Assalamualaikum dan hai aku ucapkan kepada pembaca setia dan tidak setia Fiksyen Shasha. Aku nak ucapkan terima kasih kepada admin fiksyen shasha kerana sudi siarkan cerita ini. Pertama sekali aku ingin memperkenalkan diri aku sebagai Adrian Mikael. Nama pena aku Timun. Jangan lupa Hashtag Timun dalam instagram dan laman burung biru hehehe. Aku berasal dari Sarawak dan aku berumur 25 tahun.
Ini adalah kali pertama aku berkongsi kisah seram dalam fiksyen shasha. Sebelum ini aku memang suka giler baca kisah-kisah yang dikongsikan oleh pencerita. Seram giler siot. Segala bulu kepada bulu aku meremang. Kalau yang otak kotor tu memang akan fikir bukan bukan lah hahahahaha cerita yang aku nak cerita ni takdelah seram sangat tapi mendatangkan persoalan yang tiada jawapan dan tidak mampu untuk diungkapkan. Cerita ni berlaku masa aku sedang mengambil diploma di IPTA di Kota Samarahan dan ia berlaku 4 tahun yang lepas.
Pada suatu hari, aku dan 5 kawan sekolah aku yang bernama Mothy, Charles, Jon, Ernie dan Mus pergi bermandi manda di Tempat X di Santubong. Santubong ni memang tempat yang agak terkenal dengan pantainya yang umhhh. Okay aku memperkenalkan kawan2 aku. Jon dan Ernie ni memang dah lama couple sejak di bangku sekolah lagi. Dulu mereka pernah digelar beauty and the beast Malaysia. Sweet giler siot. Kalau korang tengok diorang ni dulu perghhh tipulah kalau korang tak nak jadi macam mereka berdua tapi sayangnya diorang sekarang dah break up.
Bak kata pepatah cinta tak mengenal usia. Kawan aku yang bernama Mothy ni memang hensem, kalau sekarang orang panggil dia Fattah Amin Sarawak. Manakala si Charles tu kita orang gelar dia kucing parsi sebab badannya yang montel dan comel macam kucing. Mus ni gangster, pernah belasah 10 orang budak kecik dalam satu malam. Manakala aku ni memang humble down to earth la. Aku tak hensem tapi aku menawan hahahahha #jangankecam… okay mai aku mulakan cerita. Tu cuma mukadimah jer
Pada pukul 4 petang tu kitaorang bertolak dari universiti untuk menuju ke tempat X Santubong sebab yelah lepas exam mestilah nak enjoy kan? Tipu la kitaorang tak nak enjoy. Stress giler siot. Asyik belajar je. So kitaorang decide nak mandi dekat kem permai. Untuk pengetahuan pembaca yang tidak pernah pergi ke tempat X, tempat ni berdekatan dengan pantai damai. Tempat X ni memang tempat org buat aktiviti jungle trekking and kalau nak bermalam pun boleh. Dalam tu memang ada rumah atas pokok khas untuk pelanggan yang ingin menikmati suasana hutan yang sememangnya umhhhh.
Malam2 tu boleh la barbeque kan? Semua memang disediakan dengan harga yang berpatutan. Okay back to my story. Dalam tempat x ni, ada satu swimming pool. Kita boleh pilih sama ada nak mandi dekat pantai atau swimming pool. So haritu kitaorang decide nak mandi dekat swimming pool la sebab bosan jugak asyik main pantai. Asal pergi damai je main pantai. Asal pantai je pergi damai. Bosan lerrr. So kitaorang pun mandi la dekat swimming pool. Masa tu takde orang lain yang mandi dekat situ, cuma kami berenam je yang poyo nak mandi. So apa lagi, buka baju lerrrr nak tunjuk badan kitaorang yang berlemak tapi cantik la jugak untuk dipandang.
Aku, mus, mothy dan charles mandi dekat satu sudut ni manakala john dan ernie mandi dekat sudut yang paling hujung. Nak bercumbu la tuuuu euwww. So kitaorang mandi manda sampai la jam menunjukkan pukul 6:30 petang. Dah nak maghrib tapi kitaorang masih mandi. Memang tak sedar jam dah akhir. Keadaan memang sunyi sepi tiba-tiba datang seorang perempuan yang kelihatan cantik, berambut panjang, menggunakan kain pelikat je mandi. Dari pukul 6:30 hingga 6:45 petang, aku perhatikan je perempuan tu. Dia duduk di tepi swimming pool, usap usap rambut. Macam seram je. Aku dah mula hairan. Aku bercakap dengan mus
“oi mus, diat kau perempuan ya. Pake kain pelikat jak mandik”.
”sikhal la dapat cuci mata nanga perempuan nak? Haha”.
“tapi aku rasa pelik la mus. Diat kau olah perempuan ya. Dudok dekat tepi swimming pool. Kakya main dengan rambut gik ya. Nanga-nanga nya kita dari tadik.Dahla hari dah maghrib”
“hurmmm”.
Tiba-tiba mus diam seolah-olah dia faham apa yang aku cuba sampaikan kepada si mus ni. Lepas tu mothy dan charles pun membuka mulut
“oi aku rasa bagus kita balit kinek jak. Aku rasa sik sedap hati nanga perempuan ya” – charles
”aok dari tadik aku perasan. Dah nak pukul 7 perempuan ya belum chow lagik. Serey seram” – mothy
Apabila jam tepat menunjukkan pukul 7 malam, aku ajak kawan-kawan aku ni balik. Apa bila kitaorang mula keluar dari swimming pool tersebut, wanita tadi pun angkat dan terus menuju ke hutan. Ke mana pulak eh dia tuju? Setahu aku dekat hutan yang dia pergi tu memang jalan mati. Mana ada jalan lagi. Tapi yang menjadi persoalan kepada diriku. Siapakah perempuan itu? Adakah itu jelmaan puteri santubong? Atau puteri sejinjang? Atau puteri buntal? Tiba-tiba aku rasa lapar yang teramat. Sehingga sini je la cerita aku. Maaf kalau tidak seram dan banyak mencarut. Ada lagi cerita lain. Nanti aku cerita kan. bye
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
A.P.A.K.A.H.?????
#takrelanakmencarut
Ya dyg senandong sesat kali ?
bro..translate sekali tau…ambo kecek kelate..dok pehey bohhh…
umrhhh
umrhhh
Haha .. lawak la
rugi kitakorang balit. rupanya pempuan ya mok ajak kitakorang gangbang. haha.
Tempat X apa…nama tempat ya dah disebut …kem permai…adoh…?
Bantat ah. X paham aku bahasa kau. Sila meninggal dan jgn bermimpi untuk post lagi.. Buat benda x senonoh lps tu nk citer kt org.. Langsat la kau