Assalamualaikum WBT. Hai admin. Hai pembaca FS. Alhamdulillah. Terima kasih admin kerana kau publish cerita aku ni. Terima kasih juga kepada pembaca FS kerana sudi membaca cerita aku yang sebelum ni (http://fiksyenshasha.com/misteri-hidup-fiza/). Aku nak mintak maaf sebab buat cerita ni banyak persoalan. Sebenarnya ada beberapa persoalan yang aku sendiri tak tahu kenapa dan mengapa. Aku ada baca-baca komen pembaca FS di facebook juga di website. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menempekkan komen-komen korang.
Ada beberapa persoalan yang akan aku jawab terus dalam post kali ni. Soalan yang aku tak mampu nak jawab, mungkin kerana tiada jawapan sehinggan kini. Untuk pengetahuan, aku dah lost contact dengan kawan-kawan serumah yang lain kecuali Mira dan Fiza. Fiza pulak aku contact jarang balas. Kalau balas pun, mungkin selepas seminggu aku mesej dia. Mira pulak, memang da kerja dia mengadap computer. So, selalu jugak lah aku berhubung dengan dia. Oklah, aku tak nak melalut panjang sangat. Maaf sebab lambat hantar cerita seterusnya. Bukannya apa, aku tak sihat. Demam. Anak aku pun demam jugak.
Antara soalan-soalan yang aku nampak ada orang komen:
1) Fiza, apa sebenarnya yang mengganggu kamu? (Jawapan: Nanti korang baca, apa yang Fiza ceritakan.)
2) Kenapa kawan-kawan tidur di ruang tamu ketika Zira pulang dari hospital? (Mira ada ceritakan pada aku. Tak ada kaitan pun ngan Fiza.)
3) Kenapa mesti bersambung? (Yang ni saya terpaksa, sebab nak taip guna handphone yang kipadnya yang kecik comel lote, memang mencabar. Cerita yang sebelum ni pun saya ambil masa 4 hari nak habiskan. Lagi satu, biasalah fulltime housewife.)
4) Saka (Jin) keluarga dia kot? (Ada kaitan sedikit)
5) Dan ada satu komen yang menarik minat saya, “hai akak,…kawan saya pn ada mcm ‘fiza’ ni kak….”.
6) Takkan la ustaz yang ubat tak bagitahu Fiza tu ada apa? (Yes, ustaz tak bagitahu kami apa-apa malam tu. Cuma dia ada bercakap dengan Fiza secara personal di luar rumah. Bersama seorang wanita yang ustaz tu bawak. Dan aku rasa, itu isteri ustaz tu. Dan Fiza, seperti biasa dia diamkan diri. Dia Cuma cakap, dia penat dan stress.)
7) Apa cerita Fiza sekarang ni? (Alhamdulillah. Dia dah okay.)
Okaylah. Itu sahaja yang mampu aku jawabkan. Dalam cerita kali ni, aku akan ceritakan pasal kenapa kawan-kawan aku tidur di ruang tamu ketika Zira pulang dari hospital. Ini cerita yang Mira bagitahu aku. Mira cakap, lepas je aku hantar dia balik, dia terus masuk bilik dia dan masuk tidur. Begitu jugak kawan kitaorang yang lagi dua orang tu. Kat bawah ni aku taip cerita yang Mira ceritakan pada aku.
**CERITA MIRA
Aku sebenarnya mula-mula ingat aku mimpi tau. Mungkin sebab penat sangat ke. Cerita dia macam ni. Lepas kau hantar kitaorang balik pagi tu, aku, Fika dan Nia (dua lagi kawan kitaorang yang ikut), masuklah ke dalam bilik masing-masing nak tidur. Aku dengan Fika sebilik, Nia dengan Umairah (Umairah ni yang pegang dan tiup kepala Fiza tu) sebilik. Aku baru je nak landing dan tarik selimut, tiba-tiba si Nia datang ketuk pintu.
“Mira! Mira! Bukak pintu.”
Aku pun dengan langkah malasnya, pergilah buka pintu. Tengok-tengok depat pintu, tak ada sesiapa. Aku pun pergi naik katil balik. Baru aku nak baring, pintu diketuk dari luar. Tapi kali ni senyap. Aku biarkan je dulu. Lebih 6 kali pintu diketuk. Pastu senyap. Aku tengok Fiza dah lena. Laju betul dia lenakan diri. Aku pun baringlah sebab dah tak ada bunyi ketukan. Aku tarik selimut dan baring. Aku ingat lagi, aku baru lena. Aku rasa ada orang main tarik-tarik selimut. Aku bangunlah. Tak ada sesiapa pun. Masa tu, aku memang dah tak sedap hati. Masa tu, aku terdengar suara cakaran di dinding. Bulu roma aku serta merta meremang. Aku baca apa yang aku tahu. Ayatul Kursi, Surah 3 Qul, Al Fatihah. Suara cakaran hilang. Tak lama lepas tu aku dengar suara orang berbisik-bisik. Aku toleh ke katil Fika. Tengok-tengok dia dah tak ada atas katil. Aku ingat dia pergi ke toilet. Aku pun bangun dari katil sebab nak pergi dapur ambik air. Tekak kering tiba-tiba.
Aku buka pintu bilik, aku nampak Nia, Umairah dan Fika duduk tidur kat luar. Masa tu aku memang dah pelik sangat-sangat. Aku pun kejutlah diaorang.
“Fika, Nia, Umairah. Korang pehal tidur dekat luar?”
Lepas tu diaorang bangun. Umairah cerita kat aku yang selimut dia asyik ditarik je. Nia pulak cerita dia dengar bunyi cakaran dekat dinding. Si Fika pulak, dengar aku ketuk pintu banyak kali. Bila bukak pintu, tak ada sesiapa pun. Aku pun ceritalah apa yang aku alami. Dan aku tanyalah diaorang, asal biarkan aku sorang dalam bilik.
“Dah tu, kenapa korang tak kejut aku?”, aku soal diaorang.
“Nak kejut macam mana, kau tak ada atas katil. Dok dalam bilik air lama-lama. Berapa kali ko nak flush toilet?”, jawab Fika.
Aku memang dah blur masa tu. Aku tak ada pergi toilet pun. Oleh kerana aku tak nak takutkan diaorang, aku jawab yang aku sakit perut. Diaorang percaya. Umairah pun pasanglah bacaan Yassin. Kitaorang berempat tidur lah dekat ruang tamu dengan cahaya lampu terang benderang. Masa tu, dalam otak aku memang plan nak buat bacaan Yassin bila kau dengan Fiza dah balik nanti. Silap kita jugak, masuk-masuk rumah ni dulu tak pernah buat bacaan Yassin. Sebenarnya, aku dah beberapa kali kena kacau dekat rumah tu. Tapi aku anggap benda ni halusinasi aku. Jadi aku tak cerita dengan sesiapa. Setakat bau wangian bunga tu, memang dah normal. Lagi-lagi waktu Maghrib dan malam Jumaat serta malam bulan mengambang.
Pernah sekali, aku sorang-sorang dalam rumah, aku dengar bunyi orang masak dekat dapur. Masa tu aku memang menangis dalam bilik sebab takut sangat. Aku call Fiza suruh dia balik cepat. Fiza boleh jawab, kejap lagi dia senyap lah tu. Betul! Lepas je Fiza letak telefon. Terus senyap bunyi orang masak tadi. Aku memang tak tunggu lama dah. Aku ambik sehelai dua baju, aku SMS Fiza bagitahu aku tidur rumah kawan. Kau tahu Fiza balas apa? Dia boleh balas, “Takut ke? Hihiihi. Dia tak kacau orang lah.” Sebab tu aku sanggup tak nak berdua dengan Fiza. Aku takut. Aku tak tahulah kau sebagai kawan sebilik dia. Takkan tak pernah alami kejadian-kejadian pelik.
Aku pernah bawak Fiza jumpa keluarga pak we aku. Aku segan. Jadi aku minta dia temankan. Kalau kau nak tahu, abang pak we aku ni orang ada ilmu jugak. Aku ingat lagi, first time Fiza pijak kaki masuk dalam rumah tu. Tiba-tiba abang pak we aku ni bangun dan bersilat depan Fiza. Lepas tu dia duduk bersila dan buat tangan macam orang mengadap raja je. (Yang ampun tuanku tu). Aku pak we aku peliklah tengok abang dia. Fiza nampak macam tak selesa dah bila dia buat macam tu. Pak we aku terus pergi dekat abang dia dan sentuh bahu abang dia. Abang dia nampak macam baru tersedar dari pukau. Terkebil-kebil mata dia pandang Fiza.
Aku tak lama pun dekat rumah pak we aku tu. Lepas makan malam, borak-borak kejap, kitaorang balik. Tapi kitaorang hantar Fiza balik dulu sebab aku dengan pak we aku ada hal nak bincang. Masa tulah pak we aku cakap, Fiza ni ada benda ke? Aku jawab aku tak tahu. Pak we aku ada pesan, jangan rapat sangat dengan Fiza. Pastu aku ceritalah apa kejadian-kejadian pelik yang aku alami dalam rumah tu. Pak we aku kata, semua disebabkan Fiza. Aku tak percaya jugak sebenarnya cakap pak we aku. Pastu, dia bawak aku balik semula ke rumah dia. Jumpa abang dia.
Abang pak we aku kata, Fiza ada “isi”. 2 isi. Dan dua-dua puteri. Aku memang tak faham kalau bab-bab mistik tahyul ni. Lepas tu, abang pak we aku (aku panggil dia Abg Zack jelah) tanya, Fiza ada solat tak? Aku jawab tak tahu. Sebab aku memang tak pernah nampak dia solat. Tak tahulah kalau dia solat dalam bilik. Abang Zack ada cakap, cuba pasang Ayat Ruqyah dalam rumah masa malam Jumaat. Tengok apa reaksi Fiza. Masalahnya, si Fiza ni jarang ada dekat rumah malam Jumaat. Macam mana nak buat? Abang Zack suruh pasang malam lain.
Tak lama lepas tu, Fiza SMS aku.”Mengumpat aku ke tu?”. Aku tunjuk ngan Abang Zack. Dia senyum dan geleng kepala je. Aku cakap dengan pak we aku, aku tak nak balik rumah. Aku takut. Tapi pak we aku hantar jugak aku balik rumah. Lepas tu aku lega, sebab Zira dan yang lain ada dekat rumah. Aku tak tahulah kalau Zira ingat ke tak kejadian yang aku dengan Fiza bertekak tiba-tiba tu. Aku tak tahu, kenapa entah si Fiza terus maki-maki aku masa aku sampai dekat rumah. Muka dia merah lain macam. Entah apa yang dia marah sangat dekat aku. Mujur yang lain ada untuk tenangkan aku dengan Fiza. Masa tu aku ingat lagi, aku terus pasang surah Yassin. Tiba-tiba si Fiza keluar dari rumah. Esok pagi baru dia balik.
Kejadian lain tu, aku rasa tak ada kaitan dengan Fiza. Sebab masa tu Fiza pun macam takut. Nak nangis. Aku dengan dia tengah tunggu korang balik dari kelas malam. Sambil-sambil tu, aku dengan dia mainlah game Monopoly. Tengah-tengah main Monopoly tu, tiba-tiba kitaorang dengar suara anjing melolong. Sayu sangat bunyinya. Masa tu tiba-tiba terdengar bunyi orang ketuk sliding door dengan kuku. Fiza muka memang cuak gila. Dia datang dekat aku, dia peluk tangan aku.
Tak lama lepas tu, suara cakaran dekat sliding door. Naik ngilu aku dengar bunyi tu. Fiza dah nak nangis. Aku perasan dia memang tak nak pandang dekat sliding door tu. Dia tunduk ke bawah je. Aku tak tahu apa dia nampak, yang aku tak nampak. Tak lama sebelum korang balik, suara semua tu tadi hilang. Suasana kembali normal. Aku rasa, itu first time aku nampak Fiza ketakutan yang amat. Itu jelah kejadian-kejadian yang aku ingat pernah jadi dekat aku sepanjang kita serumah dulu.
**SEKIAN, TAMAT CERITA DARI MIRA.
Lepas je aku baca dan dengar cerita dari Mira, aku jadi takut. Yelah. Aku paling rapat dengan Fiza kot dulu. Apa sebenarnya jadi dengan Fiza? Korang baca sendiri pengakuan dia. Aku sebenarnya ada bagitahu dia plan aku nak ceritakan pengalaman aku dulu dekat page FS. Dia bagi kebenaran dengan satu syarat, ubah habis-habisan identity dia. Dia juga suruh aku edit semua detail-detail yang ada dalam cerita dia nanti. Aku setuju lah. So, bawah ni cerita dari Fiza sendiri apa yang berlaku dalam pada dia. Aku edit apa yang dia hantar pada aku. Sebab banyak sangat short form. Tapi, kalau ada short form yang terlepas pandang, aku minta maaf. Jadikan pengajar dan iktibar ye kisah dia ni.
**KISAH HIDUP FIZA
Zira, sebelum aku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku, aku minta maaf banyak-banyak kalau selama kita serumah dan sebilik dulu aku banyak menyusahkan kau dan kawan-kawan yang lain. Aku tak pernah terniat nak susahkan hidup korang. First of all, kau mesti perasan yang aku ni tak pernah solat, tak pernah mengaji. Malah, cara hidup aku memang bebas. Jauh terpesong dari landasan yang betul. Islam hanya pada kad pengenalan. Kau ingat tak aku ada tampar Umairah sekali? Mesti kau lupa. Aku masih ingat kejadian tu. Masa tu aku tampar Umairah sebab dia pasang Ayat Ruqyah dalam rumah. Aku tak terniat pun nak tampar dia, aku tak terniat pun nak maki dia. Aku tak boleh kawal diri aku. Aku rasa panas, gelisah, nak marah bila dengar ayat-ayat suci Al Quran.
Semuanya salah silap aku. Kerana aku jahil masa tu. Aku nak mencuba. Aku nak merasa. Sebab tu aku ambil ilmu yang salah. Family aku tak tahu pun pasal ni. Yang tahu Cuma nenek aku. Nenek aku tahu pun sebab dia perasan barang-barang dia dalam peti dah berselerak. Kisah dia bermula masa aku berusia 18 tahun. Aku selongkar barang-barang nenek aku. Dan aku terjumpa 1 helai kertas yang di atasnya ada mantera atau benda yang perlu dibaca dalam tulisan Jawi. Malah, ada tertulis apa benda yang perlu dipersiapkan. Ayam kampung jantan berwarna hitam (isi dan darah), pulut kuning dan telur rebus serta beberapa benda lagi yang diminta. Langkah-langkah seterusnya, biarlah aku skipkan. Tak perlu aku cerita detail.
Nenek aku sendiri yang temankan aku buat benda-benda ni. Ayam tu pun nenek yang sediakan. Lepas habis je upacara aku buat, nenek mandikan aku dengan air 7 jenis bunga. Mula-mula aku tak alami apa-apa yang pelik pun. Cuma aku rasa ada satu perubahan yang ketara, iaitu aku jadi yakin dengan diri aku. Dan budak-budak laki mula nak kacau aku. Aku ingat lagi, ada seorang laki ni. Dia pernah hina aku.
“Kau ingat muka kau kacak gilak kah? Aku nangga muka kau ya kedak muka monyet. Dengan jerawat batu penuh dekat muka. Gelik ku nangga kau ya.” (Kau ingat muka kau cantik sangat ke? Aku tengok muka kau macam muka monyet. Dengan jerawat batu penuh dekat muka. Geli aku tengok kau.)
Masa tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Rasa down sangat-sangat bila dihina jejaka handsome idalam gadis kampung. Tapi, lepas je aku buat upacara tu, jejaka yang hina aku tadi, terhegeh-hegeh nakkan aku pulak. Aku panggil dia Lan je lah. Masa aku dapat tawaran belajar ke Malaya (Semenanjung Malaysia), aku seronok sangat. Lan? Dia sanggup berhenti belajar di Tingkatan 6 dan pergi ke Kuala Lumpur, rumah kakak dia. Alasan dia, tak nak jauh daripada aku.
Aku pergi ke negeri ****** dan sambung belajar dalam bidang XYZ. Aku seronok, happy. Malah, aku tak pernah susahkan mak ayah aku untuk bagi aku duit setiap bulan. Sebab Lan memang bagi aku duit RM500 masa tu. Malah, aku guna kelebihan yang aku ada untuk menggoda lelaki-lelaki lain untuk dapatkan duit poket. Makin lama, aku jadi makin taksub. Setiap sebulan sekali, aku perlu cari kawasan yang dekat dengan gunung untuk melakukan upacara. Dan destinasi aku selalunya Tangkak. Aku selalu ajak sorang kawan lelaki aku. Dan aku tak tahu, benda ni lama kelamaan menguasai diri aku. Bukan aku yang menguasai dia.
Aku tak pernah izinkan sesiapa pun buka almari baju aku. Sebabnya? Ada bekas bakar kemenyan dalam almari aku tu. Setiap malam Jumaat, orang dah tidur, aku akan start asapkan kemenyan. Lagi satu, dekat rumah sewa aku letakkan “penjaga” supaya tak ada orang berani pecah masuk rumah sewa tu. Aku memang tak boleh berjumpa dengan guru silat. Aku juga tak boleh mendengar ayat-ayat suci Al Quran. Aku tak boleh berjumpa dengan mereka yang mempunyai saka atau pendamping sebab aku akan jadi tak ngam dengan orang macam tu.
Aku ingat lagi lepas keluar dari hospital sebab demam teruk. Aku tak nak balik rumah, aku tak tahu kenapa. Aku suruh Zira drop aku ke stesen bas. Aku dapat cuti sakit yang lama masa tu. Jadi aku hubungi Lan, aku kata nak datang KL. Aku baru tahu yang malam Jumaat lepas aku pergi KL, kawan-kawan aku buat bacaan Yassin dalam rumah. Diaorang siap pasang ayat Ruqyah lagi. Mungkin sebab tu juga aku terasa tak nak balik rumah.
Benda syirik, khurafat ni tak bertahan lama. Mula-mula je rasa seronok. Lepas tu, sedikit demi sedikit dia akan memakan diri kita. Aku terlanjur dengan Lan. Dan aku mengandung. Akan tetapi, kandungan aku tak bertahan lama. Aku keguguran. 2 kali aku mengandung. 2 kali aku keguguran. Yang peliknya keguguran tanpa darah. Korang mesti faham kan? Maksudnya, first scan, nampak. Scan lagi tak ada pulak. Dan perangai aku makin lama makin pelik. Dan aku rasa aku mula boleh nampak makhluk-makhluk lain di sekeliling aku. 3 tahun je aku pegang benda tu. Aku ingat lagi, masa aku dalam semester ke-5, ayah (sekarang dah arwah) call aku marah-marah.
“Fiza, kenak kitak polah benda ya? Kenak kitak ambik benda ya?”, tanya ayah. (Fiza, kenapa awak buat benda tu? Kenapa awak ambik benda tu?)
“Aih.. Apa maksud kitak ya bapak? Kamek sik faham apa dipadah kitak ya?”, jawab aku konon-konon tak tahu apa-apa. (Aih.. Apa maksud ayah? Saya tak faham apa yang ayah katakan)
“Iboh kitak nak membulak konon sik tauk apa-apa. Nenek dah cerita semuanya ngan kamek. Nenek tengah sik sihat tok. Kitak maok balit kah?” jawab ayah. (Tak perlu awak nak menipu konon tak tahu apa-apa. Nenek dah ceritakan semuanya dengan ayah. Nenek tengah tak sihat ni. Nak balik tak?)
Nak tak nak, aku terpaksa ceritakan kepada ayah aku. Dan menurut ayah aku, benda tu sekarang cuba nak kuasai diri aku sepenuhnya. Aku kena berubat dan buang benda tu sebelum terlambat. Buat sementara waktu, ayah aku suruh aku baca Ayatul Kursi sebelum tidur, amalkan bacaan Yassin dan cuba dekatkan diri dengan agama. Dan aku? Gagal lakukan semua tu. Aku dah cuba, tapi tak dapat. Aku jadi macam cacing kepanasan. Zira ada kata, aku selalu keluar malam kan? Kenapa? Sebab aku tak tahan duduk rumah tu. Umairah, dia rajin baca Al Quran. Setiap malam without miss kecuali time “cuti”.
Tak lama lepas tu, Kawan-kawan aku mula diganggu. Bunyi cakaran, bunyi berbisik, pintu diketuk, orang masak, orang mandi, orang berak. Malah, benda tu menjelma jadi aku. Itu sebab aku cuba amalkan apa yang ayah aku suruh aku buat. Aku paksa diri aku. Lan tinggalkan aku bila aku bagitahu aku mengandung untuk kali kedua. Dan aku? Tak puas hati, aku hantar “pengajaran” pada Lan. Tapi, tak lama. Lan balik kampung berubat dengan ayah aku sendiri. Ayah kata aku makin melampau. Habis belajar, ayah tak izinkan aku bekerja di Semenanjung kalau aku tak berubat dan buang semua benda yang ada.
Mula aku tak nak. Masa last semester, aku tukar nombor. Tak izinkan sesiapa hubungi aku. Mungkin Allah SWT nak bagi petunjuk kepada aku, suatu hari aku accident dengan kawan aku. Kawan aku cedera teruk. Aku? Tak cedera langsung, tapi aku tak sedarkan diri (koma). Dekat 7 hari jugak aku tak sedarkan diri. Masa tu lah, aku bermimpi aku dibakar hidup-hidup. Isi dan kulit badan aku tertanggal sikit demi sedikit. Aku bermimpi, ayah aku dibunuh dengan kejamnya kerana kesalahan yang aku buat. Aku mimpi aku dicakar oleh binatang besar seperti mawas. Hancur berkecai badan aku dicakar binatang tu. Aku menjerit dan terus tersedar.
Aku sedar je, aku nampak ayah, mak dan kawan-kawan aku ada di sebelah aku. Tengah bacakan Yassin. Aku cuba cakap ngan mak dan ayah yang aku tak mati lagi. Jangan baca Yassin dulu. Tapi seorang pun tak dengar apa aku cakap. Aku perasan, di penjuru bilik ada seseorang, muka dia sebijik macam muka aku. DIa senyum sini dekat aku. Masa tu aku jerit kuat-kuat. Tapi masih seperti tadi, diaorang leka baca Yassin. Tak lama lepas tu, pandangan aku kembali gelap. Aku dengar nama aku dipanggil banyak kali. Aku cuba buka mata. Tak dapat. Sakit. Silau.
Tak lama lepas tu aku sedar. Dan aku nekad nak buang apa yang dah aku ambik. Habis belajar, aku balik kampung. Ikut ayah ke mana saja orang kata boleh buang pendamping. Malah, kami pergi sampai ke Acheh. Akhirnya, selepas 1 tahun ke sana sini. Semuanya berakhir. Benda tu dah dibuang. Dan sekarang aku masih belajar mendekatkan diri kepada Allah. Untuk pengetahuan korang, mak dan ayah aku memang ubat orang. Tapi diaorang tak membela. Nenek aku ada membela tetapi nenek aku sempat buang belaan dia sebelum dia meninggal dunia. Dia tak nak anak cucu cicit dia mewarisi apa yang dia ada.
Korang jangan tanya aku kat mana nenek aku berubat sebab aku tak tahu. Masa nenek pergi buang benda tu, aku ada urusan kerja di Australia. Aku ada jumpa Lan, minta maaf dekat dia sebab dah buat sesuatu pada dia. Aku insan biasa yang tak lari dari berbuat silap. Sekarang ni, Alhamdulillah. Aku tidak lagi terikat dengan apa-apa perjanjian syaitan. Cerita aku mungkin kedengaran mengarut, aku tak paksa korang untuk mempercayainya. Cuma pesan aku, berbuat baik lah sesama manusia. Jaga mulut, jaga percakapan. Manusia ni rambut je sama warna, hati lain-lain. Itu jelah cerita yang boleh aku kongsikan. SEKIAN.
*** TAMAT KISAH DARI FIZA
Itulah yang Fiza taip kat aku. AKu edit short form dan apa-apa yang perlu je. Lepas aku baca apa ngan Fiza hantar ni, aku rasa macam, ‘Oh My. Selama ni aku berkawan dengan seseorang yang telah menyimpang jauh.’ Patutlah dia perahsia orangnya. Tapi, apa-apa pun, aku bersyukur kerana dia diberikan hidayah untuk berubah. Itulah antara kisah misteri yang pernah terjadi dalam hidup aku. Yang aku payah nak lupa sampai bila-bila. Aku minta maaf kalau kisah yang aku hantar kali ni tak menepati tahap keseraman yang korang inginkan. Fiza pun minta maaf sebab dia tak ceritakan detail kisah dia. Dia cuba nak lupakan sejarah hitam dalam hidup dia.
Dalam cerita sebelum ni, aku ada kata lepas tu ada lagi peristiwa-peristiwa misteri terjadi. Memang ada. Benda ni terjadi kepada aku sendiri. Yang aku tak bagitahu Fiza pun sebelum-sebelum ni. Sebenarnya aku tahu dalam almari Fiza ada bekas kemenyan. Ada colok. Ada kain kuning. Masa tu aku tergerak hati nak buka almari Fiza masa dia pergi mandi. Dia lupa nak kunci balik almari dia. Lepas daripada itulah aku diganggu dengan teruknya. Aku akan ceritakan dalam next post. Aku pun masih belum sihat lagi. Badan masih lemah lagi. Aku jugak akan ceritakan pengalaman aku semasa ikut suami ke Sabah. Juga cerita rumah kitaorang dekat Sabah ni. Mohon doa agar aku dan baby aku cepat sembuh ye. Sekian. Wassalam. Terima kasih sekali lagi admin.
*Zira-8899*
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Menarik. Straight to da point.
kadang2 aku rasa cam faham je nape org pakai pendamping ni… kesian fiza kena hina dgn lan… bl org disekeliling senang je hidupnyer tp kte susah asyik kena reject walaupun hal yg kecil so aku faham nape diaorg terdesak nk pendamping…
Best
Semoga cepat sembuh yer
Semoga cepat sembuh…
Tangkak tu kampung kita. Gunung Ledang le tuuu
Kesiannya akak tu… Dia cuma nak jadi yg terbaik . Tapi kenapa manusia ni suka sgt hina org ha ! Geram aku