Member Sekolah Menengah

AssalamualaikumĀ dan selamat sejahtera para pembaca tegar FS. Sejak jadi peminat fiksyen shasha ni, story pasal hantu je kan. Yang ni aku nak kongsi pulak pasal teringat sorang member masa sekolah menengah.

Okay aku mulakan. Benda ni terjadi dekat member aku. Aku gelar dia S jela ya. S ni dah takde mak bapak untuk pengetahuan. Sepanjang perkenalan, dia ni orangnya pendiam, mempunyai senyuman yg sinis, rendah je dia dan gempal. Kalau dia marah dia tak tunjuk dari pemerhatian aku. Kalau dia marah ekor mata dia gila seram dan suka genggam tangan belah kiri. Dia memang pelik tapi bila kenal dia lebih rapat sebenarnya dia ni sunyi. Kesian dia sebab kecik lagi dah jadi piatu.

Nak dipendekkan cerita, sekolah aku kena histeria berjemaah. Dan salah satu yang kena member aku si S ni. Ustaz dan ustazah semua kalut dok berubat. Yang pelik pelajar lelaki tak kena pulak. Majoriti pelajar perempuan. Hahaha dah macam opera dah sekolah aku. Dah berubat semua kembali pulih. Cuma member aku ni pelik sikit. Pandang orang macam nak makan. Tapi takpe aku ‘mind positive’.

Semua pelajar diizinkan balik awal. Dah balik aku ingat benda ni dah ‘settle’. Aku ni berjiran dengan member aku ni selang berapa rumah je. Dia jadi balik haa. Dok ber’opera’ bingit woi sekali dia menjerit. Aku pergi tengok dia ingat histeria je. Dah kena sampuk rupanya. Sekali mata dia kerling kat aku umakaihhh. Aku tak menegur dia seminggu lepas kejadian. Ade imam surau taman ubatkan dia.

Imam tu kata ada benda nak kawan. Kira macam nak amik kesempatan ah. Kawan aku ni spesis murung jugak. So benda tu nak kawan dengan dia. Benda tu harimau kembar. Amboi nak kembar pulak dia. Patut masa member aku kene sampuk tangan dia dok mencakar-cakar tikar. Sebelah kiri macam biasa macam tengah genggam barang berharga.

Suatu hari tu aku lepak dengan dia dekat pantai. Pantai apa, pantai dekat Melaka. Siapa yang duduk Melaka tahulah pantai apa yang ‘pemes’ tu. Masa tu dah nak masuk waktu asar, aku dengan kawan aku ni dok elok bersembang. Tiba waktu azan muka member aku ni terus berkerut. Terus dia maki tak guna. Aku tegur la dia okay ke tak. Member aku ni balas ‘panas!’ sambil mata dia mengerling dekat aku sebijik waktu dia kene sampuk haritu. Ah! Sudah. Aku dah tertelan air liur. Pahal minah ni.

Ni berlaku dalam kelas. Member aku ni suka menyendiri. Macam ada dunia dia. Suka duduk tepi tingkap kelasss. Pastu merenung kat luar tingkap. Siapa yang ada rezeki nampak la dia tersenyum, tersengih dan ter ter lagi lah. Makin teruk member aku ni. Sampai aku duduk meja sebelah dia rasa macam ada sesuatu kehadiran lain. Sampai la ada satu hari aku terbaca diari dia. Ceh ade ke niat ‘ter’ hahahahha. Korang jangan jadi macam aku kacau hak privasi orang lain. Tapi entah nak jugak aku selak. Aku terbaca ayat dia ‘kau mengalir dalam setiap aliran nadiku, kau aku, aku kau’. Elok aku baca tetiba aku rasa macam kehadiran tu ada kat tepi aku. Tertelan air liur aku haa.

Akhir sekali, aku dan keluarga berpindah dan setakat tu je la pengalaman seram aku tambah psycho dengan member aku. Aku doakan member aku tak tergolong dari orang yg sesat. Amin. Tu jela cerita pengalaman seram aku tak berapa nak seram. Harap berhibur. Sebenarnya banyak lagi pengalaman seram aku dengan member ni. Tapi sampai lusa, tulat, tunging tak habis. Haha

1 thought on “Member Sekolah Menengah”

Leave a Comment