Hai readers! First aku nak ucapkan Thankyou to FS sebab publish cerita aku ni, (kalau di publishkan lah sebab sebelum ni ada cerita yang aku hantar sampai sekarang tak publish lagi, mungkin sebab tak memenuhi kriteria kot). Nama aku NHHY berasal dari Sarawak.
Cerita yang aku nak ceritakan ni berdasarkan pengalaman kami sekeluarga sendiri sebab perkara ni terjadi kepada makcik aku dimana kalau orang Sarawak panggil “mak udak” sebagai ganti nama diri untuk adik beradik mak/ayah berdasarkan susunan adik beradik.
Contohnya along angah ucu udak usu , ala kalau kat wilayah mesti ada Maklang Paklang acik apa semua tu , sama je. Mak udak aku ni merupakan adik beradik yang kelima ayah aku.
Okay let’s start begin , pada tahun 2005 kalau tak silap masa tu aku baru berumur 11tahun dimana pada tahun ni makcik aku ni berkahwin dengan seorang jejaka pilihan hati dia yang berlainan agama, aku takkan nyatakan apa agama yang jejaka pujangga mak cik aku ni anutkan takut nanti racist la apa laa kan. Biasa laa keyboard warriors mengondem je tahu.
Aku tak tahu atas dasar apa si suami dia ni nak memperisterikan makcik aku ni, sebab apa aku nyatakan sebegini diakhir cerita nanti korang akan tahu apa yang aku maksudkan.
Pada awal pernikahan semua baik-baik saja. Biasalah masih ranum dan harum lagi seri dan darah manis selepas bernikah, masa ni aku tak sure Mak udak dan Pak udak aku ni menetap kat mana selepas mereka kahwin, sebab kami sekeluarga jarang balik kampung.
Kalau tak raya,ada keduri kendara ataupun cuti sekolah kami sekeluarga memang jarang balik kampung atas sebab mak ayah aku masing-masing dengan kerja mereka. Kami sekeluarga menetap jauh dari kampung, kira-kira 5 jam baru sampai kalau dari kampung untuk pergi ke daerah rumah kami. Ayah aku ni antara adik beradik dia yang menetap jauh berbanding dengan Pak ngah , Mak anjang , Mak usu dan wa, so untuk mereka balik ke kampung agak senang berbanding kami sekeluarga.
Di kampung ayah dan mak aku dipanggil Pak mok dan Mak mok oleh anak –anak saudara mereka.
Selepas 6 bulan ke 7 bulan selepas pernikahan Mak udak aku ni dengan suaminya, aku sering mendengar keluh dari ayah aku menyatakan yang Mak Udak aku ni sering jatuh sakit dan sakit yang agak aneh sebab doktor pun tidak mampu untuk mengesahkan apa penyakit yang Mak Udak aku ni hidapkan, sudah habis cara untuk merawatnya dan alternatif terakhir keluarga kami cubakan adalah untuk membawa Mak udak aku ni untuk berubat secara kampung dengan ustas-ustaz yang berpengalaman, seperti ruqyah dan cara rawatan islam yang lain.
Semua ini pun atas desakan saudara-mara yang terdekat namun dilarang keras oleh suaminya sebab katanyaa syirik. Oh ya, lupa aku nyatakan , si suami dia ni sah –sah lah memeluk islam sebelum dia berkahwin dengan Mak Udak aku ni, so apa apa keperluan dan pengetahuan dia tentang islam ni adalah tanggungjawab Mak udak aku untuk membantu si suami dia ni dalam menjalankan harian dia sebagai seorang muslim.
Setelah dipujuk oleh adik beradik ayah aku ni, suami dia tetap berkeras melarang supaya jangan membawa isterinya untuk dirawat secara kampung, apa sebabnya pun entahlah.
Hari semakin hari tahap kesihatan Mak udak aku semakin teruk, pucat biru mukanya lemah longlai badannya. Adik beradik ayah aku berkeras untuk membawa ustaz untuk datang ke rumah untuk tengok-tengokkan mak cik aku ni serta sekali gus merawatnya dengan izin Allah swt. Pada masa ni suaminya outstation la katanya, sampai sekarang tak balik-balik !
“teruk adik kau ni, orang dekat sahaja yang mengkhianatinya, anggota dalamanya sudah banyak hancur dan tak mampu berfungsi” , ustaz.
“Ya Allah, MasyaAllah ! siapa orangnya ustaz ? setahu saya adik saya tidak pernah menceritakan atau mengadu kepada kami tentang ada orang yang dia tidak suka ataupun orang yang tidak menyukainya . Jiran-jirannya selalu memuji kepada kami yang adik kami ni baik orangnya” Pak Ngah.
Mak cik aku ni memang terlebih baik orangnya, sampaikan jiran dibawah pinjam belacan pun dia boleh ikatkan belacan tu guna tali dan bagi kat jiran rumah tingkat bawah. Ni pun aku dengar dari Mak usu aku yang pernah menetap singgah sebentar dirumahnya.
“seperti yang aku katakan tadi, orangnya dekat sahaja. Beginilah, aku akan cuba merawatnya dengan izin Allah, tapi aku merawatnya dari rumah ku sendiri sebab aku tahu apa yang akan terjadi sekiranya ku berada sama disini, ku takut sakit budak ni nanti” ustaz.
“Baiklah ustaz, kami mengizinkan asalkan boleh membantu adik kami ni” Pak Ngah.
Masa ni kami sekeluarga tengah on the way nak balik kampung sebab ayah dapat panggilan dari pak Ngah dengan memberitahu keadaan Mak udak dah sangat tidak bermaya sampaikan sering muntahkan darah dan sering seperti orang yang hilang nafas, tercungap-cungap tubuh yang pucat itu cuba untuk melawan sakitnya dan sekali-sekala nampak seperti sedang menepis sesuatu yang cuba untuk menyakitinya.
Dia juga sering mengadu ada dua tangan hitam dan besar selalu cuba untuk mencekiknya,namun dia selalu menepis ataupun mengelak. Disebabkan keadaannya yang tidak sihat itu kami menganggap mungkin itu hanya halusinasinya sahaja memandangkan keadaanya yang sebegitu rupa.
Ertinya sedikit sebanyak adik beradiknya tidak mempercayai apa yang mak cik aku katakana dan terus menganggap itu hanya mainan fikirannya.
Jam menunjukkan pukul 5:15 petang pada hari sabtu, kami sekeluarga telah selamat sampai ke destinasi iaitu di kampung, rumah Nek ban dan Pak tua. (Gelaran kepada nenek perempuan dan atuk kami , Nek ban, nenek beruban dan Pak tua, Atuk yang dh tua) dari mana mulanya gelaran tersebut pun entahlah tapi gelaran itu sudah sebati dengan cucu-cucunya.
Tidak dinafikan juga korang pun ada cara sendiri untuk panggil nenek pompuan dan atuk korang kan. Usai kami bersalam-salaman dan bertanyakan khabar masing-masing, kami menikmati minum petang bersama-sama. Kami sekeluarga merupakan keluarga yang terakhir sampai di kampung dimana adik beradik ayah ang lain sudah 2 3 malam berkampung disitu. Banyak cerita yang mereka adik beradik ceritakan mengenai mak cik aku ni dan Pak Ngah aku menyatakan bahawa malam ni ustaz berpesan kalau ada bunyi apa apa jangan pedulikan, apa sebabnya pun entahlah.
Aku dengar je dah seram sejuk , tak mampu rasanya aku nak menghadapi malam. Aku dan mak pergi ke bilik untuk melawat makcik aku ni , Ya Allah ! sebaknya hanya Allah yang tahu , aku merupakan anak saudaranya yang apa sahaja mahuku akan makcik aku ni kotakan. Ku ingat lagi dimana aku minta untuk dibelikan aku kasut tinggi (highheels) elehh gediknya lah kan.
Mak cik aku berjanji dapat je gaji pertama dia, dia akan belikan aku high heels tu, nampak ? baikknyaa dia , gaji pertama kot. Aku gaji pertama aku letak dalam frame babe, sayang nak belanja. Ehh tekdelahh. Aku pegang tangan satu-satunya Mak Udak yang aku ada ni , sejuk tangan nya longlai sahaja tangannya.
Bila dia menyedari akan keberadaan aku disisinya , dia terus menangis dan menggenggam tanganku walaupun genggamannya sudah tidak kuat seperti dimana dia menggenggam tanganku di shopping mall masa nak belikan aku high heels. Dia seperti ingin memberitahu sesuatu tapi apa yang dia tuturkan tidak jelas kedengaran, hanya airmatanya sahaja yang mengalir laju.
“Sakit” itu sahaja yang boleh aku dengarkan dari setiap bibit ucapannya. Ya ! dia sakit ! usahkan dia , kita yang melihatnya sahaja boleh merasakan betapa sakitnya yang dia tanggungkan sekarang , tapi apakan daya yang merasa sakitnya adalah dia. Allahu.
Malam pun menjelang, selepas berjemaah maghrib dan isyak kami sekeluarga makan malam bersama , masa ni keadaan masih seperti biasa, tiada yang aneh berlaku sehinggalah pada pukul 11 malam dimana kami sekeluarga dah mempersiapkan diri untuk tidur. Tiba tiba “Panggggg !!!!!!” bunyi yang kuat diatas bumbung, seperti mahu rubuh saja bunyinya dan tidak semena-mena makcik aku ni menjerit kuat.
Ayah dan adik beradiknya berlari laju ke bilik makcik aku ni untuk memastikan apa yang dh terjadi. Kelihatan makcik aku seperti baikbaik sahaja cuma matanya terbeliak memandang ke atas. Pakcik aku membacakan beberapa potongan ayat dan menyapu dimukanya, makcik aku seperti baru sedar dan menangis teresak-esak.
“krappp tap tap tap panggg pummm “ masih kedengaran bunyi diatas bumbung seperti bunyi orang yang tengah beradu kekuatan gamaknya, sekali-sekala kedengaran makcik aku ni mendengus menahan kesakitan. Aku hanya mampu mengintai dihujung pintu sahaja, dimana saudara kecil ku yang lain tidak berani untuk beganjak dan ada juga yang lena tidurnya langsung tidak terganggu, seperti pekak sudah !
Rumah kami sudah didatangi jiran terdekat selepas dihubungi oleh pakcik ku mengkhabarkan apa yang sedang berlaku dan sempat juga pakcikku menelefon ustaz yang tadi siang dan ustaz memberitahu untuk membacakan yassin dan jangan putus bacaan, bantu dia yang tengah bertarung dengan makhluk terkutuk itu dimana makhluk itu cuba untuk menamatkan riwayat makcik ku pada malam tersebut, patutla dia minta untuk merawat dari jauh , kerana takut makhluk durjana itu menggunakan tubuh badan makcik aku ni untuk berlawan.
15minit berlalu, bunyi yang bising tadi mula senyap dan pada masa itu makcik ku bangun dari tempat pembaringannya dah menekup tangannya ke mulut seperti menahan muntah gamaknya, ya ! dia muntahkan sesuatu yang hitam pekat ! korang tahu apa yang dia muntahkan ? janin guys , janinn ! rupanya Makcik aku ni menggandung , berapa bulan tu aku tak tahu. Korang bayangkan sendiri, janin yang dimuntahkan.
Allahu ! terlihat diwajah makcik aku ni akan tawakal dan redha atas qada’ dan qadar Allah swt, sempat lagi dia memandang wajah kami semua yang berada disitu dan melafazkan innalillahiwainnalillahirajiun bersertakan linganan airmatanya, itu tandanya dia redha atas permergian janinya. Esakan tangisan usah dibahaskan , memang banjir airmata kami semua mengenangkan nasib menimpa makcik ku ini.
Selepas beberapa hari kami berkampung disini , dan keadaan kembali seperti biasa setelah kejadian yg terjadi tempoh hari. Ayah meminta diri untuk kembali ke rumah kami sendiri kerana ada tugasan yang dia terpaksa dia selesaikan memandangkan dia sudah meminta EL untuk 2 hari dan berpesan kiranya ada apa sahaja yamg terjadi terus langsung menghubunginya , inshaAllah dia cuba untuk balik.
Pada masa ni keadaan makcik aku agak okay cuma dia suka termenung dan masih dalam keadaan lemah, sekali-sekala nampak dia seperti bercakap seorang dan menangis, manakan tidak , suami tiada disisi anaknya pula tidak sempat melihat bumi, mana pergi suaminya pun entahlah.
Selang seminggu kot kalau tak silap, kejadian ni berlaku pada dinihari dimana kami semua dah lena diulit mimpi. Manakan tidak, esoknya aku nak sekolah, emakku nak turun mengajar , ayah pulak nak ke pejabatnya .
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara ayah yang sangat kuat “ APA !!!! YA ALLAH !! HELLO HELLO !!!! BAGITAHU AKU YANG SEBENARNYA !! ALLAHUAKABAR !! “ aku berlari mendapatkan ayah dan masa tu kelihatan emakku yg setia disisi ayah mengusap-usapkan belakang ayah , ditangan ayah kelihatan ada handfone, mungkin lepas mendapat panggilan dari seseorang.
“mak udak dah takde “ ayah .
Gelap sekejap pandangan ku lalu ku dapati ayah dan bertanyakkan siapa yang memberitahunya dan memintanya untuk membawa aku ke kampung sekarang.
Emak ku bingkas bangun dan mengambil beberapa helai baju, tudung dan pakaian adik ku serta ayah dan disimpan didalam satu beg, biasa kami balik akan bawak 2 3 beg , macam tak mau balik, tapi apakan daya kami balik kali ni adalah untuk memberi penghormatan terakhir kepada insan yang kami sayangi.
Sepanjang perjalanan yang memakan masa 5 jam ni ayah asyik menelefon adik beradiknya memberitahu supaya menunggu kepulangannya, kadang kedengaran suara ayah seperti menekan dengan tegas supaya menunggu kepulangannya, apa yang dibualkan dan dengan siapa dia berbual aku pun tak tahu.
Aku cuma focus kehadapan, ayah memandu agak kelam kabut, manakan tidak adik kesayangan pergi bukan didepan matanya dan dia diberitahu mungkin tidak sempat untuk menunggu dia tiba sebab jenazah harus dikebumikan segera.
Baru aku tahu kenapa ayah asyik menghubungi adik beradiknya dan menyatakan supaya untuk menunggu kedatangannya. Sudahkan tiada disisi masa saat terakhir adiknya, takkan tidak dapat menatap wajah adiknya untuk yang ke terakhir kali. Allahu !
Perjalanan kami agak lancar dimana jalan raya agak lengang membantu kami meneruskan perjalanan kami dengan lancar, kami tiba diperkarangan rumah nenek dimana orang ramai datang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah makcikku.
Jenazah arwah sudah pun dimandikan, hanya tinggal untuk disembahyangkan. Kami hanya mampu menatap wajah arwah untuk yang terakhir kalinya dan tidak dibenarkan untuk menciumnya sebab airmata kami akan menyebabkannya sakit kata orang tua disitu.
Cuma ayah yang dapat mencium adiknya buat terakhir kali kerana mungkin airmata ayah sudah kering tidak seperti airmata aku dan mak ku yang sering mengalir laju. Korang tahu ? wajah makciku ini berseri-seri semacam ada sinar diwajahnya dan apa yang lagi membuat kami terpesona, wajah nya terukir senyuman kecil, ya ! arwah senyum ! tenang sahaja mukanya, jelas redha dan tawakalnya. Allahu !
Perginya insan yang redha dan tawakallah atas takdir Allah. Usai pengebumian, kami kembali ke rumah dan tahlil malam ini adalah tahlil malam pertama dan akan berterusan selama 7 malam berturut turut, dan nanti akan diikuti tahlil 20 ,40, 80 100 dan apa lagi selepas tu aku tak tahu la.
Pada malam tahlil ni , ada beberapa kejadian aneh yang berlaku , dimana adik kecilku menangis, katanya ada mata yang mengganggunya, ada jari yang memegang kakinya, rumah kampung masa ni rumah papan so susunan papan kat rumah ni agak renggang sedikit tidak begitu rapat, dilubang antara papan-papan ni lah adikku memberitahu ada jari putih yang memegang kakinya.
Malam-malam terdengar bunyi gelak yang kuat bising dan nyaring , atap rumah dipijak, didapur ada perempuan yang mencangkung makan makanan lebihan selepas usai majlis , dan esoknya didapati makanan tersebut akan basi serta berbuih-buih.
Takutnya kami sampaikan nak ke tandas pun berteman , siap pintu tandas dibiarkan terbuka lagi tu, yang kencing bawah singki pun ada guys . bila malam dah menjelma macamni la jadinya kami akibat terlebih takut, nak gelak pun ada dengan perangai memasing.
Ayah sekeluarga redha akan perginya adik mereka begitu juga nenek dan atukku cuma kekadang terdengar nenek menyatakan supaya doanya dimakbulkan supaya kami tahu angkara siapa yang tiada berhati perut seperti ini, dan kami masih tertanya-tanya dimana perginya suami si makcik aku ni.
Cerita yang seterusnya aku tidak mengikuti sangat tapi adalah terdengar perbualan mereka adik beradik tentang mereka tahu angkara siapa. Mesti korang tak percaya guys , kalau dah suami sendiri buruk perangai busuk hati macamni Cuma apa sebab dan alasannya kami tidak tahu. Bak kata nenek “pandailah Allah memberikan yang setimpal kepadanya jika benar dia yg lahanat perangai nya , tergamak membuat isteri sendiri menderita atas apa sebabnya pun entahlah” .
Selang beberapa hari , wa kami iaitu adik beradik ayah yang paling tua datang dengan membawa dengan ditangannya membawa keratan daripada surat khabar, dan berita yang dipaparkan agak memeranjatkan kami. “
Seorang pekerja maut akibat terhempap tong minyak kapal” kira begitulah bunyi tajuknya , aku ingatingat lupa , intipati ceritanya memberitahu bahawa pemuda tersebut telah maut akibat kapal yang membawa tong minyak yang berlanggar dengan satu ketulan besar batu dan tong minyak tersebut bergolek lalu menimpa pemuda tersebut dan jatuh ke dalam dasar laut, mungkin pemuda itu ditenggelami sekali oleh tong minyak yang besar itu.
Dasyat cara ajal menjemputnya,sama dasyat seperti ajal yang menjemput isterinya akibat perbuatannya. Wallahualam.
Entahlah, kami semua mati dek akal untuk memikirkan apakah sebabnya perkara tersebut terjadi sehinggakan ada sahabat sahabat handai arwah memberitahu semua ini angkara keluarga si somi yang tidak puas hati akan anaknya meninggalkan agamanya sematamata inginkan perempuan itu, makcik aku yg dimaksudkan.
Wallahualam, tidak berani untuk menyatakan berapa sahihnya cerita yang didengarkan. Hanya Allah yang tahu . Allah sayang dia , Allah jemput dia .
Sekian sahaja dari aku , Maaf mungkin cerita aku agak panjang, sampai kita bersua lagi . Assalammualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
alfatihah utk mak udak. moga diberikan tempat dikalangan orang beriman.
:'(
Al-fatihah… semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.. amin… 🙁
Sedih. Al fatihah :'(
sedihnya…… al Fatihah untuk Mak Udak
Innalillahiwainnailaihirajiun…
Astaghfirullahalazim…
MasyaaAllah…
Pestaim akk dgr org kena buatan manusia setan sampai muntah kuor janin sendiri…
Seksanya mak udak terpaksa tanggung semua kesakitan dan kehilangan suami+baby…
Semoga arwah mak udak di dalam lindungan dan naungan Allah di sana…
Aamiin…
ye kak , dia muntahkan janinnya sendiri . kami sekeluarga semua saksikan . kisah tragis ini sampai sekarang kami takkan mampu untuk lupakan , kami kehilangan mak udak yg sangat baik org nya . sungguhpun sudah bertahun dia pergi meninggalkan kami, namun semua ni masih fresh lagi dlm ingatan kami . apapun , tq for support this story ?
Teman yg baca pon rs sedih ini kan pulak komer ahli keluarga arwah yg melihat & alami sendiri…mmg berhati binatang pd yg dok aniaya arwah…tak senang hidup lah sampai mati org yg khianat mcm tu…alfatihah pd arwah