Hai para pembaca setia page FS. Sebelum itu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi memilih cerita saya untuk dikongsikan dalam page FS. Cerita yang ingin saya kongsikan ini ialah pengalaman yang pernah dilalui oleh rakan saya iaitu Rex (bukan nama sebenar) suatu ketika dahulu.
Nak dijadikan cerita, malam tu Rex memberitahu wifenya untuk pulang ke kampungnya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Oleh kerana urusannya yang begitu mendadak, mahu tidak mahu Rex terpaksa juga pulang ke kampungnya pada malam itu juga walaupun sudah lewat. Jadi dia dan wifenya pun packing apa yang patut untuk keperluan mereka dan anaknya di kampung nanti.
Ibu mertua Rex sempat mengirimkan jeruk ikan kepada Rex untuk diberikan kepada emak Rex di kampung nanti. Ada la juga dalam beberapa balang jeruk ikan.
Pada mulanya, perjalanan ke kampung tiada apa-apa pelik yang berlaku. Kebetulan jalan raya memang sunyi dan hanya ada beberapa kereta sahaja ketika itu. Kejadian seram mula berlaku semasa mereka hampir sampai ke kampungnya. Rex perasan kereta di belakangnya asyik memberinya highlight. Beberapa kali highlight itu berkelip. Pada mulanya Rex tidak hiraukan, tapi lama kelamaan dia mula rasa rimas. Dia pelik juga, kalau kereta tu nak memotong kenapa perlu highlight banyak kali.
Rex pun pandang cermin sisi keretanya untuk melihat lebih jelas kereta di belakangnya sekiranya ingin memotong. Namun, apa yang dipandangnya sebenarnya sesuatu yang sangat mengejutkannya. Dia nampak ada lembaga sebesar budak 8 tahun yang sedang berlari mengejar keretanya dari tepi. Rex sangat terkejut tapi dia cuba nampak tenang kerana takut isterinya perasan akan kehadiran lembaga kecil itu. Kebetulan ketika itu cermin tingkap kereta memang terbuka kerana anaknya mabuk jalan kalau perjalanan jauh. Jadi sengaja dibiarkan cermin terbuka untuk bagi udara masuk. Tiba-tiba ada bau busuk yang datang entah dari mana dan isterinya pula dengan selambanya menegur bau busuk itu. Rex cuba untuk memecut lebih laju kerana lembaga itu masih ada dan sedang berlari seiring dengan kereta mereka.
Kereta yang tadinya di belakang mereka akhirnya memotong kereta mereka dan sempat membunyikan hon kepada mereka. Isteri Rex yang mendengar mula marah-marah kerana diingatnya pemandu itu sengaja bersikap biadap kerana hon tanpa sebab. Akhirnya mereka sampai di rumah emak Rex dan lembaga itu pun sudah tidak kelihatan lagi. Semasa di dalam rumah, adik Rex yang ketika itu terjaga sempat melihat ada budak lelaki kecil yang mengikuti mereka menghantar jeruk ikan ke dapur. Tapi oleh kerana terlalu mengantuk adiknya sangkakan itu ialah anak buah kepada isteri Rex.
Esok paginya, baru la Rex ceritakan kejadian yang berlaku semalam. Secara spontan juga adik Rex memberitahu semalam dia melihat kelibat budak lelaki ada mengikut mereka pulang. Kebetulan pula kereta yang memotong mereka semalam ialah orang di kampung Rex. Dia ada berjumpa dengan Rex menceritakan apa yang dilihatnya semalam sampai dia kelipkan highlight berulang kali dan meng hon kereta mereka. Rupanya bukan hanya lembaga budak kecil yang ikut mengejar kereta mereka semalam, tapi ada kak Pon ikut bertenggek di atas kereta mereka sambil mendepakan tangan. Seram juga bila imagine kak Pon tu buat babak Titanic begitu.
Sekian cerita yang tak berapa seram. Pengajarannya kalau driving sebelah malam tu janganlah rajin sangat bawa bekal daging atau ikan mentah atau sewaktu dengannya. Kot nanti ada yang nak minta seketul. Terima kasih sudi membaca.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
highbeam kot
4/10
merepek..lori ikan tu herlok je orgnye cari rejeki
Sedap woo ikan tenggiri jeruk tu.. Skrg satu balang sudah rm 7.99
hahaha terkejut baca kereta bagi highlight .. highbeam lahh ..
Ko tulis ja la lampu tinggi, senang sikit, cikde x pandai english, tp x dak teruk sgt,
Yini cherita tipu, mana ada keyreta give highlights? iniy apa pun saia tiydak payham.
b**i penulisan ko….
lol highlight
higlight poppin’? btw best crita.
Apa yg kau nak highlight tu? Biar abg jela highlight ye… kilang buat ikan jeruk, lori bawak ikan jeruk, kedai jual ikan jeruk selama ni ok je. tak pernah lagi dengar pontianak ke toyol makan ikan jeruk.
yang highlight tue klakar….hehehe..
cuma bab bawak balik daging mentah or ikan mentah tgh2 malam tue ad logiknya..sebab saya pernah jugak bawak balik daging korban yg fresh dr kampung ke rumah…and malam tue mmg ad yg dtg menjenguk sbb nk kan daging tue…sbb jin mmg suke bende2yg berbau busuk…d***h or bende2 lain yg berbau nie mmg dye suke sgt…wallahualam…mungkin salah satu punca atau kebetulan….
nk highlight kt mna?