Kau penah tak kena tindih? Bukan kena tindih biasa-biasa tapi sekali pakej dia muncul depan kau. Dia tunjuk benda yang tak masuk akal dekat kau. Kau penah?
Sebelum tu, Assalamu’alaikum kepada semua pembaca FS! Terima kasih Admin sudi siarkan kisah ini.
Okay, sekarang aku ceritakan satu kisah yang aku alami waktu aku belajar di salah satu MRSM yang terletak di Utara. Tempat wujudnya legenda Mahsuri. Kau boleh teka la MRSM mana. Aku tak penah cerita kes aku ni kepada sesiapa. Tapi aku rasa kali ni baru aku terbuka nak cerita dekat korang semua. Lebih kurang sebulan aku masuk MRSM waktu tu, memang aku tak boleh lagi nak sesuaikan diri dengan keadaan di sana. Yela aku bukan biasa tinggal asrama sebelum ni. Aku masuk MRSM ni pun waktu aku Tingkatan 4. Kiranya everyday aku akan homesick teruk la.
Kawasan MRSM ni bila siang tak la seram pun tapi kalau malam kau akan rasa lain sangat dengan keadaan dia yang dikelilingi kawasan hutan, getah dan kelapa sawit. Waktu seram kau akan bermula pada masuknya waktu Maghrib. Semacam suasana dia akan tiba-tiba muncul. Tapi bagi orang yang tak ambil kisah dorang akan buat tak tahu. Tapi bagi aku yang lemah semangat ni memang everyday terasa sesuatu. Makanya, memang malam bukan waktu sesuai la kau nak jalan-jalan keluar pergi kawasan padang ke tandas hujung Dewan Besar yang terletak berhampiran padang ke atau ponteng tak pergi prep malam tinggal di asrama sorang-sorang. Kiranya kalau kau berani buat semua ni kau memang spesies makhluk hati yang kental.
Hampir sebulan juga aku dah melalui kehidupan di MRSM ni. Dalam sebulan ni jugalah ‘benda’ tu dah mula nak usik aku. Usikan dia makin menjadi-jadi setiap hari. Setiap malam sebelum tidur semua pelajar akan membaca ayat-ayat quran dan doa tidur bersama-sama mengikut setiap blok bagi lelaki dan perempuan. Sebelum bacaan ini dimulakan, semua lampu akan dimatikan. Blok asrama pelajar akan bergelap kecuali lampu tandas dan koridor sahaja yang akan dibuka. Pelajar akan duduk di koridor masing-masing sambil membaca ayat Quran.
Ketika ini lah sesuatu yang aneh telah berlaku. Aku dengan tak semena-mena terlihat satu kelibat cahaya biru seperti bebola api berterbangan dan berkelip di dalam bilik rakan aku. Lama juga ‘benda’ tu terbang. Makin kuat bacaan maka makin terang cahaya tu. Apa yang anehnya aku sorang je yang nampak. Meremang dah waktu tu. Yela pertama kali aku tengok benda tu. Habis je bacaan ayat suci Quran maka benda itu terbang terus melepasi tingkap yang menghala ke arah hutan. So korang boleh agak la kan apa benda tu? Aku diam je waktu tu. Sebab aku tak nak rasa takut. Yela kejap lagi nak tidur. Dah la lampu tak boleh buka. Lagipun roomate aku memang jenis penakut. So aku malas nak buka cerita pasal ni.
Aku ingat benda ni berakhir malam tu je. Tapi dia berterusan kepada malam seterusnya. Dan seterusnya. So apa yang actually berlaku? Yes ‘benda’ tu makin menjadi-jadi dengan start tindih badan aku setiap kali aku tidur. Everyday aku kena tindih. Yes EVERYDAY. Bunyi macam tak logik tapi yes memang everyday aku kena tindih. Sampai aku dah jadi penat dan kadang-kadang give up. Bila keesokan harinya aku bangun, aku akan rasa penat yang amat. Aku akan selalu jadi tak bermaya. Eyebag berbakul-bakul dah kat muka ni. Tidur dalam kelas jangan cakaplah. Kalau buat pertandingan memang akulah juara tidur dalam kelas tu. So benda ni agak mengganggu aku nak belajar. Bila malam pula aku jadi takut semacam.
Dan disebabkan aku dah everyday kena tindih so aku buat satu experiment dengan melihat mana posisi tidur yang boleh buatkan aku terhindar dari ditindih. Macam-macam posisi lah yang aku cuba. Baring, terlentang, menerap, mengiring, tangan letak dekat perut, tangan letak atas kepala, peluk bantal, selimut satu badan dan macam-macam la. Tapi at the end tak juga menjadi sampailah aku jumpa satu posisi ‘benda’ ni tak boleh tindih aku. Posisi kaki silang sambil mengiring. Aku perasan bila aku tidur dengan kaki silang dan badan mengiring ‘benda’ ni macam tak boleh langsung nak tindih aku. Dengan menggunakan posisi kaki silang ini dan menyelusuri beberapa minggu seterusnya di mana ‘benda’ tu menindih aku sejak kes aku nampak bola api tu, maka akhirnya aku berjaya melawan ‘benda’ tu. Tapi happy kejap je la.
Sampai la satu malam. Malam ni malam yang paling gila sampai aku lari daripada bilik aku sebab dah tak tahan kena kacau. Disebabkan aku terlalu penat malam tu aku terus tidur without silang kaki and guess what?! ‘Benda’ tu tindih aku but kali ni dengan jelmaan. Aku rasa dia saja nak jelma sebab dah lama sangat tak dapat tindih aku kot. So saje dia bagi ‘servis’ extra sikit malam ni kat aku. Yes, kau tahu ape yang berlaku? Aku dah lelap malam tu. Dah tidur pun. Suddenly aku tak boleh nak bernafas. Aku cuba nak bangun tapi tak boleh. Macam ada benda yang hempap atas aku. Yes, aku rasa macam berbulu. Aku tak berapa nampak tapi aku dapat rasakan struktur tubuhnya. Dalam keadaan meronta tu aku berjaya buka sikit kelopak mata. Kau tahu apa aku nampak?
For a real, aku nampak asap putih tiba-tiba menyelinap masuk depan pintu bilik aku. Asap putih tu tebal sangat. Bila asap tu dah masuk sepenuhnya dia terus berubah kepada bentuk lembaga yang besar dan tinggi. Betul-betul berdiri depan aku dan pandang aku. Aku tak main-main bro & sis. Memang aku nampak. Waktu ni aku memang tak boleh gerak lagi. Nak tak nak aku kena hadap tengok apa yang dia nak tunjuk kat aku. Kebetulan dekat dengan pintu ‘benda’ tu berdiri, ada baldi aku untuk letak pakaian yang nak basuh. Kau tahu apa ‘dia’ buat? ‘Dia’ angkat baldi aku tu macam nak lontar kat aku. Aku rasa ‘dia’ marah atau nak mencabar aku kot. Tapi ‘dia’ tak baling la. Acah-acah nak baling. Dan lepas tu dia tetap berdiri depan aku dan pandang aku macam nak bagitahu aku yang dia tak nak pergi.
Masa ni aku dah agak lemah sebab aku dah terlalu push untuk bangun tapi tetap tak boleh. Ntah macam mana kuasa Allah aku boleh gerak hujung jari kaki aku dan membuatkan aku terus boleh gerakkan semula kaki, badan, tangan dan seterusnya kepala aku. So bila kau dah dapat balik tubuh kau memang tak akan lah kau baring lagi atas katil tu. Aku terus bangun dengan melompat dan berlari terus ke blok asrama satu lagi. Malam tu juga aku tidur di bilik kawan aku. And again, aku tak cerita kat sapa pun apa yang berlaku sebab otak aku dan tak boleh nak fikir apa dah dengan apa yang aku tengok tadi. Benda tu hilang sebaik sahaja aku melompat bangun daripada katil. Sebab tu aku boleh gigih keluar daripada bilik. Kalau tak memang aku tak akan segigih tu nak pergi buka pintu. Sebelum aku terlupa, roomate aku semua tidur mati dan dorang macam tak sedar apa-apa pun. Aku pula tak berani nak gerak dorang sebab masa tu otak aku fikir nak lari keluar ke blok lain je. Dah tak tahan hadap ‘benda’ tu.
Selepas daripada peristiwa malam tu aku balik ke kampung dan pergi berubat. Memang ada ‘benda’ di situ yang mengikut aku. Actually ‘dia’ tak tinggal disitu tapi bilik aku tu jadi kawasan laluan dia setiap malam. Masalahnya, kalau kau nak lalu sila lah lalu dengan hemah kan? Yang kau transit ke katil aku dah kenapa? HAHAHA geram wei. Tapi sebenarnya ‘dia’ memilih aku sebab aku nampak ‘dia’ waktu jelmaan bola api tu. Tu je sebenarnya. Then lepas je berubat Alhamdulillah semua keadaan dah pulih. Aku boleh fokus belajar dan tidur dengan aman. So dalam seram ni still ada moral of story. Moral of story, amalkan ayat Quran seperti ayat kursi selalu kalau kau nak masuk tempat baru, pergi tempat baru, nak tidur atau apa-apa lah yang kau nak buat. In shaa Allah, Allah akan melindungi kau daripada gangguan.
Sebab kita tak dapat jangka kan kalau-kalau ‘benda’ tu memilih kita pula lepas ni. Mungkin kau yang tengah baca ni? Ya, kau! HEHE. Salam.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sunah Nabi Muhammad S.A.W, tidur mengiring ke kanan, tangan kanan dipipi, kaki bersilang, bertujuan untuk mematahkan sihir dan mengelakkan gangguan makhlus halus.
Amalkan baca Al-Fatihah, Ayatul Qursi dan 3Qul bila ke tempat baru..
Dengan izin Yang Maha Berkuasa, kita terhindar dari gangguan jin, syaitan, iblis, ahli-ahli sihir, ilmu-ilmu hitam, dan kejahatan siang dan malam..
InsyaAllah..
Aku berlindung dengan kalimah Tuhan Yang Maha Sempurna dari kejahatan-kejahatan yang diciptakanNya..
dye leyh singgah situ pulak..adeh
Masa aku form 5.. aku jadi AJK utk kem pengakap kat sekolah aku.. Kat sabah dalam pkl 6:30ptg cuaca mmg da gelap.. So masa tgh lepak kat luar tandas ngan mmbr sementara tunggu peserta kem siap mandi manda.. kitorang pun borak2 la.. tgh fokus borak sambil perasap rokok sebatang.. tetiba ada bola api lalu.. dari atas bangunan tuju ke atas pokok depan tandas.. Aku ni slalu bersangka baik ngan alam semesta.. so x de la rasa takut yg datang melainkan rasa pelik..
tok.. sekolah dah perasap rokok ke? ish ish ish.. hahahah
husnudzon ratik.. tok halau nyamuk
aaarr.. hahaha halau nyamuk. eh tapi tok, kenapa kena tunggu peserta siap mandi? kenapa tak tunggu dekat dewan ke, dekat surau ke, dekat dewan makan ke? kenapa depan tandas?
Kena jaga la.. nnt peserta lari panjat pagar pula.. lagipun tunggu sana mna bole sapkok..
ermm..bagus tok! AJK yang bertonggengjawab eh bertanggungjawab.
KIU Ratik
Tok… tu sejenis ucapan ke macam mana? hahahaha
Compliment tu haha..
huh! maceh tok.. terharu ni, kena ss lepastu frame… hahahha
Maaf tok Khilaf.. bukan itu yg tok nak komen..
terlajak perahu boleh reverse tok. terlajak komen, ss jadi bukti hahaha
This an auto reply comment..
oiii tagune nya.. senang kerja tok?