MERUNGKAI MISTERI
#Intro
Assalamualaikum wbt. Hi. Nama pakcik, Tuan Syed. Harini pakcik amik alih cerita anak pakcik yang sengal ubi ketum tu iaitu Kakak Sado. Pakcik cuma ceritakan. Dia yang karang. Takkan la pakcik yang berumur ni nak tulis mcm dak2 muda mcm engkorang ni kan. Ye dok?
Pakcik tengok, engkorang semua kemain syok lagi ye baca Kisah 3 Beradik tu? Mungkin engkorang rasa syok sebab ada lawak bodoh anak pakcik ni. Cuba kalau dia tulis serius. Confirm2 engkorang ni kena minum pucuk betik lepas khatam kisah tu.
.
Segala yang terjadi pada keluarga pakcik adalah kerana izin Allah SWT. Pakcik dan makcik mmg redha kerana ujian inilah menjadikan pakcik makin dekat dgn Maha Pencipta. Mcm mana kami sekeluarga kalut cari penyelesaian dan bermacam2 pertolongan yg datang lantas kami terima tanpa banyak persoalan. Sehinggakan pakcik lupa, Allah yang timpakan musibah pada keluarga pakcik, dan Allah jua lah yang mengangkat kembali segala kesedihan tersebut.
Itulah silap yang pakcik kesal sangat. Tp alhamdulillah. Masih belum terlambat buat pakcik sekeluarga kerana sesungguhnya syurga itu sentiasa terbuka luas buat hamba2Nya yang segera bertaubat dan menyedari kekhilafan dirinya.
.
Mengenai jin2 dalam badan anak2 gadis ABC tu, pakcik taknak cerita pasal sihir ke ape. Pakcik pun taknak tau sebab syaitan tu dah banyak menipu. Jadi kalau ye pun orang tuju2, pakcik dah maafkan. Cuma banyak2 jin dalam badan dorang ni semua, hanya 1 ni yang buat pakcik tersentak saat Bella cakap macamni:
“Walid, Bella mimpi jumpa dengan seorang lelaki berjubah putih. Tua sangat2. Dia kata keluarga kita ada buat silap.”
Itu pertama kali Bella dapat alamat. Pakcik tak faham sangat silap apa. Kali kedua, Bella mimpi lagi.
“Walid, dia kata kita ada amik sesuatu barang dia.”
Masa ni pun pakcik tak boleh hadam apa2. Barang apa yang teramik? Kali ketiga Bella mimpi, terus pakcik teringat sesuatu!
“Walid, dia kata dia dah maafkan. Cuma dia cakap, lain kali jangan amik hak orang lain. Pastu, dia cakap, dia kacau sikit je. Saje nak usik kasi pengajaran. Yang teruk2 tu dia kata hasil peninggalan orang2 yg berubat. Dia kata kita silap berubat. Tu jadi lagi teruk. Dia buat sikit je. Yg lebih2 tu benda lain yang menumpang.”
Waktu ni, pakcik automatic teringat kisah muda2 pakcik. Tp dah puluh tahun. Takkan baru harini nak balas dendam?
.
Jadi, sebelum pakcik rungkaikan kemelut keluarga pakcik tu, pakcik nak engkorang semua kenai2 la dulu dengan pakcik. Mana tau kot2 dalam kalangan followers anak pakcik ni terselit menantu pakcik. (Ok, aku yang tambah ayat ni.)
.
Sekarang, ‘Aku’ dalam kisah ini merujuk pada pakcik ye. Jangan kau fikir ni kisah anak pakcik. Anak pakcik tak hidup lagi zaman tu.
.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat2 daif. Tiada harta mahupun duit. Lebih malang lagi, Ummi dan Walid aku meninggal sewaktu aku masih tidak tau apa2 tentang dunia.
Dengan berbekalkan gelaran “anak yatim piatu”, aku meneruskan kehidupan untuk mengenali dunia ini.
Oh lupa. Aku anak kedua daripada 3 adik beradik. Kami berpecah kerana masing2 dah diangkat oleh keluarga angkat masing2. Mungkin waktu tu, rupa aku tak seberapa. Jadi takde keluarga yang sudi bela aku melainkan bapak saudara aku.
.
Aku budak pandai. Kelas pertama aliran sains di sekolah English. Aku masuk sini pun atas belas ehsan bapak saudara aku.
Menjelang MCE (Malaysian Certificate of Education) atau zaman sekarang panggil SPM, cikgu mula minta yuran sebanyak RM67.50 untuk menduduki peperiksaan besar tersebut. Waktu tu, aku wajib ambil 9 subjek. 1 subjek RM 7.50. Mana aku nak cari duit?
Hari2 aku pulang ke sekolah meminta wang pada bapa saudara aku.
“Ami, Syed nak exam ni. Cikgu minta duit yuran. Kalau tak, Syed tak boleh masuk.” Aku meminta seolah2 memujuk rayu.
“Hmmm. Yelah2. Nanti la. Nanti la.” Jawab bapa saudaraku.
Perkara ni berlarutan sehinggalah tiba hari peperiksaan, aku masih juga tidak mempunyai wang.
“Syed, kenapa you tak bayar yuran ni? Esok mau masuk exam.” Kata cikgu Cina yang memang rapat dengan aku. Waktu ni kami speaking sebab sekolah English mana cakap Melayu.
“Saya tak ada duit.” Jawab aku ringkas. Hanya Allah sahaja yang tahu kesedihan dalam hati aku waktu tu.
“Takpa2. I boley bayar untuk you. Janji you amik ini exam. You budak pintar.”
“Takpalah Sir. I mau cari kerja.”
“You mau kerja apa? You takda kelulusan.”
“I mau kerja jadi budak pejabat (peon) ataupun kerja naik lori sampah tu. Best je saya tengok dorang pagi2 naik lori sambil kutip sampah.”
Bodohnya jawapan aku waktu tu. Tapi nak buat mcm mana. Waktu ni pergaulan aku memang dengan budak2 nakal. Tak fikir jauh.
“Eh Syed. You budak pandai. Tapi cara you fikir macam budak takda wawasan. Tapi I faham sebab you dilahirkan dalam serba kekurangan. Tapi you ingat pesan I.
Harini you kata kerja angkat sampah itu seronok sedangkan itu kerja, kelulusan takda pun takpa. Tapi… nanti you sudah besar, you boleh fikir kalau you usaha lebih sedikit, perkerjaan itu pun you takmau pandang. Masa ni otak you sudah tau matlamat sebenar you apa. Bukan keseronokan. Tapi kejayaan yang jelas di hadapan. You ingat kata2 I. Harini you fikirlah enjoy2 dulu.”
Berjela2 cikgu Cina ni bagi nasihat pada aku. Tapi aku tetap aku. Degil. Sama macam anak aku yang menulis ni. Kalau aku tak kenang gelagat aku waktu muda2 dulu, memang aku dah humban si KS ni kat telaga. (Acah je. Aku yang tambah. Asal serius nau kau baca? Pecah otak kau nanti kerut2 baca sejarah bapak aku.)
.
Jadi bermulalah pengembaran aku sebagai anak muda yang suka menerokai kehidupan nyata ini.
Aku ada 3 sahabat yang senasib dengan aku. Nama dorang Abdul, Samad dan Jamal. Tiga2 ni memang sahabat sehidup semati. Nasib pun sama. Sama2 susah dan yatim piatu.
“Syed, esok kita berlayar pi pulau sana nak tak?” Ajak si Jamal sengal.
“Ada apa kat sana? Aku dah la sedih tak dapat masuk exam. Kau pula ajak aku berlayar.”
“Alah Syed. Kita memang ditakdirkan begini. Kita sudahlah miskin. Takda siapa mau bantu. Jadi marilah kita mengembara luaskan pandangan kita. Biarkan mereka pandai di atas kertas. Tapi kita pandai dengan ilmu2 di dunia yang nyata.” Jawab si Abdul.
Si Samad ni tau mengiyakan je. Apa sikit,
“Aku ikut kau je Syed. Kau ketua.”
Aku pun fikir masak2. Betul juga. Baik aku mengembara mengenali dunia. Sekurang2nya aku mahir dengan selok belok dunia nyata ni.
“Ok. Set. Lepas Asar kita gerak!”
Lalu kami berempat sewa bot nelayan untuk bawa kami ke pulau tersebut. Banyak juga bekalan makanan yang kami bawak untuk keperluan selama seminggu.
.
Alhamdulillah. Kami tiba dgn selamat di pulau ini. Nyaman. Tenang. Hilang segala masalah2 aku.
Waktu ni, apa je yang boleh buat. Gadjet takde lagi. Jadi kami boleh melepak berborak sampai ke tengah malam dengan hiruk pikuk gelak tawa kami sebagai peneman. Kami berborak sehinggalah kami keletihan lalu tertidur la kami seolah2 terdampar.
Malangnya, malam tersebut “air pasang keling” (ini ayat orang Melaka je) dan bulan terang. Pulau yang kami duduki tu ditengelami air.
Kelam kabut kami selamatkan diri. Akhirnya, semalaman kami terpaksa tidur di atas pokok kelapa.
Habis semua makanan hanyut dibawa air laut. Sedih. Itu sahaja bekalan kami. Nak makan apa? Kami dah set masa dengan nelayan tu amik kami selepas seminggu. Sini mana ada bot lalu lalang. Argh!
.
Nak tak nak, kami kuatkan semangat membina rakit kayu. Lalu kami berempat menolak rakit tersebut dengan harapan kami sampai ke seberang.
Tapi malangnya (haih. Malang jugak nasib bapak aku ni. Ada je malang kat setiap babak), kami dah kehabisan tenaga. Kami hanyut di bawa deras air lautan dari pagi sampai ke petang. Entah berapa jam kami kecut dalam air. Sehinggakan esok tu baru kami terdampar di seberang. Syukur alhamdulillah. Allah masih panjangkan nyawa kami berempat.
Ok. Inilah kisah pertama pengembaran aku di usia muda waktu itu. (Takde kaitan langsung dengan misteri 3 beradik lagi. Tapi bapak aku suruh cerita jugak pengembaraan pertama dia ni. Kau layan jela. Kang bapak aku merajuk, mampuih seminggu dia taknak kongsi kisah sebenar. Kau sabar eh ? Senyum lah sikit. Bapak aku ni. Aku debik kang. Sia2 kau baca panjang2 sampai sini)
.
Aku makin seronok enjoy dengan kehidupan bebas bersama kawan2 aku. Lepak. Santai. Tak perlu fikir masalah.
Jadi 1 hari tu, tengah syok2 melepak membuang masa kat tepi pokok, tiba2 aku nak terkencing.
“Alamak. Aku dah tak tahan ni. Sini mana ada toilet!!!” Terkepit2 aku menahan kencing.
“Eh Syed. Sini tak boleh kencing sebarangan. Kau kena mintak izin dulu.” Kata si Jamal.
“Ah sudahlah kau Jamal! Ada saja pantang larang nenek moyang kau! Aku dah tak tahan ni.” Selamba je aku bidas ayat si Jamal sengal tu.
Waktu ni, ada kuil berdekatan. Jadi aku intai2 la kat dalam kuil. Aku tengok ada mangkuk laa.
Jadi dengan muka penuh bangga dan gembiranya, aku pi kencing dalam mangkuk2 tersebut. (Bapak pengotor bapak aku ni. Patut la anak di celekeh perangai.)
Dan malam tu, aku dah mula jatuh sakit. Waktu ni masing2 dah balik ke rumah masing2.
.
“Syed, bangun! Solat!” Marah bapak saudara aku.
“Syed tak boleh bangun. Badan sakit.” Aku jawab lemah.
Entah la. Badan aku jadi lemah dan berat.
“Bangun! Banyak sangat setan dalam badan engkau ni!”
Aku masih lagi terbaring kaku.
“Eh kau demam! Panas ni.”
Ya. Aku demam. Seminggu aku demam panas. Pagi elok, malam teruk. Pagi elok, malam beruk. Eh teruk. (Sorry le. Aku tersilap dengar sebab mengantuk dengar gaya cerita bapak aku mcm orang dulu2 ni)
.
Aku tak boleh kencing! Pundi kencing aku membengkak. (Yang laki2 engkorang tau la kan. Tak kan bapak aku nak cerita details sangat bengkak berapa inci.)
Sakit! Pedih sangat2. Tapi tak sepedih mcm lepas aku dapat anak perangai bingai mcm KS ni. (Ok aku tipu je. Mana ada bapak aku pernah ckp aku bingai. Dia selalu kata aku good girl. Good girl is so good to a good man.) #doneangkatbakul
Semua ustaz2 datang rumah aku sebab bapak saudara aku kata ni bukan demam biasa. Kena jumpa ustaz2 ni.
“Maaf Tuan. Sy pun takleh ubatkan dia. Sy rasa dia ada buat silap ni.” Jawab pak ustaz ni kat bapak saudara aku.
Elok je dua bijik mata garang bapak saudara aku tenung aku. Mengigil aku. Dah la tengah demam kemaruk. Ditenungnye kita begitu. (Haa tau takut. Mcm tula perasaan aku kot saat bapak aku tenung aku. Eleh lebih kurang je perangai aku dengan bapak aku. Hampeh.)
“Baik kau cakap kau buat apa hah!” Jerkah bapak saudara aku.
Aku serba salah nak cakap. Kalau aku cakap, memang naya kena rembat dengan tali pinggang. Kang kuak rentang gaya aku mengelupur dek pukulan tersebut.
“Baik kau cakap!”
Eh aku demam kot. Mana larat nak cakap sangat. Sabo jela.
“Tadi petang… Syed kencing kat mangkuk di kuil India tu, Ami.”
Mengigil2 aku cakap. Tp aku dah tak larat! Aku rasa mcm nak mati dah ni.
“Kau ni memang suka cari pasal!!”
Marah2 bapak saudara aku ni, dia baik. Dia lari pi kuil yang aku kencing tu pi jumpa tok sami tu.
.
Selang setengah jam, tok sami tercegat depan mata aku. Nasib baik aku tak terlompat tengok jalur2 gemilang kat dahi dia . (Memandai jela aku ni)
“Oo engkau punya kerja! Nasib baik engkau tak mati! Ini budak, manyak nasib baik. Kalau orang tua, dia sudah mampus. Tapi nyawa budak ni, banyak2 panjang. Ayoyoo. Macam mana dia boleh hidup ni.” Tok Sami ni mula bersuara dengan mata merah dia tenung aku. Aku syak, dia pi minum air kencing aku tu kot. Tu muka macam tak puas hati.
Haih. Naik pening pulak aku tengok Tok Sami dok geleng2 kepala sambil hempuk2 dada dengan kepala.
“Eh. You orang bawak ini budak ikut saya ke kuil. Saya boleh angkut benda dalam badan budak ini sebab benda ini banyak degil.”
Habis semua orang usung aku pi kuil.
.
2 3 biji kelapa tok sami tu pecahkan siram atas kepala aku dengan tongg cenngg tongg cengg bunyi loceng kat kayu dia tu.
“Hoi budak muda! You bernasib baik benda ni tak makan diri you. Lain kali you buat hal lagi, benda ni pasti bikin you mampus sampai dapat!” Tok Sami bagi acah2 nasihat kat aku lepas selesai mandi air kelapa dengan iringan background sound loceng dia.
“Saya mintak maaf.” Ini je aku boleh katakan. Tp alhamdulillah, dengan izin Allah, aku memang sembuh. Bukan sebab tok sami tu. Allah yang sembuhkan aku. Tp waktu ni aku still jahil lagi. Agama tak kuat sangat.
.
Zaman ni aku nakal dan lasak. Aku tak jahat pun. Aku syok sendiri je. Macam anak aku ni. Syok hal dia je.
Jadi, aku memang tak takut benda2 ghaib ni. Sebab aku tak percaya! Ha Ha Ha Ha (Aku agak la bapak aku gelak mcmni waktu tu. Acah2 mcm dia hebat nau waktu muda dulu)
Malam2 aku lepak atas kubur Cina. Pi makan buah pastu buat sepah kat situ. Releks je. Tak takut pun. (Ish2. Tak serik2 la bapak aku ni. Ade je nak cari pasal)
Sampai la aku dah meningkat dewasa, aku dah boleh fikir nak cari kerja. Penat la asyik enjoy dengan kawan2 takde matlamat ni. (Eleh. Dia pun sama takde matlamat)
Lalu, aku mohon kerja di jobstreet.com . (Ok aku tipu je. Zaman ni mana ada dot com dot com bagai.) Aku hantar resume kat semua yang tertera di surat khabar.
Sehinggalah aku diterima kerja pada usia muda 19 tahun. Bukan sebagai kuli tapi jadi ketua kepada kuli2 sekalian. (Actually kuli jugak. Cuma bapak aku acah2 mcm dia hebat sangat arah2 org waktu tu)
Tapi aku dapat kerja kerana belas ihsan si interviewer. Dia kasihan lihat aku pakai baju compang camping. Kolar besar. Lengan labuh. Seluar kat punggung bertampal.
“Tuan Syed, boleh saya tau baju siapa tuan pakai? Nampak mcm bukan size tuan.” Tanya salah seorang yang interview aku waktu tu.
“Ini baju arwah bapak saudara saya. Ini sahaja yang paling cantik di mata saya. Sy tidak pernah ada baju cantik2 secantik baju saya pakai hari ini.” Kata aku bangga sambil betulkan tali leher.
Aku lihat, menitik air mata dia. Ah malunya aku. Aku terlalu bangga diri sedangkan manusia lihat aku penuh dengan kesedihan.
“Mari duduk semula. Pilihlah mana2 jabatan yang tuan suka.”
Aku terkesima. Lalu aku belek satu2.
“Saya mau ini. JKR. Sy suka kerja bahagian jalan ni. Sebab saya ni kuli sahaja. Takda kelulusan. Jadi biarlah saya kerja di bawah terik mentari.” Jawab aku berbunga2.
“Baiklah. Esok juga tuan mulakan kerja. Bukan sebagai kuli. Tapi bos. Tuan yang akan arahkan kuli2 tu nanti.” Jawab dia tegas. Tp masih berbaki air mata.
Sebelum aku balik, dia peluk aku erat. Seolah2 pelukan hangat dari seorang ayah yang aku tak pernah rasa dari kecil.
.
Waktu ni syok la. Aku arah sana sini. Aku bos kot. Tp aku budak2 lagi. Kuli2 aku semua baya2 aku.
Jadi kuli2 ni lah member2 akrab aku penganti 3 sekawan yang dulu.
Tapi aku lebih rapat dgn 2 orang kuli aku ni. Namanya Shamsuri dan Rahman.
.
“Tuan, esok malam kita tidur kat rumah tinggal atas bukit itu nak tak?” Ajak si Shamsuri.
“Ada apa? Kau ni ada sajalah Suri.” Jawab aku.
“Kita cari pengalaman. Kata orang, tempat itu berhantu. Mari kita cuba. Mahu?”
“Hantu mana ada. Memandai saja kau ni!!” Meluat aku dengar orang suka kata ada hantu2 bagai ni. Aku tetap tak percaya.
“Kalau begitu, marilah kita cuba. Tidur 3 hari sahaja kalau Tuan berani.” Cabar si Shamsuri ni lagi.
“Baiklah. Aku tidak takut sama sekali. Pukul 6 ini, aku tahu semua berkumpul disini.!” Arah aku tegas kepada mereka berdua.
.
Tepat jam 5.45 petang, semua dah berkumpul. Punyalah excited dorang ni.
“Marilah kita gerak terus alang2 sudah ada semuanya.” Arah aku.
Maka bermulalah pergembaraan aku seterusnya untuk rasai dunia lain. (Takde kerja la bapak aku ni. Elok2 takde benda kacau, dia pi kacau. Eh stress pulak aku nak menaip ni la.)
.
Rumahnya betul2 di atas bukit. Motor2 kami tinggalkan di bawah. Waktu ini, mana ada kes2 curi motor. Orang pun tak heran tengok motor aku. Takde nafsu.
Aku pun redah hutan belukar tu sehinggalah bertemu rumah yang dikatakan si Shamsuri ni.
“Ini kah?” Tanya aku.
“Iya. Seram bukan?” Sambil gelak2 menyindir aku.
“Biasa saja. Aku lihat cantik. Kerana aku tak pernah lagi masuk ke dalam rumah sebesar ini.” Jawab aku bongkak dan takbur. (Riak gila ar bapak aku ni. Haihs. Aku pulak geram)
.
Kami mula pasang lilin di rumah tersebut. Berkotak2 lilin kami bawa sebagai bekal. Kami lepak di rumah tersebut. Macam biasa la dak2 laki. Lepak tak ingat dunia. Boleh berborak sampai ke pagi.
Sehinggalah kami terlelap di tingkat atas seperti gelandangan.
Tapi waktu ni, aku tidur tengah2. Aku kan bos. Biar aku tengah2. Kuli aku kiri kanan. Tapi aku lupa, yang tengah2 ni la sebenarnya mangsa utama.
.
Aku tersedar jam 1 pagi.
Eh! Mana yang lain2 ni?! Aku kat mana ni? Mana tikar tempat aku tidur tadi.
Shamsuri!!! Rahman!! Sial kau tinggalkan aku!!!
.
Panjang dah ni aku tulis. Boleh ke aku stop sini? Penat la tadah telinga kat bapak aku. Lagi2 bapak aku baca dalam nada orang dulu2. Mengantuk sikit. Nanti aku sambung ye. Senyum sikit beb. Assalamualaikum.
Yang Ikhlas menceritakan;
#TuanSyed a.k.a bapak aku.
Yang lelah, semput dan tenat menulis;
#KakakSado a.k.a sado luaran, lembut dalaman
#MerungkaiMisteri
#MerungkaiMisteri_Intro
#Kisah3Beradik
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dah mcm ayam kfc plk kau ni KS – rangup di luar lembut di dalam. He2x
Hai makcik gemok. Thanks sudi drop komen. ✌
Dah baca semua.. cuma tunggu 1 adegan lagi.. hehehhe..
Aku gagah gak la google “kakak sado facebook”
Baca semua kat situ..
Penantian suatu seksaan.. adehh..
Suda la admin tak approve2 lagi kisah si #FazAhmad..
Admin ni psiko laa.. ?
Btw citer kau taa mang terbaik.. santaii jer baca..memang macm sengal ubi ketum..
Aku xtau la ape rasa nye..
Aku suka nama kau. Nampak sangat semangat support kat writer kau minat.
Thanks sudi cari aku di fb.
Salam syg,
#KakakSado
haiiii ami..ami n nda sht ke….hihi..eh kakak sado kita ni dr darah yg sma lah…kim slm eh kt ami n nda..
Hai Eyna. Thanks sudi baca kisah aku yang sengal ubi ni. Nanti aku sampaikan salam kau ye.
Tlg sampaikan salam aku kat abg atau adik single kau k.
Salam perkenalan,
#KakakSado
Layan je cerita kau aku baca taa walaupun 5minit je aku ambil masa nak baca. Btw nak kasi tahu aku dah baca semuanya dekat page kau??????
Hi Faz! Thanks babe sudi baca sekali lagi kisah aku.
Sorry aku tak berapa aktif kat page ni. Ni baru free nak baca sambungan kau.
Nti aku drop komen paling manis untuk kau.
Salam syg,
#KakakSado
Adeeeehhhh…
Tercalar tau imej menantu hantu akk depan mak mertua gara2 TERbaca story KS malam td mse tgh tgk tv…
Kantooiiii hakak tgh layan FS…
Mane idoknye citer tv tgh sedih tp tetbe akk gelak besoorr mengekek2…
Mak mertua dh pelik “kenapa ngan menantu den ni tetbe gelak sensorg…?”
Ni semua KS punye pasal….!!!
Ehh silap…
Ni semua bapak KS punye pasal…
Bapak KS pon gilooorrr gak mcm org mabuk Nestum…
Ehhh silap, mabuk ketum…
Hahahhaahahha…
Kenalah akk bace dh TERbace separuh jalan tu ttp FS dlu ni br bace smle…
Kesian gelak akk terhalang di tgh tekak, huhuhuhuuuu…
Hi kak Yulie. Betul lah ramai kata kau ni otai FS. Sentiasa drop komen positif.
Aku doakan org2 positif mcm kau ni sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah SWT.
Sebak plak ghasooo…
Den ni xdelah positif sgt pon…
Banyak gak negatifnye, merengnye, sengetnye, sentengnye, gilornye, sewelnye, comeeelllnyeeee…
Hahahhaahahha…
Buat ape nk kecam pengalaman org kan…
Untung naseb org sudi nk share…
Kot mane yg x paham ke, kompius ke, tanye jelah elok2…
Org kuat kecam tu maybe die ade saket cekam kuku kot…
Ampunkanlah deme…
Heheheheheh…
“Ya. Aku demam. Seminggu aku demam panas. Pagi elok, malam teruk. Pagi elok, malam beruk. Eh teruk. (Sorry le. Aku tersilap dengar sebab mengantuk dengar gaya cerita bapak aku mcm orang dulu2 ni)”…
Nak tsembur air greentea akak minum bile ko ckp cmni dik. Ko berukkn bapak ko yer..adehh..sengall…haha.
best..xper..tarik napas lulu..pastu taip blik. Dah taip sile reminder ahkak dgn segera kehh
Hi AkakKiut.
Nampaknye akak jenis2 mudah terhibur. Aku suka manusia yg suka baca santai2 tanpa guna emosi. Sb hidup dia lebih fun daripada sibuk nak judge kisah org lain.
Salam syg ,
#KakakSado
Cerita Kak Sado semuanya menarik 😀 Terima kasih sebab sudi tulis cerita di Fs.Kalau berkesempatan, Kak Sado sambung lagilah ya? 🙂
Assalamualaikum
Hi Airish. Comel ayat kau. Sopan. I like.
Demi kau lah, ku tepek semua part kat sini even semua kisah dah tamat di page aku.
Terima kasih sudi baca dan enjoy layan kesengalan aku.
Salam syg;
#KakakSado
ku tetap tunggu cerita sambunganmu KS!
Thanks babe sudi support penulisan sengal aku !
sedih plak part ayah kakak pakai baju compang camping tu.sy nangis la.sama mcm ayah saya anak yatim.tapi ayah saya tak piatu.
Kisah ni sedih tp aku terpaksa cover dengan ayat sengal aku sb aku tak suka menulis bersama iringan air mata sebagai peneman.
Thanks sudi baca!
Mule2 bce ingt cite KS ni mcm cite si ijam..bile aq bersabar dan istiqomah,bru aq boley feel style ko..lain dr yg lain..!
Ingtkn bce majalah ujang.. hehe thibur jgk bce mlm2.. seram tp ade unsur lawakk,, keep it up!!
?
?
Salam akak sado… Ko lhir thun 92 eh. Haha
Aku baru start follow story KS ni… serius semua best2 laaa… banyak pengajaran.. writing pun sempoi. thanks sudi share <3
saya tengah cuba fikir logik ni…
1. penuli skata cikgu cina tu baik dan sanggup nak bantu bayar yuran exam. tapi lepas denganr cadangan penulis nak ikut lori sampah, beliau tak jadi bayarkan dan penulis tak jadi sit exam ke..
2. macam mana pula nak bayar yuran exam tak ada duit tapi sewa bot nelayan ada duit pula
saya tengah cuba fikir logik ni…penulis kata cikgu cina tu baik dan sanggup nak bantu bayar yuran exam. tapi lepas dengar cadangan penulis nak ikut lori sampah, beliau tak jadi bayarkan dan penulis tak jadi sit exam ke… lepastu ..macam mana pula tak mampu nak bayar yuran exam tapi ada duit sewa bot nelayan
Ada persoalan disitu. kata xde duit nk masuk exam tp ada duit nk sewa bot pulak? Berapa harga sewa bot tu?
Amboiiii…. Fazahmad… Kau buat cite kawan aku psiko takdo sambungan ke 5 ka? Ke aku je yang terlepas pandang ni? Teringin sangat1000 nak tau oe sambungannya….
Apa hal ea cita kau ni best sgt…aku x peduli aku nk lagi…