Assalamualaikum dan salam sejahtera. Admin bagi la tajuk yang sesuai sebab aku takde idea.
Cerita yang aku nak kongsikan ni berlaku pada tahun 2011, disebuah kolej di Selangor semasa aku menjadi facilitator untuk program orientasi pelajar junior. Kejadian ni berlaku pada hari jumaat malam sabtu. Kira sehari sebelum majlis penutup program.
Malam kejadian tu, semua faci yang terlibat macam dah letih dan stress sangat . Masa tu aku under biro makanan, jadi tempat kami diluar sebelah belakang dewan dan dekat situ jugak ada taman yang memang port makhluk-makhluk halus ni membiak. Jadi ada la beberapa orang faci yang nampak, tapi salah sorang faci ni nama Mat dia pergi cabar benda tu. Mat ni dia ada ilmu berkaitan benda tu sebab dia belajar silat. Bila dah habis program, budak-budak junior dah balik asrama tinggallah kami yang faci saja masih tunggu didewan untuk post-mortem aktiviti hari tu.
Sementara tunggu post-mortem start, Mat yang tengah jalan tiba-tiba dia rebah terlentang, bunyi dia jatuh tu kuat gila (macam satu blok kayu besar jatuh). Masa tu memang dah rasa lain macam dah. Dalam 5 minit lepas tu baru dia sedar, nasib tak cedera. Waktu Mat rebah tu, semua yang kat situ macam dah perasan ada sesuatu yang tak kena. Dikalangan faci pon ada 2-3 orang yang lemah semangat, kami cepat-cepat tarik diorang ke sickbay untuk tenangkan diorang. Tapi kami silap, kami terlupa sickbay tu sebenarnya port benda-benda halus duduk. Yelah kawasan sudut dewan kan.
Keadaan bertambah buruk, jadi kami decide untuk berkumpul dekat surau yang jarak lebih kurang 200 meter dari dewan. Masa kat surau tu memang 2 orang dah tak sedar sorang nama Sha sorang lagi nama Ila. Kami terus baca yasin ramai-ramai. Yang Ila tu, orang yang angkat dia dari sickbay ke surau tu cakap masa angkat memang berat gila padahal dia kecik je. Kat luar surau tu aku tengok faci laki nama Din duduk tepi pintu surau menangis sambil pegang bahu. Yang Sha pulak lepas masuk surau dia duduk bersila sambil jari dia gerak-gerak macam tengah buat tarian traditional tu. Cakap memang dah merapu,gelak-gelak siap dia cakap nama dia ulik mayang. Masa tu ustaz tak datang lagi jadi ada la yang cuba nak ubatkan nama dia Ali tapi Ali ni seolah-olah kena tolak dengan sesuatu yang tak nampak. Tengah jalan tiba-tiba kaki kena seret kat karpet surau sampai luka. Lepas tu nak datang dekat Sha ada benda tolak dia dekat tingkap surau sampai lebam tangan kena bucu tingkap.
Dalam pukul 2 pagi baru ustaz datang dan cakap kami semua ni kena tipu dengan setan padahal semua yang kena dah lembik dah. Dia pon bawak Sha tu pergi klinik, yang lain pon dah letih memang tido kat surau tu je. Dalam pukul 4 lebih Sha pon dah balik dan dia pon dah ok. Semua pon sambung tido sampai esok pagi. Pagi tu masing-masing bukak cita. Aku pon tanya la dekat Din kenapa dia nangis kat pintu surau semalam, dia bagitau sebab benda tu duduk bertenggek kat bahu dia dan dia dah tak larat sangat tahan sakit. Benda tu berat gila melekat kat bahu dia sebab tu dia tak boleh nak masuk surau. Yang Ali pulak bagitau masa semua orang tido dia kena kacau dengan benda tu. Benda tu macam bagi amaran dekat dia.
Majlis penutup pon berjalan macam biasa hari Sabtu tu. Kejadian yang jadi malam tu kami rahsiakan dari pengetahuan junior dan pelajar lain atas sebab-sebab tertentu. Macam tu la penutup majlis orientasi tahun 2011 kat kolej aku. Sepanjang aku belajar dekat sana, kejadian ni ja yang aku sempat rasa berkenaan makhluk-makhluk halus. Mungkin nak bagi aku merasa kot sebelum aku habis belajar. Harap maaf la kalau bahasa berterabur dan cerita ni tak seram seperti yang diharap. sekian.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
byknye ‘pon’