#Nasa – Kembali

hye FS! hye pembaca!

  1. cerita ni fiksyen tapi tak mengecewakan.Kah!

  2. Ada 4 part dan aku dah hantar sekaligus.

  3. Sengaja aku pisahkan, kerana terlalu panjang

  4. Selamat membaca

=====================

“Janganlah ambik duit mak tu Raif!! Itu je yang mak ada!” Lengan anak sulongnya dipegang namun Raif menepis sehingga wanita itu terlentang jatuh

“Kau ni apahal!!!” Akib menampar lelaki itu. Tujuanya untuk menyedarkan. Sebaik abangnya menghayun penumbuk, Akib beralih ke kanan, Raif jatuh tersungkur.

“Tak payahlah kau nak berlawan dengan aku. Kau tak kuat mana.” Ujar Akib sedikit meninggi diri. Ilmu pertahanan dirinya cukup ampuh. Kalau setakat Raif yang perlu dia berdepan, dia memang tidak risau.

“Biadap eh kau?!”

“Berambus atau aku belasah kau sampai lunyai.” Ugut Akib sekali lagi. Sekadar cuba menghentikan keadaan.

“Ni bukan rumah kau!! Bukan keluarga kau!!” Tengking Raif kasar. Semenjak Akib tinggal dengan mereka, ibunya Rida seringkali melebihkan anak angkatnya itu

“Kalau mak cakap aku anak dia… pedulik apa aku dengan makian kau?!” Senyumnya sinis. Bibirnya meleret kekiri sedikit. Wajahnya masih serius. Duit yang dipegang oleh Raif dipandang

“Pulangkan…” pinta Akib cukup bersopan

“Kau apahal!?”

“Pulangkan aku kata….” sekali lagi Akib mengulang. Dia tahu Raif degil. Dia pula sekadar mencuba. Malas bergaduh sebenarnya. Kalao boleh dikira, seminggu yang punyai tujuh hari itu, seperti sembilan hari waktunya dia bergaduh sesama mereka

“Akib dahlahhh tak apalah…” Nasihat Rida lembut, malas melihat pergaduhan itu lagi

“Tu lah masalahnya mak… baik sangat. Esok-esok. Si Raif ni buat semula. Entah apa lagi nak dicuri.” Tegur Akib masih bersopan. Dia sangat menghormati Pn Rida sebagai ibu angkatnya

Mendengar sahaja dirinya diperli. Raif menghayun penumbuk dari belakang, namun Akib cepat menahan! Seperti kepalanya bermata, dia dapat melihat! Meskipon wajahnya tidak berdepan! Namun pendengarannya tajam. Tinggi sungguh aura yang dia boleh rasai. Penumbuk itu dikepal kuat sampai berkerut-kerut wajah Raif

Lelaki itu terbongkok, kemudian melutut dan akhirnya mengalah. Dia merayu minta dilepaskan. Akib terlalu kuat walaupon Akib bukan lah sepertinya. Kalau nak dilihat fizikal, badan Raif lebih sasa. Ototnya lebih hebat. Dan dia lebih tinggi. Langsung tidak sama! Tapi tenaga adiknya entah dari mana datangnya. Kadang kala dia rasa Akib bukan manusia.

Akib menghulur tangan sebaik dia melepaskan. “Beri pada aku duit tu”

Raif menyerahkan seratus ringgit. Namun Akib masih menghulur tapak tangannya lagi. Kedua keningnya diangkat.

“Aku tahu ada lagi dalam poket kau” Senyuman Akib nampak kejam

“Itu je lah!!” Raif terduduk penat. Lengannya sakit. Masih lagi Akib menghulur. Membuka tapak tangan menunggu reaksi abang sulongnya.

“Kan aku cakap tak ada!!”

Sebaik Akib berjalan mendekati, Raif menutup kepala dengan kedua tangan “Ok!! Ok!! Aku bagi”

Akib tersenyum. Masih lagi tangan dihulur. Dan akhirnya Raif menyerahkan keseluruhan duit sebanyak lima ratus ringgit itu. Akib yang berjalan menuju ke arah ibu angkatnya, berpatah balik. Dia mengambil duit nya sendiri lalu diserahkan kepada lelaki itu

“Tiga puluh ringgit je?” Tanya Raif meninggi suara. Akib tidak menjawab, sebaliknya dia mengangkat bahu lantas menyimpan kembali duit tadi dan berjalan pergi “Tak nak sudah….”

“Eeeh!!!! Aku nak!! Aku nak!!!” Pantas Raif merampas dan keluar dari rumah

Kasihan! Ya memang Akib kasihan dengan abangnya. Sudahlah tak kerja, terlibat dengan dadah. Hanya kadang kala sahaja lelaki itu akan pulang. Selebihnya entah mana merempat. Ibunya dibiarkan seorang.

“Akib terima kasih….” Ucap Rida sebaik reda.

“Mak tak patut berlembut dengan abang tu….” Akib duduk bersebelahan. Menyerahkan not seratus sebanyak lima keping. Selepas itu dibelek skarf berwarna merah pink tadi yang dipegang pada awalnya. Ada reben berona biru cair di tengah. Dihias cantik dengan manik berlian yang kelihatan berkilat

“Rindu Rania yeeee….” usik Rida sambil mencubit pipi anak nya. Anak angkat yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Akib menggeleng

“Alaaa mak tahu… Akib rindu Rania…”

Masih lagi Akib diam. Rania… lama sudah dia melupakan nama tersebut. Tapi tiba-tiba pula kenangan itu menjelma. Memang tidak dapat dipisahkan!

“Mak suka pada Rania…” Jujur ucap Rida. Kedua beranak itu tidak bercakap banyak. Wajah Akib pula kelihatan tersipu malu. Dia memeluk wanita itu erat

“Sampai bila nak lari?” Tanya Rida melepaskan dakapan. Melihat Akib terdiam, Rida tidak menyambung. Dia tahu apa yang tersimpan di hati anak angkatnya.

“Akib tak rindu Rania?”

“Apa yang saya boleh buat mak…” Skarf tadi diletak tepi. Duduk bersila berhadapan. “Saya tak tahu apa yang diaorang akan lakukan nanti. Sebelum keadaan buruk, lebih baik saya menjauh…”

Ini bukan kisah cinta terhalang atau apa sahaja yang berkaitan. Tapi tidak dinafikan Akib rindukan Rania. Entah bila kali terakhir dia ingat tentang Rania pon dia tidak tahu. Rania hanya kenangan, namun sesekali dia tetap rindukan gadis itu.

Malam itu Akib hanya melihat ibunya tidur nyenyak. Sejak dia duduk dengan keluarga angkatnya 5 tahun dulu. Dia tidak pernah menjenguk kampung halaman. Dia lari! Ya! Lari dari tempatnya.

Akib melepaskan lelah. Dia menoleh ke arah langit yang tidak berbintang. Bulan pon tak kelihatan. Walaupon dia sudah jauh dan tidak pernah berjumpa dengan sesiapa yang mengenali. Namun entah kenapa hatinya tetap tidak juga tenang


Mayat dua orang gadis bergelimpangan, jasad mereka sempurna, tidak ada cacat cela. Namun punca kematian tidak diketahui. Inspektor Shah membukan plastik hitam yang menutupi mayat kedua gadis tadi.

“Kes ke tiga!.”

“Siapa punya kerja ni?.” Marah Inspektor Yusuf. Kedua mereka biasanya akan kerja bersama. Rapat sejak dari kes Benjamin dahulu. Kemudian mereka terlibat dengan kes luar biasa seorang lelaki bernama Adam. Kedua kes itu yang menyebabkan kedua pegawai itu senang bekerjasama.

“Oi!! Aku tanya ni!!.” Pekik Yusuf marah. “Dengar tak apa aku cakap? Kau fikir apa?.”

“Lama dah kita berkawan rupanya beb.”

Yusuf tercengang, dia berdiri bercekak pinggang. “Kau fikir pasal apa ni? Sekarang ni kita ada kes Shah!!!.”

Shah menuju ke arah mayat tadi. Mencangkung di sebelah. “Gadis ni bukan di bunuh di sini, tapi di tempat lain.” Ujar Shah yakin.

“Ye aku tahu… itu kan ayat aku tadi.”

“Dan, aku rasa motif pembunuhan ni masih belum diketahui. Tapi mungkin juga tentang dendam.” Shah mendongak

“Ye… itu pun ayat aku tadi Shah.” Ujar Yusuf berwajah kemalasan. Tidak perlu dia bertanya jika Shah hanya akan mengulang jawapan tadi sahaja.

Kedua mereka menoleh mayat gadis tadi yang kelihatan kurus mencengkung. Kelopak matanya ke dalam. Pipinya bagai disedut sehingga menampakkan tulang rahang. Hitam! Ya, seakan rentung warna kulitnya.

Kedua pegawai itu berpandangan. Ketiga wanita sebelum ini pun mempunyai kesan yang sama. namun suspek masih belum ditemui.


“Akib! Dia suka pada kau” ujar Dali sambil menguis-nguis tanah

“Tapi aku tak suka dia.”

“Kenapa??”

“Bukan urusan kau Dali…” ujar Akib seraya berlalu. Malas apabila seringkali ditanya tentang perihal Kisya. Bukan dia tak tahu gadis gila itu memburunya.

Pada pandangan orang ramai. Akib adalah seperti lelaki biasa. Bertubuh agak bidang. Tinggi. Kulitnya sawo matang. Sama seperti lelaki lain. Wajahnya juga nampak garang. Tapi siapa dia… biarlah rahsia. Akib tidak rapat  dengan sesiapa pon di kampungnya. Tinggal dengan ibu angkat yang menjaganya dari kecil. Punyai seorang abang yg terjebak dengan dadah dan dia hanyalah pekerja biasa di kampung itu. Buat rumah. Bertukang. Segala kerja mampu dilakukan. Biasa, dia kelihatan biasa!

Hari ni Akib pulang membawa buah dalam beg plastik yang dijinjit dengan kedua tangan.

“Akib!!! Kib!!!!” Larian Kisya tertatih-tatih. Menggalas beg tangan bewarna jingga. Kasut tumit tinggi yang dipakai nampak serasi. Tidak kekok. Sesekali Akib membayangkan jika kasut itu bertapak di kakinya. Ngeri membayangkan jika dia tergolek mahupun tersungkur.

“Kisya… kenapa…” Tanya Akib bersahaja. Dia tidak menoleh. Namun langkahnya cepat. Tahu benar akan ulah wanita itu. Kalao bukan bercakap soal cinta dan perasaan, tidak sah!

“cepatnya jalannn… nak kemana ni?.”

“Balik. Mak dah tunggu” Garau Akib berbicara. Dia tidak buat-buat kali ini, namun suaranya memang sedikit dalam dan kasar.

“Awak marah ke.?”

Akib menggeleng. Namun kakinya tidak berhenti. Tetap melangkah. Jauh dia mendahului meninggalkan Kisya. Harapannya, agar wanita itu beredar. Apabila suara senyap, Akib menoleh kebelakang.

Kisya tiada!

Jalan tadi lengang. Tertanya juga kemana gadis tadi. Merajuk? Sudah tentu sahaja mana2 gadis akan merajuk kalau dilayan sedemikian rupa. Akib mengangkat kedua bahu. Lantas berpaling semula ke depan untuk meneruskan perjalanan.

“Akib!!.” Kisya sudah berada di depan kini. Menahan tangannya di dada. Sebaik bersentuhan, Akib menjauh! Terperanjat dia. Akib menoleh kebelakang dan depan silih berganti. Entah bila Kisya ada di situ.

“Akib, awak tak boleh buat saya tertanya-tanya.” Marah Kisya berterus terang.

Akib tidak peduli. Dia tidak suka mengulang soalan yang sama dan dia masih tetap dengan jawapannya. Dia dan Kisya tidak boleh bercinta. Tidak mungkin!

“Awak risau sebab ayah saya menolak?” Tanya Kisya. Masih lagi Akib tidak menjawab. Langkahnya laju

“Jawablah Akib! Sekurang kurangnya saya tahu kenapa”

“Kisya…. saya tak boleh menyintai awak”

“Akib ada orang lain? Akib cintakan orang lain.”

Akib menggeleng. Kisya merenung lelaki di hadapannya. Barulah kali ini Akib mendongak. Menerkam mata Kisha tajam. Berjalan menghampiri… Dan.. Mata mereka bertentang

Dekat… sangat dekat… sampaikan Kisya terpaksa mengundur. Kali ini Kisya pula kelihatan takut

“Apa yang awak nampak?” Tanya Akib bersungguh. Kisya terdiam. Dia tidak tahu!

“Apa yang awak nampak?” Masih lagi pada soalan yang sama. Lama Kisya melihat namun tetap tidak tahu.

“Kalau macam tu. Kau belom betul-betul mengenali aku” jawab Akib kasar lantas berlalu meninggalkan Kisya terpinga-pinga. Dia memang tidak tahu!


Akib menyediakan ubatan di hadapan ibu angkatnya. Melihat anak itu menjaga, Rida menjadi sebak. Akib anak angkat. Tapi timgkah dan ulahnya seperti dia adalah anak yang dikandungkan. Akib meletakkan makanan dan ubatan berhati hati. Pil berwarna pink itu bersaiz besar. Terpaksa dihancurkan dahulu kerana ibunya tidak suka.

“Kali ni mak kene makan.” Ujar Akib perlahan. Barulah terdengar lunaknya suara ketika bercakap dengan orang yang disayang. Sebaik ubat dihulur. Rida memegang lengan anak angkatnya. Entah kenapa dia terasa bersalah sangat dengan Akib. Matanya bergenang.

“Makkk… saya ok. Saya cuma nak mak makan ubat. Kalau mak sakit. Saya susah hati”

“Akibbb…”

“Saya tak pernah marah mak. Jangan risau.” Untuk kali ke berapa kali pon Akib tidak ingat. Namun dia terpaksa menerangkan berkali-kali yang dia tidak pernah marah wanita itu di atas apa yang berlaku. Bagi Akib. Segala keputusan adalah di atas kehendak sendiri. Tidak ada yang perlu disalahkan

“Makkkk…”

“Kalau Akib tidak marah pada mak… kenapa Akib bersikap seperti sekarang?”

“Maksud mak, kenapa dengan saya?”

“Akib faham kan maksud makkk sebenarnya…” Batuknya terdengar lagi. Kali ini lebih kuat dari biasa. Akib menepuk belakang tubuh wanita itu perlahan. Kemudian diusap dengan penuh kasih sayang

“Akib… kahwinlah….” ujar Rida sebaik batuknya reda dan permintaan itu membuatkan Akib tergelak. Dia mengangguk menyedapkan hati. Namun jauh di sudut jiwa, dia belum bersedia. Kenapa dia belom bersedia?Akib hanya mengeluh menjawab pertanyaan mindanya sendiri

 

“Mak… saya tak fikir pasal kahwin. Saya nak jaga mak dulu.”

“Tapi Kib….”

“Mak dengar lah cakap saya… saya belum bersedia untuk semua tu sekarang.” Akib berdiri menuju ke dapur. Tidak mahu menjawab tentang itu


Malam itu sunyi… hanya Akib yang masih lagi belom tidur. Melihat ibunya nyenyak, cepat-cepat Akib keluar. Jalannya menuju ke sungai yang tidak jauh dia hujung kampung. Dia duduk bersila. Matanya menerjah linangan air yang berbias dan bersinar dek pantulan bulan

Duduknya tegak seperti patung. Bersila. Kedua tangan dilletak di atas peha. Lagaknya seperti seorang pertapa. Dalam diam itu, dia melagukan beberapa baris ayat yang kedengaran seperti merayu. Mendayu dan halus. Matanya dipejam. Cuba mencari fokus.

Di hujung mata, Terzahir cecair jernih. Bunyi pungguk bersahutan namun itu tidak menakutkan Akib langsung. Dia masih terus menerus melagukan ayat. Ayat yang dia dapat lama dulu. Air di sungai itu masih lagi mengalir perlahan. Kedengaran menenangkan, tidak langsung tergugah fokusnya.

“Ngedusi badan kayun, manggih toya rabani, ngsun adus banyu saking kodratolah, byur njaba, rahsa mangan cahya, cahya mangan rahsa, langgeng ing ciptaku, tetep tan kena owah”

Tiada jawapan! Akib mencuba sekali lagi, membaca ayat yang sama.

Terdengar seperti seruan yang panjang. Ayat itu halus. Namun bergema dengan intonasi yang menakutkan. Akib mengulang beberapa kali. Suaranya gemersik bertebar di segenap suasana, sekejap sahaja suaranya seolah semakin kuat, bergema-gema di sekitar kawasan

Masih tiada jawapan!

Akib membuka mata perlahan. Tidak tercapai akalnya untuk memanggil ‘seseorang’. Langsung tidak boleh! Dulu itu juga caranya dia menyeru…. Namun itu semua sudah lama berlalu. Terlalu lama dia meninggalkan kampungnya. Tidak mungkin dia dapat berhubung seperti mana dia selalu lakukan sebelom ini.

Akib menoleh sekeliling. Kelihatan beberapa kewujudan yang dia tidak kenal dan tahu. Dia tidak mempunyai kelebihan itu, iaitu kelebihan melihat lembaga mahupon bayangan. Namun seruan yang dilagukan itu tadi menyertai ayat sebagai pemujaan. Ayat yang tiada dalam alquran. Ayat yang disertakan dengan alunan dan dibaca dengan bahasa dari zaman dahulu kala.

Tanpa sengaja dia memanggil ‘sesuatu’ yang lainnya.

Memanggul seruan ‘makluk’ sekelilingnya.

Akib melihat mereka merenungnya. Melihat kesemua roh itu seperti menunggunya. Perlahan-lahan Akib bangun lantas membasuh muka. Sebaik mendongak, kewujudan lembaga aneh tadi hilang!

Akib menarik nafas lega. Salah perbuatannya itu secara terang, namun dia sangat rindukan seseorang itu. Dan dia terbiasa dengan caranya yang begitu dulu. Tidak lama. Akib berjalan pulang ke rumah.


Dali menepuk bahu sahabat nya. Waktu rehat begini memang mereka biasa makan berdua. Ssekadar berteduh di tapak perumahan yang belum siap.

“Kib! pasal si Kisya tu…”

“Shuhhhhhh…..” Akib meletakkan jari di tengah bibir. Roti tadi disuap perlahan. Mengunyah tidak bersungguh

“Beb! Kisyah tu….” kata-kata Dali terhenti sebaik melihat tajamnya anak mata Akib menerkam. Dia tersengih seperti kerang busuk. Kadang kala seram juga dengan sikap rakannya. Mereka bersahabat baru juga. Akib berpindah ke kampung tersebut bersama keluarganya awal tahun. Dalam tempoh 4 bulan mereka menjadi kawan. Dalam banyak-banyak rakan, Dali selesa dengan lelaki itu. Walaupon kadangkala sikap Akib itu pemalu.

“lama sudah kau duduk dengan Mak cik Rida?”

Akib tersenyum manis. Kadangkala Dali pun tidak faham tentang diri rakannya. Akib pemalu tapi dalam masa yang sama kasar, ada masa nya dia terlalu beremosi.

Kadangkala Dali tertanya sendiri tentang apa sebenarnya yang bermain difikiran lelaki itu. sebenarnya satu perkara pon dia tidak tahu melainkan Akib adalah anak angkat kepada makcik Rida. Akib tidak mahu berkongsi. Terlalu berahsia!

“Tak payah lah tengok aku begitu Dali…. aku tahu apa yang bermain difikiran kau” Roti tadi telah pun habis dimakan. Plastiknya dibuang di tepi Longkang.

”Beb! satu kampung nak pada Kisha, tapi kau menolak kenapa?”

“Kalau kau suka kan Kisya, kau ambil lah.” lantas Akib bangun dan menyambung kerjanya. Dia tahu Dali simpan perasaan yang sama, cuma tidak dibalas oleh wanita itu.

Dali memandang Akib kehairanan, kadangkala dia rasa Akib itu tidak normal. Tidak ada satu perempuan pun yang dia minat, malah apabila bercakap tentang perempuan, dia akan cuba ubah topik.

Gay? Tidak mungkin! Meremang bulu romanya membayangkan.

“Jangan banyak termenung Dali, nanti kerja tak siap. Kita perlu pulang awal… lagipun kau tahu mak aku tak sihat.” Suara Akib sedikit meninggi


 

KAMPUNG PENCAK DATA

Adarma duduk berteleku di atas pangkin kayu di rumahnya. Tersusun cantik kain berwarna kuning dan merah yang sengaja dikibarkan, mahu menunjukkan upacara tertentu

Adarma merupakan ketua kampung di situ. Suatu kampung yang jauh di pedalaman, kampung yang tidak pernah didengari namun penghuninya wujud. Penghuninya terlalu kecil bilangannya.

Adarma menyambung bacaannya. Adarma juga adalah ketua upacara di dalam kampung tersebut. upacara yang menjadi kegilaan mereka adalah dimana mereka akan membunuh mana-mana nyawa sebagai kepercayaan untuk menghidupkan semangat yang mati di kalangan mereka

Semangat itu perlu dijaga!.

Semangat itu yang melindungi mereka!

Kepercayaan nenek moyang telah tersemat rapi dijiwa. Bagi Adarma, dia tetap akan menyambung Legasi tersebut kepada anak buahnya.

“Kita akan menghidupkan kembali semangat Rania.” Ujar seorang wanita yang merupakan isteri kepada Adarma. Sekadar berdiri dibelakang lelaki itu.

Adarma tidak menoleh. Dia meneruskan bacaan. Bersila menumpukan perhatian. Dia tahu apa yang perlu dilakukan.

Dierja memegang bingkai kaca. Jari telunjuknya mengusap gambar yang terlihat di sebalik cermin. Bibirnya mengulum senyuman.

“Rania….” Gambar itu dia tenung lagi.. kali ini tubir matanya bergenang. “ jangan risau engkau akan terus hidup. Hidup seperti kami.” Ujar Dierja perlahan. Dia sangat rindukan anaknya. Satu-satunya anak yang ada.

“Rania akan terus hidup Dierja… itu janji abang…. dia akan hadir dalam hidup kita walau siapa pun jasadnya!!” Terlihat sepasang mata Adarma memicing tajam. Seolah-olah menghamburkan kenangan yang telah lama terpendam

“Jasad siapa bang? Adakah kita perlu membunuh lagi agar Rania terus hidup?.”

“Kita tidak pernah gagal Dierja. Telah lama kita mencuba, tapi abang tidak faham, kenapa semangat Rania tidak pernah pulang seolah-olah ada yang menghalang.”

Dierja menunduk. Dia hanya mahukan anaknya dikembalikan

“Jangan risau.. selepas ini kita sendiri yang akan mencari. Mencari yang selayaknya untuk menggantikan roh Rania.”

Dierja mendongak. Dan wajahnya kelihatan gembira.

“Kita akan cari anak perempuan….” senyuman Adarma kelihatan sinis. Setelah berbulan, baru hari ini dia bertekad untuk keluar. Keluar bagi mencari jasad baru untuk dipertaruhkan


Kisya berjalan kehulur kehilir di taman bunga. Terjengah-jengah dia mencari seseorang. Masih tidak juga muncul. Semalam, dia memaksa ayahnya Borhan datang untuk meminag Akib.

GIla?! ya dia memang gilakan lelaki itu. Kama sudah dia mencuba. Susah betul untuk mendapatkan! Kisya bukanlah jenis berputus asa, malah dia tahu Akib yang paling layak untuk nya. Berpeluh dia, merah-merah dah muka. namun Kisya tetap menunggu agar Akib muncul tiba. Dalam hati, berharap agar Akib menerima pinangan ayahnya. Ada ke patut wanita meminang lelaki!? Ah! Dia tidak peduli itu semua, yang penting dia dapat apa yang dihajati.

Tidak lama kemudian barulah terlihat Akib bermalasan berjalan. Sukanya wajah Kisya ketika ini tidak dapat digambarkan

“Ada bapa saya bertemu dengan awak?.” Wajah Kisya teriak teruja. Namun Akib masih berdiam. Dia berdiri menjauh. Tidak mahu bercakap. Ikutkan hatinya ingin sahaja dia berterus terang

“Kenapa ni Kib? Diam je. Ayah saya ada salah cakap ke?,”

Melihat kesungguhan Kisya, Akib terasa bersalah. Dia tidak boleh terus menerus menipu Kisya. Rasanya sudah tiga bulan juga Kisya tidak berputus asa untuk mencuri hatinya. Jika dia di tempat gadis itu dan tahu ditipu, tentu sahaja dia akan marah.

“Kenapa diam?” Tnya Kisya lagi. Perempuan! Belum habis satu, satu lagi soalan menjelma. Akib mendengus kencang

“Akib?!”

“Saya tengah fikirlah ni…”

“Fikir perkahwinan kita?” Wajah Kisya masih lagi teruja

“Kisya! Boleh berhenti tak bercakap soal ni?.” Pening betul dia dengan tingkah wanita itu.

Agak lama mereka berdiam. Melihat Kisya menunduk wajah. Terasa bersalah pula di hati. Dia tidak tahu bagaimana untuk bermula, risau pula.

“Kisya… kau tak kenal siapa aku…”

“Kenalkan lah diri tu…” Tersenyum-senyum Kisya bermain dengan rambutnya. cinta! sudah tentu…

“Aku bukan seperti apa yang kau fikir… aku bukan seperti Akib yang kau kenal.”

Kisya mengangguk. Masih lagi berwajah teruja. Dia tidak peduli semua itu. Perkara itu menyebabkan Akib berkerut seribu. Entah apa yang dipandang Kisya pada dirinya.

Dalam diam terhela juga nafas Akib. Sudah pasti selepas ini semuanya tidak lagi seperti biasa antara Kisya dan dia….

bersambung…..

nasa yusuf – 22.2.2018 / 16.07 – Khamis

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 thoughts on “#Nasa – Kembali”

Leave a Comment