Nenek Atas Bahu

Salam FS, Pertama sekali terima kasih sebab wujukkan page FS ni. Aku memang peminat setia. Asyik baca cerita orang ni aku nak share cerita yang terjadi pada adik aku. Cerita ini berlaku dalam 2 3 tahun lepas. Kalau tak seram maaf aku pinta.

Adik aku ni aku namakan Yah. Yah ni bijak dan rajin belajar dan result SPM Yah memang cantik, Cuma Yah ni lembab mentega sikit. Dia salah isi borang UPU. Akibat dari salah isi borong ni tak merasa la dia belajar di IPTA pada intake masa tu. So duduk la Yah ni berkeliaran di rumah menghabiskan beras mak ayah aku. Satu hari aku dapat panggilan telepon dari mak aku. Kelam kabut suara mak aku. Mak aku kata Yah kena kacau. Pulak dah.

Mak aku cerita Yah ni kerja sebagai kerani di syarikat di kota KL ni. Nak dijadikan cerita lepas kerja kawan kawan Yah ajak di kononnya menjadi Seekers. Ala yang cari cari hantu tu. So malam tu diorang ni pergi ke tapak Highland Tower.

Jalan punya jalan takde apa apa pun. Bengang la diorang ni misi kononnya tak berjaya. Yah ni punya la bengong dia ajak pergi ke satu kawasan perumahan mewah. Katanya rumah besar besar so boleh la amik angin. So mereka pun pergi.

Dalam kereta punya galak sangat bergelak ketawa menjerit jerit bila masuk kawasan perumahan tu. Tiba tiba si Yah ni ternampak ada sesuatu kat atas bumbung di salah satu dari rumah tersebut . Bila kereta mula menghampiri rupanya apa yang si Yah nampak ialah lembaga nenek tua dengan bongkoknya muka agak mata besar hidung macam nenek kebayan yang dalam lagenda tu.

Nenek ni pulak agaknya perasan ada orang pandang dia, dia mengalihkan pandangan kat Yah. Dalam 2 saat macam tu Yah perasan senyuman nenek tu dan macam tersedar. terus meggigil pandang ke depan. Tapi dari ekor mata Yah, dia perasan yang nenek tu melompat lompat bumbung rumah ke rumah seolah mengekori kereta kawan Yah.

Akhirnya Yah rasa yang nenek tu ada atas bumbung kereta sebab berbunyi dan terasa hentakan dan yang membuatkan Yah sangat yakin nenek kebayan tu ada atas bumbung ialah pada masa itu ada seorang pakcik berkopiah dalam perjalanan ke masjid kot selisih dengan kereta Yah. Pakcik tu terperanjat bila pandang atas kereta Yah dan macam menunjuk bumbung .

Kawan kawan Yah pulak tak perasan pakcik tu sakan membuat lawak dan bergelak ketawa. . Dalam perjalanan balik Yah kata yang nenek tu duk mengilai ngilai atas bumbung dan kadang kadang ketawa. Menggigil Yah, katanya nak terkucil sangat sangat. Yang kawan kawan si Yah pula tak tahu apa yang Yah lalui terus sakan bergelak ketawa.

Bila sampai rumah Yah kelam kabut naik rumah tak mandi apa terus tidur. Ini baru permulaan rupanya Nenek tu ikut Yah balik ke rumah. Katil Yah sebelah tingkap. Tengah Yah baring berselimut Tingkap bilik Yah macam ada orang nak buka. Dia main tingkap pulak. Yah memang dah menggigil terus selubung satu badan. Dalam selubung tu Yah rasa macam ada orang duduk di hujung katil dia cuit kaki Yah. Dah menangis Yah sorang sorang.

Dalam takut seram campur penat tu Yah ni pun terlelap . Esoknya Yah demam dan tak pergi kerja. Yah mengadu juga kat Mak aku yang bahu dia mula sakit Mak aku ingat sebab dia demam. Bagi jela penadol.

Malam tu Yah ajak adik aku yang lain teman dia tidur, sebab dia kata tak sedap hati. Yah kata tiap kali dia terlelap ada tangan tepuk bahu Yah. Bila Yah pejam mata ada suara bisik kat telinga Yah. Ada tangan belai rambut. Kemuncaknya Yah paksa juga untuk tidur nenek tu bukakan mata Yah pakai jari dia yang runcing . Berlari Yah ke bilik Mak Ayah aku menangis nangis cerita. Adik aku yang sorang tu membongkang tidur tak sedar.

Ayah aku terus suruh Yah pakai tudung baju elok elok untuk ke rumah kawan ayah aku. Dalam perjalanan ayah aku kata motor berat sangat sampai ayah aku terpaksa berhenti di tepi jalan beberapa kali. Akhirnya sampai di rumah kawan ayah aku, Yah nampak nenek tu tinggal di luar rumah. Muka nenek tu macam sedih pandang je Yah.

Agaknya tak nak berpisah dengan Yah kot. Haha Alhamdullilah tiada lagi gangguan dari nenek kebayan tu. Kata kawan ayah aku, nenek tu nak berkawan dan dia suka Yah. Port dia atas bumbung. Sepanjang dia ikut Yah dia upgrade duduk atas bahu Yah pulak. Haha coi sangat.

Ada beberapa benda penting aku nak highlight kan pasal kes adik aku ni
1. Solat jangan tinggal. Adik aku ni suka lewatkan solat dan culas.
2. Pertama sekali kalau takde tujuan baiklah duduk rumah. Tak payah keluar malam.
3. Jangan gelak sakan atau seronok sangat. Sederhana saja.
4. Borang UPU jangan salah isi. Baca elok elok dan isi betul betul. Hehe

Sekian. Terima Kasih Admin FS.

Didi

8 thoughts on “Nenek Atas Bahu”

Leave a Comment