MISTERI BILIK PROGEN

Assalamualaikum. Hai semua, hari ini aku nak cerita dekat korang semua tentang tempat belajar aku. Nama sekolah aku, aku kena rahsiakan disebabkan nak jaga nama baik. Harap korang faham faham lah ye ๐Ÿ™‚ cuma aku boleh bagi ‘hint’ sekolah aku berada dekat sempadan antara Pahang dengan Johor. Ok dah dapat klu kan? So, aku nak sambung cerita..

Alkisahnya, aku ni budak STPM, baru je nak dekat setahun belajar dekat sekolah tu dah banyak dihebahkan cerita yang menyeramkan dan aku adalah salah satu mangsanya. Cerita aku ni tak adalah seram mana berbanding cerita yang ada dekat fiksyen shasha ni, cuma nak berkongsi cerita dengan korang semua. Masa aku first time masuk sekolah tu, boleh lah dikatakan rasa seram tu, sampai naik bulu roma aku. Nak dijadikan cerita, kelas budak tingkatan 6 ni berada kedua hujung sekali dekat tingkat tiga, kiranya bangunan paling atas sekali. Sebelah kelas aku ni, bilik ‘PROGEN’, bilik ni kami guna untuk adakan mesyuarat untuk tingkatan enam tak kisahlah untuk persembahan ke, aktiviti sukan ke, semua dibincangkan dalam bilik tu.

So, masa aku first time dengan kawan kawan aku masuk bilik PROGEN tu, adalah seorang kawan aku ni jenis mulut celupar sikit nama dia Don.ย Don ni kalau dengar apa apa je cerita hantu dia teruslah hebohkan sana sini. Ada satu haritu, dia cerita dekat aku,” wei, kau nak tahu satu cerita tak pasal sekolah ni? Dulu bekas pengetua sekolah ni pernah nampak nenek kebayan”. Aku ni dah lah jenis lemah semangat sikit teruslah segala bulu roma aku naik seram sejuk aku dibuatnya.

Lepas dia cerita macam tu, dalam hati aku memang rasa takut seram sejuk apa semua, tapi luaran aku buat biasa je. Hahaha. Ok sambung balik cerita, lepas dia cerita seminggu lepas tu, bermulalah episod yang agak seram yang jadi dekat aku. Dia ada dua part. Tapi part dia pendek pendek je. Sebab aku nak mudahkan korang baca.

Part 1

Aku ni dengan kawan kawan aku suka merayap kalau dekat sekolah. Haha so bila merayap ni sekali lah bercerita pasal bilik PROGEN tu, almaklumlah nak kaji lebih dalam lagi pasal bilik tu. Tandas sekolah aku ni ada 3 tapi yang paling dekat kena lalu dekat bilik PROGEN tu. Aku ni pulak kalau nak ke tandas kena berteman. Haha. So masa nak pergi tandas tu lalu depan bilik tu, kitorang ni pun berceritalah pasal bilik tu ada nenek kebayan lah apa lah semua sampai lah ke tandas. Dah nak balik kelas tu, rasa seram sejuk je berjalan laju kami nak sampai ke kelas punya pasal.

So masa dah habis sesi belajar tu, aku dengan kawan aku, Nat, turun lambat sebab nak kemas kelas sekejap. Kawan kawan lain semua dah balik. Nak dijadikan cerita, tengah kami rancak berborak, aku dengar bunyi tapak kasut bergesek dari bilik PROGEN tu nak lalu ke kelas kami, masa tu aku buat bodoh je lagi sebab aku anggap cikgu atau makcik tukang sapu sampah je lalu, bunyi tu makin lama makin dekat, sampailah Nat perasan aku diam sekejap, so Nat pun perasan jugak bunyi tapak kasut tu, dia pun senyap sebab nak tengok siapa yang lalu.

Tengah kami tunggu seseorang tu lalu, bunyi tu betul betul dah dekat dengan kelas kami, tiba tiba seseorang/benda tu berhenti. Aku ni jenis tak berani, so Nat pergi tengok, lepas dia pergi tengok muka dia agak kebingungan sebab dia kata tak ada seseorang pun tadi. Aku punya seram sejuk terus capai beg ajak Nat balik. Lepas kami balik tu, terus kami lupakan apa yang berlaku. Lepas pada hal itu, kami tak berani nak stay lama lama dah.

Part 2

Kes yang kedua ni pulak, kena dekat diri aku, kawan aku yang Nat tu tak kena pun. Mungkin semangat dia kuat berbanding aku. Kes ini bermula masa kelas, aku selalu sangat belajar dalam bilik PROGEN. Memang kami dah tahu dalam bilik tu memang tempat dia, tapi kami tak berniat yang buruk pun sebab kami cuma nak tumpang belajar. Cikgu aku ni pun satu, kelas dah ada, nak jugak guna bilik PROGEN. Aku perasan bila aku balik dari bilik progen, bahu aku mesti sakit sakit sampai aku suruh kawan aku urutkan.

Sakit bahu yang aku rasa ni, aku anggap mungkin aku cuma penat belajar. Kawan aku pun cakap aku mungkin penat. Ok time tu aku terima lagi, bila dah lama lama makin pelik jadinya, setiap kali balik je dari bilik tu aku rasa sakit bahu. Bila tak pergi bilik tu, tak ada pulak nak sakit bahu bagai. Ada sekali tu hampir seminggu kami guna bilik PROGEN tu, bila aku nak balik kelas, bahu aku memang sakit gila gila, rasa macam aku pikul sesuatu. Aku fikir benda tu sampai ke rumah sampai lah nak tidur.

Esoknya, aku bangun tidur, bahu aku rasa sakit teramat sangat, sakit ni aku tak pernah rasa. Aku suruh mak aku tengokkan bahu aku, mak aku pun terkejut bahu aku bengkak sampai timbul macam belon tu. Dia tanyalah aku ada salah tidur ke apa, aku kata tak ada pun. Aku pun buka lah cerita dekat mak aku pasal hal tu. Dia terus bawak aku pergi berubat dekat bidan. Sampai sampai rumah bidan tu, bahu aku memang rasa bengkak gila sampai aku rasa nak menangis pun ada, aku ceritalah dekat bidan tu pasal sekolah aku tu, dia pun urut dan baca ayat ayat al quran.

Dah lama sikit tu, dia cakap kat aku, memang bilik PROGEN tu tempat dia. Mungkin sebab aku belajar kat situ, dia tak suka, so aku ni salah seorang yang lemah semangat, dia bagilah warning dekat aku. Lepas dia urut tu, barulah aku lega sikit. Dia cuma bagi aku air suruh basuh muka sebelum pergi sekolah tu. Aku cuma ikhtiar dan tawakal je kat Allah supaya tak kena macam tu lagi. Lepas pada tu, Alhamdulillah dia tak ada kacau dah. Kalau pergi bilik PROGEN tu pun aku baca ayat kursi apa semua dulu baru masuk.

Ok lah, setakat tu je aku boleh kongsikan. Nanti kalau ada cerita yang menarik dan seram aku akan kongsikan lagi. Bye. Assalamualaikum ๐Ÿ™‚

6 thoughts on “MISTERI BILIK PROGEN”

Leave a Comment