Assalammualaikum,pembaca FS. Aku Mimi. Hari ni aku akan ceritakan tentang MOYANG SITI di kampung aku.
Kampung aku di Temerloh, Pahang. Aku mempunyai 7 orang ahli keluarga termasuk aku, ibu, ayah, nenek, atuk, adik dan Moyang Siti.
Sebenarnya, Moyang Siti bukan berasal daripada keluarga kami. Dia adalah orang luar tetapi kami menganggap dia sebagai keluarga. Moyang Siti ni, umurnya sudah 90-an. Tetapi masih boleh berjalan. Ada satu perbuatan Moyang Siti yang aku memang tak berkenan. Setiap kali selepas waktu Maghrib, Moyang Siti akan menguraikan rambutnya yang panjang beruban.
Ada satu malam tu, aku nak pergi ke tandas. Di dapur memang akan hanya ada satu lampu pelita dan menambahkan lagi suasana yang seram. Jantung aku bagai berhenti berdegup melihat seorang perempuan tua dengan rambut putih panjang sedang berjalan terbongkok-bongkok di dapur. Ternyata itu hanyalah Moyang Siti. Apabila berjalan, terompah yang dipakainya juga akan berbunyi keletak-keletuk seperti bunyi ladam kuda.
Walaupun kami sekeluarga amat menghormati Moyang Siti, ada kelakuannya yang kami tidak suka. Dia suka pergi makan di rumah jiran-jiran. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Kadang-kadang tanpa izin tuan rumah tersebut. Terutamanya rumah Makcik Senah, Makcik Kiah dan Opah Kalsom. Tentulah kami tak suka kerana seolah-olah kami tidak memberinya makan.
“Patutlah bila bangun pagi, nasi dan sambal berkurang. Rupanya Moyang Siti yang makan. Tak apalah daripada dimakan kucing,” kata Makcik Kiah ketika sedang menjemur baju bersama Makcik Senah dan Opah Kalsom.
Pada suatu hari, Moyang Siti meninggal. Jenazahnya diusung keliling kampung. Kanak-kanak yang belum akil baligh tidak dibenarkan keluar rumah. Kami kanak-kanak memang suka kalau ada kenduri arwah. Banyak makanan.
Pada hari ketujuh, ayah-ayah akan duduk minum kopi bersama. Ibu-Ibu dan nenek-nenek juga akan berborak-borak daripada tentang hal rumah tangga sehinggalah ke cerita hantu.
Tiba-tiba,
“Teringat arwah Moyang Siti,” kata Makcik Kiah.
“Itulah. Sudah tujuh hari dia tiada,” kata Makcik Senah pula.
“Kau tahu? haritu aku marahkan anak aku si Afiq kerana makan pada waktu malam. Bukan apa, kerana badannya sudah gemuk,” cerita Makcik Kiah.
“Biarlah anak nak membesar tu,” bantah Opah Kalsom pula.
“Yalah, tapi yang peliknya, dia tak mahu mengaku. Sama macam arwah Moyang Siti,” Makcik Kiah mengerutkan keningnya.
“Oh sebab tu kau teringat kat Moyang Siti?” tanya Makcik Senah.
“Setiap kali bangun pagi, mesti nasi dan sambal akan berkurang. Tak pun, habis,” kata Makcik Kiah.
“Eh, jap. Dekat rumah aku pun sama. Bangun pagi je, nasi dan sambal mesti berkurang. Nak kata anak aku makan, tak pulak sebab dia baru je balik tadi,” Makcik Senah berkata.
“Apa kata korang letak cili hijau banyak-banyak dalam sambal. Siapa yang sakit perut esoknya, dialah yang makan!” cadang Opah Kalsom.
Tiba-tiba, Opah Timah bersuara, “Aku nak bagitahu ni tapi bukan nak takutkan korang. Dua malam lepas, aku ada terdengar bunyi macam orang mengeluh-ngeluh dari dapur Kiah.”
“Huh? tapi saya seorang je dekat rumah tu malam tu, Opah.” kata Makcik Kiah yang dah mula risau.
“Emm… siapa dia opah? Suaranya mirip dengan siapa?” seorang lelaki yang berada di situ cuba menduga-duga.
Opah Timah tidak sanggup untuk memberi jawapan. Dia hanya suruh semua pulang kerana sudah lewat malam.
Malam itu, aku nak buang air. Jadi, aku minta nenek aku temankan kerana tandas kat luar rumah. Tiba-tiba kami nampak seorang perempuan kat tepi perigi suruh kami senyap dan memanggil kami.
“Sini, sini!” Makcik Kiah rupanya.
Makcik Kiah kata dia terdengar bunyi orang mengeluh dari dapur dia. Kami pun sama-sama melatakkan telinga di dinding dapur Makcik Kiah.
“Akang dasssss, Tak akang laperrrrr. Akang dasssss, Tak akang laperrrr.” Terdengar suara orang tua yang sengau seperti sedang selesema. Diucapnya berulang kali seperti mantera.
“Akang dassssss, Tak akang laperrrrr…” (Hendak dimakan pedas, tak dimakan lapar!).
keluhan itu berbunyi lagi. Aku mengintai dari celahan dinding. Darahku bagai berhenti mengalir. Jantungku berdegup kencang. Terlihat seorang perempuan tua rambut putih panjang mengurai berjalan terbongkok-bongkok mengelilingi meja makan. Dia mengangkat kainnya. Ketika itu terdengar bunyi keletak….keletuk…..keletak. Seperti bunyi kaki kuda.
Apabila melihat kakinya… Ya Allah! Itu kaki kuda! Perempuan tua itu berkaki kuda!!
Melihat wajahnya, seperti aku kenal. Siapa ya? Ya, dia! Dia seperti ARWAH MOYANGGG!!
Lepas kejadian itu, ianya membuatkan aku terfikir, siapa jelmaan seperti arwah moyang itu. Adakah itu memang dia? jelmaan ? Atau apa.
seramm meyhh
Aiseyyy….serammmm
Kenapa jenazah moyang siti diusung keliling kampung?
Yeah right? Sounds weird
memang jiran jiran awak semua masak sambal hari-hari yer? hehehe…
hahhahahah tue lah tue tertnye gak.
Di temerloh, ramai orang kampar, asalnya indonesia. Mmg makannya sambal hari2. makanan orang padang.
hmmm cerita tak dasssss
Hahahahaha
habisnya macam tu aje?
Kenapa jenazah diusung keliling kampung?
Macam tergantung je cerite ni??
Cerita yg menarik, penulisan pun menarik. Tapi duakcitanya, bila di penghujung cerita terasa macam membuang masa je baca. Cerita tergantung…sampai klimaks terus habis.
Seram kan…
seram dah seram dah tapi awat tergantong nak oiiii?
La…awat citer tergantung
Bole thn… Not bad
Haah.. cerita menarik tp tergantung. Sambung lh lg😅
setan laa tu diknonn
jiran-jiran penulis mmg hari2 makan sambal ea? hehe kite tanya je, sebab manatau kot ada setengah orang mmg hari2 mkn wajib ada sambal ke kan
Best. Smbung pls
tu je?