Nurhan: Putera dari langit
AWAS: Cerita ini cuma fiksyen semata-mata, hanya imaginasiku yang merapu raban. Jemput Baca.
B***h..b***h..b***h..biar nyawa tercabut dari badan tanpa rela. Jasad lelaki angkuh bermandi d***h. Mata terbeliak, mulut luas ternganga. Di sisi mayat berdirinya seseorang dengan riak wajah kosong. Pemuda itu puas. Api marah kian reda. Kukunya yang tajam kehitaman masuk semula ke dalam isi. Matanya yang sebelah kiri berwarna jingga mulai hilang dan tinggal hanya hitam.
Dia benci, sungguh benci sepenuh hati. Benci makhluk bernama manusia walau dalam darahnya mengalir d***h merah manusia. Walau dia dibesarkan juga oleh manusia. Tiba-tiba Kedengaran tapak kaki melangkah ke arahnya. Dia menoleh, tiada takut. Andai itu polis atau orang awam, b***h saja kalau terdesak. Murahnya nyawa manusia di mata dia.
Datuk Khir terduduk. Seluruh tubuh mengeletar. Sesak nafas rasanya. Tangan kanan memegang dada yang mula sakit. Dia menyeluk saku seluar. Sebotol ubat di keluarkan. Namun ajal datang lebih awal, belum sempat dia membuka penutup botol. Datuk Khir rebah di sisi mayat adiknya Datuk Fitri. Seperti mayat mangsa sebelumnya, cara bunuhnya sama. Hati mangsa di curi.
Demi menyedapkan hati rakyat dan mengelak dari timbul huru hara, media menyebarkan spekulasi bahawa itu cuma kejadian rompakan dan pengelibatan sendiket pencurian organ badan dalam kalangan orang-orang ternama. Nampak bodoh saja spekulasinya. Yang bendul akan percaya bulat-bulat dan yang suka berfikir akan muncul pelbagai pertanyaan dan sangkalan. Tak mahu kena tipu, masyarakat perlu rajin membaca dan berfikir.
*******
Juhana memandang tepat ke arah lelaki di hadapannya. Cuba membaca, walau lelaki itu cukup pandai mengaburi jejak rahsianya. Simpan kejap diam-diam. Lama Juhana memandang.
“Ada jawapan ke kat muka along?”
Juhana termalu sendiri. Dia mula mengalih pandangan ke arah buku latihan. Dani tersenyum nipis. Tidak selesa sebenarnya jika di tenung lama oleh anak dara sunti.
“Dani..?”
Dani terbangun sebaik muncul Amir di muka pintu.
“Aishh kau ni, datang tak bagi salam. Apa hal?”
“Orang bandar datang, halau Nek Mah keluar.”
Ujar Amir.
Sebaik tiba di perkarangan rumah Nek Mah. Kelihatan sekumpulan orang kampung dan beberapa orang dari bandar sedang bertekak. Tubuh Nek Mah hampir terjatuh tatkala lelaki sasa itu menepis Nek Mah yang memegang lengannya.
Dani mengetap bibir. Benci tatkala melihat orang muda melayan Nek Mah yang tua bongkok tiga dengan kasar. Makin membuat benci itu meluap-meluap orang muda yang kurang ajar itu adalah Johan.
****
Tan Sri Fatimi termenung, sambil tubuhnya menghadap jendela rumah agamnya. Sudah dua minggu anaknya pergi. Meninggal dalam
keadaan ngeri di dalam tab mandi, berendam bersama d***h sendiri. Menyala-nyala api dendam. Membuak-buak rasa marah. Habis rakan-rakannya diambil nyawa dengan paksa. Kini anaknya pula.
Pintu dibuka, lalu ditutup kembali. Tetamu itu melangkah dengan berani. Wajahnya tersirat penuh benci.
“Kenapa kamu b***h adik kamu sendiri Dani?”
Tanpa dijemput Dani duduk bersilang kaki. Tersenyum penuh makna.
“Ayah sedih tak?” Soal Dani.
Tan sri Fatimi menoleh lalu memandang Dani. Beratnya dada. Berombak nafasnya.
“Ayah mana tak sedih, kalau anaknya m**i dalam keadaan begitu? Lebih sedih pembunuhnya anak ayah sendiri.”
“Bagus kalau ayah sedih.. sebab ayah sedih saya umumkan saya bercuti m******h selama sebulan.” Riang suara Dani. Menguji kesabaran lelaki tua di depannya.
“Kamu dah tersasar jauh Dani. Kalau kamu benci sama ayah pun, jangan sampai kamu m******h. Jangan biar d***h jin yang mengalir dalam tubuhmu mula menguasai. Mana hilangnya Dani dulu?”
Dani melangkah mahu keluar, sempat dia melemparkan senyuman manis ke arah ayah.
“Dani dulu dah lama m**i ayah. Sejak ayah b***h ibu dan bapa saya. Sejak ayah dan rakan syaitan ayah hancurkan masa depan saya. Manusia berhati hitam harus di hapuskan. Aku simpan kau yang masih hidup, untuk melihat kemusnahan yang aku cipta.”
“Engkau Dani..aku aku aku pujuk kau baik-baik tapi kau bongkak. Baik, kali ini engkau yang bakal m**i dalam tangan aku. Kau tak kenal aku siapa Dani. Baik..baik..kau tunggu aku Dani..”
Tan Sri Fatimi seolah-olah hilang kewarasan. Menjerit marah sambil menarik rambutnya yang beruban.
“Ni baru menarik..” Ujar Dani tersenyum sinis meninggalkan orang tua yang separuh gila.
********
Budak lelaki berusia 5 tahun teresak-esak. Matanya tidak pernah puas menjadi perigi air mata. Menangis, itu saja yang dia mampu lakukan tatkala badannya di cucuk beratus jarum. Hari ini nampaknya seksanya lebih perit. Lebih sakit dari di cucuk jarum.
Tiga lelaki dan seorang wanita berpakaian baju kod putih yang labuh. Empat saintis gila, yang tiada rasa perikemanusiaan. Taksub dengan uji kaji yang di jalankan di tempat rahsia. Di Tengah hutan belantara.
Ada bonjol berbulu hitam di sebelah kiri . Bulunya seperti pelepah burung. Tetapi bukanlah sayap seekor burung. Ianya cuma benjol atau ketulan aneh yang tumbuh di belakang badan kanak-kanak lelaki itu.
Saintis wanita umur separuh abad. Badannya gempal dan rambutnya berkarat. Dengan kasar dia menolak anak kecil itu hingga tersembam di atas meja uji kaji. Di perlakukan seperti ayam sembelihan. Tangannya yang berisi, kuat memegang benjol itu.
Salah seorang saintis lelaki pula datang dengan membawa mesin pemotong, tak ubah seperti mesin pemotong kayu. Mata tajam milik mesin mula menghampiri daging yang tumbuh seperti ketulan. Maka bergemalah suara tangisan anak kecil itu. Di balik cermin luar, berdirinya Tan Sri Fatimi yang turut sama melihat tubuh anaknya di seksa. Pandang tanpa perasaan.
Lima tahun dulunya.
Sepasang suami isteri itu saling memandang. Kemudian pandangan itu di lempar pula ke arah lelaki berwajah aneh yang berusia dalam 40 an. Lelaki itu namanya Nirvana. Kulit wajahnya putih salju, matanya jingga memanjang, tiada lekuk di atas bibir dan pipinya tak berisi.
“Bagaimana? Mahukah kamu berdua menjaga anak kami? Ganjarannya ini.”
Tangan tanpa isi itu menunjuk tiga bongkah emas di dalam beg kain.
Pasangan itu diam. Fatimi sudah lama pinginkan zuriat. Enam tahun berkahwin mereka masih belum di kurniakan anak. Dalam masa yang sama hidup mereka tidak begitu senang. Fatimi cuma berkerja sebagai pengawal keselamatan. Rumah pun cuma sewa, sudah dua bulan tak berbayar. Tawaran Nirvana yang entah dari mana datangnya seolah-olah satu keajaiban.
Fatimi dan isteri mengangguk setuju.
“Esok, tatkala cahaya bulan mula menyapa langit malam, bayi kami akan datang. Jagalah dan didiklah dia sebaiknya hingga menjadi manusia beriman. Itu syaratnya. Setiap satu purnama sebagai ganjaran kamu akan di beri 3 jongkong emas yang aku letak di sisi tidurmu. Tapi awas, andai salah didikmu maka anak itu mampu memberi kamu musibah”
Tan Sri Fatimi mengeluh. Akui segalanya adalah salah dia sendiri. Terlalu tamak, gilakan duit . Hingga lupa mendidik Dani.
“Tak ada u- turn.. apa yang dah di buat, harus di tamatkan”
Tan Sri berdialog sendiri lalu meneguk air kencing syaitan.
*********
Kanak-kanak 10 tahun duduk di atas kerusi besi dalam posisi menunduk lemah. Kedua tangan dan kaki di pasung di kerusi tersebut. Dadanya berombak kelihatan seperti nazak namun bukan mudah nyawanya bercerai daripada badan. Segala luka akan sembuh dalam masa seminggu hingga hanya tinggal parut yang mengambil masa sedikit lama untuk hilang. Episod demi episod seksaan tidak pernah berakhir. Saintis gila silih berganti. Manakala Saintis wanita itu sudah menemui ajalnya kemarin. Di rodok perut dan leher hingga d***h membuak keluar dan wajahnya hancur. Itulah mangsa pertama kanak-kanak lelaki bernama Dani dan itulah kali pertama Dani rasa puas m******h wanita yang menyeksanya sejak kecil lagi. Seronok juga, patutlah mereka menyeksanya tanpa rasa bersalah.
Saintis Eropah bernama Gareth masuk ke dalam bilik. Salah seorang saintis yang terlalu obsess dengan kewujudan makhluk ghaib, terutama makhluk yang dipanggil oleh orang barat sebagai ANGEL, figura bersayap yang boleh berterbangan. Tetapi kanak-kanak di hadapannya kini cuma separa. Sayapnya cuma sebelah sahaja. Gareth memandang Dani dengan rasa takjub. Tidak lama kemudian masuk pula saintis bernama Khairy, saintis paling muda dalam kalangan enam orang saintis di situ. Dia memandang dalam riak simpati. Namun tidak punya kuasa membebaskan Dani.
Gareth khusyuk melihat gambar X-Ray milik Dani. Gambar yang menunjukkan bahagian kuku jari. Kelihatan di bawah kuku wujud kuku lain. Kuku itulah yang di guna oleh Dani untuk m******h Professor Siti. Gareth mencapai satu alat mirip plier muncung tirus. Dia membelai jari jemari Dani sambil tangan kiri memegang alat tersebut.
“Nanti dulu, suntik dulu ubat pelali. Nanti dia sakit.” Ujar Khairy.
Gareth tersenyum sinis. Tidak endahkan kata-kata lelaki melayu itu. Dalam penyelidikan ini, dia yang lebih arif. Lagipun mendengar rintihan Dani membuatkan dia rasa teruja. ANGEL tahu sakit rupanya. Alat mirip plier muncung tirus mula mendekati jari Dani. Pada hari ini mereka mengambil kuku hitam yang tersorok di bawah isi jarinya secara paksa. Sakit bukan kepalang. Dani yang pengsan menjerit sekuatnya. Seolah-olah mahu tercabut anak tekak. Sekali lagi bergema suaranya di dalam makmal saintis gila.
Tan Sri Fatimi masuk ke dalam bilik. Kelihatan Dani terkulai di atas examination coach. Jarinya ada yang terbengkok ke belakang dan kesemuanya cuma tinggal jari yang bogel tanpa kuku. Di belakang Tan Sri Fatimi ada beberapa belas orang lelaki berbadan sasa memakai kaca mata hitam. Seorang lelaki berambut perang dan bermata biru kelihatan tergopoh-gapah mengekori Tan Sri Fatimi dari belakang.
“Tan Sri tak boleh buat macam ni, kita dah berjanji. Pihak kami dah bayar 700 billion.” Ujar Jonson tidak puas hati.
“Aku boleh bayar semula ganti rugi tu, tapi aku tetap nak dia.” Tegas suara Tan Sri Fatimi.
“Tan Sri akan di kenakan tindakan, kalau tetap degil.” Jonson tersenyum sinis.
“Sebelum aku di kenakan tindakan, kau dan semua orang di sini boleh m**i dulu.” Ujar Tan Sri Fatimi sambil mengeluarkan pistol dari kocek. Diikuti beberapa orang suruhannya yang mula menembak semua saintis di situ dengan pistol.
Tan Sri Fatimi sempat terbayang wajah marah Nirvana yang bertukar gerun malam semalam. Mengarah dia mengambil semula Dani pulang atau nyawanya akan berakhir.
*****************
Malam selepas isyak. Rumah kampung Dani di kunjungi seseorang yang sudah enam bulan menghilang. Sahabat baiknya Rizalman. Wajah masing-masing berkerut. Situasi panas yang di cipta oleh Rizalman sendiri. Dani memandang cuma ke lantai.
“Sampai bila nak terus berdendam? Makin hari kau makin hilang diri manusia kau.” Rizalman memandang.
Dani diam. Tak kisah andai dia hilang kemanusian. Baginya manusia itu terlalu hina. Kata orang manusia makhluk paling mulia. Namun yang membuat maksiat, memfitnah, berperang, m******h, mendera, merosakan bumi dan banyak lagi perbuatan keji dilakukan oleh makhluk bernama manusia.
Di hujung kiri ruang tamu adanya Anida gadis bisu, adik kepada Rizalman. Gadis itu berusia 15 tahun. Matanya setia memandang Dani. Dari dulu hingga sekarang. Tiap kali Rizalman membawanya bersama untuk berjumpa Dani, tiap kali itu juga matanya tidak lekang memandang bayang yang setia mengekori Dani. Bayang hitam berbentuk sayap. Hari demi hari bayang sayap itu kian melebar. Namun orang sekeliling termasuk abangnya tidak pernah menyedari kewujudan bayang tersebut. Walau Rizalman juga tahu perihal Dani iaitu manusia separuh jin.
“Kenapa kau benci sangat manusia? Apa satu hari aku pun kau b***h juga?” Soal Rizalman sambil mengeluh. Menyandar dirinya di sofa.
Dani mengangkat pandangannya, tajam memadang Rizalman. Diam seketika.
“Sejak aku dapat tahu arwah ibu bapa angkat aku, Pak Ramli dan isterinya menjaga aku juga kerana wang. Manusia….manusia..” Dani ketawa.
“Mereka jaga kau dari umur 10 tahun. Dah pasti ada kasih sayang kepada kau walau awalnya kerana duit. Tak akan kau lupa semua tu?” Soal Rizalman.
Dani ketawa dan terus ketawa lalu masuk ke biliknya meninggalkan tetamunya di ruang tamu.
Juhana diam memasang telinga. Dia tahu along yang m******h angah. Tapi dia masih percaya along ada sebab sendiri.
*******
“Juhana..Juhana..” Laung Dani dari ruang tamu.
Seminggu Juhana cuma berkurung di dalam bilik. Dani dapat mengesan ada sesuatu yang sedang berlaku di dalam rumah itu. Dani berdiri mencekak pinggang tatkala panggilannya tidak bersahut. Tidak lama kemudian pintu terkuak. Di dalam bilik gelap gelita, tiada kelibat Juhana keluar menjenguk.
“Mak Nab..” Dani memanggil pula pembantu rumah yang di tugaskan oleh Tan Sri Fatimi menjaga Juhana.
Mak Nab datang sambil mengintai ke dalam bilik Juhana.
“Mak Nab masuk tenggok Juhana tu, dah mayat ke?” Ujar Dani.
Tidak lama kemudian, Mak Nab menjerit takut. Lalu berlari keluar daripada bilik Juhana. Terketar-ketar tangannya memeluk lengan Dani.
********
Tan Sri Fatimi berjalan diringi beberapa orang pengawal peribadi. Setiap inci keselamatan dirinya makin di perketatkan. Bersiap sedia dengan serangan Dani. Di sisinya tergedik-gedik seorang gadis muda yang cantik dengan berpakaian ketat, tanpa rasa malu memeluk erat lengan Tan Sri Fatimi. Keduanya kemudian masuk ke dalam kereta. Puas berhibur di kelab malam.
Tiba-tiba jantung Tan Sri Fatimi mula berdebar-debar. Di sebelah tempat duduk belakang kereta mewahnya, ada Dani yang menunggunya sambil tersenyum ceria. Namun bagi Tan Sri Fatimi, senyuman itu senyuman yang menjengkelkan seolah-olah mengejeknya. Rasa marah dan takut bercampur. Tan Sri Fatimi ketawa sinis sebaik melihat dua muncung pistol menghala kea rah Dani dan termasuklah lapan orang pengawalnya yang berdiri di luar kereta sambil bersedia menghala muncung Grenade Launcher ke arah Dani. Pemuda itu kelihatan tenang sambil meneleng kepalanya ke sebelah kanan sambil memandang ke luar. Lalu dia senyum lagi. Kembali semula memandang Tan Sri Fatimi, ayah paling kejam di dunia.
“Cool ayah, anakmu ini tak akan merosakan malam hiburan ayah. Cuma saya nak ayah tarik semula sihir yang ayah tuju kepada Juhana. Dia anak ayah macam Johan juga. Tarik balik ya..” Suara Dani tenang. Lagaknya bersahaja.
Tan Sri Fatimi ketawa bagai orang gila.
“Dia layak dapat semua itu. Dia sanggup pilih kau dari aku ayahnya.” Tan Sri Fatimi ketawa lagi sambil mengesat air matanya.
“Aku akan buat lebih teruk dari tu. Kalau kau sayang dia, kau perlu ikut cakap aku.” Ujar Tan Sri Fatimi lagi.
Dani tidak endah kata ayahnya. Dia keluar dari kereta. Sekelip mata lapan orang yang berada di luar pengawal rebah tanpa sempat menyerang Dani. Kereta Tan Sri yang cuba melarikan diri bagai terpaku di bumi. Tingkap kereta lalu di pecahkan oleh kuku hitamnya. Dani menjenguk ke dalam kereta sambil ketawa seronok melihat wajah Tan Sri yang pucat. Habis saja dia ketawa, wajahnya mula berubah riak. Pandangan yang penuh benci, penuh amarah.
“Ingat ayah jangan main-main dengan Dani!”
BERSAMBUNG….
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dh bc crita ni smpai tamat d fb pnulis. Best sebnarny wlau wtak smpingan agk byk. Tp crita ni ada keindhannya..
nurhan,cerita syah hakimi memang tak kan publish sini ke?minat sangat dengan cerita tu..
Sama ada di fs atau hanya di fb saya.
Rase best jugak cume ade sikit feninglah nak hadam watak2..
Terima kasih komen, memg byk watak smpingan yg cuma skejap saja mncul..insya Allah sy ambil sbgai pngjaran..
erm..skeri la gambar laki tu..
tekejut aku..
Hahahaha.
Gambar ni elok je kepala senget mata bulat macam tu.
To Nurhan, nice! Nak tahu jugak part last apa jadi kesudahan konflik Dani & Tan Sri Fatimi.
terkejut aku tengok gamba laki tuh..terus skroll laju2 ahahaha
kau adalah penulis ke 4 dalam list aku.. yang mana setori hasil karya dari kamu aku set as high priority untuk aku baca dalu.. kipidap writer
Macehhh
‘eh bodoh’ tulah ayat aku terkejut tgk gmbar laki tu hahahha
Astaghfirullahalzim..
10/10 aku tunggu sambungan!
Nice gak citer ni….okay sbb bnyk watak…aku try buat andaian..D. Khir & D. Fitri tu adik beradik…deme komplot something dgn TS Fatimi dan lain2…for sure, its a bad things involving experimenting manusia luar biasa kerana wang…and dani dapt tau adik die terlibat same..Juhana dgn Johan adik beradik…Dani lak anak angkat…Amir? anak Mak Nab? Driver? Tukang kebun? tah. Nek Mah tu jiran ke?. Mak Nab? org gaji kot. Rizalman bestfriend Dani, Anida tu adik Rizalman. Gareth dan Siti scientists gila yg diupah Fatimi untuk handle Dani. yg pelik knpe Fatimi sihir anak sendiri?? Nirvana dah lama tau dan marah dgn kealpaan Fatimi, tp masih berdiam diri???apa jadi dgn Dani? sape mak bapak die yg sebenarnya??? sapa Nirvana, apekah dia??? ade part2 yg flashbackkan?…terpaksa baca balik utk faham kan story line…sbb die lompat2 situasi die…macam komik 3 panel..
High class punya feedback..
Oii seram dowh gmbar atas!!
Ngeri baca part saintis gila seksa Dani. Cerita ni sangat menarik.
best!
nice!