JULY 2009
Ija menangis lagi. Menahan rasa dan derita azabnya untuk melahirkan, namun tidak terbuka jalan dan lorongnya. Sudah berulang kali dia mengadu, kepada doctor dan juga misi. Namun bila diperiksa jawapannya tetap sama. Belum lagi dan belum lagi. Itulah yang diulang berkali-kali. Hingga Ija mula merasa ingin merimbuk mereka sahaja. Kenapakah mereka tidak ingin mengerti,. Akan derita yang ditanggungi. Seolah-olah dia cuma berpura. Sedangkan apa yang ditanggungnya terasa begitu azab sekali. Dari petang semalam hinggalah kepagi. Dari sakit yang mulanya menggigit hingga lama-kelamaan bertukar azab yang menggila. Dari wajah yang menahan sedikit rasa mula bertukar menjadi memerah.
Beberapa jam sebelum zohor barulah doctor mula menjenguk. Dipecahkannya air ketuban sedangkan pintu baru mula ingin terbuka. Ija yang mula merasa deritanya kan berakhir mula tersenyum bahagia. Namun sama sekali dia tidak menyangka itulah pertama kali detik nyawanya hendak direnggut oleh syaitan-syaitan durjana. Dari muka memerah mulalah bertukar merah menyala. Peluh pun membanjiri mencurah curah dari dahi. Bagaikan dia sedang terpanggang diatas bara api. Dan bermulalah kesakitan bersalin yang dirasa bertukar bagai sesi mencabut nyawa. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana pedih dan peritnya menahan rasa. Apabila perut yang didalamnya ada janin mula hendak hancur berkecai. Apa yang dia mampu hanyalah isbatkan hatinya kepada ALLAH bersama doa Nabi Yunus yang tidak henti diamalkannya dari semalam. Tidak berapa lama kemudian suami yang berguna itu pun mula memunculkan diri. Namun hanya dipandangnya isteri kesayangannya itu yang sedang bergelut dengan nyawa untuk melahirkan zuriatnya sendiri. Dan juga bergelut dengan syaitan untuk mempertahankan nyawanya dan juga janinnya supaya tidak menjadi mangsa akan kebodohan seorang yang bernama manusia, bernama bapa dan bernama suami. YA.. Ija memang tahu lelaki itu hanyalah mangsa tipu daya syaitan. Bukan tidak dinasihatkan oleh ija, tetapi kalau dah bodoh tu bodoh lah juga. Lebih mempercayai kata-kata orang luar dari ahli rumah sendiri. Itulah padahnya. Orang luar berlalu pergi dengan riang rianya kembali kesarang. Mereka yang disinggahi pula hancur musnah rumah tangganya. Benarlah pesan Nabi berhati-hati dalam memilih kawan. Kalau kita dah berkawan dengan orang yang suka bermain dengan bomoh apa jadinya? Jadilah seperti cerita yang tertulis disini.
Beberapa hari selepas melahirkan, mulut Ija mula berbau seperti bangkai. Ija yang masih tidak lagi dapat melupakan akan azab yang baru beberapa hari berlalu. Mula terasa pelik. YA.. benarlah beberapa bulan sebelum dia melahirkan telah ada serangga halus yang bersayap mula memasuki rongga hidungnya bersilih ganti. Dan mereka tidak pernah keluar kembali. Dan juga beberapa kali Ija terhidu akan wangian kapur barus yang harum semerbak menghampirinya. Dan yang lebih menyedihkan hati Ija bila anaknya lahir dengan penuh lebam-lebam kehitaman bertompok-tompok. Memang seluruh tubuhnya hampir hitam legam. Namun Alhamdulillah dalam masa yang tak berapa lama, kulit anaknya terus bertukar cerah semula.
Tak sampai 3 minggu selepas peristiwa tragis itu, Ija pun mula mengangkatkan kakinya blah dari neraka itu bersama kesemua anak-anaknya. Terpaksalah dia meninggalkan suaminya yang semakin hari semakin terpesong itu, akibat dari mendengar cakap kawan- kawannya . Semasa Ija mula mengemaskan barang-barang suaminya agar dapat dia meletakkan kesemua barang suaminya disatu tempat sahaja. Untuk memudahkan suaminya apabila pulang dari musafir nanti tidak terkial-kial mencari kain baju dan barang-barangnya sendiri Ija telah terjumpa dengan dua botol kecil minyak putih yang bagaikan botol minyak atar itu yang didalamnya ada terendam secebis kertas yang berwarna kuning bertulis dengan tulisan hitam jawi lama.
Yang pada pandangan mata Ija bagaikan kertas itu adalah cebisan dari mukasurat sebuah kitab lama. Ada dua botol. Satu tidak digunakan langsung. Masih penuh . Dan satu lagi sudahpun terluak. Berhampiran botol-botol kecil itu ada tiga buntil empat segi kecil yang berwarna merah dan tiga buntil kecil yang berwarna kuning dan kelilingnya dijahit dari luar. Disebabkan diwaktu itu Ija tidak tahu apakah ia sebenarnya maka Ija dengan baik hatinya pun mulalah menyimpan barang barang itu kembali ketempatnya semula.
Barang yang sememangnya telah disorokkan oleh suaminya tanpa pengetahuan Ija didalam bilik tidurnya sendiri. Hanya setelah dia pulang kekampungnya dan mula bertemu perawat disebabkan bau bangkai dimulut Ija yang semakin teruk dan ditambah dengan batuk-batuk yang tiba tiba menyerang Ija dengan ganasnya bagaikan Ija adalah seorang pesakit T.B itu barulah Ija tahu yang minyak itu berkemungkinan minyak dagu.
Semasa berubat dengan ustaz dikampung.
‘’Dengan izin dari ALLAH ,jika ada sesiapa didalam tubuh ini, maka turunlah kalian kearah hujung kaki kesebelah kiri.’’ Kata ustaz sambil mengangkat tangannya dan membuat isyarat dengan mengarahkan tangannya perlahan-lahan menuruni tubuh Ija hingga sampai kehujung kaki kiri.
‘’Dengan izin dari ALLAH jika ada sesiapa berada dihujung jari kaki perempuan ini, maka gerak-gerakkanlah kaki ini.’’ Kata ustaz lagi. Dengan tak semena-mena kaki itupun bergerak sendiri. Ustaz bertanya lagi. ‘’Dengan izin dari ALLAH, JIKA ADA MINYAK DAGU YANG DICALIT DITUBUH PEREMPUAN INI MAKA TUNJUKKANLAH TEMPATNYA. Tangan kiri Ija pun bergerak sendiri menuju keperut dan berpusing pusing disekitar tempat itu.
Ustaz pun mengambil kelapa pandan yang belum ditebuk lalu melubangkannya. Sebelum ustaz masukkan beberapa biji lada hitam kedalamnya. Kemudian ustaz mula membaca ruqyah dan menghembus kedalam kelapa pandan tersebut. Ustaz kemudian meminta Ija menghabiskan kesemua air kelapa pandan itu disitu dan dimasa itu juga. Dan kesemua lada hitam itu pun hendaklah ditelan juga.
‘’uweeekkk… terus Ija berlari kebilik air memuntahkan segala isi perutnya.
Tidak lama selepas Ija dirawat ustaz tersebut akhirnya dia pun pulihlah dari batuk-batuk yang bagaikan pesakit T.B Dari mulut yang berbau bangkai yang mana siapa yang terhidu air ludahnya pasti akan hampir termuntah. Dan dari rongga hidungnya yang seringkali dimasuki oleh serangga-serangga. Yang dikata ustaz binatang itu masuk kerana Ija telah pun berbau seperti bangkai kerana minyak dagu itu asalnya dari bangkai (mayat) menunjukkan minyak itu telah lama sebati dengan dirinya.Juga dari harumnya kapur barus yang sesekali datang menghantuinya. Alhamdulillah Ija juga pulih dari satu tabiat pelik yang selalu dilakukannya sebaik saja dia kembali kepangkuan keluarganya.
‘’ MAMAAAAAAAATTTTT…. Jerit Ija tiba- tiba lantang dengan penuh kemarahan. Disusuli pula dengan dadanya yang berombak-ombak seperti menahan kemarahan yang bersangatan dihatinya. Namun dalam sekelip mata nada suara Ija berubah kepada
‘’MAMAAAAATTTTTT…. HUUUUU… UUUU…. HUUUUU… UUUUUU…
Dengan airmata yang mengalir bagaikan air terjun dan dadanya yang semakin lama semakin sesak dek kerana menahan kerinduan yang terlalu dalam kepada mamat pemusnah hidupnya dan hidup anak-anaknya itu.
‘’Patutlah Ija hampir gila setiap kali dia mahu meninggalkan mamat sebelum ini.’’ Bisik mata-mata yang memandang.
Ada sekali Mamat datang lagi untuk merayu rayu Ija dengan lakonan tangisan dan airmatanya seperti selalu. Namun Ija katakan pada ibunya
‘’Mak kalau cheq tiba tiba nak ikut mamat balik, mak tambatlah kaki cheq dekat besi katil ini. Dengan linangan airmata Ija berbisik didalam hatinya ‘ hang terlalu bodoh mamat. Aku terima hang semasa hang tak punya apa-apa. Aku lurutkan barang kemas pemberian ibu demi untuk membayar hutang hang. Aku bekerja bagai orang gila walaupun didalam pantang demi sesuap nasi yang bukan saja untuk mulut anak aku tetapi juga mulut hang. Malah untuk membayar hutang hang yang bertimbun-timbun yang kemudiannya hang longgokkan semuanya atas kepala aku. Aku rahsiakan perilaku buruk hang dari keluarga hang sendiri.
Sebab aku taknak hang masuk neraka kalau hati mak hang terluka kat hang. Aku tunggu hang berbelas tahun semata-mata untuk aku usaha agar aku dapat bawa hang kembali kejalan yang diredhai. Tetapi apabila hang dengan bongkaknya mengatakan yang aku sesekali takkan tinggalkan hang walau apapun yang hang lakukan kepada kami, maka ketika itu baru aku tersedar yang HIDAYAH itu sememangnya bukan didalam genggaman aku.
Aku mungkin dipandanganmu hanyalah orang bodoh yang terlalu sabar dalam mengikut telunjuk mu. Tetapi apa yang hang tak tau sekali sabar itu tiada lagi maka seluruh dunia ini pun boleh hancur berkecai.’ Kata hati Ija bila mamat menamatkan perbualannya ditalian setelah Ija enggan menemuinya yang sedang menangis teresak –esak diluar sana dihadapan orang. Dan seperti biasa bila dibelakang mata mata yang memandang, sebaris ayat mamat lemparkan kepada Ija.
Kata Mamat didalam talian tadi
‘’ SERONOK LA AAAAA….. DAH TERLEPAAASSS…. Penuh dengan nada yang berbaur dendam.
#KISAH BENAR YANG DIOLAH SEMULA
#NURY IRFAN
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dah mamat tu kenapa.. buat bini sndr
ko tak paham ke dalam cerita ni, mamat tu punya perangai macam mana? Sebab tu dia kenakan biar jangan lari.
Xde la, jahat gila. Kata syg tp buat mcm tu..
tak bole ke buat cerita takde sambungan bagi abis terus je?
ada sambungan ke?
kalau awak bce cerita nury dr first , awk akn paham jalan cerita die.
apa kes la laki dia tu.. geram pulak rasa
bini sendri pun nk calit mnyk dagu tuh ke. xgune punyer jntan..
#cumel