#Nurhan: Syah Hakimi dan kebenaran Marissa
Hujan menimpa atap zink yang sudah tua. Ada air menitik dari syiling ruang tamu berdinding kayu, lalu air yang menitik di tahan dengan timba kecil. Empat sahabat itu duduk di beranda luar sambil menikmati teh O panas bersama biskut kering. Suasana nyaman ketika itu. Tidak panas dan tidak pula sejuk tetapi rumah Syah sangat sunyi,kerana kedudukannya sedikit jauh daripada kawasan kejiranan lain. Keliling rumah penuh pokok-pokok. Agak seram apabila memandang pokok jawi yang berusia lebih 60 tahun masih gah berdiri di bahagian sisi rumah.
Banyak benda bermain di fikiran mereka. Masing-masing ingin tahu kehidupan Syah, malah masih lagi belum mampu menelan setiap hakikat yang mereka lihat kini. Hidup Syah jauh lebih susah, harta yang dia ada cuma rumah usang dari zaman jepun, yang mereka menumpang tidur kini. Syah, mana pernah nampak dia bersusah hati. Adapun cuma riak wajah mengantuk, tak ubah seperti zombi. Syah yang ganas dengan pandangan tajam hanya muncul apabila gangguan ghaib menjelma.
“Hahah..” Syah ketawa.
Masing-masing tersedar dari lamunan.
“Engkau ni Syah..” Zul hampir tersembur air dari mulut.
“Dah, korang ni kenapa? Muka masing-masing sugul.” Syah.
Mereka diam kembali. Bermonolog dengan diri sendiri. Serba salah sebenarnya. Jika dibuang hati keras sang lelaki, mahu saja mereka memeluk Syah. Sedih.
“Herm, Syah aku minta maaf, sepanjang kita kawan dah hampir 3 tahun, kesusahan kau langsung aku tak tahu?” Ujar Hakim dengan wajah kesal.
Yang lain cuma mengangguk. Syah cuma tersenyum menampakkan sebaris giginya yang putih bersih.
“Syah, siapa besarkan hang selama ni?” Soal Badrul
Syah diam memandang sambil menghirup air teh, sesekali terpandang Melati di dahan jawi.
12 tahun dulu.
Bergema suara orang kampung membaca yassin, perkarangan rumah kayu itu dipenuhi orang-orang kampung. Ada seorang budak lelaki 8 tahun duduk memeluk lututnya. Air mata membasahi pipi, ada mucus meleleh dari hidung. Dia cuma duduk di penjuru rumah. Melihat jenazah dari jauh. Bukan kerana takut orang sudah meninggal, tetapi takut akan kegarangan Mak ngah yang sedang rancak melayani tetamu yang datang.
Budak itu cuba mendekati kedua jenazah atuk dan nenek, sesekali dia memandang ke arah mak ngah, takut. Ingin sekali menatap wajah orang tuanya buat kali terakhir. Itulah insan yang menjaganya sejak dia kenal dunia. Itulah insan yang menyuap nya makanan, memberinya secebis kasih sayang.
“Ishh..budak..budak ni kan..apa aku bilang? Jangan main-main di sini. Kau pergi sana..”
Suara wanita awal 30 an nyaring, sambil tangannya yang gempal menarik telinga budak itu masuk ke dalam bilik. Rasa benci meluap-luap tatkala memandang wajah si kecil itu. Mengingatkan dia kepada Salasiah.
“Apa kau ini, tidak patut kau buat begitu Salma. Dia sudahnya anak yatim. Nenek dan atuk pula sudah meninggal, biarkan dia menatap wajah mereka ini sebelum di kebumikan.” Ada suara menegur tingkah mak ngah.
“Mak Leha jangan campur tangan. Budak tu jahat macam syaitan. Tak boleh diberi muka.” Ujar Pak ngah yang muncul dari dapur.
Tetamu yang hadir cuma menggeleng dengan rasa simpati. Ada juga memandang ke arah budak kecil itu dengan pandangan sinis dan hina. Budak comot, kotor, busuk, jahat macam syaitan..itulah yang ada dalam kepala mereka.
Sebulan sudah berlalu, atuk dan neneknya meninggal. Makan dan minumnya kini adalah atas usahanya. Tiada siapa ingat akan kewujudannya. Tiada juga bayang Mak ngah dan suaminya datang membawa makanan dan bertanya khabar. Mujur ada pokok-pokok hutan yang berbuah, boleh juga dia mengisi perut dan sesekali dia menahan ikan dengan bubu di tali air.
Dia duduk menyandar di bawah pokok rambutan, cuba melelapkan mata. Sesekali tangan menggenggam pahanya yang bengkak. Dahinya benjol, mulutnya lebam, dek di belasah anak-anak orang kampung di situ pagi tadi. Dia sendiri kurang pasti apa kesalahannya, mungkin kerana mereka tahu, tiada siapa akan membela nasibnya andai terjadi apa-apa.
Perutnya berkeroncong, seolah-olah paluan kompang. Panas bergelora dek di hakis asid perut. Dia memandang ke arah atas, melihat buah rambutan merah. Manisnya rasa. Namun dia tak berdaya, tiada tenaga. Hanya mampu merenung. Dia kembali memejamkan mata, ada air mata mengalir perlahan-lahan. Pedih rasanya, bukan kerana di pukul atau lapar. Tapi pedih kerana rindukan atuk dan nenek. Tiba-tiba dua biji rambutan jatuh ke riba dan kemudian jatuh lagi beberapa biji bersebelahannya. Kedengaran bunyi rantai.
“Puli?” Dia tersenyum.
Kelihatan Puli sedang menjatuhkan buah rambutan dari atas pokok. Temannya yang menghilang sejak sebulan lalu sudah kembali. Kedengaran dengusan Amir yang paling besar tubuhnya muncul dari arah belakang. Manakala Hala menyondolnya manja lalu menjilat bahagian tubuhnya yang sakit. Hatinya yang pilu terubat. Masih ada yang sayang kepadanya.
………………….
Air di tea sudah pun kering. Biskut kering pun tiada lagi tinggal sisa. Kebas punggung kerana duduk begitu lama. Masing-masing mengerut dahi. Setia mendengar cerita Syah. Sungguh besar ujian hidup sahabat mereka. Syah masuk hanya bersekolah selepas dia berumur 13 tahun, tatkala dia bekerja di rumah seorang Pak Haji di hujung kampung. Atas jasa Pak Haji lah dia bersekolah dan berjaya melanjutkan ke universiti, sebelum Pak Haji meninggal dua tahun lepas.
Syah bangun, kemudian menggeliat sambil menguap. Mood tidurnya sudah tiba. Sesekali menjeling ke arah pokok jawi yang berselirat dengan akarnya umpama rerambut.
“Aku tidur jap eh.”
“Tidur ja kau tahu.” Zul mencebik
“Maghrib nanti kita Jemaah.” Pesan Hakimi turut bangun. Sempat memandang ke arah pokok jawi.
“Erm, kalau ada yang datang bertandang, tak yah jemput masuk rumah eh. Nak sembang kat luar je. Nak jemput, minta kebenaran aku dulu.” Pesan Syah sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Merapu apa Syah ni..” Bebel Zul.
Jam 6 petang, mentari cuma balam-balam dek terlindung awan mendung. Kedinginan selepas hujan sangat asyik, lebih-lebih jika duduk di beranda luar. Badrul berbaring sambil membalas mesej dengan seseorang. Zul pula khusyuk bermain Dota. Sesekali angin lembut menyapa tubuh. Sesekali juga bulu roma merinding. Samar-samar bau minyak wangi, bau yang manis.
“Assalamualaikum..” Suara lembut seorang wanita.
“Waalaikumusalam..” Serentak Zul dan Badrul menjawab lalu bangun dari perbaringan.
Wajahnya ayu, alis mata letik, mulut merah bak delima merekah. Gigi cantik tersusun, manis tersenyum. Gadis itu berdiri di hadapan tangga, berbaju kebaya merah dan kemas bersanggul.
“Ni sapa ni?” Soal Badrul
“Saya jiran sekampung, abang Syah ada?”
“Eh! Syah tak cerita pun dia ada jiran cantik..” Zul dengan ayat menggoda, pantang jumpa gadis cantik.
“Mai la masuk, tapi kat beranda ni ja la noh.” Pelawa Badrul
“Ayu ada bawa buah untuk abang-abang.” Gadis itu duduk bersimpuh lalu menghulur bakul rotan yang di penuhi buah manggis.
“Alhamdulillah, rezeki kami merasa manggis.” Zul
Mata kian tergoda. Bukan selalu di tegur sapa oleh gadis secantik Rita Rudaini.
“Abang berdua ni siapa nama?”
“Abang nama Zul, ni abang Badrul.”
Ayu mengangguk, malu-malu.
Syah muncul di hadapan pintu dengan wajah berkerut.
“Berani betul kau datang sini eh? Pantang jumpa laki, mula nak menggedik.” Sergah Syah.
Ayu pula menjeling, rasa menyampah.
“Pergi dari sini, sebelum aku tampar kau. Gedik je lebih” Arah Syah
“Sombong betul..orang nak sembang je pun..” Ayu bingkas bangun menuruni tangga dengan wajah kelat. Melangkah dengan langkah bebal menuju kearah pokok jawi lalu menghilang bagai kabus.
Tinggal Badrul dan Zul yang tergamam. Memandang sesama sendiri.
“Kan aku dah cakap jangan jemput orang masuk. Korang ni pun sama gedik macam si Melati. Dia ikut korang balik baru tahu.”
Terkebil-kebil Zul dan Badrul dengan wajah pucat. Dari dalam Hakimi cuma ketawa. Moga jadi pengajaran untuk Badrul dan Zul. Andai saja mereka mampu melihat wajah sebenar si Ayu Melati. Sambil menutup tingkap kayu, samar-samar Hakimi terpandang seekor harimau melintasi. Makhluk yang di anggap Syah tak ubah seperti ahli keluarganya.
……………..
Semester baru telah bermula selepas hampir 2 bulan mereka bercuti. Setahun lagi mereka bakal menghabiskan pengajian. Badrul dan Hakimi memandang ke arah bilik kosong, dulunya di diami oleh Rashidi, dengan harapan bermulanya semester baru, Rashidi telah sembuh kembali. Namun hampa.
Zul seperti biasa, tanpa diminta, dia dengan rela menjadi radio cabuk aras dua. Bergema suaranya dari dalam tandas. Sambil mandi, sambil nyanyi. Sesekali kedengaran Zul muntah, kedengaran seolah-olah anak tekaknya hampir saja tertanggal.
“Woi Zul..tudia la.. gosok gigi pi dok gatai nyanyi. Nasib hang tak tertelan berus gigi tu” Jerit Badrul yang sedang membasuh pakaian.
Diam, tiada sahutan. Namun kemudian kedengaran seperti Zul kembali muntah. Pintu dibuka dengan perlahan. Zul keluar sambil tangan memegang dinding. Tak bermaya. Mulut masih terbatuk mahu muntah. Rasa tekaknya seolah-olah ada rerambut.
“Badrul..” Suara Zul kedengaran tersekat di dalam tekak.
“Woi Zul.. Kenapa ni?” Badrul kaget.
Sampai saja Badrul memegang tubuhnya, Zul kembali muntah. Ada beberapa helai rambut panjang separas bahu bersama sisa muntah. Zul kemudiannya pengsan.
Masing-masing setia memandang Ustaz. Mujurlah Zul tidak apa-apa. Ada sesuatu yang Cuma memasuki ke dalam tubuh Zul. Ustaz diam, cuba menyusun kata agar tidak ada yang salah faham dan dapat dihadam oleh anak-anak muda di hadapannya kini.
“Tak ada apa-apa, benda dari luar ni. Nanti dia bangun suruh dia minum air ni. Rajin-rajin bersahabat dengan Al-quran, rajin-rajin bangun solat malam. Itu pendinding kamu, pembersih hati dan meningkat iman.” Pesan Ustaz.
Syah diam. Ada sesuatu yang sembunyikan oleh ustaz. Dia yakin makhluk yang cuba memasuki tubuh Zul adalah makhluk belaan. Tapi mengapa ustaz tidak berterus terang? Hakimi Cuma mengangguk. Memang sejak akhir ini, hatinya tidak enak. Ada sesuatu bakal terjadi. Sesuatu yang berat bakal menguji. Mampukah dia, ilmunya cuma sehalus pasir di lautan.
…………….
Kabus tebal menghalang dirinya melihat di mana dia berada. Lantai yang di pijak seolah basah. Sunyi tanpa bunyi. Cuma ada ketika kedengaran deruan angin. Sejuk mencengkam kulit. Ke mana arah tujunya? Di mana dia berada? Hakimi terus melangkah lurus, sambil mulutnya membaca ayat-ayat suci Al-quran. Di saat ini, siapa lagi dia mampu berharap jika bukan Allah. Di alam barzakh kah?
Sayup-sayup kedengaran suara bersenandung irama tradisional. Suara itu seolah-olah bergema di dalam bilik kosong. Makin lama makin dekat. Tiba-tiba berhenti. Seperti si empunya suara menyedari kehadiran Hakimi. Sikit demi sikit kabus itu menipis. Ada bayang perempuan berambut panjang separas pinggang, berbaju pesakit hospital.
Hakim berdiri kaku, mulutnya terkunci. Hanya hati masih melafazkan ayat suci Al-Quran. Kemudian kedengaran esakan mendayu-dayu. Bulu roma mula meremang. Wanita itu cuma berdiri. Wajahnya tidak kelihatan dek terselindung kabus dingin. Tetapi bayang itu menghilang selepas beberapa saat.
“Anak Mustafa milik aku.”
Suara bisikan menerjah lembut ke telinga walau tidak kelihatan wajah pemiliknya.
Hakimi memejamkan mata. Cuba berinteraksi dengan suara hatinya, dek mulutnya tidak mampu berbicara.
“Wahai makhluk Allah, siapa dirimu?” Soal Hakimi
“Marissa..” Bisikan
Hakimi membuka mata. Dia bangun dari perbaringan, lalu melihat jam di atas meja. Waktu menghampiri 3 pagi. Hakimi memandang katil Syah yang kosong. Baru dia teringat, Syah tidur di rumah kawannya kerana menyiapkan tugasan. Mimpi apakah? Sudah dua malam mimpi itu bertandang. Sebelum hari Zul terkena, dia sudah mendapat mimpi yang sama. Suhu bilik ketika itu sejuk. Hakimi terketar-ketar bangun memperlahankan kipas. Lalu keluar mengambil wuduk. Tahajud saja mampu menenteramkan hatinya kini.
Selesai kuliah, mereka duduk di bilik menyiapkan tugasan. Sesekali ada juga mereka bermain bola atau berjoging. Syah duduk bersila di atas katilnya. Tajam memandang Hakimi yang sedang menyapu sampah di dalam bilik. Ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran Hakimi, dia mampu menghidu.
“Hakim, kau apasal.?”
Hakimi terkebil-kebil tidak memahami. Lalu menyambung menyapu sampah. Syah masih dalam posisi sama, tajam pandangan.
“Kau tak leh tipu aku Hakimi. Cepat sikit sapu tu, aku nak cakap dengan kau sikit.” Ujar Syah mendengus lalu baring memandang syiling.
Hakimi menarik kerusi mendekati Syah yang berada di atas katilnya. Menunggu Syah bersuara.
“Siapa Marissa?” Soal Syah.
Hakimi mengerut dahi. Memandang ke bawah.
“Yang serang Zul tempoh hari, benda berkaitan dengan kau. Aku cuba jejak dia, tapi
gagal. Orangnya licik sangat. Siapa Marissa, Hakimi?”
Hakimi mendiam.
“Dia memang saja serang Zul, serang orang terdekat kau. Nak ganggu emosi kau. Sebab nak serang kau dia tak mampu. Walau ilmu dia masih mentah, dia licik.” Ujar Syah
Hakimi mengangguk. Sudah dia agak.
“Marissa…Marissa..” Ucap Hakimi, dalam nada serba salah.
“Tak mungkin dia, dia masih koma” Ucap Hakimi.
“Siapa dia..?” Soal Syah.
“Pembantu peribadi ayah aku, bekas tunang arwah abang. Tak mungkin dia, dia koma”
“Dia ada saudara mara tak?” Soal Syah
Hakim memandang Syah. Seolah teringat akan sesuatu.
Dua pasang mata melilau, mencari nombor bilik. Kelihatan ada seorang jururawat tersenyum menuju ke arah mereka.
“Adik-adik ni cari apa?” Jururawat menyapa marah.
“Nak cari bilik 25.” Ujar Hakimi
“Erm ke sana, sebelah kanan.” Tunjuk jururawat.
Mereke melangkah masuk. Bilik itu sunyi. Di atas katil ada sekujur tubuh kaku. Seolah-olah lena. Dialah Marissa. Wanita berusia lingkungan 27 tahun itu, kelihatan tenang sahaja. Hampir dua tahun Marissa koma dan abang kelimanya pula sudah di jemput ilahi ketika cuba menyelamatkan Marissa ketika kejadian itu. Itulah peristiwa hitam dalam hidup keluarganya.
“Kau kenal ahli keluarga dia?”
“Tak.. aku cuma kenal dia. Sebab dulu dia selalu datang rumah kitaorang cari abang.”
Syah memandang ke luar. Seolah-olah ada sesuatu sedang memerhati mereka dari luar. Dia dapat merasai satu bentuk aura benci berbaur dendam.
“Jom Hakimi, aku tak boleh lama-lama. Karang aku tampar juga perempuan atas katil ni.”
Hakimi kemudian menarik Syah keluar. Aura hitam yang menyelubungi bilik itu akhirnya tiada. Saling memandang. Jelas kekeliruan pada wajah Hakimi. Teringat kata ustaz pagi tadi, lebih kurang sama dengan kata-kata Syah semalam.
Syah berjalan ke arah kaunter. Ada dua orang jururawat di situ.
“Kak, bilik 25 tu ada waris tak?”
Jururawat itu menoleh ke arah bilik nombor 25. Kemudian dia menoleh ke arah rakannya yang sedang duduk.
“Ada, tapi jarang diorang datang jenguk dia. Ada pun seorang wanita, erm kakak dia kalau tak silap.” Ujar jururawat.
“Bila ya waris dia datang?” Soal Hakimi
“dia datang sebulan dalam 2 kali je.” Ujar seorang lagi jururawat
Masing-masing kelihatan seolah-olah takut untuk membuka cerita.
Syah dan Hakimi duduk di bangku menunggu. Jika Marissa masih koma, mungkin juga ini perbuatan warisnya. Mana mungkin Marissa menghantar sihir dalam keadaan begitu. Masih ada dendamkah? Kebenaran Marissa harus di bongkar.
………………..
Selepas kejadian itu dua hari, Zul terbaring lemah kerana demam. Aroma sardin yang di masak oleh Hakimi menerobos rongga bau. Tidak sampai beberapa minit, Hakimi dan Badrul masuk ke dalam bilik membawa makanan. Badrul menuang air kelapa tanpa ais dalam cawan, kemudian menghulur ke arah Zul. Syah pula masuk membawa ayam goreng yang di beli di kafeteria. Zul cuba bangun, kudratnya tak terdaya, lalu cuma duduk bersila di atas katil melihat gelagat rakan-rakan.
Hakimi duduk bersebelahan Zul sambil memegang pinggan nasi lalu dengan cermat menyuap ke mulut Zul. Zul seolah-olah anak burung yang menganga tunggu di suap.
“Buat sweet pulak depa ni..” Badrul mencebik
Hakimi cuma tersengih sambil mata dan tangan menumpu kearah nasi.
“Apa salahnya, Nabi Muhammad s.a.w pun baik dengan kawan-kawan dia. Sayang kerana Allah..” Ujar Hakimi
“Awat hang jelous ka? Nah aku suap kan..” Ujar Syah lalu menyumbat seketul ayam ke dalam mulut Badrul hingga terbatuk.
“Agak-agak la hang ni, seketui boh dalam mulut aku.” Badrul membebel.
Syah ketawa sambil menggeleng.
Dari jauh ada sesuatu sedang memerhati penuh benci. Rambutnya lurus seperti rebonding, gaya rambut seperti China doll tetapi panjang separas pinggang, beralun mengikut rentak angin. Kedengaran bunyi rantai besi berlaga. Ada dengusan nafas yang kasar, mendengus marah. Mengaum memberi amaran. Sebaik sedar bahawa dia sedang di perhati, entiti wanita yang terapung di dahan pokok itu lalu berterbangan bersama angin yang menderu pergi.
“Keturunan Mustafa milik ku.” Suara bisikan halus
……………………
Assalamualaikum, namaku Nurhan dan menulis hobiku. Cerita ini sambungan daripada cerita Syah yang aneh dan Misteri Rashidi. Pernah juga menulis picisan hingusan seperti Hantu Langut, Hantu Pak Tonggek, Hantu Pak Aji Makan Hidung, Ular mulut itik, Jin Pari etc.. Maaf cerita ini tidak mencapai tahap keseraman. Jalan cerita cuma rekaan. Watak Syah berdasarkan orang yang pernah ku kenal dan telah di ubah mengikut kesesuaian cerita. Aku akan cuba membaiki penulisan ku, terima kasih atas teguran pembaca. Boleh lawat facebook aku Nurhan Yusof, tapi masih kosong. Ada masa aku update. Sekian, ada salah silap harap maaf. Harap pembaca terhibur..Sekian..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Nurhan 😀 terima kasih ya menulis lagi. harap banyak lagi sambungan.
Kisah silam Syah sentiasa buat akk sebak sedih sendiri…
Anak yatim yg disia-siakan dan dimusuhi…
Persahabatan di antara diorg sgt sweet…
Suke watak Hakimi…
Mesra dalam tegas…
Makan pon bersuap…
Aaauuuww…
Tuan/puan Nurhan, sila sambung lagi . Terima kasih. 🙂
Insya Allah nant sy smbung lg. Hrap crita kali ni pmbaca blh hadam,sbb sy tulis dlm keadaan trgesa2.. nant ya sy smbug.
Ada yg tnya syah ni wujud x..ya dia pernah wjud. Tp bkn nama syah. Sy guna ksah hdup dia utk watak syah.
Adoyaiiii…Tgh syok2 baca sekali bersambung plakkkk…sambung cepattttt
Trima ksh Nurhan,kau msh sudi nk smbug. Bg aku,bkan senang nk cari idea,nk susun ayat spaya pbaca trhbur dn faham apa yg pnulis nk smpai kn. Wlau cita kau brsmbung aku sbar, tgu..jnji ek smbung lg. X pa jgn tergesa2..aku tgu je. Sbb karakter Syah ni mcm sntuh jiwa aku. Nangis baca kisah hdup dia. Buat la novel nant.
Style awak suka tinglkan pembaca dgn tnda tnya, lpas tu kau akn kaitkan persoaln tu pda smbugan strusnya.. siapa marissa? Kalau tunang abag knapa hakimi tak kenal warisnya? Peristiwa hitam apa yg dh jdi dlm kluarga hakimi? Abg hakimi slamatkn marissa dri apa? Dh tu knapa marissa brdendam? Marissa jdi hntu ke? Tudia byk prsoalan nih..sis memg, suka cita yg buat sis trus tertanya mcm ni…best
.
baik sungguh kawan2 siap bersuap. susah nk cari zaman sekrg ni kawan susah sakit bersama
Suka kisah 4 sahabat nie..kalau kisah ini benar harap persahbtn mereka kekal dunia akhirat dn smga 4 sahabat ini istiqamah mnjdi hmba Allah yg soleh n penuh tawaduk..
Respect dgn syah wlu dihina & mmbsr tnpe org tua ttp jd manusia yg baik n brguna..klu syah itu wujud tringn nk brkwn dgn dia..
“Maaf cerita ini tidak mencapai tahap keseraman. Jalan cerita cuma rekaan. Watak Syah berdasarkan orang yang pernah ku kenal dan telah di ubah mengikut kesesuaian cerita…”
Cerita rekaan tp watak Syah kisah benar yg diolah…
Terima kasih Nurhan.hrp smbung cepat..
cita hang mmng best dho .smbng cta cpat .jgn lma sngt akn ku tntut smbngn cta mu hahahahha?
Tertanya tanya…dlm 4 org sahabat ni mesti semuanya hensem2 kan…tp i rasa yg paling hensem mesti syah…sb org yg hidup mcm ni selalunya hensem…tu yg semua jeles dan xnk jaga dia masa kecik…:)
kannnn. patutnya budak hensem lah kita sayangi lol budak kot masa tu, kenapa dikasari sobsob.
Adakah kes ni berkaitan dgn kenapa rashidi nk musnahkan hakimi? Masih tertanya2 smpai skrg.. adakah sy ketinggalan?
Insya Allah bakal d cerita satu persatu..
tersenyum2 bce story ni. sweet betul suap2 bagai. Hahahahaha . btw nice story. teruskan menulis.
???????????????????????????????????????????????????????????
Tapi saya suka..
tetiba rasa mcm suka kt hakimi plak. hahaha
Syah jln hidup wktu kecil sdh sgt…?
Kesian dia…
Best dpt kwn2 yg ambk berat satu sama lain…
Cepatlah sambung… adui mcm nonton drama tak sabar tunggu episode seterusnya! Serius, rasa mcm ada ‘crush’ pulak kat si Hakimi ni. Rasanya, orang mcm dia betul2 wujud ker?
Best
Menunggu sambungan.. hari2 tgk fs, cari smbungan. Huhu…
x sabar
cerita bagus, suspen….. ada unsur2 ketuhanan…. sila sambung lagi……
Sy baru terjebak dgn #Nurhan ni. Tp sy tak suka baca di tgh2. Di mana permulaan ceritanya?
Terjebak..