Nuzi – Minimarts

Salam sejahtera Fiksyen Shasha. Terima kasih sebab publishkan 2 kisah Nuzi sebelum ini. Terima kasih kepada semua pembaca yang membaca kisah Nuzi. Sayang korang semua ketat-ketat. Muahh!!

Hai! Nama aku Rin, 28 tahun berasal daripada Sarawak. Kepada yang tanya dekat ruangan komen tu aku ni bangsa apa? Rin kacukan Iban dan Cina. Peace!! Rin masih lagi belajar, sekarang ini memang kecoh dengan tesis kajian sebab bab Literature Review kena pangkah dengan supervisor. Kak Ponti pun turut gelak dekat aku tau. Cerita kak ponti ini lain kali je la habaq mai. Kali ini aku hendak cerita pasal kisah store simpanan barang dekat minimarts dan kisah lain berkaitan minimarts tempat Nuzi bekerja 2 tahun lalu.

Minimarts ini memang terkenal di Semenanjung Malaysia. Dekat Sarawak aku tak pernah jumpa pun tapi dekat Semenanjung Malaysia jarak kedai dia dalam 100 meter dari satu sama lain pun ada. Murah lagi dekat. Terbaikkk!!! Okay okay berbalik kepada ceritanya. Tapak minimarts ini dulu asalnya tapak klinik, sekarang klinik itu dah pindah ke kedai bersebelahan dengan minimarts ini. Menurut cerita kawan-kawan sekerja Nuzi, store minimarts ini memang keras. Tapi menurut aku pulak, satu premis itu memang keras. Kenapa? Sebab aku ada kisah tersendiri dekat minimarts itu.

Kejadian-kejadian dekat minimarts itu, yang pertama aku dengar ialah pasal ada budak baru start kerja kena ganggu. Nama budak ini Syaf, dia ini jenis kepala masuk air. Dia ada tabiat suka sergah orang tak tentu pasal, kalau tak pun dia tidur dekat rak tempat susun barang tutup seluruh badan dia dengan kotak. Kena pijak tau menjerit. Kisah Syaf ini dengan store tu terjadi pada suatu hari pada masa itu hujan lebat. Dia naik lif barang ke tingkat 1 dengan hasrat dia hendak sergah si Nuzi sebab dia nampak Nuzi masuk pintu ke tangga store. Masa dia sampai dekat tingkat 1 tu dia tak ada nampak pun Nuzi dekat depan store jadi dia masuklah ke dalam store. Dalam store pun dia tak ada nampak Nuzi, dia ingat Nuzi saja hendak kenakan dia.

Dia panggil-panggil tak ada yang menjawab. Lepas tu dia jeritlah panggil Nuzi, kebetulan masa tu Nuzi ni hendak pergi tandas. Tandas dengan pintu tangga ke store tu bersebelahan je jadi Nuzi boleh dengarlah suara budak Syaf tu menjerit. Nuzi jawab balik, cakap dia dekat bawah dan Syaf tu hendak mampos sebab terjerit-jerit. Apabila Syaf dengar Nuzi ada dekat bawah dia dah cuak dah, masa ni dia pusing dekat pintu store hendak menuju ke lif barang, dia ternampaklah ekor keluar dari pintu lif tu. Ekor panjang dekat hujung dia macam ada segi tiga macam tu lah menurut si Syaf ni. Lepas dia nampak ekor tu dia dengar macam orang gelak tapi suara gelak tertahan dalam halkum. Dia pun apa lagi lari lintang pukang dekat tangga tak sampai bawah lagi dia dah terjun. Tertiarap budak tu dekat depan tandas. Kecoh juga satu minimarts tu sebab dia. Nasib baik budak tu tak patah riuk, bukan sebab apa aku cakap patah riuk, sebab dia memang kurus sangat.

Kecoh-kecoh tu, Manager dia orang datanglah tanya kenapa. Masa tu masih lagi Manager muka susah-nak-senyum tu. Dia orang panggil dia Botak. Mula-mula Syaf tak hendak beritahu apa terjadi lepas tu baru dia cerita pasal ekor dan ketawa tu. Botak pun tanyalah dekat Nuzi, ‘Nun, ko betul tak ada naik kat atas tadi?’. Nuzi geleng kepala je. Lepas tu, Cintaku (nama dia ni memang Cintaku okay) yang jawab ‘Nuzi jaga kaunter dari tadi lagi. Ada ke belakang sekejap je sebab dia nak pergi tandas.’ Semua senyap. Syaf pula esok harinya MC sebab demam.

Selepas kejadian tu, Syaf ni tak serik juga hendak sergah orang. Kira-kira seminggu ke dua minggu macam tu lah, dia buat hal lagi. Masa tu dia tolong seorang lagi budak nama Aiman angkat barang turun dari store untuk disusun dekat rak. Lepas habis punggah semua barang tu, si Botak suruh dua orang tu pergi kemas dan bersihkan store sebab hari Isnin nanti lori datang hantar stok baharu. Masa tu lah si Syaf ni datang idea gila dia nak sergah Aiman. Dia suruh Aiman turun bawah ambil baldi dan mop. Aiman pergi turun ambil utilities dekat bawah, semasa Aiman turun bawah Syaf ni pula menyorok dekat balik bongkah kotak.

Aiman masuk je store tak ada nampak Syaf, dia panggil-panggil tak ada menyahut juga. Masa ni Aiman tertengok dekat bongkah kotak yang banyak tu ada sepasang mata merah pandang dekat dia. Dia nampak ekor juga. Tiba-tiba juga Syaf keluar sergah Aiman. Semasa dia keluar mengejut tu dia terlanggar kotak botol Soy (air soya dalam botol kaca tu). Berderai pecah satu kotak. Masa ni Aiman tiba-tiba marah sangat-sangat sampai dia maki Syaf. Dia juga tanya banyak kali kenapa Syaf buat dia macam tu apa salah dia? Syaf sengih-sengih je tengok Aiman.

Budak Aiman ni dah berang sangat dia pergi campak semua baldi, penyapu dan mop. Bertambah bersepahlah tempat tu. Tak disangka dan dijangka, penyapu yang Aiman campak tu tiba-tiba terapung sendiri dan pukul Syaf banyak kali. Masa kejadian tu staff minimarts yang lain pun nampak sebab dia orang bergegas naik apabila dengar bunyi benda jatuh berderai dengan suara Aiman menengking Syaf. Semua orang dah terkedu. Lama juga budak Syaf tu kena hambat dengan penyapu tu. Malam tu aku terjumpa dia masa makan dengan Nuzi, berbirat woo tangan dan badan dia kena tibai penyapu tu.

Malam selepas kejadian tu, aku ikut sekali Nuzi tu makan dengan geng tempat kerja dia sebab nak minta aku korek rahsia apa yang Aiman nampak sampai dia marah sangat. Aiman ni jenis hijab terbuka, dah banyak kali dia tutup hijab dia tapi masih juga terbuka. Budak ni suka sharing cerita dia dengan aku sebab aku pun boleh nampak benda pelik-pelik. Aku bukan boleh nampak dengan mata kasar, aku lebih kepada merasa kewujudan entiti ghaib tersebut, kadang-kadang je nampak secara nyata. Aiman ni pula nampak dengan mata kasar sebab tu dia cepat stress.

Aku tanya la dekat Aiman apa dia nampak, pujuk dia juga jangan marah-marah dah. Aiman baru je 19 tahun masa tu, senang sikit nak sejukkan hati budak. Kalau dia sebaya aku, aku lari dululah mau kena penumbuk sedas nanti. Lepas aku tanya tu, Aiman diam lama juga sebelum dia cakap dia nampak benda hitam, tinggi, mata merah, berbulu dan ada ekor berdiri dekat belakang Syaf masa Syaf sergah dia. Sebab tu dia jadi marah dan tengking Syaf, dia jadi emosional sebab dia anggap Syaf saja hendak umpan benda tu muncul dengan menyorok macam tu. Aku tanyalah macam mana ekor benda tu? Aiman kata ‘Ekor dia hitam panjang hujung dia segi tiga, kak.’ Jeng jeng jeng! Pucat lesi muka Syaf bila dengar kata-kata Aiman.

Sejak tu, Syaf dah tak berani pergi store seorang diri dan tak berani hendak sergah siapa-siapa. Sehinggalah satu malam semasa kita orang makan dekat warung depan minimarts tu. Aiman tiba-tiba buka cerita pasal minimarts tu ada hantu perempuan. Dekat store tu juga. Masa ni pula Syaf hendak bergurau dengan kata ‘Aku tak takutlah dengan hantu perempuan tu, kalau aku jumpa dia aku jadikan dia akak aku. Amacam cun tak?’. Aku cakap dekat dia jangan riak sangat, nanti benda tu dengar haru hidup. Dia masih juga cakap hendak panggil benda tu kakak lah mummy lah. Lepas balik makan tu, masing-masing balik jalan kaki. Aiman, Nuzi dan aku balik satu jalan yang sama. Syaf pula jalan lain. Dia balik seorang.

Syaf yang berjalan berseorangan itu telah diikuti oleh ‘kakak’ dia. Esok hari dia demam, mak dia datang jumpa Botak cakap Syaf tak berhenti meracau suruh perempuan pergi sebab hodoh sampai tak boleh hendak pergi kerja. Dia datang kerja seminggu selepas dia demam tu tapi esoknya dia tak datang kerja dan terus berhenti. Dengar ceritanya dia kena ganggu tiap malam oleh ‘kakak’ dia. Aiman pun berhenti sebulan kemudian sebab tak tahan ada benda dekat store tu berminat dekat dia. Hantu perempuan tu lah. Hantu perempuan tu juga yang aku selalu nampak ikut Nuzi balik dan pergi kerja. Dia suka himpit-himpit orang masa tengok tv. Sesak!

Nuzi pun ada pengalaman dia sendiri dekat minimarts tu tapi bukan dekat store, pengalaman dia dekat bilik rehat. Ada suatu ketika ni, dia cakap dia malas hendak balik rumah solat setiap kali masuk waktu jadi dia bawalah telekung dia dan solat je dekat bilik rehat tu. Pertama kali solat dekat situ, dia kena penampor sedas dekat pipi kiri. Dia cerita dekat aku masa tu dia baru je hendak dirikan solat. Dah kena penampar, dia keluar dari bilik rehat tu sambil pakai telekung balik rumah. Rumah kita orang jalan tak sampai 5 minit pun dari minimarts tu. Sejak tu dia memang tak hendak solat dekat minimarts tu. Serik katanya.

Kejadian lain Nuzi alami masa dia tidur atas bongkah kotak sebab dia sakit kepala. Dia tidur dekat bongkah kotak dalam bilik rehat tu juga. Tiba-tiba kena tolak sampai jatuh macam buah nangka. Dia beritahu Botak dia hendak MC dan balik rumah. Malam tu baru aku hantar dia pergi klinik lepas aku habis kelas lah. Kisah Nuzi kena ikut dengan hantu perempuan tu aku dah cerita dekat kisah sebelum ni.

Aku pun ada kisah dengan minimarts tu. Haha! Kisah tu terjadi pada malam hari Selasa. Tarikh dan bulan aku tak ingat tapi aku ingat masa tu pukul 11 malam pada tahun 2015. Aku baru je balik dari kelas Medicine, ingatkan hendak berehat apabila Whatsapp Nuzi masuk, ‘Rin, jum makan dekat warung merah malam ni.’ Aku tahu dia habis kerja pukul 10 malam jadi aku keluar dari rumah pukul 10.15 malam. Sampai je depan minimarts tu aku nampak dia orang berkumpul ramai-ramai depan minimarts. Aku Whatsapp Nuzi, tanya apa terjadi sampai dia orang berkumpul macam hendak kenduri. Nuzi datang dekat aku cakap ‘Kunci moto manager Botak hilang. Dia tak bagi kita orang balik lagi sebab dia tuduh Syaf dan Aiman yang sorokkan.’ Hohoho, kejadian ni sebelum Syaf nampak ekor dalam lif ye para pembaca.

Disebabkan Nuzi tak dibenarkan balik, aku pun join sekali ‘kenduri’ tu. Masa tu aku duduk dekat tiang, sekali si Botak tu pergi belasah moto dia depan-depan aku sampai pecah, tercabut cover dan cermin moto tu. Kesian moto tu tak bersalah. Aku bangun dan duduk dekat lantai sebelah tepi grill. Ye lah kan dia tu mengamuk moto dia, tak pasal-pasal dengan aku dia tibai karang. Mau nya bertumbuk dekat situ ala-ala MMA UFC. Haru hidup!

Masa aku duduk dekat tepi grill tu, Nuzi datang join sekali. Aku borak-borak dengan Nuzi sebelum budak Nuzi ni utarakan idea gila dia. Dia kata ‘Rin, cuba ko tanya dekat hantu-hantu dekat minimarts ni ada tak dia orang nampak kunci moto si Botak tu? Kalau terusan macam ni esok pun belum tentu kita balik.’ Aku jawab dekat dia ‘Ko gila ka apa nak suruh aku bercakap dengan hantu?’ Selamba pula budak Nuzi ni jawab ‘Ko kan memang berkawan dengan hantu.’ Ciss!!

Selepas tu aku cakap dekat Nuzi aku tak suka bercakap dengan hantu. Kemudian, semua senyap. Dalam 10 minit selepas tu, masa aku syok main COC dekat hp aku, tiba-tiba ada jari cuit punggung aku. Aku tolehlah dekat sebelah kanan. Tau aku nampak apa? Aku nampak tangan, hujung baju dia putih, kuku dia panjang lambai dekat aku lepas tu dia tarik masuk tangan dia dalam grill tu. Aku lama juga blur, susah hendak hadam benda apa yang aku nampak tu. Kemudian, aku tengok jari tadi tolak keluar kunci moto tu sikit-sikit dari bawah grill tu. Lepas tu tangan tu sekali lagi lambai dekat aku dan tunjuk dekat kunci tu.

Aku pandang budak Marvis dekat depan aku, mana tahu dia nampak tangan tu kan. Dia buat tak tahu je aku pandang dia. Aku yang bangang sebab aku lupa budak tu juling, dia pandang kawan dia bukan aku. Aduhaiii.. Lama juga tangan tu melambai sehingga aku toleh dekat Nuzi dan cakap ‘Nuzi, tu kunci siapa?’. Semua pandang dekat tempat yang aku tuding. Nuzi terus bersuara, ‘Aah tu lah kunci moto si Botak!!’ Dia capai kunci tu dan bagi dekat Botak. Botak dengan muka bengis dia tanpa cakap terima kasih semua terus start moto dia pecut laju-laju. Aku tengok je dia tu blah macam tu je sambil cakap dalam hati ‘susah sangat ke nak cakap terima kasih dekat orang?’

Lepas si Botak tu blah, staff minimarts yang lain sibuk pula tanya dekat aku macam mana aku jumpa kunci tu. Aku terus-terang je lah yang ada tangan kuku panjang bagi kunci tu dari bawah grill. Kemudian aku tanyalah dekat dia orang sebelah dalam grill tu ada ruang tak? Nuzi yang jawab, dia kata sebelah grill tu betul-betul dinding, tak ada ruang langsung. Aku pun ‘ahaa okay’. Dia orang tanya aku kenapa aku tanya soalan tak berapa hendak cerdik tu, aku ulanglah balik yang aku nampak tangan kuku panjang, hujung baju dia putih cuit aku dan bagi kunci moto tu. Dia orang tu tak dengar ke apa aku cakap mula-mula tadi.?

Selepas je dengar penjelasan aku kali kedua tu semua bertempiaran lari. Nuzi siap heret aku balik tapi aku hendak pergi makan. Balik rumah pukul 1 pagi. Haha! Kejadian malam tu hendak kata aku ni mata menipu tuan dia tapi memang staff yang lain cakap dia orang tak jumpa pun kunci dekat situ dan dah banyak kali cari dekat kawasan tu. Mungkin kakak tu terjumpa dan pulangkan kot. Kita pun tak tahu kunci tu jatuh dekat mana sebenarnya. Tak lama selepas kejadian kunci tu, Botak berhenti kerja sebab apa pun aku tak tahu.

Selepas Nuzi berhenti kerja dekat situ aku dah tak tahu kisah minimarts tu. Tahun 2016 store minimarts tu terbakar. Punca tidak diketahui.

Berbalik kepada kenapa aku cakap premis tu memang keras sebab tempat jamming dekat atas tingkat 2 tu pun selalu kena usik. Haha! Kepada sesiapa yang kenal aku, Rin, dan yang suka sangat suruh aku berinteraksi dengan benda ghaib untuk kau orang. Berhentilah ya, sebab benda tu memang sentiasa ada disekeliling kita seperti kita sentiasa ada disekeliling mereka. Tapi Tuhan wujudkan dinding agar kita tak nampak satu sama lain adalah bersebab. Ada banyak sebabnya. Dan aku selalu kata dekat sesiapa yang minta aku jadi penghubung dua alam:-

“Kita boleh nampak mereka bila mereka mahu,
Kita boleh dengar mereka bila mereka ingin,
Jangan diminta hubungan yang terlarang,
Tuhan tahu baik buruk sesuatu kejadian itu,
Maka dia wujudkan dinding di antara dua alam,
Usah dikejar, usah dicari,
Alam yang bukan untuk kamu.”

Ingat ya semua, jangan taksub mahu mencari mereka nanti sendiri terseksa. Kisah seterusnya mungkin kisah perjalanan Nuzi, aku dan geng Nuzi ke Cameron Highlands, jika ada pembaca yang berminat dengan kisah itu. Hehe… Have a nice day!!!

12 thoughts on “Nuzi – Minimarts”

  1. Poyolah boss Botak tu…
    Iye2 akk ingtkan die kerasukan mse dok belasah motor tu…
    Die punye ngamok, Cik Ponti pon segan nk kuor…
    Huloq kunci memalu ikot bwh grill jer jadinye…
    Hehehheehhe…

    Reply
  2. Nk tanya Shaf tu laki ke pompuan?
    Mesti hantu pompuan yg suka kt Nuzi tu bg kunci tu kan…baik lak dia tlg pulangkan kunci huhu…

    Reply
  3. Terbaik..!! Gaya penulisan yang superb (utk santai2 je, bukan utk yg serius mius). Mudah difahami kronologinya. Nanti share la cerita lagi ye…

    Reply
  4. “Dia ada tabiat suka sergah orang tak tentu pasal, kalau tak pun dia tidur dekat rak tempat susun barang tutup seluruh badan dia dengan kotak. Kena pijak tau menjerit”

    hahaha. kelakar part ni. tapi kau mmg ade keberanian sangat2 . siap ade tangan pon kau leklek jee. kalau aku blom nmpk pon dh mcm2 aku imagine ?

    Reply

Leave a Comment