Hai semua pembaca. Aku, Zara. Alah yang cerita pasal kisah ‘Mangsa Dendam Manusia’ baru2 ni. Ingat tak aku janji nak cerita pasal kejadian masa aku duduk asrama tu? Tapi kali ni aku nak cerita kisah yang berlaku kat aku masa aku umur 16-17tahun (kejadian dekat asrama tu nanti aku cerita dalam entry yang lain ok) Tak berapa nak ingat dah umur aku masa tu. Tapi yang aku ingat masa tu aku sekolah menengah la hehe..kejadian ni berlaku masa aku kat rumah lama aku. So rumah aku ni rumah kayu.
Memang bapak aku kata rumah kitorang ni memang keras sikit. Dah macam2 yang bapak aku nampak sejak dia muda sampai dia tua. Kebetulan dekat belakang rumah aku ni ada perigi. Bapak aku gali masa dia muda2 dulu. Tapi bukan pasal perigi tu pun. Saje nak tambah keseraman dia macam citer hantu ‘the ring’ tu hahaha
Ok2, sambung balik. Aku ni dari kecik memang selalu sakit. Bapak aku cakap sebab aku ni lahir tak cukup bulan. 7 bulan dah meronta2 nak keluar. Haha so 2 bulan aku duduk dalam inkubator tu. Lagi satu, sejak aku kecik sampai umur aku 20 tahun memang aku jenis yang tido menangis. Tau tak apa maksud tido menangis tu? Aku jenis menangis dalam tido sampai terbawak2 ke luar. Maka selalu la bapak aku ni berlari pegi bilik aku setiap kali aku jadi macam tu. Aku pun taktau kenapa dan aku tak penah sedar pun.
Sampai sekarang aku tak ingat apa yg aku mimpi sampai aku menangis bagai nak rak. Nak dijadikan cerita, bila aku dah besar sikit, aku perasan memang aku selalu kena hempap dengan sesuatu. Dia cuma datang bila aku tengah sakit. Contohnya masa aku demam. Tapi dia bertukar2 la. Ikut giliran agaknya huhuhu masa mula2 aku kena tu, yang aku nampak satu lembaga besar dan berbulu lebat.
Aku boleh rasa kot bulu2 dia kena tangan aku. Tapi masa tu aku dalam keadaan separuh sedar. Bila aku cuba bangun, badan aku berat gila. Mata pun asik nak tutup je. Masa tu aku mampu doa dalam hati jela. Tak lama lepas tu benda tu hilang. Aku punya la lega masa tu. Tapi aku tak cerita kat bapak aku. Aku diamkan je. Aku ingatkan stop kat situ jela. Tapi rupanya lepas tu memang lagi kerap aku kena hempap.Sampai satu tahap aku dah lali dah. Dan yang datang tu benda yang sama.
Hinggala satu hari tu, aku demam panas. Aku bangun dalam pukul 11 pagi. Tu pun sebab aku lapar dan nak makan ubat. Lepas aku makan sarapan dan makan ubat, aku sambung tido balik. Masa ni aku dah tukar bilik.
Aku duduk bilik lama parents aku. Parents aku plak duduk bilik baru (Bapak aku renovate rumah – dari 3 bilik jadi 5 bilik. Yelah adik beradik pun ramai kan. Memang tak muat bilik masing2 bila kitorang ni dah besar). Masa kejadian ni yang ada kat rumah mak aku dan adik aku 4 orang. Bapak aku plak takde. Dia berniaga. Abang aku plak tolong dia. so memang petang dalam pukul 2pm baru diaorang balik.
Mak aku plak sibuk memasak dan adik2 aku dok layan tv kat ruang tamu. So masa aku tengah tido, tiba 2aku rasa badan aku kena hempap. Masa tu dah tau dah. Datang melawat kawasan agaknya benda tu. Tapi yang peliknya, yang datang kacau aku kali ni benda lain. Aku pun masa tu dahla selsema, batuk semua ada. Bila kena hempap, memang sesak nafas lain macam. Masa tu aku memang gigih nak bangun jugak. Aku pun baca la ayat qursi tapi benda tu still atas badan aku. Maybe bacaan aku tunggang langgang sebab tu dia relaks je bertepek atas badan aku lagi
.
Ntah macam mana, aritu aku punya keazaman aritu tinggi melangit. Yelah asyik kena hempap je. Mau tak stress. Aku berusaha sungguh2 nak bangun. Tangan aku dah ke kanan ke kiri dah masa tu (meronta2 la maksudnya). Aku perasan bahu kiri aku berat nak mati dan macam ada something. Sekali tu masa aku tengah meronta2 nak bangun, aku try la alihkan apa yang ada kat bahu kiri aku ni. Ingatkan bantal ke apa ke sebab aku tak nampak jelas. Rupanya kepala benda tu!! Ye betul. Aku terpegang kepala dia. Aku siap pandang lagi.
Benda tu perempuan, rambut panjang. Dah la rambut panjang, kerinting tebal, siap ada lendir lagi wehhhhh. Ko bayangkan masa tu aku punya perasaan. Seriau! Nasib baik masa tu dia tak angkat muka dia pandang aku, say hai ke apa ke kan. Dahla badan aku tak bleh gerak. Nak lari jadahnya. Huhuhhuhuhuhuhu. Time aku tengah taip ni pun aku dah geli2 dah bila teringat balik time aku pegang tu. Huhuhuhuhuhu memang menyesal nak mati aku. Kenapa la aku ni berani sangat masa tu. So bila aku dah terpegang tu, automatik aku terjerit ‘Allahuakbar!’. Tup, benda tu hilang.
Aku kelam kabut bangun dan terus lari keluar pegi area ruang tamu. Masa tu abang aku dah balik dari tolong bapak aku berniaga. Aku nampak je dia terus aku tanya bapak aku mana. Abang aku cakap dalam bilik air. Dia tanya aku kenapa. Tapi aku diam je. Lepas tu aku masuk bilik aku balik nak tengok ada lagi ke tak. Kot2 la menyorok bawah katil ke apa kan huhuhu so aku dok ushar sekeliling, memang dia dah takde. Sampai skang aku tak citer pun kat bapak aku. Yang tau pun kakak aku je. Dan sampai skang aku taktau sape perempuan tu. Kenapa dia datang hempap aku dan apsal rambut dia berlendir? Hmm…misteri nusantara betul la. Tapi aku penah terlepas cakap dekat bapak aku pasal lembaga berbulu tu. Rupanya bapak aku kata memang dah ada sejak bapak aku muda lagi. bapak aku kata selalu nampak dia duduk berjuntai kaki dekat tangga lama umah aku. amik angin katanya T.T
Tapi skang umah lama tu pun takde orang duduk dah. bapak aku dah pindah kondo dekat area situ jugak. Aku plak still kena hempap sampai umur aku 25tahun. Lepas tu gangguan tu takde dah. Hilang macam tu je.
Next episode (gituh next episode katanya), aku akan cerita pasal kejadian kat hostel aku. Kisah aku kena jaga kawan aku yg sakit kena rasuk, pasal gangguan dalam bilik air dan pasal pintu bilik aku kena tendang tengah2 malam. Dan kalo sempat nanti aku buat entry baru pasal anak buah aku yang baru umur 5 tahun tp dah terbuka hijab.Memang seram kalo ajak dia berborak. Dah la ‘kawan’ dia pun menyeramkan. T.T
-Zara-
Psl anak buah tu mcm syiookkk jer…
Cerciteerrr…
Tak nyabor nak nunggu sambungan….
Saya pun pernah terkena dulu. Tak pasti mimpi atau betul. Kisah ni jadi sebab silap saya lah juga. Saya simpan bekas haid (dah basuh) dalam bilik sebab takut nak turun bawah utk buang. Ingat nk buang esok pagi. Waktu tidur, saya mimpi terdengar bunyi lalat. Tingkap tak buka. Jadi dari mana lalat tu masuk. Saya termimpikan diri saya masih tidur dalam bilik. Bilik saya tu ttiba rasa sunyi sepi. Waktu tu, saya tidur mngiring menhadap kanan. Tengah lena2 tidur.. ttiba saya rasa mcam ada benda tolak2 badan saya dari belakang. Lama kelamaan tolakan tu makin kasar. Bukan setakat tolak, suara dia mendengus pun bole dengar. Dengusan dia sangat ganas. Saya nak bangun, tak dapat.. Sedaya upaya saya cuba bangun sambil menyebut nama Allah berulang kali. Tolakan tu tak henti2. Sambil2 tu, saya cuba nak hentikan benda yang tolak saya tu dengan menggunakan tangan kanan. Pada saat saya cuba mnoleh .. saya nampak benda tu seakan2 sebentuk kpala.. Tak nampak muka. Cuma kepala saja. Saya pegang benda tu dengan tangan kanan sambil posisi baring masih menghadap kanan. Setelah sekian masa, saya laung Allahuakhbar kuat2. Dan saya tersedar dari mimpi. Semua yang saya nmpk dlm mimpi tdi trasa mcm masih ada cuma perlahan2 lenyap. N pcaya tak.. bunyi lalat tu masih ada. Ter ketak ketak melanggar tingkap. Tak lama lpastu, bunyi tu hilang. Posisi badan saya dlm mimpi n luar mimpi pun sama…. Saya pun terusla lari kluar dari bilik tu.
peh…25 tahun kena hempap..jenuh gak tu