Aku pernah bertugas selama setahun di Indonesia. Semasa disana aku mengupah seorang lelaki tempatan sebagai supir peribadi sebab aku tak nak memandu, dan juga sebab standard rate untuk perkhidmatan personal driver sangat berpatutan.
Aku mengenali Anton dari kenalan warga tempatan yang memaklumkan bahawa anak rakannya menawarkan khidmat chauffeur dan dipendekkan cerita, Anton menjadi pemandu peribadi aku dengan kereta Toyota Kijangnya.
Seperti biasa, aku cuba korek cerita dari Anton dan pada mulanya dia tak berapa warm to the idea dan cuma cakap “ga pernah pak, kok mau cari perkara-perkara aneh gitu, hidup biasa aja udah rame sulitnya” dengan berseloroh.
Pada satu hari, aku dalam perjalanan ke Bandung dari Jakarta dan sangkut dalam traffic jam atau dalam bahasa Indonya ‘macet’. Kalau siapa pernah ke Bandung dari Jakarta ikut highway mungkin pernah merasa lah bahana sangkut dalam macet ni. Pada mulanya aku steady lagi tapi lepas 3 jam aku surrender. Walaupun aku tak driving tapi duduk aja pun penat juga, berkematu buntut aku.
Macam-macam lah aku berborak dengan Anton, kebanyakkan pasal kehidupan dia dan sebagainya. Sehinggalah ke satu topik ni aku tak ingat macam mana mulanya, Anton cakap kejadian paling pelik dan tak boleh lupakan adalah ketika dia masih di kampong halaman iaitu di dalam daerah Padang, Sumatera Barat.
Sebelum berhijrah ke Jakarta, Anton menjalankan perniagaan persupiran di Padang. Pelanggan terdiri dari warga tempatan yang dah bermastautin di luar Sumatra dan mengupahnya untuk durasi tertentu membawa mereka sekitar Sumatra Barat, biasanya untuk menghadiri acara perkahwinan. Selain dari jadi pemandu peribadi, ada masa Anton ditawarkan untuk jadi ‘penghantar’ dimana orang beli kereta di Sumatra atau ada kereta di Sumatra tapi nak bawa ke Jakarta, Anton akan dibayar untuk memandu kereta tersebut dari Padang sampailah ke Jakarta yang mengambil masa sekitar dua hari.
Kata Anton, biasanya dia tolak tawaran sebegitu kerana berisiko tinggi tapi untuk kes-kes tertentu dia ambil tawaran tersebut, itu pun atas dasar terdesak. Pada pertengahan tahun 1990, seorang hartawan Padang mahu mengupah Anton untuk menghantar kereta Honda Accord ke anaknya yang menetap di Jakarta. Masa itu anak sulung Anton dalam persediaan mahu mengambil ujian masuk universiti jadi perlu pakai banyak duit untuk hantar tusyen dan sebagainya.
Anton ditawarkan upah sekitar 1500 ringgit kalau convert ke RM dan itu tak termasuk kos logistik macam minyak sebagainya dimana akan diberi berasingan. Dia bawa bersama adiknya yang bertindak sebagai kelindan. Setelah melakukan perancangan, dia bercadang untuk memulakan perjalanan minggu berikutnya.
Perkhidmatan pemandu ni bukanlah sesuatu yang asing di Sumatra kerana ramai yang berkecimpung dalam industri ini, cuma bila melibatkan pemanduan untuk jarak teramat jauh, terutamanya melewati bahagian selatan kepulauan Sumatra menuju ke pulau Jawa, ramai yang keberatan dan hanya yang betul-betul otai sanggup ambil job macam tu.
Ini bukan sebab malas nak memandu jauh tapi kata Anton, jalan menuju ke Lampung (tempat naik feri menuju ke pulau Jawa) itu melalui penempatan-penempatan terpencil dimana ramai penduduk jadi lanun jalanan merompak kenderaan yang lalu-lalang. Dengan berbekalkan parang panjang dalam kereta, Anton memulakan perjalanan seawal Subuh.
Untuk 5 jam pertama tak ada masalah. Malah dia enjoy sebab pemandangan cantik. Bila masuk sahaja ke kawasan kampong, Anton mula memandu berhati-hati dan mengekori agak rapat beberapa buah lori yang melalui jalan yang sama.
Beberapa suspicious characters berpeleseran tepi jalan melihat tajam kereta lalu-lalang. Anton menyuruh adiknya supaya tidak bertentang mata dengan mereka. Kata Anton, banyak kampung di kawasan itu yang mengamalkan ‘undang-undang rimba’ di mana hukum ‘hutang darah dibayar darah’ dipraktikkan secara meluas.
Katalah dia terlanggar binatang ternakan, memang masaklah dikerjakan penduduk kampung, apa lagi kalau terlanggar penduduk kampung yang melintas jalan ikut suka hati. Kata Anton kalau terlanggar mati, memang dia pun akan di’mati’kan oleh penduduk kampung.
Jadi dia berhati-hati kerana penduduk kampung pun boleh tahan banyak akal, kadang-kadang ada yang sanggup melompat depan kereta supaya dilanggar. Kemudian boleh ‘ketuk’ minta pampasan sampai tahap tanah pusaka pun boleh tergadai. Aku tanya takkan la sampai macam itu kot, Anton cakap “Bener pak, orang-orang ini tau soalnya gimana apa segala, kayak ada sindiket gitu.”
Tiba di satu simpang, semua lori belok ke kanan manakala Anton mahu ke kiri. Dia serba-salah, lori-lori itu amat diperlukan sebagai perlindungan tetapi dia tak boleh belok kanan kerana lain route nya. Mahu berhenti sehingga ada lori lain ambil masa pula, dan kalau kereta tak bergerak lagi lah jadi ‘sitting duck’.
Jadi Anton ambil keputusan untuk berhadapan dengan risiko memandu di jalan kampung seorang diri. Adiknya dah standby letak parang atas riba. Mereka melintas depan beberapa mat rempit yang melepak di tepi jalan dan mula mengekori dari belakang dengan motor jipang masing-masing. Anton melajukan kenderaan tapi tak boleh nak laju sangat disebabkan jalan bengkang-bengkok.
Walaupun air-cond set ke maksimum tapi peluh merecik di dahi. Memang gemuruh habis kata Anton. Tapi selagi dia menjarakkan kenderaan sewajarnya dengan gerombolan motorsikal di belakang, kuranglah sikit kemungkinan nak kena rompak itu.
Tiba-tiba satu benda jatuh berdebuk betul-betul atas jalan raya dan Anton tak sempat nak elak. Dia terlanggar dan hilang kawalan. Kereta masuk dalam parit. Dengan mata masih terkebil-kebil, tubuhnya diseret keluar dengan kasar.
Kata Anton, dia dipaksa melutut dan melihat sekujur tubuh wanita penuh dengan darah terbaring atas jalan. Bermati-matian dia kata yang mayat tersebut jatuh secara tiba-tiba dan bukan kerana dilanggar olehnya. Sudah tentulah orang-orang kampung tak percaya. Atau… buat-buat tak percaya?
Anton dan adiknya dibawa ke tengah kampung dan dipasang pasung sebelum dicampak ke dalam kandang diperbuat dari besi pagar. Berkali-kali dia merayu minta dibawa ke balai polis dimana dia sanggup mengaku salah asalkan bawa dia dan adiknya ke balai polis tapi orang-orang tak memperdulikan rintihan Anton. Malah kata Anton, bila dia tak dapat cam pertuturan orang-orang kampung berkenaan yang menggunakan bahasa tak pernah didengar sebelum ini.
Malam menjelang dan Anton serta adiknya diganggu oleh sekumpulan kanak-kanak yang girang menyucuk-nyucuk mereka menggunakan buluh runcing dari luar penjara. Kadang-kadang budak-budak sialan itu campak lipan dan kala jengking ke Anton dan adiknya. Anton cuba memarahi tapi lagi dia marah, lagi rancak gangguan yang diterima.
Apabila hampir tengah malam barulah gangguan berhenti sebab budak-budak itu balik rumah. Kata Anton, tubuh dia dan adiknya penuh dengan luka-luka diseksa oleh kanak-kanak tadi dan mereka tersadai keletihan. Itu baru malam pertama dan memang dah rasa takkan sempat hidup sampai malam besoknya.
Ketika tengah bersedih meratapi waktu-waktu terakhir sebelum dihukum mati, sekumpulan lelaki datang kepadanya. Di tengah-tengah kumpulan, seorang lelaki berjubah dan berserban putih dengan janggut panjang beruban berdiri dihadapannya.
Kata Anton lelaki tersebut tak berkata apa-apa dan cuma melihat dia dan adiknya dalam kandang dengan kaki berpasung. Begitu juga dengan sekumpulan lelaki di belakang lelaki tua, memang heninglah.
Melihat dari gayanya, kemungkinan besar lelaki berserban putih itu adalah ketua komuniti. Anton cuba merayu sambil meraung-meraung kepada lelaki berserban dengan harapan seseorang yang kuat pegangan agama mesti ada sifat pengampun. Tapi lelaki tua berserban hanya melihatnya dengan pandangan yang pasif, tiada cahaya empati di mata.
“Udah siap?” Tanya lelaki berserban itu tenang tetapi tegas.
Tak perlu ditanya apa maksudnya kerana Anton faham lelaki tua itu tanya adakah dia sudah sedia untuk dihukum mati. Lagi bertambah kuat raungan Anton dan adiknya merayu supaya dilepaskan. Dia cuba meraih simpati dengan menceritakan keadaan keluarganya yang susah, kalau dia dan adiknya mati, mak ayahnya yang sudah uzur tidak akan terjaga dan sebagainya.
Tidak sedikitpun perubahan di wajah lelaki-lelaki di hadapannya. Tak tahu apa yang boleh dibuat lagi, Anton meneruskan raungan merayunya. Berkali-kali dia panggil “bapak, bapak,” kepada lelaki berserban putih.
Salah seorang dari kumpulan lelaki kampung menendang kandang besi.
“Sialan! ini bukan bapak! Nabi Bahar! Nabi Bahar!” Gertak lelaki yang menendang sambil menunjuk ke arah lelaki berserban.
Kata Anton waktu itu dia tak mempersoalkan kenapa ketua mereka digelar “Nabi” tapi whateverlah. Nabi pun nabi lah. Anton dan adiknya meneruskan rayuan dengan memanggil “Nabi Bahar” berkali-kali.
Senyuman kecil terpancar di bibir Nabi Bahar. Dia mendekati kandang besi dan bercangkung bertentang Anton dan adiknya.
“Berubah kamu jadi pengikutku. Bersumpahlah bahwa aku ialah pesuruhNya dan kata-kataku adalah syahadah kamu pada ajaranku”
Terpinga-pinga Anton mendengar kata-kata Nabi Bahar. Kemudian, lelaki yang mengaku sebagai Nabi itu menawarkan pengampunan, tapi dengan syarat.
“Kamu dan dia (adik Anton) bersumpah jadi pengikutku dan ga akan tinggalkan keluarga kamu di kampung.”
Anton dan adik beria-ria mengangguk dan menyatakan persetujuan. Jadi pengikut ajaran sesat pun bolehlah, janji hidup, nanti dah settle down semua pandai-pandailah dia dan adik larikan diri. Sekurang-kurangnya kliennya mungkin akan melaporkan pada pihak berkuasa apabila dia menyedari kereta Honda Accord anaknya tak sampai-sampai.
Menurut Anton, dia dan adik disuruh baca sesuatu yang dia sendiri tak faham butirnya. Dia dah bertemu banyak suku-suku di Indonesia dan cam bahasa-bahasa ibunda suku yang terdapat di negara tersebut, tapi bahasa satu ini dia tak pernah dengar langsung. Bunyi telor Jawa pun tak ada. Dia dan adik terpaksa mengulang kata-kata seolah mentera secara phonetik.
Bila dah selesai baca mentera, barulah mereka dilepaskan. Seharian dipasung membuatkan Anton dan adiknya terpaksa dipapah berdiri kerana kaki kebas dan lemah tubuh badan. Mereka dibawa ke sungai berhampiran dan dibantu penduduk kampung untuk berdiri dalam sungai separas pinggang.
Anton mengaku yang dia bukanlah seorang yang alim. Solat pun setakat solat Jumaat je ataupun solat Aidilfitri/Adha tapi dia takdalah sampai tergamak nak murtad. Dari kata-kata pembantu serban putih itu, seolah-olah dia mahu dibaptiskan macam Kristen Katolik rendam orang dalam air itu. Siap ada dengar perkataan “Yesus Kristus” lagi. Dalam otak Anton dah terfikir, ajaran sesat apa benda ni? Siap ada Kristian bagai. Biasanya kumpulan kultus di Indonesia hanya ‘sesat’ dalam konteks agama tertentu macam contoh kalau ajaran sesat Islam cuma manipulasi hal-hal berkaitan agama Islam seperti mengaku Imam Mahdi, dan itulah yang dia suspek sebentar tadi, kampung ini ada orang mengaku Nabi dan lain-lain jadi ‘sheep’ sahaja. Tapi ini siap ada campur-campur agama lain pula.
Tapi Anton tak membantah. Dia dan adik hanya mampu berpandangan sesama sendiri apabila di rendam beberapa kali dalam sungai. Selesai upacara rendam-merendam, Anton dan adik naik ke tebing. Semasa di tebing, ada seorang lagi pembantu Nabi Bahar membaca sesuatu dan mencalit serbuk kunyit ke dahi dia dan adik, dah macam Hindu pula.
Selepas itu, mereka berjalan masuk ke dalam hutan tanpa henti selama berjam-jam sambil berselawat ramai-ramai. Dalam konvoi berjalan ramai-ramai masuk ke hutan itu, Anton dan adik dipaksa jenjeng kandang besi dan pasung tempat mereka dikurung sebelum itu. Tuhan sahajalah yang tahu macam mana nak patahnya bahu mereka berdua mengendong kedua benda alah itu naik turun bukit dan rentas sungai, dia sendiri pun tak tahu macam mana boleh tahan sampai ke perkampungan di tengah hutan tebal.
Sepanjang perjalanan, orang kampung juga menjenjeng sesuatu yang besar dalam guni tarpaulin. Kata Anton ada masa ahli kumpulan terutamanya kanak-kanak akan menyeluk tangan ke dalam guni dan mengeluarkan sesuatu seperti daging salai dan makan beramai-ramai. Anton dan adik adalah di tawarkan tapi dia tak nak kerana baunya yang sangat busuk.
Mereka tiba di perkampungan tengah hutan. Rumah-rumah kayu dibina ringkas menggunakan papan lapis bercampur pohon-pohon kayu yang ditebang dari hutan. Binatang seperti ayam dan lembu bebas berkeliaran, babi hutan juga banyak berkeliaran di perkampungan itu. Wanita-wanita berbaring dalam buaian hammock manakala budak-budak kecil bogel bermain-main sekeliling ibu-ibu mereka.
Kehadiran kumpulan tersebut seperti tidak diendahkan oleh wanita-wanita. Mereka cuma memandang dan kemudian meneruskan aktiviti bermalasan sambil makan buah betik ke apa entah kata Anton. Cuma kanak-kanak datang menyambut, itupun sambut rakan-rakan sebaya mereka sahaja.
Kata Anton, bila dia jatuhkan kandang besi dan pasung kayu ke tanah macam, dia punya rasa ringan itu macam nak terbang sahaja. Anton terhoyong-hayang sebaik beban dilepaskan dan terduduk di tanah. Ketika sedang terduduk, dia melihat kanak-kanak kampung menggerumuni guni tarpaulin yang diusung sebentar tadi.
Nak termuntah Anton apabila mendapati rupanya dalam guni tarpaulin adalah tubuh manusia yang hitam dibakar. Kanak-kanak tadi menyiat-yiat kulit mayat apa yang kelihatan seperti mayat wanita. Kulit dan isi yang tersiat, dimakan oleh kanak-kanak itu. Kalau ada sesuatu yang dia bersyukur amat-amat sangat ialah nasib baik dia tak makan benda alah itu tadi walaupun perut merintih minta diisi.
Salah seorang dari penduduk kampung datang kepadanya membawa dua biji betik. Tanpa membuang masa, Anton dan adiknya membaham betik dengan lahapnya. Ketika tengah makan betik, dia sempat melihat keadaan sekeliling. Satu perkara yang dia pasti adalah mat-mat rempit yang mengekorinya tiada di kalangan penduduk kampung.
Anton dan adik di bawa ke sebuah pondok kayu besar. Di luar pondok ada lukisan bulan sabit dan bintang, palang Kristian dan lukisan orang sedang bertapa seperti Buddha dan orang berkepala gajah, dilukis menggunakan arang.
Di dalam pondok, warga kampung mula memenuhi lantai tanah tidak berlapik. Ruangan depan pondok dihias dengan kain rentang bersulam emas dan Nabi Bahar duduk bersila di depan atas bantal diperbuat dari suede warna emas.
“Assalamualaikum…” Kata Nabi Bahar. Diikuti jawab salam oleh penduduk kampung beramai-ramai. Nabi Bahar seterusnya berucap dalam bahasa yang tak difahami oleh Anton yang disuruh duduk di barisan hadapan.
Lebih kurang 30-40 minit, mereka beramai-ramai sebut “AMINNN”. Kemudian, Anton dan adik disuruh duduk bersila sebelah Nabi Bahar. Tak tahulah apa yang dikata tapi Nabi Bahar siap tepuk-tepuk bahu dia dan adiknya yang duduk di kira dan kanan lelaki berserban itu.
Setiap kali Nabi Bahar pegang bahu dia atau adiknya, semua orang dalam pondok akan mengangguk sambil kata “Iyo” beramai-ramai. Tak lama kemudian, dua wanita berdiri dan menuju ke depan, seorang duduk sebelah Anton dan seorang lagi sebelah adiknya. Sesi dalam pondok selesai dengan satu tepukan berirama oleh semua orang. Anton dan adiknya cuba nak ikut tapi dikata tak perlu oleh Nabi Bahar.
Penduduk kampung beransur meninggalkan pondok kecuali Anton, adiknya, Nabi Bahar dan kedua wanita tadi. Nabi Bahar berkata sesuatu kepada wanita-wanita itu dan seperti biasa dalam bahasa tak difahami Anton.
“Hunod, Magor, aku anugerahi istri-istri sebagai pelengkap kamu” Dah ternganga mulut Anton. Dari hampir dibunuh kini dah ada bini, siap ada nama baru lagi. Mereka dibawa oleh ‘istri-istri’ ke rumah. Kata Anton dia ikut sahaja kerana tak nak cari pasal. Katanya lagi, dalam hati dia terasa sebak mengenang isteri dan dua orang anak di kampung yang mesti tengah menunggu kepulangannya. Adiknya waktu itu tak nikah lagi.
Anton, atau dengan nama barunya, Magor, mengikut ‘isteri’ dari belakang. Sepanjang perjalanan ke rumah baru, dia perasan wanita-wanita dalam komuniti Nabi Bahar hanya terbaring dalam buaian, manakala kaum lelaki sibuk menyediakan makanan dan menguruskan anak-anak.
Rumah baru Anton lebih layak dipanggil pondok kerana hanya ada bumbung dan tidak berdinding. Di dalamnya ada tempat memasak dan dua buaian. Okay bahagian ini agak ekstrem sikit, menurut Anton, sebaik tiba di pondok, ‘isteri’ terus berbaring, tarik kain dan mengangkang. Anton pula terpinga-pinga, dah tengok Anton terbagak-bagak kat situ, ‘isteri’ barunya mengeluh, pergi ke arahnya dan melondehkan seluar. The rest, agak sendiri
Dia tertidur lama hampir seharian dan sedar-sedar dah malam. Selama ini dia ingatkan dalam hutan tengah malam sunyi sepi tapi rupanya lagi bising dari kawasan penempatan kerana bunyi cengkerik berdesing punyalah kuat sampai nak cakap pun kadang-kadang tenggelam suara. Di tengah kampung ada unggun api besar dan semua orang ada disitu.
Di sekeliling unggun api ada beberapa lelaki dan wanita tengah naik sheikh, termasuklah adiknya dan Nabi Bahar. Tak sempat dia nak tahu apa yang sedang berlaku, seorang lelaki menghulur sebatang kayu seperti pipe. Anton disuruh untuk sedut dan mengikut kata lelaki itu dalam bahasa Indo tak fasih, “Jumpa wakil Tuhan”.
Mula-mula Anton tak nak tapi setelah dipaksa, lelaki itu menyuakan muncung kayu yang berkepul-kepul keluar asap ke lubang hidung. Anton disuruh sedut sedalam-dalamnya dan setelah mengikut apa yang disuruh, kepalanya rasa berputar-putar macam vertigo sampai jatuh terduduk. Kata Anton dia dengar bermacam-macam suara, ada suara ibubapanya, suara isteri, anak-anak, rakan-rakan, kenalan dan semua orang yang dia pernah berjumpa seperti bermain dalam telinga.
Penglihatan berganda tapi badannya rasa ringan, macam di ruang angkasa kata Anton. Bila dia melangkah itu macam terapung sahaja. Jadi dah tengah layan high itu, dia pun join sekali naik sheikh.
Suara Nabi Bahar mematikan keseronokan terapungnya.
“Tetamu-tetamu kita udah tiba. Persiap semua sambut kedatangan.”
Tak tahulah samada efek dari benda yang disedut atau apa, penglihatannya tiba-tiba menjadi jelas dan di sebalik pokok-pokok di sempadan kampung, muncul lembaga-lembaga berjubah putih dengan rambut panjang mengerbang menutupi wajah. Hilaian bergema di seluruh hutan dan penduduk-penduduk kampung bersujud lalu menyembah-nyembah makhluk-makhluk yang semakin banyak keluar dari sebalik hutan.
Anton mengikut tingkah laku penduduk kampung dengan bersujud dan menyembah. Makin lama makin sebak hatinya dan tidak semena-mena Anton cakap dia meraung-raung macam orang mati bini. Apa yang pelik, dia tak rasa takut tapi rasa macam mengharap kedatangan hantu, jembalang hutan tersebut seperti mereka akan memberi kebahagian kepadanya. Kata Anton, perasaannya ketika itu seperti ketika dia menyambut kelahiran anak pertamanya, gembira bercampur terharu, macam itulah.
Bunyi hilaian semakin nyaring.
(Bersambung)
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
welcome back dammerung..
aku dah baca cerita ni kat forum.
amacam bro buku dah siap ke?
i give you 5 stars!
ni ori ke spicy ke chicken romanooo~
yang mana satu idaman kalbu?
ada buku ke ni ? x sabar tnggu sambungan. terbaik!
Belum siap. Kerja harian terlalu banyak bro.
Okay. Aku tunggu.
Good luck bro.
Ha’ah sy pon dah baca cite ni kat forum CARI. Best & adventure giler. ??????
😉 😉 😉
Hi Dammerung,
Kali ni kau post cerita sendiri ke?
Selalu Kris tolong post.
Patutlah aku cari sambungan cerita Nabi Bahar ni kat forum tak ada lagi.
Cerita fresh ke ni?
btw best bro
9/10
Iya aku yang post.
Terima kasih.
baek bro. nak beli rakaman suara cerita seram boleh?haha
tak boleh.
kahkah.
the real writer ka
iya aku yang tulis.
nais . next part dah post ke ?
belum
Terbaik Damm,
Kita follow Damm mlalui forum
9/10
wahhh…deabakk dammerung…
Cepat sambung…plz..
1st time aku komen sini..aku baca tiap bait2 ayat yg ko tulis, aku hadam..lalu aku relate dgn setiap surah yg penah aku baca..benarlah..syarat unuk masuk syurga JANGAN sesekali SYIRIK kepadaNYA..selama ni aku dok pikir kat malaysia jumpe bomoh mmg syirik besar dah..dan memang syirik pon..tapi kat sana lagi teruk..nauzubillah moga2 Allah jauhkan kita dari SYIRIK kepadaNYA..cukuplah ALLAH dalam jiwaku…Pencipta diri ini
.
NICE SHOOT!! xsempat nk bejeda pn.. interesting story & journey.. keep it up..
terbaikkk .
cepat2 sambung ya
#taksabar
My favourite Writer
.
takzabarr nk tunggu part 2!! pls by tomorrow yee..heeee
Adventure giler cerita ni. Please continue.
Hi Dammerung , cerita kau semua best2 belaka !!
fuhh memang best ?? Jangan lupa sambung ceritanya ?
10/10
Aku follow story2 dari Dammerung..
ni best ada sambunganya lagi tak?
kisah btl ke?
nice
best
ada sambungan ke?
Dengan negara yang berkeluasan sangat besar, dan masih banyak kawasan yang masih belum diterokai secara terperinci, terlalu mudah untuk perkara sebegini berlaku…
5 bintang terus. no doubt! tak sabar tunggu sambungan cerita.
fuhhh..seram
cpt la sambung~
ok dah dpt crita dia yg full… best !!
Ini dah macam thriller movie ni. Please sambung cepat
Serammmmm… Tak sabar tunggu next part
Best! Aku suka. Tolong sambung laju2.
Macam baca buku fixi… Tajuk ape ntah, pasal minum air sirap limau tu… Ketua kmpg puak dia nama ‘Yang Arif’..
Wow. Peminat fixi jgak ke ni. Dah bace gantung
.
Cepat sambung
Done marathon ?
wah ni #dammerung sendiri.. dah habis baca cerita ni.. kat page lain… huhu tahap fokus baca cerita ni memang 200% ai bg.. seram pun ada… kebanyakan cerita #dammerung kat page tu ai dah baca..
#keepitupdammerung
Kat Mane..nak p baca gak hihi
klu cite betul..nie mmg cite power…..!!!
weyh sambung cepat aku tunggu
Full marks given!
Bahagian II sudah di submit. Mohon bagi masa kepada editor FS melakukan kerja-kerja mereka. Terima kasih semua.
lepas ni bole la post cerita pasal tangga batu..suka story tu …misteri n seram..walaupun pelik
best.. 10o0x star utk penulis
**myfirstkomen 😀
Cepat sambungg peliss??
Wowww wow wow…u are so damn good Dammerung…rasa mcm baca Novel Ramlee Awang Mursyid pulak…teruskan menulis…i dah start jadi peminat u…..kipidap kisah2 style begini…kebetulan saya ni mmg asal keturunan (arwah nenek berasal dari sana) Minang Padang Sumatera…dan ada saudara mara di Jakarta juga… kalau buat filem sure best…5 stars for u bro…
Kawdu. Kalau aku tobat dah x amek job cmtu
Dammerunggg…knp sambung..kenapa xhabiskan macam cerita MISTERI YURiZAWA tu..lpsni up story jgn smbung2 k.klau story Dammerung akak snggup bc walaupun pnjang dia berhari2 nk hbiskn.tlg cpt smbungg
biar betol kisah ni..serem..
ISLAM + KRISTIAN + HINDU + BUDDHA + SYIAH.PELIK noh
Uiissshhh…
Sesak dada bace cerita ni…
Setiap detik mendebarkan…
Nayooo weeiii…
X pepasal murtad, berzina, lupe keluarga…
Nauzubillahuminzallik…
tu la kan…tapi kalau saya dlm situasi macam tu tak tahula nak buat mcm mana…kalau tak ikut arahan diorang ..maunya diseksa kita mati matian….kalau bunuh terus takpe la juga…ni diseksa…adehhh…iman lemah….Ya Allah…jauhkanla daripada situasi begini…tetapkanlah iman kami kepada agama-Mu
boleh tahan berat citer ni. sampai begitu sekali ye
yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh real dammerung is backkkkkkkkkkkk
x payah nak sambong sangatlah..PEMALAS ko ni..hanat
Jeles je ko ni
Fuhh
bestnye dpt kahwen freee
taw xpe..hahaha
terbaik!
Aku ada banyak pengalaman seram. Tapi bab menulis pengalaman sendiri punah ranah… Tapi penulisan Dammerung hebat walafiat..
seriuslah mata x kedip2 baca nih… wallawei benar cter semacam ni wujud?
Cerita ini rekaan penulis sja
janji best
fuh best…walaupon cerita rekaan
ɞєsţ.