Salam, cerita ni sebenarnya pengalaman kawan aku. Jadi cerita ni perspektif dari kawan aku.
Ayah aku sebenarnya warganegara indonesia. Dan mak aku pula malaysia. Sepanjang aku membesar ni. Rasanya 3 kali aku balik kampung aku dekat indonesia. Agak jauh kawasan dia kena bertukar feri dalam 3-4 kali dan lepas tu kena naik speedboat pula lebih kurang 2 jam. Tempoh perjalanan semua sekali 7 jam. Kampung ayah aku ni pula dia terletak dekat satu pulau. Tapi aku suka balik sini sebenarnya, diorang cakap aku boleh faham dan memang suasana real kampung. Mandi perigi, pakai generator tu nak nyalakan lampu. Tu pun setakat 4 jam pakai waktu malam. Dan selebihnya pakai pelita peneman waktu malam. Internet tak ada dan lain-lain.
Waktu aku balik ni, umur aku 21. Sebolehnya, ayah aku ajak aku balik dengan mak aku. Katanya nenek dgn atuk aku nak jumpa. Diorang kata aku dah cukup matang. Mula2 okay tak fikir apa. Balik je, lagipun waktu tu cuti semester. Sampai sana , borak-borak semua. Sampai lah waktu malam ni. Aku nak g tandas. Tahulah kan tandas dekat luar rumah. Mula2 kena isi air dari perigi tu penuhkan dalam baldi dan bawa ke tandas luar. Jadi dah settle dekat tandas ni. Dekat hujung semak samun. Aku nampak ada orang lambai-lambai dekat aku. Ingat khayalan tapi benda tu makin dekat. Belum sempat aku nak lari masuk, atuk aku tepuk bahu aku. “Kamu dah mula nampak ke?”. Aku cakap tak ada nampak apa pun.
Jadi esoknya ni, rumah atuk dengan nenek aku ni jadi bizi. Lagi satu atuk aku ni dia penghulu dekat kampung ni a.k.a ketua kampung. Jadi aku ingat sebab sibuk ke apa yerlah nak bincang hal kampung. Tapi tidak rupanya, diorang panggil aku join dekat satu pondok ni duduk sesama. Pak jako ni tiba-tiba bersuara, “kamu ada nampak apa-apa sehari dua ni?”. Aku diam lepas tu jawab tak ada. Cuma ada nampak orang melambai-lambai. Dan mimpi ada perempuan suruh ikut aku ikut dia.
Tiba-tiba diorang jadi riuh-rendah ada yang sembang bahasa jawa lah aku tak faham langsung. Tapi rata-rata pakai bahasa riau jadi aku still boleh faham. “Macam ni lah nak, kalau nanti kamu mimpi benda yang aneh-aneh kamu beritahu kami. Buat masa ini kita jalankan acara biasa sahaja lah.” Aku tanya acara apa. Tapi atuk aku suruh masuk tunggu dalam rumah. Btw mak aku tak ikut, aku dengan ayah aku je yang balik. Jadi lepas dah diorang borak semua. Atuk aku borak dengan nenek aku. Nenek aku apa lagi dia keluar kata cari barang. Aku duduk je lah rumah kemas apa patut. Ayah aku dengan atuk aku kata dia nak jumpa tok dan (kalau tak silap nama dia)
Tengah aku duduk termenung ni. Entah waktu tu aku berkhayal ke apa. Aku rasa ada perempuan bersandar dekat sebelah aku. Itupun sebab hujung mata aku nampak rambut panjang. Tersentap kejap aku. Meremang juga bulu roma waktu tu. Aku lari pergi bilik air ambik wudhu dan keluar rumah nak pergi solat dekat masjid. Benda yang paling aku kagum dekat sini. Keluar mana-mana tak payah kunci rumah biar je. Kadang-kadang tu tingkap tu biar terbuka je. Pernah sekali aku ikut makcik aku dekat situ pergi rumah kawan dia nak hantar lauk. Orang tak ada, tapi selamba je bukak pintu letak lauk dalam tudung. Dan keluar tutup pintu balik.
Berbalik ke kisah tadi, sampai masjid ni. Ramai orang pandang aku semacam. Yerlah tegur orang guna bahasa malaysia. Kahkah. Tapi ada satu kumpulan gadis. Diorang ni sekolah lagi sebenarnya. Tapi serupa dah berkerjaya. Balik tu dia tegur, “kamu yang cucu tok lidin ya?”. Aku angguk. “Oh jadi kau orangnya”, sambil usha aku atas bawah. Tapi sebab lawa dan rajin senyum aku layankan. Nama dia pun aku tak sempat tanya.
Malam tu aku ikut atuk aku pergi satu rumah. Sekali rupanya rumah makwe siang tadi. Ayah dengan nenek aku ikut sekali dengan beberapa sedara mara. Malam tu aku kena pakai kacak-kacak. Waktu tu aku terus fikir kena kahwin paksa ke ni. Sampai sana gelak gelak semua. Aku diam je. Tiba-tiba ada nenek dia pegang2 tangan aku. Lepas tu dia hulur satu plastik. Dalam tu ada sabut kelapa tu tapi wangi. Lepas tu kayu sugi. Dengan alat mandi lain-lain. Aku tanya ayah aku apa benda ni. Ayah aku cakap, “ni adat untuk waris” lepas tu dia suruh aku ikut 3 orang gadis ni. Aku ikut dengan bawa lampu suluh.
Sampai dekat satu perigi ni. Diorang suruh aku mandi dekat sini. Aku jawab taknak. Lepas tu 3 orang tadi tu dia berbual apa dalam bahasa jawa. Tiba-tiba aku ikut je kata diorang. Diorang berdiri je perhati. Dekat 30 minit tu menggigil badan aku balik rumah. Aku tanya ayah aku. Ayah aku diam je dia cakap 2-3 hari lagi selesai lah. Aku tanya apa yang selesai. Ini dah macam benda salah je.
Ayah aku cakap tak apa. Tak ada apa. Geram juga aku waktu tu. Nak balik sendri tak tahu. Malam tu aku mimpi lagi gadis sama. Kali ni dia pegang tangan aku paksa aku ikut dia. Aku cerita dekat atuk aku, atuk aku ni dia buat muka risau. Lepas tu dia bakar kemenyan pula dah. Berasap satu rumah. Cuak pula aku. Waktu atuk aku suruh mandi sambil dia asapkan kemenyan dekat air dalam baldi dengan perah limau. Lepas tu suruh aku mnadi. Tapi aku tak buat pun. Benda tu macam pelik dah. Tepat waktu maghrib. Tengah aku solat maghrib ni. Waktu aku rukuk. Aku terpandang ada perempuan bertelekung ikut rukuk sekali. Menggeletar waktu kaki aku. Dah sampai tahiyat akhir benda tu tak hilang lagi. Waktu nak bagi salam ni slow2 aku buat. Lepas tu aku pandang nasib tak ada.
Aku tak kasi tahu atuk aku pun. Malam tu dalam pukul 10 aku pergi dengan atuk aku rumah satu famili ni. Ada sorang nenek dengan cucu dia. Perempuan lawa. “Ini tunang kamu, ingat tak dulu datang waktu kecik”. Aku dah nak tepuk kepala. Tapi dalam hati lawa juga. Tapi lepas tu baru aku tahu dia bisu rupanya. Sembang punya sembang ni. Umur dia ni rupanya 27 tahun. Gila beza 6 tahun. Balik tu refresh balik memori aku. Pagi tu waktu subuh aku pergi tanya nenek dgn atuk aku betul betul sebenarnya aku sekarang ni dalam masalah apa.
Atuk aku sambil hembus asap rokok terus cerita “begini” masuk kamu ni. Sekarang keluarga kita dah berlanjutan ke 9 keturunan. “Lama juga” dalam hati aku. Lepas tu atuk aku ni keluarkan satu kertas. Dia kata setiap satu keturunan lelaki yang pertama genap angka 21 nya. Akan punya pendamping. Aku anak lelaki sulung dan genap 21. Lepas tu atuk aku tanya lepas umur aku genap 21 ada benda aneh tak. Aku jawab tak ada, sampai lah sekali tu aku teringat. Kawan rumah aku cerita waktu aku tengah tidur. Dia masuk dalam bilik ada nampak perempuan tidur sebelah aku. Banyak kali. Tapi aku ingat tipu. Sebab aku tak rasa.
Atuk aku diam sekejap, lepas tu dia sambung. “Kamu darah muda, masih perawan ( masih teruna gitu) jadi benda itu amat suka ke kamu.” Atuk aku explain. Keturunan ke 8. Iaitu keturunan ayah aku. Anak pertama dari setiap jalur tu semua anak perempuan. Ayah aku lah yang baru dapat anak lelaki sulung. Jadi benda tu macam skip. Entah logik ke tidak. Aku dah pening sebenarnya. Yang aku tahu last2 dia cakap kahwin penyelesaiannya. Lepas tu aku cakap, kalau benda tu tak ganggu tak apa lah kot. Takkan nak kahwin (walaupun dalam hati teringat makwe tadi tu lawa) .
Banyak juga aku borak. Pasal keturunan belah ayah aku. Dan dari dulu rupanya kampung ni memang keturunan aku yang jadi penghulu. Dan tradisi ni memang dari dulu. Termasuk atuk aku. Katanya lelaki sulung yang macam aku dengan atuk aku ni je yang layak jadi penyambung penghulu kampung. Ayah aku tak layak (patutlah dia mengembara sampai ke Malaysia) dan lagi satu calon isteri pula mesti kena pilih dari kecik. Dan banyak lagi, beza kena umur 5 tahun ke atas . Tak kira lelaki atau perempuan. Pelik juga sebenarnya, bila aku tanya pak imam masjid. Dia kata tradisi ni memang dari dulu. Hal pendamping tu semua.
Lama juga aku hadam benda ni. Stress juga, sebab orang kampung dan atuk aku ni dah namakan aku sebagai next penghulu gitu. Lagi satu, kampung ni perempuan lagi ramai dari lelaki. Dan rata-rata memang lawa, macam Sabah Sarawak. Bayangkan kau jalan kaki tu. 9/10 yang kau jumpa mesti perempuan. Lelaki payah gila. Bila dah menjelajah satu kampung. Ada sejarah juga katanya kenapa jadi macam tu. Katanya waktu pembukaan pulau ni. Satu keluarga tu perempuan sampai 10 orang. Lelaki sorang dua je. Sampaikan lelaki tu kena galak kahwin lebih dari 1. Dan kata orang juga. Dia tunjuk aku satu batu ni. Besar dan unik. Katanya kawasan ni kena sumpahan lah. Sebab tu ramai perempuan dari lelaki. Sampai sekarang pun. Dekat kampung aku ni majoriti lelaki kahwin lebih dari 2. Atuk aku pun sama. Tapi 3 orang lagi dah meninggal.
Banyak sejarah pasal kampung ni. Btw yang upacara aku kahwin tu, aku memang kena fikir panjang. Sebab gadis yang tunang aku. Sebab dia dah kena book dari kecik. Kiranya selama dia hidup dekat situ. Dia memang dah terikat dengan aku. Jadi tak boleh kahwin dengan lelaki lain. Gila rasa bersalah pula. Umur 27 bukan belasan tahun. Dah dekat sini umur 20 (lelaki) dah ada 2 -3 isteri. Perempuan pun sama umur 18 19 20 dah ramai yang dah kahwin. Kiranya kalau kau jumpa perempuan dekat jalan tu 6/10 dah jadi bini orang. Cuti je aku balik sini. Yerlah borak-borak dan cari tahu lagi pasal kampung ni. Ada pula tunang lawa. Kahkah.
Btw tu je lah aku boleh tulis. Kawan aku pun cerita dia tak habis. Banyak skip. Dia pun sekarang selalu balik kampung dia yang lokasi aku tak tahu dekat mana dan dia sebenarnya ada tulis buku dan gambar pasal kampung dia. Mungkin satu hari kalau dia selesai buat tu semua. Dapatlah korang baca kesinambungan kisah ni. Dan adat serta apa jadi pasal pendamping tersebut. Salam.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Menarik cerita ni . Rasa mcm berada dunia lain , adat berbeza .. Hmm mcm nk ckp yea AHAHAAA
mana*
Haah serius x pernah lagi dengar cerita pasal adat mcm ni.
Mcm cerita dogeng…atau lagenda…atau cerita dahulu kala…
X kata cerita ni rekaan cuma tu la…mcm…
Cerita noob
Dgn cinta dari neraka,
Putera neraka/spm2k17
Bila ko dah tua mcm aku nanti, ko akan sedar betapa poyonya signature2 camtu. :>
penulis ade isap gam ke..
eh apa yg ko merapu ni, dol?!
waah ramai perempuan..kolej aku jalan mana2 jumpe lelaki..sini lelaki..sane lelaki..
Kampung indonesia tu katne bro?