Salam sejahtera kepada peminat FS. Saya sudah lama mengikuti cerita-cerita di FS sampai ia menjadi cerita “bedtime story” saya sebelum tidur. Petanda yang saya memang sudah ketagih. Saya terpanggil untuk menulis atau berkongsi pengalaman saya yang terjadi kira-kira 3 tahun yang lalu, 2014.
Untuk pengetahuan pembaca FS saya pernah minta pendapat ustaz kenapa saya banyak melalui perkara-perkara mistik. Ustaz memberitahu bahawa hijab saya sedikit terbuka, maka tidak hairan sekiranya saya dapat melihat “benda” tersebut atau sentiasa dikacau.
Sebelum bercerita mengenai “benda” tersebut, pada 2014 saya menyewa rumah bersama beberapa kawan saya di sekian tempat. Saya boleh dikira rajin sebab hampir semua kerja di dalam rumah tersebut saya yang buat. Dari mengemas dalam rumah hingga ke luar rumah. Disebabkan saya ada kebolehan melihat, memang bila kotor benda tersebut akan datang. Kembali pada cerita saya, pada tahun 2014 adalah tahun di mana saya kemalangan motosikal. Langgar lari oleh lori. Dipendekkan cerita (cerita ini memang pendek), kemalangan tersebut menyebabkan saya sukar bergerak dan tidak boleh berdiri terlalu lama. Maka keadaan di dalam rumah mahupun luar saya tidak dapat kemas. Pada saat saya sakit itu, housemate ringan tulang nak buat semua sesi kemas rumah.
Seminggu selepas kemalangan, housemate mula tunjuk sikap pemalas nak kemas. Pada hari khamis, hari keramat, rumah terlalu bersepah dan saya hanya mampu membuang sampah pada malam tersebut. Dijadikan cerita malam tersebut, saya tidur awal, tidak pernah-pernah nak tidur awal maka saya terjaga dalam pukul 1-2 pagi. Ketika itu roommate telah tidur disebelah saya. Firasat hati suruh buka mata dan tengok ke arah pintu. Memang kami tidak pernah kunci pintu. Pada saat itu, memang dah terdetik mesti ada benda tu dekat pintu.
Memang betul, dia berdiri betul2 di pintu dan memandang ke arah kami yang sedang tidur. Benda itu pun mula tunjuk minat untuk menakut-nakutkan saya dengan bermain pintu. Buka tutup buka tutup pintu. Mungkin disebabkan tiada reaksi dari saya, benda tersebut hilang begitu saja. Dalam hati lega sebab dalam keadaan sakit, benda tersebut senang nak masuk ke dalam badan. Belum tamat dipintu, benda tersebut main air didalam bilik air (masterbedroom). Air sinki air shower semua jenis air benda tu main. “Ok cukup, malas layan baik aku bangun”, saya pun lepak depan tv pada waktu pagi buta! Tengok lah tv masa tu.
Tengah layan cerita di tv, boleh dengar kereta seret. Bunyi seakan accident yang melibatkan kereta tersebut tarik “handbreak”. “Boom” langgar sesuatu, saya syak langgar pokok sebab bunyi dekat sangat dengan rumah. Pada masa tersebut saya memang tak kisah siapa accident luka teruk ke tidak. Selapas 5 minit macam tu, tetiba ada orang bagi salam depan rumah. “Assalammualaikum” berulang kali, “tolong saya, saya baru lepas accident ni, ada budak kecil”. Masa tu memang benda ni yang datang nak masuk rumah.
Memang dah tak layan benda tu bagi salam ke gegarkan pintu “grill”. Momen sunyi selama 5minit lagi. Saya ingatkan sudah habis, lega dalam hati. Tetiba pintu sliding bergegar kena ketuk. Bergegar tu sampai langsir beralun. Memang tak berani nak tengok luar ada apa. Mana datang akal bodoh, mungkin betul ada orang accident tadi, maka dijengahlah keluar (belum buka sliding door). Tak ada apa-apa dekat luar, pokok yang disangka kena langgar kukuh, besi tepi jalan tak bengkok.
Mula dalam hati mungkin sebab sakit dan rumah terlalu kotor (plus kawasan rumah tu sebulan sekali dua mesti nampak ponti atas rumah jiran). Sliding door berterusan bergegar untuk tiga kali. Pada gegaran yang ketiga, saya dengan beraninya menyelak langsir dan ARGGGGG kosong tiada apa apa. Gelap gelita. Disitu mula gilanya, saya membuka sliding door tersebut, terus angin sejuk menyapa muka. Mata melilau cari benda tersebut, setiap inci rumah dilihat. Sangkaan meleset. Tiada pun yang masuk ke rumah. Sambung menonton tv, tetiba terasa meremang dan sejuk sangat dibelakang badan.
Badan terus lembik. Sedikit demi sedikit badan mula pusing ke belakang untuk melihat tekaan saya betul atau tidak. Alangkah terkejutnya saya benda tersebut berdiri betul betul dibelakang saya. Dalam fikiran jangan cakap saka family saya. Macam-macam surah dan doa dibaca. Masih berada dibelakang saya. Saya yang tempang ketika itu, cuba bangun dan berjalan masuk ke bilik semula. Benda itu masih ikut saya sampai ke bilik. Walaupun saya biasa nampak dan dikacau, saat itu saya lemah dan saya ketakutan. Saya peluk roommate saya tanpa bercakap kenapa saya menangis dekat dia.
Malam tersebut berlalu, dan siang datang menjengah. Dalam hati gembira benda tersebut tidak memberi ancaman. Paginya kami satu rumah plan untuk sarapan diluar, ketika saya menunggu housemate bersiap, saya dan roommate berada diluar. Roommate ketika itu membaling risalah dan menyambutnya beberapa kali, pada saat saya pandang roommate saya menyambut risalah, tangannya menjadi 2 pasang (4tangan) dan ada seakan kepala disebelah kawan saya. Lepas makan saya terus balik kampung. Nasib benda tersebut tak ikut.
THE END
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Macam tak habis je…
sape suh berani sgt buka pintu pagi2 buta
erk… lagi
best crite…tp mcm tergantung. Skrg mcm ne, sihat da ke….sakit lg ke?