Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FS. Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Admin FS kerana telah mempublishkan cerita saya dan terima kasih kepada pembaca yang membaca cerita saya ini. Saya akan mengunakan ganti nama aku supaya lebih selesa mencerita.
Pengalaman ini aku lalui semasa cuti semester pada sem 4. Aku dan rakan-rakan bercadang hendak mendaki gunung dan mandi air terjun.Hari demi hari kami plan, akhir nya hari yang ditunggu tiba. Kami seramai 6 orang dan semua lelaki.
Perjalanan kami berjalan lancar hingga la tiba di kawasan gunung tersebut. Sebelum hendak sampai ke kaki gunung kami mestilah melalui sebuah kampung. Bila sampai kami berasa pelik,kenapa kampung ni senyap semacam. Nak kata dia orang tido, lagi awal kott baru pukul 12 tengahari.
Kami teruskan perjalanan hingga tiba di tengah kampung dan berhenti berehat di sebuah surau bagi prepare barang (nak panjat gunung lah katakan) dan menunaikan solat zohor. Waktu ni baru kami bertemu dengan orang kampung. Mereka amat ramah dengan kami dan bila diperhatikan muka mereka betul-betul, molek jer kita orang tengok.
Kalau dapat awek dekat kampung ni, memang untung laa. Tapi satu jer yang kita orang pelik, kenapa kita orang dan satu lagi kumpulan (kumpulan abang big bike,mungkin konvoi kot) yang ada dekat surau tu. Kita orang tak nampak walau satu orang pun orang kampung kat dalam surau tu.
Tapi kita orang tak ambil kisah sangat, sebab bukan kampung kita orang. Lepastu, aku dan rakan bersedia untuk bertolak untuk pergi ke gunung itu. Bila sampai dekat kaki gunung itu, ada pondok pengawal sebab kalau nak masuk kawasan itu mesti bayar tiket dulu. Lepas habis bayar semua nya, aku pun tergerak hati untuk tanya abang-abang pengawal tu.
“Abang tinggal dekat mana, abang tinggal dekat kampung depan sana tu ker?. Best la kampung tu, orang pun ramah jer”. kata ku kepada pengawal tersebut
Serentak muka mereka berubah,tetapi disebabkan kami baru hendak menaiki gunung tersebut mereka cuba untuk senyum.Semasa kami berada di situ takda benda pelik yang berlaku hingga lah kami kembali ke pondok pengawal tersebut untuk pulang ke rumah.Lepastu abang pengawal yang ada dekat situ tahan kami. Mereka kemudian cakap.
“Balik nanti korang semua hati-hati. Korang tahu tak dekat depan sana takda kampung, cuma kedai tepi-tepi jalan dan sebuah surau jer. Abang tak nak beritahu tadi sebab tak nak mood korang spoil.” kata abang pengawal tu.
Kita orang pun telan air liur bila abang tu cakap macam tu. Habis yang kita orang tengok tadi apa?. Hantu ker!. Aku pun bersuara
“Wei, baik kita balik cepat. Aku dah rasa tak sedap hati lah”. kata ku
Kemudian kita orang kemas apa yang patut dan bertolak dengan tergesa-gesa sebab waktu tu dah lepas asar dan tak lama lagi maghrib. Bila kami nak sampai ke kawasan “kampung” tu, betul apa yang dicakap oleh pengawal tadi. Memang kampung tu takda and cuma ada gerai-gerai kecil tepi jalan dan dibelakang kawasan gerai tu pulak surau.
Zul yang tengah drive tiba-tiba pecut ke jalan utama hingga lah kita orang sampai ke simpang menuju ke jalan utama. Aku pun tanya kat Zul apasal kau tiba-tiba pecut tadi. Zul pun cakap
“Korang tak nampak ke tadi?” kata Zul
“Nampak apa?” kita orang serentak cakap
“Aku…aku tadi nampak seorang perempuan ni melambai-lambai kepada kita. Lepastu tiba-tiba dia terbang ke atas, mana tak kecut aku di buatnya”. Kata Zul
Kita orang pun diam seketika sambil mata meliar memerhati kawasan sekeliling kami. Lepas tu kami menerus kan perjalanan dan waktu tu dah nak hampir malam. Masa perjalanan kami untuk sampai ke bandar mengambil masa 2 jam dari kampung itu. Mula-mula keadaan baik sahaja hingga lah waktu sudah memasuki maghrib. Tiba-tiba kami rasa sejuk semacam.
“Perlahan lah sikit aircond tu, sejuk lah” Kata hakim yang duduk di belakang.
“Dah perlahan habis ni,kau nak aku off kan ker?” kata aku
Bummm, bumbung kereta berbunyi. Tapi bila kita orang tengok bumbung tu tak melengkung pun. Aku pun rasa tak sedap hati dah.Zul yang tengah drive di sebelah aku ni pun aku tengok dah gelabah semacam. Aku cuma berdoa jer lah yang kita orang selamat sampai ke rumah masing-masing. Tiba- tiba semua kawan aku yang duduk dibelakang tu berbunyi.
“Weeeeeiiiii, apa dekat depan tuuuu” kata mereka
“Apa yang dekat depan?” kata ku sambil melihat ke arah Zul yang juga tidak faham apa maksud dia orang tadi.
“Kau berdua tak nampak ker?, tu haa kak putih terbang depan kita tuuuu” Kata mereka.
Aku dan Zul tiba-tiba meremang bila mereka cakap macam tu. Aku suruh Zul bawa bertenang sebab dia yang drive kereta, kalau dia tak dapat kawal kereta habis lah kita orang semua.
Tengah aku menenangkan Zul ni, aku terlihat sesuatu berada di luar sebelah kanan Zul. Rambut dia panjang, kusut dan ada berwarna sedikit kekuningan terlekat di rambut dia. Di dalam hati aku berkata “ Ya Allah, Kak putihhhh”. Terus aku memandang Zul tepat di muka dan memberitahu supaya sentiasa pandang ke depan sebab aku tak nak dia terkejut nanti.
Sekali lagi bumbung kereta kami berbunyi dan tiba-tiba kereta kami perlahan.Kemudian Ikmal yang diam dari tadi bercakap,
“Kau dah kenapa ni Zul tiba-tiba slow pula. Pecut laa wei.” kata Ikmal
“Aku dah tekan habis ni lah, kau nak aku buat macam mane !” kata Zul menahan geram.
“Sabar oii sabar, kau jangan marah Zul. Fokus jer drive tu, kau ni Mal lain kali diam jer lah. Jangan tegur” kata ku kepada mereka.
Tiba-tiba kereta kami diterangi oleh cahaya yang sangat terang. Aku pun terfikir “apa pula bala yang datang ni?”.
Kemudian aku terdengar bunyi hon “Pittttttttttttttt Pitttttttttttt” lalu aku menoleh ke belakang kereta.Aku terlihat sekumpulan motosikal berkuasa besar mengekori rapat kereta kami. Kemudian seorang penunggang menghampiri hingga ke sebelah kanan pemandu dan memberi isyarat supaya menurunkan cermin kereta.
“Adik berhenti di tepi jalan depan sana, boleh?” kata abang itu.Lepastu dia pun pecut hingga ke hadapan kereta kami.
Selepas kami berhenti, kami pun keluar dari kereta. Aku pun pergi ke arah kumpulan ni tadi dan bertanya kepada abang yang menahan kami.
“Kenapa Abang suruh kami berhenti dekat sini?” kata ku
“Tadi kita orang tengok, ada 3 makhluk ni terbang di atas kereta kamu. So, abang fikir korang pasti ada masalah sebab itu lah abang suruh kamu berhenti. Bila kamu berhenti abang dan kawan-kawan abang buat lah apa yang patut, Alhamdulilah benda tu dah pergi dari sini”. kata abang itu tadi
“Yer ke bang, terima kasih sangat-sangat bang. Kita orang tak tahu nak buat macam mana lagi tadi”. kata kami kepada abang bigbike ni.
“Tak ada apa lah benda kecil jer pun. Korang jangan risau, lepas ni abang dengan kawan-kawan abang akan iring korang” kata abang itu lagi
“Baik lah bang, terima kasih sekali lagi” kata ku
Kemudian setelah beberapa minit, kami meneruskan perjalanan dan aku mengambil alih tempat Zul sebab aku tengok dia ni dah hilang semangat. Sepanjang perjalanan kami menuju ke bandar berjalan lancar dan tidak di ganggu lagi.
Terima kasih kerana membaca cerita saya ini, harap maaf jika cerita saya ini agak bosan.
Penulis:
Mr K
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Wow…gentleman abg bigbike tu..pnyelamat keadaan.lain kali azan j dik dlm kete..ngade sgt bnda tu usik2
pujian untuk abg big bike tuh..
guna la nme lain penulis.. sebab tiap kali bace ai teringt kat bos ai..
tak tenang ooo nk bace..
Hahahaha…maafkan saya. Jangan risau saya kuli jer.
Fuuhhhh…
Powerlah abg bikers…
Motor besor, ilmu pn besor, jiwa pn besor suke tlg org…
Kalau harapkan akk, harap badan jelah yg besor, hati kecik cepat kecuuuttt…
Huhuhuhuuu…
Nasib baik lew masa korang daki tu x de pepe…huhu
kira Guard kt area situ bagus ar sbb tak spoilkan semangat korang nk mendaki
Dulu time blaja suka gak mendaki…tapi yg pasti lam group tu kena ada yg berilmu (alim) sket la ..n slalu kena pesan ‘korang masuk hutan/gunung ni kena hati2 byk tmpt ‘keras’ ada batu..ada kayu’ ..saja diorg selit ayat x bg kitaorg takut.
?
kenapa korang kena usik tetiba.
kat mana uols mandi air terjun ni