-NOVEL HITAM-
Harap maaf, ini sekadar fiksyen. Sesiapa yang tidak suka cerita fiksyen, sila beralih ke cerita yang lain… Terima kasih…
Seri berteleku di hujung katil. Menangis semahu-mahunya. Entah keberapa kali daranya diragut abang tirinya. Sehingga dia membenci dirinya sendiri. Ibu tiri yang paling dipercayai sebelum kematian ayahnya, rupa-rupanya hanyalah manusia yang bertopengkan iblis. Mula menunjukkan belang dan taring yang sebenar. Seri mengetap bibir menandakan geram dan dendam yang semakin tersemat erat di jiwa.
Dia memeluk erat buku hitam, pemberian arwah ibunya. Teringat akan kata-kata si ibu.
“Seri… ambil buku hitam ni. Ibu hadiahkan kepada kamu. Kamu tulislah sesuatu di dalamnya apabila ibu sudah tiada nanti. Anggaplah buku itu, Ibu. Luahkan segala yang terpendam dalam hati kamu didalamnya. Anggaplah ibu sedang mendengarnya…”
Seri memejam mata. Cuba melakar kembali wajah ibu diruangan minda. Air mata kembali menderas. Tidak mampu ditahan lagi…
“Ibuuuu…!!!?” Sambil memeluk erat bukunya umpama memeluk erat tubuh ibunya.
“Kenapa kau menangis….!! Budak tak kenang diuntung. Kau meraung sekuat mana pun, siapa yang boleh tolong kau…!! Selepas makan ni, aku nak kau siap…!! Ada seorang lelaki yang nak langgan kau….!!!” Tiba-tiba terpacul ibu tirinya dibirai pintu bilik, sambil melempar empat keping roti di atas piring sehingga berterabur roti di atas lantai. Seperti memberi haiwan makan lagaknya.
“Langgan….? Saya bukan pelacur makcik…!! Siapa lelaki tu….!?” Seri cuba untuk bertegas.
“Siapa lelaki tu, kau tak perlu tahu. Yang aku tahu kau mesti bersiap cantik-cantik. Seri…..,
kau ingat aku tak tahu, kau bukannya ada dara lagi. Dari orang lain yang rasmikan kau, lebih baik anak lelaki aku yang rasmikan kau…”
Sambil tangannya merangkul pipi gebu Seri lalu ditolak kepala Seri dipenjuru katil. Sehingga terhantuk kepala Seri pada besi katil.
“Aduh…..” Seri mengusap dahinya yang benjol dek kerana hantukkan yang kuat pada besi katil itu.
“Kau jangan banyak tanya. Kau makan roti ni, kemudian aku nak kau bersiap….!!”
Dalam masa yang sama ibu tirinya mencampak roti ke wajah Seri, lalu keluar dan menghempas pintu bilik. Membiarkan Seri dalam kesakitan dan tangisan yang tiada kesudahan.
Seri memegang dahinya yang kebiruan. Tangisan air matanya berulang lagi. Di dalam kesakitan itu, sempat Seri mengambil pen lalu ditulis ayat-ayat terakhir disetiap helaian dan perenggan didalam bukunya. Selesai menulis segala luahan penderitaannya kedalam buku hitam itu, Seri bingkas bangun lalu mengambil serpihan kaca cermin yang berada diatas meja solek. Namun, dengan tanpa sedikit pun berfikir panjang dan tanpa rasa takut pada tajamnya serpihan kaca cermin itu, Seri telah mengelar kedua-dua pergelangan tangannya. Lalu menitis darah pekat ke lantai. Disebabkan pengaliran darah yang terlalu banyak, Seri terus rebah ke lantai dan akhirnya dengan berbaki sisa-sisa hidup yang ada, Seri telah menulis sesuatu didalam buku hitamnya dengan darahnya sendiri.
Tidak lama selepas itu, ibu tirinya membuka pintu bilik. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Seri terbaring kaku dilantai sehingga pakaian yang dipakainya serta lantai dipenuhi dengan darah. Manakala buku hitamnya masih dipeluk erat diatas dadanya. Ibu tirinya cuba untuk mengambil buku itu dari dakapan Seri namun tidak berjaya. Seolah-olah buku itu seperti telah digam pada tangan Seri. Abang tirinya juga cuba untuk mengambil buku yang digenggam erat itu, namun hasilnya tetap sama. Setelah pelbagai cara untuk mengambil buku hitam itu tidak berhasil, akhirnya mereka mengambil jalan mudah. Jalan perancangannya adalah mereka mahu mencampak mayat Seri ke dalam sungai. Sungai yang terletak jauh dari rumah mereka, supaya tidak ada sesiapa pun yang boleh mengetahui segala kejahatan mereka terhadap Seri.
Kereta meluncur laju menuju ke destinasi yang mereka tidak ketahui. Pada pandangan kedua beranak itu, tidak kisah berapa jauh mereka pergi, asalkan destinasi tempat itu adalah sungai dan yang penting sunyi. Manakala mayat Seri yang siap berbalut dengan kain cadar milik Seri diletaknya didalam bonet kereta. Sampai sahaja destinasi yang ditujui, sedikit kelegaan dihati mereka kerana kawasan itu sunyi dan gelap. Dengan tanpa berlengah dan membuang masa, mayat Seri segera diangkat lalu dihumban kedalam sungai. Maka…, tenggelamlah mayat Seri bersama buku hitam yang tersimpan pelbagai rahsia dan seribu kelukaan dihatinya.
Seminggu kemudian, mayat Seri yang terapung dijumpai oleh pemancing. Namun buku yang dipeluk Seri di saat kematiannya tiada di sisi. Mayatnya telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan dua minggu mayatnya terkurung dipeti mayat dibilik mayat hospital. Dalam jangka masa itu pihak hospital masih menanti jikalau ada ahli keluarga yang menuntut mayatnya. Namun…., penantian itu hanya sia-sia. Akhirnya mayat Seri terpaksa dikuburkan dikawasan berhampiran. Kubur dengan nisan tidak bernama. Kes kematiannya terpaksa ditutup polis kerana kekurangan bukti dan tiada saksi.
Jadi…, kedua-dua beranak itu masih lagi selamat. Kini mereka berjaya melarikan diri sekaligus terus menghilangkan diri saat itu.
……………………………………………..
Diari Seri menjadi Novel Hitam…..
Laila berkejar-kejaran bersama adiknya Laili. Kedua-dua si kembar yang baru berusia 6 tahun kelihatan seronok mengejar sesama mereka di tubir sungai. Di dalam keseronokkan mereka berlari tiba-tiba Laili terjatuh ke tebing. Mujur Laili sempat memaut akar pokok renek yang bergayutan di tubir.
“Ibu….!!! Adik jatuh….!!!” Laila berlari cemas mendapatkan ibunya.
Hanum yang sedang menyusun beg-beg ke dalam bonet kereta, kerana itu adalah hari terakhir percutian mereka di kampung, terperanjat mendengar Laila menjerit memanggilnya.
“Adik jatuh kat mana….?” Bergegas Hanum berlari mendapatkan Laila.
“Kat sana ibu….! Cepat….!!” lalu Laila berlari ssmbil memimpin tangan ibunya mendapatkan Laili yang jatuh ditebing.
“YaAllah….., kenapa main dekat sini. Bukankah ibu sudah pesan banyak kali. Mujur jatuh di sini, kalau terjatuh terus dalam sungai tu macam mana….?” Sempat Hanum mengusap-ngusap lutut anaknya yang luka. Namun Laili langsung tidak menangis melihat ibunya yang sedang panik.
“Nasib baik anak ibu tak apa-apa…..” Hanum terus merangkul tubuh kecil Laili, kemudian membelai rambut Laili yang ikal itu.
Sedang Laili di dalam dakapan ibunya, tiba-tiba dia terlihat ada objek seperti buku terdampar di tebing.
“Ibu…, itu apa…?” Sambil menunjuk kearah tempat yang sedang dilihatnya.
“Apa dia sayang….?” Hanum pusing kebelakang mencari objek yang ditunjuk Laili.
Kemudian Hanum terus bangun mendapatkan objek itu.
“Buku…..?” lantas buku itu Hanum ambil dan buka.
“Basah…!! Tulisan pun dah tak nampak sangat……!”
Hanum cuba membuka sehelai demi sehelai tetapi setiap muka surat melekat antara satu sama lain kerana kebasahan. Untuk tidak membuang masa, Hanum terus membawa kedua-dua kembarnya menuju ke kereta. Manakala buku itu juga dibawa bersama. Kerana Hanum berminat untuk mengetahui isi kandungannya. Seolah-olah hatinya seperti ditarik-tarik untuk mengetahui lebih mendalam lagi apa yang apa yang tertulis didalamnya.
………………………………………………………
“KENAPA KAU AMBIL…!!?”
“KENAPA KAU AMBIL…!!?”
Tersentak Hanum, dia terjaga dari lena dek penangan mimpi yang menakutkan itu. Malam tadi selepas pulang dari bercuti di kampung tidak sampai setengah jam tiba dirumah, rasa mengantuknya tidak dapat dikawal lagi. Difikirannya, kemungkinan dia keletihan memandu kereta dengan pemanduan yang panjang sewaktu pulang dari bercuti di kampung malam tadi. Hanum mengusap wajahnya yang masih lagi berbaki keletihan. Terngiang-ngiang ditelinganya suara seorang perempuan menjerit nyaring ditepi telinganya. Hanum memandang sekeliling, masih gelap, sunyi…. Tetapi mimpi itu umpama realiti. Dia yakin. Didalam mimpi itu…, ada seorang perempuan berambut panjang sedang merenungnya dalam keadaan marah. Ditubuh perempuan itu dipenuhi dengan darah. Keseluruhan pakaian yang dipakainya dipenuhi dengan darah. Perempuan itu menjerit, sambil menunjuk buku berwarna hitam yang sedang dipegangnya… “KENAPA KAU AMBIL….!!??”
Antara perkataan yang dijerit oleh perempuan itu yang masih berlingkar difikirannya.
Kemudian baru Hanum teringat akan buku yang dijumpainya ditebing sungai semalam. Hanum melirik kearah jam di dinding. Pukul 4.00 pagi. Dia masih tidak mengerti, kenapa dia bermimpikan perempuan itu…? Apa yang diinginkannya…? Apa kaitan perempuan itu dan buku yang baru dijumpainya…?
Lantas Hanum bergegas keluar dari bilik. Sebelum itu sempat dia melihat si kembarnya yang sedang lena diulit mimpi dibilik sebelah. Kemudian dia menuju ke ruang tamu dimana dia meletakkan buku yang dijumpainya itu di atas meja. Buku itu masih lagi ada di atas meja tersebut. Lalu Hanum mengambil buku itu. Diteliti buku itu disetiap inci. Kelihatan buku itu masih lagi elok walaupun sudah terendam di dalam air. Kelihatan ada beberapa pertaan terutamanya yang bertulisan merah di muka surat pertama dan muka surat terakhir. Sungguh pun begitu, Hanum bernasib baik kerana tidak membaca diari Seri itu kerana rasa mengantuk mula menguasai dirinya saat itu. Lalu buku itu diletakkan semula di dalam begnya untuk ditunjukkan kepada rakannya dipejabat keesokkan harinya.
……………………………………………………..
“Man kau tolong salin semula buku ni. Lepas tu kau cetak elok-elok buku ni kat mesin print je, boleh tak….? Cuma satu je…..”
Firman mengambil buku yang dihulur oleh Hanum kepadanya. Lalu dibuka satu-persatu disetiap helaian.
“Ini macam diari je. Mana kau jumpa…..?”
“Kat kampung, dekat tepi sungai rumah mak aku. Kau tolong baca sampai habis, lepas tu kau salin semula. Aku tak baca lagi, sebab ada bahagian yang bertulisan merah macam darah tu yang aku tak berapa nak faham…. Kau gunalah kemahiran kau terjemahkan ayat warna merah yang aku tak faham tu. Mana tau boleh bikin novel terbaru nanti. Buat cantik-cantik, kalau boleh ada kulit sekali….”
Hanum menggunakan kuasa vetonya selaku ketua penerbit di syarikat penerbitan miliknya. Seraya itu juga Hanum menghulurkan satu keping Rm50.00 kepada Firman.
“Nah 50.00 ringgit. Buat beli pampers anak…”
“Macam nilah baru semangat aku nak buat kerja…..”
Firman mengambil duit yang dihulur kepadanya sambil tersengih kepada Hanum.
Petang itu Firman tidak dapat pulang seperti biasa, kerana janjinya kepada Hanum untuk menyalin semula perkataan di dalam buku misteri itu. Sememangnya Firman gemar menyahut cabaran seperti ini tambahan pula disertai dengan upah yang diberi dan pujian yang bakal diterimanya nanti.
Setiap helaian di dalam buku itu dibaca, lalu disalin semula ke dalam komputer. Selesai membaca dan menyalin kesemua tulisan di dalamnya. Firman cuba membaca perkataan yang berwarna merah yang sudah kembang tulisannya di muka surat pertama dan muka surat terakhir buku itu. Sedaya upaya dia cuba untuk memahami setiap perkataan itu. Setelah hampir satu jam dia memerah otak untuk mencari perkataan itu, akhirnya…..
“Fuh…!! Hebat rupanya aku. Akhirnya dapat jugak aku maksud perkataan bertulisan merah ni….!”
Firman ketawa sendirian sambil menepuk-nepuk meja dihadapannya. Seolah-olah meraikan kebijaksanaannya sendiri. Kemudian Firman membaca perkataan bertulisan merah itu di muka surat pertama.
MOHON JANGAN DIBACA NOVEL INI…!!!
Kemudian dia membaca perkataan dimuka surat terakhir.
SUDAH KU KATA, JANGAN BACA NOVEL INI…
KAU PASTI MATI….!!!
Sebaik membaca ayat terakhir itu, satu hembusan angin menerpa ke wajah Firman. Firman tersentak..!! Kemudian serentak itu juga terhidang dihidungnya bau hanyir darah di setiap ruang didalam pejabatnya.
SSRRREEEETTTT…………..
Tiba-tiba, Firman terdengar bunyi seakan kuku tajam menyeret di permukaan screen komputer dibelakangnya. Firman menoleh kebelakang.
Tidak ada. Sunyi kembali. Jam sudah mengenjak ke pukul 9.00 malam. Firman memandang sekeliling, sepi….
Walaupun didalam pejabatnya diterangi cahaya lampu dan cahaya dari screen komputer, namun apabila bersendirian, yang terang sudah tentulah akan menjadi suram dan menyeramkan. Firman mula memikirkan yang bukan-bukan tentang bunyi seakan seretan kuku yang panjang. Peluh mula membasah didahinya. Dia mula mengusap-ngusap bulu tengkuknya yang mula merinding.
“Tak boleh jadi ni. Esoklah sambung…!” dengan segera dia mengemas kertas dan pen yang bertaburan diatas meja lalu terus meluru keluar dari pejabatnya tanpa menoleh ke belakang.
Dalam beberapa langkah dia berjalan menghampiri pintu lift, Firman terdengar suara seorang perempuan menangis sayu didalam pejabatnya. Terkedu Firman mendengarnya.
“Ah…! Sudah…!! Buku tu tertinggal kat dalam office pulak…. Lantaklah….!!” Firman terus masuk ke dalam perut lift dan membiarkan buku itu di dalam pejabatnya.
“Mati hidup balik aku tidak akan masuk balik ambil buku tu. Sudahlah terdengar suara perempuan menangis tadi. Biarlah Hanum nak marah aku, sebab tak siap benda yang disuruh tu……” Gumam Firman sendirian.
………………………………………………….
Keesokan pagi, Firman masuk seperti biasa. Perlahan dia melalui pejabatnya. Pintu bilik dikuak perlahan, sambil matanya meliar melihat sekeliling ke dalam bilik. Apabila merasa tiada apa yang misteri dan kelainan di dalam ruang pejabatnya, Firman terus masuk lalu meletakkan beg sandangnya di kerusi. Tetapi……
“Mana pulak buku tu……?”
Firman kaget. Melihat buku itu sudah tiada. Dia berasa yakin bahawa dia benar-benar telah meletakkan buku itu diatas meja. Dia benar-benar YAKIN DAN PASTI…!!
“Siapalah yang ambil buku tu. Makcik cleaner ke….?”
Kerusi dihadapan mejanya diambil, lalu duduk. Sambil memikirkan kehilangan buku itu. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka seseorang.
“Selamat pagi…..”
Hanum sudah muncul di depan matanya. Firman gusar. Dia mula berasa bersalah untuk beritahu keadaan sebenar kepada Hanum. Dan kini dia pasti, Hanum muncul didepannya seawal pagi ini, sudah tentu untuk melihat hasil buku itu. Tetapi…..
“Hebat kau Man. Tak sia-sia aku upah kau bekerja. Kemas cara kau menyusun setiap ayat dan perenggan. Sebiji macam novel. Siap dengan tajuk sekali…., NOVEL HITAM……”
Hanum menunjukkan buku yang sudah siap dicetak, beserta dengan tajuknya sekali.
Firman menggeleng, seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Buku itu dibeleknya sepuas mungkin. Sekarang ini, dia benar-benar tidak percaya dengan misteri yang sedang dialaminya.
“Yang aslinya mana….?” Firman bertanyakan buku yang asli kepada Hanum.
“Ada… Aku nak simpan buat koleksi. Sorry lah aku masuk bilik kau macam tu je. Tadi aku ingat kau dah masuk dulu. Itu yang aku terjah bilik kau. Rupanya kau tak sampai lagi. Tapi buku ni memang sudah ada atas meja kau, itu yang aku tengok. Cepat kau buat kerja ye…..”
Hanum tersenyum kerana berpuas hati dengan “hasil kerja” Firman itu.
Namun, berbalik kepada Firman bukan perasaan gembira mahupun bangga yang sedang dirasainya sekarang. Tetapi rasa terkejut dan takut yang sedang mula menguasainya.
Berlegar-legar difikirannya kini, siapakah yang mencetak semula buku misteri itu…? Yang pasti, bukan dia orangnya yang mencetak buku itu. Tetapi dia hanya baru menyalin semula sahaja di komputer dan masih tersimpan didalam fail. Buku asli yang lusuh itu, sudah ada pengganti. Sebuah buku baru serta mempunyai tajuk,
NOVEL HITAM…..
………………………………………………..
Firman pulang agak lewat lagi malam ini. Ada kerja yang masih belum dapat di selesaikan. Cuma awal satu jam dari malam semalam. Pintu kereta Viosnya dibuka. Lalu beg sandangnya diletakkan di kerusi penumpang bersebelahan pemandu. Baru sahaja dia ingin masuk kedalam perut kereta, terasa ada hembusan angin lagi menerpa kewajahnya. Kali ini sejuknya hingga ke seluruh tubuh, menusuk ketulang sum-sum. Tanpa berlengah Firman terus menghidupkan enjin kereta. Namun, enjin kereta langsung tidak dapat dihidupkan. Dia mencuba lagi, sehingga menitik peluh sejuk keluar membasahi bajunya. Tetapi…., masih lagi tidak berjaya.
Firman cuba bersandar, sekadar untuk melepaskan lelah. Firman memandang keluar tingkap kereta. Suasana disekitar kawasan parkir sungguh gelap gelita dan sunyi. Tiada langsung kelibat sekuriti yang menjaga bangunan. Firman menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba untuk bertenang. Mengawal emosi yang sedang dalam ketakutan. Tiba-tiba apabila Firman mula bangun dari bersandar untuk mencuba semula menghidupkan enjin kereta yang sedari tadi tidak mahu hidup, bahunya dicuit seseorang dari belakang. Firman menoleh…….
“SUDAH KU KATA…….., JANGAN DIBACA NOVEL ITU……!!!!!!”
………………………………………………
Hanum menangis. Terasa baru sahaja dia berbual dengan Firman. Bergurau senda dengan pekerja merangkap sahabatnya. Walaupun ramai pekerja dipejabatnya, namun pekerjanya yang satu ini, yang paling senang untuk diajak berbual sebagai sahabat. Senang untuk membuat kerja lebih masa apabila disuruh. Namun begitu, Hanum tetap menjaga batas-batasnya sebagai seorang wanita,ibu tunggal dan juga sebagai bos kepada pekerjanya.
Kini…., sahabatnya itu telah tiada. Dia ditemui mati didalam kereta. Awal pagi kelmarin, semasa sekuriti berbangsa india sedang membuat rondaan di kawasan parkir. Dia terlihat sebiji kereta Toyota Vios berwarna hitam masih ada disitu. Sememangnya sekuriti itu mengenali siempunya kereta tersebut. Tetapi, dia langsung tidak melihat kelibat Firman keluar dengan keretanya lewat petang semalam. Sangkaan sekuriti india itu, kemungkinan Firman pulang awal semasa ketiadaan dia dipondok pengawal. Sebab…, setiap pekerja yang masuk mahupun keluar pasti melalui didepan pondok pengawal.
Sekuriti itu cuba meninjau-ninjau dari luar. Gelap, tidak berapa jelas kerana cermin tingkap kereta telah di tinted gelap. Lalu sekuriti itu terus membuka pintu kereta. Apabila dia membuka sahaja pintu kereta Vios itu……, Firman sudah tidak bernyawa lagi. Tubuh, kaki serta tangannya kaku mengeras dan wajahnya seperti seakan dalam terkejut ketakutan. Matanya terbeliak dengan mata hitamnya ternaik ke atas dan mulutnya terganga luas sehingga menampakkan anak tekak serta lidahnya hampir putus.
Sungguh Hanum tidak menyangka, Firman meninggal dunia dalam keadaan begitu. Hanum juga melihat jenazahnya buat kali terakhir, wajahnya masih juga begitu. Seperti dalam ketakutan. Menurut kata isteri Firman, hasil bedah siasat keatas jenazah Firman adalah serangan jantung. Jantung berhenti mengepam secara tiba-tiba. Tetapi isteri Firman menafikan. Selama ini Firman sihat-sihat sahaja, malah Firman seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kemungkinan peratusan untuk mendapat penyakit jantung adalah amat kecil.
Paling terkesan dihati Hanum ialah apabila Hanum melihat tiga anak Firman yang masih kecil. Sudah kehilangan kasih seorang ayah. Apabila teringatkan itu, sepantas itu juga Hanum mendakap kedua kembarnya yang sedari tadi merenungnya yang sedang menangis.
Malam itu Hanum tidur bersama kedua-dua kembarnya. Sekali lagi tidur Hanum terganggu dengan mimpi yang menakutkan. Mimpikan seorang perempuan yang dipenuhi dengan darah dikedua-kedua pergelangan tangan dan pakaiannya sambil memegang sebuah buku.
“KENAPA KAU AMBIL….!!?”
“KENAPA KAU AMBIL….!!?”
Hanum tersentak lagi dari lena. Kali ini dia terus bangun lalu keluar dari bilik tidurnya. Novel Hitam yang masih baru diambil di dalam begnya. Lalu Hanum buka dan ingin cuba membacanya. Kemungkinan ada rahsia yang tersembunyi didalam novel itu yang pada asalnya adalah sebuah diari seorang gadis. Tulisan yang berwarna merah itu dibaca, kemudian diciumnya.
“Apa ni…!!? Macam bau darah….!! Busuk…!!!”
Hanum melemparkan novel itu kemeja. Rasa hendak termuntah apabila dia cuba cium tulisan berwarna merah di muka surat pertama itu. Bau hamis darah bercampur bangkai. Namun….., Hanum masih terselamat kerana tidak membaca sehingga habis novel itu.
“Benar ke kau Firman yang mencetak novel ini…..?”
Hanum terbayangkan riaksi wajah Firman yang seakan terkejut sewaktu dia menunjukkan buku NOVEL HITAM yang sudah siap dicetak berserta dengan kulit dan tajuk, “hasil kerja” Firman beberapa hari yang lalu.
Kemudian buku yang asli Hanum cari di dalam beg, tiada. Lalu Hanum bangun cari di dalam almari, juga tiada.
“Kemana pergi buku yang asli tu ye….” Hanum bermonolog.
“Siang tadi cari kat office pun tak ada. Rasanya memang aku letak dalam beg….”
Hanum menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
……………………………………………………
Hanum termenung di pejabatnya, pandangannya kosong. Semenjak dua tiga hari selepas kematian Firman, dia selalu bermimpi yang aneh. Malam tadi dia bermimpikan Firman. Dia tidak faham maksud ayat Firman dalam mimpi tersebut.
“JANGAN BACA SAMPAI HABIS…..!!!”
“JANGAN BACA SAMPAI HABIS…..!!!”
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk.
“Masuklah……”
“Assalamualaikum bos….. Boleh masuk…” Annuar, selaku penolong editor datang menyapa.
“Waalaikumsalam…. Dah masuk pun kan……”
Annuar memandang Hanum dalam keadaan segan.
“Kenapa Annuar…., ada masalah apa-apa….?”
Lemah pertanyaan dari Hanum.
“Maaf puan Hanum, saya nak tanya segan. Sebab kita semua masih dalam kesedihan….”
“Tanya sahaja, apa dia…..?” Hanum tersenyum dengan gelagat Annuar yang umpama segan tidak bertempat.
“Saya nak minta cuti dalam seminggu, sebab nak uruskan perpindahan rumah. Tapi…., kalau cepat siap urusannya, dengan segera saya masuk pejabat…” Sempat Annuar berjanji.
“Boleh…., kirim salam dengan Asmah ye. Sekarang dia buat apa….?”
“InsyaAllah saya sampaikan…. Sekarang dia sudah tak bekerja. Dia jadi suri rumah sepenuh masa, itupun semenjak menjaga Fareez…..”
“Fareez…..?” Ringkas Hanum bertanya.
“Fareez tu anak saudara Asmah. Semenjak abang Asmah meninggal, Asmahlah yang menjaga anak saudaranya. Adik-beradik dia yang lain masih lagi tinggal dengan ibunya…..”
Sebaik menerangkan keadaan keluarganya, Annuar segera bangun lalu mohon untuk meminta diri. Tetapi baru sahaja hendak melangkah setapak, Annuar tertoleh kepada sebuah buku yang berada diatas meja Hanum.
“Puan Hanum…, novel baru ke…? Pinjam….?”
Sambil mengerling kearah novel itu.
“Novel ni ada satu je…. Nanti pulangkan balik.”
“Habis cuti saya pulangkan balik, puan Hanum jangan risau….. Wow….!! Black…, interesting.
NOVEL HITAM…….”
…………………………………………….
Fareez menyusun kesemua buku-buku lama yang tersimpan di dalam sebuah kotak. Ia perlu disimpan diatas rak buku yang baru dibeli seminggu lalu. Ini semua atas arahan makciknya, Asmah yang baru kematian suami seminggu lalu. Kata doktor, kemungkinan suaminya, Annuar terkena serangan jantung. Itupun Asmah yang menjumpai mayat suaminya yang terbaring kaku, seperti dalam keadaan terkejut di dalam bilik buku. Pening Asmah apabila memikirkannya.
Kini Fareez pula diberi tugasan untuk menyusun buku-buku lama yang tidak sempat dikemas oleh arwah pakciknya. Kebanyakkannya adalah novel daripada pengkarya tempatan. Sedang ralit Fareez menyusun atur buku-buku itu, dia terpandang satu objek terperosok ditepi rak buku dan ia terselindung disebalik buku.
Fareez menghampiri objek itu dan ia adalah sebuah buku. Buku itu diambil dan diamatinya. Kulit buku itu berwarna hitam dan tertera nama tajuknya NOVEL HITAM.
“Novel rupanya, aku ingatkan buku apa warna hitam….”
Fareez bermonolog sendirian. Lalu Novel Hitam itu dibuka dan ada tertulis di helaian pertama dengan tulisan tangan berdakwat merah….
MOHON JANGAN BACA NOVEL INI…!!!
Fareez kurang mengerti akan amaran yang ditulis itu. Difikirannya, kemungkinan ia hanyalah gurauan arwah pakcik Annuar ataupun pemilik asal novel itu.
“Ahh…!! Abaikan, aku nak baca juga. Ada aku kisah….!!” Fareez mengabaikan ayat berbaur amaran itu.
Setiap helaian novel itu dibuka dan dibaca satu-persatu. Kini baru Fareez mula mengerti, novel yang sedang dibacanya ini adalah sebuah novel seram.
Novel berkisah seorang gadis bernama Seri mati membunuh diri akibat selalu diseksa oleh ibu tiri dan dirogol oleh abang tirinya. Sebelum gadis itu nekad membunuh diri, dia selalu menulis kisah sedih dirinya saat diseksa didalam sebuah diari.
Fareez terkejut apabila membaca setiap penceritaan didalamnya, sadis dan penuh dengan penyeksaan fizikal dan mental. Novel itu seakan satu catatan harian seorang gadis bernama Seri. Namun Fareez tetap mengabaikan semua itu.
“Tetapi, siapa pula yang hendak mencetak diari gadis ini untuk dijadikan sebuah novel. Pandai betul penulis ni bermain emosi pembaca, haha…..” Fareez tergelak
Niatnya hanya untuk membaca, bukan untuk percaya. Kemudian Fareez terfikir untuk melihat helaian terakhir. Fareez terkejut, ada perkataan yang bertulisan dengan berdakwat merah juga seperti muka surat pertama tadi.
SUDAH KU KATA, JANGAN BACA NOVEL INI…!! KAU PASTI MATI…!!!
Namun, Fareez masih terus mengabaikan amaran itu. Novel Hitam itu diletakkan di rak buku dan dia terus menyusun buku-buku tanpa sedikit pun syak wasangka. Tiada sekelumit perasaan takut dalam dirinya saat membaca ayat berbaur amaran serta menakutkan itu.
Tiba-tiba….., bahunya dicuit dari belakang oleh seseorang. Segera Fareez menoleh kebelakang, alangkah terperanjatnya dia, ada seorang perempuan berwajah pucat, matanya semerah biji saga dengan giginya berceracak tajam dan runcing menjerit nyaring kepadanya…….
“SUDAH KU KATA, JANGAN BACA NOVEL INI…….!!!!!”
Lalu menerkam kearahnya…!!!
Asmah menuju ke bilik buku, pintu bilik dikuak perlahan…..
“ARRHHHH….!!!! FAREEZ………!!!!”
Alangkah terperanjatnya Asmah pada petang itu apabila melihat tubuh Fareez kaku tidak bernyawa seperti mana arwah suaminya, Annuar.
penulis bukan pilihan,
#nana
#cerpenuntukfiksyenshasha
Cerita rekaan yg best, seram sunggh
love fiction than experience from confessor.. experience mcm confessor cikedot det d9 si celupar n yg glemer2 tu best la..
9/10 superb
content cerita kurang menarik.
Jika diperincikan sedikit inti novel itu mesti menambah elemen keseraman dan misteri.
Endingnya pun tiba2 sahaja berlaku.
Kalau endingnya berbalik kepada keturunan abang tiri dan mak tiri dia tu yang kena bunuh lagi menarik.
Markah: 5/10
Teruskan berkarya.
Ceritanya memang tergantung, sebenarnya saya buat cerita ni bermula dari Fareez menyusun buku kemudian sebagai part pertama,baru saya up cerita (kisah seri)bahagian atas sekali sebagai prolog. Tetapi dekat fs sy terpaksa gabungkan sekali. Part dua dalam pertengahan saya tgh sekarang. Boleh tengok di facebook saya,Suhana Mat Lazim..siapa yg pernah mengikuti dia tahulah..,sorry juri..???
*Tengah tulis sekarang part dua
Cerita tak habis lagi memang nmpak tergantung
Saya menilai cerita di FS.
Saya tak kenal anda, anda tak kenal saya.
So apa yang berlaku di luar FS saya tak tahu..
Nasihat saya cuba padatkan plot cerita awak dengan elemen seram dan misteri.
Jangan ulang-ulang plot yang sama contohnya macam cerita awak di atas.
Banyak kali ulang ayat diari tu. pembaca akan rasa bosan dan skip.
Btw, awak ada bakat.
Mungkin boleh saya comparekan cerpen awak dengan ahmad rusydi.
penulis AR ceritanya lebih padat dengan elemen seram, misteri dan mind bending.
Itu adalah ciri-ciri unik yang dia ada.
cuba cari elemen unik anda tersendiri.
Good job/
bila pula aku ade no : 2 ni.hahahah
comel perangai.haish nak marah pon susah.
bagus komen awak.good good berkhasiat.hehe
kembar ko ni haha
Ada berapa juri fs ni…haha, boleh2,sebab kita tak kenallah saya bagi nama fb saya. Pun boleh baca kat situ. Sengaja saya letak cerita kat fs sebab saya nak mencari pengkritik macam anda, alhamdulillah terima kasih kerana menegur,akan saya perbaiki lg dikemudian hari… Kalau comentar semuanya nak yg manis,macam mana saya nak perbaiki diri…
hahaha..ok..ni kelaka..
aku adalah aku.
aku bukan ko.
komen aku membina yooo.jngan mareee.hahaha
slamat bknalan la kat korang berdua.. ni la juri yg x komen crita rimau tu..haha
tak apa teruskan kelas ballet tu dulu. balik baru bagi maarkah
Cerita fiksyen yg best dan menarik, cuma ending mcm tergantung sikit..harap ada sambungan supaya kami dpt tahu apa yg terjadi kepada mak tiri dan abg tiri SERI dan juga HANUM..please2 saya suka cerita mcm ney.. THUMBS UP
InsyaAllah, akan ada sambungan, terima kasih atas sokongan
Terima kasih yang membaca dan memberi kritikan membina, saya akan perbaiki lagi penulisan saya, kekurangan pasti ada dimana-mana,insyaAllah akan saya perbaiki lagi…✌✌,nanti boleh buka facebook saya…☺☺suhana mat lazim..✌✌
Jalan cerita mcm cerita novel “Jangan Baca Novel Ini”… Ada 3 series… Tp, watak digubal Sikit… ✌ dlm cerita ne main character ialah penerbit, tp dlm novel yg sy baca main character ialah detective… But, nice story ?
yes.. aku ada buku tu
Sama… Tp yg latest punya novel tu kulit novel color biru, ada penambahan Sikit drpd original novel… Yg tu x beli lg… ?
Ada yg baru eh?.. Hehe aku ada yg cover clr itam je..
Nak tahu jugak apa yg jdi ngan Hanum… best and menarik.
T
Cerita yg menarik namun semakin dibaca semakin ketara plot2 yg berulang dan sgt boleh dijangka oleh pembaca…
Detailkan serba sedikit isi diari Seri, baru pembaca rasa terbabit sama dlm Novel Hitam…
Dan.paling penting, semua org mesti sgt sgt sgt mengharapkan ape kesudahan mak tiri+abg tiri tu…
Sakeeettt plak hati den kenangkan perangai buruk diorg berdua tu…!!!
Orang yang tak bersalah pun kena