Assalamualaikum kepada pembaca fiksyen shasha. Dengan tanpa jemu, Nana hantar lagi cerpen yang tidak seberapa ini. Sudi-sudilah membacanya….
…………………………………………..
Sudah dua bulan Susanti bekerja di Malaysia, mengikut sahabat baiknya Citra. Dia bukan bekerja atas tiket pendatang tanpa izin tetapi dia mempunyai permit yang sah. Bekerja untuk menyara keluarga yang susah di kampung halamannya, Padang, Indonesia.
Beri sahaja tugas kepadanya, pasti akan dilaksanakan sebaik mungkin. Bekerja sebagai cleaner di salah sebuah pusat membeli belah ternama di ibu kota membuatkan dia sedikit kekok melakukan rutin seharian itu apatah lagi apabila disuruh melakukan tugas mencuci tandas. Tugas-tugas mencuci tandas tidak dilakukan sendirian sebaliknya dia pasti bersama sahabat baiknya, Citra yang sentiasa bersamanya tatkala melakukan tugas sedemikian.
Ke mana-mana sahaja pasti berdua. Sehinggakan kak Milah orang lama yang bekerja di situ pun tahu akan keakraban dua sahabat yang berasal dari Indonesia itu.
Tetapi pada petang itu Susanti terpaksa melakukan tugas membersihkan tandas awam di pusat membeli belah itu sendirian memandangkan Citra terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah, kemungkinan keracunan makanan.
“Su…, boleh ya kamu sendirian cuci toilet petang ni….?” pujuk kak Milah pada Susanti.
“Toilet di tingkat berapa kak Milah…..?”
Susanti inginkan kepastian agar tidak tersalah masuk tandas.
“Kamu bersihkan tandas hujung di tingkat tiga dan tingkat empat…” Arah kak Mila pada Susanti.
“Tingkat tiga dan empat, baik kak….” Susanti akur dengan arahan kak Mila tanpa bantahan.
………………………………………….
Susanti membawa segala perkakas ke dalam baldi lalu di letakkan ke atas troli. Troli di sorong masuk ke dalam perut lift yang sedia terbuka. Sampai di tingkat tiga Susanti keluar lalu menuju ke tandas yang terletak di bahagian belakang. Sampai sahaja di tandas tersebut, tanda amaran “Jangan masuk, tandas sedang di bersihkan” segera di letakkan di hadapan pintu. Rutin membersihkan tandas di lakukan seperti biasa. Kali ini dia hanya bersendirian sahaja. Lagipun itu bukan satu masalah kepadanya. Tugas yang diberikan sentiasa dilaksanakan dengan seikhlas hati demi sesuap nasi.
Selesai membersihkan tandas di tingkat tiga, kini Susanti naik ke atas tingkat empat. Dia perlu melaksanakan tugas terakhirnya pada petang itu, iaitu membersihkan tandas yang paling hujung di tingkat empat.
Tanda amaran segera diletakkan. Dengan tanpa membuang masa, dia terus masuk sambil membawa perkakas pembersihan ke dalam tandas. Kain pengelap di basah kemudian cermin di dinding di hadapannya yang terletak di atas singki di lap sebersihnya. Singki putih seramik di hadapannya disental sehingga berkilat. Sedang leka dia menyental singki kedua pula, Susanti terlihat ada sosok seperti seseorang perempuan sedang mendukung bayi berada di dalam cermin berdiri dibelakangnya. Tersentak Susanti melihat perempuan itu yang tiba-tiba sahaja berada dibelakangnya. Tetapi perempuan itu hanya diam kaku sambil memerhatikannya. Apabila Susanti cuba pusing ke belakang, sepantas itu juga sosok perempuan itu hilang dari pandangan. Susanti berasa pelik, mustahil boleh ghaib begitu sahaja. Tidak terlintas langsung difikirannya akan mahkluk ghaib ketika itu.
“Apa aku salah lihat barangkali….” Susanti mengomel sendirian.
Susanti langsung tidak memperdulikan apa yang sedang dilihatnya tadi. Dia harus menyambung tugasnya semula. Namun…, sedang asyik menyental baki-baki kotoran di singki, Susanti terdengar pula suara perempuan menangis teresak-esak didalam salah satu kubikel tandas. Terdapat empat pintu kubikel tandas tersebut tetapi hanya tiga yang terbuka pintunya kecuali pintu kubikel tandas yang ke empat dan paling hujung. Kubikel tandas ke empat yang pintunya bertutup itulah yang Susanti dengar suara perempuan sedang menangis. Susanti hanya membatukan diri, cuba untuk mendengar esak tangis perempuan itu dengan lebih jelas. Sedang Susanti cuba untuk memasang telinga, semakin galak pula suara perempuan itu menangis. Susanti semakin cuak, namun apakan daya…, dia sudah pun berada didalam tandas tersebut. Justeru itu dia harus memberanikan diri untuk melihat ‘siapakah’ atau ‘apakah’ yang sedang menangis syahdu di dalam kubikel tandas paling hujung itu.
Perlahan-lahan Susanti berjalan menuju ke kubikel hujung, sambil tangannya menggenggam kemas batang mop sebagai pelindung diri. Berdebar-debar Susanti menahan takut yang sedang mencengkam diri. Kini baru Susanti terfikir akan sesuatu yang baru berlaku sebentar tadi. Kelibat seorang perempuan muncul dibelakangnya di dalam cermin.
Pintu kubikel yang bertutup di kuak perlahan. Dengan lafas bismillah…..
“Bismillahirahmannirrahim……..”
Susanti terkejut kerana tiada sesiapa pun di dalam kubikel tandas hujung itu. Kosong..!!
“Lo…, enggak ada siapa-siapa…? Aneh….” Susanti menggaru kepala yang tidak gatal.
Susanti kembali kesingki menyambung tugasnya yang belum selesai. Selesai sahaja aktiviti menyental kotoran di singki dan cermin. Kini kotoran di mangkuk tandas dikubikel pertama perlu dibersihkan dahulu, kemudian barulah kubikel yang kedua sehinggalah kubikel ke empat iaitu yang paling hujung itu.
Sedang Susanti leka menyental mangkuk tandas, tiba-tiba….
TOK…!! TOK…!! TOK…!! TOK…!!
Dia terdengar pula ada ketukan dari dinding kubikel sebelah. Namun Susanti tetap meneruskan aktiviti pembersihan mangkuk tandas. Mungkin kerana dia mula menyedari bahawa ada aktiviti paranormal yang sedang mengganggunya kini. Difikirannya…, jika membiarkan atau mengendahkan sahaja sebarang gangguan tersebut, pasti ia tidak akan mengganggu lagi.
TOK…!! TOK…!! TOK…!! TOK…!!!!!
Susanti tetap membiarkan sahaja ketukan itu. Susanti yakin dan pasti, ketukan di dinding kubikel itu mungkin akan berlaku sebanyak tiga kali.
TOK…!! TOK…!! TOK…!! TOK…!!!!!!!!
Susanti tersenyum…. Dia sudah menjangkakan perkara seperti itu akan berlaku. Susanti cuba memasang telinga lagi. Tiada lagi kedengaran bunyi ketukan. Dia kembali lega.
Kemudian terdengar pula air disingki mengalir keluar dengan deras. Lantas Susanti segera keluar untuk menutup pili air yang terbuka sendiri itu. Susanti cuba memerhati sekeliling. Kemudian di intai satu demi satu setiap kubikel di dalam tandas, tetap kosong. Bukan untuk menunjuk berani tetapi demi ingin menyelesaikan tugasnya dengan segera, agar dia dapat pulang ke rumah. Walaupun ada gementar di hati.
“Enggak boleh jadi ni…. Semakin galak dia…..”
Guman Susanti.
Kali ini Susanti seakan mengalah. Dia hanya dapat membasuh setiap mangkuk tandas di tiga lagi kubikel dengan ala kadar sahaja. Bulu tengkuk dan lengannya sudah mula merinding. Kemudian jam didalam saku seluarnya segera di ambil.
“Waaa…, sudah jam 6.00 petang…”
Bulat mata Susanti apabila melihat jam yang sudah ke angka 6 petang. Lalu dengan segera dia mengemas segala perkakas ke dalam baldi. Kemudian tangan dan wajahnya di basuh disingki.
Sedang ralit dia mengelap wajahnya yang basah dengan tuala kecil, alangkah terperanjat Susanti apabila melihat sosok perempuan sedang mendukung bayi berada di dalam cermin. Mata dan tubuhnya ibarat dipegun oleh makhluk itu. Susanti terkaku apabila melihat wajah mahkluk perempuan itu yang makin lama semakin buruk dan hodoh.
Apabila terasa diri semakin longgar, dengan segera dia menoleh kebelakang. Tetapi sederas itu juga mahkluk itu ghaib dari pandangan.
Susanti memandang sekeliling. Didahinya mula mengalir peluh dingin.
“CARI SAYA KE KAK………????”
Alangkah terperanjatnya Susanti apabila ditegur oleh mahkluk perempuan itu yang tiba-tiba muncul di sebelahnya, dengan pakaiannya yang separuh dipenuhi dengan d***h yang berbau hanyir dan kedua-dua bebola matanya hampir terkeluar dari kelongsong mata. Sambil di tangan kanannya memegang kepala seorang bayi dan tangan kirinya memegang kaki bayi dengan jasad badan bayi tersebut terjulur kebawah, tanpa kepala…!!!!
“ALLAH…!!!”
Hampir sahaja dia ingin terjatuh apabila melihat mahkluk itu betul-betul berada disebelahnya.
“KAK…., TOLONG SAMBUNG KEPALA BAYI SAYA NI….. HE HE HE….. TAKUT KE…? HE HE HE……”
Mahkluk itu bersuara sambil menghulurkan kepala dan badan bayi itu kepada Susanti.
Melihatkan kepala dan badan bayi yang hampir reput di suakan ke arahnya. Susanti terus rebah di situ juga.
…………………………………………..
Susanti terjaga dari pengsan. Terkejut dia apabila melihat Citra, kak Milah dan Mr Chua berada dihadapannya.
“Kamu pengsan ka Susanti… Sudah berapa lama kamu ada dalam itu tandas…?”
Mr Chua selaku ejen mula bertanya kepadanya. Dia berasa pelik apabila melihat Susanti pengsan didalam tandas berkunci yang sudah lama tidak digunakan lagi.
“Sekarang jam berapa…?” Susanti seakan khayal melihat keadaan sekeliling.
“Sekarang sudah pukul 10.00 malam. Citra call akak, dia risau kamu tak balik-balik lagi….”
Kak Milah menerangkan keadaan.
“Jadi, akak dan Citra call mr Chua untuk cari kamu disini. Dari rumah akak rasa tak sedap hati. Akak dan mr Chua try dulu cari kamu disini. Kan betul…., kamu memang berada disini….” sambung kak Milah lagi.
“Ya Su…., kami jumpa kamu ditingkat atas. Kamu pengsan disana. Mujur kak Milah ada kuncinya. Langsung kamu diangkat dan dibawa pulang ke rumah…..” Citra terkejut apabila melihat Susanti tidak sedarkan diri didalam tandas yang berkunci itu.
“Kak Milah yang suruh saya cuci tandas hujung ditingkat tiga dan empat petang tadi. Lagipun tandas ditingkat empat langsung tidak berkunci. Mudah saja saya masukinya…”
Susanti menerangkan keadaannya ketika itu.
“Susanti tandas ditingkat empat, sudah lama tidak digunakan. Sudah tiga tahun ia berkunci. Semenjak kejadian beberapa orang pengunjung pengsan apabila mereka mendakwa melihat hantu didalam tandas tu….!!” Kak Milah merapati dirinya kearah Susanti seperti sedang bergosip lagaknya.
“Lagipun, akak yang pegang kuncinya. Akak sendiri yang kunci pintunya….” sambil menjulurkan segugus kunci kearah Susanti.
“Dulu…., sebelum kejadian macam ni berlaku, ada perempuan m**i dalam tandas tu. Katanya dia cuba nak gugurkan anak dalam tandas tu dengan makan pil gugur. Penggugurannya tu berhasil, tapi sebab d***h sudah keluar dari faraj dengan terlalu banyak. Maka…., perempuan tu m**i kat dalam kubikel tu jugak. Akak tahu pun sebab pak guard yang dah berhenti tu bagitahu. Itulah puncanya…., waallahualam….”
Melopong Susanti dan Citra mendengar kisah disebalik tandas berkunci itu.
“Kejadian tu kami rahsiakan, demi hendak menjaga aib tuan punya pusat membeli belah tempat kita kerja ni….” Kak Milah kembali menyambung ceritanya.
“Maksudnya…., perempuan yang m**i tu anak tuan punya shopping complex tu….?” Terbeliak mata Citra mendengar kisah sebenar.
“Ye…, diam-diam sudahlah ye… Jangan bising-bising. Tapikan Susanti…., tadi kamu kata akak yang suruh kamu cuci tandas ditingkat empat….?” Kak Milah mula berasa sangsi dengan kenyataan Susanti tadi.
“Ya, kak Milah yang menyuruh saya cuci tandas ditingkat empat….” Susanti masih lagi dengan pendiriannya.
“Siang tadi akak pulang cepat Susanti. Pukul dua akak dah balik sebab anak akak demam. Lagipun akak langsung tak jumpa dengan kamulah Susanti. Akak sendiri pegang kunci tandas tu. Kak Milah mana yang kamu jumpa ni……?”
Susanti hanya mampu memandang Kak Milah tanpa ada sebarang jawapan darinya.
“Kak Milah…., lain kali kalau saya disuruh untuk cuci tandas ditingkat empat lagi, saya sudah tahu yang “itu” bukan kak Milah……. ” Seloroh Susanti sambil tersenyum kelat.
-tamat-
#hasilkarya
#cerpenuntukfiksyenshasha
#nana
#suhanamatlazim
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Teringin nak first jugak
9/10.. best cite kau
KO LAGI, APA MASALAH KO BEB GUNA EMAIL AKU??
ENTAH KO NI. KO DAH GILA KE APA?
BILA MASA AKU KOMEN SEMUA NI? KE AKU YANG DAH GILA?HUHU
serius wei? aku tak tahu lah ko ni sape doh. tapi tak payah kot nk guna email aku. entah apa yg ko suka sgt nk guna email aku. Tak payahlah nk buat onar bagai.
~DENGAN RASMINYA, KO BOLEH DAH GUNA EMAIL N USERNAME NI, AKU HARAP KO GEMBIRA LAH EH. PERANGAI KO MMG MACAM TAIK.
#psiko
#bencikowehh
medicak.. ni email username baru kan?? apakata letak (medical) belakang tu.. so kitorang dah tahu tu medicak.. ni cadagan je la.. klu x jenuh nak menjawab
ini aku lah ni. huhu. terpaksa aku guna email lain. dah hilang dah rupa merah bibir kuning alien yg gojes tu. dan yg paling penting, takde dah aku dalam carta. huhu
cu..rupe baru cu da macam adudu….hahahaha…
sian medicak..sabo je la jemah ye..
dari tadi aku dok melayan di klon ghupe nye..
hahahaha..
gambar ko sekarang ni lagi lawa, wahai medi. tapi.. tu lah penat kau nak dapat top 5 tu. hm jahat lah budak tu.
ape benda ni weiii? nama sama je aq tgk…erkkk…krik krik
tolong kembali kan medi aku yang asal ! Tak syok lah cam gini. huhu
tulah, baru nak beramas mesra dgn ko. hahahahaha
beramas mendeeeeee? hahahahahha. sengal lah ko ni. jangan sedih tau. nah bahu ~
sedihlah. geram pulak aku dgn malaun ni. entah apa yg di dengki nya.
~bahu ko tak cukup lebar beb. hahahaha
alolololoooo ~ kesian kau medi. hm. tapi gambar baru kau ni lagi comel. hijau je nengok nyeee hahahahaha
beramas? nenek seram baca typo ko ni cu medic
Haaaa kan nek. Teruk bebeno typo dak medic ni. hahahahah
Tula..aku tengah bersedih ni F.F. huhu
diam lah ko. mcm taik perangai. sumpah ko jadi katak. pui! ko ni sape wei sebenarnya?
Ok lah. Dah bosan kacau medicakkoroi ni..
Ambik la balik email ko ni.
Satu je nak pesan..
Lain kali jangan suka2 kenakan orang, perli orang. Manusia tak selalunya di atas. Hahahaahha. Ok bye..
Saya serah semula akaun nk ke medicak ori.
Bye………..
Alhamdulillah. kau jangan kacau lagi tau. Tak baik.
Dah dah. Jangan gaduh lagi.
bila aku kenekan org??
ada???
~nampak sgt girl.
dah, tak payah lah. ko dah guna habis-habisan baru nak pas dekat aku. aku pon dah malas dah nak komen2 kat sini. semua sebab kau.
~satu je nak tanya, ko sape?
Aku adalah kau..
Kau adalah aku..
kau ni geng busroq ke? haha
mcm psiko ko ni. ko ni JURIFS ke?
#tanyajerr
Aku bukan juriFs bukan busroq.
Nama aku mawi
kelakar nyaaaa??? sgt kelakar.
PATUT LA AKU TERSEDAK TERCEKIK KEROPOK LEKOR KAU TAHU TAK????
MEMANDAI JE KO TUDUH AKU SERU2 NAMAKU
AKU PERNAH GUNA SEKALI JE NAMA MEDICAL TU. TU PUN SEBAB NAK SEDARKAN KO YANG BERLAGAK SANGAT TU!
TAPI YANG NI TAK BERAGAK2 MENIRU ORANG.
ADMIN SILA PADAM KOMEN SAYA YANG REVEAL EMAIL MEDICAL NI.TQ
yeke bukan ko? ???
instinct aku kuat mengatakan ko.
#instinctjerr
Hahaha..adoii..laka2 la korg ni..medicak klon,pasni jgn klon cikbambam plk ye..
Takpe. Cikbambam good2. Kite takde masalah. Medicak ni je komen denhan niat tak betul.hmm
Ko kena berterima kasih kt aku tau medicak. Aku tlg kau p****g faz. Ko dah nombor 4. Haa. Apa lagi ko nak?huhu
Cikbambam agak pelik sbnr nye..laju betul si medicakk reply komen arini..selalu lemau2 je..siap da p****g faz plk tu..haha..rupenye encik klon pnye keje..?
ni sekarang dy badmood.. terus tak reply komen
Kau x nak clone aku ke?
tengok? ko buruk kan aku lagi? sebelum2 ni aku yg komen, start dari gam ketum bagai ko yg komen. hmmm, tak best mcm ni. aku tak tahulah apa yg ko sakit hati sgt. aku taik kan org je. takde pulak perli ke apa.
admin, tak boleh ke nak tahu sape clone aku ni? huhu
Tula..buat salah memang tak mengaku. Siapa yg mengaku kalau berak tengah jalan kan.huhu
benda aku tak buat, buat apa aku nk ngaku.
~kepada ko yg entah sape2 ni. sukahati ko lah. buat lah apa ko nak buat. tak jejas pon duit aku. tapi jgn asap aku sudahlah ye.
oklah. semoga bergembira. ADIOS.
Hahahahaha. Cian diee..cian..
hahahaha…. cikbambam the one and only je.. berani la klon..
Cikbambam ni tunggu masa je aku nak masuk minang. Comel dan ayu. Kalau singkong lambat padan muka die. Medicak ni dahla hodoh. Kurang ajar plak tu.huhu
bagus. bagus. mmg bagus. lagi?
alaaaa ape gaduh gaduh ni? Tadi kata taknak kacau dah. hmm. Tak baik tau buat org macam ni. Ape ni budak clone? Tak syok lah gini. huhu
lagi dilayan klon ni.. sampai hujung tahun depan belum tentu habis medicak..
Hmmm betul tu
Comel & ayu??haha..gaya mcm penah tgk cikbambam plk encik klon ni..haha
Udah2 la tu nyakat si medicakk tu..sian kt die..?
Jangan klon tau..cikbambam panggil nenek kang baru tau..haha?
10/10?
rasa mcm dah baca ritu….
#nana teruskan berkarya!?
best! nana tak takut ke tulis cerita seram.. hihih
seriau wei part dia minta tolong jahitkan kepala tu..
BEST …
uishhh seramnyaa…baca cerita cu ni, teringat nek kat cerita yang diceritakan oleh adik nenek..pasal dalam tandas jugak…
kisahnya apabila si amy nak ke tandas…oleh kerana masa tu minggu study week, maka ramai laa yg balik…yg tinggal kat asrama tu pula, stay up la kan,,,sebab da nak exam…jadi si amy ni nak ke tandas..masa tu kol 1 pagi…kebetulan dia nampak si Halim ni pon nak ke tandas jugak…so masa otw nak ke tandas tu, diorg pon borak2 laa cite pasal bab ape yg diorg da cover…lpas tu si halim ni masuk ke dalam tandas utk buang hajat dia…si amy masih lagi bercakap2 kat luar sambil berus gigi..”weh, aku harap2 aku tak kena repeat paper lagi tahun ni” kata si Amy.. “hahah, rileks la, ko mesti lepas punya kali ni” balas si Halim.. Halim pon keluar dari tandas, utk cuci tangan..sedang si amy ni syok gosok gg, lpas berkumur2, kemudian cuci muka pulak gunapencuci muka Safi Anti j*****t…tgh2 dia cuci muka tu, dia pandang ke cermin, yg peliknya kenapa ada muka dia je, mana pulak muka si Halim ni, padahal dia kat sebelah..sepatutnya kat cermin luas dan lebar ni, mesti la ada muka si Halim…tibe2 berus gg si Amy ni jatuh…nampak kaki si Halim ni tak jejak kat lantai..perlahan2 si Amy ni bangon n cakap kat Halim “wei, aku gerak dlu laa ea”.. ketika Amy nak berpaling pergi, tetiba si Halim capai tgn Amy! “nnt, kenapa…kau dah tahu ke??!!” mencicit si Amy rentap tgn dia n lari kluar dari tandas tu…hahaha..sebenarnya si Halim tu takde pon kat Asrama tu..dia balik kg….
hahaha kalau la maira.. dekat situ-situ juga keras kejung.. tak dan nak lari dah nek oiii
kan..kalau nenek, nenek buat2 pengsan…dengan harapan hantu tu lepaskan nenek…hahaha..actually nenek ada terpikir nak create story pasal ni, tp nenek da lama meninggal kan dunia penulisan sejak lpas abis belajar…huhu..lgpon takde kelapangan nak create cerita,,,salute kat cucu2 nenek yg rajin create n susun cerita cantik2 utk bacaan kita semua…
hahaha baca ayat nenek ‘da lama meninggal kan’… maira ingat nenek ni sama macam hantu halim tu.. ampun nek…
amboiii…cu maira tak sayang nenek laa tu kan…yg patut meninggal tu atuk ko yg fake tu..huh…kang nenek merajuk lagi kang…
SAYANG laaa nek… cume ayat nenek tu.. hihihi takmo merajuk okay nek. nanti maira belanja ais krim malaysia..
takmo..nenek batuk2..kang makin melarat payah…tertanggu tidur lena nenek…huhu…
hihihi kalau macam tu.. maira belanja air asam jawa je la nek.. jimat. kompem batuk nenek baik
baik jugak tu cu..mana tahu sakit tekak nenenk ni hilang…uhuk2..
gerenti hilang.. nanti sebelum tidur nenek try la.. perah air asam jawa pastu minum. InsyaaAllah kalau diizinkan Allah, berkurang la sakit tekak nenek tu
nenek tahu petua ni cu, tapi nenek tak penah try lagi…rasa malas pulak nak buat air asam jawa ni….eh, cu bole buatkan tak? hehhee
huishhhh seram gak cite nenek ni. nasib baik si amy tu tak pengsan dalam tandas tu nek.
tu la..heheh..kalau nenek, mmg pengsan rasanya…pengsan sedar, pengsan sedar nenek kat situ…huhu..
Uiahh aku paling anti tahap critical dgn hantu yg mnyamar jd org lain. Dasar talam 2 muka betol. Tp ok jgk dr dia tnjuk muka sebenar mahu 7 hari 7 malam demam hahaha
jaga2 cu..kang hantu tu baca..dia mncul betul2 depan cu kang…..
#jaga2, ada yg memerhati..kih2
wuiiii nenek kalau sy laa mau pengsan xbgn teros
jgn pura2 pengsan…dia tahu tau kita menipu…kihkihkih..
Hahahaha nekk kata ii itu satu doaa. Maaflahh lmbat reply cuu baru balik kem masuk hutan
Best cite nj
10/10
Weh singkong..jgn la serius sgt..seram plk cikbambam tgk..huhu
Hahaha.. Aku buang tebiat ni.. Haha x serius pun.. Tgh dkt sepital ni temankan mem besar.. X bole laka2 sangat.. Haha
**cikbambam jangan takut eh.. Ciaciacia
haaa..kt spital teman mem besar ke..hahaha
jgn la buang tebiat..nnt cikbambam nk gurau kasar ngan sape..huhuhu
X jadi buang tebiat pun.. Ni da kutip balik.. Hahaha gurau je la ngan singkong.. Singkong redhooo
Haa..bagus2..kutip balik tebiat tu k..jgn dibuang tebiat tu..hahaha..mem besar da okey ke?
Admitted.. Demi omak den ni.. Den rela pinggang den x lurus sbb tido kat krusi ni.. Haha
spital mana??jap g cikbambam datang teman singkong..
nk g pinjam penyapu nenek jap..zasssss..
Betul..betul..betul.. maira pun seram nak kacau komen singkong.. hihihi
Pandai takut juga adik #maira gula kasar 2 bungkus ni rupanya.. Haha
hihihi tu la abg singkong tak tau. Maira ni penakut.. x caye tanya hantu seret dekat jejantas yg maira post tu..
Hahaha.. Hantu pun nak takut.. Lain kali nmpk hantu baca je doa makan.. Sure hantu tu lari.. X caye tnya abang singkong..
CORRECTION : 2kilo bkn 2 bungkus.. hahahah
alaa dah takut.. bukan doa makan je lupe.. nak jerit pun lupe macam mana. hahah
Kalau baca doa makan.. Hantu tu takut sbb dia ingat #Maira gula kasar 2 kilo nak makan dia..
**panjang nama maira.. Haha
hahaha.. maira makan hantu??? nehi..kabhi nehi..
Hahaha.. Ala mkn je la..
tak pandai la nak kunyah hantu tu.. apakata abg singkong demo dulu. hahahaha
Abang singkong tetibe feel yg abang singkong ni sebenarnya adalah vegetarian.. Haha
dan..dan vegetarian.. hahaha tukar topic okay.. maira baru nak lunch ni.. kembang pula tekak…
Singkong bru plan nak makan.. Still kat sepital lg.. pekena sepaisi ciken mekdilaks best juga ni..
laa dekat sepital lagi ke? bersabarlah ye.. eh? sepaisi ciken mekdilaks?? bukan vegetarian ke?? hahahaha
Ehh.. Haha ni sepesel made.. Without ciken..
dan..dan without ciken.. haha baik order beger sayur je.
Mengikut ramalan yg abg singkong buat pagi td.. Adalah bahaya untuk abg singkong mkn sayur.. Haha
En sngkong asl lak bahaya makan sayur??
bahaya sebab apa itu singkong x pasti.. yg pastinya jangan makan sayur.. haha
hahaha.. asal?? alergik ea??
x bole telan.. haha all the green one.. bahaya la tu..
Best
thorrrbaik ~~~
kesian susanti
10/10
HAI KRANBERIZSTORE COMEL
Hi geng FS
oh hi Delle
Hi Maira 🙂
HAI SAYANG..
Hahahahaha haii
SAYANG SIHAT?
DAH LUNCH BELUM?
Eh sorry bro.. X sengaja ter’hai sayang kau.. Haha
SAMPAI HATI KO BRO.
TAKPELA. AKU TAK ENCEM.HUKHUK…
Haha x sngja la.. Aku kan da ada cikbambam
Td jurifs nk try cikbambam jgk..abes sume org la die nk try..hahahaha
#cikbambamkakireport
Hi Delle.. Da makan belom?
Dah 🙂 You?
uit..uit… hahaha
WADUH..P****G ARR..
NAK KENA LETAK MUKA SENDIRI JUGAK AH MACAM NI,HAHAH
Letak laaa
CANE NAK REGISTER?
ADUUU TAK PANDAI LA.
DELLE AJAR JAP
Pergi dekat “home” then search “mendaftar” akan keluar option klik “dari meja admin” then daftar je kat situ ada cara 🙂
ok Delle.
TQ Bae
welcome
Akak bc…n akak mcm da tau ending dia cmna.bkn kak milah sebenar yang suruh kan..huhuu
Okela.nice story.meh bg rate sikit
huhu
tersedak valak tgh menikmati biskut kering cicah d***h nyamuk ni
Mak aiii sampai malam. Tak rela jugak aku walaupun pengsan.
#sevenovertenbow
Menyeramkannyaaa
Terbaik
sebelum masuk tandas, amalkan la doa masuk tandas!
paling takut toilet kat ofis..huhu,nak g siang2 pun nak kena berteman
berani lah susanti nih . kalau aku dia dah acah acah tok tok tok tu takde aku nak maen teka teka . berambus jelah wehh ?
cerita yang bagus kamu boleh buat movie. saya akan tengok. good job.
Cilake pnya Kak Milah!!!!
seram lah part dia soh smbungkan kepala bby tuu?
simple dan senang faham…
?
huuu…part pling sram yg sruh smbung kpala baby
slang indon x berapa ‘jadi’
tak scary jugak. cter ringkas dan seram.
CARI SAYA KE KAK !!!
Seram
Best
Ingat pulak ii lagu goyang nasi padang hihihihkhi