Menunggang Motor Mencari Hantu

salam dan sejahtera semua. ini adalah kisah yang berlaku lebih kurang 25 tahun yang lepas, dimana masa itu aku masih manusia muda yang mencari-cari kekuatan diri dan kecekalan hati bercampur kesombongan ilmu yang dirasakan cukup..nauzubillah..

ceritanya bermula begini…
Hari itu seperti biasa aku mengisi masa lapang malam-malamku dengan membaca buku bersiri jamal tarlis(kalau x silap), iaitu SIRI BERCAKAP DENGAN JIN.. dikala itu jiwa masih muda dan mentah serta perasaan ingin tahu begitu meruap-ruap didalam dada. Terfikir…adakah aku juga boleh terbuka kasyaf untuk melihat makhluk lain selain makhluk yang nyata? malam itu berlalu dengan begitu.

Keesokannya di sekolah, aku bersama seorang lagi rakanku yang aku anggap lebih berilmu dari ku merancang untuk menjalankan satu misi iaitu..MISI MENCARI HANTU..jeng jeng jeng..:)

Rabu malam khamis..tatkala hujan renyai-renyai..terlintas difikiran dengan apa yang dibaca didalam buku jamal tarlis, malam ini biasanya adalah malam pembela-pembela hantu raya dan pocong memberi haiwan belaan mereka makan, jika tidak dapat..beronar lah mereka..

Jam tepat 10 malam.. aku terus keluar dari rumah dan terus menyentak pedal motor memecut laju ke rumah kawanku tersebut, setibanya di rumah kawan ku, dia keluar dengan muka yang pucat dan tiada keyakinan untuk meneruskan misi kami pada malam itu, tetapi aku tetap juga berkeras untuk dia mengikut aku bagi menjalankan apa yang telah kami rancang, dengan berat hati dia terpaksa juga membonceng dan kami terus ke tempat destinasi yang ingin dituju.

Buat pengetahuan semua, tempat yang kami tuju ini adalah satu tempat yang agak terkenal dengan ke angkeran nya..telah banyak kami dengar cerita-cerita mereka yang telah terserempak disana.

Hujan masih lagi tidak berhenti..kami telah sampai ke lampu isyrat terakhir sebelum kami beraksi, sekli lagi rakan ku bertanya dan ingin membatalkan misi ini..masa itu di dalam hati aku berbisik bahwa rakan ku ini mesti didalam ketakutan..haha..Aku cekalkan hati meyakinkan dia bahwa cukuplah kita ternampak seklai da terus pulang.

Hijau…terus aku memecut..sehingga jauh kedalam jalan yang gelap..perjalanan sebelum sampai ke tempat yang sebetulnya hendaklah melalui beberapa bukit naik dan turun..sebelum tibanya kami destinasi bulu roma aku dan tegak berdiri.. kini..lampu motor aku terus menghala ke lorong yang akan memisahkan kami dari dunia nyata..

Kami berhenti di permulaan lorong tersebut..ternyata jalan itu amat gelap hitam pekat sekali..disitu hati aku mula gusar..betulkah tindakan yang aku buat ini? saat ingin meneruskan..hati pengecut aku terus menyekat membuatkan kami sepakat untuk berundur.. disitu sahaja kami menghabiskan hampir 15minit untk membuat keputusan wajar, berulang alik keluar masuk simpang antara mau atau tidak…akhirnya kami sepakat menukar destinasi..

dalam berpatah balik melalui bukit yang pertama…DISINI CERITA BERMULA…

hujan masih lagi rintik-rintik..dalam pendakian bukit yang pertama.berteriak motor comel untuk membawa kami berdua..saat tiba di puncak.. aku terlihat seakan kelibat org tua yang sedang mengheret basikal tanpa bersusah payah mendaki dari arah bertentangan..benarlah..kerana mulut badan binasa.. saat kami melintasi kelibat tersebut..mulut ini ringan menegur “kau nampak tak tu hakim?..kawan ku terus menepuk bahu “diam jangan tegur” saat itu juga aku menjeling di cermin pandang belakang..TIADA…. lantas motor yang kami naiki terasa amat berat sekali perjalanan menjadi amat sukar untuk diteruskan..lantas aku membuat keputusan untuk menyuruh rakanku memeriksa lampu belakang dengan mengibas-ngibas tangannya dibelakang motor dengan aku berharap apa sahaja yang menumpang kami ketika itu melepaskanya..tapi teryata sia-sia.

Aku terpaksa membiarkan keaadan itu berlarutan tanpa memberitahu kepada rakanku, lantas aku lega perjalanan kami selamat tiba ke penghujung jalan yang terang, motor masih begitu..kami meneruskan ke destinasi kedua.. perjalanan ini hanyalah sekadar melalui jalan higway yang berbukit-bukit sehingga tiba ke penghujung jalan yang terang.

Saat tiba kepenghujung lampu jalan, keaadaan bertukar gelap,pasti aku tidak dapat melihat apa-apa dari cermin pandang belakang. rakanku meletakkan dagunya diatas bahuku..entah mengapa dia bertindak demikian, duduknya semakin rapat..mungkin ketakutan…daripada cermin pandang belkang, aku dapat melihat riak wajahnya, tetapi makin lama aku berasa seperti bukan dia yang dilihat, wajah nya putih bercahaya malah LICIN TANPA MATA,HIDUNG DAN MULUT…aku beristigfar didalam hati..

Sambil mulut ku mengarahkan sahabat aku untuk mengalihkan kepalanya..rakanku bertindak..tetapi kali ini aku merasakan dia hanya tertunduk di belakang seperti anak kecil sedang dimarahi ibu…
sepanjang perjalanan..tiada apa yang menarik untuk dilihat..kami hanya seperti melewati satu dataran kosong ditemani teriakan motor comel yang sedang membawa penumpang yang tidak ketahuan..

Saat mendaki puncak terakhir sebelum kami memasuki simpang bandar, aku terpaksa menghenjut minyak dengan amat kuat sekali, menuruni bukit tersebut sebelum sampai jalan rata, terdapat selekoh tajam yang condong, tiba di selekoh tersebut, aku merasakan seperti ada sesuatu yang meluru turun yang menyebabkan motor yang kami naiki hilang kawalan dan hampir-hampir saja terbabas kedalam gaung.. alhamdulilah umur masih panjang, sambil didalam hati mencarut kuat memarahi makluk tersebut..huhu

untuk mendapat sinopsis daripada pengalaman kami, seperti biasa nescafe acuan janda dinikmati.. rakanku tertunduk diam sambil menikmati minuman,hampir setngah jam kami duduk tanpa bicara, masing-masing mungkin berfikir adakah malam ini kami masih lagi manusia biasa atau luar biasa,…

Aku memulakan bicara..bertanya dan bercerita tentang apa yang berlaku sebab mengapa aku menyuruh dia mengibas dibelakang motonr dan mengalihkan kepalanya daripada bahuku.. setelah aku melihat dia semakin risau, anakmatanya tidak keruan berladung air dikelopak mata..aku lihat dia semakin teruja untuk bercerita..benar ada sesuatu di belakang kami, membonceng sambil menghulurkan kepalanya ditepi rakanku sambil meniup-niup kedalam telinga dia, syncronize ceritanya dengan ku, sebab itu dia mengalihkan kepalanya ketas bahuku…urghhhh..tersentak

Balik ke rumah,semua jiran-jiranku mempunyai anak kecil…jam 1.00 pagi dengan serentak anak-anak kecil itu menangis..membuatkan seluruh bulu roma yang berada di badan ku berdiri,…adakah sampai kerumah??? malam itu..tidurku berpeluk dengan surah yassin…

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]
JEBAT

36 thoughts on “Menunggang Motor Mencari Hantu”

  1. Tamar Jalis.

    Untuk yang tak tahu cerita SBDJ ni sebenarnya cerita fiksyen, tapi ditulis as if cerita benar macam pengalaman penulis. Tapi memang best.

    Reply
    • ya ka fiksyen? aku baca yg si penulis dy (dh meninggal-alfatihah) cakap dy tulis tu lebih krg 60% true story, lain2 tambah, slain utk bg ok sket cerita jgk utk ubah identiti so org xleh detect sapa dy. n sbdj tu bkn cerita saja2 ja, yg tu dy tulis specially as memoir utk arwah datuk dy (nama & byk detail psl datuk dy dlm tu btoi). n dy jgk ckp banyak pngalaman sndiri dy share dlm sbdj tu spnjang ikut datuk dy ngubat org. datuk dy bkn bmoh / perawt tp mmg ada kelebihn sndri yg Allah bg. wallahualam.

      Reply
    • nama dy dlm tu diubah jd tamar jalis n beberapa detail psl dy e.i education, pkerjaan, umur pun diubah sbb nk conceal identiti. dy ada cerita msa sbdj famous tahun 80an ke 90an cmtu, time2 ilmu mistik duk rancak lg kt msia ni, rmai yg cuba cari sapa dy just utk try nk sihir dy n test ilmu. thats why pentingnya conceal identity tp bkn bmakna sbb nma dy tipu then smua tu cerita bhong ja

      Reply
  2. Tamar Jalis lah bro…mana dtg nama tu..SBDJ tu novel seram lejen tau…penulis tu pon dikira lejen gak seangkatan ngan Sasterawan Negara lain…tp dlm bidang horor @ seram lah…tak dibuat nyer org cari hantu naik motor…kokak nyer Paranormal Seekers

    Reply
  3. Maaf ye saudara Jebat..penulis buku tu namanya tamar jalis..bukan jamal tarlis. Sekadar pembetulan ye..harap maklum..

    Reply
  4. First time menulis ya? Banyak yg perlu diperbaiki dari segi jalan penceritaan dan gaya bahasa yang tidak sesuai/kena.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.