#Nia – “Cari Apa Tu?”

Assalamualaikum wbt.

Again, short introduction, kejadian ni terjadi pada diri Nia sendiri (gunakan kata ganti diri Aku) dan kawan2. Memang takda cerita yang ditokok tambah, cuma nama2 Nia tukar untuk keselesaan kawan2 or family.

-Sehari sebelum kem-
Throwback sewaktu umur 12 tahun, aku terpilih bersama seorang rakan, Akma, mewakili sekolah dan zon negeri untuk menghadiri kem badan beruniform. Setiap sekolah terpilih perlu mewakilkan dua orang pelajar perempuan (badan beruniform perempuan). Kem badan beruniform ini sama seperti kem kepimpinan untuk student2 sekolah rendah. Sehari sebelum bertolak, sedang leka aku mengemas barang2 untuk berkhemah (kem student tidur dalam khemah), sibuklah mulut mama menasihati aku supaya menjaga adab di dalam hutan, jangan tegur benda2 pelik, mulut jangan laju sangat, hati jangan takut sangat, seronok tu biarlah berpada2 dan macam2 lagi. Mama aku juga berpesan, sekiranya aku datang period semasa berada di kem 2 hari 1 malam ni (sekejap je, kem budak2 sekolah rendah), aku mestilah menjaga kebersihan betul2 dan jangan buang ‘pad’ merata2. Buang di tempat yang disediakan (normal la, pesanan sama untuk semua perempuan kan). Tapi tak ku sangka, pesanan tentang pad period ini la yang menjadi punca kejadian aneh di kem tersebut.

Kem 2 hari 1 malam
-Hari Pertama-
Perjalanan seawal 8 pagi, menaiki van ke menuju ke satu daerah yang mempunyai hutan belantara yang sangat luas di Terengganu. Kem ini terletak di kawasan hutan berbukit di Kuala Berang, dan mengambil masa 3-4 jam menaiki van sekolah ketika itu. Aku dan kawanku, Akma bersama seorang guru pengiring dari sekolah kami dan juga wakil dari sekolah lain sempat tiba lebih kurang dalam pukul 2 petang, selepas Zohor. Kami berkumpul di satu kawasan rata dan kami ditempatkan 10-15 orang satu kumpulan untuk satu khemah. So, semua student mestilah bergerak dalam keadaan beratur menuju ke khemah, dan jalan untuk ke khemah, mesti mendaki kawasan tebing tinggi. Yang mana student2 badan besar, ambil masa sedikit untuk mendaki tebing tinggi. Jadi terbantut la kami yang kat bahagian belakang2 ni, nak tunggu satu2 selesai panjat. Sewaktu menunggu giliran aku panjat tebing, aku menyandar pada tebing tanah tinggi. Aku ternampak sebiji bawang merah yang besar, dah terkupas kulitnya, dan ada satu cili besar warna merah, dicucuk menegak atas bawang merah tersebut, diletakkan di celah2 pokok kecik2 pada bahagian tebing tinggi tu, betul2 sebelah tempat aku menyandar. Nasib baik aku tak terlanggar bawang ni. Aku mula merasa hairan, tambah2 masa tu budak2, rasa banyak persoalan pasal bawang tu, tapi aku hanya mendiamkan diri selepas teringat pesanan mama, jangan tegur benda2 pelik dan jangan bising2 pasal benda2 pelik. Buat don’t know je la masa tu.

So setibanya aku di khemah, aku amik bahagian kedua dari hujung, dan kawanku Akma di bahagian hujung sekali. Kami tidur 2 row, kepala kat bahagian tengah khemah, kaki bahagian kiri kanan khemah. Hujung dua2 ada pintu khemah. Sewaktu mandi, aku mendapati aku datang period (masin mulut mama). Tak semena2 aku jadi risau sebab takut “benda2” halus kacau sebab tengah kotor. Akma pun memberitahu aku perkara yang sama, yang die juga datang period. OK, ada geng la kan. Takda lah sorang2 time orang lain solat, ada member nak gosip2. Hehe.

-Malam perkhemahan-
Aktiviti berjalan macam biasa. Biasa la, kem kepimpinan, mesti nak dekat2 tengah malam, ada slot tutup2 lampu, suh bayangkan muka mak ayah la, itu la, ini la..menangis2 la student2 touching ni, tapi bukan aku. Sebab semasa pelajar2 lain solat isyak lagi, aku merasakan tak sedap hati dan asyik pandang ke khemah aku sahaja. Seolah2 ada orang nak masuk khemah dan curi something. Tapi bila ditoleh, tak ada siapa2. So semasa slot touching2 tu, aku sekadar tunduk, pejam tak pejam la mata, senyap2 toleh ke kiri dan kanan. Betul2 seperti ada yang memerhati aku, dalam keadaan dewan gelap, hanya ada cahaya samar2 dari luar. Aku menyiku Akma, berhasrat untuk memberitahu die, dia pulak tengah nangis, layan touching pulak dah…Haisshh.

Sebelum kami semua masuk tidur di khemah masing2, minum malam disediakan. Sedang elok aku melayan kuih2 dan minuman panas, kedengaran bunyi student kecoh2 dan aku ternampak beberapa orang guru dan student berlari2 ke bahagian khemah dan memeriksa khemah2 yang terletak di bahagian depan dan belakang. Khemah aku di bahagian depan.

“Akma, apesal tu kecoh?” Tanyaku dalam keadaan blur.
“Si Enot (student dari daerah lain) cakap macam ada orang laki masuk khemah”, kata Akma.

Gulp…!! Terus hilang selera nak teruskan makan kuih tu, sebab ape yang terjadi masa tu, sama macam ape yang aku rasa daripada tadi. Rasa ada orang merayau nak masuk lam khemah!! Tapi bila diperiksa, tiada individu yang ditangkap kerana menceroboh kawasan kem. Takkan la “orang” tu lari masuk hutan time nak dekat pukul 12 malam ni, berani ke?? Setelah yakin semua selamat, semua pelajar disuruh masuk tidur ke khemah masing2. Aku mula2 mengantuk, tapi faham2 lah, tidur dalam khemah, rasa tidur atas tanah, lapik kain khemah, kepala alas dengan bag baju, dengan nyamuk, memang xselesa. Aku rasa panas, tapi kawan2 lain seronok selubung dengan selimut. Selepas Akma mengikat tali pintu khemah, kami masing2 terlelap.

Tiba2, “hihihhihi…hihihihi..hahahaha”. (Tak tahu pukul berapa. Aku spesies takut tengok jam tengah2 malam).

Aku jenis pantang ada bunyi2 bising time aku tidur, terus terjaga. Aku mendengar gelak tawa di luar khemah. Mesti korang mati2 engat cik ponti or cik lang kan?? Tak pun. Rileks..Aku dengar cikgu2 sekolah yang perempuan2 ni bersembang2 kt luar, kat ungun api. Macam mana aku tau? Aku nampak dari celah2 pintu khemah aku, sebab aku tido nombor dua dari tepi pintu khemah dan aku cam suara dorang. So, no hal la kan. Takkan nak sound cikgu. Dorang pun berjaga untuk jaga student, fikirku. So aku tidur balik. Bangun pagi dalam pukul 5.30 pagi, aku saja siap lambat2, dahulukan yang mana boleh solat Subuh plus memang mengantuk, tidur tak lena. Aku terdengar Cikgu Farah pesan, “Yang period, pergi mandi cepat2. Kamu semua mesti berada di dalam surau juga, walaupun tak boleh sembahyang”. Kelam kabut la aku siap2 dan tercongok muka ngantuk, xlena tidur sebab dengar cikgu sembang2 semalam. Seterusnya kami melakukan aktiviti senaman pagi dan seterusnya bersarapan.

-Hari kedua dan terakhir-
Semasa bersarapan, Cikgu Farah dan lagi seorang cikgu perempuan dan seorang cikgu lelaki memanggil aku dan Akma, serta seorang lagi budak khemah aku, supaya menyertai mereka bersarapan sekali, dan katanya, mahu tanya sesuatu. Aku akur dan mengikut sahaja. Tanpa sempat aku makan, Cikgu farah terus tanya,

“Nia, Akma, Ila (budak khemah satu lagi), semalam, awak bertiga tidur di bahagian hujung khemah A kan? Bahagian menghala unggun api?” kami mengangguk2 kepala mengiyakan.

“Ada ape2 jadi x?” tanya cikgu lelaki.

“Takde pun cikgu,” kami jawap serentak. Ketiga2 cikgu nampak termanggu2 dan menyuruh kami bersarapan semula.

Selepas sarapan dan selesai aktiviti pagi, Akma tiba2 menarik tangan aku, dan katanya suruh teman ke khemah. Kebetulan, pelajar2 diarahkan mengemaskan barang2 peribadi di khemah, untuk siap sedia pulang. Sewaktu perjalanan ke khemah, Akma pun buka lah cerita.

“Wei Nia, ko tau tak sebab apa cikgu tanya macam tu tadi dekat kita?” Aku sekadar menggelengkan kepala, tapi muka Akma betul2 pucat ketika itu.

“Aku dengar cikgu2 bercerita pagi tadi. Dorang nampak ada lembaga hitam besar, masuk dari bahagian pintu khemah yang kita tidur semalam. Lembaga tu berbulu lebat, hitam dan sangat besar”.

Aku terkejut lantas berkata,“Aik, semalam bukan main galak lagi dorang potpetpotpet bergosip2 dan bergelak ketawa, aku dengar sampai nak dekat subuh kot. Aku senyap je la, cikgu2 kan, lagipun dorang sembang sambil berkawal jaga kita” Kataku, yakin seyakin2nya.

“Tak lah Nia, aku dengar cikgu2 semua takut. Yang nampak tu, cikgu2 perempuan. Dorang berpeluk2 dalam khemah dorang sambil baca2 ayat pendinding diri, sampai la benda hitam tu keluar dari khemah kita. Tak ada sorang pun berani keluar daripada khemah masa tu. Ko biar betul Nia, betul ke yang ko nampak tu cikgu? Aku dengar cikgu cakap, lembaga tu macam cari sesuatu, paling lama masuk khemah kita. Lepas tu keluar, terus masuk hutan.” Aku terus senyap. Memang la aku nampak pun samar2 dari celah2 pintu khemah kan, tapi suara tu betul2 suara cikgu2. Bukan suara menakutkan ke ape.

Hampir sampai ke khemah, aku terdengar bisik2 dari rakan2 lain, aku dengar perkara sama, katanya ‘benda’ tu mencari sesuatu. Sewaktu mengemas beg pakaian,

“Nia, tengok bag baju aku ni. Rosak…” Rintih Akma perlahan.

Aku melihat ke arah bag pakaian dia, beg baju yang bimbit kat tangan, dari material fabric. Pelik!! Ada macam toreh dari pisau or benda tajam betul2 kt tepi zip. Panjang dalam sejengkal.

“Ko mangga ke zip beg ko ni?” tanya ku.

“Tak. Klu nak curi pun, buka je la zip kan. Tapi aku takda hilang ape2 pun. Takda simpan barang2 berharga. Duit semua, aku bawa dengan aku 24 jam. Sedih la, beg baru”, rintih Akma lagi.

Aku ternampak satu plastik putih dalam beg Akma, betul2 dekat kawasan yang ditoreh. Aku perasan, bila balik dari bilik air or toilet, ada Akma bawa balik plastik putih macam ni sekali.

“Akma, dalam plastik putih tu, ada ape?” tegurku, berhati2 supaya tak dicop busybody pula kan.

“Oh, pad yang aku dah pakai, aku cuci bersih2, pastu letak lam plastik ni. Nanti balik, aku buang la kat rumah”.

Wei, terus meremang bulu roma aku. Menegak habis. Terus aku terketar-ketar.

“Wei Akma, kau gila ke apa? Ni kan pad kotor, buat apa kau simpan? Aku takut ni,” kata aku. “Ke… benda tu cari pad ni?” aku menampar-nampar perlahan lengan Akma.

Muka Akma terus pucat. Terketar2 tangan dia sambal duduk merenung muka aku. Speechless!

“Aku dah basuh cuci2. Aku takut nak buang kat sini sebab benda ni kotor kan. Aku ingat nak buang kat rumah nanti” Jawab Akma takut2 dan nak menangis.

“Habis, kalau ‘dia’ ikut ko balik, ko nak ke?” Aku terus marah tapi masih perlahankan suara. Risau didengari oleh pelajar lain. Akma menggeleng2kan kepala.

Aku memimpinnya ke bahagian toilet, dan menyuruh Akma membasuh kesemua pad semula, dan menyuruhnya membuang pad tersebut dengan baik ke dalam tong sampah yang disediakan. Toilet terletak agak terasing dari kawasan khemah dan masuk ke dalam hutan sedikit. Sewaktu die mahu membasuh pad sekali lagi, untuk memastikan ianya betul2 bersih, sekali lagi Akma terkejut, dan memandang aku. Muka dia, takyah cakap. Kecut habis! Aku yang masih berdebar2 bagi isyarat, “ape?”..tanpa keluarkan suara.

Akma tergagap2 bercakap, tunjuk ke arah pad dalam plastic, dengan tangan menggigil2, “Niiiiaaa…tengok ni…dah bersih sangat2..putih!!!” katanya berbisik tersekat-sekat.

Allah! Meremang semua bulu roma. Habis je Akma cakap, aku merasakan angin kencang sekencangnya walaupun tiada tanda2 nak hujan. Hari cerah, dalam pukul 10 pagi. Aku mula menggigil ketakutan, melihat pokok2 bergoyang, lagak seperti mahu ribut kuat. Serentak dengan itu, terdengar paip air terbuka deras daripada dalam toilet menyebabkan kami berdua betul2 terkejut dan berlari ketakutan ke arah khemah. Kami yakin tiada sesiapa di toilet sebab risau perlakuan kami diketahui oleh student lain.

“Akma!!! Ko campak plastik tu dalam tong sekarang!!” jerit ku sambal menarik tangan die berlari. Akma segera mencampak plastik berisi pad tu ke dalam tong sampah dan aku menjerit, “Allahummasolli a’la Muhammad, waa’la Ali Muhammad!!!” Budak2 wei, time tu memang jahil, aku mengaku, tak hafal dan tak tahu baca ayat kursi. Itu je yang aku ingat nak baca. Kami berlari sampai la ke khemah, budak2 khemah dan cikgu2 terkejut. Seperti pelik dengan kelakuan kami, dan aku perasan, keadaan di situ tidak berangin langsung. Malah mula panas terik.

“Kamu kenapa? Berlari2 macam ni dalam hutan, jaga perlakuan!” marah salah seorang cikgu kepada kami. Kami berdua hanya mengangguk. Aku pusing ke belakang, tiada lagi angin kuat di kawasan toilet tadi.

Aku bisik kt Akma “Akma, angin dah takde. Selamat” kataku separuh lega.

Akma tanya lagi “Ha?angin ape??”

“Angin time kita lari tadi la, masa kat toilet.” Kataku lagi, yakin.

“Mana ada angin! Aku dengar ada bunyi anjing menyalak, pastu bunyi air deras dalam toilet. Tu yang aku terkejut pastu terus lari!” tegas Akma.

Aiikkkkk….pelik betul. Aku tak dengar pula bunyi anjing. Bunyi air tu ada dengar. Muka aku blur, muka Akma lagi blur. Terus kitaorang kemas2, dan berkumpul dengan student2 lain. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat tiba di rumah. Dan tiada gangguan susulan dari kejadian itu. Kami sepakat untuk tidak menceritakan kepada sesiapa, terutamanya Akma, sebab kalau parents kitaorang tau, mesti dia yang mula2 kena marah, sebab salah dia.

Tamat.

Note: Well, bila kita dah besar, memang kita akan fikir dan cakap, bodohnya budak2 ni, macam tu uruskan pad kotor. Tapi time tu, memang logic juga cara pemikiran Akma, takut nak buang kat hutan, sebab keras. Nanti nak buang kat kawasan pekan, kawasan yang tak ‘keras’. Tapi, jahil pemikiran di usia muda, tak terfikir kemungkinan2 lain. Tambahan pula tak tahu sebetulnya perihal benda2 halus. Ambil pengajaran sahaja. Yang kecam, I buat don’t know. Allah lebih mengetahui baik dan buruk sesuatu perkara. Jangan menilai sesuatu tanpa kita mengetahui hal dan niat yang sebenarnya. Wallahualam.
List cerita:

#Nia-Salam Perkenalan

Lepas ni Nia cerita pasal kena kacau di Kolej di Kedah ye. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 thoughts on “#Nia – “Cari Apa Tu?””

  1. Kan..comey j cita.tp tula.smpai bersih bnda tu buat.klau da jnis habit dia camtu..cucila bersih cmn pun.selagi bau tu ada..kesan tu ada walaupun sikit sampai habis dia sedut…seram j.tu sb akak xske msuk utan.tkt jd cmnila..huhuu…best!seram

    Reply
  2. Betol…
    Akk pon rasa lojik jer dgn pemikiran Akma tu…
    Tapi kesian sgt ngan Akma, mesti die ketakutan sesgt walaupon korg dh blk rumah memsg kan…

    Reply
  3. aku teringat penah bertebaran satu ketika ada ustaz ni cakap tak denya benda nak hisap2 darah kat pad tu. tapi time tu aku rasa. ustad ni jenis hijab tertutup maka bole la ko keluar statement gitu

    Reply
  4. tips cuci pad.. koyakkan sikit pada kedua2 belah hujung plastic pad (atas dan bawah).. lalukan air agar isi kapas pad yg dicuci keluar dr plastic pad.. pad bersih, toilet tak tersumbat dan hantu pun x masuk kemah dan sedut pad.

    Reply
  5. Darah ‘cuti’ memang sgt2 digemari makhluk halus, jaga kebersihan sentiasa. Dari mula baca memang meremang, tapi smpai part ‘sambal’ (baca: sambil) terus tergelak. Kenapa tiba2 masuk sambal ni. 😀
    8/10

    Reply

Leave a Comment