#sisselemah
Misteri Rumah Sewa
Assalamualaikum admin Fiksyen Shasha serta peminat FS sekalian. Terima kasih Admin FS kerana publish cerita #sisselemah ni. Alkisahnya, peristiwa ni berlaku kira-kira sekitar sepuluh tahun lepas, yang mana semasa tu aku (sis sendiri) masih lagi belajar di tingkatan (enam atas) terletak nan jauh dipinggir bandar di kawasan berbukit. Sekolah ni berada disebelah utara semenanjung dan mempunyai asrama yang jenis harian. Di sebabkan jarak antara rumah aku dengan sekolah tersangat lah jauh maka aku sampaikan hasrat murni aku dekat keluarga, yang mana aku dah bersepakat dengan dua orang kawan lagi nak duduk menyewa rumah yang berdekatan dengan area sekolah tu. Keluarga aku ada juga tanya,
Kenapa aku tak pilih duduk asrama saja kan? Itu kan lagi senang. Jawapannya mudah aku dah serik tinggal menetap di asrama (sejak dari form 1-5 jadi penghuni asrama).
Alasannya waktu prep @ study, pelajar asrama selalunya la kan bukan nak mentelaah sangat kan?
Yang rajin belajar hanya boleh dikira beberapa kerat jari saja, manakala selebihnya tukang buat bising potpetpotpet tak kira tempat dan masa. Siapa yang tinggal di asrama mesti dah hadam sangat situasi ni. Barangkali mungkin ia sudah menjadi tradisi turun temurun dari dulu sampai sekarang. Padahal, aku sudah merasa seram-sejuk pabila aku terpandang pemandangan yang suram di sekitar asrama sekolah itu semasa waktu pulang dari sekolah.Asrama pelajar perempuan menghadap ke arah hutan dan bukit manakala asrama pelajar lelaki menghadap padang sekolah. Boleh dikatakan terdapat segelintir kes histeria melibatkan budak asrama pelajar perempuan pada tika itu.(tak nak cerita pasal kes histeria). Okey, berbalik kembali pada kisah aku…..
Setelah agenda pujuk-memujuk, rayu- merayu yang diusulkan kepada keluarga tentang hasrat hati aku hendak duduk menyewa bersama dua orang kawanku telah diberi lampu hijau. (yes! akhirnya tertunai jua permintaanku) betapa happynya hati aku waktu itu. Bukannya apa, nanti senang jikalau ada kerja sekolah yang tidak tahu dan tidak difahami boleh dibawa berbincang bersama kawan- kawan. (jadi kawan- kawan aku ni aku namakan sasa dan yola saja la). Kami bertiga pun dapat menyewa sebuah rumah jenis kampung berbatu-bata 90% dan 10% lagi kayu berserta bumbung atap zink. Yang seronoknya, pasal rumah sewa yang kami duduki ni hanya mengambil masa 10 minit saja kalau berjalan kaki ke sekolah dan ada sebuah bilik dan satu bilik air serta bersebelahan dengan tuan rumah.
Nasib baik bilik air kat rumah sewa ni sejenis yang ada dalam rumah, kalau ada kat luar mampus aku malam- malam nak tunaikan hajat(gumam hati kecil ku). Hari demi hari kian berlalu, kehidupan sekitar rumah sewa yang kami bertiga duduki tiada menimbulkan sebarang keraguan dihati dan masalah pada kami. Aktiviti kami bertiga macam budak- budak sekolah yang lain juga, pagi pergi sekolah, petang jam dua baru balik sekolah. Balik dari sekolah terus masak untuk mengalas perut dengan sedikit makanan. Selepas itu, kami belajar secara berjemaah sampai asar. Selepas solat maghrib, kami bertiga memasak untuk makan malam dan makan bersama-sama. Setelah usai makan malam, kami bertiga sambung mengulang kaji pelajaran sampai sekitar jam pukul 11 malam dan masuk terus masuk tidur sampai awal pagi.
Makin hari Aku makin terasa dengan keanehan yang melanda diriku sendiri kerana sejak dua menjak ini, boleh dikatakan hampir setiap malam aku dibayangi dengan mimpi ngeri yang tidak pernah menyinggah pun sebelum ni iaitu mimpi dikejar oleh anjing besar yang mana bakanya ala-ala sejenis anjing perliharaan geng forensik yang mencari jejak penjenayah dan mayat. Tiba-tiba aku terkejut lalu terjaga pada sekitar pukul 3 pagi lebih dan muka serta badan aku disirami oleh peluh. Rupa-rupanya, Sasa dan yola ada mengejutkan aku sebentar tadi sebabnya aku ni dikatakan tengah meracau dalam keadaan tidur dengan mata terpejam rapat sambil mulut menjerit meminta pertolongan dari seseorang.
Sejak dari itu, Aku mengambil sikap untuk berdiamkan diri dan tidak ceritakan kepada sesiapun termasuk keluarga aku pasal mimpi yang dialami aku tu. Hal mimpi dikejar sang anjing si baka serigala tu terus menghantui tidur lenaku. Sampai la pada hari yang mana tuan empunya rumah sewa kami(aku namakan mak jenab dan pak kassim) hendak pergi bercuti ke rumah anaknya selama dua minggu, dan selepas tu aku tidak lagi didatangi oleh mimipi ngeri tersebut.
Selepas tempoh dua hari Mak Jenab dan Pak Kassim pergi bercuti, pada hari tersebut kami ada masak menu ikan kembung masak kicap sebanyak empat ekor dan telur dadar. Setelah siap dihidangkan, terus kami bertiga makan dan mengambil ikan kembong kicap tadi tu setiap seekor seorang. Jadinya, lebihan baki seekor ikan itu aku tolong simpankan dalam bawah tudung saji sebab masing- masing dah kekenyangan. Selepas kami bertiga membersihkan pinggan mangkuk, kami bertiga belajar macam biasa sampai pada jam 11 malam. Semasa Kami bertiga mengemas-ngemas tempat tidur masing- masing, sambil- sambil tu tangan tengah ligat memasang kelambu untuk tidur.
Tiba-tiba, kami bertiga dikejutkan dengan bunyi bummb..branggg….(bunyi macam benda berat terhempap di atas bumbung) selepas itu disertai oleh bunyi gdennggg….gdengggg…berulang-ulang bunyinya seperti ada benda tengah asyik bergolek-golek jatuh terus ke bawah (bunyi-bunyian itu masih terjadi diatas atap bumbung rumah sewa kami). Aku positifkan minda aku dan menganggapkan bunyi itu mungkin dari kucing yang tengah bergaduh berebut pasangan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian.
Rumah sewa kami itu halamannya kosong dengan pokok-pokok besar dan tinggi, yang ada pun hanya ditimbuhi oleh rerumput halus nakal menjalar dan bunga- bungaan renek saja dipersekitarannya. Ingatkan gangguan tadi hanya sampai setakat bunyi golek-golek manja tadi sahaja, rupa-rupanya ramalanku tidak benar belaka, sudahnya dia(gangguan bunyian tadi) topup lagi sound effect pasir bunyi seirama bertaburan di atas bumbung(jenis zink) sebanyak dalam dua kadar. Sewaktu itu, aku lihat sasa dan yola terkedu, terkelu dan terpaku bercampur menjadi satu rasa a.k.a takut termasuklah dengan aku sekali.
Kami masing-masing mengambil jalan untuk mendiamkan diri sambil saling pandang- memandang antara satu sama lain sebentar.(waktu tu hati kecut bagai nak gila). Lebih kurang tiga puluh saat kemudian, dengan kadar segera tangan kami menadah tangan sambil membaca ayat2 suci kalamullah dan memanjat doa(mulanya bunyi macam tunggang-langgang). Kemudian, apabila masing-masing dah boleh kawal emosi, kami meneruskan bacaan dengan tenang. Semasa dalam proses pembacaan ayat-ayat suci tadi kami disajikan lagi dengan gangguan berbunyi bagaikan angin yang sedang menderu sangat kuat secara tiba-tiba, sampaikan alang rumah (kekuda yang bersambung antara palang kayu untuk mengukuhkan struktur atap bumbung zink.) bergegaran umpama nak reban dan roboh dilanda badai gamaknya, sedangkan suaca pada malam tu sedang elok-elok sahaja, tiada langsung menandakan seperti hari hendak hujan turun mahupun pun dari ribut-taufan.
Akhirnya, setelah kami selesai membaca ayat-ayat suci dan doa, gangguan bunyi-bunyia tadi terus sepu dan senyap. Dalam hati ni terdetik juga apalah nasib kami selepas ni agaknya. Sewaktu itu emosi kami bercampur-baur sedikit takut dan berani(50-50). Setelah beberapa minit kemudian, kami menunggu dan bersiap sedia, takut kalau kalau gangguan itu datang menyerang hendap kami kembali). Tapi kami bernasib baik sebab tak ada tanda- tanda gangguan sebentar tadi kot kot la mai balik, lalu Kami pun pasrahkan diri dan putuskan untuk tidur sahaja.(yang mana tika itu kami hanya bertemankan surah Yaasin di tepi bantal tidur masing-masing) memandangkan esok kena pergi sekolah pula.
Keesokkannya pagi, selepas aku bangun sahaja dari tidur, terus pergi bersihkan diri dan terus bersiap pergi ke sekolah. Sementara tunggu sasa dan yola gigih keluar pergi warung demi mencari nasi lemak di area rumah sewa, sedangkan aku pula ada didapur tengah membancuh air minuman teh ‘o’ panas nipis untuk dijadikan santapan sarapan pagi bersama nasi lemak. Dalam sibuk-sibuk tengah aku membancuh air teh, aku dengan rajinnya telah membuka tudung saji kerana hendak lihat baki lauk ikan masak kicap yang aku simpankan semalam itu, adakah keaadaanya masih elok atau basi.
Alangkah terkejutnya aku, terus (Zuppppp….Ddup…dappp…) jantung aku berdetak lebih kencang bila melihat ikan kembong yang nan seekor semalam tu tinggal separuh sahaja (bahagian dari perut sampai ekor sahaja manakala, bahagian Kepala sampai ke perut ikan kembung tu hilang tanpa dikesan. Aku kaget terus menyelongkar dipersekitaran dapur dan mengeledah isi sampah dalam tong sampah, tapi malangnya tiada kesan mahupun baki ikan kembong semalam. kini hanya menjadi tinggal tanda tanya dan misteri kepada aku. Pada masa itu, cuma persoalan-persoalan yang sedang berlegar-legar dalam kotak pemikiran aku yang tidak menerima dek akal langsung(sebab apa potongan bahagian ikan yang tinggal tu elok saja serta tidak bersepah-sepah langsung sisanya dan rasa-rasanya ini bukan kerja hasil buah tangan cik ti (tikus) sebab tudung saji elok saja terletak, tidak berubah dari tempat asal letak semalam).
Ishh, tak boleh jadi ni, pandai pula buka tudung saji ya. Ahh, hati kecil aku menafikannya dan menganggap ini mesti kerja sasa atau pun yola. Mana lah tahu mungkin mereka lapar semalam dan lupa hendak memberitahu pada aku semalam. Kemudian, Sasa dan yola pun balik dari warung sambil membawa tiga bungkus nasi lemak dan Kami bertiga pun bersarapan dengan lahap sekali lalu aku pun bertanya pasal kejadian ikan kembung masak kicap semalam yang tinggal separuh tu. Sasa dan Yola langsung tidak tahu menahu akan kejadian ikan kembung kicap tersebut kerana mereka berdua langsung tidak bangun makan pun semalam kerana masing-masing sudah takut dengan kejadian bunyi-bunyian menimpa kami semalam. Masa ini kami masing-masing gelabah dan terpinga-pinga..apakah yang terjadi di dapur semalam??…(krikk…krikk) Nasib baik esoknya cuti sekolah dua minggu maka kami bertiga pun berpakat selepas balik dari sekolah terus balik rumah keluarga masing-masing.
Selepas tempoh cuti persekolahan dah beransur habis. sebelum Dua hari pembelajaran akan bermula dengan penggal yang baru bakal bermula, kami bertiga telah bersepakat untuk pergi kembali ke rumah sewa pada sebelah waktu petang keesokannya. Apabila kami bertiga sampai di kawasan rumah sewa, kami nampak Mak Jenab dan Pak Kassim sudah balik bercuti dari rumah anaknya tengah bersantai di ruangan pangkin di laman rumahnya, lalu kami bertiga pun bertegur sapa dan bersalam- salaman seperti biasa. Tiada salah seorang pun dari kami bertiga mengeluarkan soalan untuk bertanyakan hal ehwal gangguan malam tersebut dengan tuan rumah(tak berani dan lebih kepada hormat sebenarnya dan takut kecik pula hati tuan rumah tu kalau soal siasat nanti). Mungkin tuan rumah sendiri tidak tahu menahu pasal gangguan tersebut? Siapa yang tahu kan. Menjelang malam kami tidur seperti biasa dan tiada apa-apa pun terjadi.
Tapi nasib aku yang tidak seberapa baik sebab mimpi ngeri dan seram berterusan menghantui diri aku pabila malam menjelma setelah aku ketiduran. Itupun hanya kadang-kadang sahaja berlaku. Aku jadikan mimpi-mimpi tersebut sebagai hanya mainan tidur dan selalu upgredkan diri dekatkan dengan Maha Pencipta sekalian alam semesta, Allah SWT.
Ini adalah ratapan dan coretan yang betul tau bukan mimpi dan ilusi. Baru-baru ini, keluarga aku memberitahu aku bahawa rumah sewa yang kami penah duduki itu dulu, telah menganggu penghuni baru (juga budak tingkatan enam atas). Menurut keluarga aku lagi, mereka ada memanggil dan menjemput ustaz dari pusat perubatan Islam untuk datang melihat keadaan gangguan tersebut. Katanya gangguan itu tidak bertuan dan datang dari penunggu asal di kampung tersebut sebelum penempatan awal belum wujud di kawasan itu untuk dimajukan menjadi perkampungan seperti sedia ada sekarang ini, yang mana sebelum ni kawasan tu asalnya hanyalah sebuah kawasan yang berhutan belantara dan berbukit-bukau.
**P/S : hati-hati ada yang sedang memerhati.. jangan masak sedap-sedap sangat karang nanti ada pula yang teringin merasa.
Pssstt…..cer korang tengok dalam tudung saji korang tu, lauk tu ada tak yang kurang? Ngehngeh…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seb beekkkk umah akk xde tudung saji…
Fuuuhhhh selamaaattt…
emm…x jadi nak beli tudung saji ???
kt umh ak ada 3 tudung saji (;´ຶДຶ `). matilanak…yg xde ny ikn kembung je
nasib bek aku ngn kwn aku mkn semua lauk pauk smpai licin..setan2 yg nk mengharap lauk ballance dari geng aku memang kebulur la sebab dh bantai sampai licin..hhahahaaa…xletak dh dlm tudung saji.. memang xbeli pun..sebab member suma jenis kuat mkn..hehhehee
Mcm family akk pn jenis makan kokak tulang…
Klu raya korban buat sup mmg ngadap sorg seketol gear box tu…
Arwah abah dlu kate jin pon menangis tengok sbb portion diorg pon ktorg kekahkan smpi licin…
Hehehehehe…
Thank uols sbb sudi baca cerita sis.
ahahaha… Kak yulie simpan dlm peti ais eh?
Beli je tudung saji hehe..
Sebelum ni memang kami bertiga habiskan semua lauk pun cuma hari tu je semacam sikit.
Mungkin jin tu tengah lapaq kut…
Ambooiii…
Beria soh akk beli tdg saji ni nk ajk bermistik berjemaah ekkk…
Akk lauk2 dh msk trs simpan dlm tupperware…
Lg safety dr lalat+semot…
Klu tdg saji semot blh dtg beraya…
Gamaknye mmg dr awal natang tu dh mind set korg soh msk lelebih…
Nk order direct seganlah tuuu…
Hehehehehe…
Nasib baik natang tu tak buat drive thru. Kalau tak, mau pitam rasanya.
Syukur la tak pernah nak menampakkan diri. Cuma setakat bunyian dan rasa diushar je.
penangan ikan kembung .. hihihi
Uiii dasat tol pandai tu buka tdung saji…. Mngkin “bnde” tu tengah mncari tuan yang baru..
nasib baik aku msk xsedap…. ?
da kebulur sgt la tu ..hihi
haha