Bosan betul hari ni! Mana tidaknya dari petang semalam sampai hari ni aku ditemani oleh orang yang sama.
Aku berdiri di tepi jendela. Menongkat dagu dengan kedua siku di atas pelapik para. Sekarang sudah menunjukkan jam lapan malam.
“Pukul tujuhlah!!.”
Ya… pukul tujuh. Tak lama lagi maghrib. Tapi aku? aku masih lagi dekat bilik ni memandang ke rumah makcik Senah.
Semalam aku dan Kasyaf berbincang. Tapi lepas kejadian semalam, Kasyaf terus tak nak jumpa aku. Geram juga hati aku ni! Memang tak patut dia tinggalkan aku dalam keadaan aku memerlukan dia.
“Kau perlukan dia ke????.”
Entahlah aku pun tak tahu aku perlu ke tidak dia tu dalam keadaan sekarang. Masalahnya mereka berdua je yang tahu masalah ni!!!!.
Ceritanya semalam macam ni. Aku, Kasyaf dan Mehmet berjalan ke belakang rumah Mak cik Senah. Katanya suruh aku ambilkan daun pisang untuk dia buat kuih. Aku pun pergilah. Masa tu pukul tujuh. Ya! Sama seperti sekarang.
“Pukul tujuh setengah lah Nasa….”
Aku berpaling ke arah katil, di mana duduknya seseorang itu. Geram betul aku. Selalu sangat menyampuk! Sukahati aku lah! Ini cerita aku! Bukan cerita dia…
“Tapi maklumat kau salah Nasa…”
Ujar anak kecil perempuan itu. Aku kirakan berumur lingkungan lebih kurang tujuh tahun, Entah! Aku pun tak pasti, tapi yang pasti, dia boleh baca fikiran aku, malah fikiran orang lain mungkin
“Kau tak nak balik ke?.” Tanya aku sambil berdiri berpeluk tubuh. Yelah! Aku lelaki, dia tu budak perempuan. Duduk sebilik pulak. Kalau orang nampak nanti apa pula kata mereka. Setakat ini memang tak ada yang tahulah…
“Nanti kau hantar aku.” Ujar kanak-kanak itu dalam bahasa baku. Masih lagi duduk bersila.
Kardashian… Ya! Itu nama kanak-kanak di hadapanku. Pelik betul! Nama macam orang putih tapinya dia bukanlah dari keturunan British atau mana-mana keturunan yang ada di luar negara. Aku tergelak.
“Jangan nak ejek aku!.” Marah kanak-kanak itu.
Owh lupa! Aku hampir terlupa yang kanak-kanak itu boleh membaca fikiran aku. Jadi tak dapatlah aku nak mengutuk lebih-lebih. Nasib baiklah aku bukan di kalangan yang suka berfikir benda-benda porno atau…
“Nas….kejap lagi maghrib, lepas solat nanti kita makan eh?.” Puan Faizatul, ibuku membuka pintu tanpa memberi salam. Tapi itu tidaklah memeranjatkan aku walaupun aku berdua dengan Kardashian… Kardash… Shian… Dashi… Ah! Entah apa aku nak panggil budak perempuan ni.
Aku masih tidak memalingkan wajah, aku hanya mengangguk menandakan aku mendengar dan faham apa yang dikatakan oleh ibuku.
“Panggil je aku Kim K.” SENYum anak kecil tadi
Aku terjegil biji mata. Kepala otak dia! Ada hati pulak nak rasa artis. Aku mencebik bibir. Jadi setelah fikir masak-masak aku nak panggil budak ni….
Zaitun!
“Serius ke Nasa?.” Tanya kanak-kanak itu.
“Kau panggil je aku Nas… walaupun nama aku Nasa Yusuf, aku lebih suka ko panggil aku Nas je cukup!.” Ujar aku sedikit membongkok untuk menyamakan paras penglihatan.
Memandangkan kanak-kanak itu kasar dalam berbahasa malah hanya menggunakan panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ sebagai bahasa diri, jadi aku lebih mudah untuk berbicara.
“Nass…..” Pn Faizatul menjeling sekeliling. “Nas ok tak ni?.”
“Nas ok ummi…” Aku berpaling dalam keadaan masih membongkok.
“Ok… lepas solat turun bawah.” Lantas pintu ditutup rapat.
Aku berpaling ke arah kanak-kanak tadi semula. “So Zaitun. Kau nak makan tak?.”
Zaitun atau nama betulnya Kardashian mengangguk.
“Lepas solat nanti kita makan sama.” Lantas aku berdiri tegak dan bersiap untuk mengambil air sembahyang.
Sebaik aku siap dengan songkok di kepala, Zaitun pula sudah berdiri di belakang sebagai makmum. Aku terkejut. Yelah mana tidaknya. Boleh ke aku jadi imam? Haish!!
“Boleh je lah… dah tentu kau di depan, aku di belakang. Aku perempuan, jadi boleh je kau jadi imam aku dan aku makmum kau.” Zaitun bersuara tiba-tiba.
Aku tidak perlu bertanya dia apa soalan pun rasanya semua dia boleh baca.
“Masalahnya… kau tu….” Aku tidak menghabiskan ayat, tapi aku kira, Zaitun boleh baca apa yang aku fikir pun. Dari semalam dia menyampuk kalau aku bermonolog sendiri. Memang itu anugerah dari Allah. Zaitun boleh membaca fikiran orang lain.
Seronok ke kalau dapat baca fikiran manusia? Kalau aku, aku tak suka, mana tidaknya…
“Nasa…. kau asyik membebel je… bila nak solat?.” Tegur Zaitun. Aku tersedar dari lamunan. Aku sedikit membongkok dan menaikkan jari telunjuk ke arah kanak-kanak itu.
“Yee tahu… kau suruh aku panggil kau Nas…” Jawab Zaitun.
Belum pun aku bercakap lagi, Zaitun sudah tahu apa yang berada di fikiran aku. Dan akhirnya… kami solat secara solo. Zaitun solat sendiri, aku pun solat sendiri. Bukan sebab aku tak tahu jadi imam, tapi aku tak tahu boleh ke Zaitun jadi makmum.
“Assalamualaikum warahmatullah….” Aku menoleh kanan dan kiri. Setelah siap, cepat-cepat Zaitun membuka telekung, errrr…. sebenarnya bukan telekung. Itu kain pelikat aku dan tudung awek aku Izzah yang sengaja aku beli bersaiz XXXL. Labuh! Jadi bila dipakai oleh kanak-kanak seusia Zaitun, sudah tentu sahaja nampak seperti telekung.
Kenapa aku tak ambil telekung ummi aku? Ok macam ni cerita dia…
“Nas… bila kau nak sudah bermonolog ni? Aku dah lapar..” Zaitun memegang perut.
Aku menoleh, bersepai dialog tadi. Aku bangkit, lipat sejadah dan mengajak Zaitun turun ke bawah.
Ummi dan Dedi aku siap sedia di meja makan. Disebabkan aku anak tunggal, jadinya segala perkara mereka akan dahulukan aku. Aku tarik kerusi aku dan kerusi sebelah aku.
Setelah Zaitun selesa di tempatnya, barulah aku duduk. Kelakuan aku hanya diperhatikan oleh dedi dan ummi. Tapi aku tersenyum je.
“Nas nak lauk apa?.”
“Apa-apa tak kisah….” Aku menoleh ke arah Zaitun. Dan ini satu lagi masalahnya. Macam mana Zaitun nak makan? Macam mana komunikasi kami? Aduh!!!
“Minta satu lagi pinggan…” Pinta aku pada ummi. Ummi menghulur pinggan, lalu aku menyediakan sedikit nasi dan lauk untuk Zaitun. Tak banyak pun. Cukup untuk kanak-kanak sebayanya.
“Lagi…” Ujar Zaitun.
Aku meletakkan nasi satu senduk, dua senduk, tiga senduk….
Dedi dan ummi terbeliak biji mata.
“Serius kau makan banyak macam ni Ton???.” Tegur aku terperanjat, namun dedi dan ummi semakin membeliakkan biji matanya.
“Errrr sorry ummi, dedi… Nas lapar…”
Memandangkan ummi dan dedi tahu aku memang dalam program diet, sudah tentulah dia terperanjat aku ambil banyak macam tu.
“Lagi…” Bisik Zaitun. Masih tidak cukup baginya. Aku mencuit pinggang kanak-kanak itu. Gila apa makan banyak macam tu?
“Aku memang makan banyak.” Jawab Zaitun
“Kau ketegori saka ke? Kau cakap kau bunian???.” Aku sedikit meninggi suara, menoleh ke arah kerusi di sebelah.
“Nasss…” Dedi aku mengerling.
Cepat-cepat aku menoleh. Kemudian duduk menegak, aku berdehem beberapa kali membetulkan peti suara dan sambung makan.
“Ummi nak cakap sikit ni Nas…” Pn Faizatul berwajah serius. Ketika ini Zaitun turun dari kerusi. Dia berjalan sekeliling rumah. Aku memang tak dapat nak tumpukan perhatian pada apa yang ummi cakap. Ikutkan hati aku, ingin sahaja aku ikat Zaitun pada kerusi tadi. Degil!
“Nasa Yusuf!.” Ummi menepuk meja. Terangkat semua cawan dan sudu. Aku cepat-cepat menoleh.
“Err ya.. ummi…”
“Dari semalam ummi nampak Nas bercakap seorang! Nas ada masalah apa ni???.”
“Owhhh… errr…” Tergaru-garu kepala aku
“Nas… dedi tak nak masuk campur, tapi sikap Nas sejak semalam sangat merunsingkan dedi dan ummi.” Encik Faiz mula bersuara setelah senyap dari semalam. Sebenarnya dari semalam juga isterinya Faizatul ada mengadu, tapi sengaja dia biarkan untuk lihat sejauh mana sikap anaknya.
“Diaorang fikir kau gila.” Zaitun bersuara dari jauh, mendongak melihat gambar yang tergantung, tanpa menoleh aku. “Diaorang ingat kau dah tak betul Nasa…” Tawa anak kecil itu
“Diamlah!.” Marah aku. Kadang-kadang sikap Zaitun seperti orang dewasa, percakapannya lebih kepada menyakitkan hati.
“Berani kau cakap macam tu dengan ummi dan dedi!!!.” Kali ini Puan Faizatul berdiri bercekak pinggang.
“Takk errr… bukan ummi… errrr…”
“Apa lagi Nas!!! Ummi dengar apa yang kau cakap tadi. Kau ingat ummi ni kawan-kawan ke nak cakap macam tu??!.”
Garangnya ummi aku… subhanaAllah…
Zaitun tertarik terhadap gambar yang digantung agak tinggi lalu dia menjengket sedikit, leka betul dia melihat gambar pemandangan dan gambar kami sekeluarga. Semakin lama semakin tinggi jengketnya dan akhirnya dia melompat dan melekat di dinding. Dengan kedua tangan menapak kiri dan kanan. Seperti cicak.
“Kusss semangat!!!!!.” Aku terlentang kebelakang. Kedua tangan menekup dada. Terperanjat dengan kebolehan luar biasa anak bunian seperti Zaitun!
“Ya Allah kenapa ni Nas!!.” Cepat-cepat dedi dan ummi menarik aku duduk kembali.
“Nasa Yusuf!!!.”Kali ini dedi aku dah tak boleh bersabar. Dari semalam memang aku berkelakuan pelik! **************************************
Aku mencuci muka di sinki bilik air. Sebaik habis dedi dan ummi membebel, aku disuruh masuk ke dalam bilik. Macam biasa Zaitun tetap ikut. Penat dada aku turun naik dari semalam. Sudah lah semalam dia tiba-tiba muncul di tengah-tengah bilik ketika aku habis mandi, nasib baik sahaja aku pakai tuala. Selalunya aku berbogel keluar. Jika tidak… sudah pasti aku ternoda.
Ternoda dengan anak bunian!
“Huh…” Aku mengeluh sambil menunduk dengan kedua tangan menahan sinki bilik air. Penat betul aku rasa! Air dari rambut melurut dan menitis ke wajah.
“Jadi macam mana?.”
“Macam mana apa…” Aku malas melayan. Kakiku melangkah lemah lantas berbaring di sudut katil.
“Hantar aku baliklah…”
Aku duduk kembali. Merenung wajah Zaitun.
“Yeee betull… aku dari pokok pisang semalam tu…” Jawab Zaitun melihat wajah aku.
Aku merenungnya lagi.
“Yeee Nas… aku takut mak aku cari..”
Aku merenung lagi wajahnya, hanya berkelip-kelip bertentang mata.
“Kenapa tak boleh pula?.” Tanya Zaitun
“Sebab kita dah pergi tadi kan?.” Aku bangun dan berjalan keliling bilik. Satu kepala aku garu, dari gatal kepada tak gatal semua aku garu. Aku tak tahu macam mana nak pulangkan Zaitun balik ke alamnya. Masalahnya sekarang yang nampak dia hanya aku! Aku tak nak orang cakap aku gila!!!.
Aku menarik rambut kuat sambil mencangkung.
“Ok! semalam aku ikut kau pukul 7.30 malam. Jadi esok kita cuba pada tempat dan waktu yang sama. Pulangkan aku pada waktu di mana kau jumpa aku.” Pinta Zaitun
Aku merenung Zaitun sambil bercekak pinggang.
Tiba-tiba Zaitun tersengih. “Sebab kau hensem dari budak berdua tu. Sebab tu aku ikut kau. Yang seorang tu muka pecah tanah, sorang lagi muka pecah rumah.”
Aku mengangkat kedua kening kearah kanak-kanak itu.
“Oklah.. oklah… aku minta maaf. Aku tak kutuk diaorang lah… aku saja je cakap. Kau nampak baik berbanding Kasyaf dan Mehmet. Sebabtu aku ikut kau Nas.”
“Macam mana kau tahu nama….” Ah! Aku tak jadi habiskan ayat. Rasanya tak perlu beritahu pun Zaitun boleh membaca apa aku fikir.
Aku mengeluh dan duduk di katil kembali. Kedua tangan menakup wajah. Ini betul-betul gila!!
“Nasss!!!!! Izzah datang!!!.” Ummi menjerit dari bawah. Sayup sahaja kedengaran.
“You tahu tak I call you tak dapat, you pergi mana. I dah habiskan satu hari I semata-mata untuk jumpa you tapi petang tadi you kata ada kerja, tapi padahalnya Kasyaf cakap you pergi rumah Mak Cik Senah. You buat apa Nas?? You tahu tak……”
Dan bebelan gadis di hadapan aku itu melurut. Naik cair teik telinga aku. Memang aku tipu dia. Petang tadi aku terpaksa tipu dia sebab aku kena hantar Zaitun pulang.
“Jangan salah kan aku..” Sound Zaitun yang tiba-tiba muncul. Aku benar-benar terperanjat!
“What the he…”
“Shuhhhh….” TIba-tiba Izzah meletakkan jari telunjuk di hadapan bibir. Suasana diam dan sunyi. Aku turut diam dan Zaitun pun tercengang.
“You dah berani mencarut pada I Nas?.” Wajah wanita itu mencebik, jari telunjuknya di letakkan di tengah dada .
Aku tak faham betul dengan perempuan. Ya! Sikap mereka ni aneh!
“Bukan Izzah I tak bermaksud…”
“You dah berani mencarut pada I???.” Air mata wanita itu sudah bergenang.
Sebenarnya aku belum pun mencarut. Nawaitu tu memang dah ada tapi aku belum lagi mencarut!!
“I ni siapa pada you Nas…” Tangisan Izzah sudah kedengaran. Teresak-esak dengan sapu tangan warna merah jambu di tangan. Malam-malam pakai lipstik merah? Dengan seluar yankie dan baju kelawar paras lutut. Apron? Kenapa si Izzah ni keluar dengan apron yang belum dibuka? Rambut sudahlah mengerbang!
Damn! Dah macam mak lampir!
Aku? Aku cuma mengeluh dan menakup wajah. Sebab tu juga aku belikan dia tudung. Aku tak dapat bayangkan kalau aku berkahwin dengan dia dan malam pertama kami…
“Oi! Nas!!! Aku bawah umur…” Tegur Zaitun.
Sekarang ni masalah Zaitun lebih berat daripada aku terpaksa mengadap Izzah depan mata. belum sempat aku memjuk, Izzah sudah pun berlari keluar dari perkarangan rumah terkocoh-kocoh. Dia memang merajuk betul!
“Zah!! Zah!!!.”
“Jangan berani cari I lagi!!!.” Pekik Izzah sebelum dia berpaling dan tersungkur tersadung batu.
“Errrr… you ok Zah?.” Aku cuba membantu, tapi dah namanya perempuan. Kalau tengah marah tu, semua benda dia tak mahu. Sebaik bangun Izzah terus berlari keluar dari situ. Masih lagi dia mengesat air mata.
Aku hanya perhatikan sahaja Izzah pergi, aku tahu dia akan berpatah balik. Jalannya laju dan Izzah tidak langsung menoleh. Memang aku agak sedih sebab wanita itu sanggup bercuti untuk aku hari ni, tapi sebabkan Zaitun…
“Ayyakkk!!!!!.”
Aku menoleh ke seberang jalan apabila terdengar jeritan. Izzah hilang!. Cepat-cepat aku berlari.
Ya! Bukan kali pertama Izzah termasuk dalam longkang yang sama! Sebab tu aku kesian kan wanita itu. Tak sampai hati untuk aku tinggalkan dia walaupun banyak lagi gadis lain mempelawa diri.
Izzah… walaupun dia bodoh, tapi…
“Lepaskan I!!!.” Jerit wanita itu sambil menyentak tangan. “You tak payah berpura nak memujuk I Nas!!!.”
Aku mengeluh dalam. Sebenarnya aku kesian… sudahlah tak ada rupa, pelik pula sikapnya. Dan untuk hari ini aku terpaksa lupakan pasal Izzah. Aku perlu tumpu pada masalah aku sekarang ni.
Kasyaf dan Mehmet menggaru dagu. Tidak tahu apa yang aku kata tu betul atau tidak. Alah! Sebenarnya mereka tahu, sengaja je nak tinggalkan aku sorang-sorang. Memang kawan tak boleh harap betul!
“Lagi berapa minit nak tunggu ni?.” Mehmet mengerling jam tangan.
“Lagi lima belas minit.” Kasyaf sudah tidak sabar mahu pulang. Mahu tidaknya dari semalam aku menelefon tidak henti-henti. Sudah tentu sahaja dia bosan! Tapi aku tak peduli. Pergi sama-sama, susah perlu sama-sama.
“Zaitun nanti tunjuk tempat semalam ya?.” Aku mengerling tempat duduk belakang kereta. Mehmet sudah menghempet ke tepi tingkap dengan wajah mencemik. Takut juga dia. Aku cuma tersenyum
“Ingat jangan tegur apa-apa.” Kali ke berapa belas aku ingatkan mereka berdua.
Lagi beberapa minit hampir ke 7.30 malam, aku keluar bersama mereka. Malah aku yang paling depan kerana aku mahu jarak waktu itu tidak lari lama.
“Nas! Kau pergi seorang lah!”
“Hotak kau Mehmet! Teman sekali. Tapi jangan bising, kalau mak cik Senah dengar kang, dia kata kita nak mencuri pula.”
“Maghrib ni Nas…” Sebenarnya Mehmet tu penakut. Kasyaf pula selamba, mana tidaknya, wajah dia dan hantu pun hampir sahaja serupanya.
“Cepatlah…” Aku menyuruh Zaitun berjalan laju.
Sebaik tiba di pokok pisang yang sama aku suruh Zaitun duduk dan tunggu di situ.
7.20malam
7.25malam
7.30malam
Aku terus menunggu sedangkan Kasyaf dan Mehmet hanya mengambil keputusan untuk menunggu dari jauh. Sanggup mereka tinggalkan aku.
Dan di waktu perantaraan itu aku lihat tiba-tiba sebuah kampung muncul tidak jauh, ramai orang, masing-masing sedang memakai telekung untuk solat. Ya! Mereka juga islam sama seperti aku.
Zaitun berlari masuk ke arah kawasan tersebut. Tidak sempat aku panggil untuk memeluk buat kali terakhir, yelah walaupun Zaitun tu baru je aku jumpa dan sedikit menyusahkan tapi aku sudah mula sayang dia. Aku melambai, tapi dia langsung tidak menoleh. Mungkin gembira berjumpa keluarga.
Nama pun kanak-kanak. Aku hanya memerhatikan mereka semua dan Zaitun sudah hilang dalam tenggelamnya orang ramai. lama-kelamaan kawasan itu semakin menghilang.
Dan ketika itu lah baru Kasyaf dan Mehmet datang.
“Waaa apa tu? kawasan apa tu???.” Tegur mereka berdua.
“Shuhhhhhhh.” Aku lantas meletakkan jari di tengah bibir.
“Jangan tegur!!!.” Tegas aku. Kerana sikap aku menegur semalam lah si Zaitun boleh ada disamping aku.
Dan sebaik kampung itu menghilang, aku tersenyum gembira. Kami bertiga mengambil keputusan untuk pulang. Sesekali aku menoleh ke belakang melihat kawasan pokok pisang itu sunyi seperti sedia kala. Rindu pula aku pada Zaitun
“Alhamdulillah…” Aku agak gembira. Kali ini aku duduk di belakang. Sesekali aku menoleh ke arah pokok pisang yang semakin jauh ditinggalkan.
“Errrr Nas…”
“Yee..” Aku menoleh. Mereka berdua berhentikan kereta di tepi. Keduanya menoleh kebelakang, tempat duduk di sebelah aku.
“Kenapa?.” Aku sedikit cuak.
“Ni siapa?.” Tanya Mehmet dan Kasyaf serentak.
Aku menoleh kerusi sebelah tapi aku tak nampak sesiapa. Aku pandang mereka kembali.
“Nama dia Aduka…” Beritahu Kasyaf. Katanya ada seorang budak lelaki berumur lebih kurang sembilan tahun duduk di sebelah aku. Aku tak nampak, tapi mereka berdua nampak.
Kesemua kami berpandangan.
Aku hanya tersenyum. Sudah aku beritahu tadi…
“Jangan tegur……”
-TAMAT-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best… Hehehe…
Tq ratuuu
Kahkahkahkah..hpy new year sahabat..cite ni buat aku gelak wehhh
Mis u delu hahahha
Misss u moreeee…
Terrbaikk
Terbaik & best…
Dah kenapa Kasyaf tegur ni? Org ckp jngn tegur en?
Ko defgil kacapp begitulahhh nnti ko tungu yg aduka punya cite hahah
Hye kasyafffff
Rumah makcik senah sebelah jekan?
Nape bwk kete.Ke aku yg tak paham
Happy New Year abribadi.!
Kalau jalan jauh juga…. tapi dsri cermin tingkat umah dia… dia boleh lah nnpak umah mmakcik senah tuuu. Nak2 bawa bufak zaiton tu penat nnti dia jalan… 😅😅
Menarik…
ada nampak dedi hepi?
Best
Semua cerita Nasa saya suka. Semua best2. Keep on writing ye
real story?
Diksyen faaa aku lupa letak #fiksyen😅
Best
Best
Best
Best
Nice