Nurhan: Putera Bersayap Dari Langit PART 2
AWAS Fiksyen semata-mata.
Dalam kesuraman bilik tanpa ada cahaya mentari. Tirai jendela di biarkan lepas. Juhana duduk mencangkung. Matanya lebam kerana kurang tidur. Sudah sebulan dia begitu. Dua ekor lipas besar dan belalang kunyit berada di hadapannya. Dia membelek satu persatu lalu kaki serangga itu di tarik keluar bercerai dari badan. Habis saja kerja memisahkan kaki, lalu serangga itu bakal masuk ke dalam mulutnya. Juhana membuka mulut, bersedia mahu menelan. Enak melihat perut lipas dan belalang.
“Juhana, buang benda tu sekarang.” Lembut suara Dani memujuk sambil memegang lengan Juhana.
Juhana menjeling. Dia meramas perut serangga tersebut hingga lunyai dalam genggaman tangan. Lalu mengilai sambil menggerak tubuhnya ke kiri dan kanan.
“Gadis ini jatuh cinta dengan engkau Dani.” Juhana bersuara seperti suara wanita tua.
“Orang dari kerajaan Suru sila keluar. Aku jemput kau keluar cara baik. Sebelum aku hilang rasa pertimbangan.” Tegas nada Dani.
“Aku dah janji dengan tuan aku, untuk bunuh gadis ini dalam seksa. Jawapan aku tidak.” Terkekeh Juhana ketawa.
Mata kiri Dani mula bertukar jingga. Kuku hitam pula keluar sepanjang 4 cm. Jalan mudah bunuh saja Juhana, akhiri penyeksaannya yang sudah sebulan, tak perlu fikir apa-apa. Juhana tak perlu lagi menyusahkan dia. Atau…
Bukan boleh buat hal dengan orang separuh gila. Dani tersenyum sinis.
*********
Cahaya suria seolah dekat dengan negeri yang terapung di langit. Semua penduduknya bersayap. Pohon-pohon hijau memenuhi buminya persis di dunia manusia. Cuma di sini tiada banggunan pencakar langit. Yang ada cuma satu, menara istana kerajaan Nura’il.
Panglima Hamza memandang perisai dan baju perang milik Nirvana yang sudah mati dalam peperangan 2 tahun lalu. Nirvana panglima perang yang di anggap pengkhianat kaum mereka. Dia sanggup melarikan anak Puteri Syamsuri yang patut mereka hapuskan. Bukan kejam, namun itu jalan terbaik. Kini anak itu sudah mula menjadi buas, membunuh manusia ikut nafsu gila.
“Assalamualaikum panglima Hamza.” Mata-mata Sael muncul.
“Walaikumussalam.. Ya sahabat Sael. Apa berita yang engkau bawa?”
“Tentang Putera kepada Puteri Syamsuri. Makin lama darah kaum kita membuak dalam nadinya. Cuma kerana di didik dalam cara yang salah, di dera sejak kecil oleh manusia berhati syaitan. Hatta dia berubah sebegitu rupa.” Terang Sael.
“Jika dia berubah sepenuhnya menjadi kita, maka harus kita membawanya pulang. Namun menjalani hukuman atas perbuatannya adalah perlu. Didik dia dengan agama Allah juga.” Ujar suara yang muncul dari belakang panglima Hamza.
Raja Nura’il muncul, memakai baju besi hitam sama warna dengan sayap mereka yang hitam berkilat. Baru pulang dari memerangi jin sekutu iblis. Panglima Hamza dan mata-mata Sael mengangguk akur.
“Salah beta, sepatutnya beta jaga dia. Asuh dia. Tak sangka anak manusia itu lebih menjadi seperti kita.” Ujar Raja Nura’il.
Peraturan alam mereka, manusia tidak boleh tinggal bersama. Itu sebab mereka menyerah Putera Danil kepada manusia untuk di jaga. Dalam rahsia, Nirvana lah yang membawa lari Putera Danil.
Membawa pulang Putera buangan ada baik dan buruknya. Namun meninggalkan dia di dunia sana lebih banyak musibah bakal terjadi. Pihak jin kafir juga sedang cuba mencari peluang mengambil dia.
********
Bunyi nyaring kuku yang di asah di atas besi gerigi tangga. Tan Sri Fatimi mengarah pengawalnya bersiap sedia. Dengar bunyi sahaja, namun tidak kelihatan bayang Dani. Dalam rumah agam itu cuma ada dia. Walau punya harta, rumah yang besar sebenarnya dia sunyi. Johan anak paling rapat sudah tiada, Juhana khianati ayah sendiri dan Dani.. Sebut perihal Dani dia rasa kosong. Itu bukan zuriatnya. Dani di matanya cuma musuh atau alat uji kaji yang rosak.
“Hai ayah..” Entah dari mana Dani muncul sambil tersenyum. Mata kiri bertukar sepenuh jingga dan mata kanan, mata kanannya sudah mula separa jingga dan hitam. Transformasi apa pula kali ini?
Tan Sri Fatimi terketar-ketar. Lututnya rasa longar. Mungkinkah ajalnya bakal tiba? Wajah gerun Dani membuatkan dia rasa sesak dada. Tiba-tiba Dani memaut bahu Tan Sri Fatimi. Mengajak ayahnya itu duduk di sofa.
“Herm.. ayah..ayah.. kenapa ayah degil sangat? Geram saya tau.. Nasib saya sabar orangnya.”
Lembut suara Dani. Tapi lembut nada itu lebih membuatkan Tan Sri Fatimi ketakutan. Entah apa yang sedang bermain dalam benak lelaki gila itu.
Dani menyedut sesuatu seolah-olah menyedut aroma makanan kegemaran, bau busuk hati manusia yang hitam dengan dosa membuatkan tangannya terketar-ketar mahu membunuh.
“Sedih lah ayah, saya ingat nak simpan ayah untuk tempoh lama lagi. Tapi.. ayah dah melampau. Ayah memang suka seksa Juhana nampaknya. Tak apa saya faham, saya faham perasaan ayah. Memang seronok kan seksa orang.. Aish.. macam mana ya? Berbelah bagi saya sekarang.”
Dani kemudian ketawa. Mengetuk kepalanya dengan tangan kanan yang berkuku hitam. Terbayang wajah Juhana. Hanya gadis itu yang tulus mencintai dia. Dari hubungan seorang abang dan adik, kini anak dara Tan Sri Fatimi mula menganggap dia sebagai kekasih hati. Dia pula bagaimana, dia sendiri tidak pernah fikir tentang cinta.
Dani bangun manakala mata Tan Sri Fatimi mengekori. Bibirnya tersenyum seketika, kemudian berubah pula riak wajah menjadi marah. Dani menarik tangan kanannya tinggi ke atas. Bersedia mahu menjunam ke leher Tan Sri Fatimi.
“Along…” Juhana menjerit.
Dani menoleh ke arah muka pintu. Juhana berwajah pucat melangkah lemah.
“Along, sejahat ayah.. dia ayah kita. Tolong along jangan..” Sebak nada Juhana.
Dani merenung tajam wajah gadis itu. Lalu ketawa berdekah-dekah, seolah-olah terlalu lucu. Manusia.. manusia.. Dani melangkah ke arah Juhana. Menunduk sedikit, medekatkan wajahnya kepada Juhana. Dani tersenyum.
“Habis kau nak along bunuh kau??” Soal Dani.
Sekali lagi Dani mengangkat tangannya, kuku hitam yang tajam bersedia merobek jantung Juhana. Juhana pula memejam mata. Andai ini takdirnya ajal di bunuh pujaan hati. Ajal kerana berkorban demi ayah berhati binatang.
“la ilaha illallah muhammadur rasulullah.” Lafaz Juhana, bersedia untuk mati.
Tangan Dani terhenti. Satu inci sahaja daripada dada Juhana. Dani terkelu seketika. Ada bau harum, bau yang dia tidak pernah cium sebelum ini. Selalunya hati manusia berbau busuk hingga membuatkan dia ketagih mahu membunuh. Tapi ini kali pertama… Tepat mata jingganya memandang wajah Juhana yang terpejam matanya.
Dani beralih pula ke arah Tan Sri Fatimi. Tangannya menembus perut Tan Sri Fatimi. Sengaja melepaskan geram walau dia tidak berniat membunuh Tan Sri Fatimi buat masa ini.
Tiba-tiba muncul gambaran dalam minda. Setiap orang yang dia bunuh atau sentuh akan muncul gambaran apa yang pernah mereka pernqh lakukan. Sedetik..
Bayangan wajah ibu dan ayah angkatnya bermain dalam layar minda. Satu persatu di tunjukkan bagaimana mereka di bunuh oleh Tan Sri Fatimi kerana ibu dan ayah menghalang Tan Sri Fatimi membunuhnya. Tangan Dani terketar-ketar, lidahnya kelu. Selama ini arwah ibu dan ayah di fitnah oleh si laknat Johan. Dani melangkah ke belakang. Tangan yang terbenam dalam perut Tan Sri Fatimi di tarik dengan kasar.
Lesap.
Lelaki itu lesap meninggalkan Juhana dan Tan Sri Fatimi.
*************
Purnama di langit bagai sebutir mutiara. Bercahaya terang.
Di atas puncak menara berkembar petronas. Lelaki bersayap melangut memandang bulan. Jika memandang laut dengan ombak menghempas pantai, hatinya makin bergelora. Seolah-olah ombak cerminan jiwanya yang memberontak. Andai dia memandang tasik, hatinya terlalu rasa sunyi. Cuma sang bulan atau langit malam yang membuatkan dia tenang.
Manusia ini aneh. Terlalu aneh. Mereka di sakiti oleh orang tersayang. Namun masih tegar mahu melindungi. Masih sanggup berkorban nyawa sendiri. Manusia ini aneh, mereka tahu mereka tidak sanggup ke neraka namun tetap tegar melakukan dosa, berangan mahu masuk syurga. Manusia ini aneh. Mereka tahu mereka di aniaya namun masih ikhlas mendoakan kebaikan orang yang menganiaya. Manusia ini aneh. Mereka sendiri takutkan ajal namun senang-senang mengambil nyawa orang. Manusia.. Benci atau kagum. Tanpa di duga air matanya mengalir.
“Aku makhluk terbuang.” Bisiknya
Tiba-tiba angin menerpa laju. Seolah-olah ribut bakal terjadi. Bau kasturi turut sama muncul bersama angin. Dua sayap hitam dengan mata bercahaya turun hinggap di atas puncak menara kembar yang sama. Dani bangun, kuku hitamnya di keluarkan. Bersedia sebarang kemungkinan.
“Assalamualaikum ya Danil.” Panglima Hamza memberi salam.
“Waalaikumussalam. Siapa engkau?” Dani bersuara tegas.
“Aku Panglima Hamza dari kerajaan Nura’il yang berada di atas langit. Darah engkau yang mengalir itu ada darah keturunan kami. Aku mahu jemput engkau pulang.”
“Situ bukan tempat aku.” Tegas nada Dani.
“Ibu..” Belum sempat Panglima Hamza menghabis kata-kata, muncul pula tiga ekor makhluk bersayap seperti kelawar, bertanduk dan berbau hamis.
Bergema langit itu dengan pertarungan Panglima Hamza dan syaitan yang mahu menghalang Dani pulang ke kerajaan Nura’il.
Dani terpaku. Kali pertama dia melihat Syaitan. Baunya lebih busuk dari hati manusia yang hitam. Tiba-tiba Dani jatuh melayang terkena bias serangan syaitan. Namun sempat Panglima Hamza menyambarnya.
******
Bersambung…
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Apakah cerita ini nyata adanya di dunia?
bisa manusia mendapatkan sayap tersebut?
numpang promosi ya guys
Pertemuan Antara Mourinho dengan Meet Charlie Stillitano | Liga Super Eropa
dik da nama pon fiksyen dik.. ke ko tak tau fiksyen tu apa..
ala ada ayat bersambung..
cerita best writer.. kipidap..
huhu kesian pulak #dani..
sbb salah didikan.. pentinganya didikan ibu bapa…
ehhhh?? sambungan citer putera Dari langit ke nih?
putera dari langit?? dalam fiksyen shasha jugak ker??
Ye crita ni putera dari langit.. maaf saya typo pi gatal tambah sayap pulak kat tajuk tu.. sambungan stusnya akan di hantar..
aduh bersambung lagi.. tapi cerita ne best bersambung pun tak pe lh..
keep writing ye Nurhan..
walaupun ne fiksyen semata
Adehhh bersambung lagi..best + Saspen oii.. Kipidap writer.. 9/10 untuk yg ini..
Berdebar baca…best cara penulisan dia senang faham huhuhu
sesapa ada nampak MIKAEL tak? Alien warna purple tuuu???
Aku nmpk dia kat pasar mlm td.. Dia tgh tunggu martabak jawa kalau x silap.. Sempat lg ni kalau kau nk jumpa dia.. Gerai no 9 ok..
dan kemudian aku nmpk dia naik lori dan terus balik rumah dia kat cheras. murtabak td dia dah bg makan pada aku dh selamat msuk dlm perut aku… fuhh….
tak kelakar pon
#cubalagi
masalahnya aku xbuat kelakar? ko yg rasa kelakar kan…. bengong punya org…
giler kau x kelakar? aku dr smlm x stop gelak baca komen aku ni..
**samting wrong samwer ni.
syok sendirilah tu. baca komen sendiri, pastu gelak.
yelah2 ko kelakar. kelakar sgt.
#takutkenacarikokatsanananti
aku kena konfiden dengan lawak aku sendiri..
#baikkaugelaksekarang
yelah aku tengah gelak tak henti2 ni. sambil taip ni pon aku tengah gelak. kcing pon sambil gelak ni.
Terbayang2 mcm cerite fallen pulop
Baca cerita ni mcm tgk anime yg cite pasal satan² tu.. Cite apa entah x ingat…
Btw, cite ni best + suspen…
X sabar nak tunggu part 3, buat panjang2 please..
Sambung cpat2.. saspen siot
Ala sambung lak 8/10 sy bg………..
cepat-cepat sambung yer… cerita yang best
arghhhhh.. sambung cpt! 10/10
bersambung pun tak pa..cheq tunggu..hahahaha
Sambung lagi.. Best sangat. ..
bersambung please…
sambung lagiiii.10/10
Huhu..
nicee!