# Nury : SRI DAN SANG KURIANG

Namaku Sri. Usiaku sudah mencecah tiga siri. Namun sehingga kini masih sendiri. Tiada berteman apatah lagi punya kekasih atau suami. Dek karena satu ceritera luka diwaktu yang lalu. Diwaktu usiaku masih lagi dua siri. Tampilnya aku disini bukan ingin membuka aib sendiri. Apatah lagi membuka pekung didada. Tetapi karena aku telah melihat akan satu fenomena yang menjadi kegilaan gadis dan wanita baru baru ini. Lalu ku harapkan semoga kisah penuh aib lagi menyiksa penuh derita ku ini. Dapat mencelikkan mata dan membuka minda anda yang terhanyut didalam anganan fantasi sendiri.

Fantasi yang anda fikir indah itu, sebenarnya adalah reality kejam untuk mereka yang pernah merasainya. Walaupun mungkin zahirnya kelihatan indah, seperti indahnya kisah Yael dan Hani, Cha dan Sufi. Tetapi realitynya tetap kan berakhir dengan airmata jua buat mereka yang mahu berfikir. Disini aku persembahkan kisah cinta lagi mengerikan antara aku dan dia.

SRI DAN SANG KURIANG

Sewaktu aku didalam usia remaja, aku tergolong didalam kalangan mereka yang diberi sedikit akan indahnya paras rupa. Yang sebenarnya aku pun langsung tidak menyedarinya walaupun aku sering menjadi mangsa cemburu rakan rakan persekolahanku. Ku fikir ia adalah karena prestasi pelajaranku dan sedikit namaku yang sering menjadi perbualan guru-guru.
Namun sebaik sahaja aku tamat pelajaran menengahku, belum sempat kujejakkan kaki ke menara gading, pinangan demi pinangan bertalu-talu memberi salam kepada orang tuaku. Dek karena kasihnya orang tua ku kepada ku, lalu setiap pinangan itu ditolak satu -persatu. Ditolak dengan penuh kelembutan. Ditolak dengan penuh adab dan sopan. Dijaga tutur dan bicara. Agar tiada hati yang terluka.

Namun sayangnya. Ada yang tidak dapat menerima hakikat. Akan takdir dan jodoh yang telah tersirat. Lalu bermulalah sebuah ceritera. Akan hikayat sejuta duka. Derita lagi sengsara. Oleh sebuah cinta dari seorang pemuda, disambung pula sebuah cinta dari pendampingnya iaitu SANG KURIANG. Yang pada mulanya diutus oleh pemuda untuk membawa cinta hatinya iaitu aku kedalam genggaman tangannya.

Akan tetapi tiba-tiba sahaja dikhianati oleh Sang Kuriang itu sendiri. Karena sebaik sahaja dia tiba dihadapanku. Katanya aku telah membuka pintu hatinya. Lalu dihulurkan cinta sucinya lagi tulus ikhlas dari dalam lubuk hatinya. Sebuah cinta yang kemudiannya memusnahkan seluruh masa depanku hingga disaat kisah ini sedang ditulis. Ditulis oleh seorang sahabat dialam maya, karena aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk memulakan akan penulisan kisah hidupku ini.

‘’ Aku terlalu mengasihi dirimu. Lihatlah akan cintaku ini. Aku tahu kau dapat merasakannya. Akan ku bahagiakan hidupmu. Untuk selamanya sayangku. Kau sudah terlalu menderita karena pemuda itu. Aku cuma ingin lihat kau bahagia. Tidakkah kau melihat? Aku sentiasa ada disisimu. Wahai kekasih hatiku.’’ Kata Sang Kuriang sebelum dia kemudiannya mula membelai-belai rambutku. Mengusap-ngusap wajahku dengan penuh kasih dan sayang. Bagaikan seorang suami yang berjumpa dengan si istri dimalam pengantin.

Menderita.. ya.. memang aku menderita. Karena sebelum Sang Kuriang itu diutuskan kepadaku, pemuda itu terlebih dahulu telah mengenakan aku dengan ilmu pengasihnya. Yang mungkin dikirim kedalam makanan atau minumanku. Yang menyebabkan aku kemudiannya menjadi gila. Terlalu gila. Gila akan bayang-bayangnya. Gila akan tuan bayangnya. Dan berakhirlah perjalananku dimedan pembelajaran. Dan sekaligus tertutuplah sudah masa depan hidupku. Karena lagakku bagaikan orang yang tidak siuman.

Siang dan malam terbayang-bayang. Perasaan yang dulunya benci mula bertukar menjadi sayang. Sehingga aku pun digelar sebagai orang gila. Lagi tidak siuman oleh ibuku sendiri dan juga oleh mata-mata yang memandang. Malah bertambah malang lagi apabila aku diumpat dan dicaci oleh mereka yang busuk hatinya. Mereka yang sememangnya hidupnya hanya tahu untuk mengeji tanpa sekali pun mencuba untuk mengerti.

Sekali dulu pernah aku diruqyah oleh seorang perawat. Dan itulah kemunculan pertama Sang Kuriang didalam hidupku. Aku yang pada mulanya diruqyah karena gila bayangku kepada sipemuda durjana itu. Akhirnya mula diruqyah untuk memisahkan Sang Kekasih Hati yang rupa-rupanya telah pun mendiami didalam tubuhku sendiri. Tanpa aku menyedari itulah huluran pertama cintanya padaku. Lamaran seorang lelaki yang mengaku dirinya punya sebuah pemerintahan dibawahnya. Dan yang mengaku dirinya itu terlalu jauh dari agama.

Namun akan coba untuk mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Sebagai tanda kasih yang tidak terbanding, kasih yang sebenar-benar kasih. Kasih suci lagi sejati. Walaupun dirinya menahan seksa dibakar oleh ayat-ayat sucinya Tuhan namun tetap dia tidak berganjak dari sampingku. Tetap dia tidak berganjak dari dalam tubuhku sendiri. Dan katanya itulah bukti cintanya kepadaku. Katanya tidak mengapa. Biar apa sahaja yang melanda. Biar apa sahaja yang membadai. Tidak sekali-kali dia ingin meninggalkanku. Karena cinta sememangnya memerlukan pengorbanan. Dan itulah bukti cintanya kepadaku.

‘’ Ya.. aku memang diutuskan oleh pemuda itu. Untuk kubawa gadis ini kepangkuannya. Tetapi aku tidak sebodoh itu. Karena aku inginkan dia untuk diriku sendiri.’’
Begitulah lebih kurang tempikan Sang Kuriang kepada Ustaz perawat itu. Mengucap semua ahli keluarga dan mereka yang berada disitu. Termasuk Ustaz perawat itu. Karena inilah pertama kali dalam sejarah rawatannya, apabila pendamping yang dikirim memilih untuk mengkhianati yang mendampinginya sendiri. Semuanya atas nama CINTA…

Sang Kuriang itu, walau apa sahaja halangan. Semuanya dilalui dengan hati yang penuh tega. Biarlah apa sahaja yang terjadi sekali-kali dia tidak akan meninggalkan permaisuri hatinya. Yang ingin sekali hatinya menjadikan aku sebagai permaisuri di alamnya.

‘’Sayangku.. dengarlah rintihan hatiku ini. Aku tahu kau bukannya tidak menyayangiku.. tetapi dek Karena rasa taat Mu kepada TUHAN yang tidak membenarkan kita bersatu. Lalu kau pura-pura tidak menyayangiku. Aku tahu itu. Tetapi aku benar-benar menyintaimu. Aku benar-benar mengasihimu. Aku terlalu inginkan kamu. Karena aku tahu hatimu itu terlalu suci. Cintamu itu terlalu setia. Lalu salahkah aku mendambakan cintamu. Salahkah aku ingin menjadi pelindungmu. Salahkah aku bila aku berjuang untuk mendapatkan cinta hatiku.

Sayangku.. pandanglah kepadaku. Dengarkan suara hatiku. Sayangku.. kasihanilah aku.. sesungguhnya aku dapat merasakan cinta dan kasih yang telah berputik didalam hatimu itu. Sayangku.. tolonglah.. sambutlah cintaku ini.. tolonglah wahai kekasih hatiku…’’

Maafkan aku wahai Sang Kuriang. Sememangnya aku mengaku yang aku hampir-hampir hanyut dengan rasa hatiku sendiri. Aahh.. siapakah yang tidak hanyut bila hampir setiap hari dipujuk dan dirayu-rayu dengan kata-kata yang penuh romantic. Dibelai-belai rambut dan wajah dengan penuh kasih. Malah didakap erat dan dikucup bibirnya dengan penuh romantic. Oh! Tuhan.. berikanlah aku kekuatan agar aku tidak tewas dengan mainan perasaan. Karena aku masih punya iman. Walau secebis cuma. Ku tahu ia hubungan terlarang. Dilarang didalam agama. Lalu cinta yang hampir tumbuhnya subur dikamar hati. Kubakar ia supaya hangus menjadi debu. Walau dipipi mengalir airmata.

Mengenang cinta yang suci dan setia. Namun tak ingin aku menjadi hamba Tuhan yang derhaka. Dan tak ingin juga aku untuk meninggalkan keluarga tercintaku untuk hidup bersamanya dialam sana. Karena itulah pintanya. Supaya aku meninggalkan jasadku dipangkuan keluargaku. Dan berhijrah bersamanya dengan roh ku untuk tinggal dan menjadi istrinya dialam sana. Dan juga takhta permaisuri itu kan menjadi milikku. Dan seluruh pemerintahannya dibawah telapak kakiku.

‘’Sayangku.., mengapakah tergamaknya hatimu. Mengusirku dari sisimu. Sedangkan engkau tahu akan tulusnya cintaku. Sayangku.. aku teramat kasih dan cinta kepada mu. Aku tidak tahu bagaimana akan kutempuhi hidupku selepas ini. Mampukah aku untuk hidup tanpa dirimu disisiku. Sudah bertahun-tahun lamanya kita bersama. Mengapa harus kita berpisah jua. Sedangkan engkau pun jua tahu apa yang telah aku lakukan untukmu. Dan engkau pun jua tahu, Bagaimana aku bersusah-payah bertungkus-lumus melindungi dirimu dari ilmu-ilmu hitam yang dikirimi oleh pemuda itu?’’

Ya… begitulah katanya. Katanya selama ini dialah yang melindungku. Dari gangguan manusia dan jin. Katanyalah.. bukan kataku. Karena aku lebih percaya kepada ALLAH yang sesungguhnya adalah Maha Segala Maha Pemelihara.

‘’Sayangku… ku akur dengan keputusan mu. Ku terima walaupun ia terlalu perit untuk ku telan. Sebagai tanda kasihku pada mu. Sebagai tanda cinta sejatiku. Namun sayangku.. kau doalah supaya aku dapat menjadi seorang hamba yang soleh. Karena telah aku mendengari akan sebuah perkhabaran yang barang siapa sewaktu hidupnya didunia ini menurut segala kehendak ALLAH, maka diakhirat kelak ALLAH s.w.t akan menurut segala kehendaknya. Lantaran itu kekasihku.. aku ingin sekali menjadi seorang hamba soleh agar dapatku memohon diakhirat nanti untuk bersama mu di akhirat kelak. Oh! Sayangku.

Mengapa kita dijadikan berbeza alam. Oh! Kasihku andai ini terakhir kalinya kita bersua. Kau dengarlah rasa hatiku.. sesungguhnya aku benar-benar menyayangimu. Aku benar-benar menyintaimu.. Namun tidak mengapa wahai sayangku.. demi cintaku pada mu. Kan ku korbankan rasa hatiku sendiri. Selamat tinggal sayangku.. selamat tinggal kasihku..’’
Ya.. dia pun berlalu pergi dalam hidupku. Katanya untuk selamanya dia tak akan menggangguku lagi. Karena ia adalah permintaanku sendiri. Namun benarkah kata-katanya itu. Ya.. biarlah.. biarlah hanya ALLAH yang lebih tahu.

Dan sayangnya.. janji tinggal janji. Segala kata dimungkiri. Dek penangan cinta yang tidak tertanggung lagi. AKHIR nya dia muncul kembali. Dia yang dulu kata-katanya penuh puitis membelai jiwa. Dia yang dulu tindak-tanduknya penuh romantic dan nyaman dikalbu. Mula menzahirkan siapa dirinya yang sebenar. Tiada lagi kata-kata cinta ucapan syahdu yang membelai dikalbu tetapi yang ada hanyalah kata-kata kasar penuh amarah. Tiada lagi tindak-tanduk romantic yang membelai jiwa tetapi yang ada hanyalah tindakan kasar penuh amarah beserta ghairah.
Pang..‘’

Tiba-tiba sahaja dia kembali lalu dihadiahkan sebuah pelempang dipipiku. Apabila adanya ura-ura urusan perjodohanku menjadi rancangan ibu dan bapa. Rupanya dia terlalu cemburu. Menyebabkan dia kembali lagi.

‘’Ingat kau milikku.. dan sesekali tak akan kubiarkan dirimu menjadi milik orang lain.’’ Ucapnya penuh amarah sebelum dia mula membelai rambutku dan wajahku. Bukan lagi dengan penuh kasih tetapi dengan penuh ghairah. Dikucup-kucupnya bibir dan wajahku. Sebelum akhirnya dia mula menjadikan tubuhku sebagai santapan nafsunya. Begitulah hidupku untuk beberapa waktu. Hingga akhirnya aku mula kelelahan.

Dek karena sering menjadi santapannya tanpa kerelaanku. Bagaimana hendaknya aku dirawat sedangkan dia tidak lagi berada didalam tubuhku. Datangnya sesuka hatinya demi sekadar untuk memuaskan nafsu. Hiduplah aku sengsara berteman airmata. Bukan sekadar itu lakunya. Bahkan dia mula mengugutku. Jika aku punya kekasih, akan dihitungnya kekasihku itu. Jika aku baru saja ingin berteman. Maka hadirlah dia untuk memecahbelahkan. Membuat hidupku bertambah hancur lagi.

Dihancurkan oleh satu makhluk yang pernah mendakwa akan cintanya adalah sebuah cinta sejati.
Wahai perempuan diluar sana. Usah kalian bermain dengan api. Karena bila sudah terpercik apinya maka terbakarlah semuanya tiada bersisa.

Dan aku..
Hiduplah aku begini penuh sengsara dan airmata
Dan kepada anda readers Fiksyen Shasha ingin ku memohon. Doa-doakanlah aku bertemu bahagia.

Dan tamatnya derita sengsara ini.
Dan kepada sahabat alam mayaku.. Sis Nury Irfan terima kasih sudi mendengar luahan hatiku.. dan juga sudi untuk mengolah semula kisahku ini. Agar dapat dijadikan pengajaran buat mereka yang ingin berfikir.
Dan kepada Admin Fiksyen Shasha terima kasih jika cerita ini diterima untuk dipublishkan.

#KISAH BENAR YANG KU OLAH SEMULA BERDASARKAN KISAH HIDUP SEORANG
#NURY IRFAN

7 thoughts on “# Nury : SRI DAN SANG KURIANG”

  1. Penulis cerita sy agak seorang penulis novel jadi gaya penceritaan lbh kepada penulisan novel. Kebanyakkan Pembaca FS ni lbh suka kpd cerita straight to the point dan bersahaja.
    Cerita ni awalnya saya turut kagum dgn cinta sang kuriang, tp bila dek cemburunya cintanya itu rupanya lbh kerana nafsu. Hilang rasa kagum.pd sang kuriang

    Reply

Leave a Comment