Assalamualaikum. Aku seorang suri rumah yang semestinya sentiasa ada di dalam rumah. Aku ingin berkongsi dengan korang semua kisah pengalaman seram yang pernah aku alami sendiri selama bergelar suri rumah sepenuh masa.
Kisahnya bermula pada hari pertama aku berpindah ke sebuah rumah di Ipoh. Rumah teres yang terletak di Simpang Pula. Ketika itu, aku berusia dalam lingkungan 30-an.Ada sesuatu yang tidak kena pada hari pertama aku berpindah ke rumah itu…
Biasa lah hari pertama pindah memang penuhlah barang yg belum bersusun .Pendekkan cerita dalam pukul 5 petang aku mula mengemaskan barang-barang tapi disaat itu dan dihadapan aku, aku terbau satu bauan seperti cerut yg amat kuatβ¦.dan tiba-tiba, ada pulak suara perempuan memberi salam.
Apa lagi aku pun terus kepintu. Ya , biasa lah manalah tau ada jiran nak bertandang. Tapi bila aku tengok tiada siapa pun dan tiba-tiba suara bagi salam tu datang dari arah pintu dapur pula. Macam biasalah aku terus ke pintu dapur. Kali ni memang aku rasa pelik kerana tiada sesiapa pun di situ. Cuma yang ada bau yang amat wangi dihadapan aku.
Tanpa membuang masa ,aku pun tutup saja pintu rumah aku memandangkan aku sorang saja yang ada di dalam rumah .Suami dan anak-anak aku pergi belikan makanan. Ya lah, baru je pindah mana sempat nak masak barang-barang pun masih serabut macam tongkang pecah.
Rupa- rupanya dari saat kejadian itu maka bermulalah episod-episod malang dalam hidup aku. Semenjak kejadian itu, apabila tiba nya waktu malam tepat sahaja pukul 3pagi dengan sendirinya aku terjaga dari tidur dan seluruh badan aku akan kaku hanya mata sahaja terkebil2 memandang kearah pintu bilik. Selama hampir 6 minit saja.
Kemudian aku tertidur sampai subuh dan aku bangun untuk menjalankan kewajiban ku seperti biasa .Kejadian pelik yang aku alami ni tidak pula aku berkongsi dengan suami aku sebab aku pun bukannya jenis penakut dan aku tak mahu anak2-anak aku jadi penakut dengan hal-hal macam ini.
Menjelang waktu malam aku sentiasa terjaga pada tepat pukul 3 pagi tapi kali ni badan aku tak kaku dan aku terus bangun dalam keadaan sedar.Pada saat itu aku terfikir elok juga aku mengerjakan solat sunat .Dan ketika aku ingin melangkah ke ruang makan tiba-tiba aku terdengar suara orang ramai seolah-olah bercakap dari arah dapur aku.
Tak sempat aku nak pastikan suara tu betul-betul datang dari dapur, tiba2 dihadapan aku ada sekumpulan manusia yg sedang menggusung keranda menuju kearah aku. Waktu itu aku mengigil dalam keadaan berdiri. Ya lah, pertama kali aku tengok benda- benda macam tu. Sempat juga aku toleh kearah mana benda itu pergi.
Rupanya dari arah dapur ia masuk dan terus kearah ruang tamu dan melepasi dinding ,kemudian hilang.
Pada malam kedua pula ,seperti biasa aku terjaga tepat jam 3pagi dan terdengar suara itu lagi dan aku melihat sekumpulan manusia menggusung keranda .Kali ni aku memberanikan diri cuba berjalan melawan arus dalam sekumpulan mereka itu dan kali ni tekad apa nak jadi jadila.
Semasa mereka betul-betul dihadapan aku ,aku terus berjalan masuk dalam laluan merek tapi yang peliknya aku tak rasa terlanggar apa- apa pun, cuma badan aku terasa sejuk dan terasa langkah aku amat perlahan sekali untuk keluar dari celah-celah laluan mereka. Akhirnya aku keluar juga tetapi kali ini sekumpulan manusia penggusung keranda itu berhenti dan toleh kearah aku!
Ketika tu aku kaku.
Hanya dalam hati aku cuma ada ayat kursi sahaja yang mampu aku baca .Selepas sahaja aku mula membaca ayat kursi, benda itu terus hilang dari pandangan aku buat selama- lamanya. Pada malam seterusnya ,aku tidur lena dan tiada gangguan lagi. Aku fikir, berakhirlah segalanya buat aku.Rupa -rupanya tidak.
Aku hanya nyenyak tidur cuma dua malam sahaja. Selepas itu bermula lah episod yang lebih hebat lagi hingga membabitkan gangguan pada anak-anak aku. Pada tahun ke 3 aku di rumah itu, anak aku mula terdengar bunyi cakaran pada pintu utama rumah aku itu. Dan sebagai seorang ibu ,aku cuma mampu tenteramkan anak-anak aku.
Mesti korang tertanya-tanya di mana suami aku,kan? Untuk pengetahuan semua, suami aku sentiasa tiada di rumah kerana menjalankan tugas diperbatasan.
Berbalik pada cerita asal, anak aku yang kedua itu berlari ke arah aku dan menangis kerana ketakutan.Aku pun terus ke arah pintu itu dan membuka pintu bagi memastikan apa yang ada diluar .Tapi tiada apa-apa pun. Cuma aku rasa ada angin yang amat kuat dalam halaman rumah aku sahaja.
Ketika itu, aku ternampak susuk tubuh seakan βakan wanita berambut panjang di hadapan pagar rumah aku dalam keadaan membongkok! Apa lagi ,terus aku tutup pintu. Aku ambil wuduk dan baca surah yang tertentu yang ada di dalam alquran.Ketika sedang membaca alquran aku terhenti seketika apabila terdengar pula bunyi kaca tingkap rumah aku pecah bertaburan.
Bunyi yang amat kuat seperti dibaling sesuatu.Ketika itu juga aku berlari kearah ruang tamu untuk pastikan apa yang terjadi tapi tak sempat aku sampai ke ruang tamu ,tiba2 aku dengar tingkap bilik anak aku pulak pecah dan aku berlari kebilik anak aku tapi tingkap itu elok saja dan sekali lagi aku terdengar tingkap bilik ketiga rumah aku pecah dan jelas bunyi kaca bertaburan sekali lagi.
Apabila aku lihat tingkap itu elok saja macam tiada apa yang berlaku,kali ni aku benar-benar rasa seolah-olah aku sedang di permainkan oleh makhluk itu. Aku ni berani ,tapi tak lah seberani para-para ustaz yang mahir dalam menangani kejadian macam ni.
Cuma bagi aku keselamatan anak-anak aku lebih di utamakan .Letih juga aku malam tu berlari sana sini dalam rumah.Dan apabila semua nya berhenti aku mula sambung bacaan alquran sampai selesai.
Aku mula nak rebahkan badan untuk lelapkan mata tapi rupa rupanya ia belum berakhir lagiβ¦β¦β¦β¦.
Sekali lagi aku diganggu dan kali ini benar-benar mengguji kesabaran aku. Mungkin disebabkan aku teramat mengantuk .Tak apa ,aku cuba bersabar dengan permainan ini sebab dari awal-awal lagi jiran aku dah bagitau yang mereka nak tengok samaada aku tahan atau tak tinggal dalam rumah yang aku tinggal sekarang ini.
Masa itu aku fikir mungkin keadaan rumah itu yang di maksudkan. Bagi aku tak ada masalah, aku dan suami boleh saja perbaiki bagi cantik dan ternyata dah cantik pun rumah yang aku tinggal sekarang ini. Rupanya bukan itu maksud jiran- jiran aku selama ini.
Silap ku juga tak tanya lebih terperinci. Menyesal teramat aku bila ingatkan balik hal ni, tapi apa nak buat takkan aku punya suami nak pindah lagi memandangkan kami baru saja pindah masuk ke rumah ini. Dan berbalik cerita tadi β¦.semasa aku nak lelapkan mata β¦β¦β¦sekali lagi aku diganggu dengan suara dengkuran seperti suara seorang lelaki tetapi suara ni lebih keras bunyinya.
Apa lagi terpingga pinga la aku .Mana ada lelaki dalam rumah aku .Suami kerja dan anak-anak aku yang masih kecil ni takkan berdengkur semacam ni.Tak ada nak fikir panjang-panjangβ¦
Aku pun bangun dari katil dan tiba-tiba suara dengkuran tadi hilang dan bila aku baring semula nak lelapkan mata suara tu datang balik seolah-olah di sebelah aku saja.
Kali ini aku cabarβ¦ aku kata βkalau betul2 kau nak ganggu aku tunjukkan buktinya!β.
Sampaikan anak aku pun terjaga dari tidur disebabkan suara jeritan aku tadi.Tak sampai 2 saat aku mencabar makhluk itu tiba-tiba saja aku dan anak-anak aku menyaksikan satu kejadian yg tak pernah berlaku dihadapan mata kami selama ni.Di mana tiba-tiba saja perhiasan rumah aku iaitu siput yang aku beli di Sabah yang selama ini aku gantung sebagai hiasan di antara ruang tamu ke ruang makan seakan-akan digoncang oleh angin kuat dengan kuatnya hingga jatuh ke lantai. Berterabur, pecah siput hiasan akuβ¦
Ketika itu aku benar-benar rasa yang makhluk itu telah menyahut cabaran aku. Di dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu betapa kali ini seluruh badan aku menggigil dan meremang bulu roma aku sehinggakan aku rasa seperti nak termuntah. Tetapi anak aku tak pulak rasa takut, mungkin dia tak faham tentang apa yang telah dia saksikan tadi. Cuma anak aku bertanya, βmak, kenapa hiasan tu jatuh? siapa yang buat??β. Bila aku terdengar suara pertanyaan anak aku itu baru aku tersedar yang aku tak perlu takut pada permainan makhluk itu sebab aku perlu kuat demi keselamatan anak-anak aku. Ketika itu juga semangat aku kembali pulih dan pada saat itu juga aku arahkan anak aku masuk bilik tutup pintu dan tidur. Allhamdulillah anak aku patuh arahan aku.
Kali ni aku benar-benar keseorangan dalam menghadapi kejadian seram macam ni. Kalau nak menangis pun, memang tak la.. aku bukan jenis menangis untuk perkara sia-sia macam ini. Bagi aku ia pun makhluk Allah. Aku terus ambil penyapu untuk bersihkan lantai rumah, aku bukan apa takut juga kulit siput tu ada yang tajam susah la kalau anak-anak aku terpijak. Baru saja aku pegang penyapu, satu lagi kejadian yang aku tak sanggup nak fikir. Korang tau tak, saat aku toleh ke arah ruang tamu tiba-tiba frame ayat kursi yang aku gantungkan di dinding berpusing menggikut putaran jam, hanya dua kali pusingan dan frame itu pun jatuh ke lantai.
Sekali lagi barang kesayangan aku dijatuhkan. Dan kali ini seluruh badan aku seolah-olah kaku di saat itu. Hanya Allah saja tempat aku meminta pertolongan. Korang bayangkan lah sendiri perasaan aku ketika itu..dan di saat itu lah baru aku rasa nafas aku semacam tersangkut-sangkut sehinggakan aku dengar degupan jantung aku sendiri. Kali ini aku terus ke ruang tamu dan duduk di atas sofa sambil berfikir, βkenapalah suami aku ambil rumah ini. Asyik-asyik aku je yang hadap benda-benda ini. Aku dah bosan, betul-betul bosan.Β Benci, semua adaβ. Bukannya apa, kalau aku sorang tak apa tapi aku bimbang keselamatan anak-anak aku.
Jam dinding menunjukkan pukul 3:41 pagi. Saat ni aku benar-benar mengantuk dan aku tak sedar yang aku tertidur dan bila terjaga jam menunjukkan pukul 6 pagi. Macam biasa la aku bangun dan menjalankan rutin harian aku. Hari ini aku tekad nak tanya seseorang tentang kawasan tempat kediaman aku dan aku dapat maklumat dari penduduk asal sini iaitu seorang lelaki dah berusia hampir 70 tahun. Katanya kawasan ni memng agak misteri, tambahan lagi rumah yang aku diami. Katanya lagi kenapa lah aku pilih rumah itu sedangkan rumah itu memang dah lama kosong dan amat menakutkan siapa saja yang memandang. Cuma pakcik itu berpesan pada aku jaga dan pastikan anak-anak masuk dalam rumah sebelum waktu maghrib.
Pakcik tu juga pesan jangan biarkan rumah itu sepi dari bacaan ayat alQuran, dan sekarang baru aku faham kenapa rumah ini tak ada siapa pun yang sanggup diami selama ini. Cuma aku je yang tak bernasib baik. Tapi tak apa lah⦠benda dah jadi nak buat macam mana. Sudah sekian lama aku hadapi bermacam-macam kejadian seram dalam rumah itu, sedar tak sedar dah 6 tahun aku diami rumah itu. Pada tahun 2005 suami dapat surat pertukaran kerja ke salah sebuah kem di ibu kota.
Maka berakhir lah kejadian-kejadian seram dalam hidup aku. Siapa yg tak gembira.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ishhhh…adehhhhhh
Berani nya kak .. tak sabar nk tunggu apa yg terjadi..
Cayala..keep it up!!!sambung…la cepat
sambung ler pulak… sila buat hashtag ye kak
Ya Allah awat berhenti…… dh excited nk baca tetibe….bersambung hmmmm.. sabo jer lah
Whyyyy brenti??? Why???? Sambuuuuungggggggg
Kakkkk,rumah kat mana ni? Saya org simpang pulai. Chandan desa ke taman bersatu ke taman muda ???
keje askar ni kat taman bersatu le kot..rumah 2 tingkat kaler oren tu
Btoi ke chor . Awok dh lme dok tman bersatu ni . Awok x prnah plak dengo crita cam ni
Btoi ke chor . Awok dh lme dok taman bersatu ni . Xde plak awok dengor crita cm ni .
Haah ek. Yela kot kat situ
awok simpang pulai juge. kalau tak chandan desa, pulai jaya. itu je perumahan yg ada hutan kat belakang rumah. ke… kg songek? hahahahahaha
Ok
Citer sambung2 nie aku paling lemah
part paling seram…bila ngah layan…tetiba bersambung…
Tak sabar tunggu sambungnya…
akak aku penah menyewa jgk area ctu.. hoho. hantu real dok sebelah time die tgh solat.menggigil katenye.. aishhh aku nak cite pon meremang…
adoiiiiiiiiii.sambng pula. hahaha. jangan lupa letak hestek #SISsimpangpulai ye. aahhahaaha
Alaaa..bersambung hmm
jangan buat leceh lekaih sambung .
OK….bersambung…….emmm….
Pasni Admin dh kuar memo dh td,xde sambung2 lg bila cite tgh smpai kemuncak yer…..abiskan dlu cite tu…lemah btoi bab sambung2 nih……
rumah simpang pulai yang kat mana ni?
x suka betul syok2 baca… main sambung2……. adehhhh.. np x habis kan je…xperlu kot nk sambung2.. huhu..
tak sempat nak separuh rempeyek..adehh!!! takpe simpan untuk sambungan plak..
perumahan dekat simpang pulai tu taman ape?
hmmmm boleh la
Huhuhu knp la bersmbung…
ko xpyh la tulis dah malas aku nak approved bace.semua dinasihatkan kalo nak tulis cerita tulis sampai habis xpyh cri pulisiti murahan kat sini
Suami akak askar ke?? Bole bg tips x untuk jd berani mcm akak.. sy x takut.. cuma kadang2 tu segan je.. huhu.. Susa gak kan klu suami slalu ops la.. kursus la.. latihan la.. dah la cal mmg x berangkat.. kadang2 sampai berminggu bru dpt contact blk.. sume kna tanggung sendiri.. mmg perlukan tahap keberanian yg tinggi.. respect btol kat akak ni..
haihh geram betul
#cumel
ππΌππΌππΌππΌππΌ
peh 6 thn tu bertahan! power! tahniah!