Misteri Kelentang Kelentung Si Kuali

Kejadian mistik tu berlaku sewaktu aku bekerja di area pelabuhan klang dan menyewa rumah dalam sebuah pulau yang ada jambatan. Seperti biasalah gangguan bekalan air memang selalu berlaku kat area selangor masa tu.

Rumah sewa aku ada tangki tapi injap pelampung dah rosak jadi kena lah buka dan tutup manual untuk takung air. Masa tu aku lupa nak tadah air, tangki pun dah kosong so aku pun call officemate aku si Nero yang menyewa rumah kat dalam pulau tu juga tapi lain-lain taman untuk tumpang mandi dan tidur sekali sebab esok pagi nak mandi lagi. Rumah sewa aku jenis apartment manakala rumah sewa Nero ni jenis rumah teres dua tingkat, tiga bilik tidur dan dua bilik air. Bilik bawah yang setentang dengan dapur dan ditengahnya bilik air, ada seorang lagi officemate kami yang menyewa Si Noli.

Aku dan Erni tidur di ruang tamu bawah. Duduk dekat dengan laut memang suhu panas pada malam hari jadi aku tidur-tidur ayam sebab tak selesa ditambah pulak nyamuk mengganas. Area kul 3 pagi tu aku terdengar kucing mengiau macam bergaduh besar bunyinya, bunyi air paip menitik nitik sikit dan kemudian disusuli bunyi guli melantun atas lantai dan seretan kaki perabot. Aku pernah terbaca satu artikel kat internet tanda-tanda rumah ada mahkluk lain.

Salah satunya bunyi guli dan seretan perabot. Aku rasa seram sikit tapi lebih kepada rasa nak naik hangin sebab aku ngantuk tapi terganggu dek bunyi nyamuk me’ngengeng’ kat telinga. Dalam duk bertepuk tampar nyamuk sana sini ada pulak bunyi kelentang kelentung sudip berlaga dengan kuali kat area dapur macam orang tengah memasak. Bunyi agak kuat dan jelas sebab jarak antara ruang tempat kami tidur dan dapur dekat je Cuma di hadang oleh dinding dan tangga. Aku tengok takda cahaya di bahagian dapur dan aku tengok si Erni tidur menghadap pintu kaca berlangsir.

Aku tak bangun dari tempat tidur Cuma tengok macam tu je. Dalam hati da berkata siapa pulak yang gigih memasak pagi2 buta, malas nak fikir sangat aku terus sambung tidur walaupun tensyen dek perbuatan nyamuk dan bunyi kelentang kelentug tadi. Alarm aku setting kul6 pagi dah berbunyi dan sayup-sayup kedengaran azan subuh dari surau taman, bunyi kelentang kelentung tadi pun da takda. Aku dan erni sesiap untuk pergi kerja tanpa menunggu si Nero, sebab Si Nero dah pesan tak payah tunggu dia turun.

Masa sarapan di pantry Erni bagitahu dia pun dengar bunyi yang sama. Kuar dari pantry office aku dan Erni singgah kat workstation Nero, tanya kan hal malam tadi.
Aku: “Eh Nero, ko ada memasak ke pagi tadi?”
Nero :“Mana ada..Noli kot..”.
Aku :”Aku ngan Erni dengar bunyi orang memasak kelentang kelentung kul3 pagi kat dapur ko..”
Nero:”Ye ke, aku takde dengar pon..”
Aku:”Jiran kau kot..tapi bunyi kat dapur ko..tapi dapur ko pun gelap je..
Nero: “Mungkinla..jiran aku tapi awal sangat masak kul3 pagi..”
Noli datang juga ke tempat Nero.
Noli: “Aku pun dengar juga tapi sebelum ni xde pulak..”

Esoknya Nero datang kat workstation Erni, dia panggil aku sekali. Erni dan Noli duduk sebelah menyebelah.
Noli :”Malam tadi aku dengar lagi..waktu yang sama macam semalam..aku jenguk kat tingkap dapur jiran-jiran belakang gelap je..jiran sebelah kanan orang bujang tak pernah aku dengar dorang memasak..sebelah kiri dapur jauh sikit takkanlah dengar jelas..aku pun buka pintu nak gi bilik air da senyap pulak..tengok kat dapur takda pape..kuali elok tergantung..aku masuk bilik semula..bunyi balik..sampai kul4..dah takda..”
Nero:”Aku pun dengar juga malam tadi sebab aku buka pintu bilik..tapi aku tak berani la turun bawah..hehe”.

Dan malam-malam seterusnya masih berbunyi lagi kata Nero dan Noli pada waktu yang sama cuma tak hari-hari. Dia pun ada tanya jiran-jiran berhampiran tapi takda pun yang mendengar bunyi tersebut dan tak ada memasak kul 3 pagi. Kak Mim yang menyewa bilik atas takda sewaktu aku tidur di rumah Nero tapi dia ada kisah mistiknya sendiri di rumah tu sebelum kejadian ini. Begitu juga dengan kisah dua ekor kucing kurang upaya belaan Nero yang ada keistimewaan tersendiri. Sebelum Nero pindah masuk rumah tu, ianya da terbiar kosong selama 2 bulan sebab penyewa sebelumnya buat onar tak bayar sewa dan pindah senyap-senyap. Jadi dalam masa 2 bulan tu mungkin ada yang menyinggah dan terasa lapar. Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Macek Khamis

2 thoughts on “Misteri Kelentang Kelentung Si Kuali”

  1. Terbaik! Terbaik!

    Kentang-kentot kentang-kentot Si Kuali.

    Seram woi malam-malam buta Si Kuali boleh kentang-kentot!

    Jap jap jap!

    Adoi typo arr — bukan kentang-kentot — kelentang kelentung larrr — macam mana boleh tersilap taip ni?

    Hahahahaha! 🤣

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.