MISTERI “PENGHUNI” TOILET TINGKAT 4

Kisah ini benar-benar terjadi. Namun sejauh mana kesahihannya masih lagi menjadi tanda tanya malah masih lagi kekal menjadi misteri hingga ke hari ini. Kisah ini bermula apabila aku ditawarkan untuk menyambung pengajian di sebuah universiti awam. Aku ditempatkan di sebuah kolej kediaman yang usang, di tingkat empat. Keadaan ditingkat empat agak sunyi kerana kurang pelajar yang menghuni di tingkat berkenaan . Oleh itu toilet di aras berkenaan pun turut jarang digunakan. Hanya aku dan beberapa pelajar sahaja yang menggunakannya.

Aku mempunyai satu tabiat buruk iaitu aku suka mandi sambil menyanyi. Setiap kali aku mandi, aku akan menyanyi. Pada mulanya, toilet tingkat empat yang aku gunakan itu sunyi seperti biasa. Hanya jatuhan air paip yang dapat didengari dengan jelas. Toilet berkenaan cukup luas tetapi cuma mempunyai satu pintu masuk. Toilet berkenaan mempunyai banyak bilik mandi. Kesunyiaan toilet berkenaan pada mulanya agak menyeramkan aku. Gilaa tak menyeramkan! Dah laa bangunan lama. Sekali pandang suram je. Toilet ni pulak jarang orang masuk. Namun bagi menghilangkan rasa sunyi dan seram itu aku menyanyi hingga selesai aku mandi.

Aku mandi di bilik mandi yang pertama kerana bilik mandi itu paling dekat dengan pintu masuk utama. Setelah beberapa hari aku menggunakan toilet tersebut, aku terus mandi seperti biasa dan tiada apa yang berlaku. Hinggalah pada suatu petang, lepas asar. Aku menyanyi la kan.. mendayu ja dengar. Syiokk ! Dengan hujan rintik-rintik kat luar, tiba-tiba “kedebangg” aku dengar seperti orang menutup pintu bilik mandi di hujung. Aku ingat mungkin ada pelajar lain masuk dan mandi. So aku tak ambil kisah sangat.

Itulah first time aku recognise bunyi seperti pintu diketuk/ dihempap atau digunakan. Bila aku keluar dari bilik mandi, aku lihat tiada sesiapa pun dalam toilet tu kecuali aku. So pada awalnya aku tak pikir apa-apa.

Nak dijadikan cerita , hampir setiap kali aku mandi.. aku dengar bunyi macam tu menyebabkan aku mula rasa lain . Aku dah mula sedar, mula syak dan rasa ada “sesuatu” yang pelik dalam toilet berkenaan . Bila aku sedang mandi , aku menyanyi , aku terdengar seperti pintu bilik mandi di hujung tandas diketuk/ dihempap dan adakalanya seperti digunakan.

Pada siang hari, bunyi seperti pintu bilik mandi hujung itu digunakan agak perlahan namun aku dapat tangkap bunyi itu kerana selalunya hanya aliran air sahaja akan memecah kesunyian tandas berkenaan. Malam pun ada tetapi kuat sikit dari biasa hingga kadang-kadang aku sendiri terkejut.

Tetapi aku hanya teruskan mandi dan menyanyi sambil sambil mendongak ke atas mana lah tahu ada sesuatu mencangkung di atas dinding bilik mandi ni. Walaupun seram namun aku tetap teruskan mandi. Apabila aku selesai aku sempat menjenguk dan jelas tiada sesiapa pun menggunakan bilik mandi berkenaan.

Ada suatu hari itu, aku mandi di waktu mahgrib dan aku tidak menyanyi. Semasa aku sibuk menyabun keseluruhan badanku , “kedebangg” aku terdengar seperti pintu bilik mandi seperti digunakan . Firasat pertama aku , mungkin ada pelajar satu aras denganku yang menggunakan bilik mandi di hujung sana. Apabila aku selesai mandi, firasat aku salah kerana sekali lagi semua pintu bilik mandi tidak dikunci.

Aku mula tertanya-tanya bunyi itu datang dari mana. Adakah disebabkan angin masuk daripada pintu utama lalu menghentam pintu bilik mandi ? Atau mungkin bunyi dari tandas tingkat tiga. Persoalan –persoalan ini mula bermain di mindaku hari demi hari.

Berminggu-minggu aku cuba mencari puncanya. Disebabkan perasaan ingin tahu, aku menjenguk dari bilik mandi ke bilik mandi. Keadaan lantai di bilik mandi yang hujung-hujung kering tidak digunakan. Hanya 3 bilik mandi yang utama berdekatan dengan pintu masuk basah seperti digunakan. Pelbagai perkara aku lakukan , seperti menolak setiap pintu ke dinding bilik mandi. Dan bunyi yang terhasil tidak sama seperti yang selalu aku dengari.

Aku mula buntu, lalu aku cuba masuk ke dalam bilik mandi hujung dan menutup pintu. “Kedebangg” bunyi yang sama seperti aku dengarkan tadi ! Aku mula hairan. Buntu. Aku bergegas keluar dari toilet berkenaan dengan 1001 tanda tanya. Ketika aku keluar dari bilik mandi berkenaan, perasaan takut dan seram seperti mengekori dari belakang. Namun aku buat tak endah dan hanya mempercepatkan langkahku keluar.

Pada suatu malam, aku balik lewat ke bilik setelah keluar makan dengan coursemate aku. Setelah sampai di bilik, aku memakai kain pelikat untuk menunaikan solat isyak lalu aku bergegas ke toilet untuk mengambil wudhuk. Semasa aku masuk ke toilet berkenaan, keadaan sunyi dengan lampu toilet agak malap.

Disebabkan aku tidak mandi, aku hanya mencuci mukaku disingki tandas. Semasa aku mencuci muka, aku menyanyi perlahan-lahan dan disebabkan keadaan bilik mandi itu sunyi, suaraku terdengar agak syahdu dan mendayu. Sambil mencuci muka di depan cermin, amta aku meliar melihat setiap sudut toilet berkenaan. Agak menyeramkan namun aku endahkan dengan menyanyi lagu kesukaanku. Setelah selesai mencuci muka. Aku berjalan ke tempat mengambil wudhuk sambil menyanyi, ketika itu aku terdetik dalam hatiku “ tiada bunyi pintu dihempap pulak?”.

Tiba-tiba “KEDEBANGGGGGGGGG!!!!” aku terdengar pintu bilik mandi dihujung itu dihempap dengan kuat. Memecah suasana sunyi dalam tandas berkenaan. Terkejut aku ! Aku sangat pasti tiada sesiapa pun masuk ke toilet berkenaan kerana semasa aku mencuci muka, singki yang digunakan hanya bersebelahan pintu masuk. Ketika waktu itu, meremang seluruh tubuhku hingga naik ke kepala. Berat rasa langkah kaki. Sungguh kuat sekali bunyinya kali ini ! Aku tidak berlari keluar. Entah kenapa aku melangkah ke tempat wudhuk dan terus mengambil wudhuk. Aku terdengar seperti pintu bilik mandi diketuk perlahan-lahan.

Lantas aku bersuara “ okay okay baiklah aku diam”. Terus hilang bunyinya. Aku menyambung mengambil wudhuk dengan harapan tiada sebarang secocok tubuh muncul , mahupun lampu terpadam atau pintu utama tertutup dengan sendiri. Sambil membaca bismilah hil lazi aku terus melangkah keluar dari tandas berkenaan. Sebelum aku keluar, aku sempat menoleh ke arah bilik mandi hujung, namun jelas semua bilik mandi tidak berpenghuni. Tidak langsung diusik .

Kesimpulannya, persoalan yang sebelum ini aku sendiri tertanya-tanya adakah toilet itu “berpenghuni” kini terjawab. Bunyian itu mungkin satu pesanan jelas kepadaku agar tidak mandi sambil bernyanyi di toilet tingkat empat. Ketika saat cerita ini ditulis, aku masih lagi menggunakan tandas berkenaan dan bunyian itu masih lagi muncul. Semoga aku dijaga oleh Ya Rabb daripada sebarang gangguan makhluknya. Amin.

12 thoughts on “MISTERI “PENGHUNI” TOILET TINGKAT 4”

  1. “Setelah sampai di bilik, aku memakai kain pelikat untuk menunaikan solat isyak lalu aku bergegas ke toilet untuk mengambil wudhuk…”

    Laaarrr…lelaki kee…
    Iye2 akk bygkan dr awal cerita tu pompuan…
    Heheheheheheh…

    Reply
    • Sebab dia tak perkenalkan diri sbnrnya sepanjang baca berfikir laki ke perempuan ni. Bila dia cakap kain pelekat rasa lega sebab terjawab pertanyaan. Tp laki suka nyanyi dlm toilet tu serious rare.

      Reply
  2. Huiishh. Takut pulak nk p toilet. tambahh toilet kt office aras 3 nie ada satu toilet yg terkunci belah dlm. bila masuk je sebelahh rsa sunyi sgt sgt. huhuh

    Reply
    • Keh..keh…pandai2 kita la nak ubah ikut kefahaman masing2… Ramai penulis yang tersalah guna perbendaharaan kata.. Kuikui…klu kita pon yang menulis mungkin ada yang tersilap gop.. 😛

      Reply
  3. Masyalahnya.., aku pompuan jg tapi solat kadang pakai juga kain pelikat ayah.. Kikiki…. tapi masa tengah baca cite ni, ikut gaya pompuan yang taip…

    Reply
  4. Kering siot hati kau ni,kalau aq la dh first tine jadi tu sanggup aq turun pi aras 3 tu xdak nk guna dh tandas kt aras ko tu
    10/10

    Reply

Leave a Comment