#Nasa – Psikik season 3 (Final)

PSIKIK SEASON 3 – FINALLE

 

Adam membuka mata. Kipas di siling bilik berputar laju. Dari kabur, perlahan-lahan kembali jelas. Wajahnya berkerut, terkebil-kebil biji matanya.

“Dah sedar?.”

Cepat Adam menoleh,  terkejut mendengar sapaan itu. Dia duduk dari baringan dibantu oleh inspektor Yusuf yang menemani.

“Bila aku di sini?.” Ujar Adam memicit kepala

“Hurm…. dah seminggu.”

“Ha????!.”

“Aku tipu je…” Yusuf ketawa geli hati, dan itulah kali pertama Adam melihat pegawai polis itu gembira. Dan memang pegawai itu seorang yang serius. Barulah kemudian Yusuf berdehem beberapa kali apabila perasan dia diperhatikan begitu. Senyumannya mati serta merta

“Tuan ketawa…” Ujar Adam tersenyum. Mana tidaknya, sebelum ini, Yusuf sentiasa masam mencuka.  Lalu dia duduk membetulkan urat tubuhnya yang terasa tegang.

“Kami dah jumpa Rico. Dia ada di hospital dalam rawatan. Kalau kau dah sembuh, jom kita ke sana.”

Adam berwajah tertanya-tanya.

“Jangan risau, Rico ok. Doktor pun kata kau ok, cuma penat. Jom!.”

Adam mengangguk, dia sudah sihat. Sebenarnya dia hanya pelu rehat. Kerana sifat marahnya sebelum ini, dia menggunakan keseluruhan tenaga tanpa sengaja.

*************************

Azilah mengelap sekali lagi luka di sebelah pinggang Akirah. “Siapa yang nak bunuh kau Akirah?.”

“Errr… ko tak tengok berita?.” Tanya Akirah tertanya-tanya, mustahil pula rasanya wanita itu tidak mengenalinya. Namun Azilah menggeleng. Setelah siap membersihkan, dia mengajak Akirah makan. Semua telah siap dihidangkan. Akirah makan dengan gelojoh, macam tak cukup tangan rasanya.

“Perlahan-lahan Akirah, aku masak banyak. Kau boleh tambah kalau nak lagi.”

Akirah terlalu leka dengan makanan di hadapan. Dan sikap itu membuatkan Azilah terperanjat, tidak tahu berapa lama Akirah di luar sampaikan lagaknya seperti terlalu kebulur.

Telefon berbunyi dan selajur itu Azilah meminta diri untuk menjawab. Akirah masih lagi makan, tidak mempedulikan pun apa yang dikatakan oleh Azilah. Sedang dia makan, matanya tertancap pada beberapa bingkai kaca gambar keluarga kecil tersebut. Gambar itu dihias di atas meja dan para dinding. Akirah berhenti makan. Nafsu dan seleranya termati serta merta.

“ABANG di mana? kenapa baru telefon? Saya tunggu dari semalam. Saya risau kenapa abang  nak cepat. Ada masalah ke?.”

“Tak Zilah, abang ada hal sikit.” Benjamin berjalan di seberang jalan sambil memerhatikan hospital di mana Rico dirawat.

“Hurmm.. owh ya ada seorang wanita cedera di sini, saya tolong dia, tapi abang jangan risau, dia ok je sekarang.”

“Siapa?.” Benjamin terhenti, dirinya tertanya-tanya.

“Entah, luka teruk di bahagian tubuh, tpi dia tak nak ke hospital, katanya ada orang nak bunuh dia.” Azilah memperlahankan suara, menoleh ke arah meja makan. Akirah tiada!

Azilah berjalan ke arah dapur, namun Akirah tidak terlihat. Dia hairan kemana perginya wanita tadi.

“Heloo!!! Zilah!!.”

“Ye bang…. err…. saya ada ni, errr… saya…”

“Ada yang tak kena ke?.”

“Tak… nanti saya telefon semula ya…” Azilah terus mematikan talian tanpa mempedulikan panggilan abangnya.  Dia berjalan ke arah ruang tamu. Kemudian tersenyum apabila melihat wanita itu berdiri memegang bingkai kaca di tangan.

“Gambar siapa ni? Suami?.” Tanya Akirah tersenyum sinis.

“Takk… itu abang saya… Benjamin…”

“Owhhhh….” Akirah menunduk menatap wajah itu kembali. Ya! Dia mengenali lelaki itu.


Beberapa orang doktor dan jururawat memenuhi bilik rawatan yang menempatkan Rico. Adam tidak sudah-sudah risaukan keadaan rakannya. Namun Rico memang sihat, Inspektor Yusuf dan Shah mengambil beberapa keterangan dari Rico sebelum mereka bertanya beberapa soalan kepada doktor yang merawat.

Rico menekan-nekan remort televisyen. Siaran semua membosankan. Dia mendapat rawatan di hospital swasta kerana dia merupakan pemegang insuran medical card yang sangat setia. Malah tidak pernah bayarannya tertunggak. Malah pakej yang diambil juga mahal.

“Apa ni? Semua berita?.” Dan dia terus menekan siaran tersebut. Kehadiran Adam dan orang lain tidak dipedulikan. Matanya tertancap pada siaran berita mengenai seorang lelaki yang merupakan suspek pembunuhan lima tahun lepas. Malah wajah lelaki itu sangat dikenali! Rico terbeliak mata. Berita mengenai Benjamin memenuhi setiap siaran. Malah gambaran kereta yang dinaiki sedang kejar mengejar dengan kereta Akirah juga turut disiarkan. Dan kali ini wajah Benjamin terpapar besar di skrin televisyen.

“Kau!!!!!.” Jerit Rico tiba-tiba dan itu menyebabkan kesemua yang berada di dlam bilik itu menoleh serentak. Terdiam. Tidak berkelip. Adam mengangkat kening.

“Errr…. kau…. kau yang bernama seri….relakan cintamu seri… leburkanlah rinduku ini…” Dan Rico terus menyanyikan lagu dari Handy Black bertajuk Kau yang bernama Seri itu sambil mengalihkan siaran televisyen tadi agar mereka semua tidak mengesyaki apa-apa.

“Errr…doktor pasti dia ok?.” Tanya Yusuf menoleh ke arah pegawai perubatan di sebelah. “Mungkin ada hantukan di kepala yang kita tidak ketahui.”

Rico menoleh tubuhnya yang siap dibalut sempurna. Semalam dia dihantar dalam keadaan separuh sedar, tapi dia tahu Benjamin yang mengubat lukanya sebelum ini dan Benjamin juga memastikan dia dihantar ke hospital walaupun hanya ditinggalkan di tepi jalan. Semua gara- gara ingin mengelak dari dikesan oleh polis.

“Kau tak nampak siapa yang hantar kau ke!?.” Tanya Shah kasar. Cepat-cepat Yusuf menolak rakannya lalu dia pula yang berdiri di sebelah Rico.

“Errr… betul ke kau tak nampak siapa yang hantar semalam?.” Tanya Yusuf sedikit memujuk.

“Tak tuan, sebab saya pengsan.”

“Tipu!!.” Sergah Shah sekali lagi. Dan sekali lagi juga Yusuf terpaksa menarik rakannya ke tepi.Entah kenapalah dengan perangai Shah ni. Dia menoleh Rico kembali.

“Hurm… ada apa maklumat lain yang awak tahu?.”

“Tak ada…” Rico menunduk. Sebenarnya dia berkira-kira untuk memberitahu, tapi Benjamin tidak nampak seperti orang jahat. Keraguan mula bersarang di hati. Matanya menjeling inspektor Shah yang sedang memeluk tubuh. Sungguh menjengkelkan sikapnya. Walaupun jawapan itu mengecewakan, namun mereka terpaksa terima yang mereka akan kehilangan Benjamin sekali lagi.

PINTU DEPAN hospital itu ditolak perlahan dan Yusuf akan ke balai menghantar laporan yang diterima, lagipun siasatan keatas Benjamin tetap akan dilakukan. Ditambah dengan soal Akirah lagi. Tapi tumpuan utamanya adalah pada Akirah sebenarnya.

“Kenapa kau baik sangat dengan Rico tu!!.”

Yusuf menoleh kiri kanan. Dia meletakkan jari telunjuk ke arah dadanya. “Kau bercakap dengan aku ke?.”

“Tak kan dengan tembok!.” Marah Shah. Dan Yusuf tahu lelaki itu tidak berpuas hati dengannya sejak dia melepaskan Benjamin pada malam mereka hampir ditembak lima tahun dulu. malah Yusuf tidak mempedulikan sangat hal Benjamin. Malah pendapat mereka juga sangat berbeza, ditambah pula Yusuf seolah-olah cuba mengelak. Yusuf malas melayan, dia berjalan ke arah keretanya.

“Entah-entah kau kenal Benjamin. Ha! Berapa banyak dia rasuah kau untuk tutup mulut!.” Satu tuduhan yang melulu dengan sengaja menyakitkan hati. Namun masih tidak dipedulikan. Shah memegang bahu rakannya dan Yusuf menoleh, menepis kasar. Perbuatan Shah memang melampau!

“Aku masih bersabar lagi degnan kau ni Shah!.” Kali ini Yusuf benar-benar rasa tercabar. Ingin sahaja ditumbuk lelaki itu.

“Kau dengar ni Suf… aku akan laporkan pada pihak atasan kalau……” Sebaik itu juga Shah terlihat Benjamin di seberang jalan. Kedua mata mereka bertentang. Benjamin tergamam sebelum melarikan diri. Shah tidak menunggu,  segera berlari mendapatkan lelaki itu. Panggilan Yusuf tidak dipedulikan. Sasarannya adalah Benjamin!


Akirah menampar wajah Azilah sekuatnya. Danial yang turut berada di situ cuba melawan, namun tenaga dari budak sepertinya sangat rapuh. Dia berlari mendapatkan ibunya yang sudah tertiarap.

“Kau dengar sini. Aku tak nak lelaki ni datang sini. Aku dengar perbualan kau dan dia!!!.” Ikutkan hati, Akirah mahu lari sahaja, namun kesihatannya tidak mengizinkan dan dia masih perlu beberapa hari lagi duduk di situ.

“Kau tak akan lepas!.”

Akirah mengambil telefon bimbit yang digunakan oleh Azilah tadi. “Call dia, cakap jangan balik sini.” Hulurnya. Namun Azilah tidak bertindak balas.

“Call dia!!!!.”

“Aku tak nak! Apa nak jadi, jadilah!!.”

Sekali lagi Akirah menampar Azilah sehingga terduduk. Bibirnya pecah dan berdarah. Melihat keadaan itu Danial berdiri melindungi ibunya.

“Saya call… saya akan bercakap dengan uncle Ben…” Tawarnya. Air matanya masih berbekas di pipi. Dia jadi takut dengan wanita itu.

“Good…” Senyum Akirah menghiasi bibir.


ADAM bersiap-siap untuk keluar. Marah benar dia mendengar penjelasan dari Rico. Rico langsung tidak memberitahu bahawa Benjamin ada di tempat kejadian bersama dengan Akirah

“Adam…”

“Kau tak patut sembunyikan perkara tu!! Kau tahu polis cari dia!!!.”

“Tapi dia baik Dam… errr aku rasa Benjamin baik…”

“Kau sendiri tak pasti Rico…. Dia mesti kenal Akirah! Dan dia tahu di mana Akirah!.” Tuduh Adam sambil menyarungkan kasut. Walau apa pun yang diberitahu oleh Rico, dia tidak percaya. Sekarang ini, Benjamin sudah lihat Akirah, dan dia pasti Benjamin tahu di mana Akirah. Dia segera berlari keluar dari bilik

“Dam!!! Weh Adam!!!.” Pekikan Rico tidak dipedulikan. Rico jadi buntu. Dia melihat kesan balutan di tubuhnya, kemudian dia memandang pintu depan semula.

ADAM BERLARI ke arah tempat dia meletakkan keretanya. Namun langkahnya terhenti sebaik melihat kereta kedua pegawai polis itu masih di situ. Kali terakhir tadi, kedua pegawai itu kata akan ke balai polis. Adam berlari mendapatkan kenderaan yang masih elok terletak.

Adam terpijak kunci kereta di kawasan berkenaan, dan sebaik dia menekan remort, ternyata kunci itu kepunyaan inspektor Shah. Adam segera mendongak memandang sekeliling. Hatinya tidak sedap.

“Mana pula diaorang ni???.” Mustahil untuk pegawai polis melakukan tugas secuai ini sampaikan kunci pun tertinggal melainkan…..

Adam menoleh sekeliling kembali.


“Shahh…” Yusuf berjalan perlahan. Senjatanya sudah diangkat separas bahu dilaraskan ke hadapan. Peluh sudah menjejer membasahi baju yang dipakai.

“Shahh…. jawab aku Shah!.” Entah bila rakannya hilang. Risau betul hatinya sekarang. Shah bertindak melulu. Yusuf menghalakan senjatanya ke atas dan bawah, belakang dan depan silih berganti, dia tidak tahu di mana, hanya kawasan tempat kereta terbuang. Yusuf berpaling sebaik mendengar jeritan tidak jauh darinya.

BENJAMIN menepis setiap pukulan, tidak sempat dia menerangkan, pegawai itu terus menyerang, nasib baik sahaja dia tidak ditembak tadi. Pistol yang tercampak itupun tidak dijumpai.

Sekali lagi Shah menyerang Benjamin. Namun setiap pukulannya dapat dielak mudah. Juga sudah beberapa kali Benjamin suruh berhenti, namun Shah tidak peduli. Memang Benjamin berniat untuk menerangkan perkara sebenar.

Shah menumbuk Benjamin berkali-kali, dan bagi mempertahankan diri Benjamin menolak pegawai itu sekuatnya. Shah tergelincir dan kepalanya terhantuk cermin kereta. Dia tidak sedarkan diri. Kepalanya terluka.

“Aiseyhh….” Benjamin mendekati, cuba membetulkan kedudukan Shah. Dia tidak berniat langsung  “Encik… tuan… bangun…” Dia menampar perlahan pipi pegawai itu. Namun Shah tidak sedar langsung. Benjamin cuba mengangkat…

“Woooo wooo Benjamin!!! Berhenti!!!.” Yusuf tiba-tiba muncul di hadapan, mengacukan senjata ke arah Benjamin. Lelaki itu menaikkan kedua tangannya ke atas.

“Nanti dulu… nanti dulu…” Ujar Benjamin

“Pusing belakang… pusing!!!.” Pekik inspektor Yusuf

Benjamin berdiri menghadap dinding tembok di belakang. Sebaik sahaja Yusuf mendekati. Dia berpusing dan menolak pegawai itu. Yusuf terpelanting, senjatanya dirampas dan kini Benjamin pula yang menghulurkan senjata itu ke arah pegawai polis di depannya.

Penukul belakang ditarik dan dia memejam sebelah mata sedia untuk menembak.Yusuf berdebar.


Azilah memeluk Danial dalam dakapan. Anaknya sekadar memerhatikan Akirah di hadapan.

“Kau nak apa?.” Tanya Azilah

“Orang dalam gambar tu… berguna untuk aku nanti.” Akirah tersenyum, di tangannya masih lagi memegang pisau sebagai senjata, sesekali dia akan menyelak langsir luar untuk melihat situasi.

“Aku dah tolong kau Akirah.”

“Anggaplah kau masih hidup sekarang sebagai ucapan terima kasih aku.”Akirah tersenyum sinis. “Aku cuma perlukan lagi beberapa hari sampai aku betul-betul sembuh!.”

“Tak dapat call.” Danial menghulurkan telefon.

“Cuba lagi!!!.” Akirah berdiri bercekak pinggang. “Aku tak nak dia ke sini, berilah alasan apa-apa pun, atau kau dan dia aku bunuh!!!.” Akirah menoleh ke arah Danial. Dan tiba-tiba lukanya berdarah kembali. Akirah duduk memegang pinggangnya. Tekanan menyebabkan dia tidak tenang dalam bertingkah laku.


“Aku tak salah apa-apa. Dan aku tak berniat bunuh sesiapa…” Benjamin melangkah perlahan kebelakang. Pistol masih di tangan

“Dengar ni… aku tahu polis cari aku, tapi percayalah aku… aku tak salah apa-apa. Aku habiskan hidup aku untuk perkara yang aku tak buat, untuk tuduhan yang aku terpaksa tanggung”

Yusuf berkerut wajah.

“Aku akan pulangkan senjata ni semula… tapi aku tak akan serah diri.”

Yusuf hanya terdiam apabila dia tidak punyai apa-apa untuk memertahankan diri.

“Aku letak senjata ko ni, dan aku akan lari.” Benjamin sekadar berterus terang, hanya itu caranya untuk buat pihak polis faham. Adam berlari, entah muncul dari mana tiba-tiba dia menendang tangan Benjamin sehingga tercampak pistol tersebut.

Benjamin segera melarikan diri dari situ, tidak berniat untuk membuat kekecohan, jauh sekali untuk mencari gaduh.

“Benjamin kau jangan lari!!!.” Adam berlari mengejar.

“Eh! Adam tunggu!!!!.” Yusuf tidak sempat menghalang dan lelaki itu telah jauh meninggalkan. “Aduhh!!!!.” Dia tidak punyai pilihan, Yusuf berpatah balik membantu rakannya yang tidak sedarkan diri.


BENJAMIN bersembunyi ke dalam kilang yang tidak jauh dari situ. Dia tertanya-tanya. Entah siapa lelaki yang mengejarnya.

“Apa malang nasib aku ni…”

“Benjamin!!!!!.”

Benjamin tersentak, dia mendongak, namun masih lagi bersembunyi, bukan takut, sekadar tidak mahu mencari gaduh. Dia bukan lah orang jahat. Tapi tindakan lelaki tadi bersungguh betul.

“Benjamin aku tahu kau tahu di mana Akirah!!!!.”

Benjamin tersentak apabila bunyi barang dilempar ke sana sini dalam kilang tersebut. Bunyi hingar itu memekakkan. “Akirah???.” Dia tidak tahu pon apa yang berlaku dan kenapa dia dikejar oleh lelaki tadi.

“Benjamin!!!!!!.” Adam menyentak tangannya kehadapan, habis terpelanting barang di hadapannya semua.

“Benja….”

“Yeee yeee… aku di sini.” Benjamin muncul tercungap-cungap. Dia sedikit membongkok. “Kau siapa? Sorry aku lupa tanya nama.”

“Adam, nama aku Adam!!!!.” Pekiknya.

“Well…. kau tak perlu menjerit sebab aku tak pekak.” Barulah Benjamin berdiri betul setelah pernafasannya sekata.

“Mana Akirah!!!!.”

“Ha!! Itulah yang aku nak tanya ni. Jangan kata Akirah, kau pun aku tak kenal. Siapa nama kau tadi??.” Benjamin sedikit mengacah.

“Biadap!!!.” Adam berlari dan menendang lelaki itu sehingga terlentang ke belakang.

Benjamin berdiri semula. Mengibas bajunya yang berpasir. “Woohoooo,… dengar ni. Aku tak cari gaduh dengan kau Adam.”

“Pulangkan Akirah!!!!.”

“Ok!! aku pulangkan,  kau boleh ambik Akirah tu, ambiklah dia… aku nak balik.” Benjamin berpaling dan berlalu. Adam berjalan menghampiri dari belakang. Menolak tangannya ke kiri, sekaligus Benjamin terpelanting jauh ke tepi. Kemudian dia segera mendekati, menarik kolar lelaki itu

“Mana Akirah!.”

Benjamin menghentak wajahnya ke arah Adam menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan dan menutup wajah, membongkok menjerit sakit.

Benjamin berpusing dan menendang Adam sehingga tersungkur, “Kau gila ke Dam? kalau ye pun perempuan tu tak nak dengan kau, jangan lah paksa. Biar je dia buat pilihan sendiri…”

“Apa kau mengarut ni setan!! Aku tanya mana Akirah!!!.” Adam mengurut dadanya dia berlari untuk menumbuk, Banjamin mengelak ke kiri dan Adam jatuh tergolek.

“Apa masalah dengan kau ni? kau tak boleh call dia ke? atau pujuk dia? atau buat candle light dinner atau ko boleh hadiahkan pakej percutian untuk korang berdua. Biasa perempuan suka benda macam tu.” Benjamin berpaling dan sekali lagi dirinya melayang disepak dari belakang.

Adam berpusing untuk menendang, Benjamin menarik kaki lelaki itu sebelum menendang di celah kelengkangnya menyebabkan Adam senak terduduk.

“Huuuuuuu….. Aku betul-betul tak bermaksud untuk melakukannya Dam… serius.” Dia rasa bersalah tapi Adam tidak memberinya peluang. “Jangan risau, kau masih boleh dapat anak dengan Akirah.”

“Arghh!!!!!.”

sebaik lelaki itu baru bangun, Benjamin sekali lagi melompat untuk menendang, namun Adam terlebih dahulu menyentak tangannya ke hadapan.

Tubuh Benjamin melayang menghempas kotak dan beberapa kayu yang ada.

Adam berdiri tegak. Tidak berpuas hati. Amarahnya menguasai. Dia berdiri di tengah ruang yang kosong. Menunduk, memejam mata, mendepa tangan. Sekaligus barang yang ada di sekelilingnya terapung.

“Adam….” Rico menjelma dari belakang

Serentak itu keadaan kembali normal, barang tadi terjatuh semula dan Adam cepat berpaling.

“Apa kau buat????.” Rico benar-benar terperanjat dengan apa yang dilihat. Dia berjalan masuk mendapatkan Benjamin yang sudah tertonggeng. Adam membiarkan untuk seketika, tindakannya melulu lagi kali ini.


Akirah menumbuk Azilah, dia menarik Danial, dan berlari ikut pintu belakang. Azilah tidak dapat dikawal, malah wanita itu melawan dan menjerit sehingga jiran semua mula berkumpul. Untuk menyelamatkan diri, Danial ditarik sekali sebagai jaminan yang dia selamat.

Danial meronta-ronta, namun Akirah terlalu kuat. Budak berumur sepuluh tahun sepertinya tidak mempunyai kudrat yang setara. Kanak-kanak itu menangis merayu. Beberapa jiran yang cuba membantu dihunus pisau dan Akirah melarikan diri.


Yusuf dan beberapa anggotanya bersiap sedia apabila mendapat maklumat tentang Akirah. Mereka berbincang secara ringkas tentang rancangan penangkapan dan kawasan itu tidak jauh dari balainya.

Beberapa anggota siap bersenjata berkumpul, mereka pergi dengan tiga buah kereta, malah sebaik menghantar Shah ke hospital, Yusuf terpaksa meninggalkan lelaki itu dengan tunangnya kerana tugas yang lebih penting. Hal Adam dan Benjamin juga terpaksa dibiarkan, namun hatinya kuat mengatakan yang Benjamin tidak akan melakukan perkara yang melampaui batasan sehingga menyebabkan dia dikenakan tindakan undang-undang.

Malah Yusuf juga tidak risaukan keselamatan Adam ketika dengan lelaki itu. Dia pasti Benjamin menguruskan dengan baik. Dan memang dari awal dulu dia dapat rasakan Benjamin tidak bersalah. Tapi sebagai pegawai polis, dia terikat dengan prosedur tertentu, namun sebagai manusia, dia juga ada sifat yang dikurnikan Allah iaitu “Tidak  bersifat menghukum” Antara tugas dan prinsip, selalunya kedua itu berperang di dalam diri.

“Huhhh…” Dalam tidak sedar dia mengeluh juga.

“Kenapa tuan?.”

“Tak adalah… saya cuma harap kes ni settle.” Ujarnya tersenyum.

“InsyaAllah…”


Adam menjulur tangannya perlahan-lahan, dan barang di hadapannya bergerak sendiri.

“Wohooo!!!!!!.” Benjamin bertepuk tangan. Dia benar-benar suka.

“Ada lagi.. ada lagi…” Adam berdiri dan mendepa tangan, secara spontan, kesemua barang terangkat dan terapung.

“Wohooo!!!!.” Sekali lagi Benjamin memekik. Adam turut ketawa apabila melihat lelaki itu kagum. Mana tidaknya seumur hidupnya memang tidak ada orang lain yang tahu tentang kebolehannya.

“Cuba ko angkat benda ni…” Arah Benjamin. Adam terus menunjukkan kebolehannya. Dan perbuatan itu mendatangkan kejelekan pada Rico. Dia sebenarnya cuma terperanjat tadi dan menyuruh Adam menerangkan keadaan sebenar, sebaik masing-masing menceritakan apa yang tak puas hati dan keadaan yang berlaku, tidak tahu pula cepat mereka berdua jadi rapat dan menjadikan keadaan di situ seperti pesta.

“Dah habis ke?.” Tanya Rico bersandar. Dia benar-benar bosan.

“Kejaplahhh…” Marah Benjamin.

“Hello!!!! Korang sedar tak sekarang ni apa masalahnya???.”

Adam berhenti sebaik mendapat panggilan. Tawanya terhenti. Melihat nama Yusuf tertera, dia meletakkan jari telunjuk di tengah bibir.  Panggilan itu sekadar bertanyakan keadaannya. Dan perbualan itu tamat tidak lama.

“Kau beritahu aku di sini ke?.” Tanya Benjamin. Adam menggeleng.

“Suruh Yusuf ambil kita di sini, aku tak larat berjalan.” Rico masih lagi letih, sudahlah dia keluar wad curi-curi.

“Tak boleh sebab dia ada tugas dekat perumahan Taman Melawati, ada kes culik apa entah.”

“Itu kawasan rumah adik aku!!!.” Benjamin berdiri, dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Banyak panggilan tidak dijawab dan semuanya dari nombor rumah Azilah. Berdebar hatinya saat ini

Walaupun tidak tahu kenapa, namun dia dapat menganggap perkara yang tidak baik sedang berlaku. Tidak berani mendail semula, Benjamin mengambil keputusan untuk ke sana terus.


“Akirahhhh lepaskan…..” Beberapa kereta peronda polis sudah pun mengepung kawasan, Akirah tidak sempat berlari jauh paabila kesemua jiran di kawasan tersebut mula bertindak. Cuma sekarang ini Danial dipaut dengan pisau dileher kanak-kanak itu.

“Kau datang dekat…. aku bunuh dia!!!!.” Jerit Akirah. Darahnya sudah menitis membasahi baju dan seluar yang dipakai.

“Akirah dengar ni…” Yusuf mara sedikit cuba memujuk.

“Blah!!!! Berambus!!!!!.”

Yusuf sudah letih. Hampir setengah jam juga dia cuba memujuk.  Dan kesabarannya kalau nak ikutkan memang dah tak ada. Beberapa kali juga dia bezikir malah beberapa kali melompat-lompat setempat, selain menunduk dan menyanyi menenangkan hati. Dia juga manusia.

TIDAK LAMA itu kereta yang dinaiki Benjamin dan Adam berhenti. Mereka berhenti jauh dari situ namun dapat melihat jelas kejadian berlaku.

“Danial!!!.” Benjamin cepat keluar namun Adam menarik. Dia meletakkan jari telunjuk di tengah bibir.

“Aku uruskan…”

“Tapi…”

“Percaya aku…” Adam meyakinkan. Lagipun dia tidak mahu Benjamin tertangkap. Lama juga Benjamin membuat keputusan, ikutkan hati dia ingin pergi dan meluru. Wajahnya memandang Adam semula.

“Percaya aku…” Sekali lagi Adam meminta.

YUSUF BERJALAN kehulu ke hilir. Dan dia terperanjat apabila Adam sudah di sebelah. Sepatutnya tidak ada yang boleh melepasi kawasan yang telah diarahkan tadi.

“Apa.. kau… errrr… kenapa…” Yusuf menoleh dan menjeling anggotanya. Mereka juga tidak sempat menghalang apabila tiba-tiba Adam berlari ke tengah.

“Akirah!!!.” Jerit Adam. “Hye!!!!.”

Sebaik melihat Adam, Akirah tersenyum. Namun cepat-cepat dia memegang erat Danial dan pisau tadi, dia tahu helah anggota polis.

“Boleh saya pergi dekat awak kejap?.” Adam melangkah.

“Apa ni Adam!!!.” Tahan Yusuf. Gila! tiba-tiba Adam masuk campur.

“Saya uruskan…” Adam melepaskan pegangan dan mengenyit mata. Tidak sampai beberapa saat, Adam sudah berlari anak ke arah wanita itu. Yusuf menakup wajah. Kalau apa-apa berlaku sudah tentu sahaja reputasinya terjejas malah nyawa orang lain turut jadi mangsa.

“Akirah…. lepaskan dia.” Pujuk Adam lembut.

Wanita itu menggeleng.

“Kenapa awak buat semua ni?.” Tanya Adam. Dan sebenarnya dia memang ingin tahu kenapa Akirah membunuh ibunya serta melakukan perbuatan yang dianggap tidak waras!

“Sebab aku nak kau pandang aku sahaja. Aku tak suka orang lain ada antara kita.”

“Itu sahaja?.” Adam masih tersenyum..

“Sebab aku cintakan kau sangat Adam…” Kali ini air matanya mengalir. Aku sanggup buat apa sahaja agar aku memiliki kau.

“Lepaskan Danial…” Arah Adam sebaik melihat pisau itu susah melukakan kulit kanak-kanak itu.

“Kau cintakan aku Adam?.”

“Bercinta tidak bermaksud kita perlu bersama.”

“Kau cintakan aku!!!!.” Tengkingnya dengan pisau yang ditekan semakin dalam. Danial menjerit sakit.

“Ya!!!!.” Tengking Adam. Sebenarnya dia masih marah namun dia tidak dapat mengelak perasaan cinta yang masih ada. Memang Akirah sudah membunuh ibunya, namun benci dan cinta itu bercampur baur. Perasaannya? Dia sendiri tidak tahu. Dia susah menyintai, Akirah adalah yang pertama. Maka perasaan itu bukan juga mudah dibuang begitu sahaja

“Aku masih cinta….” Jawab Adam perlahan.

Dan jawapan itu membuat wanita itu tersenyum. Kalau macam tu aku rasa lega. Akirah mencampakkan Danial, lantas pisau itu ditusuk di perutnya sendiri.

“Nooo!!!!!.” Adam menjulurkan tangannya ke hadapan untuk menghalang, tanpa sengaja menolak pisau itu semakin dalam. Akirah terpelanting jauh dari situ.

Dia berlari mendapatkan wanita itu yang tidak lagi bergerak.

“Nooo Akirah… Akirah….” Adam melutut, memandang kedua tapak tangannya yang sudah menggigil. Beberapa anggota polis sudah mendekati. Yusuf menarik Adam menjauh agar pihak polis boleh melakukan kerja.

 

SETAHUN BERLALU

 

Suasana petang itu agak cerah. Sejak dua ke tiga hari ini keadaan cuaca tidak menentu, Adam duduk bersandar sambil menyilang kaki.

“Minumlah.” Pelawanya tanpa menoleh.

“Ko memang tak nak beritahu mana Benjamin?.” Tanya Yusuf

“Nope…” Adam ketawa. Sejak kejadian itu dia sering sahaja dikunjungi oleh pegawai tersebut. Walaupun dia sudah menerangkan beberapa kali tentang keadaan sebenar dan Benjamin tidak bersalah, namun Yusuf tetap melakukannya demi tugas. Walaupun hati manusianya kata Benjamin itu benar!

“Kau dikira sembunyikan penjenayah.” Air kopi dihadapan diteguk perlahan.

“Jadi apa tindakan ko terhadap aku?” Tanya Adam sambil meneguk minuman yang disediakan untuk mereka berdua. Yusuf sengaja berkunjung untuk bertanya khabar. Tapi tanpa sedar juga mereka mula rapat.

“Lawa juga pemandangan dari tingkat aras kau ni.” Sengaja Yusuf mengubah topik. Adam mengangguk dan mereka menikmati minuman tanpa ada lagi perbualan.


BENJAMIN dan Azilah sekali lagi berpindah, menyewa tempat lain. Dan itulah yang dilakukan setiap kali polis mengetahui tentang kehadirannya.

“Love uncle Ben…” Danial bemain dengan jambang halus yang tumbuh di dagu lelaki itu. Dia mengucapkan terima kasih di atas hadiah hari jadi yang diterima untuk tahun ke 11 hari jadinya.

“Suka?.”

“Mestilah!!!.” Danial memeluk lelaki di hadapannya. Azilah hanya ketawa.


Tanah perkuburan itu masih basah kerana hujan dari semalam. Adam selesai berdoa di kuburan ibunya. Bersebelahan dengan kubur Akirah. Akirah tidak punyai sesiapa, dia hanya anak angkat, namun hidupnya kadang-kadang terbiar. Pn Jenny yang banyak mendekati wanita itu dan memberi kasih sayang yang sepatutnya.

“Amin….” Adam menyudahkan doa. Dia berdiri dan merenung kubur Akirah.

Marah? Dia tidak marah kerana dia Redha. Sekiranya bukan Akirah yang membunuh ibunya, Pn Jenny tetap akan pergi pada tarikh dan waktu yang sama seperti mana ajalnya ditetapkan. Akirah hanya penyebab. Cuma dia marah dengan cara Akirah menyintai.

Menyintai tidak bermaksud memiliki. Cukuplah sekadar kau tahu dia bahagia. Tapi berbeza pula caranya dengan Akirah.

Adam meninggalkan kawasan perkuburan.

Cinta? Ya… dia masih menyintai…

-TAMAT-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 thoughts on “#Nasa – Psikik season 3 (Final)”

Leave a Comment