#Nasa – Kembali (episode 2)

“Kenapa tak makan tu Kisya?” Tanya Borhan sebaik melihat anaknya terkuis-kuis jari di pinggan. Nasi nya langsung tidak luak. Dia dan isteri sudah hampir setengah menikmati juadah

“Tak ada apa”

“Pasal Akib lah tuuuu…” panjang mulut ibu Kisya. Bibirnya mengulum senyum

“Ayah dah jumpa Akib semalam… katanya…”

“Errrr… tak apa ayah. Kisya ok!” Pantas gadis itu memotong. Belom sempat Borhan menghabiskan ayat lagi

“Apa yang ok?”

“Maksud Kisya… errr biarlah Akib mencari hidupnya sendiri. Apa lah sangat yang ada pada Kisya ni…” sejurus itu Kisya tergelak. Nampak sangat yang dia buat-buat

Kedua ibu bapanya berpandangan

“Ayah tak payah risau. Kisya rasa, ni cinta monyet maklumlah umur Kisya baru berapa”

“27tahun….” Sambung ibunya hairan

“Yaaaa… maksud Kisya… 27 tahun tak adalah tua sangat.” Sekali lagi dia ketawa. Masih lagi dibuat-buat.

“Bulan depan msuk 28…” Tambah ibunya lagi. Kesemua mereka senyap. Kemudian Kisya bangun dari duduknya. Anak itu terus menuju ke dapur. Nasi yang tidak habis dibuang. Malas berlama-lama di meja makan. Nanti banyak pula soalan yang akan dihadap


Akib berjalan kehulu kehilir di hadapan rumah. Hatinya semakin tidak tenang. Sejak dua menjak ni, perasaannya tidak selesa. Baju kemeja yang dipakai dikibas-kibas kepanasan

“Kalau dikira… mungkin sudah 10km Akib berjalan.” Sapa Rida, Ibu angkatnya.

Akib terkejut. Ternaik kedua bahu.

“Fikir apa?” Sambung Rida lalu duduk di tepi tangga pintu.

“Tak ada apa…”

“Haritu mak nampak Akib berbual dengan Kisya dekat hujung sana” jari telunjuk Rida menjulur ke arah sebuah pondok usang di bawah pokok besar hujung kampung

Akib menoleh kepala

“Akib cakap apa dengan dia? Akib jangan…. jangan memainkan perasaan Kisya tu.”

“Aish mak! Ke situ pula perginya… Akib tahu diri Akib, tak akan pula nak buat macam tu”

“Kalau begitu? Apa yang dibualkan?”

Akib duduk di sebelah ibunya Rida. Segumpal nafas terhela. “Akib beritahu Kisya siapa Akib”

“Haaaaa!!!” Wajah wanita itu riak terkejut.

“Habis tu? Makkk…. dah tiga bulan Kisya tu kejar Akib. Tak akan lah pula Akib nak menipu lagi?.”

Terdiam Rida. Sudah tentu selepas ni Kisya tidak akan datang lagi rumahnya. Tapi dia akui juga apa yang diberitahu oleh anak angkatnya itu. Sampai bila Kisya perlu menaruh harapan Kepalanya menggeleng. Ada rasa lucu ada juga rasa kasihan.

“Makkk…. “ manja Akib bersuara. Dia tahu. Ibunya memerli dalam diam.


Adarma dan Dierja, berjalan keluar dari perkampungannya untuk kali pertama. Untuk kali pertama juga dia mencari gadis dari pilihan mereka. Biasanya gadis-gadis hanya akan dipersembahkan oleh anak buahnya. Tapi kali ini mereka yang akan mencari sendiri. Melihat, mengikut sedap anak matanya. Mereka kelihatan seperti yang lainnya. Berpakaian melayu lama. Bersamping, dan berkurung bagi Dierja.

“Kita nak cari di mana?”

“Yang hati abang rasa itu tempatnya.” Adarma berjalan sopan. Sekali pandang, mereka berdua kelihatan seperti pasangan yang warak. Berpewatakan menarik dan sentiasa tersenyum

“Hati saya kata, kita akan jumpa gadis untuk kembalikan semangat Rania…” Dierja memeluk lengan suaminya dengan penuh kasih sayang.

Dan perjalanan mereka merentasi pelbagai negeri. Hanya berehat apabila penat. Berhenti untuk makan dan Adarma menghabiskan masa malamnya dengan menyeru semangat anaknya yang telah lama hilang. Menyeru agar Rania dikembalikan. Menyeru agar dia dapat petanda tentang Rania.

Mereka meninggalkan kampung tersebut dengan penuh harapan… kebiasaannya roh-roh gadis yang mereka bunuh dalam upacara pemujaan di kampung akan digunakan untuk mengembalikan roh-roh sesiapa yang mereka mahu. Roh-roh mereka yang telah mati!

Selama ini mereka berjaya mengembalikan kematian. Sesiapa sahaja yang mati di kampungnya berjaya dikembalikan meskipun yang sebenarnya kembali itu adalah syaitan. Namun hanya Rania sahaja yang tidak pernah kembali!! Berapa kali sudh dicuba, namun Rania tetap tidak pernah muncul.

“Kita akan mencari gadis yang sesuai… yang dapat menggantikan Rania….abang pasti. Tentu ada sebabnya Rania tidak kembali. Rohnya tentu sahaja tersekat.” Ujar Adarma yakin

Dan akhirnya kampung yang berada di depan mereka menjadi pilihan…..

Kampung Kencana Sakti

Melihat papan tanda yang tertera, keduanya mengulum senyum. Entah kenapa Adarma merasakan kampung itu menarik hatinya.

“Pasti sahaja gadis di sini sesuai untuk kita nanti”


Raif melepak bersama temannya. Pantang nampak gadis cantik yang lalu lalang. Ada sahaja yang disapa. Paling tidak pon diajak lepak bersama

Kehadiran kedua pasangan yang separuh umur menghampiri menyebabkan kesemua pemuda tercengang.

“Pak cik nak tanya sekiranya ada tempat tinggal yang boleh diduduki” tanya Adarma berhemah

“Kalau nak sewa tu adalah.”

“Yaaa boleh… kami nak menumpang lebih kurang seminggu je” jawab Dierja menyambung

“Saya boleh hantar ke tempatnya… tapi upahnya perlu ada.” Balas Raif senyum. Kedua pasangan tadi hanya mengangguk setuju. Raif tersenyum gembira. Suka betul hatinya. Dapat duit tambahan.


Akib, Dali dan Kisya makan semeja. Untuk pertama kalinya Akib tidak mengelak apabila wanita itu berdekatan berlainan halnya dengan Kisya. Wanita itu makan menunduk

“Sooooo…..” Dali menjeling Kisya yang masih menunduk. Selalunya bukan main gembira gadis itu bertemu dengan Akib.

“Sooooo….. aku dengar bapak kau nak buat masjid baru di tanah depan sana.” Ujar Dali. Bukan dia tidak tahu Borhan merupakan ketua di kawasan kampung Kencana Sakti dan Kisya pula satu-satu anak tunggal Encik Borhan

Malah atas sebab itulah Kisya digilai. Sudahlah rupa paras menarik. Senang didekati

Kisya masih menunduk

“Apa ceritanya? Sebab kalau jadi nanti… kitaorang juga yang bertukang.” Sambung Dali sambil meneguk milo ais di hadapan

“Entahlah, aku tak masuk campur” Kisya menjeling Akib, namun cepat dia mengalihkan anak matanya. Dali perasan namun tidak mahu bertanya lanjut. Bukan juga urusannya. Namun sikap Kisya… memang aneh. Melihat Akib, seperti melihat hantu lagaknya

Sesekali Akib tersengih. Sudah dia berpesan pada Kisya agar rahsianya disimpan rapi. Bagus! Kisya menurut tapi dia kasihan sebenarnya… mana tidaknya sebaik dia beritahu hal sebenar hari tu, dia dimaki! Kemudian Akib ketawa lagi

“Apahal kau ni?.” Dali menyiku lengan rakannya

“Tak ada apa…”


Raif memandu kereta rakannya perlahan menyelusuri jalan kampung. Menuju ke rumah sewa yang tidak jauh

“Dari mana pakcik ni?.” Suara Raif sedikit meninggi. Radio tidak juga diperlahankan. Terpekik bagai orang gila di kerusi depan

“Kampung luar…”

“Yelahh apa nama kampung tu”

“Pencak Data….”

Raif berkerut wajah. Tidak pernah mendengar.

“Kampung kami jauh di pedalaman… kami penghuni terpencil.” Dierja berlembut suara

“Datang sini buat apa?.”

Adarma dan Dierja berpandangan. Tidak mahu pon perbualan itu berpanjangan. Namun mereka perlu nampak biasa.

“Tuntut ilmu agama nak…” Dierja memaniskan roman wajah. Raif kemudian mengangguk. Pemanduannya terus melalui beberapa gerai makan di kampung

Pandangan Adarma dan Dierja tertancap pada gadis yamg sedang makan. Wajahnya menghadap ke jalan utama. Entah kenapa, Adarma sangat tertarik dengan gadis itu. Seolah-olah dia terasa dekat dengan Rania

Bukan sahaja Adarma. Dierja juga sama. Namun sekejap sahaja kereta mereka berlalu meninggalkan kedai makan tadi. Untuk bertanya, Adarma terasa tidak sesuai. Masakan baru sampai, dia perlu bertanya perihal seorang gadis? Tentu sahaja dia akan disyaki yang bukan-bukan

“Kita dah nak sampai, nanti pakcik tanya sendiri dengan Encik Borhan. Dia ketua kat sini. Kebanyakan rumah sewa ni, dia yang punya.” Raif menekan brek dan kereta mereka berhenti di jalan luar rumah

Sebaik turun, Adarma menghulurkan wang sebanyak rm500 kepada Raif. Hampir terkeluar biji mata lelaki itu. Beberapa kali dia mendongak dan menunduk melihat jumlah yang dihulur

“Ambiklahh… nanti kami nak minta tolong lagi.” Ujar Dierja perlahan. Sedikit memujuk. Dia suka anak muda itu. Raif nampak sangat senang digunakan

“Terima kasih… eh! Ambik nombor telefon saya ya.” Pantas Raif mengeluarkan telefonnya. Setelah nombor bertukar. Kereta tersebut hilang dari pandangan. Kedua pasangan itu berpuas hati. Kerja mereka tidak susah. Lantas melangkah mendekati rumah Encik Borhan


“Jom! Aku hantar kau balik.” Akib menarik tangan Kisya. Sesuatu yang tidak pernah dibuat sebelom ini. Hampir sahaja tersembul biji mata Dali. Akib berani pegang tangan gadis itu!! Pegang! menggenggam! Biji matanya bagai tergolek-golek di relungan mata.

“Tak apa saya balik dengan Dali..” Kisya melepaskan.

Dali serba salah! Dipandang Kisya dan Akib bersilih ganti. Nak dihantar Kisya, takut putus persahabatan dengan Akib pula. Tak dihantar nanti, Dia pula yang rugi. Maklum sahajalah Kisya anak orang kaya, malah bukan sebarang lelaki yang boleh mendampingi. Dia terpilih pon sebab bersahabat dengan Akib. Dalam hati ada juga simpan perasaan

“Kenapa tak nak naik dengan aku?.” Tanya Akib sedikit meninggi.

“Tak apa… aku ok. Jom Dali!.” Kisya bangun dari duduknya. Tidak lama kemudian sebuah kereta berhenti. Raif keluar, berkerut wajah Akib melihat telatah abang angkatnya yang tiba-tiba senyum.

“Hari ni aku belanja semua yang makan kat kedai ni…” ujar Raif bersahaja tiba-tiba. Suaranya kuat sehingga semua yang di dalam kedai menoleh. Raif menoleh Akib dan Kisya silih berganti. Matanya dikenyit apabila pandangan Kisya bertemu dengannya

“Banyak duit??.” Perli Akib

“Diamlah kau. Aku kerja! Dapatlah duit!.” Sebaik itu Raif berjalan ke kaunter utama, meletakkan sejumlah wang

“Ambillah bakinya…” Ujar Raif pada seorang lelaki yamg menjaga sambil dia melirik mata pada Kisya. Tentu sahaja wanita itu teruja melihat lagaknya. Sebenarnya Kisya meluat. Tidak lama itu Kisya berlalu dan sudah pon menunggu di pintu kereta Dali.

“Kau jaga Kisya baik-baik..” nasihat Akib. Sedikit berbaur ugutan. Dali mengangguk. Yang sebenarnya dia tidak faham! Tidak faham apa berlaku, adakah Kisya sudah beralih cinta? Kalau tanya hatinya, tentu sahaja suka!

“Dah cepat!! Dah nak maghrib ni.” Akib meninggalkan rakannya yang masih  tercengang-cengang di situ.


Borhan ketawa galak mendengar cerita dari Adarma dan Dierja. Terhibur juga dia. Jarang orang dari luar datang ke kampung mereka. Malah untuk menuntut ilmu agama lagi

“Kami ni kebetulan singgah.” Ujar Dierja berhati-hati

“Kalau nak tinggal lama pon boleh… banyak yang boleh Adarma belajar.” Ujar Borhan bersungguh. Usia mereka nampak sebaya. Jadi kata panggilan diri tidak la bertuan melainkan nama semata-mata

“Terima kasihlah encik…”

“Panggil je Borhan…”

Kedua mereka ketawa lagi.

Hon!! Hon!!

Sebuah kereta berhenti. Seorang gadis keluar. Menutup pintu kasar. Bengang juga hatinya setiap kali berjumpa dengan Akib sebenarnya. Dia sudah cuba untuk kelihatan bersahaja. Namun apa yang diberitahu Akib benar-benar mengganggu jiwanya. Ya!! Akib bukan juga biasa-biasa. Dia luar biasa!!! Menjerit-jerit hati Kisya kala ini sampaikan ucapan terima kasih pon dia lupa.

Bagaimana lah dia boleh cintakan Akib!! Gila!! Kalau lah dia tahu dari awal yang Akib itu…

“Kisya….” Sapa Borhan sebaik melihat anaknya masuk melulu. Tidak hormat langsung pada kedua tetamunya tadi

Adarma dan Dierja terbuntamg mata. Gadis itu yang mereka jumpa di gerai makan!

“Errrr ni….”

“Anak saya Adarma… Kisya namanya.” Borhan menyuruh Kisya bersalam. Sebaik Dierja memegang tangannya, perasannya terasa lain. Kisya tidak suka mereka

Dierja memandang Kisya tajam. Bibirnya tersenyum. “Kisya sangat cantik…” ujar Dierja perlahan

“Biasa je makcik….”

“Cantik… macam arwah anak kami….” Dierja bermuram wajah. Adarma memeluk perlahan berpura-pura menenangkan isterinya

“Errr…. maaf cik… tak apa kalau nak anggap Kisya anak makcik.” Pujuk gadis itu yang terasa bersalah.

“Lama kami rindukan dia…”

“Siapa nama anak makcik?.” Tanya Kisya tersenyum cuba memujuk

“Rania… Rania namanya…”

Kisya terkejut. Dia benar-benar terkejut. Nama itu dia kenal. Dia pernah dengar. Rania!!???


Kampung Kencana Sakti

Kisya langsung tidak senang duduk. Ikutkan hati malam ini juga dia mahu berjumpa dengan Akib. Keberadaannya di halaman rumah membuatkan orang tuanya hairan

Jam dinding sudah menunjukkan ke pukul 10malam, kata si Rania sekejap sahaja, tapi dekat satu jam juga gadis itu berjalan kehulu kehilir. Sesekali menggigit kuku jarinya. Kemudian mengeluh

“Malam dah ni Sya… masuklah…”

“Kejap ayah! Saya nak ambik angin!.” Masih lagi Kisya berlegar-legar

“Fikir siapa tu?.” Ibunya mengusik

“Akib…”

“Aih?! Bukan hari tu Kisya yang tak nak kat dia ke? Kata Kisya tu cinta monyet…” barulah kali ini wanita itu keluar dan duduk di kerusi depan

“Kisya ni sebenarnya nak ke tidak dengan Akib tu? Kalau tak nak cakap lah tak nak, ini sekejap cakap tak nak, lepastu nanti rindu.”

“Apa mak ni…..” Kisya mendengus perlahan. Ke situ pula yang difikir oleh orang tuanya

“Habis kalau bukan pasal Akib, pasal siapa lagi?.”

“Ya! Memang pasal Akib… tapi bukan seperti apa yang mak fikir… saya dan Akib tak ada apa-apa mak.”

“Cepat betul cinta kau berubah… dulu, masa mak muda dengan ayah kau….”

“Makkk…..” tegur Kisya. Dia tidak suka membincangkan soal ini untuk sementara. Dia ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan. Sekarang ini dia perlu bertemu dengan Akib untuk berbicara soal Rania

“Kejap lagi masuk! Tak elok perempuan malam-malam di luar!” Tegur ibunya keras. Kisya menoleh sekeliling, sesekali memandang orang tuanya yang sudah beransur masuk. Matanya menjeling nakal, dipicing tajam ke arah kedua mereka.


Masih di tempat yang sama. Akib di gigi sungai. Sekadar membasuh wajah dan melegakan kepalanya yang terasa berdenyut.

Nga tha ba ga ma,
Nya ya ja dha pa,
La wa sa ta da,
Ka ra co no hoooooooo

Ayat itu Akib baca berulang, tujuh kali jumlahnya. Membaca dengan alunan dan intonasi yang menyeramkan. Halus dan mendayu. Sesekali suaranya serak menahan sebak. Matanya yang terpejam itu mengalir tubir cecair jernih. Rasa rindunya mencengkam.

Sluku-sluku bathok,
Bathok’e ela-elo ark sa ta da…

Lama Akib berdiam. Telinganya picing tajam cuba mendengar, setiap baris kata dilafazkan bersungguh

Salah! Dia tahu salah perbuatannya.

Syirik! Dia tahu syirik. Namun asal keturunannya mengamalkan perkara sebegitu dalam menyeru mereka yang telah mati. Menyeru mereka yang dirindui.

Akib terbiasa. Ya! dia juga tahu, itu bukan alasan, namun dia rindu…terlalu rindu…

Pohon rendang melambai-lambai. Angin bertiup perlahan. Sesekali terdengar ranting seperti dipijak. Terlihat dedaun beterbangan. Akib menguatkan bacaan. Kali ini suaranya seakan bergema. Terdengar di setiap pelusuk alam. Air yang mengalir itu seakan berkocak

“Ibuuuuuuu…………..” Akib menyeru sekali lagi, sayu dan serak.

Senyap! Dedaun tadi tidak lagi melambai. Angin seolah berhenti tiba-tiba. sunyi!

Dibelakangnya terdengar seretan bunyi. Malah bunyi ranting patah kedengaran. Akib mendongak wajah. Telinganya memicing suara. Terasa keadaannya berbeza.

Akib berdebar sebaik bunyi itu berhenti betul-betul dibelakangnya. Dan kali ini perlahan-lahan dia berpaling. Melihat sepasang kaki dibelakangnya. Berhati-hati dia mendongak..

“Kauuu…..”


Adarma membuka mata. Misai nipisnya bergerak-gerak dek kerana mulutnya terkumat-kamit meluahkan bacaan.

“Rania menyahut….” Adarma menoleh kebelakang. Dierja, isterinya sibuk mengasapkan kemenyan. Bibirnya tersenyum

“Dia menyeru aku…..” Dierja mendongak. “Semangat Rania sudah muncul abang. Kita perlu cepat kan korban untuk memanggilnya”

Barulah Adarma berpaling “Aku sudah beritahu, Kisya selayaknya. Dia sangat dekat dan paling sesuai.”

“Kita tak boleh tergesa-gesa. Kita perlu ada rancangan. Saya tidak mahu kehadiran kita disyaki sesiapa. Kisya bukan sebarangan orang!.” Keras Dierja bersuara. Bukan dia tidak tahu tentang perihal Kisya.

“Kita perlu minta bantuan Raif….”

Dierja mengangguk tenang. Mereka tidak salah memilih kampung ini


Balai polis

Inspektor Shah menyerahkan fail di hadapan. Rakannya Yusuf meneliti satu persatu

“Mayat gadis tempoh hari namanya Aisya.”

Yusuf mengangguk. Melihat keadaan mayat itu, dia pon ngeri.

“Kata mak dia, kali terakhir Aisyah dilihat masa keluar dengan teman lelakinya. Tapi terus tak balik lagi”

“Apa boyfriend dia cakap?” Tanya Yusuf.

Shah mengangkat bahu “Katanya tak tahu. Tapi dia kata wanita tu dipelawa ke kampung terpencil tidak jauh dari tengah bandar.”

“Kampung apa?.”

“Pencak data namanya. Tapi aku dah pergi, tak wujud pon kampung tu…” Shah duduk di atas meja dengan sebelah kaki menjejak lantai

Gambar di hadapan dilihat lagi. Satu persatu dibelek. “Pelik!” Dengus Yusuf

“Apa dia?.”

“Mayat ni pelik….yelah kau tengok. Tiga mayat ni semua sama. Kulit mereka gelap. Lepastu biji mata macam nak tersembul. Pipi cengkung macam orang hisap dadah.”

“Kurus…… diet mungkin.” Jawab Shah namun tidak pasti

“Otak kau!.”

Terbeliak biji mata Shah disergah begitu. Namun dia tetap akui keadaan ketiga mayat itu nampak serupa. Ketiganya tidak ada masalah dengan sesiapa dan mereka memilih gadis untuk dibunuh. Perawan!

“Kau rasa ada kaitan dengan pemujaan ke?.” Yusuf nampak kaget

“Apa kau ni? Sekarang tahun 2020. Mana mungkin.”

“Tapi kau tak boleh menafikan ilmu hitam dan sihir itu wujud. Sebagai pegawai siasatan, memang perkara itu nampak remeh sebab tidak ada undang-undang yang berkaitan. Tapi kau kene tahu. Masih wujud lagi mereka yang mengamalkan ilmu yang salah” panjang lebar Yusuf membebel

“Aku tak percaya lah Suf!.” Shah berpaling. Dia berjalan melewati rakannya lantas ketawa

“Mana ada zaman sekarang wujud benda-benda macam tu???.” Shah ketawa lagi. “Kita dah moden. Itu lama dulu zaman nenek moyamg kita.”

Yusuf turut tersenyum. Bekerja dengan perkara realiti, memang susah untuk mempercayai sesuatu yang nampak tidak logik. Undang-undang tidak ada hukuman bagi mereka yang bermain sihir. Malah mahkamah menjatuhkan hukum pada mereka apabila hanya cukup bukti. Masakan ilmu hitam boleh dibawa ke mahkamah


Dali menyuap makanan. Namun dia melihat Akib agak pelik hari ini. Tidak makan langsung. Malah senyap seribu bahasa

“Teringat pada Kisya keeee….”

“Kau ni Dali…” namun Akib masih tertoleh-toleh kepala. Entah mana gadis itu.

“Haaaa betullah tu….”

“Betul apa??.” Akib bertanya hairan

“Betullah kau teringat Kisya….” Ketawa Dali kuat kali ini. Tugas bertukang ditinggalkan kejap. Sanggup dia datang ke rumah Akib hanya kerana rakannya tidak sihat

“Kau kenapa tiba-tiba demam?.” Laju Dali menyuap makanan. Macam seharian tidak menjamah langsung. Rida sedia maklum tentang keakraban kedua mereka. Selepas menghidang terus dia ke dapur.

“Aku rasa Kisya marah aku ni…” Akib berwajah muram.

“Apasal pulak?.”

Tidak juga Akib menjawab. Serabut otaknya kala ini.

“Kau berdua ni kan. Aku pelik betul lah! Nak kata bercinta, tak bercinta… tapi masing-masing malu bila berjumpa.” Dali meletakkan tangan di bahu rakannya cuba menenangkan. Namun Akib menolak perlahan dan itu membuatkan Dali sedikit hairan. Memang aneh sungguh perilaku rakannya

“Sejak bila kau rapat dengan Kisya ni?.” Pisang goreng itu disuap lagi. “Untunglah kau Akib, budak perempuan kat kampung ni semua suka kau, tapi kau tolak… Aku ni??!” Ujarnya sedikit merajuk. Dali berpaling wajah. Tingkahnya lucu dalam bergurau

“Dali… kau jangan risau. Aku tak suka mana-mana perempuan pon kat dalam kampung ni.”

“Taste orang bandar kau ni.” Perli Dali sengaja

“Bukannnn….” geleng Akib

“Habis tu???!”

“Susahnyalah….. nak cakap” Akib tergaru kepala.

“Cakap jelah. Kita kawan dah empat bulan. Dalam kampung ni… hanya aku je yang rapat dengan kau. Mana ada orang lain. Apa yang nak berahsia?.”

Agak lama juga Akib berfikir. Dia terhela nafas beberapa kali. Dali menghabiskan makanannya, masih menunggu apa yang ingin dikatakan lelaki di hadapannya

“Dali… sebenarnya macam ni….”

Rida datang membawa teko berisi air suam. Suka dia melihat Dali makan dengan penuh semangat. Melihat pisang gorengnya habis, Rida menambah lagi. Karipap pon licin? Ya… patutlah Dali badannya semangat. Dia duduk berhadapan mereka berdua. Antara dia dan Akib tiada rahsia. Jadi antara perbualan mereka, begitu juga.


Rumah Ketua kampung Kencana Sakti

“Assalamualaikumm……” Dierja memberi salam. Manis benar tingkah wajahnya. Melihat Kisya yang datang menyambut. Semakin lebar bibirnya.

“Kisya…. mak cik cari dari awal tadi.”

“Untuk apa?.” Jawab Kisya bersahaja. Tidak tersenyum. Malah dia tidak selesa dengan kehadiran kedua lelaki dan wanita di kampung itu.

“Maaflah kalu mak cik mengganggu…” Dierja bermuram wajah. Namun Kisya tidak memujuk seperti semalam. Gadis itu nampak masih bersahaja. Kedua tangan disilang di dada. Ya! Dia tidak suka

“Kisya marah dengan mak cik ke… mak cik ada buat salah ke…”

“Tak ada, tapi saya cuma tak selesa je cik. Ada apa yang saya boleh bantu?.” Sedikit biadap pada intonasi percakapannya. Perkara itu disedari oleh Dierja dan dia tahu Kisya bukan mudah untuk didekati

“Saja datang tengok Kisya… ingatkan nak ajak Kisya berjalan tengok kampung. Maklumlah makcik baru di sini.” Sanggup Dierja berjalan kaki demi untuk menemui Kisya. Hanya semata-mata untuk memastikan gadis itu boleh mengikut percakapannya.

“Saya sibuk..” tetap juga Kisya tersenyum. Sekadar tidak mahu nampak yang dia tidak menggemari kehadiran wanita itu

“Pak cik Adarma pun sibuk. Tu yang mak cik cari Kisya tu…” Masih lagi mampu Dierja memaniskan senyuman walaupun layanannya sangat menyakitkan hati.

Kisya menoleh sekeliling, tidak terlihat ibu atau ayahnha. Bulu romanya berdiri. Terasa seram dengan tingkah Dierja. Mata wanita itu menerkam ke arahnya.

“Macam nilah cik… nanti saya suruh siapa-siapalah yang ajak makcik berjalan tunjuk kampung ni. Errr… saya banyak kerja ni. Assalamualaikum.” Terus Kisya menutup pintu. Dia melihat Dierja dari celahan langsir tingkap. Masih lagi wanita separuh umur itu memandang tajam ke arah rumahnya.

Benar! Tingkah kedua mereka sangat menakutkan. Lama dia menghendap Dierja sehingga wanita itu berlalu dari situ. Barulah dia terasa lega

“Sya????.” Ibunya menepuk bahu. Segera itu juga Kisya berpaling mengurut dada

“Mak!!! Kenapa ni??”

“Kenapa apa??? Apa yang kau tengok? Rumah sendiri pon nak terngendap-ngendap??”

Kisya berjalan melintasi ibunya lalu bersandar di sofa. Ibunya masih berdiri bercekak pinggang merenung anak satu-satunya

“Kenapa pandang Sya macam tu?”

“Mak nak tanya! Ke mana Sya pergi malam semalam?? Kata nak masuk lepastu hilang!”

Kisya berwajah malas-malas. Tahu! Dia buat salah. Malam semalam dia pergi mencari Akib. Diikut sampai ke sungai. Mendengar bacaan-bacaan yang dialun semalam menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang latar belakang Akib yang sebenarnya. Tapi belom habis dia berbual, Akib menghalaunya balik. Sampai hati betul!

“Syaaa… dengar tak mak cakap apa???.”

“Sya ambil angin mak… lagipun Sya dah balik kan…” dia bangun dari kerusi

“Kau jangan nak jumpa Akib sorok-sorok Kisya. Kalau orang kampung nampak malu mak dan ayah!”

Kisya hanya menggeleng. Tidak logik!!


Selepas balik dari surau, Adarma melempar kopiah di kepalanya. “Betul ke?.”

Dierja mengangguk “Saya rasa Kisya tahu tentang kita. Saya dapat rasakan.”

“Jangan merepek. Macam mana dia tahu pula? Kita tak pernah cakap apa-apa pon.” Wajah Adarma kelihatan marah

“Abang…. Kisya selayaknya untuk kita hidupkan Rania kembali….”

“Abang tahu tu Dierja!! Tak perlu ulang lagi” Adarma mengambil telefonnya mendail seseorang. Hanya beberapa saat sahaja panggilan itu berjawab

“Assalamualaikum Raiff…. di mana ni nak.” Ujar Adarma bersopan. Intonasinya cukup lembut, wajahnya manis dihiasi senyum. Adarma mengangguk mendengar jawapan dari pihak sana.

“Yaaa benar. Hurmm… boleh pak cik nak minta tolong?.”

Adarma memandang Dierja tersenyum

“Ya Raif jangan risau tentang bayarannn….”

Dan, Adarma ketawa kecil


BERPUSING-PUSING  Dali melihat rakannya, sesekali mereka bertentang mata. Macam tak percaya!

“Apa yang kau tengok…” marah Akib tidak suka. Dia dilihat seperti alien gamaknya

“Aku tengok kau lah beb! Huishhh… perfect.” Dali berjalan keliling lagi. Akib yang berdiri di tengah itu menoleh melihat pergerakan tubuh lelaki itu yang berlegar di depan dan belakangnya tidak berhenti

Dali pula melihat Akib tidak berkelip. Setiap inci. wajah, rambut, tubuh, tinggi. Sesekali dia mencuit dan jari telunjuknya dicucuk beberapa kali ke lengan rakannya

“Jangan pegang-peganglah!!” Marah Akib. Rida sudah tersenyum-senyum.

“Macam mana kau… macam mana… errrr….. hurmmm.” Tidak terluah Kata-kata Dali. Terkejut!

Perfect!! Hensem!!.” Dali memuji. Namun masih tidak berkelip memandang rakannya itu

“Kau masih nak kawan dengan aku tak…” tanya Akib. Tidak suka dia dilihat seperti makhluk asing

“Apa dia???.” Dali mendongak. Hilang fokusnya sekejap

“Aku tanya kau masih nak berkawan dengan aku tak?.” Garau suara Akib bertanya. Tegas!

“Huish!!!. Perfect!!”

“Apa benda kau ni Dali!!!.” Hilang sudah sabar Akib kala ini. Dari tadi rakannya membisu. Sudahlah dia dilihat seperti makluk menyeramkan sejak awal.

“Kenapa kau beritahu aku semua ni Akib?.”

“Sebab aku percaya kau… dan aku nak minta tolong kau…” terus terang sahaja Akib. Itu lebih baik

“Jadi aku bolehlah tackle Kisya lepas ni?.”

“Sukahati kau lah Dali! Aku nak minta tolong ni!!.” Masam wajah Akib berbicara.

Dali masih tidak percaya dengan apa yang baru dilihat. dia tersenyum dan menggaru dagunya beberapa kali. sesekali mengangguk-anguk, mengiyakan kata hatinya.

“Cukup sempurna!.”

“Apa benda kau ni? Dari tadi Sempurna lah, perfectlah, aku manusia juga!!!.” Pekik Akib. Sebaik melihat rakannya marah Dali terdiam. Ok! Jarang Akib marah, tentu emosinya tidak stabil sekarang. Maklumlah….

“Ok!! Apa yang kau nak aku tolong???.” Sesekali Dali tergelak. Serius! Dia terasa tidak percaya. Hampir empat bulan dia tertipu. Dia rasa ditipu dan tertipu. Lantas ketawa.

“Pasal Kisya….”

“Eh! Aku lupa nak tanya nama kau siapa sebenarnya Akib….” Dali tidak boleh fokus langsung pada perkara yang dicakapkan oleh rakannya tadi

“Nama??.”

“Yaaa kau mesti ada nama…..” Dali mengenyit mata. Satu tamparan hinggap di pipinya menyebabkan lelaki itu hampir tersungkur. Pipinya digosok kerana perit.

“Tanya nama pon salah???.”

“Tnya nama tak salah, yang kau kenyit mata tu salah!!.” Tidak biasa Akib dilayan sopan begitu

“Oklah nama kau siapa…” Barulah Dali serius. Dia tersenyum. Dan Akib mengangguk. Terasa lega hatinya sekarang, tidak perlu berahsia.

Nasa Yusuf – 22.2.2018 / 16.43 – Khamis

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “#Nasa – Kembali (episode 2)”

  1. Hahaha… aku tau.. akib sbnrnya rania.. melarikn diri dr kampung pencak data di sebabkn oleh suatu perkara yg kita kena baca next entry.. lalalalaaaa 😂😂

    Reply
  2. Aku tgh baca ni.. tolong jgn chat ngan aku.. part 1st td sangat menuntut konsenterasi aku utk berada di tahap paling tinggi..

    #NasaDanTaipoBerpisahTiada

    Reply
  3. (NASA) Sampai bila Kisya perlu menaruh harapan Kepalanya menggeleng.
    (S & K) Sampai bila Kisya perlu menaruh harapan. Kepalanya menggeleng. **pentingnya titik d situ long..

    Dali = Kunyit Wanabe
    Akib = Super Saiyan

    Reply

Leave a Comment