tapi tak adalah balik lewat macam haritu kul 11 malam dah sampi umah.

Pengajaran kita untuk kita semua dalam dunia nie jangan bercakap besar bila-bila tuhan tu boleh uji kita, dia makhluk tuhan juga.

Port mancing abah aku ni bila hujung minggu macam pesta, ada yang bawa khemah lagi, bagi kaki mancing dekat setakat tu tak rare sangat maih sini patin sekali naik 8kg. Sampai sini jew lah cerita aku,lebih-lebih kang ramai kecam aku. Assalamualaikum.

2 thoughts on “Memancing Diwaktu Malam”

Leave a Comment