Kredit Kisah ni kepada Pensel Studio
====
Sudah jadi kebiasaan, malam minggu adalah waktu wajib untuk aku menghabiskan masa dengan rakan-rakan. Lokasi wajib sudah tentulah restoran mamak 24 jam. Ini ada kaitan dengan tabiat kami yang pukul 3-4 pagi baru nak balik rumah. Jadi pada malam minggu lepas, aku dan seorang rakan baik duduklah menghabiskan masa di sudut dinding kedai mamak, sambil ditemani gelas berasap dan bau tembakau. Pelbagai isu dikupas, dari seberat-berat isu Presiden Trump sampailah ke isu raya tahun ni nak bisnes apa.
Ok, cerita lain. Itu bukan intipati penting. Apa yang penting sekarang ialah SATU isu yang kami ceritakan pada malam tersebut. Kawan aku ni biasalah, agak-agak jam dah menginjak tengah malam, mulalah dia bukak surah seram dan hantunya. Konon-konon nak bagi aku takut nak balik ke rumah nanti. Tapi aku tak adalah tutup telinga tak mahu dengar. Aku alu-alukan dia membuka cerita sebab, bolehlah jadi content untuk page PS ni nanti. Kadang-kadang lambat update =β(Tambahan pula, menurut kawan aku ni cerita yang akan dia ceritakan ni cerita benar dan sahih.
“Fiq, kau tahu tak dalam dunia ni wujud satu nombor telefon misteri..”
Lebih kurang begitulah mukadimahnya. Aku nyalakan sebatang rokok tanda teruja nak mendengar. Terus aku duduk tegak memberi perhatian kepada cerita dia. Si kawan aku ni menambah lagi.
“Aku boleh bagi nombor ni dekat kau, dan kau boleh cuba call. Tapi aku tak bertanggungjawab atas apa yang jadi kat kau lepas tu. Nombor telefon ni memang berhantu!”
Aku jadi inzal nak tahu lebih lanjut. Apa yang misteri sangat pasal nombor telefon tu? Memang seram. Beberapa kali jugaklah bulu roma dan tengkuk aku meremang ketika dia bercerita. Menurut beliau cerita ini benar-benar terjadi kepada dirinya, membuatkan dia sampai sekarang taubat tak nak call lagi nombor telefon misteri tersebut. Dah kenapa dengan nombor tu dan milik siapa? Ok begini ceritanya.
(Kisah seram ini admin dah translatekan daripada bentuk perbualan jadi ke bentuk penulisan. βAkuβ dalam cerita ini merupakan kawan admin)
………………………………………
Cerita ni berlaku pada tahun 1992, masa tu aku baru berumur 12 tahun. Aku ni gemar sangat berkawan dengan budak-budak besar. Selalu sangat aku join abang-abang aku dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan. Walaupun jarak umur aku dan abang-abang aku jauh, tapi itu bukan penghalang. Dah memang aku suka berkawan dengan budak-budak besar. Kalau mereka tengah melepak selepas meronda-ronda naik motor, aku akan turut sama join. Kadang-kadang aku tak faham sangat apa yang mereka bualkan. Tapi itu tak jadi hal. Berkawan dengan mereka semua best.
Seperti biasa pada waktu petang aku akan datang port mereka melepak dan duduk menyibuk-nyibuk di situ. Tekun aku mendengar mereka berborak sambil mencangkung menguis-guis tanah dengan ranting kayu. Aku cuba lukis gambar ayam tapi yang jadinya zirafah. Sampai lah aku terdengar mereka semua berbual tentang nombor telefon. Ranting tadi aku terus letak. Cerita ni macam menarik untuk diambil tahu. Muka mereka masing-masing serius. Salah seorang kawan abang aku telah bercerita tentang nombor telefon misteri. Yang ‘menariknya’ nombor telefon misteri ini wujud, berfungsi serta boleh dihubungi. Cumanya, sedia atau tak kita nak mendengar suara ‘si dia’ menjawab panggilan di hujung talian?
Menurut beliau nombor tersebut kepunyaan seorang wanita yang telah mati dibunuh. Dari mana dia dapat info tidak pula kami ketahui. Tambah beliau lagi, jika panggilan kita tidak berjawab atau tidak diangkat, ‘si pemilik’ nombor telefon akan menghubungi kita semula. Waktu itu kena get ready lah untuk dengar suaranya yang memang sangat ‘tidak selesa’ untuk di dengar. Tahun 90’an rata-ratanya masih menggunakan telefon rumah dan telefon awam. Jadi kita tidak dapat ketahui siapa yang membuat panggilan, lainlah jika di telefon bimbit. Boleh nampak nombor si pemanggil tertera di skrin telefon.
Waktu itu aku terdengar dengan jelas nombor telefon misteri yang kawan abang aku sebutkan. Aku tak bawa pen, jadi aku mengingatnya di dalam kepala. Balik sahaja di rumah, aku terus catit di buku nota kecil.
” 03-8888 XXXX ”
Aku tenung semula nombor telefon yang aku tulis. Kenapa aneh sangat nombornya? Di kawasan aku tak ada nombor telefon yang sebegini, bermula dengan pangkal 8. Malas nak fikir lanjut, aku pun simpan buku nota kecil itu dalam simpanan yang selamat. Abang aku pun tak tahu aku catit nombor telefon ini. Pernah juga aku tanya kepada dia sama ada benarkah nombor telefon tersebut berhantu. Abang aku hanya menggeleng, dia pula nampaknya macam tak berminat nak tahu lebih mendalam lagi tentang nombor itu.
“Badri tu bukan betul sangat pun, entah-entah dia saja reka cerita.” Itu jawapan abang aku. Aku terdiam. Dalam hati, aku memang rasa curiga sangat. Perasaan nak tahu tentang misteri nombor telefon tersebut meluap-luap.
So nak dijadikan cerita, beberapa minggu selepas itu aku telah terfikir untuk menelefon nombor tersebut. Aku nekad sebab benda ni dah selalu sangat bermain-main dalam fikiran aku. Aku nak tahu sendiri siapa empunya nombor telefon, dan benarkah seperti dakwaan kawan abang aku nombor itu kepunyaan wanita yang telah mati dibunuh?
Lebih kurang pukul 9 malam, aku membuat panggilan. Buku nota kecil aku keluarkan, dengan menggunakan nombor rumah, aku dial nombor yang tertera. “03-8888 xxxx”. Panggilan bersambung. Tiba-tiba rasa takut datang, aku takut nak mendengar siapa yang akan menjawab panggilan. Untuk beberapa ketika aku terus meletakkan gagang tanpa sempat ‘si dia’ menjawab.
Malam itu aku tak dapat tidur lena. Dalam fikiran tertanya-tanya adakah ‘dia’ akan menghubungi aku semula. Adakah masa dan waktu ‘di sana’ sama dengan di sini? Aku terus terbuai dalam kerungsingan.
“KRING..! KRINGG..!!”
Huh! Aku terus jenguk jam di dinding. Pukul 3 pagi. Siapa pula yang menelefon pagi-pagi buta ni? Aku tiba-tiba teringat sesuatu. Sesuatu yang aku dah lakukan 6 jam yang lepas. Ah sudah! Meluru aku berlari keluar bilik dan pergi mendapatkan telefon. Namun, belum sempat aku menjawab panggilan, emak aku dah tercegat di situ sambil tangannya menggenggam gagang telefon. Panggilan telefon di tengah pagi buta, mungkin ada kecemasan, ujarnya. Wajahnya serius. Seperti mendengar dengan teliti apa yang si pemanggil katakan. Aku menggoncang-goncang badan ibu dengan harapan mahu tahu siapa yang memanggil.
Selepas beberapa minit, emak aku meletakkan gagang. Aku terus tanya emak siapa yang memanggil. Emak diam, dia lantas menyuruh aku masuk tidur. Aku terus jadi tak boleh tidur! Memikirkan siapa yang menelefon pagi-pagi buta, dan kenapa emak tak berkata satu patah kata pun sewaktu dia sedang menjawab panggilan tersebut. Dalam fikiran aku cuma satu. Nombor telefon misteri yang aku hubungi pukul 9 malam tadi.
Keesokan paginya aku terus mendapatkan emak. Emak macam berat nak menceritakan apa yang berlaku malam tadi. Aku desak suruh dia ceritakan.
“Tak tahu. Suaranya sayu. Rasanya suara perempuan. Dia macam bercakap bahasa melayu kuno yang mak tak faham. Tu sebab mak diam saja. Lagi satu, nada suaranya buat mak ‘tak selesa’ nak dengar.”
Aku tahu apa maksud emak tentang ‘tak selesa’ tu. Nah. Dua jawapan sudah aku dapat di situ yang membuktikan kata kawan abang aku tu benar belaka. Pertama, jika panggilan kita tidak berjawab atau tidak diangkat, ‘si pemilik’ nombor telefon akan menghubungi kita semula. Dalam hal malam semalam, aku telah buat ‘miss call’ kepada dia dan dia menghubungi aku semula. Kedua, pemilik nombor itu ialah perempuan. Sama seperti yang kawan abang aku katakan. Perempuan yang mati dibunuh.
Pagi itu aku termenung panjang. Aku nak beritahu abang aku dan kawan-kawannya pasal hal ni, tapi mereka semua dah balik asrama. Tiba-tiba aku terfikir, boleh jadi hal malam tadi tu satu kebetulan. Benarkah perempuan yang menelefon semula tu ada kaitan dengan nombor telefon misteri tersebut, atau entah-entah orang tersalah nombor? hmm. Boleh jadi.
Aku biarkan benda itu berlarutan selama 3 hari. 3 hari itu jugalah hati dan fikiran semakin menolak-nolak, rasa ingin tahu semakin kuat. Aku mahukan jawapan. Jadi, untuk membuktikan sama ada teori aku ni betul atau salah, aku telah menghubungi lagi nombor misteri tersebut. Kali ni aku biarkan lama sedikit sebelum memutuskan talian.
Aku letak gagang dan menunggu dengan penuh debaran. Saat berganti minit, minit berganti jam. Namun tak juga-juga aku menerima panggilan semula. Mungkin telahan aku tidak tepat tentang nombor misteri tersebut. Jadi aku biarkan sahaja. Aku keluar duduk di beranda depan rumah di bawah pokok untuk mengambil angin.[sta_anchor id=”krin” /]
Angin pagi ni membuai lembut. Tiba-tiba.
“KRING..! KRINGG..!!”
Damn! Sayup-sayup kedengaran bunyi telefon dari dalam rumah! Aku terkejut dari lamunan. Berkejar aku menuju ke rumah, tak lama selepas tu bunyi deringan tak didengari lagi. Mesti ada orang yang dah jawab panggilan tersebut! Aku tercegat di pintu rumah dan dalam keadaan mengah aku lihat emak sedang berdiri menjawab telefon.
“Tak ada. Dorang semua tak ada.”
“NI siapa ni?”
“Tak ada. Dorang semua dekat asrama.”
Aku lihat emak terus meletakkan gagang. Aku terpinga-pinga. “Siapa yang telefon, mak?” aku terus bertanya kepada emak yang masih berdiri terdiam.
“Tak tahu lah tah siapa. Perempuan. Dia tanya abang-abang kau. Suaranya macam suara perempuan yang telefon malam tadi. Dia tahu nama abang-abang kau. Mana tah dia dapat nombor rumah kita. Takut lah mak macam ni”
Nah. Sekali lagi. Aku juga dapat rasakan ketakutan tu, dan aku rasa memang benar lah nombor telefon misteri tu ada kaitan dengan perempuan yang dah dua kali telefon rumah aku ni. Ini semua ada kaitan dengan aku juga. Aku lah punca menyebabkan ‘dia’ menelefon rumah aku. Terbaring aku di dalam bilik merenung kipas siling. Macam mana dia boleh tahu tentang dua orang abang aku tu? Adakah abang-abang aku ada menghubungi ‘dia’? Tapi mereka berdua dekat asrama. Kalau guna telefon di asrama pun, macam mana pulak ‘dia’ boleh hubungi rumah aku, kenapa tak hubungi nombor asrama saja? Ah, kepala aku makin pening.
Minggu depannya abang-abang aku balik. Emak terus bertanyakan hal tersebut. Tanya emak lagi, adakah mereka berdua ada kenalan-kenalan perempuan di mana-mana. Namun mereka pantas menafikan. Mereka berdua juga kelihatan tertanya-tanya siapakah gerangan yang menghubungi, dan siap tahu nama mereka. Aku tahu abang-abang aku ni tak berminat dengan cerita kawannya Badri, tempoh hari dan sudah tentu mereka tak berminat pun nak mencuba-cuba menelefon nombor misteri tersebut. Aku terdiam membisu. Sebenarnya puncanya adalah daripada aku. Hal ni terus aku rahsiakan daripada mereka berdua. Kejadian ini kekal misteri untuk beberapa minggu. Aku diamkan daripada mereka.
Jangan tenang sangat. Misteri ini tak habis di sini. Selama beberapa minggu aku biarkan. Sikap aku yang degil ditambah dengan rasa ingin tahu yang tinggi membuatkan aku nekad. Aku nekad untuk menelefon semula nombor puaka itu. Kali ni apa nak jadi, jadilah. Demi sebuah jawapan. Kebetulan waktu itu aku di rumah seorang diri. Waktu itu sudah memasuki senja. Emak dan ayah keluar mencari barang di pekan. Nombor telefon didail kemas.
“03-8888xxxx”
Lama aku biarkan ia berdering, moga ‘si pemilik’ telefon menjawab. Tetapi panggilan aku dibiar sepi. Tiada siapa yang menjawab. Aku letak gagang. Kalau betullah telahan aku, mesti dia akan menghubungi aku semula. Jadi aku biarkan sejenak. Demi menghindar rasa takut, aku pasang televisyen.
Lebih kurang 20 minit selepas itu, telah terjadi suatu perkara yang membuatkan aku menoleh ke arah telefon rumah. Peluh jantan mula keluar, jantung mengepam-ngepam darah dengan laju.
Akhirnya ia berdering. Penantian aku berakhir di situ. Cumanya sekarang aku perlu jawab atau tidak panggilan ini? Jantung aku berdebar mengikut ritma deringan telefon. Kalau aku tak jawab, aku tak kan dapat jawapan atas segala persoalan. Kalau aku jawab pula.. aku dapat dengar dengan telinga aku sendiri suara ‘si pemanggil’. Sudah bersedia kah aku? Ah! aku kena beranikan diri walaupun sebenarnya aku penakut.
“Hel.. hello.. si.. siapa sana?”
Sunyi sepi. Tidak kedengaran satu suara hatta satu bunyi pun. Aku tanya lagi.
“Hel.. hello.. jangan main-main. siapa tu?”
Aku sedikit marah sebab pertanyaan aku tak berjawab.
Namun begitu, marah ku sedikit demi sedikit hilang, ditukar ganti dengan rasa takut, meremang dan seram sejuk. Aku telah dengar sendiri dengan telinga ini ‘si dia’ bersuara. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi tutur katanya lemah gemalai, lembut, sayu, mendayu-dayu. Ada patah perkataan yang aku tak dapat dengari dengan jelas. Perempuan ini cuba beramah mesra dengan aku, tapi aku tak rasa cair pun. Ketakutan semakin memuncak. Benarlah kata emak, nada suaranya agak aneh dan ‘tak selesa’ untuk didengar. Bukan macam suara manusia biasa.
“Adik.. adik dekat rumah sorang ke tu… Mak Ayah mana….he he..”
Cukup. Ayat itu cukup buat aku rasa nak pengsan!
Oleh kerana ketakutan yang amat sangat, aku terus keluar rumah duduk di padang depan sambil menanti kepulangan orang tua aku. Bila mendengar suara perempuan di telefon tadi, fikiran aku sudah mula terbayang yang bukan-bukan. Kebetulan waktu itu tengah hot filem hantu indonesia seperti Sundel Bolong, Mak Lampir, Malam Satu Suro dan bermacam-macam lagi. Mana lah tahu kan tiba-tiba perempuan tu datang mengintai aku dari bawah katil, balik almari atau dalam bilik air. Mampus.
Waktu sudah agak senja, barulah orang tua aku pulang. Aku terus menerpa mereka yang sememangnya berasa hairan melihat keadaan dan reaksi aku yang gelabah bukan main. Dalam situasi yang kelam kabut dengan perasaan yang bercampur baur, aku bercakap tanpa fikir. Aku menuduh mak cik aku menelefon rumah ketika aku seorang diri dan sengaja main-main kan aku. Sampaikan mak cik aku datang rumah malam tu dan menafikan sekeras-kerasnya hal tersebut. Lucu pun ada. Mungkin kerana aku terlampau takut.
Kejadian seram ini berlalu begitu sahaja. Hilang, lenyap, pudar ditelan waktu. Aku pun sudah tak memandai-mandai lagi menelefon nombor misteri tersebut. Aku ambil ini sebagai pengajaran. Misteri ini akhirnya dilupakan selama beberapa tahun lamanya. Aku tak ingat berapa lama. Namun begitu, nombornya tetap sentiasa aku ingat di dalam kepala. Boleh kata kami semua dah melupakan tentang kejadian ini, dah bukan jadi topik perbualan hangat lagi. Sehinggalah pada satu hari..
Ketika itu usia aku sudah menginjak 20’an. Selepas sahaja tamat pengajian di sebuah universiti utara tanah air, aku terus bekerja di sebuah syarikat pengiklanan yang bertempat di Bangi. Lebih kurang ketika tahun 2005 macam tu. Di sana aku berkawan lah rapat dengan tiga orang rakan sepejabat. Makan, melepak, main snuker semua sama-sama. Nak dipendekkan cerita, pada suatu malam kami duduklah bersantai-santai minum di sebuah kedai makan bawah pokok di area Bangi sana.
Biasalah, bila waktu dah agak lewat sikit, dan bila dah habis isu nak borak, mulalah salah seorang dari kami membuka cerita-cerita hantunya. Memang seronok, benda yang kita takut nak alami tetapi adrenalin ketakutan yang memacu itu sungguh menyeronokkan. Seorang-seorang bergilir bercerita tentang kisah seram masing-masing. Bila sampai giliran aku, aku tak tahu nak cerita apa, jadi aku pun berceritalah tentang cerita hantu yang pernah terjadi dekat aku. Ya, pengalaman seram yang itulah. Cerita nombor telefon berhantu tu.
Aku pun bercerita dari awal sampailah habis. Mereka kelihatan teruja, tapi ada juga seorang ni yang tak percaya dengan cerita aku. Mengarut katanya. Dia tuduh aku yang salah tekan nombor telefon. Berdasarkan apa yang aku cerita, fakta yang aku keluarkan, nampak semuanya sahih dan memang sukar ditelan oleh akal yang waras. Kalau pun di zaman 90’an dahulu dah ada agensi khas yang membuat panggilan hangit berhantu, macam mana ‘perempuan’ tu boleh tahu nama abang-abang aku, dan macam mana pulak dia boleh tahu aku tengah duduk rumah seorang diri ketika itu.
“Mungkin benda tu kebetulan kott…”
Salah sorang kawan aku ni cuba mempertikaikan cerita aku. Aku tak ada lah nak marah, aku siap bagi nombor telefon tu dekat mereka supaya mereka boleh hubungi. Bagi aku hal ni mungkin dah tak relevan lagi kot. Nombor tu pun mungkin dah tak wujud lagi. Iyalah dah berbelas tahun punya cerita. Ada lagi ke hantu tu? Entah. Bisik aku dalam hati.
“Ni nombor dia. 03-8888 xxxx. Kalau kau berani call lah” Aku mencabar mereka walaupun aku tahu benda ni dah berzaman berlaku.
“Mana tahu ada luck, bolehlah bergayut dengan ‘dia’ malam ni.” Tambah aku lagi dengan niat untuk mengusik mereka.
Kawan aku yang berani sikit, Nasri namanya telah mencatat dan menyimpan nombor ini di telefon Nokia 3310 miliknya. Katanya, dia nak cuba hubungi nanti. Aku percaya dia akan buat sebab dia ni jenis yang berani dan rasa ingin tahunya begitu tinggi.
Jadi esok malamnya kami berkumpul di kedai makan biasa. Semua orang ada kecuali kawan aku Nasri. Dia kata dia tak dapat join lepak sebab kena ambil tunangnya dan hantar di Seri Kembangan. Kalau dapat datang pun mungkin lambat sikit. Kami pun melepaklah macam biasa, borak-borak kosong menikmati malam minggu. Malam-malam begini awek-awek UKM ramai betul. Tu yang best. Sambil itu kami bersembanglah pasal Nasri, kami tertanya-tanya sendiri sama ada Nasri sudah hubungi atau belum nombor berhantu semalam tu. Jenaka-jenaka pasal Nasri kami selang selikan dengan cerita. Barangkali sedang duduk menggigil ketakutan di dalam rumah agaknya. Berdekah kami.
Malam sudah mulai lewat. Air sudah bergelas-gelas bersusun di atas meja. Dari jauh aku perasan kehadiran kereta Nasri. Dia membelok simpang dan masuk ke parking kedai makan. “Eh, tu Nasri. Ingatkan tak datang tadi”. Kata aku sedikit kehairanan. Dengan keadaan yang tergesa-gesa Nasri datang ke meja kami. Diambil kerusi kosong di meja sebelah lalu duduk. Mukanya serius, ketat lagi kelat.
“Korang tengok ni!”
Nasri mengeluarkan telefon bimbitnya. Kami semua terjenguk-jenguk apa yang terpapar di skrin kecil telefon tersebut. Tak kan tunang dia SMS βi love youβ pun nak tunjuk kat kami. Tapi bukan itu sebenarnya.. Bila kami lihat betul-betul dan ternyata kami semua terkejut, terutama sekali aku. Apa benar yang tertulis di skrin telefon bimbit milik Nasri ini?
‘ Call Received – 03-8888 xxxx, 9.05 pm ‘
Aku tahu ini bukan dibuat-buat. Bagi yang tak faham. Nasri telah menerima panggilan daripada nombor berhantu tersebut. Dan ini bermakna Nasri telah menghubungi nombor ini terlebih dahulu. Memang benar Nasri mengaku dia ada call nombor itu kemudian meletakkannya. Tidak lama selepas itu, sewaktu dia memandu, dia telah dihubungi oleh seseorang. Tanpa melihat dengan teliti ke arah nombor, dia pun mengangkat. Nasri beritahu kami satu benda malam itu. Benda yang bagi aku mengsahihkan lagi semua kejadian-kejadian misteri yang berlaku sebelum-sebelum ni.
“Perempuan. Suaranya halus lagi menakutkan. Kadang-kadang ketawa mengilai. Lepas tu dia tanya aku…”
Kata-kata Nasri bagai terhenti di situ. Kami memaksanya memberitahu.
“Dia tanya aku..hmm..β
Kami menunggu Nasri menyambung ayatnya..
βDia tanya aku… TENGAH AMBIL TUNANG KE?β
WTF! Berderau terus darah kami malam tu. Aku termenung lama. Mana mungkin misteri yang sudah terlalu lama berlaku (belasan tahun) masih boleh terjadi lagi selepas itu? Dari tahun 1992 sehinggalah ke 2005. Lama tu! Semangat dan roh βperempuanβ ini masih boleh wujud lagi merentasi waktu dan zaman. Perasaan takut bercampur aduk dengan perasaan aneh. Pelbagai persoalan yang kerap menyinggah di benak fikiran. Sejak hari itu aku terus buang segala ingatan aku pada nombor tersebut. Aku tak nak ingat lagi, sebab aku tahu aku yakin βiaβ masih wujud lagi sehingga kini.
Biarlah nombor telefon tersebut tertanam bersama misterinya, biarlah ia pupus ditelan waktu dan zaman. Sebenarnya agak menyesal aku berikan pada Nasri, dia jadi paranoid berminggu-minggu. Mengapa βperempuanβ tersebut boleh tahu Nasri tengah ambil tunang dia malam tu. Itu persoalan utama.
Salah seorang daripada kami kelihatan terkejut dengan nombor telefon yang aku BERI semalam. Dia tanya aku, betul ke nombor ni. Aku pun jawablah betul. Nombor ini lah yang konon-kononnya dikatakan milik seorang perempuan yang mati dirogol dan dibunuh. Dan nombor ini jugalah yang bila aku call akan ada perempuan misteri yang jawab. Kawan aku tu kelihatan gusar dengan penjelasan aku.
“Kalau ada dua pangkal nombor 8 di hadapan, maknanya ni nombor telefon kawasan Putrajaya. Waktu kau call tu zaman tahun 90 an, waktu tu Putrajaya mana wujud! Putrajaya masa tu masih ladang kelapa sawit lagi!”
……………………………….
Admin juga berasa terkesan dengan cerita ni. Tangan admin dah gatal-gatal nak call nombor tu, tapi takut. Iyalah, mana tau buatnya dia call admin balik, lepas tu dia tanya βhi.. tengah tulis cerita pasal saya ke..?β Ha, mau tak kelam kabut hidup aku. Oh ya buat pengetahuan anda semua, dalam cerita ini, tiga nombor terakhir di nombor telefon tersebut terpaksa admin ubah untuk mengelakkan kemudaratan kepada anda semua. Kalau admin bagi nombor yang sebenar, nanti bimbang admin pula yang dipertanggungjawabkan atas apa-apa musibah yang terjadi. So, biarlah nombor telefon ni tersimpan dalam ingatan admin. Kebetulan atau misteri? Waallahualam, Selamat malam.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
uh….memang mcm pernah dgr pasal no ni…tp dh lama x ingat…masih ada lagi ye…seram..
Mcm pernah dgr psl no ni. Anyway memg meremang ooo ?
saye pernah kena.. jam 3am number ayah saye naik, tapi nasib baik saye tak pick up dan saye tak call balik time tu.. sebab esok paginye, saye call ayah saye cakap “apehal abah nak telefon kamu pepagi buta?”… i was like… eeemmmmmmmm
alah admin bagilah admin admin admin admin admin admin admin admin minta minta minta mintaaaaaaaaaaaa….tolonglah tolonglah tolonhlah admin admin… :'( admin email [email protected] admiiiiiiiiinn mintaaaaaaaaa
pergh ko ada kekuatan beb nak call boleh lah share hehehe..klw aku mmg xde kekuatan tu
perghhhh hebat derrrrr….tlg share klau da try nti yeeee….
03-88888463 This is the original number. Kalau kau berani just call. You’re welcome
betul ke no ni?nak try mlm ni..
Dah call ke?
Amacam? Share le citer…
ada sesiapa yg dh try ke? share lah dekat FS.
Saya ada call tadi..bajet no tu no fax..suddenly ada bunyi..terus cuak..saya pon letak..mampuslah kalau dia call balik..
Btulka ade.col wahh bole try ni
Aku pernah call..nombor ni memang wujud tp x de sapa angat..aku tunggu punya tunggu sampai 5 bulan x call2 balekkk..adoi mesti offline
seram giler kot ,ade org call dri tmpt yg belum wujud plak tu , lgi2 dye tau pe yg kite buat … nasib x bgi nombor betul ,kalau x da gatal tgn ni nk try call … anyway ,mmg best citer ni ^^
Bukan no putrajaya ke tu 03-88888364.. Xabis baca lg ne sbp pnjg sgt..
no sebenar admin sorok takut menjadi kemudaratan huhuhuhu
betol la sangkaan admin….klw letak yang betol ramai yang rasa nak cube cal…samalah dgn den keinginan nak cube tu membuak2 tapi bila pk suara tak selesa tu rasanya lupakan jela dulu
Akk dh beria hafal no tu…
Skali no dh kena tukar…
Apedaaa…
ai kak jangan buat pasal….tapi kalau call jgn lupa mcm biasa sharing is caring lah kan
Mmg ni nombor dia kan 03-88888463 . Saya tau, sbb sye dah call nombor tu. Admin cuma terbalikkan 3 angka terakhir nombor tu je. And it was an unusual experience for me after that phone call. Tapi admin satu je I nk tanya. Kenapa everytime I call nombor tu ade org angkat then before dia potong ade bunyi siren 2 kali . Tu sye xpaham. Mcm ade bunyi org tgh jerit
Biar btul! Serius dah call??? Tp bile google dia kuat no lembga prtubuhan peladang… huhu.. xbrani call.. brani google jek…
btol ke awak no tu?
Semenyih selangor, dia tggal kat sana ke?? Dah try call keluar macam bunyi sirennn
ko kol no.fax..cer tgk alamat no yg ko kol tu..hehe
Bahagian Pemasaran & Eksport (BPE)
Aras 13, Menara, 4G1, Wisma Tani, No.28 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia Tel. : 03-8870XXXX
Fax : 03-88888463
no yg anda panggil tiada dalam perkhidmatan…
– mmg pempuan jawab pon.. operator la..
Same lah saya baru je call tadi . Mula mula dye dicline call patu saya call lagi dye angkat then bunyi siren saya terus letak πππ
Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI….
Jangan biarkan hidup anda dipenuhi MISSED CALL
kahkahkah ngok ngek kau ni
pernah gak dengar pasal cerita camni…tp mmg x lah aku nak try call kalau ade pon nombornya..hati mak takuaddd huhuhu
pernah gak try call no fon sorang pompuan mati kenah bunuh..masa tu dok asrama, form 2..ada org kata kalau call no tu, dengar bunyi pelik..sy n geng2 pn call la, sorg senior skali..pinjam fon senior, curi2 bawa..skali call, meremang kott..dengar bunyi cangkul tanah and tetiba pintu bilik dorm tutup kuat, angin fuhh..tetiba ja berangin..ok insaf
Admin, tolong sent kan nombor tu boleh? Memang nak carry forward and investigating (paranormal). Kerjasama Admin, amatlah dihargai. Sila email kepada [email protected]
Terima kasih
please update!
Tu nombor Sri Perdana kot. Mungkin Mak Mah yang telefon korang. Kah kah kah..
Alaaaaa baru nak try call. Rasa sendiri baru syok hehe. Aku pun dulu masa duduk hotel kt Genting Highland dlm pukul 11.30 malam camtu, ada org call dari telefon hotel. Pelik juga, takkan la memalam pun ada help service. So angkat je la. Masa angkat tu, tetiba dgr suara org perempuan, muda, mendayu sgt2, suara lembut sgt2 sampai aku sendiri takleh gmbrkan camna. Dgr suara dia je dh buat aku meremang tengkuk. Pastu perempuan tu kata, ada beberapa org akan dtg ke bilik aku sbb nk hantar tuala. Aku pun cm.. ok nnti saya buka pintu. At the same time, aku nampak dari bawah pintu tu tu ada byg2 org lalu, ramai. So mcm ok mmg betul la ada orang nk hantar tuala. Tapi kenapa mesti ramai2 kan.
Ada rasa cuak gak time ni, terfikir nak bukak ke tak pintu. Pastu punya takut aku ajak sorang kawan teman bukak pintu. Bukak je pintu? Guess what. Hanya angin sejuk yang menerpa muka aku. Pergh seluruh badan aku goosebumps weh. Kawan aku yg teman aku tu tak rasa pulak. But tadi kan aku ada nampak bayang2 orang so untuk make sure takde org yg lalu area tu, aku jenguk kepala keluar dri pintu. Toleh kiri, takde orang. Toleh kanan, hm pun takde org jugak. Yg pelik, bilik aku tu tgh2, means kalau ada org lalu pun takkan la cepat sgt hilang. At least nampak la org tu masa aku bukak pintu kan.
Badan aku terus shaking. Dari malam tu sampai esok aku demam. Dah la esok tu aku ada konvensyen. Btw bilik air hotel tu sebelah pintu je. And masa aku buka pintu tu, ada sorang lagi kawan aku tengah mandi. And dia ni kiranya ada sixth sense, boleh rasa tapi takleh nampak. Dia cerita, masa aku buka pintu tu, tiba2 dia rasa tak sedap hati. Mcm ada something perhati kan dia. So tak sempat nak sabun semua dia terus keluar. Lagi prefer tak mandi. And malam yg sama juga sebelum bunyi telefon tu, kitorang mcm gila2 sikit, excited la dpt tidur hotel dgn kawan2 kan. Bukak tv pulak ada cerita hantu kangkang tu haaa mmg benda tu kacau la. Sampai skarang pun aku duk terbayang2 suara perempuan tu. aih seram.
Hantar la cerpen kat FS yunk. Dah panjang ni. Share story kat org lain
hahaha baru nak suh dia share …dh ada org suruh dlu
Kalau aku.. aku tanya dia balik mcm2.” Nak bt pe hntar tuala kat saya, kan mmg masuk bilik hotel dah sedia tuala”. Ssh2 je nk hntr lg.. haha..
Nmpok gaye boleh diperkembangkan bakat kamu ni..cume yeop rase mike ni trsalah parking je..
Best humaira
Tahun 1992 angka nombor telefon dah cecah 8 angka ke? Kalau tak silap, tahun tu nombor telefon baru 6 angka.
1992 dh 7angka…
Tahun 2000 start 8angka…
Ni awek misteri mesti ala2 back to the future…
Heheheheee…
Haha… dia da melangkah ke masa depan la tu… mcm tau2 je akn ada no 8 angka n akn ada bndar putrajaya… hahaha!
tu yang admin x bg nombor betol2…klw bagi gerenti hari ni ramai yang share pengalaman kat entri ni hahah
Haha.. btul2.. aku rasa kalau ada 100 org baca citer ni, 90 org mesty call and google psl nombor ni.. (termasuk aku) pastu sume y kena nnty pakat2 lak buat entry psl nombor berhantu ni kt fs..
hahahahahah mcm tau je aku dah tnya pakcik google pagi tadi hahaha
baru nk tnya yang sama..rsanya 90an 7 angka
Yup. Baru nk komen benda yg sama. Panjang sgt no tu. Setahu saya masa 90. An no.nye 7 digit je. Contoh. 8275805, no phone rmh sy dulu.. π
Penulisan penceritaan beshhh! pandai layan imaginasi dan gundah gulana pembaca huhuuu. Nanti cerita lagi wokey.
copypaste dari pensel studio lettewwwwwwwwwww
Hahhaha.kannn?? Ingt xde followers PS ke kt sini??
Kann? Baru je nak komen mcm pernah baca somewherec
Admin, please emel no telefon kat [email protected]. Saya nak buat tesis. Bantuan anda sangatlah saya hargai.
Saye pon nk no tu..
Mcm best je…
Aku pun pernah dapat panggilan misteri masa kerja hotel dulu. Kalau aku kena shift malam mesti dapat panggilan dari bilik Gym. Pelik 3 pagi siapa dekat situ. Sekali kena terpingga pinga. Diam tak bunyi ape. Aku ni jenis kurang sabar dan fikir logik. Malas nak tunggu lama lama kalau takde suara atau orang cakap masa tu dan dalam fikiran pun logiknya bilik Gym dah tutup. Sebab hotel aku punya gym bukan jenis bukak 24 jam. Selang beberapa minit dia bunyi lagi lah labuuuu. Aku perhatikan nombor tu daripada bilik Gym lagi. Aku panas. Aku angkat greetings macam biasa lah. Tapi masih senyap membisu. Aku geram call bilik security ingat diorang cuba nak main-mainkan aku. Tapi diorg pon terkejut sebab diorg belum keluar pergi ronda lagi. Dua-dua staff aku ada dalam bilik security tu. Aku risau. Ye lah buat nye ada emergency ke ape aku kerah diorg pergi bilkk Gym mana tau ada guest kitorg dalam bahaya ke perlukan bantuan ke heart attack ke kan. Fikir positif aku ikut 2 staff aku tu pergi gym. Guess what? Kitorg masuk bilik gym tu meremang bulu roma kauu. Bilik gym gelap macam kitorg agak. Security aku sorang tu berani pergi explore dia cakap bilik kosong takde tanda tanda orang masuk memang bilik berkunci. Aku tak puas hati la turun bawah balik bawal staff aku pergi bilik operator check perbualan tadi. Memang ada panggilan masuk daripada bilik Gym tadi. Ah sudah. Pengalaman tu aku let go.
Ingat dah habis. Minggu depan nye aku kena night shift lagi. Eh pukul 3 lebih masa aku lepaa run night audit time tu lah dia kacau. Aku tengok nombor phone daripada bilik gym. Aku tenung je nombor tu. Malas nak angkat kali ni. Dalam hati kiwak kau buat hal lagi. Selang setengah jam ke pukul 4 dia call lagi. Haih.
Aku dah lupa pengalaman ni sampai lah lepas aku berhenti kerja. Aku lepak dengan ex bosses aku, kawan kerja berbual bual. Tetibe kitorg gatal nak bukak mulut pasal cerita hantu. Ex boss aku ni cakap “eh korang yang kena kerja malam pernah tak dapat panggilan daripada bilik gym pukul 3 pagi”?. Cuba tekaa apaaaaa… Celaka kawan kerja aku ni semua pernah kena tapi masing masing pakat buat diam. Tahi lah. Sebaik masa tu aku pon dah berhenti.
Kalau tak sebab memasing gatal bukak cerita hantu aku tak ingat pon pengalaman ni sebagai cerita hantu. Ingat system failed ke ape. Rupanya banyak kisah hantu kat hotel lama aku tu. Tapi sebaik aku tak pernah kena kacau teruk. Cuma dia bosan kacau aku dengan pukul 3 pagi je. Kenapa 3 pagi masih jadi misteri.
menarikkkkkk!!!! π
share cite kat FS lah hehehehehe
Btul tu.. kdg2 benda2 mcm ni, first thing mmg akan anggap system failed.. mmg xjangka kan nk jd benda2 mcm ni.. mana nak tahu kan… xsedar pun sbnrnya da kena kacau..
admin boleh email no sebenar nak try jugaa no dia boleh lah buat teman email kat [email protected]
ntah2 admin mnipu je lebih..ni kn cerita..takut jadi kemudaratan konon..puii…bg nmbor yg betul tu kt kt wasap 0173545102..tq..nk call ni..law xjd pape..siap admin..
tahun 1992 , aku baru lahir , tahun 2005 pulak baru masuk form 1 .. hehehehe
Samala umo kita ye…hahah
SAMA LAH UMO KITA
buat kacau elokk , ak cari dalam google pasal no misteri nie pun takdak . okay kalau aku jumpa ak bgtau
http://dollarplanting.com/?ref=53782
bagi la no tu kat sini… dulu masa aku kecik, bapak aku pernah dapat call tgh2 mlm… bila angkat then bg salam dia tak jawab. lepas tu dia akan tanya “ini en A ker?” bila kita jawab “ye” terus dia mengilai2… aku zaman bercinta kat public phone dulu pun pernah kena. tgh syok bergayut kat public phone, tiba2 talian mcm terputus sekejap kemudian dengar suara perempuan mengilai2 mcm seronok sngt… lepas tu, talian sambung balik… tak seram pun. cuma geram jer sbb terganggu…
Dia tak bagi sebab tau dah mesti ramai nak try. Zaman dulu orang takut takut lagi. Tapi zaman sekarang pakat nak mencuba tadak rasa takut dah. Kalau apa apa jadi sampai menyebabkan gila dah jadi satu cerita pulak ? tu baru gila, belum kena kacau sampai terpaksa cari ustaz. Pikir pikirkan lah. Nanti kena salahkan orang lain pulak
Adminnnnnn nakkkk nom tuuu T>T please please bagi laaaaaaaaaaaaaa
TAK SERAM LANGSUNG
nak call ke??? no dia 8888 8888, xde 03,04,05 bagai smua…direct je
ko biar betik. ni no die ker? hmm aku rase cam yer jer…
Kau bohong la..aku try x de pon..hantu robot je angkat
hello admin tolg bagi no tu…saya nak becerita dengan hantu tu saya bosan lah takda kawan
Bnyk nya comment. Mmg kalau admin letak no. Semua pakat nk tepon. Ramai pula tu minta no telefon. Nasib lah dia telefon balik siapa yg telefon dia ja. Kalau dia kacau lebih drpd tu x tahulah nk kata. Btw, ruh org mati tu Allah dah ambil so syaitan jin je menyerupai.
Cerita dari Pensel Studio ni.
Agak meremang juga bila baca citer ni.
Admin please tepek no die tu…pls la min….ko nie..x bek pendam no tu sorang2…plss
Mintak number sebenar tu admin. Sy nak try. Risiko saya yang full tanggung. Hihi [email protected]
nombor yg anda dail tiada dlm perhidmatan..
sedap suara awek tu.dia ulang benda yg sama jer.
03-88888463 ni adalah no MOA (ministry of agriculture)..xde yg misteri pun
admin, meh no betul.. nk check dlm sistem. siapakah pemilik nombor tersebut..
Ni no fon norita tu ke? Sebab seingat saya msa saya darjah 5 mcm tu pernah jugak dapat no tepon macam ni,betul ! Lpas tu dga suara org mengilai
Seram siottt
time 90an dlu, rasenye ada iklan dekat belakang komik2 atau majalah mangga kalau nak dengar kisah seram call nombor yang tertera..sy penah call tapi sy letak semula..tp tak de lah call back balik.. ^^,
AKU DAH MISSED CALL DIA DENGAN HARAPAN DIA CALL BALIK, HUHUHU EXCITED
Aku rasa no nya 0888 888 888. Cube korang try ?
Ko sengaja nak orang mati ka ? No ni bukan berhantu tapi membawak maut
Search kat google, jangan call guys..
apa kata korang call ja office korang(mana rasa office dia banyak hantu) tengah malam ni.
ayu…..betul la tu no dia…tp yg nie hantu robot yg jwab..bkn seram tp menggggodaaaa….hahahaaha
aa 03-8888 8″3×8″ ku rasa
agak2 dia pakai bil ke topup erk? ?
bukan zaman 90-an memang ada ka perkhidmatan call number tertentu lepastu dengar bunyi mengilai la, apa la…Sama spesies ja yang iklan beli langganan ringtone RM2/seminggu tu. Chaitt
Best
adminnnn please bagiii. nak nakkkk. teringin nak call.
kalau tak silap nombor tu area Putrajaya.. cer col
adminnnnnnn kasi no teliponyeeeeeeeeee cepatttttttttt adminnnnnnnn kasi cpt lau x aku geget tinge kooooo
Saya pernah dpt call dr someone.. x ingt namanya. Time tu bru blek dari cameron n tgh demam panas. Dia minta nk jadi kwn saya. Mulanya tak nak sbb cam ngarut gila tetiba nk jadi kwn. Dah la x kenal. Pastu dia bgtau yg dia cousin kwn baik saya dan untuk menguatkan hujah dia tadi.. dia bgtau satu rahsia yg cuma saya dan kawan saya tahu. Mmg pelik gilalah waktu tu. Tapi disebabkan tgh demam panas, kepala pun macam x betol, saya letak je telefon. Lepastu dia call saya lagi. Mak saya angkat. Mak suruh saya jawab sbb dia dok cakap yg dia kwn saya. So.. lepas dah bnyk kali dia call n saya penat nak mnolak. Finally, i said yes and she laughed scarily. Dsebabkan malas nk mlayan, saya masuk bilik dan sambung tidur..
Aq prnh receive call dri no. 03 8888 ????…
Aq tk ingat dah blkg dia apa…..Klu aq kac slh nnti susah plk…Yg aq ingat dia ada angka 6….
Aq jwb call tu….Tpi kbetulan hp aq trus off sndiri…Ntah knp….Bila aq on blik hp aq….Aq dpt msj dri kwn….Dia tanya klu aq ada receive call dri no. tu ke tak…Aq kata je tak cause time tu aq tak fikir sgt psl no. tu…And then dia reply “jgn jawab no. tu”…..??????……no. tu dia kata dpt dri org lain…Tpi sblum ni dia prnh call no.tu guna hp aq…..
Mgkin pemilik yg sma????
no sbnr:0888 888 888
tade org angkat ler number ni.
admin tlong bagi nombor sebenar saya mau cuba dengan beraninya
UUuuu
Ramainye org komen mntk no misteri tu…pasni,ko kne anta ag cerpen kt fs ni…
Seremmmm
Wow! Berdebar jgk baca cerita ni ?
Admin please give a real number saya nk test please
Bkn roh tu…jin/syaitan biase lew..amboii berani pakt nk no…ye la dia cal blk skali je…cuba lepas tu terus menganggu…x aman idup huhu….tp masa zaman skolah penh kot lebih kurang cam ni gak citer dia…tp no tu kt satu umah yg dh kosong…cl no tu…nnt ada org jwb…pstu dia tanya nk tgk dia x…pusing blkg…betul ke x wallahualam…
Huhu..
perghhh..seram giler nie…xberani aq
Min please email me the real number. X pe u won’t be responsible for anything happens. Please.eeee send it to this: [email protected]
da dapat ka number tu bro… satu ketika penah gak dapat number sebginih dikatakan mystery bagai tapi cuba dial takder per per pon, member aku ader yang keja tm mengatakan number tu sajer di ada adakan, tak tau ler number yang aku dapat tu tk betul kalo betul nih real punyer boleh share tak…
Opening citer ni mantap jiwa buat aku teruja nak baca sampai habis memang x menyesallh aku baca sampai habis°°x mengecewakan sungguh°°ape number dia hah admin?
Admin sya nk real number boleh ? Hantar kat e-mel saya boleh ?
[email protected]
Aku call tak jawap2..6 kali aku call..dia x de call balik pun..no nie ada jugak..088888888…no nie korang boleh try
email kat aq gak min – [email protected]
Nak try call lah japgi..betul ke tu no dia?hehe..
Emel dekat aku no betulnya bro.. [email protected].. please bro..
Emel dekat aku no betulnya bro.. [email protected].. please bro..
Huyoo semua terus minta no phone..haha
Ada yang call dah kee..
Betoi ke tu?
Hantu tuu ade whatsapp x
Aq pon ada pngalaman msa dok penang dlu seberang prai …tp nombor aq tak ingt dah …aq msa tu dalam dajah1 ke 2 mcm tu la ..dlm taOn 2003 lebih kurang..dgn geng2 …tatau la membe kta ayah dia dpt no tu dr mn …msa tu zaman publik phone lg …stiap kli call dia akn ckap …”(nama owner nombor da ta ingat) dia tak ada ..dia da mninggal ..nanti kakak jumpa adik eh” ..niy aq sndri dgar …membe aq plOq call dia ckap bnda sama ..tp tmpat jumpa berbeza …”nanti kakak jumpa adik dekat bilik”.kami membe2 niy mmg rajin call menatang tu …smpai skng still ingt kisah ..tp nOmbor phone ta ingat ..syg …..nombor lebih kurang la mcm tu 03 ..cakap kL …π€π€π€lma da kes .skng umoq aq pon da 22…sekian~~
bg no phone tu kat email sy [email protected]
Mcm penah baca tapi dimana yaa.. π
Min, sy nk jgak lah real no tu, [email protected]
Min, sy nk jgk laa real no tu, please [email protected]
Melambung la bil telefon’kakak’tu nanti kalau korang semua pakat nak misscall dia.
Pernah dapat juga nombor ni. Masa tu sek men.. tapi tak berani cuba. Kawan2 cuba kat public phone.
Aku just nak number tu plss
Send kn kt saya no yg sebenar boleh x…
03-88888999
Assalamualaikum..
Siapa yg kat sini masih lagi baca cerita nie tuk bulan December 2018.. Aku baru terbaca sebab tetiba cerita nie kuar kat ig.. Aku nie memang jenis suka baca cerita hantu.. Jadi bila dia kata sambungan kat sekian2.. Aku masuk google.. Taip fs.. Then jumpa story nie.. Sebab aku tak ade twitter.. And Aku baca sampai habis..
Korang yg dah try2 call tu..
Taknak share ke story korang pasal nombor berhantu nie..???
Nak gak tahu ape kes..
Sebab aku de try call nombor yg belakang die 8463.. Aku try sekali je..
Korang kata no.fax kan..
Okay..
Kalau tu nombor fax.. Apa yg aku tahu..
Nombor fax kita call takkan ade bunyi macam kita call nombor orang.. Die bunyi tut.. Tut.. Tapi lepas tu yg maxam sama dalam salah seorang komen.. Die kata ade bunyi macam mesin fax.. Yes..
Lepas bunyi tut tut tu.. De bunyi macam bunyi fax.. Terus aku letak..
Then terus aku jerit panggil bapak aku..
Sebab time aku call nombor tu.. Bapak aku tengah ade lagi kat rumah.. Die tengah siap2 nak g kerja.. Adik laki aku lak die tengah baru nak tidur.. Jadi bila aku dah letak tu.. Aku panggil bapak aku.. Sebab Aku takut..
Dah tu aku cakap kat bapak aku.. Abah.. Adik call nombor telefon hantu tadi.. Bapak aku terus marah aku.. Dah tahu tu.. Pergi call kenapa.. Tetiba adik laki aku balas.. Ko jangan mengarut la kak.. Lepas tu die g sambung tidur..
Sabar je la aku..
Bapak aku marah sebab die tahu aku nie je is lemah semangat.. Tapi lemah2 pun.. Aku nie jenis perasaan ingin tahu tu kuat..
Sekarang nie tinggal aku je kat ruang tamu nie.. Dik laki aku tidur dalam bilik..
Sejak dr lepas akh call nombor tu tadi.. Tak berhenti2 bulu roma aku meremang2 nie..
Aku tak tahu.. Aku nak try call..
Tapi takut..
Aku ishhhh..
Korang ade apa2 cadangan ke..
Sekian..
rasanys itu hacker arr.. sbb cba lorang lkir blik,knp dya tak angkat trus time korang call,and then klau korang ltak dya kan kol korang blik. Biasanya hacker ni dya akan ambik msa utk ambik smua data pribadi kita.. so no wonder laa zmn 90 an pun wujud hacker.. yg kita prlu takuti adlh Allah swt hal sbgini akn mncacat kn iman kita dgn mmprcayai bnda2 karut.. hmmm… korang fikir2 kan laa.. Sbb bnda ghaib kita kna pcya jgk. cm jgn brlebihan smpai nk gi ambik air wudhu pun tkut. Sekian….
rasanya itu hacker arr.. sbb cba korang pkir blik,knp dya tak angkat trus time korang call,and then klau korang ltak dya kan kol korang blik. Biasanya hacker ni dya akan ambik msa utk ambik smua data
aikk? klau btul hacker, camana dye tau apa si pemanggil bwt? hacker mmang ltk cctv eh?
Bukan admin pernah post dah ke cite Ni sebelum Ni…cite sama je…
Call 666 pd jam 3.am………seperti yg youtuber buat…..nk tau juga ia benar ke tak…
selalunya youtuber edit (tipu) je. nk bgi bnyak viewers la katakan..
uihhhh.. meremang bulu roma. tpi skang masih ada ker?
baru ge saya call tadi ada bunik ringin terus saya letak
TAKUTLAH kalau dia call balik
sama wehhh,meremang bulu roma aku,aku takut dia call aku balikππ
Dh call tadi, 2 saat pertama dengar bunyi Bell je. lepastu diam. and call ade limit, 40 saat lepastu dia letak