Mereka Ada

‘mereka ada’

Cerita ni dari budak officemates aku yang cerita

Aku dalam cerita ni adalah Acap
tengah asyik menyusun fail yang penuh dimeja .Aku di tegur oleh salah seorang officemate……
Amin: Acap !!..engko datang awal ek pagi tadi???
aku diam tanda tidak mahu diganggu. Fikiran aku masih melayang teringatkan kejadian semalam……………..serta beberapa kejadian aneh yang kerap berlaku serta aku alaminya sendiri… Bermula dari ‘penampakan’ di sekitar perumahan banglo yang berdekatan dengan area rumah sewa yang aku tinggal sekarang..hinggalah sekarang aku masih merasai ‘mereka’.


Kawasan perumahan banglo yang cantik
Lokasi: Office
Amin: Cap!!! Malam nie kau stay ???
Aku :stay kot!! Mungkin sampai pukul 12.
Amin: Owh!! Ok..

Tepat jam 5. Maka ramailah staf yang lain beratur untuk punch card sebelum pulang kerumah. Tinggallah kami berdua iaitu aku dan Amin. pada malam tu kami siapkan semua kerja hingga jam tepat menunjukkan pukul 12. Disebabkan rumah si Amin ni jauh dari tempat kerja kami, maka terpaksalah balik pada waktu tu. Kalau nak stay lagi, alamatnya tidur jewlah kat office.

Kami terus beransur pulang tanpa bersembang panjang Badan pun letih. Dalam perjalanan pulang,terdetik dihati ingin melalui jalan pintas untuk pulang ke rumah iaitu jalan yang dipenuhi dengan perumahan banglo yang tersergan indah. Rumah mereka yang dikelilingi pagar yang tinggi serta reka bentuk yang menarik dapat menenangkan mata yang memandang iaitu aku yang sememangnya bercita cita memiliki rumah yang secantik itu.

Aku mula memandu dengan perlahan agar aku dapat melihat setiap rumah disitu. Terkadang berkata sendiri, bila lah akan jadi milik aku. Angan angan tu harap menjadi kenyataan. Bibirku mengukir senyuman tanda ingin. Ditemani lampu jalan yang jaraknya agak jauh berselang, maka jalan itu agak gelap dan suram.

Dari cermin sisi kereta, aku terpandang satu cahaya bergerak. Tapi gerakannya tidak stabil. Aku cuba amati bila cahaya itu mendekat. Tiba di sekitar jalan yang berlampu, saat itulah aku ternampak seorang lelaki yang menaiki motor dengan keadaannya yang seolah olah tidak dapat mengawal motornya. Mungkin, sebab tu kot cahaya yang aku nampak tadi macam tak terkawal.

Aku mula fikir mungkin tayar bocor?? Niat dihati ingin berhentikan kereta dan tolong. Tanpa berfikir panjang aku cuba perlahankan kereta ketepi. Tiba2 niatku terbatal apabila aku terpandang satu lagi susuk tubuh yang tegak membonceng dibelakang lelaki tersebut. Rambutnya panjang serta berbaju kebaya. Mataku terus menerus memandang gadis tersebut kerana terdapat satu keanehan padanya iaitu tidak mempunyai ‘pergelangan tangan’. Mukanya memakai satu topeng ala muka opera cina tetapi dibahagian tepi topengnya kelihatan benang jahitan melekat dari isi ke topeng. Darahnya mengalir dari setiap kesan jahitan tersebut.

Aku terus meluncur laju tanpa pedulikan lelaki yang bermotor itu. Terus lupa tentang niatku hendak menolongnya.. Dari jauh aku masih terasa bersalah kerana meninggalkannya tanpa dia mengetahui yang dia keluar dating ngan ‘awek’ yang dia sendiri tak tahu. Nak buat macam mana. Aku pun takut!!!

Lokasi: Rumah sewa
Sesampainya aku diperkarangan rumah. Langkah terus dilajukan tanpa menoleh kebelakang. Risau jugak ‘dia’ dah sakit pinggang bonceng motor , teringin pulak naik kereta…adoiiii.. Kalut mencari kunci rumah dalam beg . Sekali lagi aku tersentak dengan satu susuk tubuh yang berdiri tegak disisi kereta jiran yang tinggal betul-betul menghadap rumah sewa yang aku tinggal sekarang. Sebelum ini, aku memang dah selalu ternampak abang depan rumah aku tu basuh kereta malam-malam buta.

Aku pun tak tahu kenapa dia memang suka basuh kereta time tu. Dah banyak kali jugaklah budak-budak rumah sewa aku tu bagitahu yang diorang selalu terkejut bila balik lambat. Ingatkan hantu ke apa. Tapi bila pandang balik rupanya jiran kami. Sempat jugak diorang berborak ngan abang tu. Tatkala dah terkejut, cover lha sikit sembang boleh 5 minit ke.

Tapi malam tu abang tu agak pelik. Badannya tinggi melebihi kereta. Badannya menegak tanpa bergerak sedikit pun. Bola Matanya statik memandang aku dan senyum mesra. Kami kan jiran. Sambil membuka kunci rumah aku membalas senyumannya dan terus masuk kedalam rumah.
sesampai di ruang tamu. Budak-budak rumah aku ni ada yang dah membuta , ada yang masih asyik bermain game. Diorang semua memang boleh dikatakan jarang tidur awal. Sebab tu lha aku berani nak balik dari office lewat malam.
AKU: Rajin betul abang depan rumah kita tu basuh kereta malam-malam buta nih.
DOBOT: Basuh lagi skali??? aku rasa tadi dia dah basuh dah . Sempat jugak aku borak kejap ngan dia lepas balik dari beli burger kat gerai burger simpang jalan tadi.
AKU: Owh..mungkin aku salah nampak kot

Malas nk fikir pasal abang tu.aku terus masuk kebilik dan mandi.
Mata nih susah nak lelap. Aku keluar ke dapur dan terus ke ruang tamu. Labuhkan kepalaku ke perut dobot yang asyik tido sambil memeluk bantal busuknya. Termenung jauh ,,,,,,,, hati ni terdetik ingin melihat kembali jiran yang senyum tadi. Bangun terus ke tepi tingkap seraya menyelak langsir .

Terkejut melompat aku apabila abang yang aku nampak tadi berdiri betul-betul depan pintu pagar rumah. Ya allah ,,,,,bagai lembut smua tulang dalam badan aku. Lemah memandang matanya yang besar sebesar telur ayam terjendol keluar. Lehernya panjang menjalar kearah aku yang sedang memerhatikannya. Dunia aku gelap dalam ketakutan. Sedar pun pada keesokan paginya bila semua housemate aku semua siap berangkat ke tempat kerja. Mereka semua asyik mengejek aku….Amboiii…tak sabar nak pergi kerja ke sampai tidur depan tingkap?? kalau ye pun tidur lah dalam bilik…hahahaha…Aku cuma senyum terus masuk ke bilik bersiap ke tempat kerja..

Maka bermulalah hari hariku yang memang tidak ku jangka akan melihat ‘mereka’ ke mana sahaja aku pergi hingga ke hari ini. Sedih atau nak berbangga dengan kelebihan yang kudapat dengan tidak disengajakan ni.
Mereka bukan bermaksud hanya yang aku lihat semalam..tapi semua ‘kawan-kawan’ mereka.

Terkadang aku agak rimas dengan semua penampakan ini..tapi bila dah biasa aku buat endah tak endah je..
Itu sahaja cerita dari si acap tu..aku cuma diam dan mula takut ngan dia…hahhaha..kadang2-kadang sebelum waktu kerja bermula. Dia akan datang bertengek kat tepi meja aku sambil bercerita setiap hari. Banyak jugaklah yang dia cerita. Dah boleh nampak tentulah banyak kejadiannya.. yang penting kita semua bnyak banyaklah mohon pada ALLAH s.w.t supaya dijauhkan dari mendapat keistimewaan tersebut.
itu sahaja cerita yang aku nk kongsikan..terima kasih

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

3 thoughts on “Mereka Ada”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.