Misteri Pokok Besar

Asalamualaikum kepada admin fiksyen shasha dan semua pembaca-pembaca.Nama saya Sarah(nama pendek).Hari ni saya nak kongsi cerita yang terjadi dekat saya dan kawan-kawan saya.

Kisah ni terjadi masa saya kat kampung nenek saya,waktu tu baru balik dari mengaji dengan kawan-kawan(lebih kurang dalam 4 orang).Saya dihantar pulang ke kampung masa saya umur lebih kurang 13 tahun sebab kena jaga nenek saya kat kampung.

So time tu saya kena paksa dengan ibu ayah saya supaya mengaji dekat kampung dengan sorang ustaz.Mula-mula tu tak nak lah kan sebab takut ustaz tu garang,tapi bila dah kena paksa tu terima jelah.Tapi nasib baik ada sorang sepupu saya pun belajar mengaji kat situ jugak(so ada lah kawan kan).Nama dia Nur Zaleha atau nama panggilan dia Leha.Dia pun sebaya saya jugak.

Masa first time tu cuak lah jugak kan tapi bila lama-lama ok lah.Pastu Leha ni ada tiga orang kawan(1 orang perempuan 2 orang lelaki).Yang pompuan tu nama dia Ainur Aisyah saya panggil dia Ainur dan lelaki pulak Ahmad Zikri dan Muhamad Shah.Saya panggil diorang Zikri & Shah.

Jadi bila dah ramai ni tak takut lah nak lalu jalan ke rumah ustaz.Sebab jalan yang saya lalu ni ada sebatang pokok yang besar and sebelah kubur memang seram lah nak lalu.Tapi nak buat macam mana dah tu jelah jalan yang paling dekat.Bila je saya lalu situ bula roma memang tegak peluh pun keluar.Saya pernah dengar cerita dari Zikri,Shah,Leha gan Ainur disebalik pokok besar tu ada satu cerita misteri.Jadi bila saya dengar cite tu saya tanya lah nenek saya,dia kata cerita tu karut je.Tapi saya rasa macam tak puas hati gan jawapan nenek saya tu.Macam dia sembunyikan sesuatu.

Jadi saya cuba-cuba pulak tanya ibu gan ayah saya tapi diorang diam je.Diorang pun macam sembunyikan sesuatu dari saya.So satu malam tu yang paling saya tak boleh lupakan masa saya gan kawan-kawan saya baru balik mengaji masa tu malam jumaat pulak tu.Masa kitaorang sebuk-sebuk berbual Zikri kata dia nak buang air kecil pulak,dia suruh lah kitaorang tunggu dia.Tunggu punya tunggu saya tetiba tergerak hati nak tengok pokok besar tu.Time tu saya ternampak ada benda tengah tengok saya sambil melambai-lambai.Tapi saya buat tak tau.Lepastu tibe-tibe pokok tu macam keluar darah.Saya panggil semua kawan-kawan saya tapi diorang diam jer.Saya pun pelik lah tak ada satu respon pun.Jadi saya pun teloh ke depan semula nak cari kawan-kawan saya.

Tapi diorang tak ada.Jadi masa tu memang bulu roma saya dah naik lah peluh pun dah keluar banyak.Dalam hati saya cakap(tak kan diorang tinggalkan saya kot).Jadi saya cari lah diorang.And saya pun tak sangka saya sesat.Yelah baru je duduk kampung dalam sebulan lebih je.Selama ni kalau nak jalan-jalan jauh mesti dengan diorang.Saya masa tu memang panik gila sebab sesat.Tibe-tibe saya ada nampak orang jadi saya tegur dia kot-kot dia tahu jalan keluar.Saya pun tegur lah dia.Saya tanya lah nama siapa?Awak tahu tak jalan untuk keluar?.Tapi dia diam je.Saya pun pegang lah bahu dia.Pastu saya pusingkan badan dia menghadap saya.

Tiba-tiba dia terus je bertukar jadi pontianak,start mengilai and terbang ke atas.Saya pun apa lagi terus lari sekuat mana yang boleh,tapi dia tetap jugak kejar saya.Lepas je saya dah tak kuat lagi nak lari(tenaga macam dah tak ada lagi).Saya pun tiba-tiba rebah and terus je pengsan.

Bila je saya sedar saya dah ada dekat rumah.Rupa-rupanya saya mimpi.Tapi nenek saya kata saya tak mimpi,saya pun peliklah benda tu sebenarnya betul-betul terjadi dekat saya.Lepas tu saya tengok sekeliling saya ramai orang.Saya pun tanya apa yang terjadi kat saya.Tapi semua orang diam je.

Tapi ustaz yang ajar saya ngaji tu pun bersuara untuk cite apa yang jadi kat saya tadi.

Ustaz:Tadi awak ada tegur benda tu kan?

Saya:Mana ada saya tegur apa-apa.

Ustaz:Ada.Awak ada tegur penunggu pokok besar tu.

Saya:Penunggu?Mana ada saya tegur saya cuma tengok je.Salah ke?

Ustaz:Memang salah walaupun awak sekadar tengok je.Tu kiranya awak tengah menegur benda tu.Sebab tu lah bila orang kampung lalu malam-malam kat situ diorang akan tunduk.Supaya tak tertegur benda tu.

Saya lagi lah bertambah pelik and saya tak faham apa yang ustaz tu cuba sampaikan pada saya.Tapi nasib baik nenek saya fahamkan apa yang ustaz tu cuba sampaikan.Rupa-rupanya benda tu nak jadi kan saya kawan dia seperti mana dia jadi maksu saya kawan dia.

Sebenarnya maksu saya meninggal sebab tertegur benda tu.Jadi masa orang kampung cuba nak selamatkan maksu saya benda tu tak nak lepaskan maksu saya.Tapi nasib baik kawan-kawan saya sempat panggil ustaz gan orang kampung untuk selamtkan saya dari menjadi mangsa seperti maksu saya.Sebenarnya masa sebelum saya pengsan tu saya tertegur benda tu tanpa sengaja and benda tu terus masuk badan saya sampai kena rasuk tapi nasib baik Shah dengan Leha cepat-cepat minta bantuan sementara Ainur dengan Zikri minta bantuan ustaz.

Jadi macam tu lah kesahnya yang terjadi dekat saya.Cuma sampai sekarang ni saya tertanya-tanya macam mana misteri disebalik pokok besar tu terjadi.Tapi takpe lah yang penting saya selamat.

4 thoughts on “Misteri Pokok Besar”

Leave a Comment