#nana – Perempuan Tidak Berwajah

  • PEREMPUAN TIDAK BERWAJAH –

Assalamualaikum kepada pembaca fiksyen shasha, ini hanyalah sebuah cerpen. Harap sudi-sudilah baca karya saya yang tidak seberapa.

……………………………………….

Harazz ketawa melihat gelagat anak buahnya Afif lari lintang pukang bagai di kejar anjing gila. Anak buahnya yang baru berusia 8 tahun berhenti dihadapannya sambil tertunduk mengah dek kerana kepenatan berlari.

“Kenapa Afif lari…? Macam kena kejar hantu je….?” Harazz mengekek ketawa melihat gelagat anak buahnya itu.

“Afif takut pakcu. Ada hantu kejar Afif….!” Sambil memeluk pinggang Harazz dengan esak tangisnya.

Harazz melirik jam berjenama ditangannya. Sudah mengenjak ke 6.00 petang. Seraya itu Harazz mengusap rambut Afif dengan lembut.

“Afif…, hantu apa yang kejar Afif…? Pakcu tak nampak pun…?” sempat Harazz meninjau keadaan di halaman rumahnya.

“Ada pakcu. Tu dia..! Dia dekat tepi pokok bunga kertas opah…!” Tercungap-cungap Afif menunjuk ke arah pokok bunga kertas kepada pakcunya.

Harazz meninjau lagi ke arah pokok bunga kertas yang merimbun berwarna merah itu. Kosong. Tiada apa yang kelihatan. Apa yang terlihat hanya rimbunan bunga kertas bersama pasu-pasu kosong yang masih tidak digunakan lagi.

“Pakcu tak nampak apa-apa pun Afif. Tak ada apa pun dekat situ. Kau nampak benda lain, kau kata hantu…..” Harazz masih lagi dengan pendapat teragungnya. Tidak mahu percaya akan kata-kata Afif itu.

“Ada pakcu…, itu dia..! Dia sedang tengok kita. Dia hanya ada badan dan tangan saja. P******g sampai ke kaki tak ada. Tadi dia kejar Afif pun guna tangan dia. Laju betul pakcu. Itu yang Afif lari tu. Afif takut…!!”

Harazz menggelengkan kepala. Hendak percaya atau tidak dengan kata-kata Afif itu. Serba salah dibuatnya.

“Ya lah, ya lah… Tak kisahlah apa yang Afif nampak. Mari kita masuk rumah, dah lewat petang ni…”

………………………………….

Harazz menghantar mesej kepada Danial melalui pesanan Whatsapp.

“Assalamualaikum bro Danial…”

Dalam beberapa minit mesej Whatsappnya berbalas.

“Waalaikumsalam. Ada apa…?” Danial membalas mesej.

“Tak ada apa. Cuma nak tanya, jadi ke malam esok kita keluar…?”

“Jadilah bro. Kenapa..? Kau ada hal ke..?”

“Aku tanya kau, kau tanya aku..!! Mestilah jadi..! Aku nak confirm kan aje…!!” Lenting Harazz dalam mesejnya.

“Mangkuk betullah, mamat ni…!” Gumam Harazz sendirian.

“Ok. Bye..!” Harazz membalas ringkas.

“Bye!” Ayat yang lebih ringkas yang di balas Danial, tanda protes.

Dengan baki rungutan yang ada Harazz mencampakkan handphonenya secara lembut di meja tepi katil. Kemudian terus merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk di atas katil queennya.

“Nasib baik aku tak baling kuat handphone aku… Kalau tak, pecahlah handphone kesayangan aku. Ini semua kau punya pasallah Danial….!” Desus Harazz sendirian sambil menjeling ke arah I phone 6 di atas meja tepi katilnya.

……………………………………….

Mariam membasuh pinggan mangkuk dan cawan-cawan yang baru di gunakan selepas makan malam tadi. Sempat memerhati cucunya yang sedang mengelap meja makan dengan kain pengelap.

“Rajin cucu opah. Terima kasihlah sebab tolong opah. Kalau nak harapkan pakcu Afif, tak tahulah bila agaknya…” rungut Mariam.

“Sebab tu Afif tolong opah. Sebelum balik kampung, umi dah pesan pada Afif. Rajin-rajin tolong opah. Nanti kalau dah habis cuti sekolah, tak dapatlah Afif nak tolong opah….” suara kecil Afif melontarkan kata.

“Baiknya cucu opah. Nanti sudah lap meja, Afif boleh tengok tv…” senyum Mariam pada Afif sambil menyusun pinggan yang sudah di basuh di rak pinggan.

“Opah…, malam ni Afif tidur dengan opah dan atuk boleh…?” Afif bersuara manja kepada opahnya.

“Kenapa nak tidur dengan opah dan atuk…? Tak suka tidur dengan pakcu ke…? Pakcu ada marah Afif ke….?” Bertalu Mariam menyoal cucu kesayangannya.

“Pakcu tak pernah marah Afif. Tapi… Afif selalu nampak ada perempuan tak ada muka berdiri dekat tepi almari pakcu. Afif tak tahu dia pandang siapa. Dia pandang Afif atau pakcu, sebab dia tak ada mata….”

Berderau d***h Mariam saat mendengar keluhan dari cucunya. Tidak pasti, mahu percaya atau tidak dengan kata-kata cucunya itu.

“Astargfirullahalazimm…. Betul ke ni Afif. Afif tak mereka-reka ceritakan…?” Mariam mohon kepastian dari Afif.

“Betul opah. Sumpah..! Afif tak bohong..! Sudah beberapa kali Afif beritahu dekat pakcu, tapi pakcu ketawakan Afif sebab dia ingat Afif reka-reka cerita….” rungut Afif lagi.

Hhmmm…..

Mariam mengeluh panjang. Seperti sudah di jangka, apa yang pernah dirasai arwah kakaknya dahulu kini giliran cucunya pula merasai nikmat hijab matanya terbuka.

“Petang tadi pun, Afif lari sebab kena kejar dengan hantu tak ada p******g dengan kaki….”

“Apa…?” Tergelak Mariam mendengar kata-kata cucunya itu.

“Baiklah, malam ni Afif boleh tidur dengan opah dan atuk. Pergilah tengok tv. Sambil tu boleh tunggu atuk balik dari surau….”

Mendengar sahaja kata-kata setuju dari mulut opahnya, Afif terus berlari riang menuju ke ruang tamu.

………………………………………………..

KRIKKK…. KRIKKK…. KRIKKK…. KRIKKK……

Harazz bingkas bangun. Terkejut mendengar bunyi cakaran yang entah mana datangnya. Melilau matanya mencari punca di mana bunyi itu keluar.

Apabila sudah terasa keadaan kembali sunyi, Harazz kembali di pembaringannya. Melontarkan kembali pandangan di atas siling yang kosong.

KRIKKK…. KRIKKK…. KRIKKK…. KRIKKK…..

Sekali lagi Harazz terkeluar dari lamunannya. Tersentak! Bangun dan mencari kembali bunyi yang tidak pasti apakah itu. Bunyi itu seakan, satu cakaran kuku yang panjang sambil menyeret panjang di atas kayu ataupun papan. Ngilu sungguh…!!

“Almari…!” Harazz bingkas bangun menuju ke almari bajunya.

Puas di segenap almari di carinya. Dia dapat merasakan bunyi itu datang dari almari bajunya. Dia pasti. Tetapi…, sebarang garisan pun tidak ada yang kelihatan. Harazz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Namun akhirnya Harazz mengalah, membiarkan persoalan yang berlegar di mindanya dengan tidak berjawab.

“Lebih baik tidur…..”

……………………………………

Pagi mula menjengah….

“Kenapa Afif tak tidur dengan pak cu malam tadi…?” Harazz merenung Afif yang sedang bersarapan nasi goreng kampung yang di masak opahnya.

“Afif takut…” ringkas jawapan yang diberi Afif.

“Bukankah pak cu sudah cakap, mana ada hantu. Lagipun pak cu tak nampak pun perempuan yang tak ada muka tu…!”

“Pak cu memang tak nampak. Tapi Afif nampak. Dia duduk dekat tepi almari pak cu sambil cakar almari pak cu…..” terang Afif lagi.

Gulp…!

“Cakar almari…..” Harazz menelan liur.

Lalu muncul Haji Mohsin sambil duduk disebelah cucunya Afif.

“Kenapa susah sangat kau nak percaya kata-kata Afif…? Mungkin apa yang dia nampak tu betul. Hijab mata budak-budak ni belum sepenuhnya tertutup. Ada yang nampak sampai tua, ada juga bila semakin meningkat dewasa makin lama hijab semakin tertutup. Macam kitalah…! Sebab tu kita tak nampak tapi Afif nampak….!!”

Haji Mohsin menerangkan keadaan. Dia berharap apa yang cuba di sampaikan itu tidak menjadi bahan lawak oleh Harazz seperti kebiasaannya.

“Sebab Harazz tak nampaklah, susah Harazz nak percaya. Ayah kata tadi budak-budak matanya tak berhijab. Tapi Harazz dari kecik lagi tak nampak hantu. Lepas tu Afif kata dalam bilik Harazz ada perempuan tak ada muka. Pandai-pandai dia je…..”

Harazz tetap dengan pendiriannya walaupun pelbagai penerangan sudah diberi oleh ayah dan ibunya. Angkuh! Selalu merasakan dirinya betul. Selagi tidak nampak dengan mata kepala sendiri, selagi itu dia tidak akan mudah percaya. Itulah sifat nagetif yang ada dalam dirinya.

“Arwah mak long kau pun dulu matanya jenis tak berhijab. Mak rasa Afif ni ikut sebelah ibulah. Tok onyang kau pun mata tak berhijab jugak….” tiba-tiba muncul ibunya dari belakang sambil membawa dulang berisi cekodok bawang yang masih panas.

“Baguslah…, nanti ibu boleh tulis buku. KELUARGA KU MATA TAK BERHIJAB. Hahahaha……” perli Harazz sambil ketawa kepada ibunya.

Kemudian Mariam melihat Afif seakan gelisah, seperti sedang melihat sesuatu dari pintu dapur.

“Kenapa Afif…?”

“Benda tu ada kat luar. Dia tengah intai-intai kat dalam….” Afif menoleh ke arah lain sebolehnya tidak mahu melihat keluar rumah.

“Benda apa Afif…?” Haji Mohsin bertanya.

“Hantu yang tak ada p******g dan kaki…!
Dia ada kepala sampai pinggang. Dia jalan guna tangan je. Semalam dialah yang kejar Afif. Afif terkejut tengok dia ada badan je. Dia pun nampak macam terkejut, sebab Afif boleh nampak dia. Itu yang dia terus kejar Afif guna tangan ….!” Jelas Afif ketakutan.

“Dah, cepat makan. Nanti jangan keluar ke mana-mana. Nak masuk waktu zohor nanti baru keluar ikut atuk solat berjemaah di surau…” lantang Haji Mohsin bersuara.

“Tak naklah tuk. Nanti dia kejar Afif lagi….”

“Janganlah macam tu. InsyaAllah…, dia tak kan ganggu Afif. Sebab Afifkan ikut atuk nak pergi solat di surau. Pasti dia tak kan kejar. Jadi janganlah takut…” saran Haji Mohsin lagi.

Harazz yang sedari tadi mendengar omelan Afif hanya mendiamkam diri sambil membelek handphone di tangannya. Malas hendak masuk campur hal perbincangan atuk, opah dan cucu.

……………………………………..

Afif menjulurkan kakinya di tangga. Sesekali kakinya di hayun seperti buai. Baru lepas menghabiskan ais krim Paddel Pop yang di beli pada pakcik yang menaiki motosikal di hadapan rumah tadi selepas pulang dari solat Zohor di surau bersama atuk tadi. Lalu batang ais krim di campak ke bawah. Tiba-tiba…..

Batang ais krim yang telah di campak ke bawah, kini telah di lontarkan semula padanya kembali oleh seseorang dari bawah tangga. Terangkat kakinya saat itu kerana terperanjat.

Ya…, Afif benar-benar terperanjat…!!

Dia mengintai di balik jaluran lantai kayu yang renggang. Tiada apa yang kelihatan. Dia cuba mengintai lagi agar dirinya berpuas hati. Afif terperanjat sekali lagi kerana apabila dia cuba mengintai lagi dalam masa yang sama sepasang mata dari bawah tangga juga turut mengintai dirinya. Afif tergamam!
Kali ini dia cuba untuk mengangkat kedua kakinya perlahan-lahan dari tangga agar benda yang sedang mengintainya tidak perasan dengan tingkah lakunya.

Namun sebaik sahaja kakinya berjaya di naikkan ke atas, dengan sepantas itu juga ada dua tangan panjang sedang cuba mencapai kedua-dua kakinya untuk cuba menarik kakinya ke bawah. Buat kali ketiga Afif terperanjat lagi apabila melihat tangan panjang dan kurus sehingga menampakkan rangka, menjulur panjang cuba mencapai kedua-dua kakinya. Kali ini Afif tidak berfikir panjang, dia terus lari ke dalam bilik pakcunya.

Mujur Harazz tidak mengunci pintu. Tidak perlu Afif bersusah payah mengetuk pintu biliknya. Harazz terkejut apabila Afif terkocoh-kocoh masuk ke dalam biliknya.

“Kenapa Afif…? Nampak hantu lagi…?” Usik Harazz pada anak saudaranya.

“Ya pakcu! Dia ada dekat luar! Tadi dia usik kaki Afif…! Afif larilah….!” Adu Afif kepada pakcunya.

“Hantu badan separuh tu ke….?”

“Yalah pakcu… Yang itulah…!”

Tiba-tiba Afif terdiam sambil memandang di tepi almari baju Harazz. Harazz yang seraya tadi mengusik Afif mula berasa pelik dengan tingkah laku anak saudaranya itu. Harazz mencebik. Sempat juga Harazz berpaling ke arah almarinya.

“Tengok apa…?” Soal Harazz.

“Perempuan tak ada muka tu ada dekat tepi almari pak cu. Muka dia tengah mengadap kita. Lagipun Afif tak tahu dia pandang siapa…?” Afif semakin cuak.

“Siang buta pun ada juga…?” Harazz mencebik, seakan malas hendak melayan karenah anak saudaranya itu.

“Semenjak Afif balik rumah opah ni, Afif selalu nampak dia dekat dalam bilik pakcu. Pakcu bawak dia dari mana…?” Afif mengejutkan Harazz dengan soalan yang mungkin tidak dapat dijawab olehnya.

“Afif cakap apa ni…? Manalah pakcu tahu terbawa dia dari mana…? Datang dari mana…? Sudahlah Afif…! Malas nak layan kau…!!” Bentak Harazz.

Tergamam Afif apabila di marahi oleh pakcunya. Tersentak perasaannya bagai di hiris-hiris belati tajam apabila ditengking sebegitu oleh pakcunya. Satu-satu bapa saudara yang dia ada. Selama ini dia tidak pernah dimarahi sebegitu rupa.

Kemudian dengan perasaan sedih Afif bangun dan berjalan keluar dari bilik Harazz, tetapi sebelum itu sempat dia menegur pakcunya.

“Pak cu…, perempuan tak ada muka tu duduk di sebelah pakcu….”

Terbeliak mata Harazz mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Afif sambil matanya liar memerhati keadaan sekeliling.

“Karut…!!”

……………………………………………

Sebelum keluar seperti yang dijanjikan bersama sahabatnya Danial dan rakan-rakannya yang lain, sempat Harazz melihat wajahnya di cermin.

“Handsome juga aku…” Harazz tersenyum dengan pujian melambung terhadap diri sendiri.

Sempat lagi melihat jam ditangannya.

“Sudah pukul 9.00 malam. Masa untuk bergerak….”

Kemudian helmet hitam di atas almari di ambilnya. Debu halus yang melekat di helmet hitamnya disapu-sapu dengan tapak tangan. Namun sedang dirinya cuba menghembus baki-baki debu yang melekat di helmetnya, Harazz terlihat seperti ada kelibat seseorang lalu dibelakangnya dengan pantas di dalam pantulan helmetnya yang semakin berkilat itu. Seolah-olah satu bayang hitam melayang seperti angin. Harazz menoleh. Tiada apa yang kelihatan. Hanya kain langsir bertebaran melayang di tiup angin dari luar.

“Alamak..! Lupa nak tutup tingkap…!”

Justeru itu tingkap bilik segera ditutup.

“Ala…., nak hujan ke…? Semacam je angin menderu masuk tadi…?” Ngomelnya sendirian.

Namun…., sekali lagi langkahannya terhenti.
Harazz mengundur setapak ke belakang. Almari dihadapannya di perhatikan. Matanya tersorot pada tiga garisan panjang yang agak dalam di tepi almarinya. Harazz meraba garisan itu dengan hujung jari telunjuknya. Apabila dirasa dengan sentuhan jarinya pada garisan seakan cakaran itu, seperti ada pasir halus yang melekat di tepi papan almari bajunya. Harazz berasa hairan, bagaimana ada pasir melekat di tepi almarinya…?

“Mungkin, pasir tu di terbangkan angin agaknya. Itu yang melekat dekat situ….”
Harazz berfikir secara positif tanpa sedikit pun rasa syak.

Lalu dia terus keluar tanpa menutup pintu biliknya. Sebelum itu sempat dia menegur ibu dan ayahnya yang sedang ralit menonton televisyen.

“Ibu, Harazz keluar dulu…” sambil menunduk Harazz bersalam dan mencium dahi ibu dan ayahnya seperti selalu. Sememangnya begitulah rutin dan tabiat Harazz jika mahu keluar jauh dari rumahnya, pasti dahi ibu dan ayahnya akan dicium dahulu sebelum keluar rumah.

“Hati-hati bawa motor. Rasa malam ni nak hujan. Kalau hujan, teduh dimana-mana dahulu. Jangan terus bawak motor tu….” pesan Mariam pada anak bongsunya. Entah kenapa malam itu hatinya berasa tidak sedap. Rasa berdebar-debar. Namun perasaan tidak enak itu cuba dicampak jauh. Biarlah kuasa doanya sebagai seorang ibu mengatasi musibah terhadap anak-anaknya. Semoga malam itu tidak terjadi perkara yang memudarat dirinya sekeluarga.

Afif yang sedari tadi duduk diam membatukan diri di sebelah atuknya, hanya mampu memandang jauh pakcunya yang sedang menghidupkan enjin motosikal Yamaha 135LC di hadapan tangga beranda. Kedua-duanya saling tidak bertegur sapa angkara kejadian petang tadi.

“Afif tengok apa tu…?” Mariam bertanya kepada cucunya.

“Tak ada apa…” hanya itu yang mampu Afif jawab. Malas hendak beritahu panjang lebar kisah sebenar kepada opahnya tentang kejadian petang tadi. Mahupun yang sedang berlaku tadi sewaktu pakcunya sedang menghidupkan enjin motosikal, perempuan tanpa wajah itu turut duduk ayu di tempat duduk belakang motor yang di tunggang Harazz seperti mengikut ke mana Harazz pergi dan hantu separuh badan itu juga turut berlari laju dengan menggunakan tangannya mengikut arah motosikal Harazz pergi.

“Padan muka pak cu…, dua-dua hantu temankan pak cu…” cebik Afif.

……………………………………….

Mariam mengusap lembut rambut Harazz. Air mata yang mengalir di biar jatuh ke pipi. Sengaja di biarkan. Sungguh…! Sudah tidak tertanggung menahan lagi air mata seorang ibu apabila melihat anak kesayangan terbaring kaku di atas katil hospital. Sudah dua minggu Mariam dan Haji Mohsin berkampung di hospital menemani Harazz yang terlibat dengan kemalangan dua minggu lalu ketika dia keluar pada waktu malam menemui Danial dan rakan-rakan yang lain.

** Menurut keterangan dari Danial….

“Masa saya follow Harazz dari belakang, saya nampak LC yang ditunggang Harazz tiba-tiba sahaja melalui laluan bertentangan. Masa tu hujan renyai, mungkin jalan licin. Kebetulan ada Toyota Hilux di laluan bertentangan tu, mungkin Harazz tak sempat nak mengelak jadi terjadilah rempuhan sehingga Harazz melambung dan terjatuh di atas jalan. Mujur dia jatuh tepi jalan, kalau dia jatuh tengah jalan tak tahulah saya nak cakap…..” **

Haji Mohsin hanya duduk bersandar di kerusi yang terletak di tepi katil Harazz. Manakala Harizz beserta isteri dan anaknya Afif berada di cafeteria berhampiran hospital. Bukan Harizz tidak mahu menemani adiknya Harazz, tetapi kerana kasihan melihat wajah Afif yang kelihatan takut apabila masuk di dalam wad. Puas di tanya apa yang sedang dilihatnya namun tiada sebarang jawapan dan respond yang di beri Afif. Diam dan terus diam sahaja.

” Kalau Afif beritahu, orang nak percaya ke?”
Gumam Afif dalam hati.

Lima hari Harazz diletakkan didalam wad icu sehingga keadaannya benar-benar stabil. Setelah kondisinya semakin baik, dia diletakkan di wad biasa.

Akhirnya setelah keadaannya pulih, Harazz di benarkan pulang. Selesai dengan urusan segala bil di hospital, Harazz di bawa pulang oleh abang dan kakak iparnya.

“Afif tak ikut sekali…?” Tercari Harazz akan anak buah kesayangannya.

“Tak, dia tunggu dekat rumah dengan ibu dan ayah….” balas Harizz.

Nampaknya rindu benar Harazz dengan ‘musuh ketat’ kesayangannya, Afif…..

……………………………………………

Sampai sahaja di rumah, Harazz sudah dinanti oleh kedua ibubapanya dan Afif dimuka pintu. Terlihat ada senyuman lebar yang terukir dibibir ibunya. Harazz bahagia melihat kasih sayang yang terpamer di raut wajah kedua orang tuanya.

Lalu Harazz merehatkan diri di dalam bilik, untuk melegakan baki-baki kesakitan yang masih bersisa. Lalu rebah di atas tilam empuknya. Ibunya cuba membetulkan bantal anak kesayangannya agar rasa lebih selesa apabila berbaring.

Manakala ayahnya menyelak langsir berhadapan dengan katilnya.

“Ayah selak langsir ni ya. Buka tingkap sikit bagi angin luar masuk. Sudah dua minggu tingkap bilik kamu ni tak di buka. Macam-macam bau ada. Bau bangkai ada…! Bau pekung pun ada…!” Ayahnya merungut.

“Saya nak buka tingkap abang tak bagi. Bilik kosonglah, tunggu Harazz baliklah. Sekarang nak merungut pulak…!” Bebel Mariam pada suaminya.

“Harazz…, ayah nak tanya sikit. Hari tu ayah nak tanya tapi keadaan kamu tak stabil lagi masa tu. Danial ada cerita motosikal kamu masuk kelaluan bertentangan. Jalan licin ke…?” Haji Mohsin mohon kepastian kisah kemalangan dari sisi Harazz pula.

“Entahlah ayah. Nak kata jalan licin tak jugak. Rasanya Harazz bawa ok je. Cuma Harazz teringat pesan ibu, cari tempat berteduh sebab hujan makin lama semakin lebat. Itu yang Harazz ternampak ada satu pondok dekat tepi jalan sebelah sana, kononnya nak tumpang teduh sekejap. Sebab dekat sebelah tepi laluan Harazz tak ada pondok. Harazz nampak dekat sebelah sana je ada pondok. Lagipun Harazz tak nampak langsung pun sebarang kenderaan di laluan bertentangan tu. Tiba-tiba Harazz rasa, badan Harazz macam melayang je. Lepas tu Harazz dah tak ingat apa-apa….!”

Haji Mohsin terdiam. Tidak pasti untuk memberi reaksi yang bagaimana. Lalu dia membiarkan sahaja reaksi ingin tahu itu berlalu begitu sahaja. Biarlah reaksi tanda syukur yang terpamer di raut wajah tuanya. Sejujurnya, ini adalah kali pertama perkara tragik berlaku dalam keluarganya. Mujur tidak sampai meragut nyawa anaknya. Walaupun kematian itu satu kemestian pada yang masih hidup tidak kiralah walau apa pun penyebabnya.

“Harazz rehat dulu ya. Rehat-rehatkan badan dulu. Kalau nak apa-apa panggil saja ibu atau ayah. Afif pun boleh tolong pakcu. Ibu nak masak untuk makan malam nanti….” pesan ibunya sambil melirik kearah Afif yang sedari tadi berdiri di muka pintu bilik pakcunya. Afif seakan termanggu-manggu untuk menegur pakcunya.

“Afif sini, duduk sebelah pakcu…” pinta Harazz sambil melambai ke arah Afif.

“Pakcu minta maaf sebab hari tu pakcu tengking Afif….”

“Tak apa pak cu, Afif pun minta maaf sebab suka menakutkan pak cu. Lain kali Afif tak buat lagi. Afif janji. Kalau Afif nampak pun, Afif akan pura-pura buat tak nampak….” Afif tersenyum. Gembira hatinya apabila dia sudah berbaik dengan pakcunya.

Harazz senyum. Lalu cuba untuk memejamkan mata agar dapat melepaskan sedikit demi sedikit kesakitan yang masih berbaki.

“Kalau macam tu, pakcu tidurlah dulu. Afif nak keluar. Afif tak nak ganggu pakcu rehat..”
Afif bingkas bangun apabila melihat pakcunya sudah melelapkan mata. Sebaik pintu bilik cuba ditutup, sempat Afif mengerling ke arah tepi almari baju pakcunya.

……………………………………….

Harazz masih terlena. Kenapa berat benar matanya untuk di buka. Seluruh badannya terasa kaku untuk bergerak. Namun…, Harazz seperti merasai sesuatu. Seperti ada seseorang sedang mengusap lembut rambutnya. Sungguh lembut.

Mungkin ibu. Harazz membiarkan sahaja usapan lembut itu di kepalanya. Lena sungguh rasanya. Tetapi, seperti sudah lama benar dia terlena. Kenapa ibu tidak mahu mengejutnya untuk solat atau pun untuk makan malam…?

Harazz berusaha untuk buka matanya. Cuba lagi..! Akhirnya Harazz berjaya membuka matanya. Apabila perlahan-lahan matanya di buka. Tiba-tiba…..

“ARRGGHHHH……!!! Kau siapa…!!!” buntang mata Harazz apabila melihat perempuan tidak berwajah duduk di tepinya sambil mengusap lembut rambutnya. Tanpa sebarang ekpresi muka. Kosong..!

Harazz bingkas bangung sehingga terjelepuk jatuh dari atas katil. Terkebil-kebil Harazz melihat makhluk itu sambil menggosok-gosok matanya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Sedangkan perempuan tidak berwajah itu tetap setia dan kaku duduk diatas katilnya. Sebaik sahaja Harazz mengundur ke belakang, tiba-tiba dia terdengar dari luar tingkap seperti ada sesuatu sedang memanjat tingkap biliknya. Harazz cuba untuk melihat siapa yang sedang memanjat tingkap biliknya. Namun saat Harazz menjengah sahaja ke tingkap, terlihat dia satu lagi makhluk separuh badan dengan wajah berdarah-d***h berusaha untuk memanjat tingkap biliknya dengan kedua belah tangannya yang hanya tinggal tulang. Makhluk separuh badan itu seolah-olah cuba untuk mengintai dirinya dari luar.

Harazz semakin buntu. Dia benar-benar dalam ketakutan sekarang. Hendak keluar ikut pintu, perempuan tidak berwajah itu masih lagi duduk ayu di atas katilnya. Betul-betul berhampiran dengan pintu..! Tidak sanggup hendak melalui di hadapan perempuan tidak berwajah itu. Sedangkan makhluk separuh badan itu menyengih-nyengih memandang Harazz di luar tingkap sambil bergayutan di besi tingkap.

Harazz hanya mampu bersandar di tepi dinding. Timbul rasa menyesal kerana tidak percaya dengan kata-kata Afif yang selalu dijadikan bahan lawak. Kali ini Harazz menganggap ia bukan lawak lagi. Menyesal..!!

“AFIFFFF……!!! TOLONG PAKCUUU……!!!!!”

…………………………………..

Enam minggu sebelumnya…..

“Woi…! Berhenti kejap…! Ada accidentlah kat depan tu…!!” Harazz memberhentikan motosikalnya di bahu jalan.

“Kenapa nak berhenti pulak…?” Danial terpaksa berhentikan motosikalnya disebelah motosikal Harazz sambil memandang kenderaan yang bertali arus dijalan raya yang sesak.

“Jom tengok…!” Ayat bersahaja yang keluar dari mulut Harazz.

“Nak buat apa tengok…? Lagipun aku tak suka tengok darahlah. Kecut perut aku…?” Danial cuba mengelak.

“Kau ni penakut…!” Balas Harazz dengan nada bongkak.

Kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak, Harazz telah menahan seorang lelaki yang berjalan kaki kebetulan lalu di hadapannya.

“Bang, tumpang tanya sikit boleh. Accident apa langgar dengan apa bang…?”

“Lori pasir langgar motosikal. Motor masih ada kat bawah lori tu. Dengar kata suami isteri yang naik motosikal tu. Muka bininya pecah kena lenyek dengan tayar. Masih ada lagi mayat tu kat bawah treler. Suami dia putus separuh badan. Kepala hingga ke pinggang ada dekat bawah lori, separuh lagi badan dekat jalan sana. Terpisah terus..! Ngerilah dik..! Tak payah tengoklah….. Ngeri…!!” sehingga terjongkit-jongkit bahunya menceritakan keadaan kemalangan ngeri itu.

“Terima kasih bang…” Harazz mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu sambil mengangkat tangan tanda hormat.

“Danial…, kau tunggu sini kejap…! Aku nak tengok…!”
Bersemangat Harazz untuk melihat kemalangan ngeri dihadapan matanya.

“Pergilah tengok..! Degil nak mampus….!” bentak Danial.

“Ala… Aku nak tengok sekejap je. Kau tunggu sini ya. Dah alang-alang sekali ni, aku nak tangkap gambar sekali. Manalah tahu boleh upload dekat facebook. Nanti ramai yang like, jumlah penonton yang tengok pun ramai….” senyum Harazz tanpa rasa bersalah.

Lalu dia segera pergi meninggalkan Danial di bahu jalan.

“Inilah manusia zaman sekarang. Tangkap gambar dahulu, menolong kemudian……” gumam Danial sendirian.

  • tamat –

Insan suka menulis,

#hasilkarya
#cerpenuntukfiksyenshasha
#suhanamatlazim
#nana

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
NANA

21 thoughts on “#nana – Perempuan Tidak Berwajah”

  1. Gambaran hantu hantu kat atas ni terasa extreme pula. Xblh nak imagine hantu yg xde p******g huhu.

    Btw, thumbs up on the storyline.

    Reply
  2. Engkau punye cite nie cover die bile aku scroll ke atas aku terkejut sampai terlepas handphone aku nie…..why did you do this to me?!
    >:(

    Reply
  3. Cerita sis nana ni best best belaka.. Lima bintang ⭐⭐⭐⭐⭐
    Pengajarannya jangan berlagakk, cakap beso sangat.. ish ishh harraz harraz..sebenarnya orang yg acah acah berani ni dia menafikan yg dia takut..haha..
    Yang geng suka tangkap & upload gambar mangsa kemalangan tu, bawak bawak la insaf okey,jadi mcm harraz kang taktauuu

    Reply
  4. Harraz, Harraz…
    Haaa padanler muke…
    Org citer ko x nak caye…
    Skrg mendapat ko pon hadaplah benda2 tu semua…
    Oklah tu kaannn…
    Nnt mak ko buat buku yg ko cadangkan tu leh tambah satu watak lg, watak ko…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.