MISTERI JALAN PEKAN MANONG

Assalamualaikum..nama aku Sha. Pertama nya aku mengucapkan ribuan terima kasih pada admin Fiksyen shasha kerana menyiarkan cerita aku nih. Sebenarnya ini kali pertama aku menulis di sini. Jadi kalau ada kekurangan aku mohon maaf ye. Ini sekadar perkongsian pengalaman aku sewaktu berumur 11 tahun dulu.

Keluarga aku ada hobi suka travel time cuti sekolah , yelah memandangkan ayah aku dulu seorang guru jadi senang lah nak pergi bercuti. Nak jadi kan cerita keluarga aku sangat suka pergi Kelantan dan Terengganu. Kadang-kadang berada disana sampai 2 minggu menginap di hotel. Bole di kata kan setiap cuti sekolah akan pergi ke sana untuk bercuti. Bila dah besar ni aku pulak dapat sambung belajar kat sana fikir balik entah ape lah ada kat sini yang parents aku suka kan sangat.hahahaha(okay jangan marah ye orang Kelantan Terengganu)…

Okay back to story, dalam perjalanan nak balik ke rumah aku di seri iskandar mesti lah wajib lalu di kuala kangsar dan pekan manong. Semasa tiba di pekan manong waktu tu dah pukul 12:30 malam macam tu. Buat pengetahuan semua, kat pekan ni ramai bangsa cina yang duduk. Senang kata kampong cina lah. Semasa aku tiba di Manong masa tu dah pukul 12:30 malam. Biasa lah dah nama pun pekan kampong kan mesti lah sunyi dah time tuh kereta pun jarang yang lalu. Sampai je dekat satu simpang nih dari jauh dalam jarak 500m macam tu lah aku nampak ada sorang perempuan berdiri dekat tiang letrik pegang bakul dlm dia macam ada buah oren tak silap aku.

Masa tuh aku Nampak dalam samar-samar ikut cahaya lampu kereta ayah aku. Aku pun time tuh gigih lah nak fokus siapa yang berdiri tu. Dalam hati dah tegur dah awal-awal nasib tak Tanya umi aku yang tengah duduk kat depan masa tu Nampak ke tak. Masa kereta ayah aku lalu je melepasi perempuan tuh aku pun tengok lah dengan acah beraninye. Buat pengetahuan korang time nih kereta ayah aku tak de aircond okay so korang rase? Hahahha. Masa aku tengok je benda tuh benda tuh macam tengok aku balik. Dan masa aku tengok benda tuh aku dapat tengok dengan mata kepala aku buruk gila muka dia dengan serabai nye nauzubillah sambil menguakkan mulut nye macam nak menjerit gitu.

Masa aku dengan benda tuh sama-sama tengok aku dapat rasakan macam ada satu flash dan rasa kereta pelahan gila dan aku tak dengar umi dengan ayah aku bersembang. Yang peliknya aku sorang je dapat rase situasi tu. Lepas je kereta ayah aku lalu dari bende tuh aku terus macam terkejut terus tunduk pandang bawah. Time tu aku sempat lagi aku toleh belakang tapi bende tuh dah takde. Aku terus tunduk mengecikkan badan pandang bawah.

Peluh sejuknye tuhan je tau betapa takutnya aku masa tuh. Nak Tanya kat umi dengan ayah takut benda tu ikot pulak mati aku. So aku decide dah sampai rumah la baru cerita. Dah sampai rumah esok nya aku cerita dengan parents aku. Biasa lah parents memang tak lah dia nak percaya cakap umur budak 11 tahun macam aku nih dulu hahaha.

So dari haritu setiap lalu situ sumpah rase macam takut teringat balik. Itu sahaja pengalaman aku. Terima kasih

3 thoughts on “MISTERI JALAN PEKAN MANONG”

Leave a Comment