#Nia – Salam Perkenalan

Assalamualaikum.

Short introduction, kejadian ni terjadi pada diri Nia sendiri (gunakan kata ganti diri Aku) dan cerita-cerita lain yang diceritakan oleh family or kawan aku (maybe dalam entry lain lah, kalau disiarkan oleh admin). Memang takde cerita yang ditokok tambah, cuma nama2 aku tukar untuk keselesaan kawan2 or family.

Sewaktu kejadian ini terjadi, aku berumur 20 tahun. Aku mengikuti kawan lelaki (boyfriend, nama Am) pada masa itu balik ke rumah keluarganya dekat sebuah felcra di negeri utara semenanjung. Cuti ape entah dekat universiti, tak ingat. Kebiasaannya, sewaktu tidur di rumah family dia, aku akan tidur di hall kecik depan bilik atas, sorang2 or dengan mak dia, or dalam bilik bawah (bilik bujang laki, kadang2 kalau aku ada, tiga bujang2 laki tido dekat ruang tamu).

Sebelum cerita, aku nak terangkan sikit tentang susunan rumah tu. Rumah ni rumah felcra yang telah dibesarkan. Biasalah, rumah felcra lama, ada basic satu bilik dekat bahagian atas. Bilik paling atas, biasanya tiada orang duduk. Kalau adik perempuan Am balik dengan husband dan anak lelaki, baru bersihkan bilik atas tu dan tidur dalam tu 3 orang. Turun 2 anak tangga kecik, bilik parents Am. Rumah bahagian atas dan bilik parents Am diperbuat daripada kayu, means kalau orang jalan, lantai akan bebunyi. Turun satu anak tangga besar ke lantai simen, hall tempat tengok tv lepas tu, straight ke depan, bilik bujang laki, sebelah kiri bilik, ada dapur. Am dengan 2 org adik lelaki dia tidur dalam bilik tu.

Malam sampai sana, dalam pukul 8 kot, mak Am (aku bahasakan Mak) cakap, “Nia, nanti tidur dalam bilik atas la, kang orang laki datang sembang2 waktu malam, tak elok tidur dekat luar. Lagipun takde orang tidur dalam bilik tu. Family Ima (adik Am) pun tak balik”. Aku angguk je, dalam hati macam takut sikit sebab selalu rasa lain macam dekat bilik atas tu walaupun tak pernah masuk, dan pernah kena “cuit” dekat rumah tu tapi tak cakap dekat siapa2. Aku cuma selalu tidur depan bilik tu je (hall kecik bahagian atas). Mak ckp, “Mak dah kemas2 bilik atas, kamu tidur atas ye.” Aku angguk sahaja.

Masa aku nak masukkan barang2 ke dalam bilik, aku bukak pintu bilik (pintu kayu rumah kampung, yang tolak je pintu, tak ada tombol, kalau nak kunci kena selak dari luar or dalam), nampak katil queen, bahagian kepala sebelah kiri bilik, bahagian kaki katil sebelah kanan bilik. ada tingkap bahagian kiri katil dan hujung kaki katil. Atas bahagian kepala katil, siling berlubang. “Ah sudah, kalau ada apa2 yang keluar dari lubang tu malam2, aku nak buat macam mana?” Getus hati kecilku. Dada mula berdebar2 dan rasa takut, tapi senyap je la kan. Sebelum tidur, ada juga pujuk Am, aku cakap, “Kita tukar bilik nak? Ayg (aku) tidur bilik bawah, korang (Am dan 2 adik lelaki) tidur la kt hall ke, bilik atas ke.” Am cakap jangan risau. Aku dah malas cakap banyak, senyap je.

Lepas tu, pukul berapa entah, memang lupa. Maybe dalam pukul 1 pagi ke 2 pagi. Sorry, aku ni jenis takut nak tengok jam malam2, takut fikir bukan2 berdasarkan waktu tengah malam. Selesai semua urusan dalam bilik air, aku masuk bilik, tidur menghadap pintu (mengiring sebelah kanan). Memang tak berani mengiring sebelah kiri sebab selalu kena tindih or mimpi bukan2 kalau tidur mengiring ke kiri. Kalau idea nak tidur terlentang, memang tak la kan sebab lubang siling tu betul2 dekat atas muka nanti. Aku tidur buka lampu sebab terlalu takut.

Puas cuba tidur, jadi serba tak kena dan gelisah tak boleh tidur. Lama kelamaan, jadi tekanan sebab badan penat naik bas siang tadi dan mata mengantuk sangat2, tidur pulak dalam keadaan lampu buka. Siling bilik rendah sikit, memang rasa bahang cahaya lampu. Last2, bila dah penat sangat, aku tidur menghadap ke kiri. Sumpah! Tu memang keputusan yang sangat bodoh. Terus aku kena tindih. Tapi kan, lain macam rasa kena tindih ni. Biasa ye, kalau kena tindih, rasa kena tindih satu badan kan? Ni tak! Aku rasa tangan! YES. 2 tapak tangan kecil tak kecil juga. Macam tangan perempuan baya2 aku, means muda, remaja2. (umur 20 tak remaja sangat kot, tapi muda la kan).

Yang lagi sakit hati, aku dengar gelak ketawa “perempuan” ni. Segala ayat aku tak boleh nak baca. Badan aku gigih nak lawan balik. Yang aku mampu jerit “Allah!!!…Allahuakbar…Mak..Ayah..tolong!!! Tolong Nia!!!.” (Mak Ayah Am tidur dalam bilik sebelah..turun 2 anak tangga kecil). Tapi takde sorang pun dengar! Nak baca ayar kursi pun tak boleh. Lepas tu, “perempuan” ni bercakap wei! Dia cakap ” Haaa, padan muka, tak nak pusing kiri lagi kan. Sape suruh pusing, kan dah kena?” Suara dia tak garau, lebih kepada suara perempuan muda tapi cara cakap memang annoying habis. Allah!!..takut weiii…menggigil badan. Makin aku lawan, makin kuat die tekan. Dia makin tekan suara dia “Jangan bangun!”.

Aku jerit “Abang! (Am)…tolong ayang abang….tolong!!”. Aku rasa sampai nak keluar anak tekak aku jerit mintak tolong.

Korang tau ape aku dengar? Aku dengar ada orang berlari. Tak laju, tak slow, tapi macam berlari anak naik ke bahagian rumah atas kat bilik aku kena “seksa” tu. Macam mana aku tau? Sebab aku bunyi tapak kaki orang berlari2 naik bahagian rumah atas (sebab diperbuat daripada kayu). Aku dengar bunyi orang ketuk pintu. Tokk…tokkk….tokkk ” Ayang, abang ni…abang ni!!…buka pintu ayang!!”

Aku ni dah nak menangis, bersyukur sebab akhirnya ada orang dapat dengar aku (dalam keadaan kena tindih, memang korang akan rasa bersyukur yang amat kalau orang lain datang tolong korang kan). Aku dengan lagi semangat ye, nak lawan “perempuan” yang makin kuat tekan belakang aku ni. Aku berusaha lawan untuk bangun, tetapi tiba2…KREKKKKK…!!

Tiba2 je! Bunyi pintu terbuka! Allah!..bala apa lagi ni!

Mesti korang ingat aku akan happy bila bf aku jadi hero, bukak pintu dan selamatkan aku kan? Tapi aku tak! Aku makin takut. Sebab apa aku takut? Kalau korang ingat intro pasal bilik, korang akan ingat yang pintu bilik takde tombol. Kalau kunci pintu bilik, sama ada selak dari dalam or selak dari luar. Dan aku tutup pintu bilik dan selak dari dalam! Disebabkan aku mengiring sebelah kiri dan ditindih, aku membelakangi pintu. Aku tak nampak dan tak tahu dajal ape yang berlaku dekat belakang aku sekarang ni.

Tiba2! “Ayang…abang ni…abang datang nak tolong ayang…pusing la” Sebijik suara bf aku wei!
Allahuakbar. Menggeletar badan aku. Dan tak semena-mena, aku rasa ada orang tiup dekat belakang leher aku sampai aku rasa rambut2 aku terselak sikit dekat bahagian belakang leher. Merinding bulu roma aku. Takutnya hanya Allah yang tahu. Aku tak boleh baca apa pun. Itu yang buat aku lagi nak menangis dan menggeletar. “Bf” aku cakap lagi “Ayang, pusingla. Ni abang ni..kenapa tak nak pusing?” Aku boleh nampak dengan ekor mata, ada susuk kepala lelaki, sebijik saiz manusia, tapi hitam, makin lama makin menonjolkan diri (korang bayangkan, kita mengiring ke kiri, orang berdiri belakang kita, nak intai muka kita!).

Time tu, aku terus kuatkan semangat, dalam hati ” Tak bole jadi ni. “Dorang” nak tunjukkan diri pulak!” Makin aku melawan, tangan si “perempuan” tu makin tekan aku, tapi disebabkan memang aku jenis tak kuat nak pandang “benda2” syaitan ni, dan takut si “bf” pulak yang tunjuk muka…aku jerit Allahuakbar! Allahuakbar!…sampai la aku boleh bangun.

Aku melompat terjun dari katil. Aku pandang belakang. Sah! Tak ada bf aku tu. Celaka syaiton2 ni yang kacau aku. Aku buka selak pintu, buka pintu dengan kuat, aku tak hirau dah, rumah bakal mak mentua ke apa, dalam hati aku menyumpah2, menyesal aku tidur dalam bilik tu. Selama ni tak pernah2 aku masuk tidur dalam tu, walaupun selalu kosong, malam ni memang rezeki aku mendapat dengan syaiton2 nirrojim tu. Aku berlari kluar bilik, aku terjun 2 anak tangga kecik menghala ke bilik parents Am, aku terjun satu anak tangga besar ke hall, aku straight je lari ke pintu bilik Am. Time tu, aku memang tak boleh fikir waras. Aku macam nak sangat tanya Am. “Ape” yang ganggu aku. Aku macam orang gila wei, aku xhirau malam2 buta. Aku ketuk pintu bilik dia macam orang gila.
“Abang!! Abang!! Bangun!! Bangun sekarang!”. Aku terpekik2 sambil menangis semahu2 nya. Aku dengar mak ayah pun keluar cepat2 dari bilik, berlari mendapatkan aku. Mak tanya sambil tinggikan suara sedikit, panik melihat aku terpekik2 di malam hari sambil menangis (agaknya dia ingat aku kena rasuk). “Nia! Ape jadi. Ape jadi! Cakap ngan mak!.”

Time tu memang aku mengaku, aku dah tahap tak hiraukan siapa2. Aku tak jawab pun mak die tanye. Aku masih menjerit, panggil “Abang! Abang! Bangun! Bangun sekarang!.” Ayah die rilek berdiri kat belakang, senyap je. Geram pun ada, tapi aku buat bodoh. Am agaknya terkejut terjaga dari tidur, dia jerit, “Nape yang? Nape?!” (bilik bawah, dinding separuh batu separuh kayu, dinding xsampai ke siling. So ada ruang banyak kat atas dan orang dalam bilik boleh dengar suara orang dari luar dengan jelas walaupun bercakap nada biasa).

Aku dengar Am buka selak pintu dan keluar dalam keadaan mamai tapi terkejut.

“Nape ni ayang? Nape nangis tengah2 malam macam ni? Cuba cakap, ada ape?” Tanya Am dalam kerisauan.

“Ayang tak nak tidur kat atas, ayang tak nak tidur kat atas!” Aku sudah mula boleh bercakap dalam keadaan tidak terpekik2 namun masih menangis.

“Nia, cuba cakap kat mak, ada ape ni? Nape nangis macam ni?” Mak makin risau.

“Ada benda, ada benda kacau Nia mak. Tolong Nia mak!” kataku sambal menangis2.
“Nia x nak masuk dah bilik tu. Nia tidur je kat depan tv. Ape nak jadi, jadi lah” kataku. Jadi macam hilang pertimbangan apabila dikacau sebegitu rupa. (bagi aku, paling berat pernah aku rasa).
“Akak! Baca 3 qul dan ayat qursi, dan berhenti menangis. Esok kita cakap ye” sahut adik lelaki Am (Khai) dari dalam bilik bujang.
“Ok la, kita tidur luar ye. Mak teman kamu tidur.” Kata Mak, sambal mengambil toto. Malam tu, aku sambung tidur dengan Mak di depan tv, sambal peluk Al-Quran. Aku menangis sampai lah tertidur.

Esok pagi, semasa bersarapan, semua tanya aku, kenapa aku menangis teruk sangat semalam. Aku menceritakan tentang semua yang terjadi. Aku pun cerita, dah 2 kali aku “dicuit” sepanjang duduk di rumah tu (waktu berlainan, hari berlainan). Pertama, semasa aku mula2 jejak kaki di rumah tu, hari kedua. Tengah syok makan kuih apam cicah Tea O, aku rasa pinggang ku dicuit di sebelah kanan sewaktu duduk di kerusi di ruang tamu. Tapi bila aku pandang ke kanan, takda orang. Satu lagi semasa aku tengah bersembang dengan Am, bawah pokok pelam, waktu petang juga. Tengah syok sembang, pinggang sebelah kanan ku dicuit, aku pandang, tiada sesiapa jugak. Am pernah tanya, “Kenapa? Tiba2 pusing ke kanan?” Aku menjawab tiada apa2, dalam hati, mungkin perasaan aku sahaja.

Korang tau ape reaksi dorang? Dorang gelak! Memang aku rasa nak marah, dan aku tanya kenapa dorang gelak. Dorang pun mula bercerita.

Dulu, dalam 15 tahun lepas (dari tahun kejadian), semasa mula2 family Am pindah ke rumah felcra ni, ada satu busut bawah rumah (aku engat2 lupa mana lokasi busut tu). Orang kampung cakap ada “benda” kat busut ni. Ayah bf aku (aku panggil Ayah) ada sedikit anugerah yang boleh mengubati orang yang terkena gangguan makhluk halus ni dan boleh melihat makhluk halus, tapi anugerah mengubati tu hanyalah “keluar” bila tahap yang betul2 diperlukan sahaja (sorry, aku tak reti nak explain. Means dia bukan bomoh, tapi dalam keadaan waktu yang genting, dia boleh menolong, agaknya lah).

Ayah telah buang busut bawah rumah tu, dan ayah tau, ada satu keluarga makhluk halus ni (aku tak tahu jenis jin ape). Ada Mak Ayah Jin, dan sorang anak lelaki Jin, sorang anak perempuan Jin. Semasa keluarga Am pindah masuk, Ayah cakap dengan family Jin ni, dorang bole stay situ (kot), tapi jangan kacau orang. (engat2 lupa la ape yg dorang dah set). So, selalu la family Am ni dengar bunyi budak2 berlari2 tengah main dekat bahagian rumah atas, tengah2 malam. Itu time mula2 pindah masuk. Dorang buat bodoh je, asalkan tak ganggu family dorang dan tak ganggu tetamu.

At the end, dorang conclude la, maybe 2 anak Jin ni dah makin besar, tak pernah tengok aku (orang baru tak baru la dalam family ni), tambah2 aku tak pernah tidur dalam bilik tu, so 2 “budak” ni bagi “salam perkenalan”, nak bagitau, dorang pun duduk situ. Aku punya la terkejut. Family Am boleh tergelak2 kecil. Aku cakap “Eh, tak payah bagi salam perkenalan la kalau itu cara nya.” So, aku pun berhuhuhu je la. Memang takut if teringat balik. Tapi memang tak tidur dah dalam bilik tu.

Itu sahaja lah untuk entry yang pertama ni. Jika diizinkan, aku akan berkongsi lagi pengalamanku. Sorry if cara penceritaan sukar difahami. Berhuhuhu je la ye.

#NiaAzif

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

37 thoughts on “#Nia – Salam Perkenalan”

  1. So skg nia dah kawen ke dgn bf tu? Kalau akak dah tinggalkn dah..nmpk sgt die jenis tak protective. Awk xnak tdo kt blik atas sb takut n nak tukar bilik dgn die..die boleh xlyn lk. Lpstu bile awak crite kt fmily die yg awak kne kacau..boleh pulak fmily die gelak2..rupenye mg dorg dah tau pn ade bnde mnumpang kt bilik ats tu?! Geram lk aku bace. Udah la biarkn siling blubang..biasenye siling blubang ni jd tempat laluan bnde2 tu

    Reply
    • Xkahwin, xde jodoh kami.

      Btw, ada tanya jgk, nape xbgtau Nia awal2, dorang cakap risau Nia takut. lagipun sebelum2 ni memang xde tetamu kena kacau, Nia pun xpernah kena kacau sampai macam tu. Mak pun ada cakap masa suruh Nia tido dalam bilik tu, dia pn rasa xsedap hati masa bersihkan bilik tu, sebab cam dh lama xde orang guna. Tawakal je. Lepas2 tu memang Nia xpernah disuruh tido dalam bilik tu dah.

      Xpelah, benda dah lama lepas. Family Am pn baik, cuma kami dh xde jodoh. 🙂

      Reply
    • Xkahwin, xde jodoh kami.

      Btw, ada tanya jgk, nape xbgtau Nia awal2, dorang cakap risau Nia takut. lagipun sebelum2 ni memang xde tetamu kena kacau, Nia pun xpernah kena kacau sampai macam tu. Mak pun ada cakap masa suruh Nia tido dalam bilik tu, dia pn rasa xsedap hati masa bersihkan bilik tu, sebab cam dh lama xde orang guna. Tawakal je. Lepas2 tu memang Nia xpernah disuruh tido dalam bilik tu dah.

      Xpelah, benda dah lama lepas. Family Am pn baik, cuma kami dh xde jodoh. 🙂

      Reply
  2. Org dah kawin pun xde pun ber ayang2 bagai.. Sudah nya melayang dik non oiii.. Mak ayah x Marah ke ikut bf balik umah?mungkin gangguan salah satu cara Allah nk tunjuk kan cara ko tu x betul dik. Akk mls nk baca dik.. Sorry getis sangat

    Reply
    • kan.. aku dulu becinta gn husband 8tahun before kawen tak pernah sekali pon aku g umah parents dia.. husband aku pon aku tak penah ajak tdo umah parents aku before kawen.. setakat bawak utk makan tengahari then balik la.. sepupu sepapat aku kat kampung buat la budaya bawak bf/gf depan org berayang berabang berbabeng seme.. aku before kawen tak penah depan org tesasul mulut nak besayang2 depan family.. dah kawen pon kalau ada family laki aku panggil nama.. takut org meluat katanya.. tapi mmg btol bila aku baca cita ni menggeletis nya ayang abang.. aku yg segan membayangkan adengan sebut ayang abang depan parents org tu tak kawen lagi plak..

      Reply
      • Yup totally agree masa berkawan or even bertunang xda la nk tido rumah bf….mcm xmanis lak ank dara dok pg tido cm tu even parents dia ada..biar la semuanya after kahwin baru manis perkahwinan tu…

        Reply
      • betul tu takut org meluat,sy yg dah tunang pon pggil awk sy..takut ada yg meluat..haha..lg satu mak dye dah tanya kenapa nia? nak jugak pgil abg2 suh explain..haha..tanya je la mak dia ,mak dia lebih tahu,mak dia kan yg kemas bilik bukan abang dia.. *tepukdahi

        Reply
    • Eh ni kisah seram lah. Nak komen kisah rumah tangga gi join page KRT kat fb. Tak pun page KOB kisah org bujang. Haih byk2 benda benda tu jgk acik2 bawang ni jdkan issue. Acik bawang sesat blog kan

      Reply
  3. Seram.debor akak bc.tp byk sgt xplain psl pelan rumah.scr xlgsg akak rs akak ngah study buku psl architecture.sgt detail.hehe.jgn mara.niway citer best.kipidap.bole mnulis lg

    Reply
  4. Maaf ..mak aku cakap,,,perempuan yg tido umah laki ni xde maruah.. even xbuat ape2 pun..
    Entah laa..sampai skrg aku ingat kate2 mak aku tu..
    Walaupun skrg aku dah kawen..

    Reply
    • ya betulll.. ni lahh yang parents aku dok sumbat dalam pala otak aku dulu.. takda menda jangan nak menggedik p umah jantan.. buat jatuh maruah abah je.. sebab pandangan aku sendiri nengok sedara bawah gf balik uma.. aku jadi mcm semacam gn pompan cmtu.. bila aku baca cite ni feel seram tu takda.. feel geli menyampah yg kua.. lenkali ubah lah sket jalan cite.. buat la ko p lepak uma kawan perempuan kauuu.. bukan susah ponn..

      Reply
  5. 3/10 gerpren aku dulu tido rumah kawan laki dia juga lepastu kitorang putus sebab dia terbuat keturunan baru dengan kawan laki dia..

    Reply
  6. alahai, jangan serius sgt semua. Kisah silam dia kan (pasal tidur rumah bf) Doa yg baik2 je..Manusia tak pernah lari dari silap dan manusia berubah. Ingat kita pun ada / bakal ada anak. Jgn lelebih ye. Btw sy bg awak 4 bintang.

    Reply
    • tu lah org kate jgn bukak aib sendiri.. cite boleh diubah ikut kesuaian.. dibuatnye budak skola baca n dia rasa okay tdo uma bf tak keharu tu..

      Reply
    • agree…xyah lah sampai ckp sal korg sampai dh kawin still cover adab..korg lupa korg mengata org sambil meninggi diri korg seolah korg sempurna…korg lupa..korg akan kawin dan ada yg dh kawin..bakal ada zuriat dan ada yg dh ada zuriat…jgn kata kt org..mmg korg xbuat..tp korg boleh kompem ke???..ank2 korg xbuat..klw dorg xbuat..Alhamdulillah..klw dorg buat..ko nak buang daerah ke ank2 korg…jd jaga mulut..jaga akal…sekadar nasihat…

      Reply
  7. semua dh jd ustjah..betoi la ampa semua kata tu…tu yg lepas…satlg penulis dh merajuk x hantaq kat FS dh…ramai penulis merajuk depa hantaq kat page kat FB…

    Reply
  8. cita best…tp mcm jadi mangsa aje si nia ni sebab keluarga bf tu mmg dah tau mrk tinggal dgn satu keluarga jin…lepas ni jgn tido2 lagi umah bf ye dik..berabang berayang biarlah lepas kawin,…ni nasihat makcik utk adik..teruskan menulis dik…

    Reply
  9. X dak cerita baru ka, ijam kachak kegilaan makcik2, mana, tgk tgn bulu roma pun dh bergoyang dada, fuck betoi, dekat fb penuh anak dara mak dara dok komen, fuh

    Reply
  10. abg pun xminat bawak betino balik ghumah jumpo mak pak lau xkonpom.abg gn bokeh bini dulu pon da tunang baru la bawak balik.da corai langsung xbalik2.sadis

    Reply
      • po salah eh singkong lau dio nak balik.mak gn apak den still yo mak pak dio.bawak ha anak jalan jumpo nenek gn atok eh.den nak bawak xdi bagi dio la bawak poie jumpo.haha.ceh jadi tompek luah perasaan lak citi sinia ni.nia kalo ko single meh pm abg.abg bawak ko balik jumpo omak gn ayah.

        Reply
  11. Jgn lah pandang Nia ni tak baik.. mungkin Nia dgn mak ayah Am tu mmg cepat mesra. Org Felda Felcra mmg ramah mesra dan slalu layan org luar mcm keluarga sndiri. Org luar tau nk label felda felcra ni mcm pprt sgt pdhl diorg sgt baik dan hidup bermasyarakat. Nia pun panggil diorg ‘mak’ dan ‘ayah’. Cuma smpai bermlm tu akak pun x setuju.. sekian. Dr akak yg pernah duduk skejap di Felda…

    Reply
    • kak kampong den pon kek felda jempol nun ha.takdo mak ayah den bagi anak ea bawak anak daro urang balik.ala cito jo ni.pok kek dio la

      Reply

Leave a Comment