Opah Bidan
#bycikguhana
Assalamualaikum semua…
Selamat membaca pengalaman saya yang seterusnya. Kejadian ini berlaku lima tahun lepas, ketika saya lahirkan anak kedua.
Itu adalah kali pertama saya melahirkan secara normal. Jadi perasaan sedikit ngeri di situ. Entah kenapa saya rasa kelahiran csaerean untuk anak sulung lebih mudah penjagaannya. Mungkin rezeki saya ketika itu, csaer yang mudah sembuh. Wallahualam. Rezeki masing-masing kan berbeza..
Jadi, sebagai persediaan, saya survey tukang urut lebih awal. Seawal usia kandungan lima bulan. Kebetulan baru tahu, di tingkat bawah rumah saya ada seorang bidan. Sudah tua orangnya, tetapi tetap cergas melakukan urusan seharian seorang diri. Kagum dengannya, kadang-kadang saya meluangkan masa berbual seketika. Detik itulah, saya tahu bahawa dia adalah seorang bidan tradisional. Lega hati saya kerana pencarian saya berhasil. Tambahan pula, disokong oleh seorang ibu pelajar saya, yang pernah menggunakan khidmatnya ketika dalam pantang. Sejak berkenalan dengannya yang saya panggil “opah”, acapkali juga saya berurut ketika masih pregnant, kerana sakit2 pinggang dan kaki. Jadi, perkenalan kami bertambah erat. Menurut Opah, dia dapat ilmu mengurut dari mimpi. Wah, hebat… Sebab nenek kepada Opah juga merupakan seorang bidan di kampungnya. Tetapi ibu kepada Opah bukan bidan. Tiba-tiba kebolehan perbidanan diperturunkan kepada Opah dalam mimpi. Wahhhh.. Hebatnya!!! Dalam mimpi pun boleh belajar ilmu. Saya, kalau bermimpi, memang tak ingat dah apa yang dimimpikan..
Tibalah hari saya melahirkan. Dua hari relaks santai di wad, maka saya pun dilepaskan pulang. Bukan main perlahan saya berjalan.. Iya, pertama kali bersalin normal katakan.. Petang itu juga, suami bawa si baby keluar kononnya untuk ambil angin petang. Terserempak dengan Opah. Suami dengan gembiranya tunjukkan anak kami kepada Opah. Opah keras menegur. Kenapa baby yang baru lahir dibawa berjalan keluar rumah? Baby dalam hari baunya wangi katanya.. Nanti akan cepat dihidu oleh makhluk-makhluk di sekeliling. Sambil berkata begitu, mata Opah meligas memandang sekeliling. Suami pun setelah ditegur begitu, tidaklah tunggu lama, dia segera bawa anak kami pulang ke rumah.
Keesokkan pagi, seawal 7.30 pagi, kedengaran ketukan di pintu rumah. Saya masih lagi di katil. Sejuk pagi, dilawan dengan hangat tilam elektrik membuatkan saya terbabas tidur. Suami pantas menjenguk di lubang pintu.
“Yang, bangun. Opah datang. ”
“Hah? Opah datang nak buat apa? Awalnya…”
Sambil itu, suami telah pun bukakan pintu untuk Opah. Wanita tua itu terus menyelinap masuk ke dalam rumah.
“Opah datang nak mengurut la… Takpe tak mandi lagi, nanti Opah mandikan dengan air herba. Opah masuk dapur engko ni, nak panaskan tungku. Nanti elok dah siap urut, tungku pun dah panas. Bagi susu dekat baby dulu, nanti takde la kacau kita mengurut.”
Saya hanya menurut saranannya. Susukan baby sepuasnya. Kemudian, kami masuk ke bilik yang suami tetapkan sebagai bilik mengurut saya. Sambil mengurut, biasalah, mulut Opah tidak berhenti bercerita.
“Eh, engko tak bagi lagi uri anak ko kat Opah, kan?”
“Uri? Kenapa dengan uri, Opah?”
“Laaa… Kan Opah buat pakej.. Urut, tangas, mandi herba, bengkung, jamu pun nanti opah bagi. Sekali dengan uruskan uri . Mana urinya?”
“Cuba panggil abang. Rasanya dia yang uruskan semua tu.”
Kebetulan suami melintas di hadapan bilik. Opah lantas memanggilnya.
“Oh, uri tu ada kat rumah ayah saya, Opah… Hari tu masa keluar baby, ayah ada datang lawat, lepas tu kebetulan nurse datang bagi uri. Ayah ambik terus, sebab saya tidur di wad sama si Hana. Ayah takut busuk pula kalau duduk di wad”
Opah tarik muka.
“Korang ni kan… Tak tau lah Opah nak cakap, budak zaman sekarang, kalau kahwin, beranak pinak pun, sukaaaaaa susahkan mak bapak lagi. Uri tu, serah aje kat Opah, tau la Opah uruskan. Kesian kat bapak kau pulak nak kena urus uri cucu. Masa engko yang baru lahir, dia urus uri engko. Uri cucu pun, dia uruskan.”
Saya hanya tergelak kecil melihatkan suami termangu-mangu dibebel Opah. Suami keluar dari bilik sambil menggaru kepala.
Petang itu, ibu dan bapa mertua datang menziarah lagi. Saya berkongsi dengan ibu akan kisah uri, dan suami yang dibebel Opah.
“Ehhh.. Ibu tak benarkan awak serahkan uri kepada sesiapa pun yang tak ada pertalian d***h dengan kita. Uri anak kita, kita yang uruskan sendiri! Kenapa nak bagi orang pula?”
“Sebab Hana ni ambik pakej mengurut tu, Ibu.. ”
“Pakej tak pakej, Ibu tak izinkan. Ko datang rumah Ibu, ko belajar cuci uri, tanam bawah pokok depan rumah Ibu. Tak payah guna pakej hal sulit macam ni.”
Muktamad dari ibu mertua. Saya, seperti biasa, akan gelak kecil melihat suami yang termangu-mangu kena bebel.
Hari kedua urutan.
Seperti biasa, Opah tiba awal pagi. Hari ini saya sudah bersedia bangun selepas Subuh.
Apabila masuk sahaja kawasan dapur kami, Opah segera bertanya tentang uri lagi.
“Dah ambik uri anak kat rumah bapak engko?”
“Sorry Opah, saya tak jadi la minta Opah uruskan uri anak. Ibu tak bagi”
Opah hanya merengus dan sambung siapkan barang-barang urutannya. Tiada apa yang perlu saya ragui. Seperti biasa, saya sentiasa kagum dengan kebolehan Opah. Tenaganya, seolah dia tidak pernah penat. Apatah lagi, dia hidup seorang diri di rumahnya. Suami telah lama dijemput Ilahi. Anak- anak juga tinggal jauh. Opah juga bekerja. Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan di bawah blok kami diami ini. Alangkah, betapa tangkasnya dia. Tenaga untuk bekerja lagi, mengurut lagi. Sedangkan saya sendiri, picit belakang suami di malam hari pun, sudah merengek lenguh tangan!
Hari Ketiga urutan.
Opah mula bercerita tentang “penutup pantang” . Katanya pada hari ke 40 dia akan datang lagi untuk tutup proses urutan yang dia jalankan ini. Saya hanya mengangguk kerana pada kelahiran anak sulung, memang saya tidak mengurut langsung. Sekadar mama sapukan minyak sahaja, kerana kami takut untuk sentuh bahagian perut yang baru dijahit ! Maka saya tidak tahulah, adanya proses penutup pantang.
Opah menggagau ke dalam bakul rotan yang dibawanya. Dikeluarkan seutas tali. Diikatkan tali itu ke pergelangan kaki saya.
“Eh, apa ni Opah? Gelang kaki pulak? Tangkal ke ni?”
“Hisyyyy apa tangkal pulaknya… Engko ni suka fikir bukan-bukan. Ko kan nak balik kampung harini. Opah ikatkan tali ni supaya ko ingat, ko tu dalam hari. Nak suruh beringat je, bukan apa pun.”
“Oh, pastu kalau tercabut, macamana ni? ”
“Kalau dia tertanggal jangan cari. Biarlah dia nak duk mana. Tapi ko jangan sengaja tanggalkan pulak. Pada hari ke 40, ko kena balik sini semula, Opah yang akan tanggalkan ikatan ni. Lepas tu kita urut penutup pantang. Faham?”
Bagaikan dipukau, saya hanya mengangguk, menurut sahaja aturan yang dibuat Opah.
“Nanti dalam perjalanan, hati-hati.. Jangan ko bersuka ria sangat. Makhluk halus ni dia suka bau orang dalam hari. Jangan sampai malam dalam perjalanan. Di RnR, jangan ko turun. Suruh je si Halim belikan ko makanan, makan dalam kereta. Dia, kalau dia dah ikut, hah dia ada bunyi, tau… Bunyi ekkk ekkk tu, langsuir la tu. Suka sangat dia dengan d***h orang bersalin ni.”
“Isyyyy Opah ni, bukan nak bagi nasihat betul-betul. Takutkan orang lagi adalah.”
“Takde nak takutnya… Opah tahu lah. Suruh suami ko si Halim tu baca apa yg patut. Ko jangan baca. Haram.”
“Eh, tapi kalau darurat boleh, kan Opah?”
“TAK BOLEH!”
Dan Opah, seperti selalunya sentiasa ringan tulang. Dihantarnya kami sehingga ke kereta. Dia yang mengelek bayi kecilku sementara suami uruskan barang dan dukung anak sulung kami. Tidak tahulah bagaimana untuk kami beterima kasih dengannya lagi.
Kami bertolak jam 10.00 pagi.
Aku hanya baring bersama baby di belakang sementara anak sulung kami letakkan di tempat duduk hadapan. Suami memandu perlahan. Biasanya, jika pulang di luar waktu puncak, kami mampu sampai di tangga rumah mama dalam lebih kurang tujuh jam perjalanan. Termasuk berhenti rehat, makan dan solat. Namun, memandangkan suami memandu agak perlahan, jadi kata suami, tambahkan satu jam lagi dalam tempoh perjalanan. Masih lagi dalam tempoh yang menyenangkan kerana jangkaan kami akan sampai lebih kurang jam 6 petang. Tidaklah kami melalui senja dalam perjalanan sepertimana pesan Opah.
Lantaran badan yang masih lemah, dan selesa selepas diurut, aku tertidur pulas. Aku terjaga pada jam dua petang. Suami tiada di kereta. Kereta tersadai di RnR. Baby kutukarkan pampers dan kulayankan kehendaknya. Anak sulungku juga tiada di tempat duduknya. Mungkin suami bawa dia sekali untuk ke surau. Baharu ku tutup mata semula, kedengaran ketukan perlahan di tingkap.
“Sayang lapar, tak? Abang bawakan bubur nasi untuk sayang. Abang tak tahu orang pantang boleh makan apa, tapi bubur ni tak ada seafood, so bolehla kut. Kalau tak boleh makan bubur, ini ada roti krim coklat..”
Belum habis ayat suami, aku rampas roti di tangannya dan bubur nasi di dalam mangkuk yang disuakan kepadaku. Dua-dua makanan itu habis kusapu.
“Banyak sayang makan?”
“Breastfeeding, okay? Don’t complain or else u have to buy formula for your baby.”
“Okay.. Okay… Tegur pun marah. Lepas ni dia tu nak duduk jauh dengan kita.”
Tak payah buat muka kesian. Mata yang mengantuk kuturutkan. Malas nak melayan baby tua.
Aku terjaga lagi. Jam menunjukkan jam 6.56 petang. Kuperhatikan sekeliling. Bukan kawasan kampungku. Kampung yang asing bagiku. Suamiku tiada lagi di kereta. Aku mula berdebar. Aku risau. Aku takut.
“Yang, abang pergi cuci botol susu abang long tadi. You ok tak? Nak makan? Roti ada lagi.”
Aku angguk.
“Kita kat mana ni bang? ”
“Tak tahulah yang.. Kita sesat.”
Tercekik roti di tekakku. Kami bukan tidak pernah pulang ke kampung halaman. Dah berkali-kali kami pulang sejak aku ikut dia tinggal di KL. bagaimana kali ini suamiku boleh sesat?
“Tadi abang tanya pakcik tu. Katanya kita kena patah balik jalan yang kita lalu ni. Kita tunggu maghrib dulu, ya? Lepas abg solat, kita usahakan”
“Abang… Tadi kan Opah dah pesan, jangan sampai senja dalam perjalanan.. Tak bagus, ayang ni dalam hari lagi, baby kita ni pun…”
“Tahu… Dah tu abang nak buat macamana lagi? Tersesat. Bukan abang sengaja. Abang pun nak kita semua selamat. Kereta tu pun satu hal. Entah apa tak kena, berat je, tekan minyak banyak-banyak pun slow je gerak. Abang pun tension, tau”
Mendengarkan suaranya yang sedikit tinggi, aku diam. Perlahan, air jernih turun dari kelopak mataku.
“Dah, jangan nangis. Nanti ayang doakan je perjalanan kita selamat”.
Aku angguk sambil mengesat air mata. Perempuan dalam pantang, biasalah.. Sensitif tak bertempat. Kedengaran azan dilaungkan. Suami meminta diri untuk solat jemaah. Aku ditinggalkan berdua dengan baby sahaja di kereta. Suasana sekeliling berubah gelap. Aku mula rasa tidak sedap hati. Dadaku berdebar-debar. Kedengaran imam telah pun mula mengangkat takbir. Kupejamkan mata supaya tidak nampak apa-apa kelibat di luar. Sebab aku memang manusia yang mudah nampak. Aku tidak ingin nampak “depa” dalam keadaan aku uzur begini. Kutarik nafas perlahan agar aku tenang semula.
Tarik…
Hembus…
Tarik….
Hembus.
“Krekkk… Krekkkk… Krekkkk”. Kedengaran sesuatu di atas bumbung kereta. Bunyinya seolah besi yang berkarat dilagakan. Bersulam dengan bunyi pergerakan mengengsot di atas bumbung kereta. Hah sudah… Apa pulak ni… Aku cuba tutup mata lagi supaya tidak ku nampak apa-apa jika makhluk itu memunculkan diri.
Dadaku berdebar bagaikan mahu pecah.
Tuk tuk tukkkkk
Aku terkejut.
Ketukan bertalu di tingkap kereta.
Seorang perempuan tua, bertudung lusuh, merenungku. Aku turunkan cermin kereta.
“Kenapa menangis sorang-sorang?”
Aku gelengkan kepala.
Perempuan itu memerhatikan kami.
“Merah lagi anaknya… Bahayalah kamu duduk sini, mari anak tu, makcik bawa masuk surau. Orang tak bawa anak kecik macam ni jalan jauh.”
Tangannya dihulur untuk meraih bayi dalam pelukanku. Aku seperti bodoh, hanya menyerahkan sahaja bayiku kepada perempuan tua itu.
“Assalamualaikum..”
Perempuan tua itu berpaling. Suamiku senyum ramah kepadanya.
“Kenapa, yang? Baby nangis ke? Kita nak gerak dah ni…”
Perempuan itu serahkan kembali bayiku ke dalam pelukanku.
“Gerak dulu ya, makcik…”
“Hati-hati nak… Makcik dengar perempuan menangis tadi. Ingatkan bini kau yang nangis.”
Perjalanan di sambung lagi. Ketika itu, LPT2 masih belum wujud. Jadi, kami perlu lalui jalan kampung. Ada yang berliku, ada yang okay. Tambah merumitkan perjalanan, ada kerja-kerja pembaikpulihan jalan di lakukan di kawasan Kemaman. Jadi, kami perlu melalui jalan lencongan seperti yang diarahkan.
Jalan yang kami lalui itu jauh, dan ada melalui kawasan hutan di kiri dan kanan jalan. Ketika itulah bunyi yang kudengari tadi, muncul kembali di atas bumbung kereta, ditambah dengan bunyi ” ekkkkk.. Ekkkkk..” Seperti suara orang merengek. Aku keliru. Adakah ini bunyi langsuir seperti yang diceritakan Opah?
“Abang, ayang dengar something la..”
Suamiku diam sejenak sebelum membalas.
“Orang kata, jangan tegur kalau dengar dan nampak apa-apa. Hutan, ni Hana..”
Suami mula membacakan ayat-ayat al quran. Aku pun turut sama membacakan ayat qursi sebagai pelindung diri. Dan aku kembali lena.
. . .
Aku terjaga apabila mendengar suara risau suami yang berbual dengan seseorang. Aku buka mata, tiada orang sekeliling. Ku jeling dashboard kereta. 12.45 malam! MasyaAllah! Sudah lewat benar.
“. Tak tahu, ma.. Hana tidur. Tak boleh tanya dia. Ya.. Ya.. Ok, nanti saya berhenti. Ok, terima kasih, ma..”
Rupanya suami call mama untuk tunjuk ajar jalan. Suami berhenti di pinggir jalan. Kedengaran dia membacakan ayat al quran lagi. Dia bertafakur sebentar sebelum dia perasan yang aku telah terjaga.
“Eh, dah jaga? Sorry yang.. Lewat kita sampai. Abang pun tak tahu apa yang tak kena dengan abang ni. Abang tengok tadi simpang Chendering dah, abang masuk kiri, short cut ikut Pak Man Pasu yang biasa ayang ajar tu, tup tup sampai sini. Abang pun tak tahu kita kat mana dah ni…”
“It’s okay bang… Kita hadapi ini sama-sama ya.. Jom kita patah balik.”
Suami menurut. Dan apabila sampai ke hujung jalan, dia pun terkejut. Simpang yang dimasukinya ternyata berbeza dengan apa yang dia lihat sebelum ini. Aku pujuk dia agar redha. Alasannya mungkin dia mengantuk. Suami bertegas yang dia sedikit pun tidak rasa mengantuk. Dia pun risau kenapa boleh dua kali tersesat dalam perjalanan kali ini.
Jam 1.25 pagi. Kami sampai di rumah mama. Semua ahli keluarga sedang menunggu kami dengan muka penuh kerisauan di beranda rumah. Mama segera menuju ke kereta kami, ambil baby, selimutkan baby, bacakan ayat kursi dan bawa baby masuk ke rumah sesegera mungkin. Adikku Aina memimpinku ke dalam rumah, manakala adik lelakiku Hanif, meminta kunci kereta daripada suamiku. Katanya, biar dia sahaja uruskan kereta dan barang-barang kami. Suamiku perlu rehat katanya.
Aku meneruskan tempoh pantang di rumah mama. Suami pula, pulang ke KL sambung bekerja seperti biasa. Aku agak emosional pantang kali ini, kerana anakku yang kedua ini ternyata suka menangis. Dia sentiasa mahu dipegang didodoi. Mujurlah ada mama. Cuma kadang kala aku lihat, mama pun letih dengan karenah bayi baruku itu.
Suatu hari, adikku Hanif memberi usul.
“Kak, kita panggil ustaz tengok baby, nak?”
“Kenapa? ”
“Sebab dia macam kena sampuk je. Kita usaha je.. Sebab, masa kau balik aritu, masa aku nak kemas kereta kau, aku dengar ada perempuan mengilai. Cepat-cepat aku angkut barang kau masuk rumah. Aku takut ada yang ikut masa kau lalu lencongan kat hutan semua tu..”
“Boleh jugak. Bila nak panggil? ”
“Ada dah, aku survey.. Kalau kau setuju, malam ni pun boleh”
“Ok, aku on je. Tengok baby kan, bukan tengok aku.”
Malam.
Selepas Isyak, ustaz pun sampai di rumah. Seperti lazimnya, dibacakan ayat-ayat suci al quran, ditiupkan ke ubun-ubun anakku. Baby yang suka meraung, kini tenang merenung muka ustaz yang tenang. Ustaz senyum mengagah baby.
“Ok, tak ustaz?”
Adikku Hanif menegur. Ustaz senyum.
“Ada yang tak settle lagi ni… Mak dia yang mana, ya?”
Adikku menunjukkan kepadaku.
“Boleh saya tengok mak dia?”
“Eh, kenapa pula nak tengok saya, ustaz? Saya tak menangis. Yang menangis tu baby saya.”
Ustaz senyum lagi.
“Kita usaha ya, dik..”
Adik-adikku datang ke kiri dan kananku, bersedia kalau aku meronta katanya. Aku gelak.
“Apsal korang ni? Aku ok je lah”
Ustaz mula membacakan ayat-ayat quran di atas kepalaku. Diambilnya sejadah, dilibas-libaskan perlahan ke tubuhku. Dikebas-kebas seolah menghalau pepijat dari bajuku agaknya.
“Kenapa, ustaz?” Hanif mencelah apabila melihat ustaz tunduk diam.
“Tak settle ni, Hanif.. Boleh tak kalau kakak awak berlunjur?”
Adik-adikku pun membantu aku melunjurkan kaki.
“Hah, tu dia!”
Apa?
Ustaz mengait tali yang Opah ikatkan di pergelangan kakiku dengan sebatang rotan.
“Kat sini sembunyi, ya…” Kata ustaz lagi.
“Apa dia, ustaz?” Mama pula bertanya. Aku pula berusaha untuk melarikan kakiku daripada ustaz. Entah kenapa aku buat begitu.
“Dik, mana dapat tali ni?”
Maka aku pun berceritalah tentang Opah. Opah yang pasangkan. Kata Opah lagi, hanya Opah yang akan gunting tali tu bila aku pulang ke KL nanti. Kalau tali ini jatuh tertanggal di mana-mana, biarkan sahaja kata Opah.
“Itu perjanjian dia. Maaf dik, saya cakap, bidan awak kirim ‘benda’ dampingi awak di tali ini. Ada dia minta uri, tak?”
Aku angguk. Masakan aku lupa, beriya Opah minta uri anakku.
Tiba-tiba aku teringat ayat Opah. Jika sekiranya tali itu tanggal dan hilang, biarkan jangan cari. Biarkan sahaja DIA nak duduk mana. Dan pasal uri, alangkah kenapalah aku tak terfikir, kalau aku serahkan uri kepada Opah, mana Opah nak tanam uri tu? Rumah kami mana ada kawasan lapang. Rumah flat.
“Uri tu, adalah makanan kepada belaan dia ni.”
Ustaz menjelaskan lagi.
“Patutlah ustaz, dia ni balik ke kampung haritu, banyak kali sesat. Padahal bukan tak pernah lalu jalan tu. Jalan sama je. Kita ni kat rumah dah berdebar tunggu.”
“Mainan ‘benda’ tu jugak la tu kak.. Setan ni kan dah janji nak sesatkan kita. Kak, akak gunting la tali tu kak. Kita bakar kat sini jugak.”
Di hadapan aku juga, ustaz membakar tali tersebut. Ustaz bacakan ayat-aayt pada air, dan berikan padaku untuk minum dan mandi.
. . .
Selesai pantang, aku bergegas mencari Opah apabila pulang ke KL. aku cari Opah di kedai makan tempatnya bekerja. Nampak sahaja aku datang, dia jalan menunduk, laju untuk tinggalkan aku.
“Opah, tunggu la. Opah ada hutang jamu dengan Hana, kan… Mana nak pergi tu..”
“Takde.. Takde.. Jamu kau tak kering lagi.”
Tangannya diangkat sambil buat isyarat habis. Sementara mukanya tunduk sahaja sambil berjalan laju.
Selang tidak lama kemudian, menurut tauke kedai makan itu, Opah tidak sihat, dan pulang ke kampungnya untuk berehat. Sampai sekarang aku tidak ketemu dengan Opah lagi. Rumah Opah yang satu blok denganku sudah dijual oleh anaknya. Semoga selamat hidupmu wahai Opah.
Kepada bakal-bakal ibu, berhati-hatilah dalam urusan perbidanan. Satu saya nak share, cuba tanya bidan, belajar dari mana ilmu perbidanan. Kalau dia kata dia ada sijil, dan belajar dengan akademi sekian-sekian, InsyaAllah mungkin ok. Kalau dikatanya belajar dari mimpi, atau ilmu warisan keluarga, bimbang jadi macam kes saya ni. Sebab biasanya bidan seperti ini, akan ada ritual yang mereka amalkan untuk pertahankan ilmu mereka. Wallahualam.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sila Beri Komen yang membina ye. Tapi kalau Korang nak mengeletis, merenyam boleh pegi tempat lain x? Jangan menyemak kat ruang komen. Mohon sangat Admin sekat mesej2 berbaur merenyam kat sini. Atau Admin bole tuka name ke Fiksyenrenyam.com. baru la sesuwaiii
Kahkahkahkah..aku setuju. Mula2 okay. Makin lama macam melampau2 plak.
lol kesunyian lettew
Kenapa ni weih? Aku tertinggal bas ni…mesti ada terjadi at komen ..huhuhu
Chill..kita disini hanya untuk merelease kn tension setelah penat bkerja..dsmping menambahkn kawan yg ada..jgn touching2?? terhibur juga kdg2 baca komen bergurau senda ?
yup!! walaupun tak kenal sesama sendiri….
yg duk merenyam menggeletis tu bukan beriya bersungguh pun. Cuma suka-suka mungkin….
*done comment!**
woii korang jgn komen benda lain.. komen la psal setori ni..
#nomerenyam
#nomeneletis
#apapunxbole
#donecomment
adeh la kau..kau nak baca komen serius2 ni kau g buka FS nyer FB.. sana for sure akan komen pasal setori je..(yg ni off record)
???
#setori ni best
Hahaha jgn singkat sangat cik pelangi.. Panjangkan sikit
Setori ni best dan seram
#dhpanjangknskit?
Hahah.. Ini win 3 kali cik pelangi.. Aku rate 11/10 haha
Ini aku setuju singkong. Nak serius ke apa p pesbuk.
#nakbergurauhappy2punkenakecam
Kan.. Aku buka page FB FS tu tgk komen semua padu diorang bagi. Kalau semua tmpt nak letak komen padu #matilanak .haha
Yg rebut laki tu pun si tiara je.
Orang lain biasa je.
#komenpunkenamarah
Hahaha,
Aduhhyaaii,
Kan Laici…
Komen pun kena marah gak
Aritu buat d DOA yg xbtol,
Kali nie psl komen
Matillaaanakk
waaaa..sape yg guna nama Tiara tu. nama saya.hahaha
Kan.. Hahah matilanak..
#keranatiarasebijikusersebelangatakbolrkomen
Kembar kau kot tiarawinter.. Tp dia prangai psiko sangat.. Haha
Erm..penat2 keje bukak je FS baca komen2 korg pun blh ilang tensen tau..jgn la amek serius komen2 ktorg ni..jgn serius sgt..mst dahi ko byk kedut kan..kahkahkah..kalo x suke jgn baca..abes cerita..kbai
#silakecam
Berani dia nak kecam cikbambam.. Hahaha
Betul la apa yg dia ckp tu, cumanya sedikit kasar tegurannya. Nak bergurau okay je, ini mereyam ni memang tak sesuai. Bergurau ada byk jenis, tapi kalo bergurau dgn mengeletis, berbulu mata orang melihat. Bukan bermaksud jeles, tapi rasa tak perlu kot nak tnjuk tahap kegatalan masing2. Walaupun kita masing2 tak kenal sesama sendiri, tapi attitude tu jaga la jgak even tak kenal pun.
Baca komen kitorang balik x de pun attitude kelaut.. Cuma ada sorang dua yg kelaut.. Kami yang reply komen each other pun rata2nyer user yg slalu drop komen kat each post.. Tu den ckp scroll laju2 x yah baca komen. Nak komen ttg setori dengan lebih details FB tmpt dia.
Comment aku takde mention sesape yg tak bekenaan. If ko rasa comment aku ni is nothing for u, just forget it. Aku menegur pada golongan ‘sorang dua’ yg ko cakapkan tu. so biarkan sorang dua tu yg terasa. If ko bukan salah sorang, again..just forget it. Comment kat sini sesape pun bole komen, yg ada fb comment melalui fb, dan yg takde fb plak kat sini la medan comment yg ada. Yg melihat rata2 lapisan masyarakat. Teguran ni bukan something yg hebat utk diberi perhatian. Manusia ada byk pilihan. Kita sendiri yg pilih nak yg mana. Elok kita pilih, elok la jadinya.
kan mami perhati je budak-budak ni.. macam2 lah perangai..
Kannn… aku pon naik menyampah tengok yg menggedik kt sini… kalau dh berkenan sgt ambik num telepon masing2 p wechat sana menggedik.. sini org nk baca cerita hantu dik oii.
Semoga Opah diberi petunjuk dan hidayah.
9/10
– full of nasihat.
– bagus di jadikan pengajaran untuk bakal ibu di luar sana.
– teknik penceritaan yng mudah di fahami.
– moral : jangan terlalu percayakan orang lain
– hidup ini indah..jangan diambil terlalu serius sesuatu perkara melainkan hal agama.
**done comment
hye boiprenFS..
cikbambam bg 1/10..baru perfect 10..huhu
**point tambahan (versi serius):
-cerita yg bagus & senang nak faham
-jgn terlalu pecaya dgn org walaupun org tu baik dgn kite
-hidup jgn terlalu serius..
-nama kite sama la cikgu hana..mst cikgu hana ni degil mcm cikbambam..
**nape mcm ulang point abang singkong je ni
**done dakwah
Hai cikbambam girlfriendFS
Adeh cikbambam.. Nampak mcm kejam sngt pula bg 1 point je.. Repeat point abang singkong tu..
**background music (negaraku)
bg 1 point sbb nak jdk kn perfect 10..hihi
cikbambam bg setori ni 8.9/10..
**background music (kupetik bintang bintang…)
Xhbs lg rupanye ksh korg ye..
hahaha..xkan pernah abes kut adele..hahaha
fb mana fb??hahah
Slagi x kena block.. X kan abis kot.. Haha
**diri dkt tingkap
**melainkan cikbambam da jumpa hero sebenar.
abang singkong je hero cikbambam..tiada yg lain..huhu
Betul
Mekaseh.. 10/10 utk komen awak
Ai loikee
Arrgghhhhhhh ??????? tiara heart u singkong ?
nice cikgu 🙂
Takutnya. Aku penah nak pegi berurut hari tu, kawan suggest sorang tukang urut perempuan, umo dlm 40an tapi body mantap n muka cun. Sebelum nak urut tu aku try selidik dulu, rupanya dia dpt dlm mimpi jugak skill mengurut mak nenek bagai. Terus aku cancel. Nak mengurut sampai perturun dlm mimpi ni bukan setakat urut namanya.
opah ni dari dlu lagi aku da kata..jgn buat perangai tak elok..pah, pah..ko ni mmg tak penah berubah..
hahaha sedare nenek ker opah tu?
eh, tak mengaku sedara laa camni..takde dlm keturunan aku perangai pelik2 camni…pah ni kwn nenek dlu masa kita main guli..kemudian nenek berpindah sambung belajar..pah ni bebai sikit…tu yg dia stay situ je sampai ke sudah…tp wlaucamne pon nenek lagi up dr dia, sbb nenek bole terbang…zassss!
haha kenapa nenek x bawa opah ke bandar nek ajar dia teknologi..kot2 bole dia bljar bisnes online.
Tak mo la nek bawak…kang semua dia nak urut…habis di kutip nya uri2 org…kang terkinja2 macam ayami living la vida…muah muah…hahahaha…
Kerja keras otak cu pikir ayami living la vida tu apa.. Seb baik dpt tangkap ..hahaha
hahahaha dah baik batuk tu nek?
Baik da batuk nenek…sikit2 je batuk nya cu army…
NeneK ngn opah mmg sebaya maira…tp opah tu tak pandai jaga penampilan…selekeh je nek tgk…haisyyy…
Shark do do..betol kata singkong..nenek punya gg bole cabut2…cu nak pinjam?
nenek dengan opah bukan sebaya ke nek?? confius ni….
nenek…. hahahahha. gigi dh tumbuh balik tak.
Dia gigi pelesu la shark dudu mna bole tumbuh balik.. Hahaha
Aisshh,
Seram lak bila nek kebayan komen…
Cam kenal ke,opah to
???
Menarik kisah cikguhana,
Jangan serik lak nak bersalin lagi…
Kenangan terindah tu,
Yup, kalo mngurut ok,
Perkara lain biar kita keluarga yang buat
Jgn smpai meminta uri…
Bahaya!
Tu la c opah tu.. Susah mcm mana pun hidup.. Ingat jangan sampai minta uri orang lain.. Haha
Alah cu..nenek tgk kat tv org tu nyanyi ayami ayami..lpas tu gelak hahaha, lpastu muah muah pulak..aisss seram nek tgk kn nya haaa…
Cerita best. Tq Cikgu Hana share nasihat.
Pernah ada sorang tukang urut yg sy kenal. Orang Indonesia. Dia cakap, orang yang mengurut selalunya ada 2. Satu jenis yang bertangan kosong dan satu lagi jenis yang membela. Yang membela ni bahaya. Dia ada juga bagitahu ciri-ciri tukang urut yang membela. Antaranya :
1) Tenaga luar biasa. Tak kena dengan umur.
2) Dia boleh mengurut lebih banyak dari kebiasaan orang (pengurut tangan kosong)
3) Kalau ada tanda lebam-lebam pada badan kita selepas diurut, kemungkinan belaan dia punya angkara. (wallahua’lam)
4) Cara dia mengurut biasa je, tapi kita rasa macam luar biasa. (selalunya belaan dia yang tolong)
Owhh..baru tau.. thanks tuk info nya..??
Nice..satu pngajaran bmakna tuk masa dpan bila dah kawin nanti.. saya bagi 9/10..??
Betul
ko ni asek betul je dr td..hahaha
Tp mmang btul lah jg..?
Hihihi.. Betul betul
Umak aaiiii…
Berkerut2 dahi ak bace citer ko ni dik…
Berdebor rase sesak dada…
Meremang2 ble opah tu berkeras nakkan uri tu sbb akk awal2 dok pikir NAK TANAM KAT MANE…???
Mmg uri ni sepatutnye ayah baby yg kena uruskan, tggjwb die…
Alhamdulillah mak mertua ko bertegas psl uri tu…
Bile ko x smpi2 ke kg, akk yg dh x sng duduk…
Lagiiiii takot ble ko serah buta2 jer baby tu kt makcik tu…
Kdg benda2 ni bkn sbb kebodohan kita, tp sbb kelicikan permainan dan tipu daya setan tu…
Legaaaaa sesgt ble semuanya selesai…
Paling lega bile benang kat kaki tu dh d******g…
Fuuuhhhh…
Nie kita stuju, Kak Yulie
setuju Kak Yulie. bukan buat secara sengaja, kadang tak sedar. bahaya.
Betul
Nice.. Aku jdi takut plak nk kawen beranak bagai hahaha
beranak tu sakit sgt2 wehhh..kekeke
Jgn lah cakapp… ???
sakit dik beranak iteww.. akak 3kali beranak 3kali akak merayu kat husband takmo beranak lagi.. 3kali jugak akak berkata2 dalam hati ni lah last aku jejak hospital nak beranak.. tobat takmau.. akan tetapi bila baby keluar ya Allah hilang segala sakit tu sayang.. hilang lah segala sakit rindu dendam kat baby yg kita kandung tu.. bersalin itu mmg sakit semua wanita yg Allah bg rezeki pregnant akan laluinye.. tapi Allah hilangkan rasa sakit tu bila dengar baby nangis n ada dalam pelukan kita.. ceewaaahhhh.. ??
yeke kak.. Sbb kadang2 mcm pedih tgok org yg brsalin jalan tak betul dgn muka sakit.. Lagi2 tgok org yg kena brsalin cara bedah.. Allahu.. Tak snggup tgok sbb kesian.. Ngeri pun ada.. ?? tu yg jadi takut nk kawen beranak bagai hahaha
jangan takut adik sayang.. bercinta khawin mengandung bersalin kan part of life.. kita kena hadap jugak.. percayalah sakit tu tak terlawan dengan happynyeee dapat baby.. itulah yg menceriakan hari2 kita suami isteri.. akak dulu tak mcm adik ada takut2 nak bersalin sebab mak aku baguss sangat dia cakap mana ada sakit beranak la.. aku lima dah keluar rilek je ni.. akak pon percayalah bersalin itu tak sakit.. sekalinya tiba hari bersalin anak yg sulung akak lah org yg paling kuat sekali menjerit didalam labour room itu.. sampai doc fedup n cakap kat nurse eh tolong panggil husband dia.. teruk betul aku tengok budak ni.. hahaha.. anak no dua ketiga da makin berkurang sakitnya sebab dah ada jalan dik.. biasa yg pertama je sakit.. sebab takda laluan nye lagi.. ??
Oo mcm tu ye kak.. Yg part menjerit paling kuat dlm labour room smpai doc fedup tu saya tak tahan kak gelak dekah2 ni ha.. ??? insha Allah lah kak.. Tgok lah kalau saya tetiba rasa mcm dh trjatuh cinta kat sesapa baru lah brsedia kot.. Sbb saya ni ssh sikit nk suka org sbb takut nak kawen. ?now panjng lagi prjalanan ni nk hbiskn ijazah dlu. Thanks kak bgi kata pnguat.. kalau tak smpai ke tua saya takut hahaha now takutnya tggal sparuh jea kot haha
dikk biasalah bak kata mak akak ko ni mmg jenis tak tau malu la beranak je pon tejerit2 kenapa.. hahah.. takpe dik teruskan belajar dulu dikk capai ape yg nak dicapai tu.. ha jgn jdi mcm akak abes dip je terus gatal nak belaki.. now umo 29 dah nak ada yg ke-4.. rajin tak akak.. yeye je kan akak cakap last lah p ospital bagai.. die mcm mkn belacan dik.. pedas lah pasni aku takmau makan lagi.. tapi nampak lagi belacan makan jugakkk.. gitulah kekdahnye dik.. agaga.. yang penting belajar kasi abis dulu.. keje baru pk nnt nak sakit ke tak.. hehe..
Hahaha kdg ssh nk control kak ek klau dh sakit naww tu suara jantan pun kluar.. Haha saya mmg suka baby tp nk beranak tu takut sikit lah.. Klau jumpa baby saya yg gomol dlu.. Ada btulnya jgk kak ek kejar cita2 dlu.. Lpas dh jdi cikgu nnt bru lah saya cari.. sedap tu kak belacan yum yum hahaha.. Bak kata org pedas mmg pedas tp nak lagi ?
haha dik betullah.. suara takde pompan dik masa tu.. mmg jantan habih.. ni sensitip sikit tau.. tp akak siap ckp sambil jerit doc sy tak tahan nak berak ni.. pupp kua kepala budak.. ingat balik taktau nk gelak ke nangis.. kelaka pon iye.. biasa org yg ckp takut ni time besalin okay je dia.. ada je sepupu n kwn2 akak yg ckp okay je sakit biasa2 je.. ye la tu kejar cite2 tu dulu nnt baru lah yg lain dtg.. akak doakan adik bejaya.. kalau suka baby tanak besalin itu tak dpt akak tolong.. kena buat cam omputeh la kot ibu tumpang.. ngeee ?
Hahaha
Haha brsalin tu mmg rasa dia nk trberak ke mcm mana kak smpai jerit kata nk berak hahaha.. Klaka lah akak ni.. Hrp2 saya okay lah nnt ?.. Takut woo.. Thanks kak sbb doakan.. Huhu i lep u lah kak.. ? ibu tumpang?? Ngee takpa lah kak.. Tak snggup kongsi2 husband hahaha
haha dik adelah sikit rasa nak cirit.. hehehe.. inshaa Allah okay tu takda pape lah nnt.. i lep u tu dik.. wahahah.. tu pasal rela lagi bersalin dari kena kongsi kan..
Hahah.. Takpa lah kak.. Saya pilih beranak lah dpd sharing.. Sharing is not always caring ?
Ilmu yang diperoleh melalui mimpi adalah salah satu kaedah ‘menurun’ selain daripada pembelajaran daripada orang terdahulu. Cuma yang kita tak pasti ilmu tu ilmu yang baik or tidak.
Masa mak berpantang dulu pun ada jugak mak pakai gelang dekat kaki dan tangan tu. Tak tau function nya apa. Gelang dia mcm urat kayu tu. Bila dah abis pantang baru bukak. Tak sure sape yang bagi. Tapi baby memang tak meragam. Then yang urut mak tu plak mmg mewarisi ilmu mengurut dari mak dia. Dia pun orang yang baik. Dia akan mengurut sambil berselawat dan berzikir. Orang yang diurut pun kena selawat n zikir jugak. Dia urut pun mmg TERBAIK
stori best layan… zaman skang ni nak cari yg betul2 boleh urut ssh…. ??
7/10. Scary jugak ek diuji saat saat berpantang ni. Nak layan emosi lagi, nak layan opah lagi. eh
menakutkannn …. 10/10
nsib baik la c suami dtg cepat msa c nenek tu nk ambik baby tu..huhu
#nakguraudalamkomenpunsalah 😀
Gurau bese2 ok kot..dia xbg geletis2 je berebut laki..hehe
heheheh… ok je
gurau boleh je dikk.. tapi untuk kami yang akak2 ni agak taksuka komen berbaur merebut lelaki.. gurau lah korang sesuka hati.. tapi jaga adab ye lagi2 mana yg gravatar tu pic sendiri.. maruah kita yg perempuan harus dijaga walaupun dalam bergurau dan diruang2 komen di fb ataupon yg tesembunyi camni..
Kak setuju.. readers pun banyak golongan.. ade budak2.. ade yg pangkat emak2 kita.. gegurau manje sesikit boleh kowt.. yg mcm awal2 dulu sikit2 je..lately ni je overdose
#simplereminder
#nobutthurt
#ikhlas
hahahahha… iye kak. sy fhm
cuma ada sseorg tu je yg psiko sikit komen nye.hahaha..
stakat ni lom ada sya komen yg overr sngat..hehehe
#donecomment
Hahaha #donecomment
s&k jgn la kecik ati.. selama ni akak tengok komen ko okay je.. dtg si mabuk kepayang kat ko tu jadi len mcm pulak kan.. ko teruskan mengomen mcm selalu.. akak pembaca tegar komen ko dik..
Haha maseh kak.. Saya komen iklas dr hati tu.. Cuma lately ada yg sabotage ketenangan drama kami..
#sayuhatilakonon
#udabestkak
saya pun pembalas komen tegar singkong..heee
dont worry beb..kite teruskan drama kite..huhuu
tu kan akak da cakap ikut la sesuka hati korang nak komen camna pon tapi jgn lelebih meroyan mcm seseorang itteww.. meluat tau akak nengok.. cikbambam drama2 jugak.. kang terlanjur mencintaimu jgn lupa jemput akak ye..
terlanjur mencintaimu kt FS je la yg den mampu kak..
hahaha..realiti nye kalo jalan selisih bahu pun x kenal si singkong ni..huhuhu
Cikbambam kenal kot kalau cikbambam letak gambr yg tgk cmra.. Ini metenung ke luar jendela mcm x kena la.. Hha
hahaha..muka cikbambam ala2 bonzer..
nnt singkong terus tinggal kn cikbambam..
terus pegi ke tiara..sedih aa camni..huhuhuhu
best..
seriaunyer bca…risau pkkn keselamatan baby ngn ibu dalm pantang…time2 cmtu la setan suke sgt nk dekat..mohon dijaukn drp perkara tak baik…
Erm.. apa jadi yek kalau tali tak ditanggalkan..
Sebab da senje ke dengar buyik pelek2
Apepun.. rakutla seremmm
Nauzubillah min zalik.. minta dijauhkan.
Thanks atas peringatan 🙂
Alhamdulillah. Pengajaran yang berguna buat penulis dan pembaca cerita ni.
Sesungguhnya segala jenis tangkal, azimat dan jampi adalah syirik.
seram gila dapat bidan jenis mcm ni…
Tukang urut keluarga saya pula, dari sy dalam perut emak saya sampai ke anak pertama n k2 sy bidan yang sama tolong urutkan ketika dalam perut, panjang umur dia….cuma sekarang dia tidak boleh mengurut sakit jantung…
Alhamdullilah, mengikut syarak islam….
aishh cikgu lepas ni hati2 lah ye.. kita pon da 3kali bersalin semua mak yang buat sebab mak mmg belajar urut semua ni.. tapi mak buat utk anakmenantu je takbuat untuk org luar.. yang bab besalin normal ngeri tu kita gelak sikit sebab kita lagi ngeri dengar org csec.. lagi perit tu.. rela doploh kali pon besalin normal wapon ye mmg sakit namateyy cikgu kan.. tapi lepas keluar je baby aih lega nyaaa.. hahaha
part opah tu minta uri dah dpt tangkap dh yg opah tu ada something wrong.. manade bidan yg ambil uri anak susah2 je dia nk tlg tanam. terlebih rajin opah tu . hihi
seram weyh part sesat nak balik kampung tu
Urrmm.. arwah nenek syer pun dulu tukang urut, bidan… dapat ilmu dari moyang (dulu dia tukang urut kat istana)
Dulu arwah moyang tak bagi nenek belajar ilmu ngurut ni (ada baca2 la camtu).. satu hari tu, arwah moyang ajar ilmu dia kat sepupu nenek kat atas rumah, nenek masa tu duduk kat bawah rumah.. yang peliknya sepupu banyak kali hafal (ayat2 yg moyang ajar) tak masuk kepala pun, tapi nenek sekali dengar dah boleh terus hafal….
lepas dah lama nenek meninggal, baru umi syer cerita.. kalo ada org mintak tolong urut, org tu kena bagi pengeras (mcm duit walaupun 1 sen).. kalo tak nenek pengsan, jatuh sakit..
so…. memang moyang syer dulu ada membela jugak la ye…?? nak mintak pendapat pengomen FS..
Kalau baca dr setori syer ni mcm ye.. Tp kena tanya pada yg pakar juga la.. Aku x tau sangat..
alahaii… kalo boleh tak mo la ada..huhuhu
tapi kan.. syer nak tanya singkong.. SINGKONG ni apa maksudnya… -_-”
hihihihi #TanyaJe
Maksud singkong adalah ubi kayu..?
Uihhh acaner kau bole tau? Cikbambam pun x tau singkong tu adalah ubi.
Bravo beteh
hahaha..cikbambam pun baru tau singkong tu ubi..
selama ni bile sebut singkong tebayang alien purple tu je..huhu
bravo beteh..!!
Dulu mmang femes tu lagu singkong & keju..slalu org nyanyi time d kampung..ingat kan lirik nya “aku suka kangkung kau suka keju”..rupa nya “aku suka singkong kau suka keju”..? aku pun hairan jg apa benda tu singkong dan tanya pak cik yg nyanyi tu..trus pak cik tu ckp..”singkong tu ubi kayu”..?
Alien purple pun abang singkong setuju.. Hahaha
hahaha kangkung dan keju pula.. Skali dengar mcm logik la kan jd kangkung.. Bunyi lebih kurang je..
Unik beteh
Btul..?
Ooo.. tq.. ingatkan singkong is lengkuas or sengkuang.. sbb nama same.. k arini nak makan singkong goreng..betulkan ayt
Ok..?? hahaha
Hahahaha macam2 ada…
Kangkung ada, lengkuas pun ada…
Dulu ingat singkong ni nama panggilan or binatang…
Ghopenyeee ubi kayuuu…
Singkong adalah sejenis tumbuhan yang paling senang d jaga dan bila agak2 da cukup besarbesar just tarik je sekuat hati. Nama sains dia medulaoblongataithisnamenottherealname atau nama melayu dia kita panggil kat pasar2 adalah ubi kayu.
amboiii..lain macam nama saintifik dia.. haahahahah
ubi kayu makan ngan sambal ijoo ni sodapp nihh….
Haha nama sains la kononnyer.. Kan kalau berkaitan sains2 ni nama ringkas pun jadi pelik.. Aku suka mkn ubi rebus ngan kelapa je.
penah dgr cite jgk psl bg pengeras ni..
tp xtau la tu dikire membela ke camne..
nenek kebayan mungkin tau..mana nenek ni??
huhuhu
harap2nya bukan la kan… cuma musykil je..
time dia tidur mesti mcm bcakap dgn seseorg.. kdg tu marah2..
teringat mse syer baby (dlm hari lagi) umi syer cerita syer kena cakar kt kepala ngan nenek masa nenek tgh tidur…
nenek kebayan pun tak nampak bayang lagi ni… tgh merayap ngan penyapu dia la tu kot..hihihi
Pandai cu syer…opkos nenek tgh merayap skrg ni…nenek kat up town ni…huhuuuuuuuu…sejuknyaa terbang….
hahaha..nenek kat uptown mana?
nk kirim beli barang boleh??
hahaha
Lokasi sebenar di rahsiakan…nak kirim2 pulak aih dak tembam ni…kirim kosong je mmg tak laaa nenek nak belikan…
Amboii nekk…
Mentang2 ada penyapu terbang memang tak lekat kat umah langsung… Siap pegi uptown lagi..
Ni belum lagi ada roket, entah2 ke bulan pegi tak balik2…
Kihkihkih
Nenek pu ya penyapu lagi hebat tau..tak perlu 125zr ke, kawasaki ninja ke, audi ke, roket ke…dpt aircond free, tak perlu petrol, tak de pencemaran, dan sgt lajuuuuu….nenek penah lumba ngm mat rempit..nampak je nenek sebelah dia terus lajak langgar tiang…kihkihkih…..zasss!!!
Hahahahahaha
Aduhh lawakk laaa…. ??
Setahu nenek..pengeras tu dikira mcm upah…tp dlm mcm2 bentuk…nek ada ni haa..bz ckit, asah penyapu…
Apa yg aku tahu, pengeras kena bagi sebab taknak sakit orang tu transfer ke kita. Tapi tak tahulah.
dengar org2 tua ckp camtu la..
tp xtau bnd tu btl ke idokk..huhu
pernah jugak dengar org cakap…
9/10 ..Maka dengan itu, janganlah kita mudah percayakan orang & buat biasa je ..
Mak saya bidan gak.. unt org bersalin dan mengurut… dapat dlm mimpi.. tp xpenah plak uruskan uri anak orang.. jangan kata bidan yg mimpi ni xbole percaya.. kekadang yg di urut pun bwak benda… pnah berbulan2 mak sakit tangan… nak lawan bukan bomoh… bela saka apetah lg.. mmg selalu mak tawakkal je la kalo2 yg di urut tu ade bawa benda.. Nawaitu mak nak mengurut je.. mak saya pun org panggil OPAH….
Terbaikkk!! Nasib baik mak mertua tegas pasal uri tu,, mmg patut kita sendiri lah yg menguruskannya.. Berdebor debor masa sesat tu.. Yg makcik tua kat surau tu macamana pulak, manusia ke bukan? Nasib baik jugak opah tu tak meroyan ke berdendam ke kan,lain pulak cerita dia nanti.. Huhu..Meiyo kasi empat bintang!
4 je??
kodokut lak aii..
hahaha
4/5 tu maksud nya cikbambam..?
4/5 kira tinggi la juga.. Hahah
Rata² smua cite dia bagi 4 bintang..nice..hahaha
owh..igt 4/10..hehehe
Betul
Satu bintang lagi reserve untuk awak..amacam?
Knp 1..sdang kan bintang d langit x tkira jumlah nya..?
Gambar bertopeng, betul. Tapi kita kan duduk di bawah langit yang sama, share-share okey. Lagipun banyak lagi bintang meiyo nak bagi kat FS. Awak ambik satu, cik bambam ambik satu, boipren cikbambam singkong tu ambik satu.. Okey cukup kan, gi main jauh jauh… Shuuu
Eleh..skurang kurang nya aku guna muka btul..dia pula guna pic rikka takanashi..?
Ok..ok..aku main jauh²..?
Tak betul. Misaki mei la.. ?
Rikka takanashi takdenya cool macam ni..Kah..
Owhh..ok..?
tengah tunggu cite *Ahmad akhalaqen* cerita awak memang best
Aku pun tunggu yg itu juga..
Errr, kalau komen sini kena kecam ke? Macam panas ke komen atas2 aku ni? ?
tidak mengapa..sila komen dengan berhemah agar tiada kecaman anda terima.
kahkahkah
Takut pulak nk komen lebih2. Takut kena kecam. ?
Sejak dari hari petama Fiksyen Shasha ditubuhkan. Tapi masa tu aku jadik pemerhati je. ???. kahkahkah
hahaha..xde la..kene kecam kalo tiara da start komen..hahaha
xleh sebut nama die byk kali..jap g die sampai plk..
? takpe jugak kalau dia dtg. boleh kenal2. haha
jangannn…
ko akan menyesal..
huhuhu
Jgn bro.. sbelum smua nya tlambat.. baik x paya..?
jangan… dah melekat menyesal ko nanti…
susah nak larikk.. nasib baik S&K sempat terlepas dari genggaman dia..
hahaha
hahahaha. Patot dia suka Singkong & Keju. Macam ni haaaa. ????. Terasa nk mengunyit pulak. hahaha. gurau2.
Kau jangan pasang niat nak mengunyit.. Hahaha
Lari cikbambam aku nnt.
Maaf cikbambam. aku gurau je. sikit jelah perasaan nk tu. hahaha
korang dah lama ke jadi penduduk tetap kat FS ni?
Awaaa ????
?????
Aku da jadi juri agak lama juga la.. Masa. Perangai masih hanat sangat.. Skrng da sopan2 da.. Haha
Bro tu dia da dtg.. Aku ketepu dlu la.. Haha
Iqbal ni pun bole tahan merecik juga tiara feel. ???
haaaa… hamikk kauu.. dia da datang
layannnn.. hahahaha
Sorry Tiara. Saya GAY.
lama la jugak iqbal… dulu kdg2 jadi silent reader,
kdg2 kalo rasa nak komen, syer komen…
lepas tu lama jugak la stop sbb ke-buzy-an final sem…
tp tetap curi masa baca sstgh cite kat FS..
skarang dah aktif balik.. huhuu
Iqbal ? tiara heart you so much ????
Gay takpe ?? tiara jenis ta kesah sanat. Gay pun tiara sapu
Errrr. Sorrylah. Better aku jadi silent reader… Rasa pelik pulak drop komen dekat sini.. Lagi pelik ada tiara ni. Sape die ni???
Im yours ????
iqbal..jgn ko nk mengunyit dgn singkong ye..
tiara..sila setel kan iqbal ni..jejaka baru ni..huhuhuhu
Hahaha tak kena kecam pun.. Komen la sesuka hati
Awaa layan la tiara juga ???
Tiara scary ?
Scarynye wallpaper tu >_<
Scary lagi komen d atas tu..hahaha
Yang mana paling scary? Hahaha
Tiara! scary!
Itu ke tiara? ?
Kau g la layan.. Hahah kan td nak kenal2 hahaha
Hahaha u win rashid
Hai singkong ???
Ko ni kaannnn! Semua ko nak kann??
Kau jeles dengan tiara ke pompuan? ???
Jgn marah awakkk. Kite saje je. Gurau2. Jgn marah ye! lalalalalala. ??
??? ta marah. Singkong ta layan tiara dari semalam. ? sedih tiara
hahaha..meh cikbambam layan tiara ye..
Manusia hantu..?
Caww dulu..✌?
#nais setorey…masa kak aku mengurut dulu aku pernah dengar juga orang pesan…kalau mak/opah/nek bidan tu ada kata nak bagi petua/ayat/bacaan atau apa saja untuk cantik ka untuk bagi suami sayang ka…jangan ambil.sebab mak bidan bukan bagi aayat/petua sahaja.sekali dngan ‘benda’ dia bagi.
Hahahaha matilanak nak tecabot usus aku.. C Iqbal trus jd gay.. Td nak kenal2 ..hahahaha
hahahhaahhahaah tegolek-golek aku baca. Gay??? ahahahaahahahaha hahahahahahaha. Berayaq mata kami gelak na? hahahaahahah
Dia admit kat atas tu.. Hahaha adoii sampai mcm tu skali dia brubah.. Haha
adoiiiii aku baru baca komen korang ne weyh ahahahahaha sakit perut aku duk gelak2 baca komen2 kat sini
Hahaha tu la pasal.. Hilang trus c Iqbal.. Sedih c tiara ni haha
itulahh…
tadi bukan main beria…
tetiba jadi gay…
hahahahahahaahahahahahahaha
Hahahahaha aku pun gelak besar masa baca komen dia..
td beriye nak kenal..org nye da dtg terus jdk gay plk..
konfius btl aku..baru die tau penangan si tiara tu camne..
hahaha
Nice story.. seramnya bila tau opah tu duk tumpangkn belaan dia kat tali tu,serius takut weyh..
bila opah tu dok ungkit2 cakap nak uri tu,lg seriau dowh..tak rase pelik ke?
Nasib baik opah tu tak balas dendam dan balik kg lps kantoi ada membela..hati2 la nak upah tukang urut ni..silap hb lps urut dia turunkan saka pulak..satu keje lak nak berubat..huhu
uhhhh, bikin takut ja.
ehem, aku suka dgn drama sebabak antara singkong & keju, cik bambam & tiara psiko (?). and kak yulie.. penyeri page ni
#orgbaru
#commenter
Tp kali nie sepi sbab sebahagian dari durang x de.. :'(
Depa pi mana
X tau..
Laaa mana drng pg? Haha
Nta lah..ruang komen jadi x meriah dah..hahaha
Tgh warming up tu.. Kau tunggu je.. Nnt kita buat comeback hahah
Haha masehh mention nama aku tanpa mencarut.. #HaiOrangBaru
Gila..panjang wei ampai punya komen..jenuh nk skrol
.
Cerita best cikgu
Di kampung aku ada seorang nenek. Dia lurus sangat orangnya dan kurg berpendidikan. Dia seorang tukang urut. Aku suka mengurut dengannya . Menurutnya, ilmu mengurut tu pun dia dapat melalui mimpi. Aku syak bunian ajar dia haha dia baik orangnya .. mengurut pun guna minyak masak wey . takde yg mengarut² setakat ni . Tapi haritu dia berhenti sat mengurut sebab badan dia sakit , krna sampuk ski kalau tak silap aku selepas dia mengurut seorg hamba Allah ni . Org ramai syak badan hamba Allah tu ada benda. Hmm ksian nenek tu . Family Aku dr nenek aku smpai cucu smua kalau ada waktu kosong minta tlg dia datang rumah urutkan kami. buang angin ka, sakit urat ka
Kesian nya….moga cpat sembuh tu nenek..?
saya pon kenal sorg bibik ni, tapi dari indonesia, dye pon ckp dapat dari mimpi. tapi Alhamdulillah sampi ni xde kne pape. saya mengurut pas gugur n kak ipar urut pas bersalin xde minta bukan2. Tapi mmg kne tgok2 org nak minta urut ni.
two thumbs up
Time opah tu sebut pasal uri dah boleh agak dah maybe this opah ada niat tk berapa nak baik. Alhamdulillah si ibu dan baby baru dia selamat. Congrats cikgu! Story best jalan cerita yang mendebarkan dan ada pngajarannya.
#silentreader
A+. Best story cikguhana ni.. seram betol.. jalan cerita mudah difahami.. banyak ilmu manfaat yang boleh dijadikan pengajaran.. keep writing cikguhana..
Best
?
Ak rase pnh baca cerita ni sebelum ni cume ad tuka sikit2
Nampak sgt ko edit n kopi paste
Puiii
story yg sarat dengan ilmu.
kita di luar ni berhati2 lah supaya tak kena yg bukan2.