MOYANG by CIKEDOT
Assalam buat pembaca FS.Terima kasih buat admin yg sudi menyiarkan kisah aku. Secara jujurnya, aku baru lagi terjebak dengan page FS gara2 ada rakan fb yang share salah satu kisah dari page ini..panggil aku Cikedot je, lebih ringan dan mesra, huhuhu. Aku nak share kisah aku dengan beberapa watak. Maaf jika coretan ini terlalu panjang tapi aku berhajat utk mengisahkan cerita ini secara details. Watak yang aku ingin ceritakan ialah MOYANG aku dari sebelah mak.Kisah ini kugarap melaui cerita2 dari mak dan pengalaman aku sendiri bersama arwah. Begini bermulanya….
ASAL USUL
Menurut cerita mak, moyang merupakan anak bongsu dari 5 beradik dan arwah satu2nya anak perempuan dalam keluarga. Datang dari keluarga yang paling kaya dalam kampung ketika itu dengan rumah yang paling besar diatas bukit hulu kampung. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh bapanya. Dari kecil diajar adab meneladani orang lebih tua dengan santun dan dididik untuk menjaga keperibadian seorang gadis setanding dengan kejelitaannya. Setiap hari moyang mengenakan persalinan kebaya kain songket, rambutnya disisir rapi dan kemas bersanggul emas. Setiap hari jumaat moyang dibawa bapanya keliling kampung untuk mengagih sumbangan pada orang2 kampung.
Menginjak remaja, moyang bertemu jodoh dengan seorang teruna kampung dan dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki. Selepas 3 tahun, bapanya dijemput Allah maka bermulalah episod duka. Rumah dan segala harta diwasiatkan ke atas moyang. Hal ini menjemput amarah dan hasad di kalangan 4 beradik lelaki dan bapa saudaranya. Moyang dianggap pembawa sial bagi bapa saudaranya kerana moyang dia kehilangan adik. Bagi 4 beradik lelaki pula mereka kehilangan kasih seorang ibu yang mati ketika melahirkan moyang. Lagi pula keperihatinan yang berlebihan bapa mereka kepada moyang mengundang cemburu dan dendam yang tidak berbelah bagi. Tanpa rasa belas kasihan, moyang, suami dan anak2 dihalau sehelai sepinggang. Berpergianlah mereka dengan membawa hati yang lara. Dan tidak pernah kembali.
MERANTAU
Merantau di tempat baru di sebuah kampung yang terletak jauh dalam hutan bukan mudah. Hidup di zaman penjajahan lebih thrill kata emak. Sebagai orang luar, kedatangan mereka tidak dialukan dan mereka memilih untuk menetap di hujung kampung jauh dari orang lain. Ketika ini lah kata emak, Moyang mula menuntut ilmu dari orang2 lama (yang masih hidup ketika era kampung ini dibuka oleh pawang hitam). Asalnya kampung ini ditemui oleh Pawang hitam dan anak2 buahnya yang datang dari tanah seberang. Tanah hutan tebal ini bukan biasa2 kata mak. Pada awalnya, pokok2 yang ditebang paginya akan tegak semula pada petang hari diikuti angin kuat seperti pusar angin yang seolah2 ingin menelan mereka hidup2.
Setelah 3 hari kejadian sama berulang, dengan kebolehan pawang hitam dia berjaya deal degan penunggu hutan setelah korban 3 ekor ayam hutan menjadi persembahan. Kata mak setiap tahun upacara ini diteruskan, jika tidak habis tanaman2 mereka dilanda belalang kunyit dan tikus hingga rosak sebab ada keluarga ni tak buat bila sampai turn dia. Bagi aku syirik sesungguh2nya perbuatan ni kerana mereka lebih percayakan jin dengan penunggu dari kekuasaan Allah. No..no.no.. Kata mak lagi, batu2 yang ada kat atas bukit semua batu hidup dan merupakan perkampungan bunian. Kalau ada orang kampung nak buat kenduri kendara boleh pergi minta izin nak pinjam pinggan mangkuk dengan syarat mesti dipulangkan seperti sedia kala walaupun pecah. Ni mak aku iyakan sebab masa dia kecik dulu dia pernah ikut amik pinggan mangkuk kat situ yang tiba2 muncul entah dari mana. Ok off topic pasal asal usul kampung ni..
Dengan berbekalkan ilmu yang dituntut, moyang menjadi bidan kampung dan tukang urut yang super power. Khidmatnya bukan saje diperlukan oleh org kampung tetapi moyang sering dipanggil, keluar masuk hutan utuk menjadi bidan bagi tentera wanita jepun yang ingin melahirkan anak. Sebagai upah, moyang diberi beras, makanan suji lain dan kain pasang hasil rampasan harta. Walaupun dituduh sebagai tali barut, Moyang pekakkan telinga demi kelansungan hidup. Moyang tiada pilihan asalkan dia dan anak2 selamat. Bertambah tanggungjawab lebih2 lagi selepas dia dikurniakan anak yang ketiga perempuan (nenek aku), suaminya iaitu Tok Yang aku meninggal dunia kerana jatuh sakit. Walaupun bergelar janda anak 3, namun kecantikan moyang tiada tandingannya di kampung itu. Dari teruna kampung sehinggalah bapak budak semua gilakan dia. Moyang berkahwin kali ke 2 dengan Tok yang Dahlan dan dari hasil perkahwinan mereka di kurniakan dua cahaya mata seorang perempuan dan seorang lelaki.
SAKIT
Tahun demi tahun berganti, dari zaman penjajah hinggalah selepas merdeka anak2 menginjak dewasa dan semuanya sudah berkahwin. Moyang walaupun ketika itu sudah tua ganyut tetapi penglihatannya masih jelas, otaknya masih utuh dengan memori berpuluh2 tahun lalu dan cakapnya masih lantang. Kadang2 bila dengar dia bercerita, dia akan menangis mengenang nasib dan adakala dia jadi marah sampai tegang2 urat tengkuk. Ketika ini aku berusia 10 tahun. Aku tak tahu kenapa aku tak berapa suka balik ke rumah moyang, mungkin rumahnya terletak terlalu dalam di hujung kampung. Nak masuk ke rumah moyang kene tempuh 3 ladang (ladang kelapa sawit, ladang getah dan ladang koko milik orang) dan tiada lampu jalan, memang gelap gelita.
Sementelah, aku memang xda kawan kat situ (nak ada kawan apa ke benda kalau jarak rumah macam Shah Alam nak ke KLCC jauhnya..heheheh) aku banyak habiskan masa melayan borak dengan moyang. Setiap kali aku duduk sebelah moyang, dia selalu bergurindam. Kadang2 dia berkata-kata dalam bahasa yang aku kurang faham..(macam dialek bahasa jawa). Dia selalu berpesan, ”dengar dan hafal….” Tapi masa tu aku senyum je, tak terlintas langsung nak dengar sebab bnyak mengelamun apatah lagi nak menghafal. Emak aku palinggggg tak berkenan bila aku rapat dengan moyang. Masa tu aku tak tahu apa sebabnya, mak tak pernah cakap pun Blurr kjap. Tapi kalau bukan aku yang pergi dekat moyang, moyang pula duk tercari2 aku sampai ke luar rumah sambil berjalan terkedek-kedek dengan tongkatnya.
Moyang aku jalan bertongkat sebab kaki dia. Seriously, aku memang takut kalau tengok kaki moyang, bukan tahap berkudis biasa tapi luka di kakinya dah memburuk dan membusuk tahap Godzilla. Mak kata sebab kencing manis. Setiap kali diajak ke hospital dia akan melenting, mula lah keluar suara vito tahap oktaf yang paling maksima sampai semua orang dah tak kuasa nak pujuk. Balik2 diulang dialognya, “Aku tak sakit, aku sihat. Aku kuat!”. Pernah satu hari tu aku dengan abang aku tengah lepak main biji getah, moyang panggil kami. Aku nampak dia spray ridsect kat kaki dia yang penuh nanah dan daging busuk tu. Cer korang teka dia suh kami buat apa? Jeng..jeng..jeng. Dia suruh aku dengan abang aku kuis ulat2 yang mengelijat kat kaki dia tu. Jangan kata kembang tekak, segala lemak2 aku pun ikut mengembang. Aku dengan abang aku dengan terpaksa rela, ambik ranting kayu kuis-kuis lah ulat tu. Moyang aku dengan muka selumber badak boleh plak bersiul-siul sambil bergurindam, ”seruling jiwa kulagukan…angin rindu bawakan seteruku”.
Dan, tiba-tiba angin datang sepoi-sepoi, ranting2 pokok berliang liuk, daun2 kering berterbangan. Tiba-tiba tangan aku direntap. Aku terkejut dan menjerit. Rupanya mak aku yang tarik aku dengan abang bawa kami masuk dalam rumah. Aku menyorok belakang pintu ,mak aku patah balik keluar jumpa moyang. Then aku dengar mak aku cakap dengan moyang, ”nenek, jangan buat macam ni dengan anak Mun. Diorang kecik lagi tak tau apa2. Jangan sampai tahap Mun tak nak balik bawa anak2 lepas ni”. Dalam aku pasang telinga tu, aku tak dengar apa2 jawapan balas dari moyang, selain dari suara yang berdengung mengerang bengis, “hmmmmgh…hmmmmgh”. Baru dua tiga tapak mak aku melangkah, moyang hentak tongkat. Aku dengar moyang aku cakap, ”dia cicitku dari susur galur perutku. Seteruku hanya mahukan anak perempuan dari satu rahim!”. Mak aku masuk dan hempas pintu biarkan moyang aku kat luar. Mak packing baju dan ajak ayah aku balik dan-dan tu jugak. Dari dalam kereta, aku pandang moyang melalui cermin dan melambai tangan tanda selamat tinggal.
Okay untuk sedikit info, Moyang ada 5 orang anak (hasil 2 orang suami), 3 lelaki dan 2 perempuan (iaitu nenek sedara dan arwah nenek aku). Nenek sedara aku ada 3 anak lelaki dan takda anak perempuan. Arwah nenek aku ada 4 orang anak ,2 anak lelaki dan 2 anak perempuan ( iaitu mak aku dan maklong). Kebetulan, Maklong aku pulak hanya dikurniakan 2 org anak lelaki hasil dari perkahwinannya yg ke empat.(3 orang bekas suaminya aku dengar semua gila lepas bercerai ). Manakala mak aku (5 orang anak, 3 lelaki dan aku bongsu perempuan ketika itu sebelum kehadiran adik perempuan yang lahir berjarak 14 tahun dari aku). Maksudnya di sini anak perempuan yang keluar dari rahim moyang ada 2 sahaja (nenek sedara aku dan arwah nenek aku). Kebetulan, nenek sedara dan maklong aku takda anak perempuan, kecuali mak aku yang ada anak perempuan ketika itu iaitu AKU……..
RINDU MOYANG
Sejak peristiwa mak aku hempas pintu tu, berbulan2 juga kami tak balik. Aku pula selalu duk mengongoi (guna kuasa anak bongsu) dekat mak ajak balik sebab aku cakap,moyang selalu datang dalam mimpi cakap rindu dengan aku. Bila aku cakap camtu ingatkan mak aku nak kesian sambil usap2 muka aku dan merealisasikan impian aku nak balik kampung tapi nan hado…..lagilah dia cakap, “x payah balik,tunggu raya je!”. Lepas tu aku tak pernah ungkit lagi pasal ni walaupun kekerapan mimpi moyang makin menjadi-jadi. Kadang2 moyang datang dalam mimpi seperti keadaan dia yang sekarang (tua dan bertongkat) dan adakalanya dia datang sebagai wanita muda yang anggun berkebaya songket dengan cucuk sanggul emasnya.
Mula2 aku tak kenal tapi bila dia perkenalkan diri sebagai moyang, aku jadi tak takutlah malah aku suka pulak tengok dia sebab dia tersangatlah cantik and gojes. Tapi kelainan mimpi sejak akhir-akhir ni, moyang selalu datang berteman. Dia ditemani 2 ekor harimau dan ular sebesar sepemeluk batang pokok kelapa, warna ular tu hitam2 hijau lumut. Aku tak pernah tanya tapi moyang macam perasan kegusaran hati aku. Moyang cakap, ”jangan takut, ini penjaga moyang. Penjaga kamu juga”. Cuma aku selalu pelik sebab aku ni tengah bermimpi tapi aku berborak dengan moyang macam aku kat dunia nyata. Bab mimpi2 yang ni aku tak pernah citer kat mak sebab mak memang tak kasi can punya, mesti dia meletup, melenting kalau dia tau. Aku keep it as a rahsia dan aku hanya bercerita pada seseorang je iaitu maklong aku.
Ok sambung cerita, sampai lah satu hari tu aku balik dari skolah,a ku tengok mak dah siap packing baju. Mak nampak sedih dalam masa yang sama, wajah mak nampak gusar. Lepas tu ayah muncul kat pintu rumah baru balik kerja. Ayah tanya mak, “semua dah siap ke?”. Aku pula macam tertanya-tanya dalam hati, siap apa? Nak ke mana? Nak pergi bercuti kah? Ohww…surprise lah ni ekkk…sambil lentok-lentok aku senyum sumbing. Agaknya bila mak aku terperasan aku senyum2, mak terus cakap “dah, pegi mandi..kita nak balik kampung!”. Aku masa tu baru nak buka mulut nak tanya kampung mana? Melaka ke N9? Tapi tak jadi nak tanya bila ayah cakap, ”cepat dik. Takut tak sempat nanti”. Aku pun malas nk fikir apa2, terus pergi mandi, pakai baju terus jalan. Selepas 3 jam, sampai je kereta ayah depan rumah, aku tau aku kat mana sekarang. Moyang!!
Aku tengok dekat luar rumah, ada kereta mak long, pak usu aku, 2 biji kereta dan motor atok2 sedara aku. Lupa nak cakap, untuk pengetahuan korang, nenek sedara aku yang jaga moyang kat kampung. Anak2 lelaki moyang yang lain duduk kat kampung tu juga dan selalu jugaklah datang jenguk moyang aku. Mula-mula aku hairan apsal ramai-ramai ni? Aku cakap dalam hati, nak buat kenduri kot. Aku masuk umah sambil tangan dipegang erat oleh mak. Di sudut ruang tamu tengah rumah, aku nampak sekujur tubuh terbaring lesu. Moyang!! Mula-mula aku perasan moyang tengah tidur tapi tiba2 mata dia celik, segar-bugar duk pandang kiri kanan dan dammm. Mata dia terpaku tengok aku. Dengan payah dia angkat tangan dia dan gamit aku. Perlahan-lahan jari jemari dia melambai aku. Macam biasa, mak aku sebagai wonder woman yang sangat protective, genggam erat tangan aku 10 kali ganda kuat dari sebelumnya. Mak bisik lembut, ”pergi duduk depan dengan abang dgn sepupu yang lain”. Aku pun tak banyak cakap terus lah pergi walaupun hati aku berat nak melangkah sambil curi pandang moyang. Ada air jernih yang gugur dari mata moyang,moyang menangis!! Huargghhh. Sob..sob..
SAMPAI WAKTU
Tiga hari aku di kampung tanpa sedikit pun ruang dan peluang untuk aku dekati moyang. Waimah nak mengintip pun tak dapat. Mata mak memang power, setiap gerak geri aku diperhatikan termasuk nak mandi pun mak sanggup tunggu depan pintu toilet. Hai lahh mak, kalah Detektif D9 tu heheheh. Malam tu, aku rasa nak terkencing sangat2. Aku tengok mak kat sebelah dah nyenyak tidurnya termasuk yang lain2. Kami tidur ramai ramai selambak dekat ruang tamu depan termasuk keluarga maklong. Atok2 sedara hanya datang melawat tapi tak tidur situ. Aku pun senyap2 bangun nak ke tandas, dan jalan nak ke tandas aku perlu melalui ruang tamu tengah di mana katil moyang aku ditempatkan. Kesempatan ini aku ambil untuk menjenguk moyang. Perlahan-lahan aku melangkah mendekati moyang. Bila dah depan mata, niat aku terbantut bila aku nampak moyang.
“Ya Allah!!”. Aku terperanjat sampai tersadung kaki meja dan tersungkur macam nangka busuk. Dah tak sempat mengaduh bagai, aku bangun terus lari pergi depan, tarik selimut selubung. Niat nak terkucil tadi pun hilang. Mak aku tersedar masa tu, mak tepuk badan aku pastu mak tanya kenapa?Aku senyap dan menggigil ketakutan sambil dipeluk erat oleh mak. Esoknya aku cerita kat mak lepas mak desak aku macam peluru berpandu. Aku cakap, “semalam adik nak pegi tandas, lepas tu rasa macam nak jenguk moyang kejap. Tapi bila dah dekat. Adik nampak moyang ada dua!! Satu tengah baring, satu lagi tengah duduk sambil sisir rambut. Mata moyang tajam pandang adik sambil moyang sisir rambut, dia bersiul-siul pulak. Lepas tu moyang senyum menyeringai kat adik. Takutnya mak. Tu sebab adik lari. Mak, moyang tu ada bela hantu ke?”.
Mak aku diam tak cakap apa2. Ermmm, yang pastinya pagi tu aku bangun tidur dengan seluar hancing dan tilam yang basah. Grrr, grrr. Tiga hari2 berturut turut aku dengar atok2 sedara aku bergilir-gilir baca yassin. Moyang pula matanya meliar je ke kiri kanan atas bawah. Entah apa yang dia cari tak taulah. Tahap kehausan dan kelaparan dia meningkat berkali ganda. Mak aku cakap, masa mak aku suap air kat mulut moyang pakai sudu, moyang cakap, “tak puas. Aku dahaga”. Mak aku ni punya takut terus blah tinggalkan moyang. Pastu dia intiplah moyang dari celah dinding. Mak nampak moyang boleh capai jug air dan minum Gulp, gulp sampai habis. Orang tengah sakit, apa sangatlah selera nak makannya tapi moyang aku punya selera, nasi dah 2 pinggan pun dia minta tambah lagi sepinggan. Mak aku pulak dah membebel kat ayah aku, ”tengok tu. Itulah bahana kalau membela! Mun tak suka lah bang. Jangan meyusahkan anak dan keturunan kita sudahlah”.
Malam tu, moyang aku ni bersenandung dan bergurindam pilu. Anak2 dan cucunya dipanggil duduk keliling dia kecuali cicit micit termasuk aku dilarang keras berada dalam kelompok tu. Kami cicit micit dalam 5-6 orang masa tu kat depan dah bentang tempat tidur tapi semua tak boleh nak lelap pun. Yelah, dengan moyang yang buat show kat ruang tamu tengah. Dahlah mendayu-dayu suara dia, sampai tegak bulu roma wei. Tak habis dengan tu, angin kuat tiba-tiba. Cermin tingkap macam dibaling-baling batu dan semua langsir kat dalam rumah ditiup angin hingga menegak 90 darjah. Korang bayangkanlah kuat tak kuat angin malam tu. Tiba2 terdengar ketukan dipintu masuk rumah bertalu-talu macam nak roboh aku rasa pintu masa tu. Atas bumbung pulak dah macam orang berlari-lari, lepas tu kami dengar bunyi macam ada benda yang duk cakar sekeliling rumah. Rumah papan, memang kuat dan jelas bunyi tu. Masing-masing duk berpelukan dan ada sepupu aku yang mejerit dan menangis. Tiba-tiba ayah aku datang dan temankan kami. Ayah pesan suruh baca Al-fatihah,ayat 3 kul dan ayat kursi. Ayah cakap zikir sampai tidur.
BERPISAH JUA
Pagi tu kami semua dikejutkan dengan erangan suara moyang yang sekejap merintih, sekejap menangis. Masa tu aku tak tau nak sedih ke nak takut sebab masih mamai kot tengah tidur mak kejut bangun. Lagipun lepas tragedi “moyang ada dua“ dan ribut taufan malam tadi, perasaan takut aku mengatasi perasaan sayang aku kat moyang. Dalam keadaan aku yang terpisat-pisat, tiba-tiba pintu rumah diketuk. Aku dah seriau masa ni, entah bala apa pulak yang nak datang?? Mak bangun dan buka pintu, kelihatan atok sedara aku yang baru sampai bersama seorang ustaz. Aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya, tapi bila semua dah berkumpul dekat ruang tamu tengah aku selit2 jugaklah sebab nak tengok. Aku dengar Ustaz cuba berkomunikasi dengan moyang, kemudian Ustaz membacakan ayat2 al quran.
Beberapa minit kemudian,aku nampak atok sedara dan pakcik sedara aku keluar rumah, ambil tangga dan panjat atas bumbung rumah. Salah satu atap zink yang betul2 tepat berada atas kepala tempat moyang berbaring dibuka. Sinar matahari pagi menyimbah raut wajah moyang, dan ketika itu aku dengar ustaz perlahan-lahan ajarkan moyang menyebut syahadah sambil diiringi bacaan yassin dari anak2 moyang serta mak dengan mak long. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Dari DIA kita datang, kepada DIA jualah kita kembali. Jenazah moyang selamat dimandikan, dikafan dan dikebumikan pada hari itu juga. Tiada apa kejadian pelik yang berlaku seingat aku lah. Mak aku pun cakap, takda apa2 yang ganjil berlaku sepanjang proses pengendalian jenazah. Kalau ada pun mungkin mereka memilih untuk diam dari berkata-kata tidak elok tentang jenazah. Wallahualam. Orang kampung datang menziarahi arwah sebelum dan selepas dikebumikan sambil membawa beras, gula, susu dan seangkatan dengannya. Aku pun pelik, mungkin pada usia aku yang masa tu baru 10 tahun, jadi aku tak faham sangat cara ziarah orang kampung ni.
Malam lepas kenduri tahlil, aku dengar mak aku dengan mak long berborak, menangis sambil berpelukan. Kata mak, walaupun moyang macam tu tapi moyang baik dan banyak berkoban untuk mereka. Yelah hidup menjanda nak membesarkan 5 orang anak (lepas kematian suami ke 2 pula) dan bila anak2 dah membesar, nak kene bela cucu pula (4 beradik mak aku selepas kematian arwah nenek yang meninggal masa lahirkan pak usu aku). Mak cakap moyang tabah orangnya, membanting tulang mengerah kudrat ambil upah mengerjakan bendang orang, menoreh ladang getah orang, mengurut, jadi bidan dari zaman penjajahan sampai dah merdeka. Apa saje kerja moyang buat tak memilih asalkan dapat suap anak cucu dia. Mak cakap, masa kecik dulu mak long pernah terdengar yang salah seorang dari anak moyang pernah bersuara menyuruh moyang bagi mak 4 beradik pada orang lain bela sebab dahlah time tu susah nak bela cucu pulak. Moyang cakap, langkah mayat aku dari pisahkan diorang adik beradik.
Kata emak lagi, Ustaz ada cerita serba sedikit tentang arwah moyang. Kata ustaz, arwah moyang ada belaan saka jin berbentuk jelmaan harimau dan ular yang macam dalam mimpi aku tu lah. Yang kononnya dibela sebagai penjaga dia,rumah dan keturunannya. Patutlah aku selalu nampak arwah moyang selalu tabur beras depan halaman rumah. Kadang2 dia akan keluar ikut pintu dapur menatang sebuah dulang yang isinya aku tak berapa pasti, dibawa ke baroh ulu sungai belakang rumah. Selain itu kata ustaz, pelbagai ilmu dituntut arwah moyang yang membolehkannya menjadi berani, kuat dan cantik. Bab cantik tu aku tiba-tiba teringat satu peristiwa masa aku duk berborak dengan arwah moyang. Moyang ada bacakan 4 rangkap ayat yang pada masa tu aku ingatkan rangkap pantun, huhuhu.
Moyang cakap, “ini ayat penyeri muka. Setiap kaum adam yang memandangmu pasti terpikat. Bacakan pada bedak dan sapu pada muka. Buat waktu pada malam bulan mengambang”. Aku?? Cett. Macam biasa memang tak amik port lah. Umur 10 tahun kot? Kaum adam dari planet mana yang nak aku ikat? Jadi, ayat2 tu memang tak lekat langsung kat kepala otak aku. Jangan ada yang PM aku nak minta ayat tu sudah lah.
BERAKHIRKAH ATAU SATU PERMULAAN?
Selepas selesai tahlil pada hari ke tiga, esok paginya kami bersiap2 nak balik. Sebelum tu kami decide nak singgah kat kubur arwah moyang. Sampai je ke tanah perkuburan, dari jauh aku nampak macam ada ‘benda’ kat tepi kubur arwah. “Ehh, macam anjing je? Ehh, tapi besar pulak anjing tu dah macam beruang plak? Anjing putih?”. Aku tertanya-tanya dalam hati. Bila sampai je di kubur arwah, aku pun terteleng-teleng pandang kiri kanan, meliar matu aku cari anjing tadi. “Takkan dah hilang??”. Saat mata aku tertancap pada kubur arwah moyang, mulut aku yang gatal ni sepontan menegur. ”Ehh, mak, ni tapak apa mak? Banyaknya atas kubur moyang. Keliling kubur pun banyak!”. Mak aku suakan jari telunjuk dia kat mulut aku tanda suruh diam. Masa tu nenek sedara aku dengan spontan jawab, ”tu tapak kaki rimau tu, xda apalah”.
Ermmmm, okay, kali ni aku betul2 diam. Masa nak balik tu aku salam semua tok nek mak pak sedara dan sepupu sepapat bau2 bacang mangga yang ada. Sampai lah turn nak salam nenek sedara dan mak long aku. Ada kejadian di sini! Bila aku suakan tangan aku, nenek sedara aku ni genggam tangan aku lama. Dia senyum dan bisik kat aku, ”lepas ni balik jenguk nenek ya. Borak2 dengan nenek. Kalau rindu, sebut je nama nenek dan moyang. Nanti kami datang tengok cu”. Aku senyum dan jawab. Ermmmm. Lepas tu tangan aku beralih pulak nak salam mak long aku sebab dia pun nak balik juga. Mak long peluk aku dan bisik, ”anak buah maklong. Lepas ni kalau ada apa2 cerita dengan mak long ya. Mak long sentiasa ada disisi kamu bila di perlukan, seru aje mak long, nanti mak long datang dalam mimpi. Sihat kamu, sihatlah mak long. Sakit kamu, sakitlah maklong. Kita satu, ingat tu”. Okay, I is seram gila time ni. Aku leraikan pelukan dan senyum je. Selepas tamat sesi ziarah kubur, kami pun berangkat balik ke KL. Bye2 Melaka. Bye2 moyang.
“23 tahun dah berlalu sejak pemergian arwah moyang. Rentetan demi rentetan cerita dan pengalaman yang aku lalui bersama watak2 yang lain sepanjang usiaku meningkat remaja hinggalah aku berkahwin. Sehingga kini dan di saat aku sedang menaip cerita ini, ada ‘berpasang-pasang’ mata bugar dan tajam memandang aku sambil tersenyum.
Tiada Daya upayaku melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Esa. Aku berlindung dengan Rabb Mu Wahai Tuhan sekalian alam. Ya Rahman Ya Rahim. Wassalam.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
A
Seram.. tp mmg btul la.. org dulu2 mmg bela2 ni sbb nk jaga diri mereka dan kluarga.. klu duk dlm hutan, bkn mende halus je nk tkut, binatang buas pn dorg nk kna fkirkn jga…
Lgpn dulu2, psl agama sume mana ada di praktikan sgt, cume alim ulama je la y amalkn amaln agama..
seram.. hehe
hehehe.. 😛
Nasib ko x ingt ayat penyeri tu. Lang ada pula yang amal. Naya.
*kang
betul..sy mmg x ingat langsung ayatnya.mgkin masa tu sy tak ambil port sgt dan masih kecil..cuma bila dah remaja,ada ayat2 yg diberi seseorg sy ingat dan pernah amalkan…insyaallah klu berkelapangan,sy akan sambung cerita.
huish seram… sy rasa moyang awk nk wariskn awk sesuatu.. tapi x dapat sebab ade penghalang nya…smg awk sentiasa di lindungi….allah swt
amin…terima kasih mendoakan saya..semoga awak dalam perlindungan Allah jua.amin
Nice story, kipidap
insyaallah,tq 🙂
Ending cerita macam awak dah diturunkan penjaga tu,boleh tak sambung cerita sepanjang dapat penjaga tu?
Thumbs up!!
tq 🙂
Errrkkkk…
Takootttnye jd ‘insan terpilih’ camni…
Plg kesian mak tu ar asyik stsa kena berjage2 perati anak tu sepanjang mase…
Part kaki berulat2 tu mmg plg hakak xleh byg…
Aaarrrgghhhh…
memang tak best kak…hura hara dibuatnya!
Mak…besar penorbanannya buat saya.sekrg beliau tak sihat,mohon doakan agar Allah pelihara kesihatan mak saya ya kak..amin.
Part kaki berulat tu…sampai skrg klu time raya saya timbulkan cerita ni pada alang (abg saya),mesti kami geli geleman kak…
Baguihlar hang reply satu2 komen2 kt sni ekk…
TERASA DIRIKU BEGITU BERHARGA…
Hehehehehhe…
Tengkiu…
Akk ni dh ler ulat tu makhluk yg plg akk anti…
Gamaknye klu akk yg kena cmtu mau akk gune dahan dik, sebatu jauhnye dok kuis, bkn gune ranting daahhh…
Huhuhuuuu…
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dunia akhirat adik, mak dan sekeluarga…
Biar pon mak x sihat x kuat, selagi masih adanye mak kekuatan dan semangat tu stsa ada…
InsyaaAllah…
aminn.
terima kasih kak atas doamu….sejahtera keatasmu dan keluarga juga..semoga dlm lindungan Allah swt.amin
Jalan cerita yang baik..semoga Allah lindungi kamu sekeluarga.
Amin…terima kasih 🙂
Gulp! Nenek sedara dgn mak long jadi waris yg menerima ke atau dua2 tu jelmaan?
jeng..jeng….huhuhu
kan? mcm dieorg yng waris
Superb! Nice story 😉
🙂 <3
Best ?????… t sambung lg k…
insyaallah lynn..tq
power cerita ni. part salam berpelukan sama nenek sedara dan maklong tu ha serammmm. moga awak dan mak juga seisi keluarga dilindungi Allah. inshaa allah. aamiin.
sebenarnya bukan mudah kak ikin untuk saya lupakan…lagi2 beberapa potongan ayat yg pernah diajar,bagai kan sebati walau habis buku dah dibakar.kalau ingat ayat pangkal nya saja,maka ayat seterusnya akanberlegar hingga tamat walaupun sy langsung taknak ingat ayatnya…macam dipaksa.insyaallah ,klu berkelapangan sy sambung..buat mas ni sy masih dlm tempoh berubat lagi…
Doakan kesejahteraan sy dan keluarga ya ka..syukran
Mcm crita Kekasih Kuseru..saka tu hnya nak kpd waris perempuan je..
Nest story please!!
oh iya ke..nanti sy ceritanya ya.tq info 🙂
seramnyaa. so ada sambungan tak? kiranya you ni jadi pewaris ke ?
Iinsyaallah,jika ada kelapangan sy sambung ya cici…tq 🙂
A+
Terima kasih cikgu..huhuu 😛
Sebenarnya xelok jika kita terbaca ayat2 mentera ni coz jin akan anggap yg membacanya sbgai tuannya/otomatik jadi pengamal.dulu masa bujang,rajin gak mengamalkan ayt2 mantera ni sebab blaja silat etc.bila dh tau mantera ni salah di sisi agama,dh tlambat.macam2 ‘animal’ dh ikut.bdn pun dh ‘berat’ tp alhamdulillah masih terkawal . Balik pd yg mula2 gak yg betul. Al quran. The best among the best sepanjang zaman.
Betul tu,sy setuju….sepertimana sy yg cuba utk buang segala mentera tp gagal ibarat dah sebati dlm diri.sbgai pendinding untuk itu,sy basahkan lidah dgn zikrullah…ada juga ayat yg mak long beri khas utk berlawan fizikal dgn musuh.Bilamana ayat dibaca,letak saja gengaman tangan ke bdan musuh maka patah tulang belulang.abg sepupu sy ada yg ambil dan amal kerana bkerja sbg bodyguard….apapun ilmu ,tetap Allah sebaik2 pelindung ..Tuhan sekalian alam yg berkuasa atas sesuatu..semoga kita dlm perlindungan Allah.amin
? mmg mcm2 jnis ilmu yg ada. Nyambil tu sy buat gak perubatan/gangguan tp yg xberat lah.Dulu dh nekad buang smua,lepas dh nak ending proses tu mmg rasa bdn ringan tp org tu masukkan yg lain plak.kategori atas dari jin.maka *animal2* yg konon dbuang tu pn dtg balik coz ada chief baru. Hampeh tol.
Sbenarnya kita rasa seronok bila ada *animal* cmni sbb yg *animal lain* xbrani dekat tp effectnya akan ada bila satu hari nanti bila kita dh tua/uzur,bdn akn lemah. Time tu lah yg kita ngadap masa sihat dulu *mereka/keturunannya* akan balas dendam atau yg ada pd kita akan take over kita.
Ada kawan yg boleh buang smua ni tanpa bantuan dari *mereka* tp sy nk study dulu agar pisang xberbuah 2x heheh.
Insyallah Allah sentiasa menjaga kita
best..setanding #sicelupar dan no rumah…
masuk dalam list feveret…
Allahu…segala puji bagi Allah..rasanya bagai pipit dgn enggang.mereka jau lebih berbakat,sy baru merangkak lagi sis.btw,t.kasih sudi baca kisah hidup saya.
Best. Tertarik baca sebab panjang and detail.
Terbaeklah Cikedot!
T.kasih ya sudi baca…sejujurnya bnyak lagi peristiwa yg berlaku tapi tak tertulis untuk sy gambarkan…huhuhu
Pandainya awak bercerita.. sies kagum sgt.. ada sedih, ada seram.. doa yg baik2 untuk awak =)
Terima kasih sis sudi baca kisah hidup sy..semoga jadi pedoman dan terhindar dr unsur syirik.semoga kita dalam perlindungan Allah.amin
Boleh buat movie ni.. Confirm penuh panggung! Btw Cikedot..
Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Doa saya buat Ibu awak.
Kagum. Awak mmg ??????
Amin..allahumma amin.terima kasih atas doanya saudara.
Kisah benar yg menarik.. Buat filem mesti best..
Best.. cara penceritaan mmg berbakat jd penulis.. semoga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT.. Aamiin..
Amin…allahumma amin.t.kasih atas doanya.semoga awak dalam rahmat allah yg maha luas..amin.
Mmg bercita2 mnjadi penulis tapi sayang skill penulisan masih dalam bentuk bayi merangkak..huhuhu
Hope ada sambungan..sebab nak tahu lgi lanjut hehe.?
Insyaallah….sy ada buat sambungan dlm moyang 2: maklong & nek jah…cuma untuk sambungan seterusnya belum lagi kerana agak berat utk sy nukilkan.kronologinya bersangkut paut…
best penceritaan awak..
tersusun cantik..senang paham..
tapi seram sgt baca..
tambah2 part masa awak salam nenek sedara & mak long awak..
ada masa nanti,sambung yer..
sy doakan awak & family baik2 saja..
Best…penceritaan yg baguih ni..sambng la lg
Jadi, nenek dan maklong juga jadi pewaris la ya. Mak cikedot camne? Alahai kesiannya takboleh ke nak buang benda-benda ni.
Mengikut apa yg mak cerita,malam sebelum arwah meninggal nek jah yang dapat.malam tu mak cakap,mak long nak tapi arwah pilih nek jah.dari cerita mak,arwah moyang x berapa berkenan dgn perangai mak long.walaupun mak long x dpt saka tu,dia sendiri dah ada ilmu dan khadam/belaan sendiri..kalu awk perasan,sy ada bgtau saka tu nak anak perempuan dari susur galur.Itu sebab saya yang jadi sasaran.Kenapa bukan mak?Mungkin mak sy dah siap sedia dgn bentengkan diri melalui amal ibadah dan mohon perlindungan Allah.Lagi pun mak saya memang langsung x berkenan dgn ilmu2 arwah moyang,berbanding nek jah dan mak long yg memang menuntut dari arwah.Cuma sekarang,mak saya pun dah didatangi mimpi arwah moyang dan nek jah..buat pengetahuan awak,mak saya sekarang tengah sakit..sayu hati sy tgok keadaan mak..allah je yg tahu perasaan sy saat ni.mak sakit,sy sakit…adik sy pula skrg dah makin stress sbb mimpi juga..entahlah.semoga allah bantu kami..kami pun tak berhenti berubat sana sini.berusaha mana yg termampu,selebihnya say berserah pada Allah…
Assalamualaikum cikedot
Cerita sis membuatkan saya teringat arwah moyang saya (belah mak dan dari melaka). Kata mak saya, saka harimau sebab bapa sedara saya pernah terserempak harimau sebesar lembu. Saya memang tak rapat dengan arwah moyang. Tapi mak cik saya pernah nak bagi ayat2 pantun kat saya. Tapi saya menolak dengan baik. Saya pun berubat buang saka juga. Benda2 macam ni walaupun tak pernah muncul/menjelma dalam mimpi tapi sangat memberikan beban dalam hidup saya.
Semoga sis cepat sembuh dan rezeki mempunyai anak. Don’t giv up. Allah swt always with us.
Melaka kampong ape sis???
Cik edit, arwah tok saya org jawa, saya mmg tggal dgn arwah sejak Dr tadika lg sampai saya masuk Sek asrama. Masa arwah tokwan meninggal, Mak belom kahwin, tp Mak cte Mak nmpk harimau belingkar bwh rumah. Saya xde la warisi apa2 cuma blh mengurut, Tu pun kene bg pengeras Kalo x saya Akan cirit birit Dan muntah2. Mngurut Tu turun sendiri, X blajar pun. Tp arwah Ada jgk ajar mentera masa berbedak, sikat rambut, pakai baju tapi mcm cikedot la, kecik lg Dan x mbik port
Bila bace sume perasaan ade..sedih seram terharu lucu ..dan hanya mampu huhuhuhu saje
pengalaman yang menyeram kan…
terbaikkk
👍
Cerita ko ngan cite aq lebeh kurang.. So, aq paham perasaan ko.. Hurm..
Masyaallah tabarakallah. allah je yang tahu perkara2 begini. teringat kat moyang saya macam ni juga tapi saya tak dapat nak kumpul semua cerita sebab wan saya banyak rahsiakan. banyak cerita dari ayah dan makcik yang sudi kongsi. itu pon saya banyak dah lupa. bila fikir macam tak logik dek akal. tapi itu lah yang berlaku. cuma saya doa jangan la saya dan keluarga terima saka2 ni semua. semoga awak sentiasa dalam rahmatnya