Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada admin kerana sudi pos kisah. Pada pembaca mungkin kisah nie tak seram sangat tapi lebih kepada misteri. Aku Anis (bukan nama sebenar) belajar kat IPTA. Aku jarang sangat balik rumah aku kat kampung di Pahang sebab aku tinggal dengan kakak aku kat Putrajaya.
Rumah aku kat kampung tu takde lah kampung sangat sebab rumah batu tapi jarak antara rumah ke rumah memang jauh lah. Kalau malam rumah aku tu memang gelap sikit lah. Rumah kat kampung ada abang aku dan akak ipar aku je. Masa aku cuti sem aku minta izin dengan mak aku nak balik kampung sebab mak aku tinggal dengan kakak aku kat Putrajaya. So syukur sangat mak bagi kebenaran nak balik.
Masa aku duk kat kampung aku tolong kakak ipar aku meniaga dekat gerai mak dia. Setiap pagi memang selalu bersiap pergi ke rumah mak dia. Keesokannya kami cuti, malam tu aku ikut abang aku dan kakak ipar aku beraya rumah kawan abang aku.
Masa on the way nak balik ke rumah aku ingat lagi aku simpan kunci iphone dalam purse aku. Purse aku tak ingat aku letak dalam handbeg atau aku letak atas kerusi dalam kereta. Semua jenis kad memang ada ada dalam tu. Sampai kat umah aku terus masuk rumah terus tidur. Memang terus ke rumah tak singgah mana-mana.
Beberapa hari kemudian, aku baru perasan yang aku dah lama tak nampak purse tu (sebab tak banyak duit jadi tak heran kononnya). aku nak keluar masa tu jadi nak bawak lah purse tu. Tapi bila aku cari dalam handbag takdak. Aik. Pelik benor. Aku sampai mintak cuti dengan kakak ipar aku sebab nak cari purse tu punye pasal. Dorang semua pergi kerja aku sorang kat rumah.Aku cari sampai menangis. Sebab aku risau nak buat IC lesen semua bagai lah. Yang lagi penting kad bank.
Aku pikir banyak kali, mustahil sekali orang curi sebab memang mustahil lah. Memang jarang ada kes curi kat situ. Jadi, masa hari yang aku cuti sebab mencari purse tu aku jerit kuat-kuat. Aku cakap “pulang balik purse aku, jangan nyusah kan hidup aku boleh tak. Aku tak kacau ko tapi ko kacau aku kenapa” lebih kurang gitu lah aku cakap. Aku rasa macam orang gila bila cakap macam tu. Aku stres sangat.
Malam tu aku mengadu dengan abang aku yang purse tu hilang. Akak ipar aku pon kesian tengok aku nangis. (Aku anak bongsu jadi memang manja sikit) Aku cakap macamana nak buat. Kalau ic dengan lesen boleh buat balik tapi kalau kad siswa dan kad SSPN tu nak buat macamana (Masa tu aku tak terpikir nak tanya pihak yang berwajib pasal kad-kad tu). Dan aku asyik ulang cakap pasal dua kad tu je.
Aku rasa memang sesuatu yang ambil purse tu. Rumah aku tu selalu barang hilang pastu jumpa balik kat tempat yang pelik-pelik. Kakak aku dulu pernah hilang pensil dia. Pensil tekan tu dia sayang sangat sebab dia beli mahal. Dia cari punya cari, rupanya pensil tu dekat rak baju. Tak munasabah langsungkan?
Tapi benda tu bukan jadi selalu, jadi takde lah rasa seram sangat cuma purse aku yang hilang nie misteri sangat. Sampai dalam kereta aku cari tapi takdak jugak. Keesokan pagi lepas proses pencarian yang tak jumpa-jumpa semalam, aku buat lah ic baru. Duit pon pinjam duit akak aku sebab kad bank pon takde nak keluarkan duit. Masa aku nak pergi buat ic tu, selalunya aku ada bawak beg hardisk yang dalamnya memang ada hardisk. Beg hardisk tu berzip. Aku bawak sebab nak tengok citer hindustan kat tempat niaga. Huhu
Hari esoknya aku mintak izin dgn kakak ipar aku nak pergi niaga lewat sikit sebab nak settle kan kad bank aku.
So pagi tu aku call pihak bank kalau aku nak buat kad baru kena bawa apa? Pihak bank tu kata yang aku kena bawa ic kalau tiada ic bawa lesen. Masa tu aku cakap dengan dia sambil tulis note apa yang dia cakap. Bila dia cakap bawa lesen, mata aku terpandang frame gambar kahwin kakak aku kat dinding…..nak tahu aku nampak apa? Bukan hantu tapi rupanya kat frame tu ada terselit lesen aku… frust pelik dan hairan, asal ada lesen aku kat situ? Sepatutnya dalam purse. Aku pon terus off phone aku lepas settle cakap pasal kad bank.
Aku ambik lesen tu, siap2 get out dari rumah tu. Aku beritahu kat abang aku, dia tak percaya langsung. Dia rasa mungkin terletak kat situ. Ah takde maknenye nak letak merata lesen mcm tu. Hish..musykil betul.
Lepas beberapa hari, macam biasa aku dengan kakak ipar aku bangun awal bersiap nak pergi berniaga. So aku ambik lah hardisk. Aku bukak lah nak tengok ada hardisk ke tak dlm beg tu. And lepas aku bukak….jeng jeng…ada terselit dua kad dalam beg hardisk tu. Nak tau kad apa? Kad yang aku asyik ulang tu.. kad sspn dengan kad siswa.
Cantik je terselit dalam beg tu. And aku ulang sekali lagi, SEMUA kad memang ada dalam purse yang hilang tu. Memang aku tak simpan tempat lain. Lepas aku nampak kad tu, aku terundur-undur (sbb takut sangat) sambil panggil akak ipar aku supaya tengok kad tu. Bila dia datang, aku cakap lah ada kad kat dalam beg tu. Dia pon dengar takut pelik dan hairan terus suruh aku bersiap cepat2 dan berambus dari rumah. Aku pelik lah. Macamana ada dalam tu? Kalau ada mesti dengan semua kad sekali. Aku bagitahu kat abang aku lagi tapi dia masih lagi tak percaya.
Hari seterusnya tu, dalam lepas isyak kot lebih kurang. Aku dengan abang aku tengah tengok tv kat ruang tamu. Kakak ipar aku pulak tengah kemas bilik. Tengah2 aku syok layan tv tiba2 kakak aku panggil datang ke bilik dia. Pastu dia tanya aku nada yang macam takut, dia tanya yang kad pelajar aku ada dalam purse yang hilang tu jugak ke? Aku cakap lah ada dlm purse tu sebab mcm yang aku cakap semua kad ada dalam tu. Aku memang ingat aku simpan kad matrik dalam purse lepas tali kad matrik aku basah.
Aku jemur tali tu and aku simpan kad tu dalam purse. Pastu kakak aku kata, yang tepi katil tu kad aku ke.? Dia suruh aku seluk ke bawah tilam. Aku pon selamba pergi seluk pastu tengok, hurm.. memang kad pelajar aku. Aku masa tu rasa takut tak sangat sebab aku tau memang sesuatu yang nak kacau aku nie. Dah dua kali jadi camtu. Abang aku pulak berlari dtg bilik tanya ada apa. Mcm gelabah pon ada. Pastu Aku cakap lah ada jumpa kad lagi. Dia pon senyap, terus pergi kat tv pasang channel Astro Oasis. ?. Dia cakap jangan dah cakap pasal tu, dah la malam jumaat masa tu.
Minggu seterusnya pulak kakak ipar aku tu dia nak pindah kan barang mekap dia ke dalam beg lagi satu. Beg lagi satu yg dia bakal pindahkan barang tu dia dah lamaaaaaa tak pakai. Beg tu memang dah lama tak pakai. Dia ambik beg tu terus ke tempat niaga. Dia tak bukak pon sbb dia kata nak kemas dekat sana.
Jadi petang tu delat tempat meniaga, akak aku dia keluar kejap pergi jumpa orang, dia suruh aku tolong carikan phone dia. So aku cari phone dia kat bakul mekap dia tapi takda. Pastu aku buka lah beg mekap yg dia dah lama tak guna tu kot2 lah ada. Bila aku bukak je tak jumpa pon phone dia. Tapi aku jumpa ic dan semua kad aku yang selebihnya. Gambar artis kpop aku pon ada dalam tu. Aku pelik lah kenapa ada dalam nie.
Lepas akak ipar aku dah balik dari jumpa kawan aku cakap lah aku jumpa barang2 aku dalam beg tu. Dia terkejut campur takut sebab beg tu dah bertahun dia tak guna. Dia bawa kat sini pon sebab nak letak beg mekap. Dalam beg tu ada resit2 lama, benda2 yang dah lama. Aku tak syak kakak ipar aku buat sebab benda nie memang tak boleh bawak bergurau. Mase aku buat ic dia sanggup bagi bagi pinjam duit dia nak bayar denda. Takkan lah dia saja2 nak sorok benda ni. Lepas tu membazir kan duit dia bayar denda yg nak dekat RM100 tu. So, penyelesaian nya beg tu kami bakar sebab macam tak selamat je nak disimpan.
Walaupon kad aku semua dah jumpa tapi purse dan duit2 dlm tu aku still lagi tak jumpa sampai sekarang. Pelik sangat sebab kad tu jumpa sikit demi sedikit. Tempat yang pelik2 pulak tu. Yang paling aku seram bila jumpa lesen tu lah. Dah lah masa tu first time lepastu sorang kat rumah.
Baru2 nie abang aku ada kol mak aku. Dia kata ada barang hilang lagi. Dia ada beli sembur wangian untuk rumah satu bundle. Nak jadikan cerita semua tu hilang..hurm..ntah jumpa kat mana lah nanti..tak tahulah apa yang sorok.mungkin nak bergurau..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ni ok jugak, ada kes masa raya sdara mara dtg rumah aku sbb rumah aku kampung. Makcik aku pagi tu cari pakaian dlm dia dlm beg, tiba2 tak jumpa, padahal baru beli, dlm bungkusan plastik lagi dan beg tu pon baru di buka. So assume maybe dia tertinggal kat rumah. Lepas je diorg balik rumah masing2 ayah aku pegi racun rimput belakang rumah, tiba2 jerit panggil mak aku. Korang taw tak pakaian dlm makcik aku tu ayah aku jumpa kat blakang reban ayam. Tak ke pelik namanya. Baru dgn tag harga lagi. Kurang ajo betul.
aku rase budak2 yg sorok seluar dlm tu kat situ … takpun ayah kau … yelah dan2 je dia yg jumpa kt tempat mcn tu …
haha..nasib baik awak yg tak kena sorok
Ini kerja gila. Pandai pulak tu “dia” sorok benda-benda penting yang kita sendiri nak guna. Ini mesti dulu2 “dia” tak puas main hide and seek.
???
peh benda tu mencuri
saya pun sama kena macamni iphone saya dia ambil takpulang pulang dia pulanh kejap dalam 1week pastu dia ambik balik . macamana ye ni nak kena.jumpa ustaz ke ?