Asalamualaikum untuk korang semua. Terima kasih kepada admin sebab sudi approved cerita aku ni. Nama aku balqis, cerita ini berdasarkan pengalaman aku sendiri mengalami situasi berkenaan misteri tangki simpanan air. Actually tak adalah seram mana pun tapi aku terpanggil untuk share cerite aku nie, hihihii
Kisah ini terjadi masa aku study di sebuah college dekat Seremban 2. Aku menyewa dengan kawan kawan aku yang lain. Nma kawan aku, bell, bun, bum. melly, iza, eyla, choy, ratna, erin (bukan nama sebenar). Kami menyewa betol betol dibelakang college sebuah rumah teres. Mesti korang semua pelik kan macam mana rumah teres yang mempunyai 4 bilik sahaja mampu menyumbat 10 orang, ahahahhahah. Almaklumlah kitorang kan just student college yang hanya mengharapkan duit ptptn so semua itu tak jadi pelik pun bagi student yang tak berkemampuan seperti aku.
Actually rumah tu just 3 bilik tapi tuan rumah sudah renovate, tuan rumah dah pecahkan atap dan buat satu bilik lagi. Bilik atas tu besar tapi sangat panas. Untuk melepak atau study memang best lah kat situ sebab ada balkony. Dekat balkony itu ada tangki simpanan air besar sangat. Tangki air itu betol betol atas bilik aku. Buat pengetahuan korang semua, tempat aku dan kawan kawan aku sewa itu, perumahan cina. Kiri kanan orang cina dan belakang rumah aku ada satu lorong kecil yang memisahkan rumah. Nak jadikan cerita depan rumah aku tidak ada rumah tapi semak dan hutan.
Walaupun depan rumah yang aku sewa hutan tetapi menjadi tempat tumpuan orang sebab dekat dengn kpj dan dekat kawasan perumahan itu juga ada 2 bangunan yg dah lame terbiar, tapi itu bukan yang aku nak ceritekan sebenarnye hahhahh. Aku satu bilik sorang tapi disebabkan aku rapat dengan eyla dan choy jadi mereka selalu tido dibilik aku. Alasan eyla bila aku bertanya kenapa tidur dibilik aku, dye akan cakap dye malas nak naik tangga ke bilik dia. So bilik dye just tempat letak baju dan tempat lepak aku dan kawan kawan aku yang lain. Kami semua jenis buat hal sendiri. Pada mulanye aku jejakkan kaki di rumah itu, alhamdulillah tak ada ape yang berlaku. Abah aku selalu ingatkan aku supaya jangan tinggal solat, jaga perangai kat tempat orang dan blah blah blah hihihiiii.
Tiap tiap minggu rumah sewa itu akan senyap sebab just tinggal aku, eyla, choy ,iza dan ratna yang lain balik rumah family. Pada satu malam tu aku dan eyla terperasan air dekat tangki atas rumah asyik mengalir je. melimpah ke bawah. pada mulanye aku ingatkan tangki air bocor. Aku just pikir positive jela kan. Tapi tidak kepada eyla sebab eyla seorang yang sangat penakut. Actually aku pun seorang yang sangat penakut tapi aku tak tahu kenapa bila aku dengan eyla aku akan jadi orang yang sangat berani. Aku ajak eyla pergi naik bilik atas untuk pergi ke balkony luar tengok tangki air tapi eyla seakan berat nak pergi.
Aku masuk bilik tengah untuk naik ke bilik atas sebab tangga ke bilik atas dibilik tengah. Masa aku buka pintu aku tengok choy tengah bergayut dengan bf dye so aku malas nak ganggu lah kan. Aku dan eyla terus naik bilik atas, sesampai je aku dan eyla ditangki air itu, yang peliknye tak ada air yang melimpah. Yang peliknye mase aku kat bilik aku, aku sendiri dengar ada air melimpah. So aku tak sedap hati terus tarik eyla untuk turun. Keesokan harinya aku call tuan rumah suruh check tangki air kot ada yang bocor. Tapi tuan rumah tak sempat datang.
Benda itu terjadi dah berminggu minggu rasenye. Tiap tiap malam aku akan dengar air melimpah dari atas tapi bile tuan rumah check tangki air tak ada ape ape masalah. Pelikkan, and yang lagi pelikkan air just melimpah di waktu malam sahaja. Bile masuk pagi je air stop melimpah. Start dari itu eyla dah start ketakutan. Mandi, berak semua minta diteman hahahhaha. Aku tak pernah cerita dekat sesiapa pun sebab bagi aku itu tak penting pun.
Satu malam tu kitorang semua berkumpul untuk berborak. Start daripada situ lah sorang sorang buka cerite. Yang paling aku rase tertekan bila dengar cerite dari choy and bell. Diorang selalu dengar ada guli jatuh dari tangga. Dengar tapak kaki lah. Mely cerite pada satu malam tu dye nak pergi toilet, dye buka je pintu. Dye terpandang cermin kat ruang tamu. Dye nampak ada satu lembaga dari bilik tengah terus ke dapur. Lembaga itu berbaju putih and rambut panjang, macam macam cerite aku dengar, tapi aku just diam je dan jadi seorang yang memerhati.
Start daripada perjumpaaan tu aku dan eyla kerap diganggu. Tiap tiap malam aku akan dengar air melimpah and setiap pukul 3 pagi akan ada bunyi ketukan di pintu bilik aku. Tiap tiap hari weyh. Tapi bile eyla mule bercerite dengan kawan kawan aku yang lain, selepas pukul 2 pagi ke bawah tak ada seorang pun akan pergi toilet dan dapur. Buat pengetahuan korang semua bilik aku berdepan dengan dapur. Pada satu malam tu aku dan kawan kawan aku study beramai ramai di ruang tamu. Masing masing pakat pakai earphone. Tibe tibe iza menjerit dan menangis, kami cube tenang kan dye. Bile keesokan paginye di college baru iza buka cerite mase dye tengah syok dengan lagu tibe tibe dye dengar perempuan mengilai mendayu dayu. Seperti baby menangis, sayu je suaranye. Dye tersentap sebab tu dye jerit dan nangis.
Tapi kisah paling aku tragis gilekan. Aku kerap kene tindih. Bila bangun tidur mesti ada kesan lebam. Tapi pada malam tu kan aku kene tindih berkali kali. Bile okay je try tidur balik kene tindih balik. Berkali kali sampai aku rase macam aku nie dah tak ada tenaga dan aku dah tak tahu nak bace ayat ape dah. Semua tak jalan, agak lame juga aku kene tindih. Aku bace surah macam macam surah sambil mengalir airmata tapi still tak boleh gerak weyh. Sampai TERDETIK DALAM HATI AKU, JIKA ITU MALAM TERAKHIR AKU BERNAFAS. Alhamdulillah aku boleh bergerak akhirnye bile bell kejut and sentuh aku. Aku terus peluk dye and menangis. Bell pelik sebab selalunye aku orang kedua akan mandi untuk pergi class tapi kali nie aku tak bangun dan bila dye panggil aku diam tanpa jawapan sebab tu dye masuk ke bilik aku dan kejut. San kisah itu tidak berakhir macam tu je.
Satu hari tu aku penat sangat weyh. Balik daripada class kan penat gile sampai aku tertidur. Mase aku tengah tido, eyla masuk ke bilik aku. Tibe tibe dye jerit. Aku terus terbangun. Dye terus tarik aku ke ruang tamu. Dye cakap dye nampak lembaga tengah pegang kaki aku. Tapi sumpah weyh aku memang tak sedar masa tu. Tapi untuk tenangkan eyla aku ajak eyla mandi untuk solat maghrib sesama sebab dah nak masuk waktu maghrib. Masa aku dan eyla tengah solat lagi sekali benda itu mengganggu kami. Benda itu main tingkap, buka tutup tingkap tapi aku buat tak tahu dalam hati TUHAN je yang tahu.
Selepas solat aku dan eyla bace yasin untuk tenangkan diri. Malam itu, tengah aku lena dibuai mimpikan, tibe tibe eyla kejut aku. Aku terbangun dan pandang eyla tengah mengalir airmata, aku tanya eyla kenapa. Eyla just diam. Bile aku tengok respond eyla macam tu aku just diam dan cube peka dengan suasana yang sunyi sepi tu. Aku tengok jam pukul 3 pagi. Aku ajak eyla sambung tidor. Mase aku nak lelapkan mata, betol betol kat telinga aku, aku dengan bunyi mengilai dan seperti orang tengah cakar cakar pintu bilik aku. Terang dan jelas. YA ALLAH berderau jantung aku. Aku capai henset dan buka surah yasin sampai pagi.
Dan banyak lagi lah cerite aku nak cerite sebenarnye. Lagi lagi mase aku praktikal di hotel kat Putrajaya. Tapi nanti aku sambung lagi okay. Aku rase dah terlalu panjang aku menaip nie, letih doll jari nie hihihihiiii mesti banyak typo. MAAF JIKA TIDAK MENARIK AND SERAM. SEKIAN TERIMA KASIH.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
quite ok cerita anda. gaya penulisan mudah dibaca dan difahami…?
huahahaha ok la
ok la..best cerita..cuma keseraman tu tak mencanak naik sangat, kalau dari 1 dia naik ke 5 pastu t
biasa la..rumah yg lame di tinggal memang gitu..buat doa selamat..
Sambungan xde ke?
Aku tak faham bila orang tulis cerita hantu
Tapi ada hihihihi, hahahaha, hihihi, hahahaha
Hantu ker lawak?
dah tu xkan nk hambar je mcm kau. bosan la orang.
kahkahkah…sinis tapi kelakar
haiss korang nie kannn… masih duduk kat umah tu lg ke
Ok..teruskan cerita anda..terima kasih
yg malas baca citer seram, boleh search kat youtube misteri jam 12
sambil2 buat keje dgr dj kc bercerita………………………………….