Hai, semua peminat setia FS. Aku ni pun salah seorang peminat macam korang jugak la.
Aku gelarkan diri aku A*** dan sama dgn topik citer, aku adalah anak pulau Temasek.
Aku ni klu tengok filem citer seram, suspense-thriller je. Kalau berborak dengan Mak ke, kawan ke pun suka bukak citer hantu.
Seronok giler bila aku baca kisah2 seram especially siri #Sicelupar/Gelang Kaki Berloceng/Tujuh Pintu /6th sense yang hilang – fuuuyoh scary to the max! Bila baca citer2 macam gini, teruja jugak nak kongsi pengalaman2 aku tapi seberapa seram macam citer dorang tu.
Sebelum bermula, aku nak meminta ampun dan maaf sekiranya ada terkasar ke, tersilap ke, dalam pengunaan Bahasa atau mungkin ada timbul kekeliruan / kebosanan ketika membaca ceritaku.
Ini adalah pengalaman pertama aku menulis dan masih lagi hingusan dalam bidang ni.
Dan terima kasih banyak2 pada Admin klu ceritaku disiarkan.
Cerita Mak
Ini pengalaman mistik dari Mak aku masa dia kecil2:-
Nenek (kirakan moyang aku la) datang dari keluarga berada – dia berniaga kain2 lepas dari India, diwarisi dari bapanya. Berjualan dari rumah ke rumah. Bila dah banyak kumpul duit simpanan hasil dari perjualan tu, dia belilah lot2 tanah (mcm buat “investment” la gitu). Mereka dirikan rumah2 untuk disewakan pada orang lain. Salah satu lot kawasan tanah tu mereka buat rumah2 khas untuk ahli keluarganya yg terdekat sahaja.
Suami Nenek seorang yg beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam bila bernikah dgn Nenek. Di hadapan rumah Nenek pula, ada pokok mangga dan dibawahnya ada sebuah bangku kayu. Setiap hari waktu sore, dia suka duduk kat situ sambil hisap rokok tembakau.
Masa hidupnya, dia seorang yg pemarah dan suka pukul2 isteri dia bila dia naik angin.
Selepas suami Nenek meninggal, tiap2 malam akan terdengar arwah tu menangis dan meraung depan rumah isteri dia. Asal malam je (tak ingat pukul berapa start) suara raungan akan kedengaran sampailah ke Subuh. Ada jugak satu malam tu, Mak kata dia beranikan diri jenguk kat luar tingkap. Tapi tak nampak apa2 cuma suara nangis/meraung tu tetap ada dan “bunyi” tu datang dari arah bangku kay tu.
Bukan Mak aku sorang je yg dengar, abang dan adik2 yg lain pun sama jugak. Adik beradik Mak kesemuanya ada 4 empat, dua lelaki dan dua perempuan. Dorang kecil2 semuanya tido lepak kat ruang tamu dengan berpasangkan kelambu. Ye lah rumah kampung kan banyak nyamuk. Dan rumah dorang pulak berhadapan dengan rumah Nenek. Mak (nenek aku) yg tido kat dalam bilik pun boleh terdengar sama jugak. Cuma Bapak (datuk aku) je tak dengar mungkin sebab dia tak pernah bertanya hal u.
Kejadian berlarutan sehingga seminggu lamanya. Sampai la satu malam tu, Mak aku kata Nenek berdiri kat tingkap ruang tamu rumah dia ketika mendengar suara tangisan tu lagi dan dia terus bercakap, lebih kurang mukadimahnya, “Sudah la P** aku dah maafkan kau, janganlah nangis lagi. Baliklah ke tempat asal kao!”
Selepas aje Nenek cakap gitu, nangis2 & raung2 terus berhenti dan tak lagi dengar pada malam2 berikutnya.
Ceritaku masa kanak2
Ini pula pengalaman mistik-ku semasa berumur 3/4 tahun gitu:-
Aku tinggal dgn grandparent aku (sekarang both of them sudah meninggal dunia – alfateha). Dorang yg jaga aku setiap hari pasal mak aku masih bekerja “shift” pada waktu tu.
Aku cuma balik kat rumah parent aku pada hujung2 minggu, itupun kadang2 je.
Aku adalah satu2nya cucu yg pertama so jadilah ‘center of attraction’ (sampai la sekarang dah jadi mak budak pong) – belum ada adik dan kazen2 yg lain. Setiap petang, aku suka berjalan-jalan sorang2 kat luar rumah. Dah sorang kan takde & member2 sebaya yg lain takde. Otak pon takde ingat lain cuma makan, main & tidur – tulah keje aku tiap2 hari. Depan rumah moyang aku pulak ada taman bunga ‘ixora’. Suka main2 petik bunga kat situ.
Kadang2 ada harinya jugak, si penjaga kawasan rumah moyang aku akan bakar sampah daun2 kering. Selalunya tempat pembakaran dibuat kat bawah pokok mangga tu lah. Aku pulak suka menguis-guis sampah2 yg dah dibakar tu dengan ranting kayu. Seronok tengok sisa2 asap tu keluar berkepul-kepul.
Nak dijadikan cerita, suatu petang tu bila api sampah tu dah terpadam, mcm biasalah aku ambik kayu dan start menguis. Semakin aku guis, makin banyak kepulan asap keluar. Hari kejadian tu ada kelainan sikit, banyak pulak asap dia keluar – tak mcm hari2 yg lain.
Tiba2 mata aku terpacak kaku kat sesuatu. Dalam kepulan asap yg begitu banyak, tetiba ia mengambil bentuk seperti satu ‘lembaga’. Tak berapa jelas tapi mcm bentuk “Si Poch” pun ada jugak! Ia berdiri kaku kat depan aku dalam kepulan asap tadi. Jantungku berdegup pantas tapi lama jugak aku tenung “benda alah” tu seperti terpukau gitu. Bila perasaan takut dah mula mengcekam dan aku dah dapat cari tenaga utk gerakkan badan, aku bergegas lari balik ke rumah Nenek dan tutup pintu (main door). Bila berjengkit kat tingkap ruang tamu dan jenguk kat luar, “benda” tu dah ada kat depan rumah pulak. Aii! Dia kejar aku ke pe? Aku tak berani nak tengok kat tingkap lagi.
Lepas tu aku nampak Nenek lalu kat ruang tamu ke arah bilik tidur. Aku panggil Nenek tapi dia jalan je menonong mcm buat tak dengar gitu. Aku tersentak takkanlah tak dengar kot pasal jarak aku dengan Nenek bukan jauh berbatu. Aku pun lari masuk bilik tido nak bilang ada “benda” berdiri kat luar. Tapi bila aku masuk, tengok Nenek takde kat situ. Takde sesiapa pun ada kat bilik tu cuma aku sorang je. Hairan bin ajaib!
Tak lama kemudian, aku dengar suara Nenek memanggil dari dapur. Dia suruh aku mandi sebab hari dah nak masuk Maghrib. Aku berpatah arah menuju ke bilik mandi dan nampak Nenek dah ada kat situ tengah tunggu nak mandikan aku. Aku pun rasa pelik sebab aku tak nampak bilamasa yg dia keluar dari bilik tido. So aku pun diam je, terus ikut mandi dan tak ceritakan apa yg aku alami sebentar tadi.
Yg pelik tu sampai sekarang dah berumur pun ‘penampakan dengan lembaga berasap’ tu kadang2 datang balik dalam mimpi. Aku pun tak dapat nak huraikan kenapa dan tak ceritakan pasal ni kat Mak aku pon. Biarkan ia menjadi satu misteri…
Ada lagilah kisah2 pelik yg aku nak kongsi bersama tapi di lain kesempatan pula ye.
Itu pun tengok jugak la response korang pada cerita aku yg pertama ni.
Sekian terima kasih.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Xyah kongsi dah
sampai hati. hahaha.
not bad. bleh layan la..
bosan
igkan ade cerite pasal temasik…
Ingt pasal temasik jg. Org temasik rupnya. Haha
boleh ja
Pening kepala baca. Kejap nenek tu moyang, kejap nenek tu mak. Adui.
aku meluat penulis yg gelar nama siap nk kne ada ****…klu ko letak nma samaran abu ke..adam ke..atau nma sebenar pn mcm la 1malaysia knl ko yg tulis citer ni..
xpaham la . ape kena dgn temasek?