As’salamualaikum kepada semua pembaca fiksyen shasha. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada FiksyenShasha kerana menerima cerita saya yang kedua iaitu sihir. Terima kasih juga kepada semua pembaca kerana menyambut dengan amat positif. Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur saya untuk menulis cerita tentang voodo ataupun buhul.
Terima kasih juga kepada yang menghubungi saya melalui whatsapp. Sampai tak terbalas chat. Walaupun lambat, saya tetap cuba untuk membalas satu persatu chat dan menjawab soalan yang diajukan. Kalau ada yang terlepas pandang. Maafkan saya. Saya buat demi umat, demi agama Allah. Ada yang kata saya banyak sangat menonton filem munafik. Itu filem, ini pengalaman saya. Mungkin juga ada yang kata saya terlalu keras menghukum. Untuk pengetahuan, kata-kata yang saya keluarkan bukanlah dari pendapat saya sendiri. Tapi, ianya kata-kata daripada guru saya dan dari pakar2 Ruqyah. Saya tak berani nak berkata sesuatu kalau saya tidak mempelajari nya. Kalau nak berdebat pergi jumpa guru saya atau pakar ruqyah. Saya kekurangan ilmu untuk itu. Hehe. Okay bukan itu point yang nak saya sampaikan. Berbalik kepada kisah voodo.
Walaupun tiada lagi gangguan pada syafiq. Sekali sekala saya datang menjenguk syafiq dirumah mertua nya. Pada 2015, isteri kepada syafiq menghubungi saya menyatakan bahawa Eqah tiba-tiba kerasukkan. Seiingat saya ianya berlaku diminggu pertama bulan puasa. Saya pun segera menuju ke rumah Hj.Hanif. Sampai saja dihadapan rumah terus dijemput masuk. Saya melihat Eqah duduk diatas sofa tanpa berkata apa dan tanpa mengerakkan kepala nya. Hanya menundukkan kepala. Lalu saya menyapa Eqah.
Saya: As’salamualaikum Eqah?
Eqah: ……
Saya: As’salamualaikum?
Eqah: ……
Saya: As’salamualaikum? Boleh bercakapkan? Jangan buat aku paksa kalian untuk bercakap. Kenapa menganggu?
Eqah: ya.. Kami dihantar untuk mengganggu dia.. Untuk merosakkan dia.
Saya: ohh.. Kamu Islam?
Eqah: ya kami Islam. Semua kami Islam.
Saya: Jin Islam juga berpuasa ya? Kamu puasa?(pertanyaan saja-saja nak tahu)
Eqah: Ya, jin Islam juga berpuasa sama seperti manusia. Hihi. Aku tak puasa. Petang tadi aku curi makan sisa makanan kat belakang rumah. Malu pulak mengaku. Hihi
Saya: Okay, cukup. Suka ja nak ambil kesempatan ye. Kembali la kepada Allah wahai bangsa-bangsa jin. Jangan menganggu. Jangan zalimi hamba Allah ini. Sesungguh nya kalian adalah jin Islam. Agama Islam tak mengajar kita keganasan. Sesungguhnya Islam adalah agama yang indah. Agama yang diterima oleh Allah. Keluarlah dan bertaubatlah kepada Allah. Ingat! Allah menciptakan jin dan manusia hanya untuk beribadat kepada Allah. Bukan untuk mengganggu makhluk Allah. Mahu keluar atau tidak?
Eqah: Ya, nanti saya keluar. Kami bosan. Huhu
Saya: keluar sekarang. Sebelum saya berdoa kat Allah supaya kamu diazab. Mahu?
Eqah: Baik.. Baik.. Kami keluar sekarang.. Kau azankan supaya mudah untuk kami keluar..
Setelah selesai azan, Eqah terus rebah pengsan. Seperti biasa selepas sesi rawatan adalah memperingatkan tentang tazkiyyatun nafs(pembersihan jiwa). Selesai semuanya, saya segera balik masuk kerja. Maklumlah saya kerja kuli-kuli sahaja. Nak atau tak saya mesti curi masa keluar untuk “emergency” kes. Sebab takda perawat lain yang ada di kawasan saya. Ada pun, semua dah busy sambung belajar, kerja di negeri orang. Tinggal lah saya seorang.
Pejam celik telah tiba 2016. Satu pengalaman yang takkan pernah saya lupa. Ia juga berlaku hampir-hampir dengan bulan ramadhan. Eqah menghantar pesanan melalui aplikasi whatsapp. Menyatakan bahawa dia merasakan sesak nafas. Saya suruh dia amalkan ruqyah mandiri dahulu. Kalau tak mampu saya akan datang merawat nya. Ada juga saya sarankan kepada Eqah supaya pergi hospital untuk “medical checkup”. Mana tahu ada penyakit lain yang menyerang.
Pada jam 11.30 malam kakak kepada Eqah yang bernama Sarah memberitahu bahawa Eqah pengsan secara tiba-tiba. Kebetulan, hari tersebut saya cuti. Dengan hati yang tenang menunggang motosikal bersama sahabat saya bernama khairul menuju ke rumah Hj.Hanif. Tak sampai 10 minit pun dari rumah saya ke rumah Hj.Hanif. Tiba saja di rumah Hj.Hanif saya masuk dan mendekati Eqah. Saya bacakan Surah Al-Fatihah 3kali, AlBaqarah 1-5, Al-Baqarah 225 3kali. Eqah memberi reaksi seperti makhluk gergasi yang besar.
Eqah: erghhhh.. Aaaaaa..
Saya: Apa tujuan kalian mengganggu hamba Allah ini?
Eqah: erghhh.. Kami dihantar!
Saya: Saya tidak membentak kamu. Saya bercakap secara lembut. Kamu dihantar untuk apa?
Eqah: Kami dihantar untuk menghancurkan hidup dia! Menghancurkan keluarga dia! Menghancurkan segala-galanya. Dia pandai menyanyi! Aku benci suara dia!
Saya: Kamu ingat, kamu tuhan? Mempunyai kuasa untuk menghancurkan makhluk Allah? Allah sahaja berhak keatas makhlukNya. Jika Allah tidak mengizinkan kamu masuk kedalam tubuh badan ini. Maka kalian tidak akan mampu masuk! Kalian tiada kuasa! Kalian bangsa yang lemah!
Eqah: Anak itik tokwi mandi dalam kolam.(nada rock) Pandai tak saya nyanyi. Hihi (lagak membelai rambut) saya minat seorang penyanyi. Yeah, yeah rock! (sambil menunjukkan simbol rock) Awie! Awie! Yeah. Kau tengok simbol rock ni. Ini adalah syaitan. Hahahahaha! Erghhh..
Saya: Sudah! Cukup. Dengarkan ini bacaan ayat-ayat Ruqyah. (Nak tergelak tak sampai hati, hehe)
Sesi bacaan ayat-ayat Ruqyah dilakukan selama 40 minit untuk menyiksa bangsa jin tersebut. Semuanya dengan izin Allah. Tidak lama Eqah sedar dari kerasukkan. Dia pengsan lagi.
Saya: Untuk apa lagi kalian masuk? Kalian siapa?
Eqah: Saya nina. Saya adik kepada nini. Kami kembar.
Saya: Nini yang tadi tu?
Eqah: iya, itu nini. Dia tu ada gila sikit. Jangan marah ya. Nanti saya tegur dia. Kami kecik lagi. Tak tahu nak buat apa.
Saya: ya! Bawak dia keluar dari tubuh hamba Allah ini. Jangan masuk lagi. Takutlah kepada Allah. Keluar segera sebelum saya pukul kalian.
Tiba-tiba Eqah bertukar karakter menjadi seorang dewasa.
Saya: Siapa pula kamu?
Eqah: Aku adalah syaitan! Haha.
Saya: Aku tak kisah kau syaitan ka! Iblis ka! Aku perintahkan engkau untuk keluar dengan Izin Allah. Keluar ke semua nya.
Eqah: wuaaaa.. Wuaaa..(menangis)
Saya: keluar! Saya tidak kisah siapa kalian. Aku perintahkan untuk keluar. Maka keluarlah.
Eqah: aku tak dapat keluar.
Saya: kenapa?
Eqah: Abang aku dah keluar pakai kereta. Kalau takda kereta macam mana aku nak angkut semua beg barang aku.
Saya: kereta apa?(saja nak tahu)
Eqah: Abang aku pakai kereta porshe. Dunia kami lebih maju dari dunia kalian.
Saya: Sudah, jangan mengarut. Kau taknak keluar. Banyak bagi alasan.
Saya terus membacakan ayat-ayat ruqyah tanpa menghiraukan kata-kata Eqah. Secara tiba-tiba Eqah melihat ke arah Khairul yang duduk di sebelah sofa. Entah apa yang sahabat saya ni angankan.
Eqah: Hoi! Apahal kau membeku kat sana! (sambil menunjuk khairul)
Khairul: ahh?……
Saya: Dia tak kacau kau. Jadi jangan kacau dia.(sambil memukul di bahagian belakang Eqah dengan sejadah)
Khairul ni sifat dia cool ja. Kena marah pun muka dia tenang ja. Hampir nak tergelak saya melihat khairul disapa oleh jin yang berada di dalam badan Eqah. Dengan izin Allah. Eqah sedar dengan sepenuh nya setelah diruqyah.
Saya: Itulah kau khairul, lain kali banyakkan berzikir bukan termenung. Haha
Khairul: Aku tak ganggu dia pun. Hehe
Saya: Aah, tapi orang yang termenung ni. Hati nya lalai kepada Allah.
Khairul: Baiklah. Huhu
Keesokkan pagi nya, jam 9. Eqah dirasuk secara tiba-tiba. Seperti biasa saya akan dihubungi oleh keluarga Hj.Hanif untuk menguruskan perkara tersebut. Pada jam 4 petang pun kerasukkan. Jam 11 malam kerasukkan lagi. Saya pun kehairanan dengan apa yang berlaku. Malah hari keesokkan nya pun jadi benda yang sama. Sampailah hari ketiga. Saya mula rasa tertekan dengan apa yang berlaku. Sungguh perkara tersebut mengganggu masa pekerjaan saya.
Pada jam 10:32 malam saya dihubungi lagi oleh keluarga Hj.Hanif. Disebabkan saya berada di tempat kerja, maka saya santai- santai sambil menulis laporan. Bukan saya tak endah dengan apa yang berlaku. Tapi saya penat kot, siang malam saya dipanggil untuk merawat si Eqah. Tak cukup tidur dibuatnya. Belum lagi termasuk saya merawat pesakit lain masa tu. Sekali lagi saya dihubungi oleh keluarga Hj.Hanif pada jam 11. Laporan telah selesai ditulis, saya kunci pagar masuk dan bergegas ke rumah Hj.Hanif ditemani Khairul. Sampai saja dihadapan rumah. Sarah menjerit.
Sarah: Muaz! Tolonglah kami! Cepat! Cepat!(sambil menangis)
Muaz: Ya Allah, kenapa ni? Tenang ya.
Sarah: Eqah! Dia belari ke dapur terus mengambil pisau! (dengan nada yang menangis ketakutan)
Muaz: Takpa, takpa, tenang, kita minta pertolongan kat Allah. (suruh orang bertenang, hati ini pun tak berani kalau orang acu senjata)
Dengan langkah yang perlahan, saya berdoa kat Allah supaya kami dilindungi. Sambil tu saya bersedia dengan kekuda. Boleh jadi Eqah menyerang saya dengan pisau. Sebab dia dalam keadaan yang dirasuk, tak mampu mengawal dirinya. Tenang, tenang, tenang saya berbisik dalam hati. Langkah demi langkah akhirnya sampai di dapur. Hj.Hanif di tingkat atas mendengar Sarah berteriak terus belari ke tingkat bawah.
Hj.Hanif: Eqah! apahal dengan kau ni? Dah gila ka? Letak ke bawah pisau tu.
Saya: Pakcik sabar, tu bukan dia.
Hj.Hanif: Takada masalah kau buat masalah. Jangan nak jadi orang gila.
Saya: Pakcik itu bukan dia. Eqah tak sedar tu.
Eqah tersenyum sinis. Saya terus tenang dan menyuruh Khairul bersedia. Khairul dan saya ialah seorang jurulatih silat gelanggang di kampung kami. Ini juga sebab Allah memberi saya peluang untuk menuntut ilmu persilatan. Kadang-kadang bertempur dengan jin yang pandai bersilat. Perawat baru berjinak mcm saya, semua nya pernah merasa kena terajang, kena tumbuk, kena ludah dan macam-macam lagi.
Dalam fikiran saya,kalau tak dapat tepis banyak serangan pun. Tumbangkan Eqah dah kira cukup. Saya tahu perkara ini berisiko tinggi untuk saya tercedera ataupun mati. Tapi saya ingat satu, kita mati diatas memperjuangkan da’wah adalah syahid. Saya serahkan diri saya hanya kepada Allah. Saya tarik nafas panjang-panjang.
Saya: letak ketempat asal pisau tu. Cepat! Letak balik! Kalau tidak Allah akan menghancurkan kalian.
Dengan perlahan-lahan Eqah taat dengan perintah saya. Diletaknya pisau ketempat asal dan saya memanggil Eqah ke ruang tamu. Eqah berjalan sambil menundukkan kepala terus duduk di atas sofa.
Saya: Kau dah kenapa? Apa yang kau nak dari hamba Allah ini?
Eqah: Enjet2 semut. Siapa sakit naik atas. (sambil membelai rambut nya)
Saya: Aku tak suruh pun kau menyanyi. Jawab soalan aku. Apa yang kau nak?
Eqah: Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi, pergi sekolah? Hahahaha. Jumpa hantu. Arghh.. Arghh..
Saya: Jangan cabar aku. Aku takada masa nak layan kau.
Terus saya membacakn ayat-ayat ruqyah. Tanpa pedulikan apa yang Eqah bebelkan. Kali ini saya tekad untuk menyiksa jin tersebut habis-habisan dengan izin Allah.
Eqah: Patung(buhul atau voodo)! Patung dia! Ada dekat tuan aku. Mereka nak bunuh budak ini. Tolong dia. Tolong. Sakit. (sambil menangis)
Saya: Patung? Engkau siapa?
Eqah: Aku jin Islam, yang dihantar. Tapi aku taknak masuk. Tuan aku sedang mencucuk jantung budak ini. Nak dia mati. Arghh. (mengerang kesakitan)
Saya: Tidak mengapa, kita minta pertolongan kepada Allah. Hanya kepada Allah. Makhluk tidak mampu mematikan. Hanya Allah berhak keatas makhlukNya.
Eqah: Sesak nafas. Urgh.. Ergh.. (menahan kesakitan, seperti ajal sudah menjemput, mata nya terbalik, badan nya tegang menahan kesakitan)
Pertama kali, saya merawat pesakit macam ni. Saya buntu, tak tahu nak buat apa. Saya meneruskan bacaan ayat ruqyah. Ya Allah, sungguh cemas situasi pada masa tersebut. Semua ahli keluarga hj.hanif berkumpul melihat keadaan Eqah yang kesakitan. Suasana menjadi sayu dengan tangisan ahli keluarga Hj.Hanif. Dimata saya semua kenangan yang di lalui bersama Eqah terpapar. Sewaktu saya belum bekerja ada juga menghabiskan masa dengan keluarga Hj.Hanif.
Eqah: Mak Ayah, Eqah mintak maaf. Jika Eqah ada buat salah. Ampunkan Eqah di dunia dan diakhirat. Eqah minta maaf kat semua sebab menyusahkan. (keluar air mata Eqah dan nafas nya tersekat)
Saat melihat Eqah seperti nazak. Terngiang-ngiang gelak ketawa nya. Senyuman manis nya. Gurau senda nya dengan adik beradik. Allahuakbar! Sukar untuk saya gambarkan bagaimana kehilangan seorang insan yang ceria. Saya hampir terleka dengan kenangan-kenangan tersebut. Saya yakin itu juga psikologi syaitan. Saya terus tersedar dari lamunan. Kesedihan saya terus hilang.
Saya: Kesemua nya, sila bertenang. Jangan takut, apa pun yang terjadi. Itu semua keatas kehendak Allah. Yakinlah dengan Allah. Makhluk takkan mampu mematikan. Ahadun Ahad!
Saya mula membacakan ayat-ayat syifa'(penyembuh) dengan niat Allah membantu kami semua. Tak henti-henti saya membacakan ayat ruqyah. Akhirnya Eqah tenang, nafas nya pun kembali normal. Alhamdulillah! Dengan izin Allah!
Saya: Eqah, ada rasa sakit2 lagi tak?
Eqah: Takda sakit. Cuma saya tak nampak apa-apa. Semua nya gelap. Saya nampak ada budak-budak bermain diatas sana.
Saya: Okay. Baiklah (Saya meletakkan telapak tangan dibahagian mata Eqah sambil membacakan surah Yassin ayat 9 sebanyak 3kali) okay, dah. Cuba buka mata dengan perlahan2. Dan minta kekuatan daripada Allah.
Eqah membuka mata nya perlahan-lahan. Terus menangis, mungkin terharu dengan apa yang terjadi tadi. Setelah berjam-jam bertarung dengan kesakitan.
Saya: Eqah, kenapa macam ni. Jiwa awak kosong, awak perlukan Allah. Dekati diri awak dengan Allah. Saya tak kesah nak ruqyah awak banyak mana pun. Tapi awak kena bantu diri awak sendiri. Sungguh kesembuhan itu adalah daripada usaha yang awak lakukan. Saya tak mampu nak sembuhkan awak. Janganlah berharap kat saya. Nanti jatuh syirik kalau bergantung sangat pada saya. Lepas ni, berubah lah kerana Allah.
Eqah mengangguk kepala dan tersenyum. Alhamdulillah senyuman itu melakar sesuatu yang menyenangkan dihati saya. Siapa tak tergamam dengan situasi macam tu. Hihi.
Keesokkan hari nya saya mendapat surat amaran dari boss. Dugaan betul pada masa tu. Saya tak menyalahkan keluarga Eqah. Saya tahu ini tanggungjawab sebagai peruqyah. Pada malam tersebut pada jam 8.00 Eqah bersama keluarga nya menghadiri Majlis Tilawah AlQuran. Sempat lagi benda tu merasuk Eqah pada majlis tu. Nasib baik dia tak mengamuk depan orang ramai. Saya dihubungi oleh Sarah dan menyatakan hal tersebut.
Dari tempat kerja ke dewan Islam memakan masa 15 minit. Dalam fikiran tengah berfikir pasal surat amaran pagi tadi. Saya fikir kalau kena buang kerja. Buanglah. Saya redho dengan apa yang berlaku. Ini bukan yang diminta keluarga Hj.Hanif. Sampai saja di dewan Islam saya terus mendekati Eqah. Cepat2 saya beri amaran kat jin tu. Jangan nak buat kecoh dikhalayak ramai. Saya suruh jin dalam membawa jasad Eqah berjalan masuk ke dalam kereta.
Saya: Kau lari siap, aku tiup dari jauh putus semua kaki kau.(takda sebenarnya kaedah ini, saja2 nak menakutkan bangsa jin tersebut)
Setelah Eqah masuk kedalam kereta. Kami bergegas pulang ke rumah Hj.Hanif. Sampai di satu lampu isyarat warna merah. Eqah menyuruh kakak nya membuka tingkap. Saya menggunakan motosikal berhenti di tepi kereta Hj.Hanif. Eqah menyapa saya.
Eqah: Oi, ada minyak ke motosikal kau tu?
Saya: Ada, jangan risau. (Nak gelak tak sampai hati)
Eqah: Oow. Baguslah. (ditutup balik tingkap kereta)
Pelik betul soalan jin tu. Pandai pulak dia ambil berat pasal orang. Dalam perjalanan menuju ke rumah Hj.Hanif sarah menghubungi saya. Tengah menunggang motosikal pun orang nak telefon. Saya angkat ja, Sarah kata Eqah nak bercakap.
Saya: Ye, ada apa?
Eqah: Macam tu kau cakap dengan orang tua? Ish2, itulah budak zaman sekarang. Orang tua nak bercakap diorang kata kita membebel. Umur aku ni 80 tahun kau perlu hormat. Kau dengar ni aku nak cakap.
Saya: Saya tengah menunggang motosikal ni. Nanti sampai rumah baru bincang. Jangan mengarahkan aku. Bangsa kau penuh tipu daya.
Saya letak telefon tanpa menghiraukan telefon. Sampai saja di rumah Eqah terus rebah dan pengsan. Niat saya nak menyedarkan Eqah terus. Tapi jin lain pulak yang masuk. Secara tiba-tiba Eqah berkata.
Eqah: Ish! Aku benci betul dengan budak laki tu. Err, boyfriend dia. Aku nak buat hubungan diorang putus. Akulah yang menghantarkan sihir kepada budak ini. Aku suka kat dia. Tapi dia tak terima cinta aku. Umur aku 15. Nama aku rahsia (sambil menghulurkan tangan nak bersalam).
Saya: Kau agak-agaklah aku ni laki. Tubuh yang kau pakai tu perempuan.
Eqah: Ops, Sorry. Macam-macam dah aku buat. Sihir angin, pakai patung, pakai gambar yang aku ambil di facebook. Semua tak menjadi. Apa yang boyfriend dia ada. Aku pun ada. Dia beli Lc135 warna biru. Aku pun beli. Tetapi kenapa budak ini tidak mencintai aku!
Saya: kau dah suka, jumpa mak ayah dia terus. Bukan dengan menghantar sihir macam ni. Ini bermaksud kau menduakan Allah. Syirik! Apa salah nya kau datang dengan cara baik dalam keluarga ni. Ini semua atas kehendak Allah. Bertaubatlah. Tak kesian dengan budak ini? Kau suka tapi kau menyakitkan dia.
Eqah: Hmm. Aku kesian kat dia. Tapi aku benci boyfriend dia! Aku tak dapat nak hantar sihir pada boyfriend dia. Sebab keluarga mereka ada saka yang menjaga. Ilmu aku tak kuat nak melawan saka.
Saya: Macam ni. Kau bertaubat saja. Jangan ganggu budak ini lagi. Jangan hantar lagi sihir kepada dia. Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku. Kalau kau suka. Kau perlu lepaskan dia. Hanya Allah lah tempat terbaik untuk kita meminta pertolongan. Bukan pada bangsa jin. Dah cukup. Aku taknak dengar apa2 lagi. Yang penting kau keluar dan jangan mengganggu budak ini. Biar dia beribadat kepada Allah.
Eqah: hmm. Baiklah. Tapi apabila budak ini sedar. Dia takkan ingat apa2 dah. Kau tahu kenapa PMR dia gagal? Haha. Aku yang jawab soalan PMR. Aku tak belajar. Mana aku tahu nak jawab apa. Selama ini aku hidup dengan keluarga dia. Hari raya aku sambut dengan mereka. Aku semua lah yang mengawal budak ni.
Saya: Sudahlah, apa-apa pun. Lepaskan dia. Aku azan kau keluar. Jangan nak lalaikan aku.
Eqah: Baiklah. As’salamualaikum.
Setelah selesai azan diikuti pula dengan iqomah. Alhamdulillah. Akhirnya Eqah sedar. Wajah nya nampak berseri tapi muka nya penuh kehairanan.
Saya: Kenapa Eqah? Hmm.
Eqah: Lama betul dah saya rasa tak jumpa mak ayah. Kak Sarah mana mak ayah?
Saya: Eh tadi ada kat sini. Mungkin diorg penat kot. Pergi la jumpa diorang kat atas.
Sampai saja Eqah di hadapan bilik mak dan ayah nya. Eqah terus berlari dan memeluk dengan erat kedua orangtua nya. Eqah datang mendekati saya. Riak wajah nya sungguh gembira.
Saya: Eqah tahun apa dah sekarang?
Eqah: 2013 lah, kenapa tanya?
Saya: Tengok smartphone awak. (Sarah memberi smartphone kepada eqah)
Eqah: Aik, biar betul 2016? Bukan 2013 ke? Smartphone ni siapa punya? Kenapa ada gambar saya?
Saya: 2016 la, hehe, takpa2. Nanti2 awak dah okay kami cerita apa yang berlaku. Yang penting sekarang ni. Awak buka buku baru. Dan dekatkan diri dengan Allah. Okay?
Eqah: yelaa..
Eqah menjalani kehidupan nya seperti biasa sehingga sekarang. Cuma dia perlu merehatkan otak nya. Untuk mengingati apa yang berlaku sepanjang dia “tidur”. Ingat tak dalam kisah sihir yang saya ceritakan. Jin tu kata budak ini akan tidur selamanya. Mungkin itu apa yang jin tu maksudkan. Dengar boleh, percaya jangan. Wallahu’alam.
Saya juga diberitahu oleh isteri syafiq bahawa Eqah mempunyai kanser tahap 1 yang disahkan oleh doktor. Tapi hilang setelah saya kerap merawat Eqah dengan ayat-ayat Ruqyah. Semuanya dengan izin Allah. Saya hampir kehilangan kerja. Tapi saya tidak menyalahkan Eqah ataupun keluarga nya. Saya anggap ini ujian untuk saya. Disini sekali lagi saya harap kepada sesiapa yang mempunyai gangguan. Maka usahalah sendiri untuk mendapatkan kesembuhan daripada Allah. Bukan bergantung pada perawat. Saya tidaklah sehebat yang disangka. Saya hanya membantu apa yang saya dapat bantu. Jangan terlampau taksub pada perawat. Carilah keredhaan Allah semata.
Mungkin ada yang dah banyak berubat dengan bermacam-macam cara. Ada yang tak sembuh-sembuh lagi. Ni saya bagi sedikit tips nak sembuh. Yang pertama, buang segala kesyirikkan, tahyul, khurafat, adat yang bertentangan dengan Islam. Berhentilah berjumpa bomoh atau dukun. Berhentilah daripada berjumpa dengan dukun yang menyerupai perawat syarie. Yang kedua Keyakinan kepada Allah. Hanya berserah kepada Allah semata-mata. Jangan meminta kesembuhan daripada makhluk lain selain daripada Allah. Ketiga hijrah, dulu tak solat. Sekarang rajin-rajin kan diri untuk solat. Dulu solat tapi dilambatkan. Sekarang percepatkan. Dulu tak tutup aurat. Sekarang tutuplah aurat dengan sempurna sesuai dengan tuntutan Islam. Semua ini adalah cara untuk mendapatkan kesembuhan.
Sekian ini saja yang dapat saya kongsikan. Maaf, jika ada kesalahan dalam penyampaian saya. Buruk nya datang daripada saya dan yang baik datangnya daripada Allah. Saya juga manusia yang mempunyai kesilapan. Kepada penulis2 saya tak larang kalian nak kongsi cerita. Itu pengalaman kalian. Yang penting perlu berhati-hati bab berkaitan dengan Aqidah. Sekali lagi saya mohon maaf atas kesilapan dan kejahilan saya. Saya minta kepada sesiapa yang membaca cerita saya ini, bersama-sama kita mendoakan kepada sesiapa yang mempunyai gangguan, sakit misteri, masalah rumah tangga dan sebagainya. Mohon dipermudahkan, disembuhkan segala penyakit, dilindungi Allah dari segala sudut. Allahumma aamiin. Doakan perjuangan saya!
Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Terima kasih kepada semua pembaca cerita saya. Panjang umur saya kongsikan lagi tentang pengalaman saya. In shaaAllah. As’salamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Terima.kasih Muaz atas peringatan tu. Selamat berpuasa
Selamat Berpuasa jugaaa ~ terima kasih sebab dalam cerita ada selit pengajaran.
boleh lah jadikan tauladan. hehe kelakar kelakar soalan jin jin tu boleh pulak tanya pasal minyak motor. haha. kalau ada cerita lagi, publish la.
Biarlah orang nak kata apa pun.sesungguhnya ilmu Allah itu luas,sesetengah org rasa mcm diri dia tau segalanyanya, banyak lagi yg belum terungkap,terpulang pada kita untuk guna untuk kebaikkan atau sebaliknya.tahniah sebab banyak membantu golongan yg lemah,tak sia2kan kelebihan yg Allah bagi, moga dilindungi Allah,
MasyaaAllah…
Mengekek2 akk dok gelak bace dialog2 mesra alam Muaz ngan jin2 tu semua…
Pastu bersungguh review kt asben, hahahahah…
Porshe…awie…minyak motor.. fail pmr…duduk membeku…ank itik tokwi nye lah bagaaiii…
Alahaaiii…
Apesal ar comel sgt cenggitu yeerrrr…
Heeeheehee…
Tapi kesian lak aaiii eqah tu lost memori utk 3tahun…
Eqah: Anak itik tokwi mandi dalam kolam.(nada rock) Pandai tak saya nyanyi. Hihi (lagak membelai rambut) saya minat seorang penyanyi. Yeah, yeah rock! (sambil menunjukkan simbol rock) Awie! Awie! Yeah. Kau tengok simbol rock ni. Ini adalah syaitan. Hahahahaha! Erghhh..
Saya: Sudah! Cukup. Dengarkan ini bacaan ayat-ayat Ruqyah. (Nak tergelak tak sampai hati, hehe)
hahahha baca yang last tu terus tergelak hahaha
Salam muaz….tertnye2 siap awk ni…sbb sblm ni sy pernah mimpikn seseorng yg sy x knl bernma muaz..dan dye watak mcm awk..dye lindungi sy dr di sihir…
Saya hanya hamba Allah yang biasa. Hehe. Allahuakbar. Hanya Allah sebaik2 pelindung dan sebaik2 penjaga. ? mainan mimpi je tu. Wallahu’alam.
Ape tajuk citer first muaz antar kat FS ni…??
Santau makanan kalo xsilap
Thumbs up. Selamat berpuasa. Den doakan mu sokmo dirahmati Allah…aamiin
Aslamualaikum…bagaimana makcik hubungi muaz utk bantuan?
Assalamualaikum.. sronok dpt mmbaca kisah muaz.. klau ad msa crita la lgi.. Ad fb ke nk contact2
Eqah: Anak itik tokwi mandi dalam kolam.(nada rock) Pandai tak saya nyanyi. Hihi (lagak membelai rambut) saya minat seorang penyanyi. Yeah, yeah rock! (sambil menunjukkan simbol rock) Awie! Awie! Yeah. Kau tengok simbol rock ni. Ini adalah syaitan. Hahahahaha! Erghhh..
Saya: Sudah! Cukup. Dengarkan ini bacaan ayat-ayat Ruqyah. (Nak tergelak tak sampai hati, hehe)
sumpah yg ni berdekak baca dan satu lagi yg dia tanya pasal cukup tak minyak nak balik tu ahahaha
Saya: keluar! Saya tidak kisah siapa kalian. Aku perintahkan untuk keluar. Maka keluarlah.
Eqah: aku tak dapat keluar.
Saya: kenapa?
Eqah: Abang aku dah keluar pakai kereta. Kalau takda kereta macam mana aku nak angkut semua beg barang aku.
Saya: kereta apa?(saja nak tahu)
Eqah: Abang aku pakai kereta porshe. Dunia kami lebih maju dari dunia kalian.
Saya: Sudah, jangan mengarut. Kau taknak keluar. Banyak bagi alasan.
hahahaahahaha lawak doh baca cerita ni mengekek aku sorang2 baca!